Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, March 05, 2022

Agenda Yahudi dan media - Bahagian 1

Salam hari Sabtu malam Ahad 3 Sya'aban. Pergi pada bab seterusnya daripada projek buku awal tahun 2002 dengan membuat suntingan pada artikel Agenda Yahudi dan Media yang disiarkan lebih 15 tahun lalu. Sekadar merekodkan. Ini adalah artikel ke-2,233 di CATATAN SI MERAH SILU. Mari.


Gambar hiasan : Daripada artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang dipaparkan 11 September 2007...


AGENDA YAHUDI DAN MEDIA 

April 11 2002 

Malam semakin lanjut menghampiri Subuh. Walaupun agak letih akibat sehari suntuk berkejar ke merata Lembah Klang demi menyelesaikan beberapa hal yang sudah lama tertunda saya masih tidak dapat melelapkan mata. Lebih sejam terbaring dalam keadaan gelap dengan harapan akan jatuh lena tapi masih tak berjaya. Dahulu saya akan membaca majalah ringan supaya senang mengantuk. Tetapi saya telah berazam tidak mahu mempedulikan lagi bacaan sebegini yang banyak dihiasi gambar perempuan seksi. 

Nak baca buku pula koleksi saya agak berat. Silap-silap boleh terjaga sampai pagi kerana fikiran yang memang senang hyper-active bila dicucuk dengan idea dan pendapat mencabar. Akhirnya dibuat keputusan untuk pergi ke ruang tamu lalu bermain game dalam komputer riba. 

Entah bagaimana selepas dua pusingan "Minesweeper" terus tergerak untuk menyambung penulisan buku. Lagipun sudah dua minggu saya tidak menulis kerana urusan lain. Oleh itu terasa wajar untuk memulakan bab baru dengan perkembangan terkini berkaitan rancangan Zionis untuk menakluki dunia lebih-lebih lagi regim Yahudi di bawah perdana menteri Ariel Sharon telah menceroboh segenap bumi Palestin hampir dua minggu lalu. Untuk itu diperlukan bahan rujukan semasa. 

Sayangnya surat khabar New Straits Times yang dibeli awal pagi tadi tertinggal di rumah mertua. Mungkin penulisan boleh ditunda ke hari esok. Tetapi belum tentu rasa dan ilham yang sama akan tercetus jika menunggu lagi. Jadi mesti menulis malam ini juga. 

Bukan senang nak dapat gerak hati untuk membolehkan penulisan buku berjalan. Lainlah kalau tulis artikel suratkhabar. Pakai formula dan standard format pun jadi kerana tak perlu bersusah payah sangat mencari gaya yang sesuai untuk menterjemahkan idea dan gerak perasaan dalam hati. Tapi nak buat bagaimana? Mana nak cari suratkhabar malam-malam buta?

Nasib baik teringat restoran nasi kandar 24 jam tidak jauh dari tempat tinggal. Di sana memang ada surat khabar untuk tatapan semua. Saya pula boleh dikira pelanggan tetap. Mungkin boleh meminta senaskah atau salah satu ceraiannya untuk di bawa kembali ke rumah.

Dengan memakai pakaian tidur sahaja iaitu sehelai kain pelekat dan t-shirt buruk, ditambah jaket untuk menahan hawa malam, saya pun melangkah ke sana. Tak perlu naik kenderaan kerana restoran cuma 300 meter dari rumah. Banyak juga idea penulisan yang terbit sepanjang berjalan kaki. Agaknya Tuhan tak benarkan tidur lagi kerana nak bagi sedikit ilham supaya boleh menyambung penulisan buku. Cuma gaya bahasa dan jalan cerita sahaja yang masih samar. 

Sampai di restoran terus bergegas ke sebelah kaunter bayaran di mana surat-surat khabar selalu diletak. Seperti biasa ada The Star dan Utusan Malaysia. Tetapi kali ini terus pilih Utusan tanpa merujuk langsung pada The Star kerana buku mahu ditulis dalam bahasa Melayu. Setelah memesan segelas teh halia tarik saya pun terus membuka bahagian berita luar negara lalu meneliti tajuk-tajuk utama. 

"Israel didesak undur elak konflik merebak", tajuk terbesar berita luar negara Utusan untuk hari Khamis 11 April 2002 seperti menjerit meminta perhatian. Para pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dilaporkan telah mengeluarkan kenyataaan bersama pada hari sebelumnya di Madrid, Sepanyol mendesak Israel agar berundur dari wilayah Palestin setelah lebih seminggu bermaharajalela di hampir segenap penjuru bumi yang pernah menjadi negara Arab berdaulat itu. 

Pada saya berita ini tidak lebih daripada cakap-cakap melepaskan batuk di tangga. Pengalaman sebagai wartawan akbar The New Straits Times selama lima tahun telah mengajar betapa kerapnya pemimpin mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk memenuhi ruangan semasa, sama ada atas desakan wartawan yang ingin mencari cerita terbaru atau desakan umum. Memang pun ramai telah meminta Israel berundur dari bumi Palestin. Tetapi siapa pernah berjaya membuat Yahudi berbuat begitu? 

Seperti kita tahu cadangan sebegini telah lama diutarakan di forum-forum antarabangsa seperti PBB tetapi akhirnya jadi tak lebih daripada cakap-cakap kedai kopi. Bagaimana hendak menyuruh Yahudi agar menurut cakap jika polis dunia iaitu Amerika Syarikat masih melindungi mereka? Undi beratus negara lain dalam PBB senang-senang saja boleh diveto kuasa besar itu. Seperti yang kita tahu, anggota-anggota tetap majlis keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis boleh menolak apa-apa sahaja cadangan pihak lain tak kiralah berapa ramai pun menyokong dengan kuasa veto tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun. 

Inilah hasil salah satu perancangan jauh pihak Yahudi untuk memastikan kepentingan mereka sentiasa disokong. Kuasa-kuasa besar ini sebenarnya telah dikuasai mereka di sebalik tabir sejak lebih seratus tahun lalu. Negara-negara itu juga didalangi pihak Zionis melalui perancangan mereka yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. Hasilnya, Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Russia yang mengalahkan pakatan Jerman, Itali dan Jepun telah berkuasa penuh ke atas PBB yang ditubuhkan selepas perang. Salah satu natijahnya ialah penubuhan negara Israel di atas negara berdaulat Palestin tanpa dapat dihalang. 

Mungkin Russia sahaja yang berani menentang pendirian kuasa-kuasa besar tersebut kerana perdana menteri mereka Vladimir Putin yang nasionalis memang tidak sukakan tekanan luar. Tetapi apa boleh dibuat? Negara besar yang pernah mengimbangi kekuasaan Amerika Syarikat semasa era perang dingin itu sekarang kurang bermaya akibat permainan Yahudi yang berjaya memecahbelahkan Soviet Union pada zaman perdana menteri Gorbachev... atas nama perestroika, satu dasar liberalisasi politik dan ekonomi. Kononnya supaya mendapat manfaat daripada sistem ekonomi kapitalis setelah lama mengamalkan sistem komunis. 

Tetapi kesannya menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian secara mendadak di samping kesan-kesan ekonomi lain yang membebankan rakyat. Ini menyebabkan Soviet Union akhirnya melutut menagih pertolongan Amerika Syarikat. Wilayahnya pula berpecah menjadi negara-negara bebas lalu kekuasaannya mengecut. Tinggal bahagian yang dikenali sebagai Russia sahaja yang dapat berhadapan dengan hegemoni Amerika dan Barat. 

Satu laporan lain pula menyatakan orang buruan Amerika Syarikat, bekas jutawan Arab Saudi Osama bin Laden yang mengetuai kumpulan militan Al-Qaedah lalu dituduh mendalangi serangan September 11 masih hidup. Yalah tu. Afghanistan dahulu diserang hebat dan kerajaan Taliban yang memerintah langsung digulingkan atas alasan Amerika Syarikat dan sekutunya mesti memburu Osama dan kumpulannya yang dikatakan berlindung di sana. Agaknya tak lama lagi akan keluar berita Osama sedang berlindung di Iraq pula. Bolehlah serang Iraq dan jatuhkan kerajaan Saddam Hussein yang menjadi duri dalam daging bagi Israel. 

Satu lagi laporan menyatakan ketua rundingan Palestin Saeb Arakat telah menuduh Israel membunuh 500  orang penduduk Palestin dalam serangan-serangan di Tebing Barat. Macamlah kuasa-kuasa besar ambil peduli. Sementara itu pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dikepung tentera Israel di ibu pejabatnya sejak 29 Mac. Apa boleh dibuat? Lagipun Arafat sebenarnya tidak lebih daripada boneka Amerika dan Yahudi dalam percaturan mereka di bumi Palestin. 

Kerajaan-kerajaan Arab pula dituduh mengkhianati Palestin. Menurut satu laporan yang difailkan di Kaherah kumpulan-kumpulan militan Islam daripada lebih sepuluh buah negara telah mengisytiharkan jihad kini menjadi tugas keagamaan kepada semua umat Islam sambil menuduh kerajaan-kerajaan Arab mengkhianati Palestin. 

Mereka yang tidak memahami dunia kewartawanan mungkin cenderung untuk menelan bulat-bulat berita-berita ini. Tetapi sesiapa yang membuka mata hati dan faham keadaan semasa boleh sedar ada agenda di sebalik cerita. Kalau perhatikan betul-betul, laporan-laporan ini diakhiri dengan nama-nama seperti AP, AFP dan Reuters. Tahukah apa makna nama-nama ini? Inilah nama-nama agensi berita antarabangsa yang berpengkalan di luar negara. 

Disebabkan akhbar tempatan tidak cukup besar dan kuat untuk menempatkan pemberita di seluruh dunia mereka tiada pilihan selain melanggan laporan daripada agensi untuk memenuhi ruangan berita luar negara. Tetapi apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa ialah setiap berita yang disampaikan oleh agensi diwarnai oleh kaca mata tuan punya agensi. Siapa lagi tuan-tuan ini kalau bukan orang Yahudi? Insya'allah hal ini akan diperincikan dalam bab lain. 

Kadang-kadang kita akan terjumpa nama "Agensi" di akhir suatu laporan. Ini bermakna laporan itu ialah gabungan daripada berita-berita yang dibekalkan oleh agensi tetapi diolah oleh pengarang akhbar tempatan menjadi satu. Ini disebabkan ada fakta yang diutarakan oleh suatu agensi tidak ada pada agensi yang lain dan begitu juga sebaliknya. Walaupun pemberita mereka mungkin meliputi peristiwa sama mungkin angle atau sudut cerita yang diambil adalah berlainan. 

