Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Jun 20, 2015

Jejak Kalimantan Barat - Sultan-sultan Sambas, Opu Daeng Kemasi dan Gusti Jamiril

Salam semua. Hari ini adalah hari ke-3 bulan Ramadhan tahun ini. Sementara masih ada baki hari iaitu sebelum masuk waktu berbuka puasa lalu tarikh berubah menjadi hari ke-4 Ramadhan eloklah kita mulakan cerita hari ke-3 perjalanan di Kalimantan Barat. Bersambung daripada Jejak Kalimantan Barat - Menyahut panggilan Daeng Menambon dan para ulamak Mempawah sebelum berkejar ke Sambas.


Pagi Rabu 10 Jun 2015. Selepas berehat di sebuah hotel yang kelihatan paling besar di kota Sambas kami sedia untuk meneroka persekitaran kota. Pemandangan daripada tingkap hotel. Rasanya tidak ada bangunan melebihi 5 tingkat...


Keadaan di jalan utama kota.


Kami mengambilnya untuk menuju  ke tempat yang disinggahi sebaik sahaja sampai malam sebelumnya.


Ia adalah masjid diraja dan persekitarannya. Daripada jambatan boleh kelihatan di hujung kanan sungai...


Untuk sampai ke sana harus melepasi pintu gerbang yang menandakan batas kawasan persekitaran istana Sambas.


Jumpa kawasan pemakaman diraja dahulu lalu kami pun singgah.





Ziarahlah beberapa makam sultan yang pernah memerintah kerajaan Sambas juga seorang kerabat yang memegang jawatan tertinggi istana selepas Kesultanan dimansuhkan 70 tahun lalu...







Namun tujuan utama kami masuk ke kawasan pemakaman adalah untuk mencari dan menziarahi makam Opu Daeng Kemasi, salah seorang ahli Opu Daeng 5 Bersaudara yang sangat terkenal dalam sejarah Alam Melayu abad ke-18 Masihi. Singgah ke makam-makam tadi pun dalam rangka kerja mencari makam Daeng Kemasi. Adapun kami sampai ke Kalimantan Barat, lebih tepat Pontianak tengah hari Isnin dalam keadaan tahu makamnya ada dalam lingkungan wilayah tersebut, cuma tak tahu di sebelah mana. Setelah masuk ke Istana kerajaan Mempawah lalu melihat salasilah Opu Daeng 5 Bersaudara di dalamnya baru tahu ia terletak di Sambas. Lihat artikel Istana (Palace of) Amantubillah, Mempawah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tapi di mana di Sambas masih menjadi teka teki sehinggalah saya tertarik untuk melihat lebih dekat bangunan agak buruk ini.


Masyaallah! Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya apabila terlihat nama yang tertera.


Allah! Sampai juga saya ke sini. Dengan ini cukuplah makam semua Opu 5 Daeng Bersaudara sudah diziarahi. Sesungguhnya saya sampai ke Kalimantan Barat itu sendiri pun dalam keadaan agak kabur tujuan kerana diajak seorang rakan yang sanggup menanggung segala kos yang perlu agar menemaninya menelusuri mana-mana tempat bersejarah yang patut. Sebelum itu saya setakat pernah berkira-kira mahu ke Pontianak melalui Sarawak, tidak pernah terfikir akan sampai ke Sambas lalu menziarahi makam ini.

Kalau menunggu keinginan untuk pergi sendiri timbul mungkin sangat lambat lagi. Ini kerana kondisi kewangan saya buat setahun kebelakangan ini setakat cukup untuk menampung kos keperluan hidup keluarga di rumah, tak boleh nak pergi berjalan jauh sangat apa lagiseberang laut ke negara orang. Kalau ada wang lebih pun kemungkinan besar akan ke tempat lain. Apabila rakan tersebut menyatakan tempat-tempat yang mahu dilawati adalah kota dan persekitaran Pontianak, Mempawah dan Sambas baru teringat salah satu Opu Daeng 5 Bersaudara iaitu Daeng Menambon pernah memerintah di Mempawah lalu mangkat di sana. Bila dah bertolak ke Pontianak baru terfikir mungkin akan menjejaki letak duduk makam Daeng Kemasi sekali...



Puas sungguh hati setelah sampai ke makam itu. Sehingga terasa tidak perlu lagi berlegar-legar di kawasan pemakaman diraja walaupun ada beberapa lagi bangunan yang kelihatan menempatkan makam orang penting kerajaan belum diteliti lebih dekat. Dengan itu saya mengajak kawan menukar tumpuan ke kawasan istana. Ia terletak di seberang jalan menghadap kawasan pemakaman.


Dalam lingkungan kawasan halaman istana terdapat masjid diraja. Memang masjid selain istana menjadi tempat tumpuan yang mahu dijejaki di setiap pusat kerajaan lama yang kami sampai Selain itu adalah kawasan pemakaman diraja dengan tumpuan diberikan kepada makam pengasas kerajaan. Lebih daripada itu adalah bonus... dan bonus paling besar bagi saya setakat itu adalah ziarah ke makam Opu Daeng Kemasi...


Untuk sampai ke masjid perlu berjalan mengeliling pagar hingga sampai ke pintu gerbang kawasan istana. Lalu dahulu kawasan berhadapan sungai yang agak luas.


Keadaan perairan yang seperti simpang tiga air akibat terletak di pertemuan dua buah sungai sederhana besar terasa begitu aman. Ada semacam suasana seperti di Kampung Ayer, Brunei. Lihat artikel The waters in front of Sambas royal grounds di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Inilah masjid diraja Sambas yang juga merupakan masjid agung (utama) wilayah Sambas merangkap masjid jamek kota. Lihat Masjid Agung Jami' (Great main mosque of) Sultan Muhammad Tsafiuddin, Sambas.




Selepas beberapa lama meninjau keadaan dalam masjid kami pun ke istana.


Dapatlah melihat segala macam barangan yang ada. Lihat. Istana (Palace of) Alwatzikhubillah, Sambas. Sekarang, sedikit latar belakang tentang kerajaan seperti terpapar di Wikipedia...


KESULTANAN SAMBAS 


Kesultanan Sambas adalah kesultanan yang terletak di wilayah pesisir utara Provinsi Kalimantan Barat atau wilayah barat laut Pulau Kalimantan dengan pusat pemerintahannya adalah di Kota Sambas sekarang. Kesultanan Sambas adalah penerus pemerintahan dari kerajaan-kerajaan Sambas sebelumnya. Kerajaan yang bernama "Sambas" di wilayah ini paling tidak telah berdiri dan berkembang sebelum abad ke-14 M sebagaimana yang tercantum dalam Kitab Negarakertagama karya Mpu Prapanca. Pada masa itu rajanya bergelar "Nek", salah satunya bernama Nek Riuh. Setelah masa Nek Riuh, pada sekitar abad ke-15 M muncul pemerintahan raja yang bernama Tan Unggal yang terkenal sangat kejam. Karena kekejamannya ini Raja Tan Unggal kemudian dikudeta oleh rakyat dan setelah itu selama puluhan tahun rakyat di wilayah Sungai Sambas ini tidak mau mengangkat raja lagi. Pada masa kekosongan pemerintahan di wilayah Sungai Sambas inilah kemudian pada awal abad ke-16 M (1530) datang serombongan besar orang-orang dari Pulau Jawa (sekitar lebih dari 500 orang) yaitu dari kalangan Bangsawan Kerajaan Majapahit yang masih beragama Hindu, yaitu keturunan dari Raja Majapahit sebelumnya yang bernama Wikramawardhana.

