Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, September 16, 2022

Mencari jejak Orang Kaya Arshad melalui dokumentasi lama British part V

Salam petang Jumaat  19 Safar 1441 Hijriah dan selamat Hari Malaysia 16 September 2022. Merujuk pada artikel-artikel berikut yang telah dipersembahkan di celah-celah pelbagai artikel lain dalam tempoh dua bulan kebelakangan :-





Pagi Rabu 14 September 2022 iaitu pada dua hari lalu sekali lagi buat sekalian kalinya saya keluar ke bandar raya Kuala Lumpur dengan tujuan utama untuk membuat penyelidikan tentang jejak sejarah nenek moyang menggunakan dokumentasi-dokumentasi lama seperti tulisan dalam jurnal British.



Saya keluar selepas jam 9 pagi dengan harapan dapat mengelak kesesakan lalu lintas orang berkejar ke tempat kerja. Tengok-tengok tak dapat juga. Tetap banyak kesesakan di laluan utama. 

Inilah antara sebab kenapa apabila telah membuat keputusan untuk membuat penyelidikan sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut saya sanggup bermalam di masjid di tengah bandar raya. Mahu mengelakkan kesesakan yang perlu dilalui dalam perjalanan pergi sekitar 50 km dan balik lagi 50 km selain tidak mahu membuang masa.



Sebetulnya untuk sesi penyelidikan kali ini saya bercadang untuk memulakan pada hari Isnin 12 September. Walaupun tingkat-tingkat pembacaan di Perpustakaan Negara tutup pada setiap hari tersebut masih boleh ke bahagian manuskrip yang dibuka hari Isnin atau ke tempat lain seperti Arkib Negara. Tetapi sekembalinya daripada perjalanan ke Muar membawa ke Melaka kemudian Tanjung Sepat yang meliputi tempoh masa 5 malam 6 hari (lihat Memanfaat cuti sekolah bulan September 2022) pada petang Sabtu lalu 10 September saya dilanda rasa kepenatan yang amat sangat selain badan terasa tidak sihat dan sering sakit kepala. Kalau tidak kerana sudah berjanji akan hadir satu majlis ilmu di perpustakaan pagi Rabu boleh jadi sesi kali ini ditangguh ke lain minggu. Lihat Antara martabat dan daulat - Isu-isu di sebalik pembentukan negara Malaysia.




Tentang diri yang kadangkala kurang sihat itu, sebenarnya bukan kadangkala tetapi memang selalu. Cuma ada hari-hari terasa lebih kuat semangat untuk mengenepikannya lalu dapat keluar melakukan pelbagai perkara termasuk memanjat bukit dan gunung seolah-olah tiada masalah apa-apa. Diakui penat mengembara selain penat berfikir adalah antara punca. Tetapi saya ada sebab untuk percaya bahawa sakit-sakit yang dialami juga berpunca daripada serangan ghaib disebabkan hal darah keturunan yang boleh mencabar kekuasaan dan keabsahan pihak lain. Dan ini ditambah lagi oleh satu atau dua pihak baru disebabkan aktif terlibat cuba merungkai permasalahan dalam kes tuntutan faraid harta peninggalan moyang kepada datuk saya Laksamana Muhammad Amin seperti ada dikongsikan dalam artikel-artikel kompilasi berikut :-







Oh. Gambar atas diambil selepas menyelesaikan pembacaan beberapa muka surat Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Safar. Sahaja nak tunjuk bahawa selepas selesai majlis yang diceritakan dalam artikel Antara martabat dan daulat - Isu-isu di sebalik pembentukan negara Malaysia saya menyelesaikan dahulu beberapa hal tertunda. Sejak beberapa lama saya memberikan komitmen untuk mengaji sekurang-kurangnya satu juzuk sehari. Kadangkala tercicir disebabkan kesibukan hal lain juga kepenatan. Tetapi ada masanya pula dapat dikejar balik dengan mengaji lebih dua juzuk dalam satu hari.

Selesai mengaji sehingga terasa cukup dapat kembali pada landasan mengejar matlamat satu juzuk pada hari itu (maksudnya cukup muka surat supaya dapat diselesaikan satu juzuk selewatnya sebelum tengah malam) barulah dimulakan penyelidikan. Kali ini terus ke bahagian manuskrip di tingkat 11 bangunan tinggi perpustakaan (ia ada satu lagi bangunan yang lebih rendah tetapi melebar panjang). Saya mahu mencari satu manuskrip bertajuk "Riwayat Negeri Perak" (1952). Ini kerana menurut buku Cempaka Sari : Sejarah Kesultanan Negeri Perak tulisan M.A. Fawzi Basri terbitan Yayasan Negeri Perak tahun 1986 itulah rujukan yang digunakan untuk membuat senarai pemegang gelaran Laksamana di Perak.

Saya mahu membuat rujukan primer kerana percaya telah berlaku purging of records atau pembuangan rekod yang mengenepikan peranan datuk kepada datuk saya Orang Kaya Arshad bin Laksamana Muhammad Amin dalam sejarah Perak pada awal abad ke-20 Masihi. Perkara sebegini boleh berlaku akibat kepentingan-kepentingan politik tertentu. Berdasarkan senarai tersebut  berakhir dengan nama Laksamana Razali (cucu OK Arshad) sebagai Laksamana ke-14 nampaknya manuskrip ini ditulis antara tahun 1948 dengan 1952 kerana saya tahu dan ada bukti rekod lama bahawa Razali dilantik menjadi Laksamana pada penghujung tahun 1947. Purging or records selain kesilapan yang tidak disengajakan boleh mempengaruhi penulisan kemudian seperti mana senarai dalam Cempaka Sari itu dijadikan rujukan ramai pengkaji moden.

Malah apabila disemak kembali dengan teliti senarai yang katanya dirujuk daripada "Riwayat Negeri Perak" itu ternyata ia sememangnya cacat. Ini kerana tidak menyertakan nama Tun Abu Usama yang jelas dalam rekod-rekod Belanda pernah menjadi Laksamana pada zaman pemerintahan Sultan ke-13 Perak, Sultan Muzaffar Syah III (1728 - 1752) hingga ke Sultan ke-15, Sultan Iskandar Zulkarnain (1752 - 1765). Abu Usama ini sebenarnya seorang Laksamana yang sangat berpengaruh dalam sejarah negeri Perak pada waktu itu. Ini boleh dirujuk panjang lebar dalam buku Perak : The Abode of Grace – A Study of an Eighteenth Century Malay State tulisan Barbara Watson Andaya terbitan Oxford University Press tahun 1979 di Kuala Lumpur.



Namun semakan atas nama "Riwayat Negeri Perak" dengan pegawai berkenaan melalui sistem data maklumat perpustakaan menunjukkan ia tiada dalam rekod. Tergerak pula untuk mencari "Hikayat Pocut Muhammad".  Menurut sedikit bacaan yang pernah ditemui atas talian ia adalah tentang bagaimana pada awal penubuhan Raja-raja Aceh Dinasti Bugis abad ke-18 (rujuk ceritanya dalam artikel lama Apa cerita bangsawan Bugis pula boleh menjadi raja Aceh?) pernah berlaku peperangan dengan keluarga daripada dinasti yang memerintah Aceh sebelum itu iaitu Dinasti Sayyid (daripada keturunan Arab yang memakai gelaran Sharif dan Sayyid). Untuk makluman saya percaya bahawa keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak berasal daripada Dinasti Bugis  Aceh ini. Namun bila dicari dalam sistem pun tiada manuskrip atau apa-apa dokumen atas nama hikayat tersebut. Rupa-rupanya ia direkod sebagai Hikayat Pocut Muhamat. Lain sedikit sahaja ejaan.



Menurut pegawai berdasarkan nombor rujukan pada hikayat ia ada dalam bentuk buku pada paras bacaan ramai di tingkat 7. Saya pun terus meluru ke situ.




Tapi tak jumpa pula di rak buku yang sepatutnya mengikut sistem pernomboran perpustakaan yang dipakai secara piawai di kebanyakan perpustakaan di dunia, sistem yang dipanggil sebagai Dewey Decimal Classification. Tak mengapa. Masih ada bacaan lain berkenaan melibatkan hal-hal keluarga boleh dirujuk di tingkat itu.




Seterusnya saya ke bahagian mikrofilm di tingkat 6. Ketika itu sudah selepas jam 4.30 petang sedangkan perpustakaan tutup jam 5. Sekurang-kurangnya cukup masa untuk memastikan bahawa sejumlah bahan yang diperlukan memang wujud dan boleh dicapai di situ. Ia boleh dibuat salinan pada hari lain.




Selalunya saya berlegar di halaman perpustakaan sehingga selepas jam 6 petang untuk menunggu kesesakan jalan raya cukup surut. Hari itu keluar lebih awal, kononnya supaya dapat mengelak daripada bersama orang ramai meninggalkan pejabat. Tengok-tengok tak juga. Dengan itu dibuat keputusan masuk ke pusat bandar raya yang mana jalannya tidak begitu sesak kerana melawan arus.




Singgah di Chow Kit pekena mee Aceh sat.




Selesai itu tergerak untuk ke tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Ada niat untuk bermalam di sana tetapi tak pasti jika dibenarkan. Kalau tak boleh tak mengapa. Saya boleh ke rumah kawan di Sri Hartamas.




Gambar ini diambil pada jam 5.44 pagi Khamis 15 September. Alhamdulillah dapat bermalam di masjid ISTAC. Nasib saya baik kerana kebetulan jam 5 pagi itu mahu diadakan majlis Qiamulail. Selepas solat Isyak berjemaah pada malam sebelumnya imam masjid yang sudah cukup kenal saya kerana sudah banyak kali bermalam bersendirian di masjid memberitahu boleh bermalam walhal saya tak bertanya pun. Kata beliau mari ikut sekali majlis. Rupa-rupanya ada beberapa orang kakitangan turut bermalam tetapi dalam bangunan perpustakaan supaya dapat berQiamulail.




Saya mengambil gambar ketika keluar dari saf sebentar. Ini kerana perlu bersahur untuk berpuasa siang itu. Adalah telah menjadi kebiasaan saya sejak lima tahun lalu untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis juga puasa putih pertengahan bulan Islam iaitu pada hari ke-13, ke-14 dan 15. Tentang tidur di masjid saya sebenarnya risau tidak dibenarkan kerana takut masih ada sisa-sisa SOP (Standard Operating Procedure) dari zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19 melarang daripada berbuat begitu. 

Semakan melalui artikel-artikel lama menunjukkan kali terakhir bermalam di ISTAC adalah pada bulan Februari tahun 2020. Saya biasa berbuat begitu kalau ada majlis ilmu mahu diikuti di sana atau mana-mana tempat berdekatan secara berturutan iaitu pada suatu hari diikuti keesokannya. Lihat artikel Klasifikasi ilmu pengetahuan dalam Islam - Hierarki yang wujud dalam semua peringkat kejadian dan tahap cahaya yang bertingkat-tingkat diikuti Membebaskan penceritaan Pulau Pinang daripada kerangka penjajah - British menipu apabila mewar-warkan pulau diserahkan oleh Sultan Kedah.




Selepas solat Subuh diadakan pula sesi tadabur ayat ke-9 hingga ke-13 Surah Hujurat berserta tazkirah.  Selepas itu buat sedikit kerja dalam komputer riba kemudian ke pejabat ISTAC untuk urusan penyerahan tesis (submission of thesis). Sebenarnya ia sudah diserahkan melalui e-mail 2 hari sebelumnya. Cuma belum selesai bab formaliti seperti borang-borang yang perlu diisi. 




Tengok-tengok semua kaki tangan sedang sibuk kerana ada program Ibadah Camp atau kem ibadah. Rupa-rupanya majlis Qiamulail malam itu adalah sebahagian daripada program.  Dengan itu bergeraklah ke tempat penyelidikan seterusnya iaitu Arkib Negara. Dah lama nak pergi sebenarnya, sejak memulakan siri penyelidikan kepustakaan bagi mencari jejak OK Arshad hampir 2 bulan lalu.




Untuk pengetahuan itulah kali pertama saya membuat penyelidikan di arkib. Sebelum itu pernah datang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Lihat artikel-artikel berikut :-








Sebetulnya saya sudah mendaftar sebagai penyelidik untuk menggunakan kemudahan arkib sejak awal bulan Mei tahun 2017 lagi. Ini berlaku apabila singgah di reruai arkib pada satu pesta buku. Lihat Jumaat yang berkat di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Cuma baru kali ini hendak menggunakan betul-betul fasiliti penyelidikan secara fizikal di bangunannya. Selama ini saya cuma menggunakan fasiliti atas talian yang dipanggil sebagai OFA (Online Finding Aid) Arkib Negara.

Cuma tidak seperti di Perpustakaan Negara juga beberapa tempat lain yang pernah digunakan untuk membuat penyelidikan syarat masuk dewan penyelidikan sangat ketat. Dilarang membawa masuk kamera, telefon bimbit malah apa-apa beg yang bersaiz lebih besar daripada dompet. Maka pouchbag yang biasa dipakai untuk menyimpan segala macam barangan termasuk kunci rumah dan kunci kereta pun dilarang. Komputer riba dibenarkan bawa masuk, begitu juga alat pengecas kuasanya. Namun tablet pun tak boleh, faham saya kerana boleh digunakan untuk mengambil gambar.



Semuanya harus ditinggalkan di luar dewan lalu saya diberikan kunci sebuah loker. Menariknya dapat nombor 13, nombor yang mempunyai makna yang sangat besar melibatkan  OK Arshad. Oh, masuk sahaja ke dewan perkara pertama diselesaikan adalah membuat dahulu artikel Antara martabat dan daulat - Isu-isu di sebalik pembentukan negara Malaysia. Bagi clear system supaya tidak jadi bertimpa-timpa perkara-perkara yang perlu diselesaikan nanti.



Satu hari nanti akan dikongsikan cerita sebenar tentang hal OK Arshad ini. Kenapa perlu bersusah payah ke sana ke mari mencari dan meneliti pelbagai dokumen sehingga pernah dalam tempoh yang dijumlahkan adalah bersamaan tiga hari penuh bekerja saya telah menyemak setiap helaian dokumen asli Perak Government Gazette (warta kerajaan negeri Perak) tahun 1895 hingga 1909 yang terdapat di Perpustakaan Negara berjumlah lebih 11,000 muka surat bagi mencari cerita-cerita berkenaan dan jejak. Itu belum cerita mengembara ke sana ke mari mengkaji bukti pada batu-batu nesan juga mengikut perjalanan kes berkenaan di mahkamah di Ipoh. Belum masuk kajian mikrofilm selama dua hari berturut-turut di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang  juga dokumen-dokumen asli lain zaman British yang berkaitan di Muzium Taiping.

Apabila sampai masa yang sesuai insyaallah akan didedahkan. Sesungguhnya cerita ini juga melibatkan hal orang yang semakin lama semakin kelihatan bahawa dia dan seluruh susur galurnya sebenarnya adalah daripada sama ada anak angkat atau anak tiri Laksamana Muhammad Amin, bukan anak kandung. Tetapi telah mengatur perkara sejak sekian lama untuk  mengambil peluang atas kebaikan bagi menyelit masuk sebagai anak cucu sejati demi mengangkat keluarga sendiri baik untuk menuntut harta juga gelaran Laksamana. Ya. Kami akan bongkarkannya kepada umum nanti. 

