Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 10, 2020

Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang

Dalam artikel Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam yang dipersembahkan Isnin malam Selasa iaitu sudah masuk tarikh Islam 20 Muharram 1442 Hijriah ada diberitahu bahawa ketika itu saya sedang berusaha untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Muharram. Lalu ada dinyatakan bahawa artikel tersebut mula ditulis sekitar jam 7.16 petang selepas berjaya menyelesaikan Juz 28, ketika tarikh masih 19 Muharram. Turut diberitahu bahawa saya mahu mengkhatamkan sebelum habis tarikh 20 Muharram iaitu sebelum masuk waktu Maghrib seterusnya. Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan ini dapat dilakukan sekitar jam 3 petang Selasa.

Sekadar mahu berkongsi aspirasi dan kegembiraan - tahun 2020 ini adalah tahun paling komited bagi saya setakat ini dalam mengulang pembacaan Al-Quran. Pada tahun di mana usia saya menjejak umur 50 tahun (menurut kiraan Barat kerana tarikh lahir saya adalah 26 November 1970, menurut kalendar Islam saya sudah menjejak umur 52 tahun kerana lahir pada 27 Ramadhan 1390 Hijirah) saya sudah berjaya mengkhatamkan kitab tersebut sebanyak 3 kali setakat ini. Ini adalah antara hikmah di sebalik terlaksananya PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penyebaran wabak virus Covid-19 bermula 18 Mac lalu. Usaha pertama dimulakan 1 Ramadhan lalu Quran dapat dikhatamkan dalam tempoh 15 hari sedangkan sasaran asal adalah selesai sebelum masuk tarikh 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidil Fitri.

Masuk bulan Zulkaedah pula saya memulakan satu lagi usaha mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa meletakkan apa-apa sasaran tempoh waktu. Fikir saya ikut sahaja mana yang dan ataupun sempat, makan sebulan dua pun tak apa. Tetapi semakin mendekati bulan Zulhijjah terasa harus menyelesaikannya sebelum masuk tarikh 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji. Alhamdulillah pembacaan dapat diselesaikan pada petang Khamis 9 Zulhijjah itu. Memandangkan ketika itu Zulkaedah ada 29 hari maka kiranya proses pengkhataman telah dilakukan dalam tempoh 38 hari.

Masuk tahun baru Islam 1442 Hijriah iaitu pada 1 Muharram yang jatuh pada hari Khamis 20 Ogos tergerak sekali lagi untuk berusaha mengkhatamkan Al-Quran. Ini juga tidak diletakkan sasaran. Fikir asalnya boleh sahaja berlanjutan sehingga penghujung bulan Safar. Tetapi apabila mendapati kadar pembacaan agak memberangsangkan saya menyasarkan agar ia selesai dalam tempoh 20 hari. Alhamdulillah ini sudah pun terlaksana. Sekarang biar disambung cerita daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam.

Pagi Ahad 30 Ogos 2020. Saya dan isteri keluar meninggalkan anak-anak di hotel.


Kami mahu mencari sarapan pagi sedangkan anak-anak  malas hendak keluar. Lalulah di Taman Tasik Taiping yang sangat terkenal itu.


Sebetulnya kami mahu mengisi minyak kereta terlebih dahulu kerana sudah tinggal sedikit ketika itu. Tetapi Google Map memberikan arah yang salah. Menurutnya terdapat satu stesyen terdekat dari hotel tetapi bila kami sampai yang kelihatan cuma sebuah rumah dalam satu kawasan kampung di pinggir bandar. Kampung sudah dekat dengan taman tasik. Itu yang kami lalu sana sebelum mencari stesyen minyak di dalam bandar...


Didapati sepanjang perjalanan itu tiada kedai makan sedang dibuka. Timbul fikiran harus di stesyen kereta api ada kedai sedia menerima pelanggan. Alhamdulillah, memang ada di stesyen lama bersebelahan stesyen baru. Sebetulnya memang stesyen lama itu kini sudah jadi tempat makan sahaja...


Tu dia pagi-pagi dah pekena dok nasi kandaq. Belum sampai Pulau Pinang lagi. Malah di pulau pun nanti rupa-rupanya kami tak pekena langsung nasi kandaq tapi itu cerita lain. Untuk anak-anak kami belikan  roti canai dan air bungkus.


Perjalanan kembali ke hotel membawa kami lalu ke masjid lama Taiping yang sudah berusia lebih 120 tahun. Di sebelahnya terdapat tanah perkuburan menempatkan jasad ramai tokoh penting. Lihat artikel Muslim graveyard besides the old Taiping mosque di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH.


