Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, October 08, 2021

Aku, ISTAC, pandemik Covid-19 dan Jumaat yang berkat

Salam petang Jumaat 8 September 2021 bersamaan 1 Rabiulawal 1443 Hijriah. Adapun sudah lebih 3 bulan saya tidak menulis di blogspot akibat hilang mood menulis. Saya juga hilang mood untuk mengikuti mana-mana majlis ilmu. Tetapi hari ini timbul mood baik untuk menulis juga mood untuk tenggelam dalam ilmu. Biar dikongsikan kenapa...



Tengah hari tadi sekitar jam 12.40 gitu saya sampai ke tempat belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.



Lalu pertama kali sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diperkenalkan 18 Mac 2020 bagi membendung masalah penularan virus Covid-19 iaitu pada lebih 18 bulan lalu saya masuk ke dalam kawasan dan bangunan kampus.



Selama ini pelajar luar kampus seperti saya tidak dapat masuk akibat PKP. Begitu lama tidak dapat menjejakkan kaki sehingga terasa putus hubungan, Sehingga terasa putus asa hampir hendak memberhentikan langsung usaha penulisan tesis saya di ISTAC yang asyik terganggu akibat hilang rentak dalam menekuni perkara.



Tiba-tiba semalam mendapat tahu ada peluang untuk masuk setelah begitu lama menunggu dan tertanya-tanya bilakah kampus akan dibuka...



Bayangkan perasaan dapat menjejak masuk kembali ke dalam bangunan ISTAC setelah lebih 18 bulan terhalang akibat PKP.



Masyaallah! Muncul rasa terharu sangat. Sehingga hampir hendak mengalirkan air mata.




Duduk sebentar di satu kawasan kerusi meja tempat saya selalu melepak untuk berehat juga menulis apa-apa.



Selepas itu baru menjalani asbab dapat menjejakkan kaki. Ke Masjid Zabedah, masjid dalam kampus bagi menunaikan solat Jumaat...



Ya. Saya dapat menjejak kaki atas asbab mahu bersolat Jumaat di masjid kampus, pada satu tarikh yang cantik kerana bersamaan 1 Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kalau tidak kerana itu belum jelas bilakah pelajar luar kampus dapat masuk tanpa temu janji atas urusan penting yang tidak boleh dilakukan secara atas talian. Tiba-tiba malam semalam baru perasan dalam kumpulan WhatsApp untuk pelajar ada pengumuman masjid ISTAC dibuka untuk solat Jumaat 8 September asalkan mendaftar dahulu atas talian.

Untuk mendaftar perlu menepati syarat. Antaranya sudah menerima 2 dos suntikan vaksin bagi Covid-19. Alhamdulillah saya dah cucuk. Dos pertama pada awal bulan lepas, dos kedua pula tepat 3 minggu lalu. Saya pun mendaftar kerana menyedari inilah peluang untuk menjejakkan kaki kembali ke kampus setelah sekian lama. Dan sekali lagi, ia adalah pada satu tarikh yang sangat cantik iaitu 1 Rabiualawal. Selepas menyelesaikan beberapa urusan di rumah saya pun bergerak 40 km ke kampus.



Selesai solat duduk beriktikaf di sudut kegemaran dalam masjid, sudut tempat biasa berehat juga beberapa kali bermalam.



Selepas membaca beberapa helai muka surat Al Quran saya melelapkan mata sekitar setengah jam. Kemudian baru berjalan di halaman kampus. Salah satu tempat kegemaran adalah air pancut di tengah halaman dalam.



Saya juga baru tahu hari ini Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas yang diakui sebagai salah satu perpustakaan pengajian tinggi terbaik dalam dunia Islam mula dibuka kembali kepada pelajar tanpa memerlukan kebenaran khas.



Saya pun masuk ke dalam kemudian mengambil satu tempat duduk. Timbul gerak untuk menulis di blogspot setelah lebih 3 bulan tidak melakukannya. Hmm. Ketika sampai pada ayat tadi kedengaran pula laungan azan. Elok ke masjid sebentar untuk menunaikan solat Asar. 

Jam 4:47 petang saya pun menyambung kembali penulisan di satu bahagian tepi luar bangunan menghadap air pancut. Biar diluahkan barang satu dua perkara yang selama ini amat mengganggu  fikiran. Mula-mula tentang hilangnya mood untuk menulis di blogspot malah menulis dalam apa-apa wadah termasuk Facebook dan WhatsApp lebih 3 bulan lalu.

Antara sebab utama hilang mood adalah disebabkan penulisan tesis di ISTAC masih tak siap-siap. Sepatutnya dah lama selesai. Malah pada bulan Syawal dah dapat dah segala isi yang perlu sampai kepada rumusan perkara. Tetapi bila hendak diatur menjadi ayat bertulis dalam tesis tak dapat pula keluar yang memuaskan. Lalu penulisan tesis berlangsung pada kadar yang sangat perlahan. 

Antara sebab ia berlaku begitu adalah kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke ISTAC. Kerana antara sebab utama saya menyambung belajar pasca siswazah di sana adalah kerana seni binanya seperti Istana Alhambra di Andalusia yang menerbitkan rasa keilmuan tinggi. Seperti disebut awal tadi saya tidak boleh ke ISTAC disebabkan PKP. Disebabkan PKP juga tidak dapat balik ke kampung bertemu ibu bapa di Muar. Kali terakhir menjenguk mereka adalah pada hujung bulan Disember tahun lalu, dah dekat 8 bulan tu. 

