Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 24, 2022

Beraya tahun 2022 - Hari-hari seterusnya bulan Syawal 1443 Hijriah

Salam. Menyambung sedikit perkongsian sekitar musim raya, sekurang-kurangnya untuk rekod saya. Adapun tidak semua yang berlaku boleh diceritakan. Tetapi di celah-celah itu ada yang harus dinyatakan sebagai marker atau penanda untuk saya sendiri ingat apakah yang telah berlaku, supaya tidak luput begitu sahaja ditelan zaman, supaya boleh dijadikan rujukan pada bila-bila sahaja pada masa hadapan.


Merujuk pada artikel  Beraya di kampung tahun 2022 - Dari Muar kembali ke Lembah Klang dan Rawang yang dipersembahkan pada jam 2.31  petang Ahad 15 Mei 2022. Adapun ia adalah kesinambungan daripada artikel Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat  diikuti Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung saya di Muar sebelum itu. Ketiga-tiga artikel menceritakan bagaimana hari-hari awal raya kali ini dipenuhi, sejak balik ke kampung isteri di Tanjung Sepat Sabtu malam Ahad 29 April kemudian ke kampung saya di Muar 3 Mei sehinggalah kembali ke rumah sendiri petang Ahad 8 Mei. Biar diberitahu esoknya Isnin 9 Mei bersamaan 8 Syawal 1443 Hijriah saya dan isteri pun memulakan puasa enam.


Maka Isnin itu membawa ke Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah hari-hari puasa enam buat kami. Jumaat malam Sabtu 13 Mei kami ke rumah anak seorang kawan di Kelana Jaya untuk satu urusan sambil berhari raya sekali. Selepas itu kami ke rumah kawan lain di Petaling Jaya. Kami bermalam di sana kerana mahu mengikuti majlis tahlil keluarganya selepas Asar, petang Sabtu 14 Mei sebelum kembali ke rumah sendiri lewat malam itu.


Pagi Ahad 15 Mei seorang kawan kami orang Aceh yang telah lama berkahwin dengan wanita tempatan menghubungi mengatakan mahu datang beraya. Ketika itu puasa enam saya dan isteri dah habis. Tetapi saya mahu menyambung dengan puasa putih iaitu puasa pertengahan bulan Islam pada tarikh 13, 14, 15. Proses puasa ini telah bermula pada hari Sabtu hari sebelumnya lalu bertindih dengan hari terakhir puasa enam itu. Kebetulan pula 15 Syawal jatuh pada hari Isnin. Maka boleh dikira buat puasa sunat hari Isnin sekali.

Di atas adalah gambar saya dan anak-anak bersama kawan orang Aceh dan keluarganya. Isteri saya yang ambil. Kelihatan anak saya di sebelah, si Johan masih berbaju seragam silat sedangkan abangnya Rasyid yang duduk di bawah berpakaian biasa serba hitam. Ini kerana mereka baru mengikuti kelas silat di suatu tempat. Kelas baru bermula kembali setelah rehat lama bermula bulan Ramadhan diikuti musim awal raya.


Selepas itu seorang sepupu saya belah bapa memberitahu mahu datang beraya bersama keluarga petang itu. Sayang, bila disemak balik tengok-tengok saya atau isteri tidak ada mengambil gambar. Mungkin mereka ada ambil. Nasib baik ada gambar atas sebagai kenangan. Ketika ini sepupu dan seorang anak perempuan yang sukakan outdoor mengikut saya memanjat bukit berdekatan.

Lewat malam itu tiba-tiba seorang saudara, juga daripada belah bapa menelefon untuk memberitahu satu perkembangan terbaru melibatkan keluarga besar kami daripada nasab Laksamana Raja Mahkota Perak. Hal ini membuatkan saya tergerak untuk mengambil gambar dalam keadaan tertentu. Lalu dikongsikanlah gambar berikut di Facebook berserta teks berkenaan pada jam 1.16 pagi Isnin 16 Mei... 