Pada saat itu di pesisir dan tengah wilayah Sungai Sambas ini telah sejak ratusan tahun didiami oleh orang-orang Melayu yang telah mengalami asimilasi dengan orang-orang Dayak pesisir dimana karena saat itu wilayah ini sedang tidak ber-Raja (sepeninggal Raja Tan Unggal) maka kedatangan rombongan pelarian Majapahit ini berjalan mulus tanpa menimbulkan konflik. Rombongan Majapahit ini kemudian menetap di hulu Sungai Sambas yaitu di suatu tempat yang sekarang disebut dengan nama "Kota Lama". Setelah sekitar lebih dari 10 tahun menetap di "Kota Lama" dan melihat keadaan wilayah Sungai Sambas ini aman dan kondusif maka kemudian para pelarian Majapahit ini mendirikan sebuah Kerajaan hindu yang kemudian disebut dengan nama "Panembahan Sambas". Raja Panembahan Sambas ini bergelar "Ratu" (Raja Laki-laki) dimana Raja yang pertama tidak diketahui namanya yang kemudian setelah wafat digantikan oleh anaknya yang bergelar Ratu Timbang Paseban, setelah Ratu Timbang Paseban wafat lalu digantikan oleh adindanya yang bergelar Ratu Sapudak. Pada masa Ratu Sapudak inilah untuk pertama kalinya diadakan kerjasama perdagangan antara Panembahan Sambas ini dengan VOC yaitu pada tahun 1609.

Pada masa Ratu Sapudak inilah rombongan Sultan Tengah (Sultan Sarawak ke-1) bin Sultan Muhammad Hasan (Sultan Brunei ke-9) datang dari Kesultanan Sukadana ke wilayah Sungai Sambas dan kemudian menetap di wilayah Sungai Sambas ini (daerah Kembayat Sri Negara). Anak laki-laki sulung Sultan Tengah yang bernama Sulaiman kemudian dinikahkan dengan anak bungsu Ratu Sapudak yang bernama Mas Ayu Bungsu sehingga nama Sulaiman kemudian berubah menjadi Raden Sulaiman. Raden Sulaiman inilah yang kemudian setelah keruntuhan Panembahan Sambas di Kota Lama mendirikan Kerajaan baru yaitu Kesultanan Sambas dengan Raden Sulaiman menjadi Sultan Sambas pertama bergelar Sultan Muhammad Shafiuddin I yaitu pada tahun 1671.



Di dalam istana kami berkenalan dengan beberapa orang kerabat diraja Sambas yang menjaga istana. Seorang daripada mereka kemudian membawa kami keluar untuk menunjukkan jalan ke makam Sultan pertama.


Inilah makam pemerintah tersebut, Sultan Muhammad Tsafiuddin I. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Tengah, adinda kepada Sultan ke-9 Brunei yang diberikan pemerintahan ke atas negeri Sarawak. Sebelum ke sini saya menjejakkan kaki ke makam Sultan kedua. Makam Sultan Tsafiuddin terletak agak tersorok di dalam kampung orang sebelah kawasan pemakaman diraja. Kemudian kami menziarahi makam beberapa orang lagi sultan. 








.
Saya juga mengambil peluang untuk ke makam Daeng Kemasi lagi. Ini kerana semasa lawatan pertama tadi terlupa pula hendak mengambil gambar di sisi makam. Bukan apa... saya jarang mahu menonjolkan diri dalam apa-apa gambar. Tapi untuk ini saya rasa wajib sangat. Ini kerana seperti disebut tadi, ziarah ini melengkapkan lawatan ke semua makam Opu Daeng 5 Bersaudara, satu pencapaian yang bermakna buat diri ini.


Oh. Saya tidak dapat menemukan banyak tulisan tentang Daeng Kemasi. Oleh itu biar dikongsikan zoom-in gambar maklumat yang terdapat di makam juga perenggan bawah yang ditemui di Intenet, katanya sinopsis ringkas terhadap bab berkenaan dalam Hikayat Opu Daeng Menambun (Menambon)... 


BAB VII

Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi

Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.



Akhir sekali kami menziarahi makam Sultan ke-13 Sambas, orang yang bertanggungjawab mendirikan istana dan masjid diraja yang masih ada. Letak makam ini ke luar sedikit daripada lingkungan utama kawasan pemakaman diraja. Kami singgah dalam perjalanan meninggalkan Sambas. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Muhammad Tsafiuddin II.



Destinasi utama seterusnya adalah kota Ngabang pusat sebuah kerajaan lama bernama Landak (ya, nama binatang berduri itu!). Malam sebelumnya pemandu kami mendapat tahu ia boleh dicapai melalui laluan pendalaman lain daripada yang beliau ketahui dan biasa gunakan. Kami pun mencuba laluan itu.


Laluan ini melepasi hutan, ladang kelapa sawit dan kampung-kampung seperti penempatan majoriti orang Dayak. Memang Kalimantan ramai orang Dayak dan mereka biasanya menetap di kawasan pendalaman. Sebelum sampai ke Ngabang laluan memotong bandar Bengkayang di mana terdapat simpang ke sebuah pekan bernama Karangan, menghala ke arah berlain daripada Ngabang. Kami mengambil simpang kerana ada tempat penting mahu diziarahi di sana. Lihat To Karangan via Bengkayang


Sampai di Karangan kami makan tengah hari sebelum bertanya arah ke tempat yang dimaksudkan Terlihat masjid ini saya pun singgah sebentar. Lihat Masjid besar (Big mosque of) Karangan.


Inilah tempat yang dimaksudkan. Lihat Makam (Tomb of) Gusti Jamiril. Orang yang dimakamkan adalah putera kepada Opu Daeng Menambon lalu pernah memegang takhta Mempawah. Kami pernah cuba mencari makam ini di sekitar kawasan pemakaman diraja di Kota Mempawah tapi tak jumpa. Ketika mencari itulah baru mendapat tahu ia terletak di Karangan. Lihat balik cerita dalam  Jejak Kalimantan Barat - Menyahut panggilan Daeng Menambon dan para ulamak Mempawah sebelum berkejar ke Sambas.


Sesungguhnya orang yang disemadikan ini adalah seorang tokoh penting dalam sejarah kerajaan-kerajaan di Kalimantan Barat. Biar artikel yang dikutip daripada arkib Utusan Malaysia tanggal 17/07/2006 memberikan penerangan...



Gusti Jamiril tokoh ulama, raja dan pahlawan

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DALAM Halaman Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 12 Jun 2006, telah diceritakan kisah Raja Haji, Pahlawan Teragung Nusantara, iaitu saudara sepupu Gusti Jamiril. Gusti Jamiril ialah putera Upu Daeng Menambon. Raja Haji pula ialah putera Upu Daeng Celak.

Upu Daeng Menambon dan Upu Daeng Celak ialah adik-beradik. Kajian awal saya tentang riwayat mereka adalah bersumberkan Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfat an-Nafis. Kedua-duanya ialah kitab karangan Raja Ali Haji.

Selain kedua-dua karya tersebut, beberapa versi tulisan tangan naskhah Mempawah dan Pontianak juga menjadi sumber saya. Selain yang terakam berupa tulisan, cerita lisan juga saya dengar di Mempawah dan Riau.

Perlu juga saya sebutkan di sini bahawa Gusti Jamiril sebenarnya ada peranan yang tersendiri dalam kedua-dua karya Raja Ali Haji yang dinyatakan itu kerana sejarah asalnya berdasarkan tulisan Upu Daeng Menambon dengan tulisan dan bahasa Bugis. Yang menterjemahkannya daripada bahasa Bugis ke bahasa Melayu ialah Gusti Jamiril.

Terjemahan Gusti Jamiril itulah yang diproses oleh Raja Haji Ahmad, iaitu putera Raja Haji, tetapi tidak sempat diselesaikan lalu disambung oleh putera beliau, Raja Ali Haji. Gusti Jamiril digelar juga dengan gelaran Penembahan Adiwijaya Kesuma Jaya. Beliau mangkat pada waktu Zuhur, hari Ahad, bulan Zulkaedah 1204 H/Julai 1790.

Pada judul artikel ini saya nyatakan bahawa Gusti Jamiril ialah ulama, raja dan pahlawan. Ketiga-tiganya dapat dibuktikan.

Persyaratan seorang ulama bermula dengan pengetahuan alat Arabiyah, seperti ilmu nahu, ilmu sharaf, dan lain-lain, serta pelbagai bidang ilmu Islam yang lain. Gusti Jamiril sempat belajar segala persyaratan itu dengan Saiyid Husein al-Qadri (Mufti Mempawah yang pertama) dan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani (Mufti Mempawah yang ke-2).

Walau bagaimanapun, sistem mendidik kedua-dua ulama itu adalah berbeza. Saiyid Husein al-Qadri yang berasal dari negeri Arab, mengutamakan lughah Arabiyah. Sedangkan Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani, yang berasal dari Patani, memperkenalkan sistem pendidikan pondok seperti di Patani. Sistem Pondok Patani lebih mengutamakan kecermatan dalam membaca setiap kitab bahasa Arab. Dalam hal ini penting seseorang ulama menguasai ilmu nahu, ilmu sharaf, dan semua ilmu alat Arabiyah.

Bukti Gusti Jamiril menguasai ilmu-ilmu Islam disebut oleh Raja Ali Haji dalam Salasilah Melayu dan Bugis. Sewaktu Gusti Jamiril ke Pinang Sekayuk, antara pertanyaan Pangeran Dipati adalah: “Apakah cundaku tahu mengaji Quran?” Jawab Gusti Jamiril: “Tahu!” Maka baginda menyuruhnya membaca al-Quran. Maka membacalah Gusti Jamiril. Dalam dua maqra' beliau berhenti.

“Apakah cundaku sudah mengaji nahu dan sharaf?” Maka dijawab Gusti Jamiril: “Tahu!” Maka disuruhnya ertikan ayat al-Quran yang dibaca itu.

Maka diertikan lafaz maknanya. Selain sebagai seorang yang menguasai ilmu yang banyak, Gusti Jamiril juga sangat kuat berwirid. Amalan yang tiada ditinggalkannya ialah tilawah al-Quran, selawat atas Nabi Muhammad s.a.w., zikir dan lain-lain. Selawat yang diamalkannya ialah ‘Shalawat Dalail al-Khairat’. Amalan selawat tersebut juga tidak pernah ditinggalkan oleh Raja Haji asy-Syahid fi Sabilillah Yang Dipertuan Muda Riau Ke-IV, saudara sepupu Gusti Jamiril.

KERAJAAN MEMPAWAH

Upu Daeng Menambon, Raja Mempawah yang pertama, mangkat pada 26 Safar 1174 H/7 Oktober 1760 M (riwayat lain baginda mangkat tahun 1166 H/1752 M). Baginda diganti oleh puteranya yang bernama Gusti Jamiril, diberi gelar ‘Penembahan Adiwijaya Kesuma Jaya’, atau selanjutnya disingkat kepada Adiwijaya saja. Pada zamannya pusat pemerintahan Mempawah dipindahkan dari Sebukit Raya ke Pulau Pedalaman, Mempawah Hilir. Namun setelah terjadi perselisihan dengan Belanda, Penembahan Adiwijaya terpaksa memindahkan pusat pemerintahan dari Pulau Pedalaman, Mempawah ke Hulu Mempawah iaitu satu lokasi yang sangat jauh yang dinamakan Karangan.

Penembahan Adiwijaya ialah seorang ulama dan raja yang tidak mahu ditakluk penjajah Belanda. Baginda lebih sedia dan setia mengikut jejak langkah perjuangan saudara sepupunya, Raja Haji (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga Ke-IV) yang gugur sebagai syahid fi sabilillah di Melaka. Ia merupakan langkah yang sama seperti anak saudara sepupunya, Raja Ali Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga Ke-V, yang ketika itu terpaksa berhijrah menyusun strategi di Sukadana.

Pihak Belanda menuduh Adiwijaya bersekongkol dengan pahlawan yang berasal dari Riau itu. Oleh sebab Belanda tidak dapat mengesan apatah lagi menangkap Raja Ali, maka tekanan yang sangat keras dikenakan ke atas Adiwijaya kerana hanya baginda sendiri mampu menyembunyikan Raja Ali.

Padahal ketika itu Raja Ali yang sangat faham keadaan maritim bukan setakat berada di Sukadana tetapi kadang-kadang berada di Kepulauan Tambelan. Kadang-kadang beliau berada di Kepulauan Siantan dan tempat-tempat lain.

Akibat Penembahan Adiwijaya tidak mahu dijajah oleh bangsa asing yang bukan Islam, maka kolonial Belanda dengan dalih untuk pemulihan yang disebut Rusten en orde (Ketenteraan) mengirim pasukan tentera penjajah itu dari Pontianak menyerang Mempawah. Peristiwa tersebut terjadi pada tahun 1787 M. Oleh sebab pendengaran, penciuman dan pandangan Penembahan Adiwijaya untuk mengetahui kondisi dan situasi dalam keadaan aman dan perang memang hebat, ternyata yang diserang hanyalah tempat yang telah dikosongkan. Penghijrahan Penembahan Adiwijaya bersama dengan pengikut-pengikut setia baginda dari Pulau Pedalaman Mempawah Hilir ke Karangan Mempawah Hulu dilakukan sekitar 1786.

Setelah kekosongan pentadbiran Mempawah, Syarif Abdur Rahman al-Qadri, Sultan Pontianak, saudara ipar Penembahan Adiwijaya, mengambil langkah bijaksana dengan melantik putera beliau, Pangeran Syarif Qasim al-Qadri menjadi Raja di Mempawah.

Ibu Syarif Qasim al-Qadri ialah Utin Cenderamidi iaitu adik-beradik Penembahan Adiwijaya. Jadi Pangeran Syarif Qasim al-Qadri masih layak menjadi Raja di Mempawah kerana beliau ialah cucu Upu Daeng Menambon. Walau bagaimanapun perang antikolonial Belanda di sana-sini masih berlaku yang melibatkan Gusti Jati dan Gusti Mas, kedua-duanya putera Adiwiyaja. Kedua-duanya dapat membentuk pasukan gabungan Melayu dan Dayak. Tempat-tempat yang pernah tercetus perang antaranya ialah di Galah Herang, Sebukit Rama, di sekitar makam Upu Daeng Menambon dan Sangking.

Perang di Mempawah itu berlarutan hingga tahun 1788 M. Pada tahun itu pula Sultan Mahmud dan Bendahara Abdul Majid Pahang mengirim utusan ke Mempawah mengajak pihak Mempawah dan Raja Tempasok untuk menyerang Belanda yang telah menjajah Riau. Situasi Mempawah sangat gawat, maka pihak Mempawah tidak bersedia untuk membantu Sultan Mahmud Riau. Begitu juga Raja Tempasok kerana penentangan masih ditumpukan kepada pihak Belanda yang telah menguasai Pontianak dan akan menjajah Mempawah pula.

Sewaktu utusan Riau datang ke Mempawah, pada waktu itulah terjadi pergaduhan antara orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu di sekitar Kuala Mempawah. Diriwayatkan bahawa pergaduhan itu terjadi kerana orang-orang Cina yang terlibat dengan organisasi rahsia mereka di Mandor telah mengambil kesempatan membantai orang Melayu dan Bugis ketika terjadi peperangan antara Melayu-Bugis dengan Belanda.

Muncullah pahlawan-pahlawan Riau dan Patani yang gagah perkasa. Orang Cina yang beratus-ratus hanya dihadapi oleh tiga orang. Mereka ialah Habib Syaikh yang terkenal dengan keramatnya dan Tengku Sembob yang terkenal dengan kegagahan dan kehandalannya bermain senjata. Kedua-dua mereka berasal dari Riau.