Seorang pemberita mungkin melihat peristiwa September 11 daripada sudut ketenteraan manakala seorang lagi daripada sudut kemanusiaan. Ataupun mereka melihat daripada sudut sama tetapi memperolehi fakta yang berlainan. Yalah, komen yang keluar daripada mulut datuk bandar New York mungkin tak sama langsung dengan komen yang keluar daripada mulut seorang polis yang bertungkus lumus meredakan keadaan. Lagipun pemberita memang suka mencari berita eksklusif. Kalau boleh nak dapatkan berita yang pemberita lain tak boleh dapat atau daripada sudut yang tak terfikir oleh orang lain. 

Masing-masing kalau boleh akan merujuk kepada sumber ekslusif. Kalau dapat, dia seorang sahaja hendak bercakap dengan datuk bandar atau presiden. Tetapi kebiasaannya orang berjawatan tinggi selalu dikejar ramai pemberita. Sebab itu kita selalu dapat berita yang sama walaupun daripada agensi dan pemberita yang berlainan. Cuma cara penulisan mungkin berbeaza. 

Berita pula sampai melalui rangkaian sistem telekomunikasi yang disambung terus ke komputer di pejabat akhbar tempatan. Mereka selalunya melanggan dengan beberapa agensi supaya boleh memilih yang terbaik untuk digunakan dalam akhbar. Pengarang boleh memilih beberapa banyak cerita yang mereka suka secara bulat-bulat tanpa disunting atau menggabungkan laporan daripada beberapa agensi menjadi satu cerita untuk tatapan pembaca. Misalnya, komen daripada datuk bandar New York yang ditulis oleh agensi AFP boleh digabungkan dengan komen daripada polis yang didapatkan oleh Reuters. 

Begitu juga yang berlaku di Malaysia. Berita dari sini juga selalu mendapat ruang di dada akhbar antarabangsa. Ada agensi berita asing menggunakan warga tempatan untuk mencari berita di negara kita. Sesetengahnya seperti Reuters mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Ada yang menghantar pemberita luar untuk meliputi peristiwa-peristiwa tertentu sahaja seperti apa yang terjadi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. 

Apa yang pasti berita yang dihasilkan tetap akan diolah menurut kaca mata tuan punya agensi. Selalunya ini dilakukan menurut suatu agenda tersembunyi. Ada masa pula ini disebabkan pemberita bidang terjun dihantar secara tergesa-gesa ke Malaysia untuk mendapatkan suatu berita hangat lalu tidak dapat menghayati makna sebenar sesuatu peristiwa. Ini kerana tidak memahami latar belakang sosiopolitik dan penduduk suatu negara. Atau sahaja malas hendak mengkaji. Percayalah ini selalu terjadi kerana banyak manusia lebih mementingkan perut daripada kebenaran. 

Apapun dalam suasana dunia sekarang kebanyakan berita yang disunting agensi luar memang mempunyai agenda di sebalik tabir. Ini kerana mereka rata-rata dikuasai Yahudi. Seperti kita tahu mereka memang tak sukakan orang Islam, apa lagi negara Islam seperti Malaysia yang begitu berdikari berbanding kebanyakan negara Islam lain yang sudah lama berada di bawah telunjuk mereka. Berita tentang pemecatan Anwar Ibrahim misalnya digembar-gemburkan untuk menggambarkan pemerintah Malaysia sebagai zalim. 

Berita-berita daripada sumber pihak pembangkang seperti PAS dan DAP pula digunakan supaya kerajaan yang ada kelihatan tidak mendapat sokongan rakyat. Cerita-cerita mengenai demonstrasi jalanan diperbesarkan supaya masyarakat dunia ingat negara kita tidak lagi stabil, penuh dengan huru-hara. Bayangkanlah kesannya sekurang-kurangnya daripada segi ekonomi negara yang banyak bergantung kepada pelaburan luar. Persepsi itu penting dalam dunia perniagaan. Kita telah lihat akibatnya apabila Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh meredum. 

Sebenarnya agenda di sebalik tabir ini berlaku di mana-mana. Akhbar-akhbar utama di Malaysia pula cenderung untuk menyokong kerajaan. Ini menyebabkan banyak berita diolah untuk memihak kepada pemerintah sehingga kadangkala terlalu berat sebelah. Para wartawan diberitahu ini dilakukan untuk kemajuan negara. Cara ini dipanggil "constructive journalism" atau cara liputan yang membina kerana tidak mahu orang luar melihat keburukan dalam usaha untuk memajukan negara. 

Daripada satu segi ini bukanlah satu kesalahan. Kita tidak perlu membuka pekung di dada walau tahu ia wujud. Cukuplah berubat secara senyap-senyap. Lagipun akhbar-akhbar utama perlu mengimbangi serangan daripada akhbar-akhbar lain seperi Harakah yang didalangi parti PAS, selalu memburuk-burukkan setiap usaha kerajaan. Ada ke akhbar yang langsung tidak mempunyai kecenderungan kepada suatu pihak? Tepuk dada tanyalah selera. Sekurang-kurangnya berita yang dimuatkan mestilah tidak menyinggung perasaan tuan punya akhbar. 

Wartawan yang hidup untuk mencari makan sangat faham akan prinsip ini. Mereka yang berfikiran lebih bebas boleh mencuba untuk menulis berita yang tidak mempedulikan kepentingan tuan punya akhbar dan kawan-kawan atau sekutu mereka demi menegakkan kebenaran. Tetapi jangan harap berita itu akan disiarkan. Silap hari bulan mereka akan dilarang menulis atau dipecat terus. Ini adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan. Berapa ramailah manusia yang berani mengakui kekurangan lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini?

Masalahnya timbul bila orang yang terlibat tidak mahu pekung diubat sebaliknya memaksa orang lain agar memaparkan kisah yang muluk-muluk belaka. Contohnya bail-out syarikat gergasi Renong oleh kerajaan apabila ia mengalami masalah akibat krisis ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997. Walaupun setengah masyarakat mengatakan ia tidak patut dilakukan kerana bertentangan dengan prinsip fair-play atau kesaksamaan dalam dunia perniagaan saya dapat menerima kerana Renong menaungi beribu anak Melayu. Kalau syarikat jatuh ramai anak bangsa yang akan dipaksa menganggur. Masyarakat Melayu akan kehilangan satu flagship yang juga melambangkan maruah bangsa dalam dunia perniagaan yang lebih dikuasai bangsa Cina. 

Oleh itu media utama tempatan didapati banyak melindungi syarikat walaupun ramai membantah. Kerana turut dilindungi adalah beribu anak Melayu yang baru bertapak dalam dunia korporat. Tapi perlukah juga menyelamatkan beberapa individu yang telah beberapa kali tersilap langkah dalam mentadbir sebuah syarikat yang begitu penting atas nama kedaulatan Melayu? Tidakkah mereka merupakan pekung yang perlu diubat? Atau lebih baik, buang langsung sebelum merebak ke serata badan.

Tetapi perkara ini tidaklah semudah bercakap di kedai kopi. Mengkritik memang mudah. Berapa ramai yang sedar akibat? Dalam hal ini Melayu terlalu lemah. Jika individu-individu yang gagal itu dibuang, berapa keratlah tinggal orang Melayu korporat yang boleh dibanggakan? Ini soal maruah dan psikologi bangsa. Kalau nak buang pun biarlah disediakan dahulu pelapis. Buat sementara waktu yang gagal masih dianggap sebagai simbol kekuatan ekonomi Melayu. Dan yang mencanangkannya adalah pihak media, mungkin atas arahan pihak berkenaan.



Friday, March 04, 2022

Susah payah satu perjuangan - Bahagian 3

Bersambung daripada artikel  Susah payah satu perjuangan - Bahagian 2 dengan membuat suntingan pada artikel lama Dugaan! Bahagian terakhir pecahan artikel permulaan 2002.


Gambar hiasan : Saya menemui lalu membeli senaskah buku ini sama ada pada awal atau pertengahan tahun 2001. Ia menjadi rujukan untuk menulis buku pertama saya dalam bahasa Melayu bermula awal 2002 tetapi tidak menjadi itu...


Malangnya saya masih tidak dapat menulis. Fikiran ini buntu. Kepala sendat agaknya kerana terlalu banyak berfikir. Memang saya ada bermacam-macam idea dan isi. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Keadaan ini adalah seperti hendak membersihkan rumah yang sudah lama dibiarkan berselerak. Mana hendak dimulakan dahulu? Nak cuci tandas ke, sapu ruang tamu ke atau atur bilik tidur? Dapur pun kotor, dinding bersawang, semua almari berhabuk. Segala benda berselerak. Tengok pun dah rasa lemas. 

Untuk memecah kebuntuan saya bermain game yang ada dalam komputer riba. Sekejap main "Solitaire", sekejap "Pinball", sekejap "Minesweeper". Akhirnya asyik main game memanjang. Nampaknya perlu cara lain untuk memecahkan kebuntuan. 

Saya perlukan sentuhan ilham dan cetusan rasa. Dalam keadaan tertekan itu rasanya hanya kediaman Pak Habib di Janda Baik sahaja mampu menggerakkan minda. Cuma rasa segan pula hendak berjumpa  kerana telah berjanji dengan diri sendiri akan mengemukakan sekurang-kurangnya satu bab untuk tatapan Pak Habib bila bertemu lagi. 

Saya pun terus melekat di rumah dengan game komputer. Sesekali sahaja keluar untuk berjumpa kawan atau makan angin dengan harapan ilham akan datang. Tunggu punya tunggu sampailah Kuala Lumpur mula berjerebu. Kepala semakin sesak sedangkan perlumbaan Formula 1 di Sepang pun hampir nak sampai. 

Teringat saat-saat manis ketika meliputi perlumbaan besar tersebut, semasa masih bekerja dengan akhbar The New Straits TimesSentimental pula rasa. Apapun sudah dekat dua bulan kerja terbengkalai sejak  memberitahu Pak Habib rancangan untuk menulis buku. Akhirnya nak tak nak terasa mesti pergi ke Janda Baik untuk memecah kebuntuan. Lagipun udara dan cuaca di sana jauh lebih baik berbanding di Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah saya mendapat sedikit kekuatan dalaman bila Maal Hijrah tiba. Mungkin Tuhan hendak membangkitkan semangat seiring dengan tahun baru Islam. Untuk melepaskan nostalgia saya menghabiskan hari Ahad di bandar raya kerana hendak mengikuti perlumbaan Formula 1 di layar besar Dataran Merdeka. Selepas tahu siapa yang menang baru menelefon Pak Habib untuk memberitahu akan datang ke Janda Baik pada hari Isnin untuk berehat seminggu. 

Mula-mula dia tanya berapa orang hendak dibawa. Saya jawab datang seorang diri sahaja. Seterusnya dia bertanya  datang "for business or pleasure?". Saya jawab kedua-dua sekali. Saya akan bawa komputer riba. Dia pun faham saya nak buat kerja. 

Sampai masanya saya pun bergegas dengan motosikal kesayangan menuju ke Pahang. Sebaik saja masuk ke kawasan Janda Baik melalui persimpangan di Genting Sempah yang juga bercabang ke pusat percutian dan perjudian Genting Highlands terus terasa perubahan. Udara yang segar nyaman serta latar belakang kehijauan bukit bukau dan gunung ganang memberikan harapan bahawa kali ini saya akan dapat memulakan penulisan buku yang diidamkan. 

Rumah Pak Habib dengan taman yang indah dan sungai yang mengalir di sebelah pula semakin membangkitkan semangat. Keadaan di sana memang menenangkan menyebabkan saya sering termenung jauh merenungi kebesaran Tuhan. Tetapi saya masih tidak dapat memulakan kerja. Memang terasa jauh lebih tenang di situ tetapi bukan senang hendak menulis buku lebih-lebih lagi yang mengetengahkan mesej yang agak berat. 

Perkara mana yang hendak dikehadapankan dahulu pun  masih tak tahu. Adakah hendak terus bercerita mengenai komplot Zionis, apa yang tak kena dengan peristiwa September 11 atau nak mulakan dengan sedikit latar belakang berdasarkan sumber-sumber tertentu? Ah. Saya buntu lagi. 

Nak tak nak terpaksa akur dengan keadaan. Kita boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Saya pun membuat keputusan untuk "enjoy the moment". Lupakan niat untuk menulis buat sementara dan terima keadaan seadanya. Hirup udara segar, mandi sungai, jalan berkaki ayam keliling taman, pusing kampung jumpa kawan-kawan yang menetap di Janda Baik. 

Ada masa melepak di rumah seperti istana lama yang dibawa dari Perak tidak jauh dari persimpangan di sebelah Sungai Sum-sum kerana saya memang suka rumah lama dengan ukiran-ukirannya. Ia milik seorang kerabat yang sangat rapat dengan Sultan Perak. Terasa seperti rumah sendiri pula. Mungkin disebabkan salasilah keluarga sebelah bapa yang baru kebelakangan ini diambil tahu. Apapun tak boleh paksa diri menulis kerana masih ada kekusutan yang belum terurai. 

Pak Habib yang selalu berurusan di Lembah Klang sampai dua hari kemudian dengan seorang wartawan akhbar tabloid. Ayat pertama keluar daripada mulutnya ialah "Buku dah siap?" Perasaan malu mula bersarang dalam hati. Saya cuma boleh menjawab : "Idea semua ada dalam kepala tapi tak dapat keluarlah Pak Habib. Banyak problem." 

Dia mengangguk. "Biasalah tu, kalau tak takde problem bukan manusia namanya," katanya sebelum memperkenalkan dengan wartawan di sebelahnya yang juga seorang jurugambar. Nasib baik Pak Habib sporting. Kalau tidak boleh tergugat semangat untuk menulis. Memandangkan dia ada urusan saya pun meninggalkan mereka. Lagipun saya ingin berjumpa beberapa orang kawan untuk berbual. Inilah salah satu cara saya cuba menguraikan kekusutan. 

Setelah termangu lagi sehari saya pun bertekad untuk memulakan penulisan. Ketika itu hampir masuk malam Jumaat sedangkan saya sampai ke Janda Baik pada hari Isnin. Kali ini terasa mesti menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Tak kiralah walaupun idea merapu. 

Dengan izin Allah saya mendapat cetusan rasa yang berguna sebelum matahari terbenam. Saya terfikir mengenai kesanggupan Pak Habib membenarkan penggunaan kediamannya untuk mencari sentuhan dan sungai yang mengalir indah di hadapan. Bukan semua orang akan membenarkan kita tidur di rumah mereka jika baru berkenalan. Dan bukan semua orang ada rumah dan taman seindah kepunyaan Pak Habib, dengan sungai mengalir betul-betul di tepi rumah pula itu. 

Bukan semua orang sanggup mendengar rintihan kita dengan jujur. Dan bukan semua orang yang sanggup mendengar mampu pula memahami. Saya gunakan hal ini untuk meluahkan perasaan. Selama ini penulisan terasa tersekat kerana beban emosi yang amat berat. 

Pertolongan Pak Habib sedikit sebanyak mula membuka jalan. Akhirnya malam itu menyaksikan saya menggunakan komputer riba dengan produktif setelah empat hari ia "berehat" dalam beg sandang. Itupun sikit punya lama nak dapatkan tiga perenggan pertama. Sesekali saya diganggu oleh bau bungaan wangi yang dibawa angin berserta rasa seram sejuk dan bulu roma meremang. Maklumlah, malam Jumaat. Dekat hutan pergunungan pulak tu. Memang kawasan Janda Baik ni banyak makhluk halus. Tapi mengikut kata orang kebanyakannya jenis baik. 

Alhamdulillah, penulisan menjadi semakin lancar selepas waktu Isyak. Bab inilah hasilnya. Cuma ketika itu saya menulis tidak sampai ke perenggan ini. Walaupun tak pasti sama ada akan jadi mukadimah, bab permulaan atau pertengahan buku kerana cuma mengikut "flow" dan gerak hati saya berpuas hati dengan gaya penulisan dan cerita yang mengalir keluar. Sekurang-kurangnya telah berjaya menentukan tempo yang sesuai untuk buku. Ia seolah-olah "groundwork" yang diperlukan untuk membuat sebuah bangunan. Kerja-kerja "foundation"lah memakan masa paling lama. Tetapi apabila selesai bab ini bangunan semakin mudah disiapkan daripada tingkat ke tingkat.

Saya terus menulis sehingga kepenatan, sakit kepala dan rasa mengantuk memaksa untuk berhenti. Lagipun sudah larut malam, dah lebih jam 3 pagi. Dapatlah dekat sepuluh perenggan. Selepas bersolat saya pun tidur dengan niat hendak menyambung penulisan pada pagi Jumaat. 

Tetapi sekali lagi, manusia boleh merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Saya bangun tidur dengan rasa berat kepala yang amat sangat lalu menundakan niat. Kalau ikutkan hati memang nak tidur lagi. Tetapi saya hendak membiasakan bangun pagi setelah lama terbiasa tidur panjang tak tentu masa. 

Untuk melawan rasa mengantuk dan berat kepala yang amat sangat  saya bertukar pakaian ke seluar pendek sahaja dan pergi berlari-lari anak keliling padang yang terletak betul-betul di hadapan bilik tidur. Penjaga rumah yang juga anak angkat Pak Habib tersenyum melihat gelagat. Sesekali saya berhenti untuk mengamati dan menghidu bunga yang bermacam jenis. 

Bila dah jemu pergi duduk bercangkung di tepi sungai melihat air mengalir. Sedar tak sedar saya dah merayap sampai ke hulu. Bila kembali ke kediaman Pak Habib sudah hampir waktu solat Jumaat. Bila keluar solat di masjid terserempak pula dengan kawan-kawan. Langsung hari itu dihabiskan tanpa membuat sebarang penulisan. 

Saya cuma dapat menyambung usaha pada malam Sabtu selepas pukul 9 malam. Walaupun kepala masih terasa agak berat, mungkin kerana disebabkan perubahan cuaca setelah lama kepanasan di Kuala Lumpur menghidu jerebu, ditambah usaha untuk mengurangkan tidur dan bangun Subuh setiap hari, saya memaksa juga diri untuk menulis. Pak Habib kata kepala saya juga berat disebabkan "brain drain" kerana lama tidak menulis. Cuba pula menulis buku pertama. Kata orang putih "a maiden effort", usaha yang pertama. "Maiden" tu maknanya anak dara. Tiada kena mengena dengan pasar raya Mydin. Mungkin ada kena mengena dengan kumpulan rock Iron Maiden. "Maiden effort" ini lebih kurang seperti malam pertama pengantin le. Mula-mula sakit. Lepas tu tak payah ceritalah. Enjin dah "break-in". 

Dengan kuasa Allah "flow" datang mencurah-mencurah. Kebetulan malam itu hujan lebat selebat-lebatnya, paling lebat sejak mula bertandang ke Janda Baik. Mungkin disebabkan siang tadi terlebih panas. Teringat kata-kata Pak Habib pagi itu. Katanya Janda Baik yang terletak pada ketinggian lebih dari 1,000 kaki di atas paras laut tidak pernah sepanas itu. Mungkin disebabkan pilihan raya Ketari, kerana ramai manusia membawa dosa masuk kawasan. Hmm... mengenai hal ni mungkin boleh disentuh dalam satu bab kerana peranan Yahudi dalam menentukan arah politik dunia dan akibatnya kepada orang yang terlibat termasuk di negara kita sendiri adalah salah satu topik yang ingin diketengahkan dalam buku. 

Apapun bab ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan jalan yang perlu diambil untuk menyiapkan buku semakin terang. Apa yang ingin ditekankan ialah tidak mudah untuk menulis buku ini kerana ia bukan sebarang buku. Ia adalah satu pendedahan mengenai apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di pentas dunia juga di Malaysia terutama dalam konteks Peristiwa September 11 di New York. Ini bukan cerita berita harian atau buku fiksyen tetapi pengamatan melalui pengalaman hidup, pengkajian yang meluas dalam pelbagai bidang ilmu dan gerak hati yang diasah melalui ilmu Laduni kurniaan Tuhan. Rancangan Zionis untuk menakluki dunia bukan perkara main-main, bukan cerita yang dibuat-buat. 

Malah Henry Ford, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kereta Ford sendiri pernah menulis rangkaian artikel yang akhirnya dibukukan atas tajuk "The International Jews". Kerana dia sedar mengenai rancangan tersebut. Tetapi Henry Ford menulis pada tahun 1920an, tidak lama selepas berlaku perang dunia pertama . Ia merupakan perang besar pertama daripada siri tiga perang dunia yang telah dirancang oleh pihak Zionis sejak abad ke 18 lagi. Banyak lagi perkara telah terzahir sejak itu termasuk Peristiwa September 11. Lagipun Ford menulis menurut perspektif seorang Kristian dan rakyat Amerika. Tulisannya lebih menyentuh tentang bahaya pengaruh Yahudi di persada politik dan perniagaan Amerika pada waktu itu kerana dia sendiri telah merasakan kesannya. 

Melalui buku ini saya akan membawa isu konspirasi Yahudi ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pengaruhnya ke atas sejarah Alam Melayu dan seterusnya terhadap keadaan politik di Malaysia sendiri. Saya akan mendedahkan bagaimana Zionis telah merosakkan fikiran manusia terutama orang Islam supaya berpecah belah dan mudah dipengaruhi dan diperintah melalui berbagai wadah seperti politik, pelajaran, hiburan, sistem kewangan, korupsi dalam agama, dan yang paling utama pada zaman ini, pengaruh media massa demi mencapai matlamat utama mereka - menakluki seluruh dunia seperti yang mereka rasakan patut dibuat. Kononnya atas ajaran yang dibawa kitab Taurat. 

Ingat, ini bukan cerita sebarang tetapi cerita mengenai peristiwa akhir zaman dan penyelewengan yang berlaku dengan galaknya di merata dunia dalam berbagai bidang. Jangan terperanjat jika terjumpa cerita mengenai Dajjal dan Imam Mahdi. Ia disertakan kerana perkara ini memang wujud. Dan tujuan utama buku adalah untuk membuka mata masyarakat supaya jangan terperanjat jika perang dunia ketiga berlaku di hadapan mata tidak lama lagi. Bersedialah untuk kemungkinan ini kerana ia bukan omongan kosong. Bacalah dengan hati terbuka dan jiwa yang insaf. Amin.




Susah payah satu perjuangan - Bahagian 2

Meneruskan proses berkenaan. Menyambung penceritaan dalam artikel Susah payah satu perjuangan - Bahagian 1 dengan suntingan bagi artikel lama Susahnya nak berjuang! Sambungan ke 2 artikel permulaan 2002.


Gambar hiasan : Daripada artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times...



Dipendekkan cerita, semakin lama didapati usaha untuk mengetengahkan peradaban tinggi melalui penulisan sukan semaking terhalang. Semakin lama semakin banyak artikel dipotong hingga tinggal tulang. Alasan yang diberikan bos adalah ruang dalam dada akhbar tidak mencukupi untuk memuatkan tulisan. Sedangkan ada penulis lain yang dibenarkan menulis berjela-jela walaupun isi tak seberapa.

Apa yang nampak terdapat usaha untuk mengurangkan pengaruh kerana tulisan saya telah mendapat tempat di hati pembaca. Ini kerana ramai juga daripada mereka terdiri daripada orang berpengaruh dalam persada politik dan perniagaan tanah air. Yang pasti memang ada yang tidak menyenangi tulisan juga keakraban saya dengan orang-orang ternama. Malah seorang wartawan lama yang dianggap kawan rapat pernah menuduh saya cuma ingin bergaul dengan orang "besar-besar" sahaja kerana kepentingan peribadi atau mencari imbuhan . 

Hati ini benar-benar terguris. Nampaknya niat untuk mengetengahkan suatu wawasan yang murni tidak bermakna langsung bagi orang seperti itu. Kalau manusia yang dianggap kawan pun boleh merasa begini apatah lagi orang yang memang dah terang-terangan nampak iri hati dan tercabar dengan cara bekerja dan tahap penulisan saya. Masyaallah. Berhari-berhari saya menangis meminta hidayah dan kekuatan daripada Allah. Baru faham bagaimana orang yang ingin memperjuangkan kebenaran boleh dituduh bermacam oleh orang yang tak faham atau buat-buat tak faham. 

Sampai satu peringkat saya terasa betul-betul patah hati dengan keadaan. Saya masih boleh tahan difitnah dan dituduh macam-macam. Tetapi apabila artikel asyik dipotong atau tidak diterima apa lagi patut dibuat kerana itulah wadah perjuangan? Walaupun begitu saya masih lagi cuba bertahan. Sampailah peristiwa September 11 di New York. Saya merasakan ia sebagai petanda besar bermulanya zaman fitnah seperti pernah dibaca dalam sesetengah kitab. 

Sebagai seorang yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang Tasauf dan percaya pada gerak hati, saya merasakan bahawa perjuangan yang jujur buat masa ini akan lebih mendatangkan kesedihan ataupun heart break. Bayangkan setiap hari selama lima tahun sebagai wartawan asyik berfikir berat tentang cara bagaimana hendak membawa wawasan dan impian melalui penulisan sambil menghadap pelbagai halangan serta ruangan akhbar yang disempitkan. Memang penat. Tetapi disebabkan masih diperlukan untuk meliputi acara-acara tertentu dalan Sukan SEA di Kuala Lumpur 8-17 September 2001 saya ketepikan dahulu perasaan. 

Selesai sahaja Sukan SEA saya mula terasa berat untuk bekerja. Sudahlah selalu terpaksa meninggalkan rumah untuk memenuhi tuntutan pekerjaan dan wawasan yang tak kira masa, usaha tidak dipedulikan di tempat kerja sendiri. Mungkin lebih elok kalau ikut sahaja rentak orang lain, play safe, gaji tetap jalan. Dan gaji memang agak lumayan.  Tetapi saya lebih rela mati daripada bekerja semata-mata untuk cari makan. 

Sebab itu sampai satu masa saya tidak pergi kerja selama beberapa hari dan tidak mahu menjawab bila diberikan surat tunjuk sebab. Saya betul-betul terasa hilang semangat dan disia-siakan.. Kalau orang yang terlibat benar-benar jujur mahu memahami masalah mereka boleh bersemuka dan bertanyakan cerita sebenar. Malah saya telah mengemukakan alasan dalam satu surat yang diutarakan kepada beberapa pihak untuk memohon agar ditukarkan ke bahagian lain. Sebaliknya saya dipecat 24 jam atas arahan pihak yang paling atas! 

Kalau ikut aturan saya sepatutnya dikenakan tindakan disiplin terlebih dahulu sebelum tindakan lain menyusul.  Tapi mereka yang terlibat nampaknya tidak peduli langsung akan sumbangan saya selama beberapa tahun. Apapun bukan susah sangat nak cari kerja lain. Cuma terasa serik bekerja di bawah orang. 

Saya sedar  ramai mementingkan perut dan ego daripada memperjuangkan kebenaran. Dan mereka ini senang merasa tercabar bila ada yang menunjukkan kelebihan. Rasanya lebih elok bekerja secara freelance

Sebab itu tergerak nak jumpa Pak Habib. Walaupun ada menganggap beliau tidak lebih daripada penulis upahan dan orang yang menggunakan pena untuk kepentingan diri hati kecil saya berkata akan bertemu kesesuaian dengan beliau. Yalah, saya pun pernah dituduh cuba berbaik dengan orang besar untuk mencapai kesenangan walaupun beria-ia menghad pergaulan atau "keep a distance". Walhal saya tidak mahu melanggar prinsip tidak mahu terlibat dengan budaya "I scratch your back you scratch my back". 

Apa-apa pun mesti berjumpa dengan orangnya dahulu. Lihat dengan mata kepala sendiri, dengar apa yang dikatakan sebelum membuat apa- apa penilaian. Alhamdulillah, Pak Habib yang selalu sibuk dapat dihubungi hari itu juga. Anak saudaranya yang bergiat dalam dunia lakonan telah membawa beberapa kawan seangkatan menemani untuk bertemu di kediamannya di Janda Baik. 

Dia pula sanggup bergegas dari Kuala Lumpur untuk menemui kami. Di situ dapat dilihat Pak Habib ni agak simple orangnya dan sanggup menolong orang. Gerak hati saya menyatakan memang kami boleh "click". Seperti saya beliau cenderung terhadap pengajian Tasauf. Dan beliau juga tidak suka menonjolkan kepercayaan kuat pada agama melalui pakaian dan sifat luaran. 

Ah, memang kami boleh geng. Cuma disebabkan kawan-kawan yang ada ketika itu kurang cenderung dalam hal ini saya terpaksa mengekang keinginan untuk berbual mengenai ilmu Hakikat sehingga mereka balik meninggalkan kami bersendirian. Yang pasti Pak Habib bukanlah seperti digambarkan sesetengah orang. Saya bukan mengharapkan pertolongan sangat. Cuma seseorang yang boleh diajak berbual perkara-perkara yang jarang dapat dibincang dengan orang lain secara jujur. 

Beliau tidak menghadapi masalah untuk memahami tekanan yang dihadapi di New Straits Times. Malah beliau menggalakkan agar terus berpegang pada prinsip dan wawasan. Apa orang lain nak kata, katalah. Yang penting Tuhan tahu niat kita. 

Pak Habib juga memberikan semangat untuk saya menjadi penulis bebas tanpa gaji tetap. 

"Engkau kena hidup macam harimau. Jalan sana sini tak payah bawak bekal hidup makan daging jugak," katanya. "Jangan jadi lembu dalam kandang nak orang bagi makan memanjang. Last-last orang makan. Tengok macam aku dah tulis macam-macam buku boleh hidup jugak. Rezeki di tangan Allah. Jangan nak hidup makan gaji je." 

Pada Pak Habiblah diceritakan rancangan menulis sebuah buku mengenai komplot golongan Zionis untuk menakluki dunia. Walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama diperkatakan orang seperti cerita-cerita tentang golongan Freemason yang pernah kecoh suatu masa dahulu rasanya baru sekarang menjadi begitu nyata susulan peristiwa September 11. Tetapi pada semasa itu saya tidak memberitahu Pak Habib kenapa merasa begitu terpanggil untuk menulis buku. Ini disebabkan ia ada kena mengena dengan sebuah mimpi yang dialami lebih kurang sebulan sebelum World Trade Centre di New York itu roboh. 

Tak perlulah diceritakan tentang mimpi kerana isinya sangat berat, ada kena-mengena dengan salasilah keturunan. Cukuplah kalau dikatakan ia juga ada kena mengena dengan apa yang berlaku di persada dunia kebelakangan ini menyebabkan saya tidak dapat nyenyak tidur selama beberapa bulan kerana asyik mengkaji cerita-cerita berkenaan rancangan Zionis daripada pelbagai sumber. 

Sekembali ke Kuala Lumpur  saya terus mengatur langkah untuk memulakan penulisan. Kebanyakan isi sudah dikumpulkan tetapi tiada alat untuk menulis. Saya memerlukan sebuah komputer laptop sendiri kerana komputer kegunaan terdahulu telah dipulangkan kepada syarikat. Nasib baik ada skim membeli komputer KWSP. Semasa menguruskan pembelian komputer terserempak pula dengan Pak Habib di Plaza Pekeliling. 

Dia tanya bila hendak memulakan buku. Saya jawab sebaik saja dapat laptop, dalam masa sebulan gitu.  Tetapi balik sahaja ke rumah jiwa meronta-ronta hendak memulakan penulisan. Hampir setiap malam terfikirkan isi dan gaya cerita yang ingin diketengahkan. 