Disebabkan PKP kita tidak dapat mengembara jauh sesuka hati. Semua ini menganggu pemikiran juga rentak penulisan saya untuk apa-apa terutama tesis. Oh. Tadi ada disebut saya sudah mengambil 2 dos suntikan vaksin bagi Covid-19 kan? Sebenarnya saya termasuk dalam golongan yang tidak bersetuju untuk divaksin. Seperti ramai orang begitu saya percaya pandemik ini dicipta oleh golongan tertentu bagi tujuan tertentu. Vaksin juga dicipta oleh golongan tersebut atas tujuan tertentu.

Selama beberapa lama saya bertahan tidak mahu divaksin. Isteri sudah divaksin pada pertengahan tahun akibat keperluan kerja. Dua orang anak remaja, seorang berumur 21 tahun, seorang berumur 19 ikut divaksin sebulan dua selepas itu kerana keperluan sebagai pelajar kolej. Apapun, mereka tidak begitu anti vaksin seperti saya. Isteri asalnya was-was lalu seperti saya hendak mencari jalan untuk menolak. Tetapi setelah bertanya kepada seorang ulamak sufi yang datang bertandang ke rumah kami sebelum bulan puasa Ramadhan sekitar 4 bulan lalu beliau pun mengambilnya. Kata ulamak tersebut ambillah kalau ia memang keperluan kerja. Kemudian serahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sebagai orang yang bekerja sendiri saya boleh berusaha menolak sampai bila-bila. Walaupun ini boleh menyebabkan saya tidak boleh masuk ke kedai-kedai, tidak boleh ke bank, susah membuat urusan kerja malah masuk ke kampus universiti termasuk ISTAC pun tak boleh saya tidak kisah sangat itu. Lalu apa yang menyebabkan saya akhirnya mengalah? Sebabnya adalah sayang pada bapa... 

Sejak beberapa bulan lalu setiap kali menelefon bapa akan bertanya bila nak suntik vaksin. Saya bukan jenis orang yang menipu untuk menjaga hati sesiapa. Kalau tak mahu saya akan berterus terang atau sekurang-kurangnya tak kata apa-apa. Yang pasti saya tidak akan berkata akan mengambil tetapi kemudian tak ambil. Itu bukan sifat saya. Bapa pula asyik mahu saya berkata ya. Ini menyebabkan kami ada sedikit bertekak kemudian lama tidak bercakap.

Ah. Saya tidak mahu ini. Sejak zaman sekolah menengah tahun 80an sehinggalah sudah berumur 30an tahun 2000an saya selalu bergaduh dengan bapa kerana kami sama-sama darah panas. Dua-dua anak sulung. Semasa zaman sekolah dahulu sudah berapa kali lari rumah akibat bergaduh dengan bapa. Boleh dikatakan setelah berkahwin dengan isteri sekarang penghujung tahun 2008 baru kami betul-betul berdamai.

Sejak itu saya tidak bergaduh lagi dengan bapa. Kalau ada perkara tak setuju saya diamkan sahaja. Tentang hal vaksin bapa dan ibu yang kedua-duanya berumur 79 tahun sudah mengambil 2 dos lengkap sejak beberapa bulan lalu. Bila saya menyatakan tidak yakin dengan vaksin bapa menjawab, dia dan ibu sebagai orang tua dah ambil lengkap. Takda masalah pun seperti diperkatakan ramai orang. Kenapa pula saya menolak?

Sambil itu isteri juga memujuk. Kata beliau kalau tak ambil nanti tak boleh rentas negeri balik kampung jumpa orang tua. Tak boleh berjalan jauh sehingga ke keluar negara seperti biasa kami buat sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum PKP. Itupun saya bersedia untuk menolak. Jawab saya tak dapat jalan jauh cukuplah dapat masuk hutan yang dekat-dekat rumah. Begitulah cabaran akhir zaman. Saya bersedia mengorbankan sejumlah kesenangan.

Tetapi akhirnya saya tak tahan kerana rindukan bapa. Saya tak sanggup bergaduh lagi dengan dia. Saya tak mahu kalau telefon nanti dia bangkitkan persoalan lalu jadi punca kami berbalah. Lama saya fikirkan hal. Akhirnya terjumpa satu video menunjukkan cara bagaimana orang tabligh menghilangkan kesan mudarat selepas kena vaksin. Kalau tak cucuk takut tak boleh keluar berdakwah.

Tak perlulah diceritakan apakah caranya. Selain itu saya memikirkan kalau perlu juga ambil vaksin biarlah ambil jenama Sinovac kerana masih menggunakan prinsip asal vaksin iaitu menggunakan virus yang telah dilemahkan sebagai pengenalan untuk badan membina antibodi yang sepadan secara semulajadi. Bukan seperti Pfizer dan beberapa jenama lain yang menggunakan teknologi MRNA yang dikhuatiri boleh mengganggu DNA.

Sambil itu dapat berita pusat suntikan vaksin yang menggunakan Sinovac semakin berkurangan. Akhirnya saya membuat keputusan untuk walk-in ke pusat suntikan terdekat dari rumah yang menawarkan jenama tersebut dalam tempoh waktu berkenaan iaitu di Gamuda Gardens, pada pagi Jumaat 3 September. Selepas itu dapat temujanji untuk dos kedua di Sungai Pusu pada 17 September pagi Jumaat juga.

Disebabkan sudah lengkap 2 dos dan cukup tempoh matang, saya dapat ke ISTAC hari ini atas asbab untuk bersolat Jumaat, pada tarikh cantik bersamaan 1 Rabiulawal. Dengan untuk cukuplah luahan pada hari Jumaat yang berkat. Allahumma soli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad.