Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, September 19, 2020

Gerakan bertanjak yang kukenal - Daripada 2012 ke 2014

Salam petang Sabtu 1 Safar 1442 Hijriah. Tergerak hari ini untuk mengumpulkan kesemua artikel yang pernah ditulis melibatkan pemakaian tanjak di tempat awam sejak melihatnya dilakukan oleh kawan-kawan dan  kenalan lalu saya terlibat sama bermula tahun 2012. Artikel-artikel diambil daripada blogspot CATATAN SI MERAH SILU serta Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Untuk itu saya perlu meneliti lebih 1,000 buah artikel bagi memastikan ia dapat menunjukkan pemakaian tanjak, sebaiknya berserta sepersalinan penuh busana tradisional Melayu di tempat awam. 

Artikel cuma akan dimasukkan ke dalam senarai jika terdapat sekurang-kurangnya satu gambar orang bertanjak di dalamnya. Lain-lain harus ditolak walaupun ingat, yakin dan pasti bahawa saya hadir dalam peristiwa yang disebut dengan berbusana tradisional Melayu. Usaha dimulakan sejak jam 12 tengah hari dengan harapan dapat meliputi kesemua artikel berkenaan sebelum masuk waktu Maghrib lalu tamat tarikh 1 Safar. Namun selepas jam 3 timbul rasa penat amat lalu terasa cukuplah dapat disenaraikan daripada tahun 2012 hingga ke 2014. Yang lain akan disambung kemudian.

Gambar hiasan adalah daripada tahun 2015 yang mana saya muncul berbusana penuh tradisional di kaca televisyen untuk siaran langsung wawancara tentang buku ke-8 saya  "Mencari Diri dan Erti : Menjejak Salasilah Kesultanan yang Hilang" (terbit September tahun itu). Terlihat ia dinaikkan di Facebook oleh seorang kenalan terus terasa sesuai untuk menghiasi artikel kompilasi ini. Adapun kali terakhir saya menghasilkan buku adalah bermula pada bulan Julai 2018 tetapi terbit bulan  Jun 2019 iaitu hampir setahun selepas itu. Tajuknya adalah "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995". Ia adalah buku ke-13 saya. 

Selain berkongsi pengalaman ketika zaman mengaji ijazah sarjana muda dalam bidang matematik  di University College of London ia turut menceritakan bagaimana saya sudah banyak berubah sehingga menjadi lebih keMelayuan lalu menjunjung tinggi tanjak dan pemakaian busana tradisional Melayu. Artikel melibatkan pemakaian tanjak yang diatur menurut kronologi ini pun sedikit sebanyak menunjukkan perkembangan diri selepas berjinak-jinak dengan busana tradisional Melayu. Ia turut menunjukkan perkembangan umum perkara daripada kaca mata saya...


2012

1. Antara persilatan dengan penulisan - betul ke mata pena lebih tajam daripada mata pedang?

2. HIKMAH 4 Nov - Satu kejayaan ulung yang tak disangka

3. Video klip sekitar HIKMAH 4 Nov

4. Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu - Dari pembukaan ke makan tengah hari



8. Video sekitar Pertemuan Busana Tradisi dan Pendekar Melaka 2 Dis

9. Sekitar Majlis Permasyhuran Persatuan Perkerisan Kuala Lumpur

10. Dari pertandingan keris ke Perpustakaan Negara - Antara senjata dan ilmu...

11. Keris yang sesuai untuk majlis


2013 

1. Majlis perjumpaan Dunia Seni Silat Melayu di Taman Tasik Titiwangsa

2. HIKMAH III - Selawat pagi untuk membuka talian pancaindera dan rohani


5. Video sekitar HIKMAH III di Lumut

6. Antara HIKMAH di kaca televisyen, buku untuk Melaka dan persiapan di Kelantan

7. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan

8. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembentangan pagi dan tengah hari yang disatukan serta kuda dan silat

9. HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Dinar dirham sebagai tunjak kekhalifahan Islam



16.  Simposium Serantau Asal Usul Melayu - Dari asal membawa ke usul

17. Bertandang ke program "On The Point"

18 .Hari pertama Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Mencari bahan dan 'rasa' untuk filem epik Melayu

19.Hari kedua Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin di DBP - Membawa gerakan kedaulatan ke peringkat yang lebih tinggi