Sesungguhnya Taiping memiliki kedudukan yang sangat signifikan dalam sejarah negeri Perak malah sejarah negara Malaysia. Saya melihat ia sebagai bandar pertama dibina pihak penjajah iaitu Inggeris/British mengikut acuan tertentu yang jelas bertujuan mahu mengangkat orang bukan Melayu dan bukan Islam terutama bangsa Cina sambil meminggirkan orang Melayu. Model sama kemudian diaplikasikan ke bahagian-bahagian lain Tanah Melayu bagi menerbitkan keadaan sosio-ekonomi yang merugikan Melayu dan Islam. Jadilah hal sekarang yang mana walaupun negara masih ditadbir oleh orang Melayu tetapi yang selalu dapat menentukan hala tuju adalah orang Cina dan wang mereka.

Sesuai sangatlah kami berada di Taiping pada waktu itu sehari sebelum tiba tarikh 31 Ogos 2020 iaitu hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Elok direnungkan dalam keadaan kes pencerobohan tanah oleh pengusaha durian Musang King di Pahang juga pengusaha kilang haram mencemarkan bekalan air bersih Selangor dan Lembah Klang masih tak selesai malah kelihatan seperti pesalah yang akan menang. Begitu juga kes-kes lain seperti usaha awam agar pihak berkuasa yang ramai berbangsa Melayu membenteras pusat-pusat judi milik towkay-towkay Cina di Sungai Buloh. Tetapi sebaliknya para peniaga kecil Melayu pula yang menerima bahana dirobohkan premis-premis perniagaan mereka serta merta tanpa diberi ruang dan masa untuk mencari penyelesaian ceria.

Sila cari cerita-cerita dan berita berkenaan di Internet. Sesungguhnya hal-hal sebegini yang mana orang Melayu seperti dianak-tirikan, bangsa lain pula ditatang seperti minyak penuh walau jelas berbuat salah ada sejarah akar umbinya yang antara lain bermula di Taiping lebih 120 tahun lalu. Sila baca artikel-artikel lama saya tentang hal tersebut :-











Tentang bangsa Cina kononnya sangat penting dalam menaikkan ekonomi Malaysia ia sebenarnya bermula dengan pembohongan kewangan yang sangat besar tetapi digelapkan cerita. Ia adalah pembohongan yang ada kena mengena dengan rancangan besar puak Yahudi Illumati untuk menakluki dunia dan membodohkan penduduk selain mereka. Untuk memahami bagaimana sila baca dan hadam betul-betul artikel ini -





Sesungguhnya kita sudah lama ditipu oleh pelbagai pihak demi menjatuhkan Melayu dan Islam. Tapi nak buat bagaimana? Yang menolong menjatuhkan itu pun orang sama bangsa dan agama dengan kita. Disebabkan gilakan wang, harta, takhta juga kaki perempuan mereka mudah dirasuah sehingga sanggup mengkhianati agama, bangsa dan tanah air sendiri namun cukup pandai berlakon wayang mengaku sebagai pejuang sejati...


Jam 10 pagi sampailah kami kembali ke hotel. Sekarang biar dirujuk cerita berkenaan tentang terutama hal kereta tak boleh start pada malam sebelumnya seperti diceritakan dalam artikel Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam

Adapun hotel ini sebenarnya terletak cuma 300 meter sahaja dari kedai makam Kuey Teow Doli. Sedangkan hotel yang kami salah pergi itu, Kimal Hotel juga namanya tetapi rupa-rupanya terdapat 3 buah dengan nama sama di Taiping, terletak lebih 1 kilometer perjalanan dari kedai makan. Kalau berjalan kaki jarakaya 1.1 km, kalau naik kereta jadi lebih jauh iaitu 1.7 kerana harus mengikut aliran beberapa jalan sehala. Yang kami silap pergi itu adalah Kimal Hotel di Jalan Taman Sari - itu sahaja yang ada ditunjukkan oleh perisian Google Map dalam telefon kalau di Taiping. Di Kamunting dalam 8-10 km ke utara pun ada cawangannya. Yang kami tempah rupanya disebut sebagai Kimal Hotel Jalan Tupai. Itu pun bukan tepat di Jalan Tupai sebenarnya tetapi di Jalan Taiping 1 yang terletak dekat Jalan Tupai - Untuk memastikan kedudukan saya harus mencari alamat sebenar kemudian melihat kedudukan dalam Google Map secara manual.



Kalau tahu duduk letak sebenar tentu kami akan menuju terus ke situ. Tak perlulah berhadapan dengan masalah kereta tak boleh hidup seperti berlaku pada malam itu. Kalau berlaku kereta rosak pun sekurang-kurangnya dah boleh masuk berehat. Hal kereta boleh cuba diselesaikan pada siang hari selepas puas berehat satu malam.