Yang seorang lagi ialah Abdur Rahman yang digelar orang dengan nama Wak Tapak. Beliau berasal dari Patani, anak cucu Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Ketiga-tiga mereka yang membela Islam dan bumi Melayu itu termasuk antara orang-orang terdekat dengan Penembahan Adiwijaya yang diriwayatkan ini.

Setelah perang berakhir, beberapa orang putera dan kerabat yang terdekat memujuk Penembahan Adiwijaya supaya berpindah semula ke Pulau Pedalaman Mempawah untuk membangunkan Mempawah kembali. Mereka ingin membina kembali masyarakat Melayu-Bugis yang beragama Islam supaya mereka menjadi penyebar-penyebar Islam dalam lingkungan penduduk suku Dayak yang sebahagian besarnya masih animisme.

Ajakan suci itu pada mulanya diterima oleh Penembahan Adiwijaya, tetapi setelah melakukan sembahyang istikharah berulang-ulang kali, baginda membuat kesimpulan bahawa selagi Belanda, iaitu penjajah, yang tidak seagama dengan baginda masih bercokol di Pontianak, apatah lagi Mempawah memang sudah dalam genggaman Belanda, selama itulah penyebaran Islam akan mendapat hambatan daripada pihak penjajah itu.

Penembahan Adiwijaya berasakan umurnya telah lanjut, seakan-akan baginda tahu ajalnya telah hampir tiba. Oleh itu sebelum mangkat baginda berwasiat. Bahawa baginda tidak rela jenazahnya dikebumikan di tempat yang pernah dijamah oleh penjajah Belanda. Ketika Penembahan Adiwijaya mangkat terjadi sedikit pertikaian iaitu ada kerabat yang mempertahankan wasiat baginda supaya dimakamkan di Karangan, bumi tempat baginda mangkat yang belum dijamah oleh Belanda.

Golongan kerabat baginda yang lain pula berpandangan bahawa ‘wasiat tinggal wasiat’, dan berpendapat baginda mesti dimakamkan di Pulau Pedalaman Mempawah. Kononnya jenazah Penembahan Adiwijaya dimasukkan ke dalam sebuah peti yang dimuat dalam sebuah sampan lalu dibawa ke hilir menelusuri Sungai Mempawah. Ia dibawa ke Pulau Pedalaman Mempawah.

Semua pengiring dan petugas hairan kerana dengan tiba-tiba air sungai menjadi kering. Sampan yang membawa peti jenazah terkandas. Ternyata peti bertambah ringan, lalu dibuka. Tiba-tiba didapati jenazah Penembahan Adiwijaya tidak terdapat dalam peti itu lagi. Peti yang kosong tiada berjenazah itu terus juga dibawa ke Pulau Pedalaman Mempawah menurut adat istiadat kebesaran raja pada zaman itu.

Hingga kini belum diketahui di manakah sebenarnya makam Penembahan Adiwijaya kerana terdapat dua makam beliau. Makam yang pertama terletak di Karangan (Mempawah Hulu) dan yang sebuah lagi di Pulau Pedalaman (Mempawah Hilir).

Ada beberapa orang ulama yang berasal dari dunia Melayu memiliki makam lebih daripada satu, antaranya Syeikh Yusuf Tajul Khalwati yang makamnya terletak di Afrika Selatan dan Sulawesi Selatan. Makam Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pula terdapat di Taif dan di Mekah. Terjadinya hal yang demikian semuanya ada sejarah yang tersendiri.



Selesai urusan di Karangan, kami pun berkejar ke Ngabang, pusat kerajaan Landak.


Sampai ketika hampir waktu Maghrib lalu terus ke masjid diraja. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Keraton Landak.


Pemandangan masjid waktu malam. Selepas solat kami diajak melihat ke dalam istana yang terletak di sebelah masjid. Lihat (The building called) Keraton Ismahayana Landak... Untuk pengetahuan gambar-gambar utama artikel ini juga gambar-gambar untuk artikel-artikel sokongan (ada 19 kesemuanya) telah diletakkan pada hari pertama Ramadhan Khamis lalu. Sabtu petang 3 Ramadhan baru cerita dapar ditambah pada setiap artikel sokongan sedangkan artikel ini sendiri setakat ditambah lagi gambar berserta links atau pautan artikel sokongan lalu dipaparkan sejurus sebelum berbuka puasa. Tengah hari ini 4 Ramadhan baru cerita betul-betul siap... :]



Jumaat, Jun 19, 2015

Betul ke Wali Songo dihantar oleh Khalifah untuk berdakwah ke Pulau Jawa?



Salam Jumaat pertama bulan Ramadhan. Sebelum menyatakan apa yang sebenarnya mahu saya perkatakan terlebih dahulu biar dikongsikan artikel ini...


-------------------


WALI SONGO UTUSAN KHALIFAH

Bisa dikatakan tak akan ada Islam di Indonesia tanpa peran khilafah. Orang sering mengatakan bahwa Islam di Indonesia, khususnya di tanah Jawa disebarkan oleh Walisongo. Tapi tak banyak orang tahu, siapa sebenarnya Walisongo itu? Dari mana mereka berasal? Tidak mungkin to mereka tiba-tiba ada, seolah turun dari langit?

Dalam kitab Kanzul ‘Hum yang ditulis oleh Ibn Bathuthah yang kini tersimpan di Museum Istana Turki di Istanbul, disebutkan bahwa Walisongo dikirim oleh Sultan Muhammad I. Awalnya, ia pada tahun 1404 M (808 H) mengirim surat kepada pembesar Afrika Utara dan Timur Tengah yang isinya meminta dikirim sejumlah ulama yang memiliki kemampuan di berbagai bidang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa.

Jadi, Walisongo sesungguhnya adalah para dai atau ulama yang diutus khalifah di masa Kekhilafahan Utsmani untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Dan jumlahnya ternyata tidak hanya sembilan (Songo). Ada 6 angkatan yang masing-masing jumlahnya sekitar sembilan orang. Memang awalnya dimulai oleh angkatan I yang dipimpin oleh Syekh Maulana Malik Ibrahim, asal Turki, pada tahun 1400 an. Ia yang ahli politik dan irigasi itu menjadi peletak dasar pendirian kesultanan di Jawa sekaligus mengembangkan pertanian di Nusantara. Seangkatan dengannya, ada dua wali dari Palestina yang berdakwah di Banten. Yaitu Maulana Hasanudin, kakek Sultan Ageng Tirtayasa, dan Sultan Aliudin. Jadi, masyarakat Banten sesungguhnya punya hubungan biologis dan ideologis dengan Palestina.

Lalu ada Syekh Ja’far Shadiq dan Syarif Hidayatullah yang di sini lebih dikenal dengan sebutan Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati. Keduanya juga berasal dari Palestina. Sunan Kudus mendirikan sebuah kota kecil di Jawa Tengah yang kemudian disebut Kudus – berasal dari kata al Quds (Jerusalem).

Dari para wali itulah kemudian Islam menyebar ke mana-mana hingga seperti yang kita lihat sekarang. Oleh karena itu, sungguh aneh kalau ada dari umat Islam sekarang yang menolak khilafah. Itu sama artinya ia menolak sejarahnya sendiri, padahal nenek moyangnya mengenal Islam tak lain dari para ulama yang diutus oleh para khalifah.

