Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 24, 2024

Sains semulajadi daripada pandangan dunia Al-Quran : Adakah perlu?

Merujuk pada artikel   Dari Bukit Guling Ayam ke UIA ke ISTAC ke Bukit Lanjan West bersama anak yang dipersembahkan Khamis 19 September. Selepas melakukan aktiviti-aktiviti yang diceritakan iaitu pada Rabu 18 September lalu kembali di rumah saya dilanda demam, batuk-batuk dan sakit urat teruk. Ahad baru agak kurang sedikit lalu pergi ke Hulu Langat bersama keluarga untuk satu urusan kemudian demam datang balik. Pagi tadi ada kurang lalu digagahkan untuk menghadiri satu acara ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).


Tajuk majlis kali ini boleh diterjemahkan sebagai "Sains Semulajadi Daripada Pandangan Dunia Al-Quran : Adakah Perlu?".



Tapi sebelum itu, dan seperti halnya sejak 2-3 bulan kebelakangan sebelum ke ISTAC, pekena hidangan kegemaran nasi beringin dekat pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar.




Selepas itu masuk sebentar ke pusat bandar raya Kuala Lumpur.




Saya mahu mengenal pasti kedudukan sebuah bungalow tinggal yang baru diketahui wujud sangat dekat dengan Menara Berkembar KLCC. Alhamdulillah, dapat jumpa.




Sampai ke ISTAC masih ada cukup waktu untuk melakukan sedikit urusan melibatkan pengajian PhD yang secara rasminya akan bermula 7 Oktober.




Kemudian baru ke majlis.




Kelihatan pembentang iaitu Dr Nur Jannah Hassan dari kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak, badan yang menaungi ISTAC. Beliau adalah lepasan PhD ISTAC lebih 10 tahun lalu, di bawah penyeliaan cendekiawan tersohor almarhum Profesor Emeritus Tan Sri Dr Kamal Hassan.




Dinyatakanlah, pembentangan adalah tentang menyelongkar realiti semasa usaha untuk mempersepadukan atau mengintegrasikan ilmu sains moden menurut sudut pandang dunia Al-Quran. Ini adalah lanjutan daripada usaha almarhum Kamal Hassan sebagai seorang yang diketahui kuat melalukan usaha Islamasi Ilmu Pengetahuan Manusia (Islamisation of Human Knowledge - IOHK).




Tentang usaha berkenaan yang mana Nur Jannah ada terlibat sama lalu mahu memanjangkan usaha boleh baca artikel-artikel lama saya seperti berikut :-





Untuk pembentangan ini Nur Jannah menyebut kajian beliau tahun 2010-2013 di beberapa buah sekolah menengah Islam di beberapa negara menunjukkan tidak wujud integrasi sebenar pengajian sains moden dengan pengajian agama. Maksudnya walau pun kedua-dua perkara diajarkan ia bukan dalam kerangka yang betul-betul bersepadu.




Di sini tidaklah ingin diulas semua yang dibentangkan menurut slaid.








Cukuplah disimpulkan melalui kata-kata saya sendiri bahawa sains sering dilihat seolah-olah mutlak dan tiada salah silapnya, sehingga apa-apa yang diperkatakan dalam Al Quran sering ditafsirkan untuk bersetuju sahaja dengan sains, bukan sebaliknya.




Walhal sains sebenarnya bukanlah mutlak objektif seperti sering diwar-warkan penyokongnya.








Ia juga dipengaruhi oleh sudut-sudut pandang tertentu yang tidak dapat lari daripada kekhilafan manusia.












Perkembangan sains sejak 2 abad kebelakangan cenderung untuk membawa manusia kepada menolak kewujudan Tuhan. Padahal itupun satu bentuk bias atau pemikiran berat sebelah, tidak adil, tidak objektif sebenarnya...












Tentang bagaimana sains pun sebenarnya tidak objektif itu malah disentuh oleh para pemikir Barat sendiri.
















Realitinya, disebabkan terlalu mengangkat sainslah peradaban manusia jadi kucar kacir hari ini. Nampak sahaja maju, tetapi terlalu banyak kecacatannya...












Seharusnya kita kembali kepada sudut pandang dunia Al Quran untuk menilai semua perkara...











Akal walaupun bergunakan harus sentiasa berpandukan petunjuk daripada wahyu. Boleh rujuk artikel-artikel lama berikut tentang hal ini...







Sebetulnya pembentangan Nur Jannah ini juga merupakan maklum balas terhadap satu majlis ilmu di ISTAC beberapa minggu lalu. Walaupun tidak dinyatakan yang mana saya tahu apakah majlis yang dimaksudkan kerana pernah memberitahu tentangnya.  




Dalam majlis tersebut pembentangnya ada mempersoalkan Al Quran sebagai tidak layak dijadikan sumber ilmu sains. Lihat Antara nasi beringin dan dakwaan sains palsu berdasarkan Al-Quran.




Dua hari selepas menghadiri majlis tersebut saya menghadiri majlis ilmu anjuran Nur Jannah di kampus utama UIA.




Kebetulan kedua-dua majlis ada relevannya. Cuma satu mahu menolak Al Quran satu mengangkatnya dalam memperihalkan sains. Saya pun memberitahu Nur Jannah tentangnya. Dan kebetulan majlis beliau itu sangat relevan dengan beberapa slaid terakhir pembentangan petang tadi. Lihat Makna sebenar ulamak dan Ulul Albab.








Untuk mengikut sendiri majlis boleh tonton rakaman di sini.




Petang itu layan lagi panjat bukit walaupun belum betul-betul sihat. 



Apa nak buat? Dah perangai saya begini. Dah masuk Maghrib baru keluar hutan. Lihat artikel-artikel berikut  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-


1. Going up Sri Bintang Hill