Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, September 27, 2019

Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Mencari jejak Awalun Islam di Barus ketika Malaysia menyambut Hari Merdeka

Salam malam Jumaat 27 Muharram. Pada penghujung artikel pengembaraan Aceh dan utara Sumatera sebelum ini iaitu  Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Tapak Tuan Tapa, kerajaan Trumon dan makam Sheikh Hamzah Fansuri ada disebut bahawa kemungkinan besar artikel sambungannya iaitu bagi hari ke-4 perjalanan akan dikongsikan lewat. Ini kerana ketika artikel tersebut ditulis 2 hari lalu saya sedang menghadapi kesibukan pelbagai acara dan perkara. Hal ini  dijangka berlanjutan sehingga hari Ahad. Sebaliknya Allah SWT telah mempermudahkan agar beberapa perkara termasuk penulisan cerita hari ke-2 perjalanan Perak 15-18 September dapat diselesaikan semalam. Lihat Membawa semangat Aceh ke Perak - Petanda-petanda sekitar Hari Malaysia di bandar diraja Kuala Kangsar. Dengan ini bolehlah cerita hari ke-4 perjalanan Aceh dan utara Sumatera itu dipersembahkan lebih awal...


Pagi Sabtu 31 Ogos 2019 jam 4.58 pagi. Saya dan isteri telah mengemas barangan di sekitar tempat tidur kami di serambi Masjid Raya Barus.


Ketika kami sampai jam 10 malam sebelumnya masjid sedang berkunci. Ia cuma dibuka sekitar jam 4.30 apabila muncul rombongan 40 lebih orang dari Medan (kalau tak salah ingatan) mahu menunaikan solat Tahajjud dan membuat amalan-amalan tertentu.


Tujuan mereka datang sama dengan kami iaitu mahu menziarahi makam-makam para pendakwah awal Islam yang terdapat di Barus. Atas asbab itulah saya dan keluarga sanggup bermalam di serambi walau tidak dapat tidur nyenyak akibat teruk asyik digigit nyamuk. Kawan-kawan pula bermalam di hotel berdekatan. Tak mengapalah sebab mereka lebih berumur. Pada kami bermalam di masjid adalah satu keberkatan yang besar terutama dalam rangka kerja menjejak sejarah berkenaan Islam dan menyambung wasilah kerohanian yang berkenaan. Lihat artikel Masjid Raya (Main mosque of) Barus di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Walaupun menyebut sering berkelana menziarahi makam-makam lama di merata Malaysia membawa ke Indonesia kawan-kawan ini mengaku tidak pernah bermalam di masjid. Paling mencabar adalah bermalam dalam kereta ketika perjalanan jauh dari tempat ke tempat. Rupa-rupanya menginap di masjid lama Tapak Tuan malam sebelumnya (lihat Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Tapak Tuan Tapa, kerajaan Trumon dan makam Sheikh Hamzah Fansuri) adalah kali pertama buat mereka. Apapun jam 7.19 kami sudah siap bersarapan di warung sebelah masjid.


Ketika kami bersedia untuk berjalan kawan-kawan muncul dalam kereta untuk bersarapan di warung sama.


Kami anak beranak pun berjalan kaki menghala ke pantai. 


Oh, sebelum bersarapan itu saya sudah keluar bersendirian untuk melihat apa yang ada. Lihat artikel Early morning walk in Barus  di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH diikuti Monumen (Monument of) Barus dan  The beach at Barus.


Jam 8.35 baru kami kembali dalam satu kereta untuk menziarahi makam-makam lama di Barus.


Pertama sekali diziarahi adalah makam Tuan Machdum dalam satu kawasan sawah padi di luar pekan. Saya dapat tahu tentang kewujudan dan lokasi melalui Google Map.


Nama Tuan Machdum membayangkan beliau adalah seorang pemimpin agama. Selain itu tak tahu cerita. Lihat Makam (Tomb of) Tuan Machdum, Barus.


Makam seterusnya diziarahi adalah makam Tuan Ibrahim Syah. Kedudukannya tidak ditanda dalam Google Map tetapi bacaan di Internet ada memberitahu ia tidak jauh dari makam Tuan Machdum. Nasib baik boleh kelihatan batu tanda arah ke makam di tepian jalan.