Gambar ini diambil selepas kami anak beranak sudah mendaftar keluar atau check-out daripada hotel jam 12 tengah hari. Sambil menunjukkan gambar-gambar seterusnya menunjukkan kami keluar ke arah Kamunting biar dipanjangkan lagi cerita kereta rosak seperti dijanjikan dalam artikel Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam.



Sudah disebut bagaimana kereta tidak dapat dihidupkan tidak lama setelah menyedari kami tersalah hotel. Setelah mencuba beberapa kali tetapi tetap tak boleh hidup, kereta cuma berbunyi "ketek ketek ketek" sahaja, saya pun cuba menolak kereta. Setelah menyemak kedudukan sebenar hotel 1.1 km ke arah tenggara saya sanggup berusaha untuk menolak hingga ke sana. Anak bujang laki-laki yang sudah berumur 18 tahun boleh menolak sama Isteri boleh mengendalikan stereng sambil anak-anak lain berehat dalam kereta.

Tengok-tengok stereng tidak boleh digunakan. Dapat pusing sedikit sebelum jadi ketat, roda langsung tidak berpusing. Ini disebabkan kereta menggunakan gear automatik. Bila enjin hidup baru boleh pusing roda dan stereng. Kalau begitu bagaimana hendak ditolak jauh? Saya setakat boleh menolak lurus ke hadapan atau ke belakang. Itupun supaya boleh dibuat pertolongan untuk menghidupkan bateri menggunakan kabel berkenaan.


Satu pilihan yang tinggal dalam fikiran adalah mencari orang ada kabel kemudian minta sesiapa yang ada kereta menolong agar bateri kereta saya dapat dihidupkan dengan cara menyambung kabel ke bateri kereta lain. Tapi nak cari kedua-duanya ini pun satu hal. Jalan sedang sunyi sepi. Depan hotel itu tiada kereta lain lalu. Saya pun bertanya kepada penjaga hotel jika tahu bagaimana untuk menghubungi mekanik. Dia tak tahu. Begitu juga jawaban yang diterima apabila ditanya kepada peniaga di 3 buah kedai di jalan berdekatan, lain-lain kedai sedang ditutup belaka. Maklumlah sudah dekat jam 9 malam. Esoknya pula 31 Ogos, cuti Hari Kemerdekaan.

Kemudian terlihat sebuah kereta Kia Carens betul-betul sama model dengan saya sedang berhenti di sebuah kedai terbuka. Saya pun mendekati lalu mendapati pemandunya lelaki Melayu hampir sebaya saya dengan seorang perempuan, nampaknya isteri di sisi. Saya mengetuk pintu lalu meminta beliau membuka tingkap untuk memberitahu tentang kereta. Beliau pun bertanya jika ada kabel? Jawab saya tiada. Kata beliau kalau tidak kabel bagaimana hendak menolong menghidupkan kereta? 

Ketika itu terpandang pula ada kedai hardware Cina di seberang jalan. Terus saya ke sana bertanya tentang kabel. Apek kedai pun ke belakang lalu membawa kabel. Tetapi kata beliau harganya RM100. Apabila ditanya kenapa begitu mahal. Jawab beliau sebab  itu untuk kenderaan besar punya. Walhal pada plastik kabel ada tertera gambar kereta dan setahu saya kabel sebegini harganya cuma RM20-30 sahaja.


Begitulah sialnya Cina bangsa pendatang ni. Dia tahu kita dalam kesusahan memerlukan kabel ditekannya dengan harga gila babi itu. Walau dirayu beberapa kali dan diberitahu masalah kereta tetap dia bertegas harga RM100. Nak pinjam memang tak bagi. Nak tak nak saya kena mencari usaha lain...

Ketika berpusing untuk meninggalkan kedai tersebut terlihat laki-laki Melayu pemilik Kia Carens sedang berdiri di tengah jalan sambil memberikan isyarat OK. Kata beliau jangan risau tentang kabel. Rumah beliau dekat. Beliau telah menelefon anak suruh ambil kabel di rumah lalu membawa ke lokasi kereta saya di hadapan Kimal Hotel. 

Oh. Gambar ini menunjukkan Penjara Taiping dalam perjalanan ke Kamunting. Laki-laki bernama Azhar itu bekerja di penjara. Sekarang biarlah hal kereta rosak diselesaikan dengan senarai ini :-



1. Kereta saya ditolak lurus ke seberang jalan depan hotel supaya boleh dirapatkan dengan kereta Azhar lalu boleh disambungkan kabel bateri ke bateri.

2. Tetapi kereta tidak dapat dihidupkan juga. Dikhuatiri bateri kereta saudara Azhar itu sendiri lemah lalu tidak cukup kuasa untuk menghidupkan bateri saya.

3. Beliau pun menghubungi kawan mekanik Melayu yang katanya turut memiliki kereta Kia Carens model sama. Cuma kawan itu baru sahaja keluar makan bersama keluarga lalu kami harus menunggu.

4. Isteri dan anak-anak saya pergi ke hotel yang betul menaiki Grab. Saya menunggu. di kereta Azhar menghantar isteri kembali ke rumah  lalu datang kembali. Kami keluar minum sat sebelum mekanik memberitahu sudah ada kelapangan untuk datang melihat kereta.

5. Kalau tak salah selepas jam 10 baru mekanik ada untuk menyelesaikan perkara. Beliau menyambung kabel yang dibawanya sendiri dengan bateri yang dibawa khas untuk kerja-kerja sebegini (bukan dipakai dalam keretanya). Kereta saya masih tak boleh hidup lagi.

6. Saya meminta agar bateri kereta saya dicabut lalu dipasang bateri yang dibawanya itu. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan lalu dapat dibuat pemeriksaan susulan. 

7. Dengan itu dapat dipastikan bahawa memang bateri kereta saya yang bermasalah, dah tak boleh pakai lagi. Tiada masalah pada sistem menghidupkan kereta (starter) mahupun alternator iaitu alat yang menjana kuasa eletrik ketika kereta hidup lalu boleh menyalurkan kuasa kembali kepada bateri.

8. Saya pun meminta untuk membeli bateri beliau lalu bertanyakan harga. Kata beliau bagi le berapa-berapa. Saya beri RM50 kerana takda bajet nak bagi lebih-lebih. Beliau bersetuju.



Walaupun tiada jaminan bateri tersebut akan terus bertahan lama sekurang-kurangnya sudah selesai masalah buat masa itu. Ketika itulah dipanjangkan bersoreh termasuk keluar hal salasilah keluarga dan ini disambung di kedai makan seberang stesyen kereta api. Rasanya dekat jam 11.30 malam baru saya meminta diri untuk berehat bersama keluarga. Saudara Azhar meminta untuk menghubungi jika ada apa-apa hal lagi. Kabel milik beliau yang digunakan ketika mula-mula cuba menghidupkan kereta dihadiahkan kepada saya sebagai back up. Beliau mahu memastikan kami sekeluarga selamat meneruskan perjalanan siang nanti.



Sesungguhnya sungguh besar pertolongan beliau dan kawan mekaniknya terhadap kami sekeluarga. Malam-malam sebegitu bukan senang hendak mencari pertolongan mahupun mekanik. Siangnya Ahad pula hari cuti, rata-rata bengkel tutup. Begitu juga keesokannya Isnin kerana cuti Hari Merdeka 31 Ogos. Saya cuma mampu membalas dengan ucapan terima kasih juga menghadiahkan buku terbaru dan ke-13 saya iaitu "Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995". Kebetulan saya ada membawa 3 naskah. Lihat artikel-artikel berikut :-



Gambar atas ini diambil pada jam 12.44 petang. Selepas Kamunting kami masuk ke Lebuh Raya PLUS lalu menuju lebih jauh ke utara. Sebelum itu kami ada menelefon Azhar untuk memberitahu kami telah meninggalkan Taiping dan kereta dapat bergerak lancar. Seterusnya saya bercadang hendak masuk ke kawasan Gunung Semanggol dan Tasik Bukit Merah melalui jalan biasa. Tapi isteri kata dah malas nak singgah-singgah. Cukuplah dapat melihat kawasan gunung tersebut yang ada sejarah tersendiri dari lebuh raya dan kawasan rehat di sebelahnya...










Perjalanan diteruskan hingga masuk ke jambatan lama Pulau Pinang. Gambar diambil ketika hampir sampai ke bahagian tengah jambatan jam 1.30 petang.


Terus menuju ke pusat bandar raya Georgetown yang nama asal Melayunya adalah Tanjung Penaga...


Sampai sahaja ke pusat masuk ke Malay Street atau Lebuh Melayu untuk mencari penginapan yang telah ditempah ketika berada di Taiping...


Beginilah tempat penginapan kami yang asalnya sebuah rumah kedai biasa gaya orang Cina.





Namun hiasan dalamannya tidak terikat pada gaya Cina. Penjaga berbangsa Cina pun bercakap dalam Bahasa Melayu dengan kami walau jelas pelat Cinanya.


Bilik cukup selesa walau menggunakan katil 2 tingkat seperti bilik orang bujang sahaja.


Petang sedikit baru kami keluar dengan berjalan kaki untuk melihat persekitaran pusat bandar raya...









