Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 12, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Perjalanan motosikal paling jauh dalam satu hari

Salam. Pergi pada hari ke-10 perjalanan Kalimantan. Ia adalah hari yang mana saya perlu menunggang motosikal paling jauh dalam satu hari demi mencapai sasaran. Bersambung daripada artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Menyusuri tinggalan kerajaan Tanjung Pura/Matan sebelum bergerak lebih jauh.



Pagi Ahad 18 Oktober 2026 jam 8.51 pagi. Selepas bermalam di sebuah rumah penginapan di Sandai kami bersedia untuk menyambung perjalanan.



Naik bukit ke hadapan sedikit. Saya diberitahu ada makam lama di atas.



Cuma apabila sampai baru tahu ia adalah milik seorang pemerintah yang sejarahnya pada saya sangat penting dalam memahami apakah telah berlaku pada kerajaan Tanjung Pura zaman berkenaan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sultan Zainuddin Matan  di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Jam 10 berhenti di tempat ini. Namanya Laur kalau tak salah ingatan.






Kami mahu bersarapan.



Sejam kemudian berhenti di tempat ini.



Ketika itu meter motosikal menunjukkan ia sudah ditunggang lebih 500km sejak meninggalkan rumah biras di Pontianak pagi Khamis. Rujuk kembali Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok.



Gambar ini dipula diambil jam 1.09 petang ketika hendak berehat di sebuah masjid.



Kami menemui beberapa van besar membawa jemaah umrah berhenti berehat, dalam perjalanan untuk mengambil kapal terbang dari Pontianak. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Ilmi, Desa Balai Pinang, Simpang Hulu.


Sejam lebih kemudian berehat rehat di tempat ini pula.



Memang perjalanan kali ini memerlukan banyak kali berhenti rehat kerana begitu jauh. Lalu kami jadi sakit punggung dan badan apatah lagi saya sebenarnya sudah lama ada sakit tulang tongking. Apapun paling best atas jambatan panjang menyeberangi Sungai Kapuas. Siap makan rojak di tengah jambatan lagi. Lihat The long bridge at Tayan di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH. .



Ini di sebuah masjid yang juga sering digunakan untuk berhenti rehat bagi mereka yang membuat perjalanan dari Pontianak untuk ke Kuching, Sarawak, dalam negara Malaysia. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Khair, Sosok.



Jam 5.52 baru sampai di Sanggau di Maghrib masuk jam 5.25. Berhenti di kedai serbaneka untuk mencari alas atau serupa yang boleh membantu mengurangkan sakit punggung dan tongking. Ketika itu masih ada 127 km bersamaan 3 jam perjalanan untuk sampai ke sasaran.

Apakah sasaran itu? Tunggu artikel sambungan. Akhir sekali saya hendak memberitahu. Ada orang meminta agar dibuat peta menunjukkan tempat-tempat dalam perjalanan. Sebetulnya peta bagi setiap hari perjalanan sudah ada. Cuma akan dikongsikan dalam artikel khas apabila selesai penceritaan semua 17 hari perjalanan.


Rabu, November 11, 2026

Teologi Muslim tentang pembebasan dari Zionisma - Satu sudut pandang Faruqi

Beralih lagi sejenak dari perjalanan Kalimantan.



Petang Selasa 10 November 2026. Seperti pada 6 hari lalu (lihat Perlembagaan purbakala luak Jelebu dan kaitan dengan krisis tahkta Negeri Sembilan) pergi lagi ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk majlis ilmu.



Seperti pada minggu lepas juga isteri ikut sekali. Cuma ketika saya menjadi moderator atau pemudah cara majlis, kali ini cuma jadi hadirin biasa.




Tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Teologi Muslim tentang Pembebasan dari Zionisma - Satu Sudut Pandang Faruqi". Ini merujuk kepada ilmuwan besar Islam berbangsa Arab Palestin, Ismail Faruqi yang mengajar di Amerika Syarikat beberapa lama tetapi akhirnya dibunuh bersama isteri oleh pelampau pada tahun 1986.