Saya teringin sangat hendak ke sini apabila mendapat tahu cerita menarik tentang Ibrahim Syah ini. Beliau atau lebih tepat baginda pernah menjadi Sultan Barus 400 tahun lalu. Asalnya adalah daripada kerabat diraja kerajaan Inderapura di bahagian lebih selatan pantai barat Sumatera yang berpindah dengan keluarganya ke Tarusan kemudian keluar berdakwah memasuki kawasan orang Batak di Danau Toba. Orang Batak pula menyebut baginda berdarah Batak. Tak pun berkahwin dengan puteri Batak lalu mendapat zuriat yang kemudian menjadi raja paling besar orang Batak bergelar Sisingamangaraja I.


Baginda kemudian diangkat menjadi Sultan di Barus. Tetapi berlaku adu domba daripada pihak lain menyebabkan Sultan Aceh menghantar angkatan perang menyerang Barus lalu kepala baginda dipenggal. Namun kepala yang dibawa ke Banda Aceh itu menimbulkan suatu penyesalan buat Sultan Aceh lalu dibawa kembali ke Barus untuk dikebumikan dengan penuh penghormatan. Untuk cerita lanjut boleh cari di Internet. Cukuplah saya berkongsi cerita ringkas selain gambar-gambar. Lihat Makam (Tomb of) Tuan Ibrahim Syah.


Makam seterusnya diziarahi adalah makam Tuan Ambar. Yang ini langsung tak tahu apa cerita. Lihat Makam (Tomb of) Tuan Ambar.


Sebetulnya saya cuma mengikut laluan ke utara dari pusat pekan Barus yang mana ada ditanda kedudukan beberapa buah makam dalam Google Map. Untuk makam seterusnya perlu masuk ke dalam kawasan dusun kemudian naik tangga mendaki ke puncak sebuah bukit yang agak tinggi.


Ini boleh dikatakan makam paling utama di Barus. Makam inilah yang disasarkan oleh rombongan dari Medan (atau mana-mana itu) yang datang awal ke Masjid Raya Barus. Ini kerana ia dikatakan milik seorang wali besar.


Kedudukan makam yang tinggi sehingga perlu memanjat hampir 800 anak tangga, ada yang kata 1,000 anak tangga dikatakan menunjukkan tarafnya sebagai pendakwah lama paling utama di Barus. Lihat Climbing up so many staircases to get to a tomb on top of hill at Barus.


Pada batu nesannya pula dikatakan tercatat tarikh wafat 44 Hijriah iaitu 34 tahun sahaja selepas baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW wafat di Madinah. Ini adalah tarikh wafat paling awal diketahui bagi mana-mana makam orang Islam di Alam Melayu Asia Tenggara ini. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Mahmud Papan Tinggi.


Itulah yang menyebabkan ia menjadi daya tarikan sehingga ramai sanggup naik memanjat tinggi untuk sampai ke makam di puncak bukit.


Kedudukan makam juga memberikan pemandangan cantik ke sekeliling. Lihat Views from tomb of Sheikh Mahmud Papan Tinggi.


Makam seterusnya mahu diziarahi adalah Makam Mahligai atau kompleks Makam Mahligai. Ia terletak ke utara lagi atas satu bukit tetapi rendah sehingga boleh dinaiki kereta sampai ke sebelah kompleks makam.


Yang saya dengar nama diberikan kerana pernah wujud sebuah mahligai ataupun istana. Menariknya terdapat sangat banyak makam lama. Lihat Kompleks Makam Mahligai (Mahligai tomb complex).


Paling menarik dan terserlah adalah makam milik seorang pendakwah bernama Sheikh Rukunuddin. Walaupun tahunnya meninggal dunia iaitu 48 Hijriah adalah 4 tahun lewat selepas Sheikh Mahmud di bukit tinggi tetapi umur ketika meninggal iaitu 102 tahun boleh menjadikan beliau lebih senior atau kanan kalau tidak pun lebih tua.


Kira-kira saya menunjukkan ketika Rasulullah SAW wafat tahun 10 Hijriah pada usia 63 tahun Sheikh Rukunuddin sedang berumur 64 tahun. Oleh itu ada kemungkinan besar mereka pernah bertemu lalu Sheikh Rukunuddin berguru kepada Rasulullah SAW. Lihat Makam (Tomb of) Sheikh Rukunuddin

Oh. Sebelum ini saya ada tersalah kira sehingga mewar-warkan kepada umum bahawa ketika Rasulullah SAW wafat tahun 23 Hijriah pada usia 63 tahun lalu Sheikh Rukunuddin dikatakan sedang berumur 77 tahun. Ini kerana terkeliru dengan fakta bahawa baginda wafat setelah 23 tahun berdakwah (13 tahun di Mekah, 10 tahun di Madinah) sedangkan ia bukan berlaku pada tahun 23 Hijriah. Umum tahu bahawa dakwah bermula selepas baginda menerima wahyu lalu diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Namun tahun Hijrah itu sendiri bermula 13 tahun selepas itu...

Hal ini menjadikan Sheikh Rukunuddin hampir sebaya dengan Nabi Muhammad SAW. Umur Sheikh Mahmud juga harus dekat-dekat itu dan menurut ceritanya ramai yang dimakamkan di Barus terutama di Makam Mahligai adalah seangkatan. Mereka datang dari Tanah Arab dan kemungkinan besar termasuk dalam 124,000 sahabat nabi. Fakta inilah yang menjadikan persinggahan di Barus sangat penting sehingga saya anak beranak sanggup menahan gigitan nyamuk bermalam di masjid walaupun ia menyebabkan kami kurang rehat. Sedangkan banyak tenaga diperlukan untuk menziarahi makam-makam  terutama yang terletak di atas puncak bukit tinggi.

Sebetulnya pada awal naik makam tinggi saya diserang penyakit lelah. Sejak berhenti merokok secara mendadak 13 tahun lalu saya ada kena kalau terlalu penat. Namun digagahkan juga terus naik sambil teringat ceramah di masjid awal pagi. Disebut bahawa pernah berlaku seorang peninju yang gagah tubuh badan tidak berjaya sampai ke atas kerana tiba-tiba tidak sihat sedangkan ada perempuan mengandung 8 bulan berjaya ziarah. Semuanya bergantung pada niat dan jika ia dimakbulkan. Tidak cukup rehat mungkin boleh menimbulkan lelah tetapi ia tidak harus dijadikan alasan. Merendah diri sambil menghayati makna kalimat Lahawlawala Quwwatailla Billahil Aliyilazim - tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah SWT itu lebih afdal untuk mengharungi rintangan dalam mencapai tujuan.


Sesungguhnya ziarah ke makam-makam para pendakwah Islam terawal atau para Awalun Islam  ini adalah asbab utama perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera dibuat. Selepas selesai jam 12.30 tengah hari kami boleh dikatakan telah meliputi segala perkara dan jejak sejarah yang penting di Barus. Malam sebelumnya kami ada masuk ke dalam kawasan atau wilayah Lobu Tua yang terletak ke utara sedikit seberang sungai dari pekan Barus. Yang ini lebih dikenali oleh pengkaji Barat kerana pernah ditemui batu bersurat Prasasti Lobu Tua menunjukkan Barus pernah menjadi tempat tumpuan para pedagang India 1,000 tahun lalu.

Pengkaji Barat nampaknya kurang atau tidak memberikan perhatian kepada makam orang Islam. Walhal ia adalah bukti sudah wujud penempatan Islam di Barus sejak zaman awal pemerintahan Kekhalifahan Bani Umaiyah di Timur Tengah (661–744 Masihi). Ini kerana tarikh wafat Sheikh Mahmud di makam atas puncak bukit tinggi iaitu 44 Hijriah adalah bersamaan 665 Hijrah. Sebelum ini saya ada terkeliru sehingga memberitahu kepada umum bahawa ia adalah dalam zaman pemerintahan khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar Ibnu Affan (644–656 Masihi). Rupa-rupanya tersilap pandang antara nombor 656 dengan 665.


Apapun ia adalah tarikh yang sangat awal. Sehingga Presiden Indonesia sekarang, Jokowi pernah datang mengisytiharkan kepada umum 2 tahun lalu bahawa Barus adalah titik nol (titik kosong) iaitu tempat terawal kedatangan Islam di Indonesia. Pada tahun 656 empayar Srivijaya yang sangat terkenal itu mungkin sudah ada tetapi belum cukup signifikan di Sumatera. Ini kerana berdasarkan Prasasti Kedukan Bukit ia mula menjadi cemerlang hanya selepas dilakukan satu ekspedisi penaklukan pada tahun  yang bersamaan 683 Masihi.