Islam masuk ke Indonesia pada abad 7M (abad 1H), jauh sebelum penjajah datang. Islam terus berkembang dan mempengaruhi situasi politik ketika itu. Berdirilah kesultanan-kesultanan Islam seperti di Sumatera setidaknya diwakili oleh institusi kesultanan Peureulak (didirikan pada 1 Muharram 225H atau 12 November tahun 839M), Samudera Pasai, Aceh Darussalam, Palembang; Ternate, Tidore dan Bacan di Maluku (Islam masuk ke kerajaan di kepulauan Maluku ini tahun 1440); Kesultanan Sambas, Pontianak, Banjar, Pasir, Bulungan, Tanjungpura, Mempawah, Sintang dan Kutai di Kalimantan.

Adapun kesultanan di Jawa antara lain: kesultanan Demak, Pajang, Cirebon dan Banten. Di Sulawesi, Islam diterapkan dalam institusi kerajaan Gowa dan Tallo, Bone, Wajo, Soppeng dan Luwu. Sementara di Nusa Tenggara penerapan Islam di sana dilaksanakan dalam institusi kesultanan Bima. Setelah Islam berkembang dan menjelma menjadi sebuah institusi maka hukum-hukum Islam diterapkan secara menyeluruh dan sistemik dalam kesultanan-kesultanan tersebut.

PERIODE DAKWAH WALI SONGO

Kita sudah mengetahui bahwa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim ahli tata pemerintahan negara dari Turki, Maulana Ishaq dari Samarqand yang dikenal dengan nama Syekh Awwalul Islam, Maulana Ahmad Jumadil Kubra dari Mesir, Maulana Muhammad al-Maghrabi dari Maroko, Maulana Malik Israil dari Turki, Maulana Hasanuddin dari Palestina, Maulana Aliyuddin dari Palestina, dan Syekh Subakir dari Persia. Sebelum ke tanah Jawa, umumnya mereka singgah dulu di Pasai. Adalah Sultan Zainal Abidin Bahiyan Syah penguasa Samudra Pasai antara tahun 1349-1406 M yang mengantar Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq ke Tanah Jawa.

Pada periode berikutnya, antara tahun 1421-1436 M datang tiga da’i ulama ke Jawa menggantikan da’i yang wafat. Mereka adalah Sayyid Ali Rahmatullah putra Syaikh Ibrahim dari Samarkand (yang dikenal dengan Ibrahim Asmarakandi) dari ibu Putri Raja Campa-Kamboja (Sunan Ampel), Sayyid Ja’far Shadiq dari Palestina (Sunan Kudus), dan Syarif Hidayatullah dari Palestina cucu Raja Siliwangi Pajajaran (Sunan Gunung Jati).

Mulai tahun 1463M makin banyak da’i ulama keturunan Jawa yang menggantikan da’i yang wafat atau pindah tugas. Mereka adalah Raden Paku (Sunan Giri) putra Maulana Ishaq dengan Dewi Sekardadu, putri Prabu Menak Sembuyu, Raja Blambangan; Raden Said (Sunan Kalijaga) putra Adipati Wilatikta Bupati Tuban; Raden Makdum Ibrahim (Sunan Bonang); dan Raden Qasim Dua (Sunan Drajad) putra Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati, putri Prabu Kertabumi Raja Majapahit.

Banyaknya gelar Raden yang berasal dari kata Rahadian yang berarti Tuanku di kalangan para wali, menunjukkan bahwa dakwah Islam sudah terbina dengan subur di kalangan elit penguasa Kerajaan Majapahit. Sehingga terbentuknya sebuah kesultanan tinggal tunggu waktu.

Hubungan tersebut juga nampak antara Aceh dengan Khilafah Utsmaniyah. Bernard Lewis menyebutkan bahwa pada tahun 1563M, penguasa Muslim di Aceh mengirim seorang utusan ke Istambul untuk meminta bantuan melawan Portugis sambil meyakinkan bahwa sejumlah raja di kawasan tersebut telah bersedia masuk agama Islam jika kekhalifahan Utsmaniyah mau menolong mereka.

Saat itu kekhalifahan Utsmaniyah sedang disibukkan dengan berbagai masalah yang mendesak, yaitu pengepungan Malta dan Szigetvar di Hungaria, dan kematian Sultan Sulaiman Agung. Setelah tertunda selama dua bulan, mereka akhirnya membentuk sebuah armada yang terdiri dari 19 kapal perang dan sejumlah kapal lainnya yang mengangkut persenjataan dan persediaan untuk membantu masyarakat Aceh yang terkepung.

Namun, sebagian besar kapal tersebut tidak pernah tiba di Aceh. Banyak dari kapal-kapal tersebut dialihkan untuk tugas yang lebih mendesak yaitu memulihkan dan memperluas kekuasaan Utsmaniyah di Yaman. Ada satu atau dua kapal yang tiba di Aceh. Kapal-kapal tersebut selain membawa pembuat senjata, penembak, dan teknisi juga membawa senjata dan peralatan perang lainnya, yang langsung digunakan oleh penguasa setempat untuk mengusir Portugis. Peristiwa ini dapat diketahui dalam berbagai arsip dokumen negara Turki.

Hubungan ini nampak pula dalam penganugerahan gelar-gelar kehormatan diantaranya Abdul Qadir dari Kesultanan Banten misalnya, tahun 1048 H (1638 M) dianugerahi gelar Sultan Abulmafakir Mahmud Abdul Kadir oleh Syarif Zaid, Syarif Mekkah saat itu. Demikian pula Pangeran Rangsang dari Kesultanan Mataram memperoleh gelar Sultan dari Syarif Mekah tahun 1051 H (1641 M ) dengan gelar Sultan Abdullah Muhammad Maulana Matarami. Pada tahun 1638 M, sultan Abdul Kadir Banten berhasil mengirim utusan membawa misi menghadap syarif Zaid di Mekah.

Hasil misi ke Mekah ini sangat sukses, sehingga dapat dikatakan kesultanan Banten sejak awal memang meganggap dirinya sebagai kerajaan Islam, dan tentunya termasuk Dar al-Islam yang ada di bawah kepemimpinan Khalifah Turki Utsmani di Istanbul. Sultan Ageng Tirtayasa mendapat gelar sultan dari Syarif mekah.

Hubungan erat ini nampak juga dalam bantuan militer yang diberikan oleh Khilafah Islamiyah. Dalam Bustanus Salatin karangan Nuruddin ar-Raniri disebutkan bahwa kesultanan Aceh telah menerima bantuan militer berupa senjata disertai instruktur yang mengajari cara pemakaiannya dari Khilafah Turki Utsmani (1300-1922).

Bernard Lewis (2004) menyebutkan bahwa pada tahun 1563 penguasa Muslim di Aceh mengirim seorang utusan ke Istanbul untuk meminta bantuan melawan Portugis. Dikirimlah 19 kapal perang dan sejumlah kapal lainnya pengangkut persenjataan dan persediaan; sekalipun hanya satu atau dua kapal yang tiba di Aceh.

Tahun 1652 kesultanan Aceh mengirim utusan ke Khilafah Turki Utsmani untuk meminta bantuan meriam. Khilafah Turki Utsmani mengirim 500 orang pasukan orang Turki beserta sejumlah besar alat tembak (meriam) dan amunisi. Tahun 1567, Sultan Salim II mengirim sebuah armada ke Sumatera, meski armada itu lalu dialihkan ke Yaman. Bahkan Snouck Hourgroye menyatakan, “Di Kota Makkah inilah terletak jantung kehidupan agama kepulauan Nusantara, yang setiap detik selalu memompakan darah segar ke seluruh penduduk Muslimin di Indonesia.” Bahkan pada akhir abad 20, Konsul Turki di Batavia membagi-bagikan al-Quran atas nama Sultan Turki.

Di istambul juga dicetak tafsir al-Quran berbahasa melayu karangan Abdur Rauf Sinkili yang pada halaman depannya tertera “dicetak oleh Sultan Turki, raja seluruh orang Islam”. Sultan Turki juga memberikan beasiswa kepada empat orang anak keturunan Arab di Batavia untuk bersekolah di Turki.