Sampai satu malam tidak dapat tidur langsung kerana terlalu gelisah. Akhirnya bergegas ke rumah ibu saudara di Damansara Heights tidak jauh dari rumah sendiri di Segambut kerana hendak menggunakan komputer. Walaupun datang awal Subuh ibu saudara tak berapa kisah kerana sudah faham perangai. Saya kata dah tak tahan hendak menulis dan terus memulakan mukadimah dengan semangat berkobar-kobar. Sampai tak ingat makan dan minum....

Sedar-sedar sudah masuk waktu Asar. Saya telah menulis satu bab penuh selain mukadimah. Sayangnya bila dibaca dan diteliti kembali aturan isi dan gaya bahasa tidak seperti yang diinginkan. 

Semasa itulah sedar bukan senang hendak menulis buku. Mood mesti betul. Semangat yang berkobar-kobar dengan segala bahan yang ada sebenarnya belum mencukupi . Keluarga pula asyik bertanya bila nak cari kerja tetap kerana kurang yakin dengan keputusan untuk menjadi penulis bebas. 

Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan tumpuan. Ini menyebabkan tidak dapat menyampaikan isi dengan baik. Sebenarnya bukan saya tidak ingin bekerja langsung. Cuma perlu berfikir panjang kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Semangat untuk mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia tetap berkobar-kobar. Tetapi saya sedar kebanyakan orang tidak dapat memahami hal. Mereka lebih mementingkan periuk nasi daripada prinsip yang benar. 

Kalau ikutkan tak susah nak dapat kerja pun. Saya ada kelulusan tinggi di samping pengalaman yang berguna. Saya juga mempunyai banyak kenalan berpangkat tinggi. Tetapi apa bezanya dengan orang yang menyalah-gunakan kedudukan atau bersifat kroni jika saya menggunakan kelebihan ini sewenang-wenangnya? Prinsip amat penting buat diri ini. 

Walau apapun saya pernah mencuba mencari peluang pekerjaan lagi di New Straits Times selepas lebih empat bulan meninggalkannya. Saya ke sana untuk mencari ruang menulis dari luar kerana masih sayangkan akhbar. Maklumlah membesar dan belajar bahasa Inggeris dengan membaca NST sejak kecil di Muar. Ada sentimental attachment. Janggal dan berat rasanya hendak menulis di tempat lain walau pernah ditawarkan untuk berbuat begitu. 

Oleh kerana ramai mengenali di NST tak susah untuk mendapatkan persetujuan bagi menulis sebagai contributor buat ruangan tertentu. Tetapi sebaik sahaja keluar kawasan pejabat saya ditahan oleh pengawal keselamatan. Katanya saya tidak boleh berada di situ. Saya telah diharamkan daripada memasuki lingkungan pagar NST atas arahan orang paling atas. 

Orang luar pun boleh masuk hingga ke ruang menunggu tetapi saya yang pernah berkhidmat selama lima tahun dan mengenali hampir seluruh pelusuk warga kerja boleh diharamkan daripada memasuki kawasan pagar. Sampai begitu sekali! Kalau begini tiada peluanglah untuk menulis di NST lagi. Kalau cuba pun tahu artikel saya takkan keluar kerana dihalang bos paling besar. Tak kiralah artikel tu bagus bagaimana sekalipun. Silap-silap diplagiatnya pula...

Saya pun bertekad untuk memberikan sepenuh penumpuan pada penulisan buku. Mungkin satu hari akan tergerak untuk menulis di akhbar lain atau majalah? Kawan-kawan dalam bidang seni pula ada bertanya jika ingin menulis skrip drama atau lirik lagu. 

Tidak lama kemudian laptop saya pun sampai Ia dikirim oleh Pos Malaysia ke rumah. Akhirnya boleh memulakan penulisan setelah lebih sebulan bermain-main dengan berbagai gaya bahasa dan jalan cerita dalam fikiran tanpa mencoret secara hitam putih. Selepas menginstall apa yang patut, saya pun membuka perisian WordPad lalu memulakan cerita...


Susah payah satu perjuangan - Bahagian 1

Merujuk pada artikel Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki yang dipersembahkan tengah hari Jumaat. Ada disebut lalu diberikan pautan bagi sejumlah artikel lama yang mengandungi penulisan awal saya dalam bahasa Melayu yang dibuat pada awal tahun 2002. Saya tergerak untuk mencarinya kerana hendak menyemak kembali bilakah membeli dan memiliki komputer riba pertama sendiri. Penulisan lama 20 tahun lalu itu dapat mengesahkan bahawa komputer dimiliki awal 2002 kerana ada disebut dalam cerita.

Membaca kembali penulisan-penulisan lama yang asalnya untuk sebuah projek buku tapi akhirnya terbengkalai itu timbul rasa elok disunting lalu diangkat kembali di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Dengan itu biar dimulakan dengan menyunting artikel pertama yang tersenarai iaitu Permulaan - Satu percubaan menulis buku tahun 2002  lalu diletakkan hasilnya di sini.








SUSAH PAYAH SATU PERJUANGAN 

Wadi Hussein, Janda Baik - 24 Mac 2002 

Bukan mudah untuk menghasilkan buku. Walaupun separuh idea, pendapat dan pemerhatian yang ingin dikehadapankan telah bersarang dalam kepala lebih sepuluh tahun, saya terpaksa menunggu beberapa bulan sebelum mampu mengungkapkannya dalam bentuk yang sesuai untuk santapan umum. Sepatutnya penulisan mula dibuat dalam tempoh sebulan setelah idea untuk mendedahkan rancangan jahat golongan Zionis yang ingin menghuru-harakan dunia demi melaksanakan rancangan akhir mereka untuk memerintah dunia tercetus sekitar hujung tahun 2001. Berdasarkan pengalaman lima tahun menjadi wartawan di akhbar berbahasa Inggeri The New Straits Times, tidak mustahil untuk menghasilkan sepuluh muka surat buku dalam satu malam jika bahan yang diperlukan sudah dikumpul.

Tetapi saya tidak boleh terburu-buru. Perkara yang ingin diketengahkan memerlukan pemerhatian yang mendalam. Untuk menyampaikannya secara berkesan tidak boleh menulis secara sembarangan. Pada masa sama saya juga sedang melalui cabaran hidup yang getir. Keputusan nekad untuk menjadi penulis bebas tanpa pendapatan tetap setelah lama menikmati imbuhan yang boleh tahan lumayan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh keluarga yang selama ini pun tidak dapat memahami perjuangan dan prinsip hidup saya. 

Saya juga sedang berhadapan dengan krisis diri yang yang memerlukan untuk mengenali asal usul keluarga yang selama ini tidak pernah dipedulikan dan tidak dikenali. Jika tidak berhati-hati mesej yang ingin disampaikan boleh jadi kabur diselaputi emosi yang tertekan lalu matlamat untuk menyedarkan mereka yang sedang leka tentang bahaya yang mengancam seluruh dunia tidak akan kesampaian. Nasib baik ada manusia dapat menyelami perasaan dan hati budi. Pada kala saya dihimpit pelbagai dugaan penulis buku politik terkenal S.H. Alattas atau Pak Habib mengizinkan untuk menggunakan kediamannya yang indah di Janda Baik bagi meneruskan usaha. 

Walaupun kami baru berkenalan Pak Habib dengan tanpa banyak cerita terus menerima saya seperti anak kandung sendiri. Sebagai orang yang telah menghasilkan lebih 30 buah buku menurut cita rasa sendiri sejak tahun 1969 tidak susah untuk beliau memahami jiwa saya lebih-lebih lagi niat untuk menjadi penulis bebas yang memperjuangkan kebenaran dan peradaban tinggi. 

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa mesti menimbulkan perkenalan dengan Pak Habib. Pertama, memang saya rasa terhutang budi kerana membenarkan mencari ilham dan duduk bermalam-malam di kediamannya. Bukan senang untuk menulis dalam keadaan emosi tertekan. Dalam aman pun seorang penulis boleh terkena "writer's block" atau rasa kepala tersekat. 

Ramai wartawan menjadi gila teh tarik atau hisap rokok tak henti bila kesinambungan idea terputus. Ini baru menulis artikel, belum lagi buku yang isinya jauh lebih banyak. Lainlah kalau tulis hentam keromo ikut sedap mulut bercakap. Dalam keadaan begini, ilham atau cetusan rasa amat diperlukan dan kediaman Pak Habib seluas lapan ekar dengan sungai yang mengalir betul-betul di sebelah rumah, taman yang indah dengan pelbagai bunga-bungaan dan udara pergunungan yang nyaman memang mampu menggerakkan minda. Itupun bukan senang kerana kekusutan yang dihadapi betul-betul mencabar. 

Kedua, Pak Habib yang dikenali banyak menolong orang walaupun sering digembar-gemburkan sebagai seorang penulis buku politik berkepentingan atau penulis upahan. Di celah segala macam celoteh juga kepelikan seorang manusia yang eccentric terselit perjuangan untuk mengangkat pemahaman Islam yang tinggi, bukan sekadar menulis tentang politik. Perkara ini ditimbulkan kerana ada melihat zahir beliau yang berambut panjang sebagai kurang Islam, cara kritikannya dan penulisan yang agak pedas melanggar tatasusila. Apapun zaman sekarang adalah zaman fitnah yang mana orang yang cuba membawa kebenaran boleh dituduh sebagai pembohong besar. Walhal perosak-perosak masyarakat yang bertopengkan agama dianggap mulia dan disanjung ramai. 

Yang untung adalah golongan Zionis yang merupakan agen-agen syaitan di muka bumi. Malah inilah salah satu teknik mereka untuk memecahkan ummah sejak zaman berzaman - dengan mengaburi mata orang ramai supaya kita tidak dapat mengenal siapa yang membawa hak, siapa yang membawa kebatilan. Rasulullah sendiri pernah dituduh sebagai pendusta dan tukang sihir oleh masyarakat Quraish ketika baginda mula-mula menyebarkan syariat Islam di Mekah. Inikan lagi manusia biasa seperti kami yang tidak sempurna, hidup pada penghujung zaman yang penuh fitnah ini. 