Sekali lagi, harus diingatkan bahawa tarikh wafat Sheikh Mahmud 44 Hijriah bersamaan 665 Masihi itu bukanlah menunjukkan tarikh Islam mula sampai ke Indonesia atau mana-mana tempat di Alam Melayu. Beliau dan rombongan atau mereka yang seangkatan harus sudah sampai lebih awal. Berdasarkan umur Sheikh Rukunuddin yang hampir sebaya dengan Rasulullah SAW besar kemungkinan mereka termasuk dalam kalangan sahabat nabi. Walaupun ada mempertikaikan tarikh wafat 44 Hijriah di makam Sheikh Mahmud dan 48 Hijriah di makam Sheikh Rukunuddin sebagai salah tafsir dan salah baca lalu menambah ia adalah makam-makam abad 14-15 Masihi saya cenderung untuk percaya mereka memang hidup sezaman dengan Nabi.


Oh. Dua gambar atas tadi diambil dalam perjalanan meninggalkan Barus untuk naik ke kawasan tanah tinggi banjaran gunung utama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Bukit Barisan. Dari Barus kami bergerak ke arah timur mendaki jalan berliku sebelum sampai ke bahagian landai 5,000 hingga 6,000 kaki dari paras laut lalu bergerak ke utara. Lihat Rushing to the Batak highlands.


Sampai satu bahagian kami singgah di satu menara yang memberikan pemandangan cantik tasik gergasi yang dikenali sebagai Danau Toba. Lihat Danau Toba from Menara Pandang Tele Samosir. Kalau ikut rancangan asal kami mahu turun ke pinggir tasik kemudian masuk ke Pulau Samosir yang saiznya sebesar Singapura di tengah tasik tapi tak sempat. Cukuplah dapat melihat daripada atas pulau yang pernah saya, isteri dan anak kecil berumur 2 tahun kelilingi dengan motosikal. Ketika itu seorang lagi anak, Johan yang ada dalam gambar ini sedang berumur 7 bulan dalam perut ibu. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Cabaran pusing pulau.


Menarik malah wajib disebut bahawa perjalanan mencari jejak Awalun Islam di Barus sehingga sampai ke tempat melihat Danau Toba berlaku ketika rakyat Malaysia sedang menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan negara. Tadi saya cuma sebut tarikh 31 Ogos hari Sabtu sebagai waktu permulaan aktiviti tanpa menyatakan signifikan tarikh.


Menarik juga untuk dikaitkan dengan artikel hari ke-2 perjalanan pusing Perak 15-18 September  yang dipersembahkan baru ini kerana ia berlaku pada Hari Malaysia 16 September. Lihat Membawa semangat Aceh ke Perak - Petanda-petanda sekitar Hari Malaysia di bandar diraja Kuala Kangsar. Jam 11.46 malam kami singgah di masjid lama Deli Tua dekat bandar raya Medan untuk memenuhi janji kepada seorang pemuda tempatan agar bertandang bertemu dengannya jika sampai ke sekitar Medan lagi. 


Pelawaan dibuat setelah mendapat tahu saya dan keluarga pernah sampai penghujung tahun 2011. Lihat artikel lama Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Kerajaan Haru Deli Tua dan legenda Puteri Hijau. Kami pun disambut anak muda tersebut bersama rakan-rakan muda masjid.


Ikut rancangan asal selepas Barus kami akan bermalam di masjid ini. Tetapi itu kalau bertolak dari Barus pada hari Jumaat 30 Ogos seperti disebut dalam artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 lebih setengah tahun lalu. Kini kami sudah terlewat 1 hari.


Kami tiada pilihan selain terus bergerak kerana siangnya pagi Ahad 1 September akan mengadakan majlis di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh lagi 337 km atau 6 setengah jam perjalanan dari Deli Tua. Selepas itu kami cuma singgah ke masjid dan istana lama Kesultanan Deli di Medan kerana satu, semua anggota rombongan belum pernah sampai kecuali saya, isteri, dan anak laki-laki kami bernama Rasyid. Kedua, kerana ketika kami sampai itu adik Rasyid iaitu Johan berada dalam perut.





Maka bergambarlah Johan di masjid lama kemudian di istana...





Ketika gambar ini diambil sudah jam 1.26 pagi. Kami harus berada di makam Sultan Malikus Saleh jam 10 pagi untuk mengendalikan majlis.