Isnin, September 07, 2020

Misi menghantar anak balik kolej - Antara kesegaran air terjun Lata Kinjang dengan dugaan hampir lewat malam

Salam lewat petang Isnin 19 Muharram 1442 Hijriah. Setelah beberapa lama baru timbul rasa untuk berkongsi kisah perjalanan terbaru saya dan keluarga yang bermula 9 hari lalu. Itupun banyak perkara terasa harus diselesaikan terlebih dahulu termasuk menamatkan pembacaan juz ke-28 Al Quran petang tadi. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengkhatamkan bacaan sejak masuk tahun baru Hijrah kurang 3 minggu lalu. Apabila artikel ini siap harus sudah masuk malam Selasa 20 Muharram kerana ketika ayat ini ditulis pun sudah jam 7.16 petang. Tak mengapa. Kita mulakan sahaja cerita.


Pagi Sabtu 29 Ogos 2020. Kira-kira jam 10.30 pagi kami sekeluarga meninggalkan rumah untuk memulakan perjalanan itu. Ooops. Dah dengar azan Maghrib pulak dah. Saya harus berhenti menulis seketika untuk berbuka puasa sunat hari Isnin...


OK. Dah berbuka dengan kurma 3 biji, sepatah coklat dan segelas kecil air jagung. Boleh sambung sedikit cerita. Dari rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang kami mengambil Lebuh Raya PLUS ke  utara. Kelihatan banyak kereta menunjukkan ramai orang mahu balik kampung atau berjalan sempena cuti hujung minggu yang akan berpanjangan sehingga hari Isnin 31 Ogos. Ini kerana pada tarikh tersebut kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-63.


Seperti orang lain kami anak beranak juga mahu mengambil kesempatan atas cuti panjang. Selain itu kami harus menghantar anak sulung perempuan kembali masuk ke kolej di utara pagi Selasa 1 September. Ini adalah kali pertama beliau kembali ke tempat belajarnya setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang wabak virus Covid-19 mula dilaksanakan pada 18 Mac iaitu hampir setengah tahun lalu. Alang-alang hendak menghantar biar berjalan-jalan singgah sana sini...

Kami keluar dari Lebuh RayaPLUS  di tol Hulu Bernam lalu masuk ke pekan Tanjung Malim. Perjalanan diteruskan menggunakan jalan lama untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh dilihat berpanjangan dari Slim River ke Ipoh melalui program Google Map dalam telefon pintar. Selain itu kami juga mahu menjimatkan tol. Dan jalan lama memberikan lebih banyak pilihan untuk berhenti di mana-mana selain boleh melihat cantik pemandangan kampung,, pekan-pekan dan sebagainya.





Tidak lama kemudian sampailah kami ke pekan Slim River.


Boleh kelihatan poster pelbagai parti politik merata. Rupa-rupanya hari itu ada pilihan raya kecil ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) bagi kawasan Slim River. OK. Saya harus berhenti menulis sebentar kerana isteri dan anak dah bising ajak makan malam bersama...





OK. Sambung balik menulis setelah makan malam kemudian menunaikan solat Maghrib diikuti sedikit wirid. Ketika menulis ayat ini sudah jam 7.58 malam. Gambar atas pula diambil pada jam 11.45 pagi. Ketika itu kami sedang menghampiri Sungkai lalu menghadapi kesesakan jalan raya.


Rupa-rupanya ada kerja menyebabkan jalan raya dua jalur disempitkan menjadi satu jalur malah menyimpang masuk ke bahagian lawan arah. Pun begitu saya kira ini lebih baik daripada menghadapi kesesakan lebuh raya yang boleh memakan masa tambahan lebih 40 minit berbanding keadaan biasa. Di lebuh raya bukan sahaja kena bayar tol. Kita tiada pilihan untuk berhenti atau mencuba masuk simpang ke mana-mana. Memang sakit hati kalau berlaku kesesakan sedangkan tujuan kmengambil lebuh raya sehingga sanggup bayar tol adalah supaya perjalanan lebih lancar dan laju. Kalau di jalan biasa sekurang-kurangnya boleh juga cari gerai untuk berhenti minum atau lepak di bawah pokok bila berlaku kesesakan.


Jam 12.20 kami berhenti sebentar di pekan Bidor kerana isteri ingin membeli buah-buahan untuk dibuat makan dalam kereta. Saya cuma boleh melihat sahaja. Ini kerana ketika itu saya sedang berpuasa sunat hari Asyura iaitu 10 Muharram.