Apabila timbul yang haq yang bathil akan gugur dengan sendirinya. Sekarang kamu mungkin berjaya bermain politik lobi sana lobi sini, bomoh sana bomoh sini. Tetapi kamu, dan sekutu-sekutu kamu yang bersengkongkol sama belum kenal daulat sebenar anak cucu Laksamana. Bukan daulat bersandar pada jin atau atas nama Raja Iskandar Zulkarnain tetapi daulat kesufian atas nama Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani yang berketurunan Saidina Hassan di sebelah bapa dan Saidina Hussein di sebelah ibu membawa kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.


Allahumma soli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad


Amin.


Oh. Baru teringat. Di Arkib Negara juga saya tidak dapat menemukan "Riwayat Negeri Perak" (1952) yang dirujuk dalam buku Cempaka Sari itu. Harap kalau ada sesiapa tahu di mana ada boleh beritahu. Apapun, jumpa atau tidak, wujud lagi atau sudah lupus, atau sememangnya tidak pernah wujud sekalipun saya boleh nyatakan dengan yakin dan berani bahawa senarai nama pemegang Laksamana yang ada dalam Cempaka Sari, yang katanya adalah berdasarkan manuskrip itu adalah cacat. Kalau itulah yang dijadikan rujukan mutlak maka memang boleh rosak kebenaran sejarah. 

Hal ini adalah sepertimana kalau salasilah yang dibuat tahun 1950an dijadikan rujukan mutlak untuk menyatakan seorang itu adalah anak cucu keturunan. Walhal pada tahun-tahun individu berkenaan dikatakan telah wujud penghujung abad ke-19 tidak dapat ditemui walau satu pun catatan menyatakan individu tersebut adalah anak Laksamana apatah lagi untuk dikatakan sebagai anak sulung merangkap waris utama. Yang wujud cuma satu surat tanah British di Singapura tahun 1925 di mana nama individu tersebut dinyatakan sebagai anak Laksamana yang telah meninggal dunia pada 29 Disember 1897. Itupun masih boleh dipersoalkan kerana pada zaman itu cukup mudah untuk mendaftar anak tiri mahupun anak angkat sebagai anak kandung seseorang. Cukup.


Thursday, September 15, 2022

Antara martabat dan daulat - Isu-isu di sebalik pembentukan negara Malaysia

Salam. Satu lagi artikel perkongsian ilmu. Daripada majlis siang semalam.



Merujuk pada artikel Degup denyut anak Malaysia - Kenapa perlu menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos? yang dipersembahkan setengah bulan lalu. Adapun ia adalah tentang majlis ilmu yang diadakan pada 30 Ogos untuk bercakap tentang Hari Kemerdekaan 31 Ogos esoknya. Selepas itu saya menerima undangan daripada pihak penganjur iaitu Perpustakaan Negara Malaysia untuk menghadiri majlis seperti di atas pula. Diadakan semalam 14 September ini pula untuk bercakap tentang Hari Malaysia 16 September yang jatuh esok hari Jumaat.




Mereka yang cakna isu-isu nasional dan kenegaraan tentu sedar bahawa sambutan Hari Malaysia 16 September yang dijadikan cuti umum satu negara itu baru diperkenalkan pada tahun 2010. Sebelum itu sambutan berkenaan yang ada cuma Hari Kemerdekaan 31 Ogos sahaja.



Ia berlaku atas desakan sejumlah pihak terutama dari Sabah dan Sarawak yang menyatakan bahawa Hari Kemerdekaan 31 Ogos tidak betul-betul menggambarkan aspirasi mereka kerana itu adalah sambutan hari ulang tahun bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang berlaku pada 31 Ogos 1957. Sedangkan negara Malaysia, atas nama Malaysia cuma terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura dibawa masuk ke dalam PERSEKUTUAN Malaysia pada 16 September 1963.



Hal-hal berkenaan inilah yang mahu dibangkitkan dalam majlis yang diadakan di Perpustakaan Negara semalam.




