Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mei 11, 2026

Wanita Johor sebagai ejen perubahan dan kesedaran

Bersambung daripada Pembacaan ilmu jiwa dari Ihya Ulumiddin.


Selesai makan kembali semula ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk menunaikan solat Jumaat.





Selepas itu mengikuti satu lagi majlis ilmu.


Ia adalah tentang majalah "Bulan Melayu" yang pernah menjadi wadah wanita Johor membawa perubahan dan kesedaran dalam masyarakat Melayu dari tahun 1930-1941.



Menyampaikan adalah calon PhD ISTAC, saudari Nor Farhain.


Disebutlah tentang perkembangan majalah dan akhbar di Johor zaman itu.


Pada tahun 1930 muncul badan berkenaan sebagai pemangkin ilmu.



Mereka bertanggungjawab menerbitkan majalah "Bulan Melayu", makalah pertama di Tanah Melayu khas untuk kaum wanita.



Ini disokong beberapa pihak termasuk badan percetakan keluarga Al-Attas di Johor Bahru.




Kulit hadapan salah satu isu...



Diceritakanlah maklum balas daripada beberapa penerbitan lain tentang majalah pertama wanita itu.


Majalah mengandungi beberapa bahagian, kebanyakannya tentang menjadikan wanita lebih elok, berpelajaran dan berketrampilan supaya dan mendidik anak-anak dengan baik dan menerbitkan keluarga bahagia.



Dikongsikan sejumlah aktiviti melibatkan kaum wanita.


Disebut tentang sokongan dan naungan yang diterima daripada pihak istana. Ikuti sendiri majlis melalui video bawah...



Pembacaan ilmu jiwa dari Ihya Ulumiddin

Salam. Baru ada kelapangan untuk berkongsi lagi cerita majlis ilmu. Sebetulnya ada majlis ilmu mahu dihadiri di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak tadi pagi Isnin 11 Mei. Ia adalah tentang konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran dan negara-negara Teluk disampaikan oleh seorang ilmuwan bangsa Iran yang menetap dan mengajar di Amerika. Tapi terlupa langsung lantaran kepenatan pelbagai aktiviti 3 hari kebelakangan. Ketika hendak memulakan artikel ini baru tersedar, apabila terlihat poster dalam fail gambar bulanan.




Pagi Jumaat baru ini 8 Mei 2026 ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) lagi untuk majlis ilmu.



Ia adalah majlis ilmu pertama dalam jadual rancangan saya bagi bulan Mei.



Majlis merupakan pembacaan ilmu jiwa dari kitab Ihya Ulumiddin, oleh Profesor Dr Suleyman Derin. Ini adalah sesi kedua dalam siri "Teologi Islam - Falsafah dan Metafizik" oleh beliau. Saya tidak hadir sesi pertama, tentang pelajaran ilmu jiwa daripada kehidupan para nabi, pada 13 April.



Kelihatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut hadir sama. Semenjak sebulan dua kebelakangan ini selalu terserempak dengan baginda di ISTAC.




Suleyman memulakan dengan menyata makna syukur seperti boleh ditelaah dalam kitab Ihya Ulumuddin yang merupakan karya terbesar Imam Al-Ghazali.



Ini membawa pada makna sebenar anugerah lalu dibandingkan dengan makna sebenar penderitaan.






Pergi pula pada makna sebenar harapan, dalam bahasa orang Sufi disebut sebagai Raja'a.







Dibandingkan dengan khayalan dan angan-angan.



Dalam ilmu Sufi, konsep Raja'a berjalan seganding dengan konsep Khawf iaitu takut. Dalam berharap pada kebaikan harus ada rasa takut mendapat keburukan misalnya.




Dinyatakan tahap-tahap ketakutan.



Dinyatakan kepentingan takut dan harapan bergantung pada keadaan.




Masuk pula pada bab zuhud dan fakir.



Seterusnya tentang niat dan keikhalasan. Ikut sendiri majlis melalui rakaman video berikut...






Habis majlis bergegas ke medan selera sebelah pejabat lama saya, The New Straits Times di Bangsar untuk hidangan kegemaran, nasi beringin. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,818 di CATATAN SI MERAH SILU.