Pada masa itu, yang disebut-sebut Sultan Turki tidak lain adalah Khalifah, pemimpin Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Selain itu, Snouck Hurgrounye sebagaimana dikutip oleh Deliar Noer mengungkapkan bahwa rakyat kebanyakan pada umumnya di Indonesia, terutama mereka yang tinggal di pelosok-pelosok yang jauh di penjuru tanah air, melihat stambol (Istambul, kedudukan Khalifah Usmaniyah) masih senantiasa sebagai kedudukan seorang raja semua orang mukmin yang kekuasaannya mungkin agaknya untuk sementara berkurang oleh adanya kekuasaan orang-orang kafir, tetapi masih dan tetap [dipandang] sebagai raja dari segala raja di dunia. Mereka juga berpikir bahwa “sultan-sultan yang belum beragama mesti tunduk dan memberikan penghormatannya kepada khalifah.” Demikianlah, dapat dikatakan bahwa Islam berkembang di Indonesia dengan adanya hubungan dengan Khilafah Turki Utsmani.

Dengan demikian, keterkaitan Nusantara sebagai bagian dari Khilafah, baik saat Khilafah Abbasiyah Mesir dan Khilafah Utsmaniyah telah nampak jelas pada pengangkatan Meurah Silu menjadi Sultan Malikussaleh di Kesultanan Samudra-Pasai Darussalam oleh Utusan Syarif Mekkah, dan pengangkatan Sultan Abdul Kadir dari Kesultanan Banten dan Sultan Agung dari Kesultanan Mataram oleh Syarif Mekkah.

Dengan mengacu pada format sistem kehilafahan saat itu, Syarif Mekkah adalah Gubernur (wali) pada masa Khilafah Abbasiyah dan Khilafah Utsmaniyah untuk kawasan Hijaz. Jadi, wali yang berkedudukan di Mekkah bukan semata penganugerahan gelar melainkan pengukuhannya sebagai sultan. Sebab, sultan artinya penguasa. Karenanya, penganugerahan gelar sultan oleh wali lebih merupakan pengukuhan sebagai penguasa Islam. Sementara itu, kelihatan Aceh memiliki hubungan langsung dengan pusat khilafah Utsmaniyah di Turki.

KESIMPULAN

Jumlah dai yang diutus ini tidak hanya sembilan (Songo). Bahkan ada 6 angkatan yang dikirimkan, masing-masing jumlanya sekitar sembilan orang. (Versi lain mengatakan 7 bahkan 10 angkatan karena dilanjutkan oleh anak / keturunannya)

Para Wali ini datang dimulai dari Maulana Malik Ibrahim, asli Turki. Beliau ini ahli politik & irigasi, wafat di Gresik.

- Maulana Malik Ibrahim ini menjadi peletak dasar pendirian kesultanan di Jawa sekaligus mengembangkan pertanian di Nusantara.

- Seangkatan dengan beliau ada 2 wali dari Palestina yg berdakwah di Banten; salah satunya Maulana Hasanudin, beliau kakek Sultan Ageng Tirtayasa.

- Juga Sultan Aliyudin, beliau dari Palestina dan tinggal di Banten. Jadi masyarakat Banten punya hubungan darah & ideologi dg Palestina.

- Juga Syaikh Ja'far Shadiq & Syarif Hidayatullah; dikenal disini sebagai Sunan Kudus & Sunan Gunung Jati; mereka berdua dari Palestina.

- Maka jangan heran, Sunan Kudus mendirikan Kota dengan nama Kudus, mengambil nama Al-Quds (Jerusalem) & Masjid al-Aqsha di dalamnya.

(Sumber Muhammad Jazir, seorang budayawan & sejarawan Jawa , Pak Muhammad Jazir ini juga penasehat Sultan Hamengkubuwono X).

Adapun menurut Berita yang tertulis di dalam kitab Kanzul ‘Hum karya Ibnul Bathuthah, yang kemudiah dilanjutkan oleh Syekh Maulana Al Maghribi.

Sultan Muhammad I itu membentuk tim beranggotakan 9 orang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa dimulai pada tahun 1404. Tim tersebut diketuai oleh Maulana Malik Ibrahim yang merupakan ahli mengatur negara dari Turki.

Wali Songo Angkatan Ke-1, tahun 1404 M/808 H. Terdiri dari:

1. Maulana Malik Ibrahim, berasal dari Turki, ahli mengatur negara. 
2. Maulana Ishaq, berasal dari Samarkand, Rusia Selatan, ahli pengobatan. 
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, dari Mesir. 
4. Maulana Muhammad Al Maghrobi, berasal dari Maroko. 
5. Maulana Malik Isro’il, dari Turki, ahli mengatur negara. 
6. Maulana Muhammad Ali Akbar, dari Persia (Iran), ahli pengobatan. 
7. Maulana Hasanudin, dari Palestina. 
8. Maulana Aliyudin, dari Palestina. 
9. Syekh Subakir, dari Iran, Ahli ruqyah.

Wali Songo Angkatan ke-2, tahun 1436 M, terdiri dari :

1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan 
2. Maulana Ishaq, asal Samarqand, Rusia Selatan 
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, asal Mesir 
4. Maulana Muhammad Al-Maghrabi, asal Maroko 
5. Sunan Kudus, asal Palestina 
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina 
7. Maulana Hasanuddin, asal Palestina 
8. Maulana 'Aliyuddin, asal Palestina 
9. Syekh Subakir, asal Persia Iran.

Wali Songo Angkatan ke-3, 1463 M, terdiri dari:

1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan 
2. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim 
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, asal Mesir 
4. Maulana Muhammad Al-Maghrabi, asal Maroko 
5. Sunan Kudus, asal Palestina 
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina 
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim 
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim 
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim

Wali Songo Angkatan ke-4,1473 M, terdiri dari :

1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan 
2. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim 
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak 
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon 
5. Sunan Kudus, asal Palestina 
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina 
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim 
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim 
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim

Wali Songo Angkatan ke-5,1478 M, terdiri dari :

1. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim 
2. Sunan Muria, asal Gunung Muria, Jawa Tengah 
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak 
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon 
5. Sunan Kudus, asal Palestina 
6. Syaikh Siti Jenar, asal Persia, Iran 
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim 
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim 
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim

Wali Songo Angkatan ke-6,1479 M, terdiri dari :

1. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim 
2. Sunan Muria, asal Gunung Muria, Jawa Tengah 
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak 
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon 
5. Sunan Kudus, asal Palestina 
6. Sunan Tembayat, asal Pandanarang 
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim 
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim 
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim



 ------------------------

OK. Dah baca sampai habis dan fahamkan/hadamkan? Sekarang baru boleh diyatakan apa yang sebenarnya ingin saya perkatakan...



Merujuk pada perenggan kedua tulisan atas yang berbunyi begini :-


Dalam kitab Kanzul ‘Hum yang ditulis oleh Ibn Bathuthah yang kini tersimpan di Museum Istana Turki di Istanbul, disebutkan bahwa Walisongo dikirim oleh Sultan Muhammad I. Awalnya, ia pada tahun 1404 M (808 H) mengirim surat kepada pembesar Afrika Utara dan Timur Tengah yang isinya meminta dikirim sejumlah ulama yang memiliki kemampuan di berbagai bidang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa.


Biar disenaraikan beberapa perkara yang boleh dipersoalkan...

1. Kitab Kanzul 'Hum yang dikatakan ditulis oleh Ibn Bathuthah. Setakat dapat saya cari melalui Internet tidak terjumpa apa-apa rujukan tentang kitab bertajuk itu ditulis oleh Ibnu Bathuthah kecuali pada cerita-cerita serupa tulisan atas yang rata-rata bersumber daripada Pulau Jawa.