Khamis, September 26, 2019

Membawa semangat Aceh ke Perak - Petanda-petanda sekitar Hari Malaysia di bandar diraja Kuala Kangsar

Salam malam 26 Muharram awal pagi Khamis 26 September. Dalam kepenatan selepas menulis 2 buah artikel daripada majlis ilmu yang dihadiri pagi Selasa diikuti pagi Rabu gerak penulisan menuntut supaya diteruskan dengan cerita hari ke-2 perjalanan berseorangan pusing Perak 15-18 September. Maka bersambunglah penceritaan daripada artikel Membawa semangat Aceh ke Perak - Hakikat Lailahaillallah dan 'restu istana'?.


Pagi Isnin 16 September 2019 adalah hari yang sangat istimewa buat seluruh warga Malaysia. Ketika ramai sudah mula menyambut Hari Malaysia iaitu ulang tahun tertubuhnya negara Malaysia melalui gabungan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tahun 1963 saya pula baru hendak keluar daripada surau Kampung Temong tempat bermalam sebelumnya.


Letaknya dekat dengan simpang masuk ke makam Tok Temong, pemimpin perempuan 5 abad lalu yang amat terkenal dalam sejarah negeri Perak.



Sudah menjadi kebiasaan kalau berada di kawasan yang terletak 11 km ke utara bandar diraja Kuala Kangsar ini untuk saya singgah ziarah makam. Tapi sebelum itu layan sarapan di sebuah warung berdekatan yang katanya baru dibuka sebulan dua lalu. Kalau tidak harus pergi jauh sehingga 5 km ke pekan Kati untuk mencari makan.



Jam 9 baru sampai ke perkarangan makam.


Turun dahulu ke Sungai Perak di sebelah.





Saya suka mencelup kaki lalu memperbaharui wudhuk di sungai.


Jam 9.12 baru masuk ke makam.


Adapun pagi itu saya sudah bangun jam 4.44 untuk menunaikan solat Tahajud. Selepas itu tergerak untuk memulakan penulisan tentang hari ke-2 pengembaraan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos hingga 4 September sementara menunggu waktu Subuh masuk. Setelah beberapa lama selepas solat timbul rasa lapar amat lalu keluar mencari sarapan. Di makam ini selepas memberikan salam dan membaca sedikit ayat Al-Quran penulisan pun disambung.


Artikel tersebut memerlukan banyak artikel sokongan. Walaupun ketika sampai di makam tinggal 2 sahaja daripada 9 artikel sokongan perlu disiapkan tetap ia mengambil masa yang lama. Sampai pada artikel utama masa begitu banyak dipakai sehingga harus beralih ke bangunan wakaf sebelah makam bagi menggunakan bekalan eletrik akibat bateri komputer riba sudah tinggal sedikit. Akibat daripada itu selepas jam 2 petang baru kerja siap lalu saya meninggalkan makam. Lihat Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Puncak Geurute, Marhum Daya dan mencari si mata biru keturunan Portugis di Lamno


Nah. Rancangan perjalanan dan aktiviti buat hari itu sudah lari jauh timing. Sepatutnya cuma maksimum 15 minit sahaja dihabiskan di makam kemudian pergi melihat satu jambatan. Selepas itu makan laksa kegemaran yang kedainya katanya mula menyediakan laksa dekat jam 11. Selesai itu saya mahu bersalin memakai busana tradisional Melayu lengkap untuk menyertai himpunan para aktivis sama minat di dataran tepi sungai dalam bandar Kuala Kangsar. Sebaliknya pada jam 2.30 saya masih berada di kawasan berdekatan untuk makan kerana dah tak tahan lapar.


Dekat jam 3 baru sampai ke jambatan. Malam sebelumnya ada lihat (rujuk Membawa semangat Aceh ke Perak - Hakikat Lailahaillallah dan 'restu istana'?) tetapi dalam kegelapan. Kali ini mahu melihat dan berjalan waktu terang. 


Dalam keadaan terang boleh cuba berjalan di atas laluan berisiko tinggi seperti ini. Dalam gambar nampak air seperti dekat air walhal sebenarnya lebih 50 kaki ke bawah.


Ramai juga orang datang bersiar-siar di atas jambatan untuk melihat pemandangan. Sila lihat artikel Victoria Bridge, Perak di blogspoSENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan Perak river from Victoria Bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH).