Pembentang, Profesor Dr Imtiyaz Yusuf berkongsi latar belakang diri sebagai seorang berbangsa India yang lahir dan membesar di Tanzania, benua Afrika tetapi memilih untuk menjadi rakyat Britain apabila Tanzania diberi kemerdekaan oleh British. Selepas memperolehi ijazah sarjana muda diikuti sarjana di India beliau ingin menyambung ke peringkat PhD tetapi tiada duit. Ketika itu awal tahun 1980an beliau tahu ada tiga orang tokoh akademik Islam paling terkemuka di dunia mengajar di Barat iaitu Ismail al Faruqi, Fazlur Rahman dan Seyyed Hossein Nasr (seorang lagi tokoh iaitu Syed Naquib al-Attas, kemudian akan mengasaskan ISTAC, berpusat di Malaysia). Imtiyaz tergerak untuk menghubungi Faruqi yang sedang mengajar di Temple Universiti, Washington DC. Tokoh itu membantu daripada segenap segi sehingga Imtiaz dapat menyelesaikan PhD di bawah penyeliaan beliau.



Disebutlah apa yang ingin dibentangkan adalah berdasarkan pemikiran Faruqi terhadap Islam dan permasalahan Israel berdasarkan pengalaman sebenar tokoh (lahir tahun 1921) membesar di Palestin.



Disebut isu semasa yang mana sesi serangan sekarang terhadap wilayah Gaza (antara 2 wilayah Palestin yang masih ada sementara yang lain semua telah ditelan menjadi negara Israel) yang mengorbankan banyak orang sudah berlanjutan hampir 4 tahun.



Dengan itu Imtiyaz merasakan sudah sampai masa pemikiran Faruqi tentang masalah Zionisma yang menyebabkan penduduk Arab Palestin teruk tertindas sehingga kini diangkat kembali walau disuarakan 46 tahun lalu.



Imtiyaz telah menggunakan sekitar 40 slaid untuk menyampaikan pemikiran. Biar ditunjukkan sebahagian sahaja tanpa ulasan panjang.






Asalnya, pemahaman teologi iaitu keTuhanan yang benar tentang agama harus dapat membebaskan fikiran. Kita boleh menghormati perbezaan lalu tidak jadi pelampau seperti puak Zionis yang mahu mengangkat agenda tertentu sehingga hak dan nyawa orang lain langsung tidak dipandang.






Diberikan sedikit latar belakang Ismail Faruqi...



Diterangkan cadangan dalam buku berkenaan yang menyebabkan beliau menerima banyak kutukan malah ancaman terhadap nyawa.









Kesimpulan saya - Faruqi menggunakan bahasa berlapik untuk menyatakan Islam harus kembali berkuasa (dengan cara menghidupkan kembali Kekhalifahan yang ada kekuatan ketenteraan untuk menguatkuasakan hukum) tanpa menafikan hak orang lain terutama Yahudi untuk hidup selamat mengamalkan cara sendiri. Beliau ada memberikan contoh bagaimana semua penganut agama hidup aman pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah (yang berpusat di Turki) walhal kerajaan-kerajaan Eropah menolak dan menghalau orang Yahudi. Ikuti sendiri majlis melalui video bawah...






Pembentangan selesai sekitar jam 3.35 diikuti sesi soal jawab yang agak panjang dan meriah. Apabila jam menghampir 4.20 dan majlis masih berjalan saya dan isteri terpaksa keluar kerana perlu berjalan jauh. Kami mahu mengelak kesesakan lalu lintas yang biasa berlaku apabila ramai mula keluar dari tempat kerja untuk kembali ke rumah.



Selepas masuk waktu Isyak sampai ke bandar diraja Muar. Kami mahu kembali ke rumah bapa saya kerana ada urusan keluarga.


Singgah dahulu makan malam di Medan Selera Bentayan. Sambil itu melakukan suatu persiapan.



