Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Julai 13, 2012

Ceramah "Batu Nesan Aceh" di Muzium Negara

Alhamdulillah. Hari ini Jumaat 13 Julai, Friday the 13th saya mahu berkongsi satu cerita. 


Sebulan lalu saya telah dihubungi Jabatan Muzium Negara yang meminta agar saya mengadakan satu ceramah untuk kakitangannya di Kuala Lumpur. Saya boleh mencadangkan tajuk yang dirasakan sesuai lalu mula bertukar-tukar fikiran dengan mereka. Setelah memikirkannya sehari dua saya mencadangkan tajuk "Muzium sebagai wadah perjuangan akhir zaman".  Cadangnya saya boleh mengemukakan hal-hal berkaitan perkembangan akhir zaman melalui pandangan dari pelbagai sudut termasuk hadis-hadis Nabi lalu mengemukakan buah fikiran bagaimana muzium boleh dijadikan alat untuk menjana kesedaran masyarakat untuk bersedia.


Satu perbincangan pun diadakan di pejabat mereka. Ternyata tajuk awal saya itu terlalu berat lalu saya diminta memikirkan tajuk lain lalu mencadangkan "Berpetualang ke Aceh : Satu pengalaman mencari diri dan erti". Fikir saya, dengan ini bolehlah dikongsikan pelbagai pengalaman mencari jati diri yang membawa kepada pengenalan tentang beberapa perkara melibatkan tamadun hebat Melayu yang kebanyakannya telah digelapkan oleh penjajah. Tarikh untuk mengadakan ceramah pun dipersetujui. Tetapi beberapa waktu kemudian saya diminta agar menukar topik kepada sesuatu tentang batu nesan Aceh pula...

Saya tiada masalah tentang ini. Saya harus menurut apa yang difikirkan terbaik untuk dihidangkan kepada orang muzium. Lagipun keberadaan batu nesan Aceh memang satu topik yang turut saya kaji dalam pencarian erti dan diri yang melibatkan salasilah keluarga. Apabila diminta untuk memberikan tajuk yang lebih mantap dan terarah saya pun mencadangkan "Batu nesan Aceh : Bukti ketamadunan Melayu lama". 

Fikirnya, saya boleh menggunakan topik batu nesan Aceh untuk memupuk satu kesedaran bagaimana kewujudan objek yang melambangkan status tinggi pemiliknya itu boleh dijadikan bukti bahawa di mana terdapat batu nesan Aceh di situ ada penempatan Melayu bertamadun tinggi. Ini berdasarkan fakta bahawa batu nesan Aceh cuma dipakai untuk menandakan makam-makam orang berstatus tinggi dalam masyarakat seperti raja-raja, ulamak bertaraf wali dan pemimpin perang tertinggi. Orang-orang sebegini harus memiliki pengikut setia yang ramai sehingga mereka sanggup ikut berkampung ke mana sahaja. Lagipun memang terbukti beberapa lokasi berbatu nesan Aceh asalnya adalah pusat-pusat kerajaan, misalnya sekitar makam Sultan Malikus Saleh (mangkat 1297 Masihi) di Aceh dan makam Sultan Muzaffar Shah I (mangkat 1179 Masihi) di Kedah.


Cuma zaman telah berubah sehingga tempat-tempat yang menjadi pusat kerajaan dahulukala tinggal jadi kawasan kampung dan pendalaman yang tertinggal daripada kemajuan masa kini. Saya mahu menggunakan logik pemikiran ini untuk turut menyatakan bahawa beberapa makam berbatu nesan Aceh yang pernah saya temui di Kuala Lumpur boleh dijadikan bukti kukuh wujudnya penempatan Melayu Islam yang berwibawa, bukan sekadar kampung kecil-kecilan di sekitar bandar raya... sebelum si ketua samseng berbangsa asing (Ah Seng?) seperti Yap Ah Loy muncul membentuk suasana hingga diwar-warkan sebagai pembuka utama Kuala Lumpur. Untuk ini saya telah memilih, memperbaiki dan mengatur hampir 1,200 gambar berkaitan dari koleksi sendiri yang diambil sejak penghujung tahun 2006. Saya juga telah menyediakan 19 slaid Power Point yang mengandungi 17 pecahan topik berserta satu muka tajuk bergambar dan kesimpulan. Ceramah dirancang mahu disokong dengan gambar-gambar satelit secara on-line menggunakan Google Earth.


Oh. Ceramah dibuat tadi pagi Jumaat. Tarikh hari ini 13 Julai mengingatkan pada kegilaan Barat di mana Jumaat 13 atau Friday the 13th ditakuti sebagai hari malang yang boleh membawa kecelakaan. Kebetulan berlaku masalah teknikal di mana komputer saya tidak dapat disambung dengan projektor milik Muzium Negara. Setelah dicuba beberapa kali tak berjaya juga, nak tak nak segala isi yang sudah disediakan,  isi yang memakan ruang sekitar 7.65 Gigabyte harus dialihkan ke komputer milik muzium. Itupun proses mengalihkan memakan masa lebih 40 minit. Nak tak nak saya terpaksa memulakan ceramah tanpa slaid.