WASILAH SULTHONIAH

Dengan lafaz Bismillah. Pada malam ini malam Isnin 15 Syawal 1443 Hijriah. Dengan wasilah Sultan Malikus Saleh membawa kepada Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani membawa kepada Saidina Hassan membawa kepada Nabi Muhammad SAW aku menyeru atas hak darah keturunan yang betul2 ingin berjuang demi kemaslahatan ummah akhir zaman. Semoga semua yang mengkhianati keluarga kami dan pecah amanah akan ketulahan terkencing2 terceret beret tak lama lagi.


Tentang apakah yang telah berlaku sehingga terkeluar kata-kata itu mungkin akan dikongsikan apabila sampai gerak dan masa. Buat masa ini biar disebut telah berlaku suatu macam pengkhianatan antara saudara mara yang sangat mengganggu. Petang Isnin 16 Mei pula dua orang kawan aktivis datang bertandang ke rumah. Gambar ini diambil selepas saya berbuka puasa bagi tarikh 15 Syawal, hari terakhir bagi puasa putih. Dengan itu selesailah saya berpuasa sunat lapan hari berturut-turut sejak Isnin sebelum 8 Syawal.


Hal keluarga seterusnya membawa saya, isteri dan anak-anak untuk menghadiri satu majlis rumah terbuka di Senawang pada petang Jumaat baru ini 20 Mei. Majlis diadakan oleh seorang saudara belah bapa yang baru dikenali. Di situ juga saya berjumpa sejumlah lagi saudara mara, ada yang pernah ditemui sebelum itu, ada yang baru ditemui.



Ketika majlis hampir sampai ke penghujungnya timbul rasa pula untuk layan 'melalak'. Isteri saya sempat membuat FB live. Cuma ia tidak lengkap kerana untuk lagu kedua beliau menggunakan telefon saya untuk menunjukkan lirik kepada saya...


Disebabkan hal sama tentang keluarga dua orang lagi saudara datang semalam jam 11.30 pagi Isnin 23 Mei bersama isteri masing-masing untuk membincangkan keadaan. Seorang yang berpangkat anak saudara pernah datang ke rumah saya penghujung tahun lalu, seorang berpangkat abang saudara baru kali ini ditemui. Menarik cerita-cerita yang dikongsikan abang saudara yang pernah menjadi polis berpangkat besar, pernah jadi OCPD juga timbalan ketua penyiasat kemudian risikan di Bukit Aman. Maka semakin jelaslah apakah dan bagaimanakah telah berlaku pengkhianatan dalam kalangan saudara mara sehingga membuatkan saya meletakkan gambar dengan pedang terhunus seminggu sebelum itu. Hal inilah yang membuatkan saya tergerak untuk membuat artikel ini. Supaya tidak lupa turutan peristiwa apabila perlu dirujuk nanti.

Oh. Sekadar memberitahu. Sebagai seorang yang sudah lebih 20 tahun berjalan atas gerak hati mengikut takdir ke sana ke mari saya sering merasakan bahawa adakalanya perlu menulis atau melepaskan suatu rasa dengan jujur hingga selesai lalu selepas itu akan berlakulah takdir bermakna seterusnya. Pada awal penulisan ini ada disebut bahawa artikel Beraya di kampung tahun 2022 - Dari Muar kembali ke Lembah Klang dan Rawang yang dipersembahkan pada jam 2.31  petang Ahad 15 Mei 2022  merangkap 14 Syawal 1443 Hijriah dirujuk. Sekarang biar ditambah. Ketika mahu memulakan penulisannyalah kawan orang Aceh menelefon kata mahu datang beraya. Beliau dan keluarga adalah tetamu pertama kami untuk musim raya tahun ini. Ketika artikel hampir selesai ditulis mereka sudah sampai rumah.

Seterusnya berlakulah sepupu saya yang merupakan anak kepada adik bapa saya datang bersama keluarganya. Malam itu pula mendapat panggilan telefon melibatkan hal pengkhianatan keluarga daripada saudara lain yang merupakan anak kepada sepupu bapa. Oleh itu saya merasakan penulisan artikel Beraya di kampung tahun 2022 - Dari Muar kembali ke Lembah Klang dan Rawang membawa pada rententan peristiwa-peristiwa itu. Semoga penulisan artikel terbaru ini pula membuka hal-hal seterusnya.