Saya mula berkenalan dengan Pak Habib pada awal bulan Januari. Anak saudaranya yang memahami telah lama mengajak berjumpa dengannya kerana saya pernah meluahkan impian untuk mewujudkan masyarakat bertamadun tinggi di Malaysia melalui penulisan. Saya mengimpikan masyarakat seperti di Cordova semasa zaman kegemilangan Islam Sepanyol di mana tradisi ilmu yang tinggi telah mewujudkan ramai intelektual besar tanpa mengira agama termasuk ahli falsafah Yahudi Maimonides dan ahli Sufi ulung Ibnu Arabi. Tetapi kerjaya sebagai wartawan rupanya banyak halangan. Semasa di meja berita utama NST, saya tidak berpeluang langsung untuk mengetengahkan wawasan kerana cuma dibenarkan menulis hard news iaitu berita bulat-bulat berdasarkan suatu peristiwa atau kenyataan daripada orang ramai terutama pemimpin kerajaan. Tiada ruang untuk membuat interpretasi sendiri atau ulasan malah gaya penulisan pun dikawal ketat. 

Saya cuma mendapat sedikit peluang untuk mengenengahkan wawasan apabila ditukarkan ke meja sukan. Ini kerana wartawan sukan diberi sedikit kebebasan untuk mengulas sesuatu berita mengikut pengalaman dan cita rasa sendiri. Walaupun ada menganggap meja sukan tidak begitu penting kerana beritanya lebih bersifat hiburan sebenarnya ia lebih berkesan jika digunakan dengan cara betul. 

Pada mulanya saya sendiri jadi hilang punca kerana tidak tahu bagaimana boleh membawa wawasan melalui berita sukan. Selama dua tahun di meja berita utama saya tidak dapat berbuat apa-apa, apatah lagi di meja sukan yang dipandang remeh oleh kebanyakan wartawan. Ini kerana menganggap sehebat-hebat wartawan ialah mereka yang selalu dapat mengikut Perdana Menteri Dr Mahathir ke sana sini mengejar cerita-cerita sensasi politik. Jadi apalah sangat yang boleh dicapai oleh wartawan sukan yang banyak menghabiskan masa di Kompleks Sukan Bukit Jalil atau Litar F1 Sepang?

Rupa-rupanya ramai nama besar dalam persada politik dan perniagaan terlibat dalam dunia sukan. Termasuklah Dr Mahathir yang suka menunggang kuda. Beliau memang ingin melihat sukan berkuda atau ekuestrian yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai hobi orang kaya berkembang untuk segenap lapisan masyarakat. Daripada situ saya mendapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Dengan sedikit kebebasan menulis dalam berita sukan, saya cuba menerapkan nilai-nilai yang dianggap sebagai prerequisite atau syarat untuk mewujudkan tamadun tinggi ke dalam penulisan supaya dibaca oleh orang berpengaruh dengan harapan mereka akan bertindak seperti yang dicadangkan demi kemajuan sukan. 

Contohnya dalam sukan bermotor. Orang yang berfikiran cetek mungkin menganggap ia tidak lebih daripada satu medan untuk peminat kereta atau motosikal laju memuaskan hati dengan melihat atau memecutkan kenderaan di litar lumba. Mereka yang berfikiran jauh sedikit pula mungkin menganggap sukan bermotor tidak lebih dari satu cabang aktiviti belia atau hiburan. Ia adalah tempat bagi  melepaskan tension untuk mereka yang terlebih aktif.  

Tetapi di Barat, sukan bermotor ini berkait rapat dengan perkembangan industri permotoran. Dalam perlumbaan Formula 1, keempat-empat tayar kereta boleh ditukar dalam masa tujuh saat. Sambil itu berpuluh liter minyak dapat diisi. Kereta yang sudah hancur mampu dibaik pulih dalam masa satu malam manakala kerosakan sederhana yang memakan masa berhari untuk dibaik pulih di bengkel biasa boleh diselesaikan dalam masa sejam. 

Semua ini memerlukan kemahiran kejuruteraan dan mekanikal yang tinggi. Oleh kerana seseorang itu memerlukan kereta atau motosikal yang paling laju dan mantap untuk menang mereka yang terlibat akan terpanggil untuk mencipta enjin dan kenderaan yang lebih dan lebih bagus. Untuk ini, kenderaan mesti dipandu uji hingga ke had atau dalam bahasa orang putih "pushed to the limit". Ini cuma boleh dilakukan oleh pemandu yang cekap dan berani seperti pelumba. 

Dr Mahathir sebagai pelopor industri berat di Malaysia nampak semua ini. Sebab itu dia mahu menganjurkan perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang walaupun ada yang menganggap ianya membazir. Maklumlah, litar sahaja berharga hampir RM300 juta dan kos penganjuran satu perlumbaan sekitar RM50 juta. Walaupun perlumbaan dapat menarik tukaran matawang asing disebabkan kedatangan berpuluh ribu penonton luar yang sanggup berbelanja banyak untuk penginapan dan sebagainya ketika berada di Malaysia, faedah sebenarnya jauh lebih besar. 

Ini kerana sukan ini boleh memangkin kemajuan industri bermotor dan pembuatan kereta tempatan berpandukan teknologi terkini di samping menerapkan nilai-nilai profesional yang memerlukan kepantasan dan kecekapan. Bukan senang hendak menukar empat tayar dalam masa tujuh saat atau membaik pulih kereta yang sudah hancur dalam masa satu malam. 

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pengajian sains dan teknologi serta pencinta peradaban tinggi, saya juga nampak semua ini. Oleh itu saya cuba menggalakkan sukan bermotor dengan mengetengahkan apa yang patut termasuk daripada perspektif ekonomi dan teknologi, bukan semata-mata menceritakan siapa yang terlibat atau menang dalam sesuatu perlumbaan seperti yang dipraktikkan kebanyakan wartawan sukan. Secara tidak langsung saya telah menggunakan pentas sukan untuk menggalakkan perkembangan teknologi tinggi sebagai salah satu cara menuju ke arah mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia. 

Tidak lama kemudian, saya diperkenalkan pada sukan berkuda. Mula-mula tak berapa suka kerana merasakan ia hanya untuk orang berada. Acara sukan ini banyak diadakan di kelab-kelab menunggang yang eksklusif. Mereka yang terlibat pun memang boleh kata rata-rata daripada golongan berada. Jadi tak nampak bagaimana sukan ini relevan dalam perjuangan untuk mewujudkan tamadun dan peradaban tinggi. 

Hinggalah saya diperkenalkan pada satu cabang sukan berkuda yang memang sesuai untuk semua golongan iaitu endurance riding atau menunggang lasak. Atas permintaan dan jasa baik seorang peserta yang menerajui sebuah kelab, saya telah dibawa ke Perancis untuk melihat sukan secara lebih dekat. Di situlah dapat melihat bagaimana ia dapat memenafaatkan semua golongan masyarakat. Ini disebabkan ia bukan sahaja disertai oleh golongan berada malah golongan petani yang rata-rata membela kuda di ladang mereka seperti membela lembu, ayam, itik dan kambing. 

Selama ini jangankan saya, boleh kata semua wartawan sukan di Malaysia termasuk para pengarang menganggap sukan berkuda sebagai acara elit yang tidak perlu diketengahkan kepada orang ramai. Sedangkan di negara-negara Barat ia adalah untuk semua lapisan masyarakat. Peminat sukan juga mengingatkan bahawa menunggang kuda adalah sunnah Rasulullah SAW. Mungkin ada yang menganggap Nabi Muhammad SAW menggalakkan orang menaiki kuda kerana ia merupakan kenderaan pada zamannya. Tetapi hakikatnya lebih daripada itu. 

Seorang kenalan menceritakan bagaimana anaknya yang agak lembap mengulangkaji menjadi cerdas setelah diajar menunggang kuda. Ini disebabkan aksi menunggang itu sendiri boleh menyegarkan urat saraf. Kenalan lain pula menceritakan bagaimana menunggang kuda boleh membangkitkan sifat-sifat khalifah dalam diri seseorang kerana kita diajar mengawal seekor binatang yang jauh lebih kuat berbanding manusia dengan menggunakan gerakan badan. 

"Sebab itu PM suka naik kuda," dia memberitahu. "Tengok dia nampak lebih muda dari umur sebenarnya dan akalnya sentiasa cerdas". Malah mengikut kenalan yang mengetuai unit berkuda polis Putrajaya itu, menunggang kuda sama seperti berzikir. Ini kerana pergerakan kuda dengan empat kakinya itu adalah zikir Lailahai'lallah. Satu kaki untuk "La", satu untuk "ila", satu untuk "ha'il" dan kaki keempat untuk "Allah". 

Saya sendiri dapat merasakan perbezaan. Walaupun asalnya kurang berminat menunggang saya terpanggil untuk mencuba setelah diajak beberapa kali oleh polis unit berkuda di Putrajaya. Lagipun saya patut mencuba kerana selalu menulis tentang sukan berkuda. Sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuan. 

Hasilnya memang memuaskan. Pada kali pertama mencuba, saya sedang kepenatan kerana banyak bekerja dan kurang rehat. Tidur tak sampai tiga jam, awal Subuh sudah bergegas ke Putrajaya dari rumah di Segambut kerana mengejar waktu yang sesuai untuk menunggang. Tapi tak sampai satu minit di atas kuda badan terasa segar dan mata menjadi cerah. 

Daripada itu saya mendapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Sebagai satu sunnah Nabi dan sukan yang menyihatkan, ia mampu menerbitkan masyarakat berperadaban tinggi. Jadi sukan berkuda memang relevan untuk wawasan. Cuma ramai menganggap ia sukan yang mahal. 

Bila ditimbulkan masalah ini  baru diberitahu bahawa sukan berkuda sebenarnya tidaklah semahal yang digembar-gemburkan. Ya, memang ada kuda yang harganya setengah juta Ringgit seekor. Tetapi anda juga boleh membeli seekor kuda dengan harga RM500 sahaja. Lebih murah daripada motor kapchai terpakai. Cuma kos penyelenggaran pula tinggi disebabkan upah penjagaan kuda, makanan dan sewa tempat letak kuda di kelab-kelab. Dalam RM1000 sebulan...

Tapi bayangkan kalau menjaga di tanah sendiri. Kos membela kuda boleh diturunkan seperti belanja menjaga lembu dan binatang ternakan lain. Malah inilah yang diamalkan di sesetengah tempat di Kelantan dan Sabah. Ada petani di Kelantan yang membela kuda sejak turun temurun sementara di Sabah ianya adalah kenderaan tradisi orang Bajau. Pada mereka, membela kuda tak jauh beza dengan membela lembu. Inilah sebenarnya yang terjadi di negara-negara Barat seperti Perancis menyebabkan golongan petani mampu bersaing dengan golongan berada dalam sukan berkuda. 

Menyedari keadaan ini, saya semakin bersemangat untuk menulis artikel bagi mempromosikan sukan berkuda sambil mencadangkan cara-cara mengurangkan kos supaya boleh dinikmati ramai. Sukan berkuda juga menemukan saya dengan orang berpengaruh seperti ahli perniagaan berjaya, tokoh-tokoh politik sehingga ke para menteri juga Perdana Menteri yang memang mahu sukan ini dikembangkan. Ini sedikit sebanyak memudahkan usaha untuk mewujudkan masyarakat berperadaban tinggi melalui sukan. 

Tetapi keadaan ini juga menimbulkan masalah kerana wujudnya manusia iri hati. Ia menjadi masalah bila ada yang berkerja di bawah bumbung sama. Walaupun usaha saya mendapat sokongan sesetengah pihak, bos sendiri menjadi penghalang. Katanya sukan ini tidak perlu diketengahkan sangat kerana hanya untuk golongan elit. Dia juga lebih cenderung pada sukan yang memang telah diterima ramai seperti bola sepak dan olahraga. 

Kalau betullah itu sahaja sebabnya, kenapa artikel-artikel saya mengenai sukan lain juga banyak mendapat tentangan? Salah ke mengenengahkan aspek-aspek ekonomi dan teknologi dalam penulisan sukan?Mungkin ini juga satu faktor yang menyebabkan saya mendapat tentangan kerana kebiasaannya berita sukan digarap daripada sudut emosi dan hiburan. Tapi takkan nak main takat itu sahaja memanjang? Lagipun tulisan saya yang kritis dan analitik dapat diterima ramai pihak. Tak percaya tanyalah orang yang terlibat dalam industri permotoran. Tapi kalau berkata begini ada pulak yang marah kata saya menunjuk dan berlagak.



Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki

Salam tengah hari Jumaat. Merujuk pada artikel Kamera-kamera digital yang pernah dimiliki. Setelah menulis tentang kamera digital satu artikel serupa harus dibuat tentang komputer pula. Biar dibuka dengan sejarah saya dalam penggunaan komputer. 


Adapun komputer pertama yang saya kenali lalu digunakan adalah model Sinclair ZX-81. Ia satu komputer kecil bersaiz lebih kurang seperti kertas A4 menggunakan televisyen biasa untuk paparan yang cuma berwarna hitam putih. Ketika itu tahun 1982, tidak ramai orang menggunakan komputer apalagi memilikinya. Malah pejabat-pejabat kerajaan pun seingat saya belum mengenali komputer. Saya ingat ini kerana bapa saya adalah antara orang paling awal bertanggungjawab membawa perkomputeran dan penggunaan pengkalan data (database) ke Kementerian Pelajaran (kemudian menjadi Kementerian Pendidikan). Sedangkan saya telah lebih awal menggunakan komputer.

Komputer yang merupakan antara terawal di dunia untuk kegunaan di rumah (home computer) itu  dibawa kembali bercuti oleh seorang bapa saudara yang sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan di University Strathclyde, Glasgow, Scotland. Ketika itu saya berada di Darjah Enam sekolah rendah di Muar. Menyedari minat saya dengan perkara-perkara di luar kebiasaan murid lain yang seumur dia meninggalkannya untuk kegunaan saya. Dengan komputer inilah saya belajar sendiri cara membuat program dalam bahasa BASIC menggunakan panduan dari majalah dan buku . Saya juga belajar sendiri sedikit Assemby Language dan Machine Code. 

Tidak lama kemudian bapa saudara  membawa balik komputer model Sinclair Spectrum yang lebih canggih. Ia masih menggunakan televisyen biasa untuk paparan tetapi sudah berwarna-warni dan ada grafik yang boleh dibuat video games. Apabila masuk ke Sekolah Menengah Sains Johor tahun 1983 saya menjadi satu-satunya ahli kelab komputer di bawah umur 16 tahun kerana kebolehan menggunakan komputer juga membuat program yang tidak ada pada murid lain. Di situ saya mula belajar menggunakan komputer Apple II yang lebih canggih, ada monitor atau alat paparan sendiri walau tidak berwarna-warni, cuma berwarna hijau dengan latar belakang hitam. Selepas beberapa lama bapa membeli satu untuk kegunaan di sebuah lagi rumah di Kajang. Ketika itu bapa bekerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu baru balik ke rumah bertemu ibu dan saya adik beradik 5 orang.

Seingat saya komputer Apple II tetapi mungkin sub-model yang lebih canggih digunakan ketika menyambung pengajian di kolej iaitu di Pusat Persediaan Pelajar (PPP) bawah ITM (Institut Teknologsi MARA, menjadi universiti bermula pada tahun 90an) pada tahun 1988. Namun itu semua jenis komputer rumah. Pertama kali menggunakan komputer riba ataupun laptop adalah ketika mula bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times iaitu pada tahun 1996. Pada mulanya yang dipakai cuma komputer riba umum yang harus ditempah di pejabat untuk kegunaan ketika bertugas jauh di luar kawasan. Boleh pegang cuma beberapa hari sebelum wajib dipulangkan. Masuk tahun 2000 kalau tak salah semua wartawan dibekalkan dengan komputer riba. Saya dapat jenama Dell yang tercanggih pada waktu itu. Selepas meninggalkan NST penghujung tahun 2001 baru komputer tersebut dipulangkan kepada syarikat. Saya pun membeli komputer riba sendiri awal tahun 2002 kerana mahu menulis buku. 

Dengan itu bermulalah episod saya menulis menggunakan komputer riba sendiri. Dan setelah lebih 5 tahun menulis dalam Bahasa Inggeris di NST baru saya menulis dalam bahasa Melayu. Ini kerana apa yang hendak dikongsikan adalah demi rasa cinta terhadap agama dan bangsa, satu perasaan yang baru muncul beberapa setahun kebelakangan itu. Artikel-artikel lama berikut mengandungi tulisan-tulisan awal untuk buku menggunakan komputer tersebut :-


1. Permulaan - Satu percubaan menulis buku tahun 2002 






7. Queens dan sumbang mahram


Namun projek buku pertama dengan komputer milik sendiri itu akhirnya terbengkalai begitu sahaja. Tak ingat kenapa. Untuk pengetahuan saya pernah memulakan satu projek buku dengan komputer pejabat tetapi failnya tiba-tiba hilang daripada sistem tahun 1996. Sebaliknya projek lain yang muncul selepas pertama kali pergi ke Aceh awal tahun 2004 pula menjadi. Itupun cuma dapat disempurnakan dengan komputer riba lain lalu terbitlah trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" Jun 2006 hingga November 2007.

Kenapa menggunakan komputer lain? Kenapa tidak dengan komputer yang dimiliki sejak awal tahun 2002 itu? Ini kerana ini menjadi rosak lalu harus diganti baru, sama halnya dengan kamera seperti dinyatakan dalam artikel Kamera-kamera digital yang pernah dimiliki. Saya ini seorang yang lasak dan kuat mengembara. Seperti halnya kamera komputer riba juga selalu dibawa bersama ke mana-mana. Sedar tak sedar rupa-rupanya saya telah memiliki 7 buah komputer riba dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Berikut adalah artikel-artikel yang pernah ditulis tentang komputer...


1. Komputer Sinclair ZX81... Satu kenangan lama 25 tahun lalu! (ditulis Jun 2008)

2. Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya... (Jun 2008)

3. Hikmah laptop rosak (Jun 2014)


Dengan bantuan penulisan-penulisan ini dapatlah disenaraikan dan disusun nama komputer-komputer riba yang pernah dimiliki berserta sejarahnya ringkasnya...


1. Compaq Presario - Tak ingat model tapi agak baru keluar pada awal tahun 2002. Kelihatan seperti model 1200-XL300. Dipakai sehingga penghujung 2004 atau awal 2005 gitu sebelum rosak terbakar. Inilah yang digunakan untuk penulisan-penulisan awal seperti disebut tadi. Ia juga sempat membentuk draf awal siri novel "Berpetualang ke Aceh".

2. TwinHead 12D - Dihadiahkan oleh kawan awal atau pertengahan 2005. Digunakan hingga Jun 2008 lalu dapat menerbitkan siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" iaitu buku pertama hingga ke-3 saya Jun 2006 - November 2007.

3. Acer Aspire 2920 - Dibeli pertengahan 2008 lalu digunakan hingga Mac 2012. Dapat menerbitkan buku ke-4 sehingga ke-7 pada tahun 2009-2011.

4. Asus A43SJ - Dibeli Mac 2012 lalu digunakan hingga Jun 2014. Tidak sempat menerbitkan apa-apa buku dengannya. Yang ada cuma projek-projek penulisan yang tergendala atau tidak siap.

5. Sony Viao PCG-61213W. Processor I5) - Dibeli terpakai Jun 2014 sebelum rosak teruk penghujung 2016 atau awal 2017. Dapat menerbitkan buku ke-8 dan ke-9 pada tahun 2015 dan 2016.

6.  Acer   (tak ingat model. Processor I7) - Dibeli terpakai awal tahun 2017. Dapat bertahan sehingga April 2019 kalau tak salah ingatan. Dapat menerbitkan buku ke-10 hingga ke-12 pada tahun 2017 hingga awal 2018.

7. HP ProBook 6550b dengan processor I3 -  Dibeli terpakai sekitar April 2018 dan masih bertahan. Dapat menerbitkan buku ke-13 dan terakhir (setakat ini) pada Jun 2019. Sedang digunakan untuk penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Dunia Islam).

 

Kamera-kamera digital yang pernah dimiliki

Salam awal pagi Jumaat 1 Sya'aban 1443 Hijriah. Pada ketika ini saya dan keluarga sedang berada di rumah ibu bapa di Muar. Gerak penulisan membawa untuk bercerita tentang kamera digital. Mari.


Merujuk pada artikel Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Antara Lenggong dengan panggilan Laksamana Aceh yang dipersembahkan pada 28 Februari. Pada awal artikel timbul gerak untuk bercerita tentang kamera-kamera digital yang pernah dimiliki. Ini kerana saya telah menggunakan sebuah kamera lama bagi perjalanan disebabkan kamera yang selalu digunakan sebelum itu rosak. Untuk pengetahuan cerita dalam artikel berlaku pada tarikh 22 Februari 2022 (22/02/2022, boleh juga ditulis sebagai 22/2/22). 

Menariknya gambar pertama diambil pada hari itu merupakan yang ke-222 dalam kamera. Hal ini membuatkan terasa perlu ditulis satu artikel khas tentang kamera-kamera digital yang pernah dimiliki apabila siri "Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II" selesai dibuat dan disajikan nanti. Bila disemak kembali sejumlah artikel lama juga barangan yang masih ada dalam simpanan ternyata saya telah memiliki 11 buah kamera digital sejak rajin mengambil gambar bermula hampir penghujung tahun 2006. Saya suka kamera digital kompak yang cukup muat dipegang dalam tapak tangan juga mudah dimasukkan ke dalam poket pouch bag. Ini kerana senang dibawa mengembara termasuk turun naik gunung dan keluar masuk hutan.