Apabila berjaya dialihkan pula saya terpaksa mengubah cara persembahan. Ini kerana 53 shortcut yang telah diatur dengan teliti tidak boleh lagi dipakai setelah pengalihan keluar daripada komputer saya. Shortcut yang menghubungkan fail-fail penting disediakan untuk melancarkan proses 'ulang-alik' persembahan daripada slaid Power Point ke koleksi gambar terpilih. Nasib baik saya tidak mati akal. Saya masih boleh mencari fail-fail gambar dengan cara mengingatkan mana gambar yang perlu dipakai pada ketika yang sesuai secara manual.


Disebabkan keadaan yang berubah saya juga tidak dapat menggunakan Google Earth dalam ceramah. Ternyata masa 2 jam yang diperuntukkan pula tidak cukup untuk menghuraikan 17 pecahan topik yang disediakan dan dirancang. Saya cuma dapat menyentuh semua secara ringkas. Apabila masuk fasa penelitian setiap pecahan topik yang disokong gambar-gambar saya cuma sempat sampai ke pecahan 6, "Nesan Aceh di Melaka sebelum Portugis", sebelum harus melangkah laju untuk mencapai kesimpulan. 

Namun saya masih sempat mengingatkan tentang signifikan tarikh hari ini Friday the 13th  sebenarnya adalah momokan untuk menakutkan orang ramai. Ia asalnya hari malang untuk para penyokong gerakan penaklukan dunia Yahudi Zionis kerana momokan itu bermula dengan peristiwa Jumaat 13 Oktober 1307 Masihi di mana King Philip dari Peranchis telah menangkap ahli kumpulan kesatria Knights Templar yang sebenarnya menyokong misi jahat Yahudi. Alhamdulillah, sepanjang ceramah Allah telah melancarkan lidah saya dan menajamkan akal walaupun saya sebenarnya cuma dapat tidur selepas jam 4 pagi sebelum bangun 5.30 untuk bersiap keluar ke Muzium Negara. Walaupun penat lelah menyediakan bahan-bahan last minute hingga pagi buta (disebabkan ilham tentang cara persembahan ceramah lambat tiba) digugat masalah teknikal yang mengubah cara, pengalaman luas yang disokong ilham-ilham yang timbul semasa persembahan memastikan ia bukanlah hari yang malang, sekurang-kurangnya buat saya.

Ceramah tetap mencapai sasaran untuk menyampaikan ilmu yang berguna pada pagi Jumaat yang mulia. Lihat video yang akan saya masukkan di sini nanti.







OK. Adapun video asal ini direkod dalam bentuk HD yang menelan ruang sekitar 8.3 Gigabyte. Untuk perkongsian di Internet saya dapati ia harus memakan masa hampir 6,000 minit (lebih 4 hari) untuk dimuatnaik ke Youtube. Saya pun mengecilkan sehingga menjadi 517 Megabyte. Ternyata gambar yang terhasil agak 'tumpul' lalu saya menjadikannya sekitar 880 Mb... pun masih begitu tumpul. 

Saya terpaksa meningkatkan kembali ketajaman gambar untuk mencapai tahap yang cukup cantik dikongsi. Tetapi saiz video menjadi 2.83 Gb yang harus memakan masa lebih 1,800 minit atau 1 hari dan 6 jam untuk dimuatnaik. Subuh pagi Selasa 17 baru ia selesai masuk ke Youtube. Silalah tonton ya... :]



Rabu, Julai 11, 2012

Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga

Allah! Tadi saya menyemak fail-fail gambar untuk memilih sejumlah gambar yang sesuai agar dapat ditonjolkan dalam satu ceramah yang akan diberikan kepada satu jabatan kerajaan dalam masa terdekat. Dalam pada itu baru saya tersedar ada sekumpulan gambar dari satu perjalanan yang saya mahu dikongsikan di blogspot ini lebih 2 bulan lalu tetapi terlupa lantaran terlalu banyak yang berlaku ketika itu. Adapun perjalanan yang hendak diceritakan ini bermula 21 April. Kiranya ia bersambung cerita daripada artikel Bengkel penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan yang dibuat 28 April, 3 hari sebelum perjalan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei bermula.


Cerita Bengkel penulisan buku kanak-kanak dan makam Parameswara di Tanjung Tuan meliputi kisah ketika bengkel tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung Rabu hingga Jumaat, 18-20 April 2012. Sebaik sahaja kursus tamat tengah hari saya pun berkejar untuk kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Selepas tengah malam pula memandu kereta membawa anak-anak dan isteri ke Jelai, Negeri Sembilan untuk satu majlis di rumah kakak ipar.


Majlis itu adalah qeqah untuk anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan yang ketika itu baru melepasi umur 2 bulan.




Ia dibuat seiring kenduri syukur abang ipar yang baru selesai menjalani satu pembedahan. Lihat artikel Johan's qeqah ceremony di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Esok sebelum tengah hari kami meninggalkan Jelai lalu ke Bahau.


Bahau adalah antara bandar yang biasa dilalui untuk kembali menghala ke Lembah Klang. Biasanya dari sini kami akan ke Kuala Pilah lalu ke Seremban. Kali ini saya memilih untuk mengambil laluan ke Kuala Klawang.