Pergi ke tempat yang ditanda sebagai Kubu Bentayan. Di sini diadakan edisi ke-49 siaran langsung melalui Tiktok, "Merah Silu Live". Lihat video bawah...

Perjalanan-perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diliputi adalah seperti berikut :-


104. Misi HIKMAH Lembah Bujang Jan 2015 - lebih 820 km. Lihat Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.

105. Perjalanan ke-7 di Aceh Feb 2015 -  540 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh. 


Isnin, November 09, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Menyusuri tinggalan kerajaan Tanjung Pura/Matan sebelum bergerak lebih jauh

Meneruskan dengan cerita hari ke-9 perjalanan di Kalimantan. Untuk ini 9 artikel sokongan telah disediakan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 3 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang.


Pagi Sabtu 17 Oktober 2026. Melihat ke luar dari rumah orang tempatan dekat pusat kota Ketapang. Lihat  Looking out from a house in Ketapang.



Bergambar bersama tuan rumah dan isterinya serta kawan beliau (duduk di sebelah saya). Tuan rumah pernah menjadi rakan sekerja Pak Yahya (rujuk cerita berkenaan Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana) lalu kenalan kami di Pontianak itu ada berpesan hubungilah orang ini apabila sampai ke Ketapang.



Kami telah berehat bermalam di rumahnya. Meter motosikal menunjukkan ia sudah ditunggang hampir 280km sejak meninggalkan rumah biras di Pontianak pagi Khamis. Rujuk kembali Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok.



Ini belum dicampur jarak naik Kapal Klotok iaitu 101km. Setelah beberapa lama sampailah masa untuk meneruskan perjalanan.



Singgah dahulu di masjid utama kota. Lihat Masjid Agung (Grand Mosque of) al-Ikhlas, Ketapang.



Meninggalkan kota melalui jambatan yang kelihatan. Lihat Bridge across the Pawan river in Ketapang.






Masuk kawasan Istana Matan.





Pemandangan dari serambi dan tangga istana. Lihat Istana (Palace of) Matan, Ketapang.



Gambar ini pula diambil dari taman seberang istana. Lihat The park and waters across Matan palace.



Melihat ke luar dari masjid berdekatan istana. Lihat Masjid jami' (Main mosque of) Mu'ammilun, Mulia Kerta.




Lokasi seterusnya ingin dijejaki adalah kompleks makam yang dikatakan menempatkan jasad 7 orang pendakwah Islam yang datang abad ke-16. Lihat Makam (Tomb of) Keramat Tujuh.




Seterusnya ke kawasan yang dikatakan adalah pusat terawal kerajaan Tanjung Pura. Lihat .Makam (Tomb of) Pangeran Iranata.



Kemudian ke kompleks makam yang dikatakan menempatkan jasad 9 orang pendakwah abad ke-15. Sebelum sampai terlihat satu makam yang dikelilingi tumbuhan terbakar. Lihat  Makam tunggal (Single tomb) dekat (near) Negeri Baru, Ketapang diikuti Makam (Tomb of) Keramat Sembilan.




Dengan itu selesailah apa yang hendak disusur di Ketapang lalu bergerak keluar menghala ke timur. Cerita kaitan tempat-tempat dan perubahan pusat kerajaan sudah dikongsikan dalam Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang.



Berhenti minum air kelapa. 



Sebetulnya sejak persekitaran makam Pangeran Iranata jalan telah mengecil seperti jalan kampung di Malaysia walaupun ia sebenarnya jalan utama. Keadaan jalan kemudian menjadi semakin teruk...




Ia lebih kurang seperti selepas mengambil simpang ke desa Tanjung Pura pada hari sebelumnya. Tentunya  memenatkan dan memberi sakit badan. Rujuk lagi Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang.



Berehat di sebuah kedai makan yang ditemui sedang ditutup.



Ketika sampai di masjid ini waktu Maghrib sudah masuk kawasan jalan elok. Tetapi masih jauh dari tempat yang hendak dituju. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ikhwan, Desa Pebihangan.