Dengan kamera-kamera ini sudah harus diambil lebih 100,000 keping gambar dalam tempoh 15 tahun kebelakangan. Saya berani menyatakan ini kerana dengan sokongan gambar-gambar daripada kamera dapat menerbitkan 2,228 artikel di blogspot ini setakat ini (termasuk artikel ini), 2,180 artikel di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART), 2,168 di BERPETUALANG KE ACEH juga 399 di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Rata-rata artikel mengandungi banyak gambar. Ada yang mengandungi lebih 20 gambar. Yang sampai dekat 40 gambar pun ada. Sedangkan gambar-gambar yang dikongsikan pula dipilih daripada lebih banyak yang ada dalam kamera.


Dengan itu setiap kamera digital ada sejarahnya yang tersendiri. Misalnya gambar ini adalah satu-satunya dapat ditemui menunjukkan kamera ke-4 saya. Kelihatan anak bongsu saya Muhammad Alauddin Johan sedang berumur sekitar 3 bulan ketika gambar diambil Mei 2012. Kamera itu kemudian jatuh tercicir bulan Julai, rasanya ketika menunggang motosikal besar kesayangan dari rumah sewa di Bandar Tasik Puteri ke pekan Batu Arang. Ketika itu ia adalah kamera paling canggih dimiliki kerana ada 7x zoom.

Selepas itu dapat dibeli kamera dengan 12.5x zoom tetapi lebih murah. Sayangnya ia menjadi rosak akibat selalu jatuh terkeluar dari poket pouch bag. Kamera digital selepas itu pula jatuh tercicir ketika hiking dalam hutan setelah beberapa lama dimiliki. Kamera digital paling canggih adalah yang terakhir dibeli setakat ini merangkap yang ke-11 dimiliki. Didapatkan pada penghujung tahun 2018 sebagai persediaan untuk perjalanan ke Kemboja atau Cambodia ia memiliki 25x zoom. Lihat  Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation. Bila disebut zoom saya merujuk pada optical zoom sahaja ya bukan digital zoom. Kalau campur digital zoom kamera tercanggih itu boleh mencapai sehingga 100 kali pembesaran gambar.

Sekadar hendak memberitahu. Saya mula memiliki kamera sendiri selepas pertengahan tahun 1995. Ia adalah sebagai persediaan untuk membuat ke perjalanan Eropah hampir penghujung musim panas, setelah menamatkan pengajian dalam bidang matematik di University College of London. Tetapi kamera itu hilang dicuri orang ketika berada di kota Prague, Republik Czech. Saya pun membeli kamera terpakai sebagai ganti sebelum menyambung perjalanan ke kota Bratislava di Republik Slovakia. Sedikit cerita tentang perjalanan boleh diikuti melalui artikel-artikel berikut :-  







Tetapi itu adalah kamera-kamera analog, bukan kamera digital. Kamera itu memerlukan roll untuk menyimpan gambar. Setiap roll cuma boleh mengambil sehingga 36 keping gambar, itupun tak tahu jadi atau tak jadi. Kena cuci roll di kedai dahulu baru boleh nampak hasilnya. Berbeza dengan kamera digital yang boleh digunakan untuk mengambil beribu gambar asalkan cukup memory dalam SD Card. Setiap gambar boleh disemak jadi atau tidak menggunakan paparan digital sejurus selepas diambil. Kalau tak jadi atau tak puas hati boleh delete atau hapuskan lalu ambil gambar baru.

Kali pertama saya menggunakan kamera digital adalah pinjam dari sepupu untuk mengikuti satu majlis di Perak. Lihat artikel lama Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan.... Selepas itu baru tergerak untuk membeli sendiri. Hal kamera-kamera digital telah membawa kepada penulisan artikel-artikel berikut :-








Melalui penulisan-penulisan ini juga semakan seterusnya dapatlah dibina senarai kamera-kamera digital yang pernah dimiliki. Dapat dinyatakan model, bilakah dimiliki dan sehingga bila atau anggaran waktunya. Biar diabadikan di sini...


1. Grandvision Pocket Digital Camera - Dibeli penghujung tahun 2006. Pakai sehingga rosak Jun 2008.

2. Olympus Stylus 820 - Dibeli terpakai sekitar Jun-Julai 2008. Pakai sehingga rosak Mei 2010

3. Olympus FE-4010 - Dibeli sekitar Mei-Jun 2010. Rosak masuk air November tahun itu. Lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

4. Olympus Stylus 7040 - Dibeli Disember 2010. Hilang Julai 2012. Mungkin tercicir jatuh dari motosikal. Ini yang ada 7x zoom.

5. Olympus VR-320 - Dibeli penghujung 2012 atau awal 2013. Selepas beberapa lama rosak akibat asyik jatuh terkeluar dari poket. Ini yang ada 12.5x zoom.

6. Nikon Coolpix S3300 - Dibeli awal 2014. Tercicir jatuh dalam hutan sekitar Mac 2015

7. Canon IXUS 160 - Dibeli Oktober 2015. Rosak fokus akibat terjatuh ketika menganjurkan satu majlis ilmu penghujung Oktober 2016.  Lihat Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016. Tetapi terus digunakan sehingga penghujung November walaupun menerbitkan gambar-gambar kabur.

8. Sony  DSC-W810 - Hadiah isteri sempena hari jadi saya yang ke-46 pada 26 November 2016 untuk menggantikan kamera kabur. Diberikan kepada anak Disember 2017 apabila mendapat kamera yang terasa lebih baik tetapi cukup murah.

9. Canon IXUS 185 - Dibeli Disember 2017. Tak ingat apakah masalah sehingga menyebabkan saya mencari kamera lain penghujung 2018. Mungkin kerana mahu mencari zoom lebih tinggi daripada 5x?

10. Panasonic Lumix DMK-TZ15 - Dibeli terpakai penghujung 2018. Ada zoom 10x. Tetapi setelah dibawa ke lapangan terutama pada waktu malam didapati gambar kurang memuaskan selain saiznya agak bagak..

11. Canon Powershot SX620 HS - Dibeli terpakai penghujung 2018 selang seminggu dua selepas kamera ke-10. Dipakai sehingga fokus rosak penghujung Januari 2022. Ini yang ada 25x zoom. Sebelum itu sudah rosak mekanisma zoom sejak pertengahan tahun 2021 kalau tak salah. Tetapi masih boleh diambil gambar yang cukup elok sehinggalah fokus rosak.

Sekarang saya sedang memakai kembali kamera ke-8 akibat kerosakan kamera ke-11 seperti disebut pada awal artikel Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Antara Lenggong dengan panggilan Laksamana Aceh. Nak beli baru belum ada bajet dan kelapangan untuk mencari. Nak mencari memang memakan masa kerana harus dipilih yang sesuai dengan bajet. Cukup cerita.



Thursday, March 03, 2022

Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II

Seperti biasa apabila selesai satu siri penceritaan bagi perjalanan yang memakan masa beberapa hari lalu harus diterbitkan banyak artikel untuk meliputi saya akan membuat satu artikel kompilasi. Sekarang biar dibuat satu tentang perjalanan baru ini.


Perjalanan ini meliputi sejumlah tempat di Kedah dan Perak. Berlaku 20-23 Februari 2022 iaitu dalam tempoh 4 hari 3 malam ia meliputi jarak pemanduan 1,200 km. Ia dibuat dengan tujuan utama mahu menziarahi tempat-tempat yang ada kaitan dengan keluarga Laksamana Kedah juga Laksamana Perak. Oleh kerana ada kesinambungan dengan perjalanan serupa yang dilakukan awal bulan November tahun lepas, perjalanan yang cerita-ceritanya dikumpulkan dalam artikel Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah maka ia diberi nama "Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II".

Satu perkara istimewa adalah dapat berjumpa ramai orang yang ada kena mengena lalu berbincang tentang warisan dan sejarah nasab keturunan tanpa dirancang. Ada yang rupanya ada kaitan dengan nasab keluarga saya, ada daripada keturunan keluarga bangsawan lain. Tetapi rata-rata ada minat tentang warisan dan sejarah. Dan mereka ada minat untuk memartabatkan Melayu dan Islam.


1. Rumah agam (Mansion of) Ismail, Titi Gajah, Alor Setar 

2. Lawatan baru ke Masjid Tuan Hussin (New visit to mosque of Tuan Hussin)

3. Makam (tomb of) Laksamana Kedah, Kanchut, Alor Setar

4. Batu nesan Aceh di (Aceh tombstone in) Kanchut, Alor Setar 

5. Makam isteri (tomb of wife of) Wan Mat Saman

6. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Merungkai hal Wan Ismail dan nenek moyang

7. Galeri (Gallery of) Dato' Maharaja Lela, Kampung Padang Mergong, Alor Setar

8. Kota (Fort of) Raja Bersiong

9. Masjid (Mosque of) Toh Paduka

10. Galeri kecil (Small gallery of) Toh Paduka Raja 

11. Makam (Tomb of) Wan Abu Bakar bin Laksamana Wan Ismail

12. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Dari Kota Kuala Kedah membawa ke Kerian membawa ke Ijok

13. Ke dalam galeri Tok Aki (Inside the gallery of Tok Aki), Kampung Chepor, Lenggong

14. The "Mini Amazon" at Kampung Beng, Lenggong

15. Masjid (Mosque of) Kampung Beng, Lenggong

16. Part of the "Mini Amazon" closer to the Perak river

17. Masjid (Mosque of) Banggol Belimbing, Lenggong 

18. Makam (Tomb of) Seri Adika Raja Meor Yahya

19. New visit to Tasik Raban

20. Foray to Kampung Raja Intan Suraya

21. Makam (Tomb of) Panglima Alang Ishak

22. Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Antara Lenggong dengan panggilan Laksamana Aceh








31. Memorial pelanggaran gajah (Elephant crash memorial), Teluk Intan





Nota : Satu kebetulan menarik. Setelah menyenaraikan lalu mengatur semua artikel yang dibuat termasuk artikel-artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan di BERPETUALANG KE ACEH menurut turutan waktu ia disiarkan ternyata artikel bertajuk Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Antara Lenggong dengan panggilan Laksamana Aceh menjadi yang ke-22 dalam senarai. Menariknya cerita berkenaan berlaku pada tarikh 22 Februari 2022 (22/02/2022). Pada tarikh itu waktu malam saya telah mempersembahkan Artikel ke-2,222, bagi tarikh 22/2/22.