Live video Facebook yang dibuat sambil berjalan di atas jambatan boleh dilihat di sini. Selepas itu bergerak ke bandar Kuala Kangsar menggunakan jalan kampung lalu bawah jambatan lain. Lihat Down the Iskandar bridge off Kuala Kangsar.


Masuk jalan besar terlihat satu makam yang agak terserlah.


Kemudian baru dapat tahu ia milik seorang pemimpin besar PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dan isteri. Mereka meninggal dunia dalam perjalanan kembali ke Perak dari Kelantan tahun 1964. Apabila dijadikan artikel ia adalah yang ke-2020 di blogspot ARTMELAYU. Apakah ini petanda PAS bakal naik memerintah pada tahun tersebut? Atau ia membawa makna kuasa Islam akan betul-betul naik tanpa pengaruh kuffar? Lihat Makam (Tomb of) Profesor Dr Zulkifli Muhammad.


Seterusnya singgah di masjid ini untuk menunaikan solat. Nama masjid yang muncul selepas turutan peristiwa pada Hari Malaysia juga seperti mahu menyatakan sesuatu. Lihat Lawatan baru ke Masjid Hidayatul Ummah (New visit to Hidayatul Ummah mosque), Kota Lama Kiri. Semoga bangsaku mendapat hidayah.


Jam 4.19 baru masuk ke bandar Kuala Kangsar. Harus ada lagi masa untuk bersama kumpulan aktivis berbusana tradisional Melayu kerana menurut maklumat yang dibaca di FB mereka berkumpul daripada jam 10 pagi hingga 6 petang.


Untuk makluman aktivis seluruh Malaysia sedangkan mengadakan kempen hari memakai tanjak sempena Hari Malaysia tahun 2019. Banyak kumpulan menganjurkan perjumpaan berbusana di bandar-bandar utama malah lebih banyak tempat. Mereka bersilat dan melakukan aktiviti-aktiviti kebudayaan tradisional Melayu di hadapan umum.


Kumpulan aktivis Kuala Kangsar ini saya tak berapa kenal tetapi ada berkawan dengan seorang dua di FB. Tak beritahu pun nak datang kerana tak berani janji. Tengok-tengok ramai sudah balik atau menyambung di lain-lain tempat. Dah 'tutup kedai' tinggal beberapa orang mengemas.


Namun cukuplah dapat bersama walau seketika. Nah. Saya masih berseluar silat dan t-shirt sama sejak memulakan pengembaraan pusing Perak pada pagi hari sebelumnya.


Selepas mengisi perut di satu bahagian tepi sungai (lihat New visit to Kuala Kangsar promenade besides the Perak river) ziarah makam yang disebut sebagai milik Sheikh Abdul Qadir.


Seterusnya naik ke Bukit Chandan. Terus ke Kampung Changkat yang terletak di belakang istana...


Sampai satu bahagian meter menunjukkan 355 km telah dilalui sejak perjalanan bermula pagi Ahad.


Ziarah makam pembesar Perak berketurunan raja Bugis yang dikenali sebagai Daeng Selili. Papan maklumat salah tulis tu Sedili...





Selepas mengambil masa singgah rumah seorang kakak dan keluarga yang ada kaitan dengan Dato' Maharajela baru kembali ke atas bukit. Singgah di istana lama yang pernah dijadikan muzium diraja kemudian dikatakan harus dibaik pulih sebab rosak.





Seingat saya sebelum membuat perjalanan pertama ke Aceh awal 2004 itulah kali terakhir masuk ke dalam. Selepas itu ia ditutup. Entah bila siap...


Untuk penutup ziarah harus singgah masuk ke Masjid Ubudiyah, masjid diraja Perak.





Selepas itu baru ke kawasan pemakaman diraja Perak untuk menziarahi makam seorang moyang utama sebelah ayah, moyang yang susur galurnya bersambung dengan kerabat diraja Aceh membawa kepada kerabat diraja Samudera-Pasai...


Di makam moyang tergerak untuk membuka tangan sebegini ketika mengambil gambar. Selepas kembali dari Perak baru terasa ia seperti perlambangan  'mengambil sesuatu' dari makam...


Jam 7 saya menikmati laksa kegemaran di Kota Lama Kanan. Dengan itu selesailah urusan di Kuala Kangsar lalu boleh bergerak ke Ipoh. Di sana akan diadakan satu majlis ilmu yang menjadi asbab perjalanan Perak ini dibuat.