Haaa. Baru teringat. Hari itu adalah 10 Muharram. Sebelum itu iatu pada hari Jumaat saya juga telah menunaikan puasa sunat iaitu bagi 9 Muharram iaitu Hari Tasu'a. Pada tarikh-tarikh sebegitu yang ada kelebihan dan makna dalam Islam saya akan berusaha untuk melaksanakan puasa sunat selain pada hari Isnin dan Khamis juga tengah bulan Islam (puasa putih 13, 14, 15 hari bulan). Pun begitu setahun kebelakangan saya tidak akan menunaikan puasa sunat Isnin atau Khamis jika sedang berjalan jauh bersama keluarga. Sebabnya supaya kami dapat makan bersama siang hari di mana-mana, bukan sebab penat akibat mengembara. 

Tetapi tarikh seperti 10 Muharram tidak ada galang gantinya kerana ia adalah tarikh yang sangat istimewa lalu saya harus tetap menunaikan puasa. Gambar atas ini pula diambil di pekan Tapah. Isteri mahu singgah ke kedai DIY kerana mahu membeli kipas mudah alih lantaran penghawa dingin kereta dirasakan tidak cukup kuat dan sejuk untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak yang duduk di kerusi belakang kereta.


Ya. Hari itu kami keluar 6 beranak menggunakan kereta panjang dengan 3 baris tempat duduk. Tak tahu ketika itu rupa-rupanya kereta sedang menghadapi masalah sistem hawa dingin... beberapa hari kemudian baru kelihatan nyata tapi itu cerita lain. Apapun bukan selalu kami dapat keluar jauh 6 beranak kerana dua orang anak besar tidak selalu duduk bersama di Sungai Buaya. Kami berjalan ini dengan niat untuk menuju ke utara bagi menghantar anak sulung kembali ke kolej tetapi sedia untuk singgah malah menginap di mana-mana dalam perjalanan itu.


Sudah dipesan awal-awal kepada anak-anak agar membawa sekali pakaian untuk bermandi-manda walaupun belum tentu singgah di mana-mana sungai, pantai atau sebagainya. Kali ini memang ada rasa untuk membawa anak-anak berseronok di air terjun. Dari Tapah kami mengambil jalan ke pekan kecil Chenderiang lalu ke Air Terjun Lata Kinjang. Hampir 3 jam juga kami di sana. Sempatlah membawa anak lelaki bujang memanjat naik ke bahagian tertinggi air terjun. Lihat artikel Approaching the top of Lata Kinjang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Tengok-tengok ada makhluk seronok bermandi manda di atas sana. Anak bujang saya sempat rakamkan video. Amaran. Penakut jangan tengok. Takut mengingau 40 hari 40 malam...



Apapun, kami meninggalkan Lata Kinjang sekitar jam 4.20 lalu mengambil jalan ke Kuala Dipang. Laluan ini agak sunyi, jarang dilalui kenderaan.


Jalan ini melalui tepian sebuah gunung yang baru 2 bulan lalu saya dapat tahu bernama Gunung Bujang Melaka. Ia dapat dilihat memanjang di tepian Lebuh Raya PLUS selatan sebelum Gua Tempurung. Saya sudah lama tertarik dengan gunung dan persekitarannya kerana kelihatan begitu cantik dari lebuh raya malah terasa ada aura misteri yang tersendiri. Tetapi baru 2 bulan lalu itu saya tergerak untuk mengkaji lalu mendapat tahu tingginya  adalah 1,233 meter atau 4,045 kaki daripada paras laut. Ini adalah tinggi sedikit daripada Gunung Jerai di Kedah (1,217 meter bersamaan 3,854 kaki) dan rendah sedikit daripada Gunung Ledang di Johor (1,276 meter bersamaan 4,186 kaki).


Saya juga mendapat tahu rupa-rupanya gunung tersebut agak popular dalam kalangan pendaki. Tetapi mereka selalu mendaki dari arah pekan Kampar di sisi timur gunung sedangkan saya selalu melihat sisi baratnya dari lebuh raya. Minat terhadap gunung dan persekitaran timbul akibat satu peristiwa yang berlaku pertengahan Disember tahun lalu. Lihat artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Akhirnya. Apa ada di persekitaran KM305.5 tempat kereta mati? yang telah dipersembahkan pada 7 Julai iaitu tepat 2 bulan lalu. Sebetulnya saya membawa keluarga lalu di jalan berdekatan gunung kerana mahu mengajak mereka mengimbau kembali apa yang telah berlaku pada waktu itu. Tak sangka pula laluan yang diambil membawa kami untuk masuk kembali ke Lebuh Raya PLUS melalui tol di mana kami 6 beranak pernah bermalam di suraunya akibat peristiwa tersebut. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel-artikel berikut yang telah dipersembahkan lebih 8 bulan lalu :-






Kami mengambil lebuh raya kerana isteri dan anak-anak sudah terasa penat mengambil jalan lama. Kami membuat keputusan, persinggahan seterusnya adalah di bandar Taiping. Isteri teringin hendak memakan hidangan kuey teow istimewa di sana.