2. Kitab ditulis Ibnu Bathuthah menyebut WaliSongo dikirim oleh Sultan Muhammad I? Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan setahu saya Ibnu Bathuthah hidup tahun  1304 hingga 1368 atau 1369 Masihi. Sultan Muhammad I atau lebih dikenali sebagai Mehmed I pula memerintah kerajaan Uthmaniyah di Turki 1413-1421.

Dalam daftar senarai pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, raja yang bertakhta sebelum itu adalah Sultan Bayazid (1389-1402). Tahun 1402-1413 dinyatakan sebagai zaman peralihan Uthmaniyah lalu tidak disebut siapa yang memerintah. Apa yang berlaku adalah pasukan Sultan Bayazid dikalahkan oleh pasukan Monggol pimpinan Timur atau Tamerlane, seorang keturunan Genghiz Khan dalam Perang Ankara 1402 lalu sultan ditawan. Ini membawa kepada perang saudara merebut kekuasaan ke atas takhta Uthmaniyah. Perang berlanjuntan sehinggalah Mehmed yang merupakan anakanda Bayazid menang lalu dapat menjadi sultan seterusnya tahun 1413.

Maka itu dakwaan bahawa Walisongo dikirim ke Pulau Jawa sebagai susulan Sultan Muhammad atau Mehmed mengirim surat  kepada para pembesar Afrika Utara dan Timur Tengah tahun 1404 adalah salah kerana baginda belum menjadi sultan ketika itu dan Uthmaniyah sedang kacau. Dicampur kenyataan bahawa Ibnu Bathuthah cuma hidup sehingga tahun 1368 atau 1369 mana mungkin beliau menulis kitab menyebut Sultan Muhammad menulis surat tahun 1404 apalagi menghantar Walisongo kemudian ke Pulau Jawa.



Seterusnya biar dirujuk pada perenggan ketiga tulisan yang diberi tajuk "Wali Songo Utusan Khalifah" itu. Ia adalah susulan terus daripada isi perenggan kedua yang menyatakan Wali Songo dihantar selepas Sultan Muhammad I mengirim surat ke Afrika Utara dan Timur Tengah, satu perkara yang saya ditunjukkan di atas tidak bertepatan dengan fakta sejarah perkembangan kerajaan Uthmaniyah. 


Jadi, Walisongo sesungguhnya adalah para dai atau ulama yang diutus khalifah di masa Kekhilafahan Utsmani untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Dan jumlahnya ternyata tidak hanya sembilan (Songo). Ada 6 angkatan yang masing-masing jumlahnya sekitar sembilan orang. Memang awalnya dimulai oleh angkatan I yang dipimpin oleh Syekh Maulana Malik Ibrahim, asal Turki, pada tahun 1400 an. Ia yang ahli politik dan irigasi itu menjadi peletak dasar pendirian kesultanan di Jawa sekaligus mengembangkan pertanian di Nusantara. Seangkatan dengannya, ada dua wali dari Palestina yang berdakwah di Banten. Yaitu Maulana Hasanudin, kakek Sultan Ageng Tirtayasa, dan Sultan Aliudin. Jadi, masyarakat Banten sesungguhnya punya hubungan biologis dan ideologis dengan Palestina.


Maka disebabkan Sultan Muhammad kononnya menghantar Wali Songo ke Pulau Jawa maka para pendakwah itu dikatakan diutus khalifah. Ini adalah satu lagi kenyataan yang tidak tepat malah sangat menyalahi sejarah.

Kenyataannya :- 

1. Kerajaan Uthmaniyah cuma diiktiraf sebagai khalifah umat Islam pada tahun 1512. Ini berlaku selepas ia berkembang cukup pesat dan wilayah taklukannya cukup luas untuk memasukkan Mekah dan Madinah di bawahnya lalu mendapatkan pengiktirafan sebagai Khadamul Haramain (penjaga Tanah Haram merujuk pada wilayah tersebut) oleh para Syarif Mekah (raja) yang memerintah Hijjaz, wilayah yang mengandungi kedua-dua Tanah Haram itu. Ini pula boleh berlaku setelah Uthmaniyah mengalahkan kerajaan Islam sebelumnya yang memegang gelaran Khadamul Haramain. Ini adalah kerajaan Mamluk di Mesir, kerajaan Islam terkuat di dunia buat beberapa lama setelah Kekhalifahan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol tahun 1258 M.

Kerajaan Mamluk di Mesir turut menjadi tempat perlindungan keturunan khalifah Abbasiyah selepas kejatuhan Baghdad. Dikatakan sejumlah barangan kebesaran kekhalifahan yang merupakan barangan warisan daripada Nabi Muhammad SAW dibawa sekali ke Mesir iaitu ke Kaherah. Barangan ini menandakan kekuasaan kekhalifahan lalu ia masih di bawah pegangan Bani Abbasiyah tetapi di bawah perlindungan Mamluk. Apabila Uthmaniyah mengalahkan Mamluk 1512 lalu membawa barangan ini ke Turki baru ia secara rasminya memegang tampuk kepimpinan umat Islam sedunia.

2. Ada pihak cuba menyebut raja-raja Uthmaniyah sebelum itu sebagai khalifah malah pengasas Dinasti Uthmaniyah iaitu Othman Ghazi yang dikatakan memerintah 1281-1326 pun disenaraikan sebagai khalifah. Ini adalah salah. Othman Ghazi bermula sebagai salah seorang raja kecil daerah-daerah yang terpecah setelah kemeresotan pemerintahan Bani Seljuq di wilayah Anatolia (bersamaan wilayah Turki sekarang). Wilayah yang diperintahnya sehingga tamat riwayat 1326 adalah lebih kurang sebesar negeri Johor sekarang. Tidak mungkin baginda menjadi khalifah yang selalunya merujuk kepada pemimpin seluruh umat Islam, kalau khalifah untuk negerinya sahaja bolehlah.



Di atas adalah gambar peta perkembangan wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah yang dihadiahkan kepada saya oleh seorang kawan sekitar 10 tahun lalu. Peta dibeli di Turki dan gambar ada kongsikan dalam artikel Kekhalifahan raja-raja Melayu dan dinar emas Melaka yang hilang yang dibuat 7 bulan lalu. Melalui peta ini juga bacaan sokongan yang boleh ditemui melalui Google saya melihat Uthmaniyah boleh dikatakan mula menjadi bahan bualan umat Islam di tempat-tempat lain pada zaman pemerintahan cucu Othman iaitu Sultan Murad sekitar 1360-1389. Ini kerana ketika itu baginda sudah berjaya meluaskan kekuasaan Uthmaniyah sehingga dapat melingkungi kota Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium atau Rom Timur.

Hal ini wajar menjadi perhatian umat Islam kerana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyatakan Konstatinople akan ditakluk oleh sebaik-baik tentera dan raja Islam. Maka sudah ramai pemimpin Islam cuba menakluki tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad atau Mehmed II, raja yang juga dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih baru ia terlaksana tahun 1453. Ketika itu pun Uthmaniyah belum dianggap sebagai khalifah umat Islam walaupun ramai telah meletakkan harapan terhadapnya lantaran kemenangan yang menyebabkan kota Konstatinole diberi nama baru Istanbul. Jadi untuk mengatakan Wali Songo dikirim oleh khalifah di Turki sejak setengah abad sebelum itu memanglah salah.

Apapun Sultan Murad yang memerintah 1360-1389 adalah sultan yang zamannya paling selari dengan tempoh kehidupan Ibnu Bathuthah 1304-1368 atau 1369.  Apabila baginda dapat meluaskan wilayah Uthmaniah sehingga melingkungi Konstantinople tentu ramai umat Islam mendapat berita tentangnya terutama apabila jemaah haji bertemu di Mekah. Mengikut anggaran saya berdasarkan apa yang tertera pada peta, wilayah yang dapat dikuasai baginda ketika itu tidaklah sebesar mana lagi, sekadar sekitar 115,000 km persegi, besar negeri Sarawak pun tak sampai.  Tetapi disebabkan ia adalah kali pertama sebuah kerajaan Islam dapat melingkungi Konstantinople lalu ada bunga-bunga dapat memenuhi ramalan dalam hadis Nabi ia patut mendapat perhatian ramai.