Pembicara pertama, Dr Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus membawa tajuk "Sejarah Pembentukan Persekutuan Malaysia". Beliau bercakap dengan begitu  lancar dan yakin tanpa bantuan slaid mahupun  apa-apa rujukan. Beliau boleh ingat banyak tarikh dan nampaknya cukup faham tentang selok belok undang-undang baik secara tersurat (in letters) mahupun tersirat (in spirit) walaupun pengkhususannya adalah dalam bidang sejarah. Saya yang masuk sedikit lambat lalu tidak mendengar pengenalan profil mula-mula merasa pelik kenapa beliau cuma memandang satu arah sahaja iaitu ke atas. Rupa-rupanya beliau seorang yang cacat penglihatan.

Namun jangkauan ilmu pengetahuan yang dikongsikan, daripada penubuhan Negeri-negeri Bersekutu tahun 1896, implikasi Perang Dunia Kedua yang tamat tahun 1945 (ada yang kata bermula tahun 1939, ada kata kemudian bergantung pada pihak mana yang terkesan) terhadap penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu, percubaan untuk mengadakan Malay Union tetapi gagal tahun 1946 membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 (saya tak ingat tarikh tepat, beliau ingat semua ini), kemerdekaan tahun 1957 hingga pembentukan Malaysia tahun 1963 dapat diulas dan dihuraikan dengan baik. Ini termasuk proses-proses berkenaan seperti Perjanjian MacMichael, Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobold. Beliau dapat memberikan perspektif-perspektif tersendiri yang jarang dikongsikan orang berserta hujah-hujahnya.

Satu kesimpulan menarik yang dibuat beliau - walaupun British secara rasminya gagal untuk mengimplentasikan Malay Union yang boleh menyebabkan raja-raja Melayu hilang kuasa tetapi secara efektif dan realitinya mereka berjaya mencapai matlamat secara licik dan halus melalui pembentukan Persekutuan Tanah Melayu diikuti kemerdekaan dan seterusnya. Ini kerana apabila Persekutuan terbentuk, sebenarnya raja-raja Melayu hilang sebahagian kuasa kerana harus menyerahkan kepada kerajaan pusat. Hal ini dapat digambarkan dengan realiti keadaan yang mana suatu undang-undang perlu tanda tangan raja-raja Melayu bersama Pesuruhjaya Tinggi British untuk diluluskan. Pun begitu kalau raja-raja Melayu tidak menurunkan tanda tangan sekali pun, ia boleh lulus selepas satu tempoh waktu kalau Pesuruhjaya Tinggi menandatangani.

Inilah antara latar belakang yang membawa kepada realiti sosio-politik sekarang sehingga Perdana Menteri seperti boleh mengenepikan raja-raja Melayu, sekadar menjadikan mereka sebagai syarat "Urusan Seri Paduka Baginda" (ayat saya) sedangkan orang lain yang memutuskan perkara. Ahmad Kamal menceritakan bagaimana pernah suatu masa British hendak memperkenalkan permainan loteri dalam Persekutuan tetapi Sultan Kedah membantah lalu mengingatkan bahawa ia melibatkan hal ehwal Islam yang mana raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa lalu tidak perlu mengikut 'nasihat' Pesuruhjaya. Tetapi akhirnya siapa yang menyebabkan ia lulus? Kata beliau parti politik Perikatan. Ini kerana mereka memerlukan wang dari loteri itu untuk belanja.




Setelah beberapa lama naik pembicara kedua Dr Suffian bin Mansor. Tajuk. Beliau diberikan tajuk "Isu dan Cabaran Pembentukan Persekutuan Malaysia".







Namun beliau mengubah sedikit tajuk untuk memberikan tumpuan pada hal Sarawak dan Sabah. Hmm... biasanya orang akan sebut Sabah dahulu baru Sarawak. Rupa-rupanya beliau orang Sarawak... :]













Beliau menggunakan banyak slaid. Dengan itu tidaklah perlu saya mengulas ya...









Saya telah mengambil semua gambar slaid yang dipaparkan.

















































































Rakaman majlis boleh dilihat di sini. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,313 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.