Asalnya kami merancang untuk bergerak terus masuk ke Pulau Pinang lalu menginap di sana. Tetapi persinggahan hampir 3 jam ke Lata Kinjang menyebabkan kami bertukar rancangan. Kiranya kami main jalan sahaja asal menuju ke utara. Tengoklah nanti hendak menginap di mana bergantung pada keadaan. 

OK. Ketika menulis ini sudah jam 8.45 malam. Saya harus berhenti sat untuk solat Isyak.


OK. Sambung balik penulisan jam 9.43 malam. Adapun selepas solat Isyak kemudian sedikit wirid tadi saya telah menyambung kembali pembacaan Al Quran. Dapatlah menghabiskan setengah juz 29. Sasaran saya kalau boleh dapat khatam seluruh kitab sebelum tamat tarikh 20 Muharram iaitu sebelum masuk waktu Maghrib kurang 22 jam daripada sekarang.

Kami sampai ke Taiping dekat jam 6.30 petang. Timbul rasa penat untuk meneruskan perjalanan lalu kami mahu mencari tempat penginapan. Namun apabila dicari hotel menggunakan Internet termasuk melalui perisian Booking.Com didapati semua bilik telah ditempah, tiada lagi kekosongan. Kami pun cuba mencari secara 'manual' iaitu pusing bandar cari hotel demi hotel dan bertanya. Ada le satu hotel dengan lokasi menarik berhadapan masjid lama tetapi harga bilik iaitu RM160 terasa mahal.


Kami ini pengembara bajet. Kalau sekitar RM100 semalam boleh le ambil. Akhirnya kami buat keputusan untuk lupakan dahulu hal bilik. Kami pergi ke tempat makan kegemaran iaitu Kuey Teow Doli demi memenuhi hajat dan tujuan utama isteri ke Taiping. Fikir kami selepas itu boleh teruskan sahaja berjalan ke utara. Kalau selepas itu jumpa hotel yang cukup selesa dan sesuai dengan bajet di situlah kami tidur. Kalau tak jumpa juga cubalah cari mana-mana masjid ataupun surau buat tumpang menginap.

Sebetulnya begitulah kebiasaan kami ketika mengembara jauh. Ada masa kami tidur hotel elok, ada masa hotel murah, ada masa tumpang tidur di masjid dan surau. Selalunya kami tidak risau hendak berjalan ke mana-mana kalau setakat dalam Malaysia ini kerana ada sahaja masjid atau surau boleh dijadikan tempat menginap. Tetapi sejak PKP berkuatkuasa 18 Mac dah jadi susah kerana rata-rata masjid dan surau berkunci rapat selepas selesai solat Isyak berjemaah.

Ketika kami sampai ke restoran Kuey Teow Doli ramai orang sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan meja. Alhamdulillah tidak lama selepas mendapat meja masuk waktu Maghrib lalu saya boleh berbuka dengan minuman yang sampai awal. Juadah yang dipesan pula sampai tidak berapa lama kemudian lalu bolehlah kami makan. 

Lebih menarik lagi, ketika celah-celah makan itu saya mencuba lagi mencari bilik hotel melalui Booking.Com lalu mendapati ada satu bilik kosong di sebuah hotel pada harga RM108. Padahal sebelum itu hotel sama katanya tidak ada lagi kosong. Kami pun menempah lalu terus dapat. Bolehlah makan dengan tenang tanpa perlu memikirkan lagi di mana hendak bermalam...


Cuma tidak dijangka timbul satu dugaan hampir lewat malam. Selesai makan dekat jam 8.30 kami dengan bergembira pun bergerak ke hotel menggunakan panduan arah daripada perisian Google Map. Sampai sahaja ke hotel terus menyerbu kerana sudah tidak sabar hendak berehat. Tengok-tengok ia hotel yang salah. Rupa-rupanya terdapat 3 biji hotel atas nama dan syarikat sama iaitu Kimal Hotel. Yang kami tempah adalah dekat Jalan Tupai sedangkan yang ditunjukkan Google adalah yang dekat Jalan Taman Sari di bahagian lain bandar...

Kami pun kembali ke kereta untuk mencari hotel yang betul. Tengok-tengok kereta pula tak boleh start. Cuba beberapa kali pun tak jadi, yang keluar cuma bunyi ketek ketek gitu. Nampaknya ada masalah sama ada dengan bateri atau starter. Ah. Bagaimana hendak menyelesaikan ini? Kalau dah sampai hotel betul sekurang-kurangnya bolehlah berehat. Boleh cuba selesaikan masalah kereta siang nanti. Ini tidak, hotel pun tak sampai lagi.