Ia adalah satu jalan yang belum pernah dijejaki isteri. Sejurus sebelum sampai ke Kuala Klawang, ada dua tempat bersejarah di tepi jalan. Lihat artikel Family visit to the tomb of Moyang Salleh dan Canon of Dato' Undang Abdullah.


Lebih dekat ke Kuala Klawang ada simpang untuk masuk ke satu lagi tempat bersejarah.


Ia adalah masjid terawal di daerah Jelebu. Lihat Mosque of Kuala Dulang, Jelebu. Di sebelahnya ada sejumlah makam lama dengan batu hidup. Lihat artikel Makam (Tombs of) Bilal & Pawang (of) Jelebu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Kemudian baru kami ke bandar Kuala Klawang.


Selepas makan kami memilih untuk menghala ke Lenggeng.


Terlihat masjid ini dalam perjalanan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Mendum, Lenggeng.


Laluan membawa ke satu simpang. Kami menyambung dengan menghala ke Broga...


Saya tak ingat pekan apakah ini. Rasanya Ulu Beranang. Yang pasti tidak jauh dari sini ada masjid dengan nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Ulu Beranang, Lenggeng.


Bermula dari pekan itu kami dapat melihat sebuah gunung yang bernama Gunung Tok Wan kalau tak salah. Di lereng gunung ada bukit dipanggil Bukit Broga.



Zoom in camera. Teringat kami anak beranak memanjat hingga ke puncak bukit tanpa dirancang, saya memakai kasut yang sudah haus teruk, isteri yang sedang mengandungkan Johan dekat 2 bulan memakai kasut pejabat diikuti seorang lagi anak kami, Muhammad Al-Aminul Rasyid yang ketika itu baru berumur 1 tahun 9 bulan gitu. Lihat artikel lama Dari Central Market ke Bukit Broga.


Tidak lama kemudian kami pun meninggalkan Negeri Sembilan lalu masuk ke Selangor. Cukuplah cerita ya. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1010 di blogspot ini.



Isnin, Julai 09, 2012

Ziarah Wali Songo yang 'seiring' dengan perjalanan Pantai Timur - Satu kaitan tersirat dengan Pulau Jawa?



Assalamualaikum. Lebih 3 bulan lalu saya telah membuat satu artikel bertajuk Sneak peek pengembaraan sedang berlangsung melibatkan Johan. Artikel itu dibuat ketika perjalanan ke Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012 (rujuk Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...) baru sahaja melepasi hari ke 5. Kembali ke rumah iaitu 5 hari selepas itu saya pun menambah gambaran cerita dengan artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - si cilik membuka langkahnya....

Namun penceritaan sebenar pengembaraan cuma dimulakan hampir 3 minggu kemudian dengan artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - dari Janda Baik ke Raub, Kuala Lipis dan Gunung Senyum. Ini diikuti artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Penat lelah pusing Dungun sebelum berkejar ke Kuala Terengganu dan Jerteh (dibuat 25 April) dan Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ke Kelantan berjumpa Kakak dan Abang Ngah (27 April). Selepas itu saya ada membuat dua artikel berkenaan hal lain kemudian ke luar negara bersama keluarga untuk perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei.

Pada 6 Mei iaitu hari ke 6 perjalanan di Jawa itu pula saya membuat artikel bertajuk Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sneak preview. Dua hari setelah kembali ke tanah air saya membuat artikel Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Sedikit gambaran penceritaan setelah 14 hari berjalan... diikuti Pusing Pulau Jawa anak-beranak : Dari perjalanan ke Surabaya sahaja bertukar menjadi perjalanan lebih 2,000 km pusing pulau 5 hari kemudian . Setelah itu baru saya menyambung kembali siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung". Saya juga membuat keputusan untuk menggilirkannya dengan siri "Pusing Pulau Jawa" lalu bermulalah penceritaan sebenar pengembaraan Pulau Jawa itu... artikel-artikel sebelum itu lebih pada pembayang dan latar belakang.

Maka jadilah aturan siri yang digilirkan itu begini...














Menariknya sebaik sahaja siri "Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung" tamat, cerita seterusnya siri "Pusing Pulau Jawa anak-beranak" juga tamat tetapi untuk fasa ziarah makam para Wali Songo. 

Adapun tujuan utama kami ke Pulau Jawa adalah untuk menziarahi makam setiap 9 orang Wali Songo, perjalanan selepas itu dikira bonus kerana itulah kali pertama kami ke Pulau Jawa. Aturan yang tidak dirancang ini seperti mengisyaratkan sesuatu. Kalau nak kata kaitan itu adalah antara Pantai Timur dengan Pulau Jawa sahaja nampaknya ini tidak tepat kerana masuk bahagian ke-3 seperti disenaraikan di atas, perjalanan kembali dari Pantai Timur sudah masuk ke Perak. Mungkin kaitan itu lebih merujuk pada kerajaan lama Langkasuka yang pernah mengandungi separuh Semenanjung Malaysia termasuk Perak dan negeri-negeri Pantai Timur?