Pun begitu, setakat saya tahu pencapaian ini tidak tercatat dalam kitab Rihla  yang merupakan catatan pengembaraan Ibnu Bathuthah (juga dieja Battuta) ke merata dunia Islam zaman itu. Saya belum pernah berkesempatan untuk membaca sepenuhnya kitab Rihla tetapi melalui ringkasan perjalanan yang ditemui di Internet saya dapat menelusuri fakta-fakta berikut :-


1. Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi Afrika Utara tahun 1304. Ketika berumur 21 tahun beliau membuat perjalanan merentasi benua untuk mengerjakan haji di Mekah lalu duduk beberapa lama di sana. Selepas itu beliau mengembara selama hampir 3 dekad..

2. Pada samada 1330 atau 1332 Ibnu Batutta sampai di Anatolia, dikatakan sedang berada di bawah kerajaan Seljuk. Nampaknya beliau terlepas pandang kerajaan Uthmaniyah yang ketika itu terletak di dalam wilayah Anatolia juga. Mungkin kerana wilayah kerajaan itu masih dalam proses untuk membesar daripada saiz seperti negeri Johor menjadi saiz separuh Semenanjung Malaysia (berdasarkan saiz wilayah yang dapat dikuasai pemerintah kedua Uthmaniyah, Sultan Orhan Ghazi 1324-1360.

3. Pada samada akhir 1332 atau 1334, Ibnu Battuta tiba di Konstantinople lalu bertemu Maharaja empayar Byzantine, Andronikos III Palaiologos. Dia sempat melawat gereja Hagia Sophia malah duduk sebulan di situ. Sekali lagi, tiada cerita mengenai kerajaan Uthmaniyah. Sebabnya harus sama seperti dinyatakan pada perkara 2.

4. Pada tahun 1354 beliau kembali ke rumah lalu menulis catatan yang membentuk kitab Rihla berdasarkan ingatan dan catatan terdahulu terhadap perjalanannya selama 29 tahun. Selepas itu tidak banyak diketahui tentang beliau kecuali pernah dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.

Berdasarkan fakta-fakta ini nampaknya beliau tidak sempat melihat kerajaan Uthmaniyah meluaskan kuasa sehingga melingkungi Konstantinople lalu boleh diambil perhatian tinggi oleh seluruh umat Islam. Sedangkan dalam kitab Rihla tercatat bagaimana beliau boleh menjadi duta kepada Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq dan antara kerajaan yang sempat beliau lawati atas kapasiti sebagai duta itu adalah kerajaan Samudera-Pasai, dalam Aceh sekarang. Ini dikatakan berlaku tahun 1345. Ibnu Batuttah malah mencatatkan Sultan Zainal Abdin yang memerintah Samudera-Pasai ketika itu sebagai satu antara 5 (kalau tak salah ingatan) raja Islam yang paling beliau kagumi kerana memiliki kebolehan tertentu, dalam kes Sultan Zainal Abidin, baginda dinyatakan sangat alim dan merendah diri. Cuma beliau mencatatkan yang dikunjungi itu negeri Jawa sedangkan keadaan yang diceritakan termasuk nama raja diakui pengkaji sebagai merujuk kepada Samudera-Pasai.

Biar diberitahu, pada zaman dahulu Jawa bukan sekadar merujuk pada Pulau Jawa sekarang. Sebaliknya ia boleh merujuk kepada seluruh Alam Melayu/Nusantara/Asia Tenggara kerana Jawa itu merujuk pada bangsa Jawi iaitu bangsa induk Melayu yang melata dan merata di seluruh wilayah ini. Tentang Jawa yang kita ketahui seperti hari ini, pada zaman Ibnu Battuta hidup ia harus merujuk pada kerajaan Majapahit (wujud sekitar 1293-1527). Seingat saya pernah terbaca dalam Rihla bahawa Ibnu Batutta ada menyebut pernah singgah di kerajaan Mul Jawa yang bukan Islam. Samada ini merujuk pada kerajaan Majapahit atau beliau tidak singgah ke Pulau Jawa kerana kurang menarik perhatian.

Mungkin Majapahit juga ketika itu belum cukup terserlah. Pada tahun 1345 ia baru menguasai wilayah-wilayah di sekitar Pulau Jawa dan timurnya seperti di Bali, 2 tahun kemudian baru dapat menancapkan kuasa ke selatan Pulau Sumatera. Samudera Pasai pula baru diserang Majapahit sekitar 1361. Jadi logiklah jika pada ketika Ibnu Batuttah sampai ke Alam Melayu 1345, Majapahit tidak cukup terserlah buat beliau. Yang pasti Samudera-Pasai memang pusat penyebaran Islam di Timur zaman itu malah buat lebih 2 abad. Hal ini menimbulkan semacam persaingan dengan kerajaan Majapahit yang disebut pengkaji sebagai Hindu, satu persaingan yang agak terbawa-bawa sampai sekarang apabila Aceh yang sejak tahun 1524 menyerap Samudera Pasai dimasukkan ke dalam Republik Indonesia 1945 yang berada di bawah kekuasaan orang Jawa di Pulau Jawa.

Berbalik pada dakwaan dalam penulisan  "Wali Songo Utusan Khalifah" yang mana dikatakan wujud kitab bernama Kanzul ‘Hum tulisan Ibn Batuttah kini tersimpan di Muzium Istana Turki di Istanbul... bahawa kitab menyebut Wali Songo dikirim oleh Sultan Muhammad I selepas sultan mengirim surat kepada pembesar Afrika Utara dan Timur Tengah pada 1404 M (808 H) meminta dikirim sejumlah ulama yang memiliki kemampuan dalam berbagai bidang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa. Saya sudah tunjukkan bahawa ini adalah mustahil kerana Ibnu Batutta cuma hidup sehingga paling lewat pun 1369 sedangkan Sultan Muhammad pula menaiki takhta Uthmaniyyah 1413. Saya sudah tunjukkan kerajaan Uthmaniyah belum cukup signifikan atau terserlah untuk dimasukkan dalam cerita Rihla apalagi hendak diangkat sebagai pusat kekhalifahan seluruh umat Islam, satu perkara yang sebenarnya cuma berlaku hampir 150 tahun selepas Ibnu Batutta wafat. Jadi kenapa boleh wujud penulisan yang membuat dakwaan Wali Songo dihantar oleh khalifah di Turki? 

Sebagai jawabannya saya mengulangi apa yang sudah terbetik dalam hati ketika pertama kali disuakan tulisan ini 3 tahun lalu. Bahawa ini adalah usaha untuk menafikan peranan Aceh (baca : Samudera-Pasai) dalam pengIslaman Pulau Jawa akibat ego orang Jawa dan persaingan yang sudah wujud sejak zaman Majapahit lagi. Hari ini, selepas melihat tulisan tersebut diangkat kembali di Facebook apabila membuka laptop pagi tadi baru tergerak untuk menyatakan secara rasmi penafian saya disertakan hujah berdasarkan pengetahuan sejarah yang semua orang boleh semak sendiri, insyaallah. Namun pada saya ada betul juga Wali Songo adalah utusan khalifah untuk mengIslamkan Pulau Jawa. Soalnya khalifah yang mana? Untuk itu sila rujuk kembali artikel Kekhalifahan raja-raja Melayu dan dinar emas Melaka yang hilang. Sekian untuk hari Jumaat pertama bulan Ramadhan yang mulia ini... :]