Dipendekkan cerita... dipendekkan ya sebab ketika menulis ayat ini pun sudah jam 10.10 malam. Insyaallah cerita yang lebih terperinci akan dikongsi pada kesempatan lain nanti. Dipendekkan cerita saya terjumpa dengan seorang anak tempatan selepas dia membeli barang di sebuah kedai berdekatan. Kebetulan hamba Allah ini memakai model kereta yang sama dengan saya iaitu Kia Carens first edition (tahun 2001 atau 2002). 

Saya sebetulnya sekadar mahu bertanya jika beliau ada cable jumper lalu dapat menggunakan bateri kereta dia untuk menghidupkan kereta saya. Dipendekkan cerita rumahnya dekat lalu beliau memanggil anaknya untuk membawa kabel ke lokasi kereta saya. Walaupun kereta tetap tidak dapat dihidupkan beliau berusaha dengan memanggil seorang mekanik Melayu kenalannya. Setelah beberapa lama masalah dapat diselesaikan dengan menukar kepada bateri milik mekanik itu. Menariknya, rupa-rupanya mekanik juga ada memakai kereta Kia Caren model sama.



Di sini cukuplah ditambah bahawa didapati hamba Allah yang menolong itu adalah waris saya juga, saudara mara jauh daripada keturunan Maharajalela Pancung Tak Bertanya Daeng Selili. Gambar atas tadi adalah masjid lama yang dilalui selepas masalah kereta selesai lalu saya keluar minum bersama mereka sebelum ke hotel. Oh, isteri dan anak-anak telah terlebih dahulu ke hotel dengan menaiki kereta Grab sementara saya menunggu kereta. Insyaallah hal dugaan ini akan dipanjangkan dalam cerita sambungan yang akan menghuraikan satu hal penting tentang Taiping.


Nota : Penulisan artikel ini tamat pada jam 10.19 malam. Semakan dan pembetulan pula selesai jam 10.46. Sekadar hendak memberitahu. Gerak penulisan kali ini memerlukan saya berkongsi dengan jujur hal saya membuat puasa sunat juga usaha mengkhatamkan Quran. Tentang puasa sunat alhamdulillah saya sudah dapat istiqamah menjaga setiap Isnin dan Khamis (kecuali ketika mengembara jauh bersama keluarga), puasa putih 13, 14, 15 haribulan dan lain-lain puasa sunat yang digalakkan sejak 3-4 tahun lalu.

Tentang mengkhatamkan bacaan Al-Quran pula alhamdulillah bulan puasa atau Ramadhan lalu saya dapat melakukannya dalam tempoh 15 hari. Masuk bulan Zulkaedah dimulakan satu sesi lagi tapi lebih perlahan. Ia cuma selesai sebelum masuk tarikh 10 Zulhijjah iaitu Hari Aidil Adha atau Raya Haji iaitu dalam tempoh kurang sedikit daripada 40 hari. Masuk 1 Muharram pula saya memulakan sesi tanpa menetapkan bila akan selesai. Apabila dapat mencapai kadar yang agak bagus baru mensasarkan agar dapat dikhatamkan sebelum masuk waktu Maghrib selepas ini. Ini bersamaan tempoh 20 hari.

Kiranya ini adalah usaha ke-3 saya mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi tahun 2020 kalendar Barat dan pertama bagi tahun Islam 1442 Hijriah. Saya kongsikan untuk menyatakan perkara-perkara yang terlibat dalam penulisan iaitu pertama, saya menulis berdasarkan perjalanan atau pengembaraan sebenar, bukan cerita atas cerita, angan-angan mahupun karangan kreatif. Ada cabaran dan dugaan yang kadangkala sampai tahap boleh mengancam nyawa, satu perkara yang tidak wujud kalau menulis berdasarkan pembacaan sahaja. Bila menulis tentang pengalaman suatu perjalanan pula boleh muncul dugaan-dugaan lain dalam proses penulisan itu sendiri. Misalnya artikel ini  sebenarnya kalau boleh mahu dipersembahkan pada tarikh 19 Muharram iaitu sebelum masuk Maghrib tadi. Tetapi disebabkan kurang sihat, ada sakit gigi, ada rasa demam seram-seram sejuk sambil sedang menunaikan puasa terasa lemah pula hendak menulis sedangkan ada komitmen-komitmen lain juga perlu diselesaikan seperti hal keluarga. Ini termasuk masa yang harus diperuntukkan bagi membaca Al-Quran pada kadar yang dapat menepati sasaran. Sekian, selamat malam dan wassalam.