20. Perjalanan sekitar HIKMAH VII - Antara cabaran dan amanah juga jejak Hang Tuah

21. Faktor Aceh di majlis guru seni bela diri Malaysia - Mat Kilau adalah orang sana!

22. Membawa kawan-kawan Aceh ke Melaka - Antara Pidie dan PD

23. Hari kedua Sidang Kemuncak Sejarah 2013 - Membawa kombinasi Melayu-Aceh ke majlis


2014 

1. Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau

2. Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh

3. Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor dan HIKMAH bawah pokok

4. HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Pagi yang agak sepi 

5. HIKMAH VIII di Sungai Buaya - Santai hingga ke petang


7. Busana Aceh dalam majalah Seni Beladiri

8. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah

9. Misi HIKMAH Pulau Pinang - Dan acara pun berlangsung dengan jayanya...

10. Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau

11. Berjayanya misi HIKMAH Aceh

12. Forum Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu-Nusantara : Menuju aspirasi raja yang insan kamil

13. Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 - Antara busana, kraf tangan dan GST

14. Seminar Kesultanan Selangor dalam Arus Sejarah Malaysia - Tentang Raja Musa yang diketepikan

15. Seminar Kesultanan Selangor dalam Arus Sejarah Malaysia - Peranan raja dalam undang-undang tubuh negeri

16. Aturan komponen perjuangan demi kedaulatan Melayu dan Islam yang diilhamkan oleh Sultan Alauddin Melaka

17. Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar

18. Ceramah Alam Melayu Atlantis di Gombak

19. Program Penghayatan Warisan Kesusasteraan Melayu Tradisi : Hikayat Merong Mahawangsa

20. Dari KL ke Negeri Sembilan : Antara perkahwinan dan tuntutan perjuangan

21. Filem di UKM, gambus di UM dan kamera yang berkabus - Sedikit aktiviti untuk rakan aktivis Aceh


Friday, September 18, 2020

Misi menghantar anak balik kolej - Dari Temong mengimbau sejarah Raja Bilah di Papan dan peranan dalam lipatan sejarah

Salam lewat petang Jumaat. Adapun sehari dua ini saya sibuk menyajikan cerita-cerita tentang kempen Melayu bertanjak 16 September. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 

2. Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020

3. Melayu bertanjak hingga ke Indonesia pada Hari Malaysia 2020


Sekarang, sementara ada baki tarikh Islam 30 Muharram biar dipersembahkan cerita hari terakhir perjalanan saya dan keluarga ke utara baru ini. Sebetulnya perjalanan itu sudah hampir 3 minggu selesai, mennggu masa sahaja untuk dilengkapkan penceritaan. Maka bersambunglah kisah daripada artikel Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale yang dipersembahkan 3 hari lalu.

 

Pagi Selasa 1 September 2020. Setelah bermalam di surau Kampung Temong, Kuala Kangsar kami bersedia untuk menyambung perjalanan kembali ke arah Lembah Klang. Adapun itulah surau atau masjid pertama kali keluarga malah saya sendiri bermalam semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membendung wabak virus Covid-19 dilaksanakan bermula 18 Mac. Saya sudah biasa bermalam di masjid dan surau sejak hampir 20 tahun lalu manakala isteri menurut sama sejak kami berkahwin penghujung tahun 2008. Anak-anak kecil kami pula sudah dibiasakan sejak berumur kurang 2 bulan. Cuma sejak PKP boleh kata-kata rata masjid dan surau ditutup lalu dikunci semua pintu bangunan dan pagar selepas solat Isyak.


Kami sendiri pergi ke surau Temong malam sebelumnya dalam keadaan belum pasti dapat menginap. Bukan tiada tempat lain boleh ditumpang di Kuala Kangsar. Terdapat sekurang-kurangnya satu keluarga sedia menerima pada bila-bila masa. Tetapi sengaja kami mahu menginap di surau kerana kedudukannya yang dekat dengan makam Tok Temong. Alhamdulillah surau yang tidak lagi digunakan untuk bersolat jemaah tetapi masih terjaga itu tidak berkunci. Orang rumah sebelah pun kenal kami. Dari surau kami pun ke makam jam 9.30 pagi. Saya turun sebentar ke Sungai Perak di sebelah untuk mengambil wudhu. Walaupun masih ada wudhu dari surau saya suka memperbaharui dengan air sungai.


Makam Tok Temong, watak pemimpin wanita yang sangat terkenal dalam sejarah awal Kesultanan Perak 500 tahun yang lampau. Tak perlulah diberikan penerangan. Sudah banyak kali diceritakan dalam artikel-artikel di blogspot ini. Boleh kata tiap kali singgah ke Kuala Kangsar atau lalu di sekitar saya akan pergi menziarahi. Letaknya dari bandar diraja sekitar 11 km ke utara.



Bergerak ke arah selatan kami pergi ke Kampung Seberang Karai untuk melihat jambatan lama besi kereta api...



Asalnya sekadar hendak tunjuk kepada anak lelaki sulung kerana belum pernah sampai. Nampak sahaja jambatan terus dia teringan hendak naik lalu adik-adik pun ikut sama. Saya keluar sekali menemani, isteri menunggu dalam kereta. Seronok anak-anak terutama yang bongsu. Saya pula seriau kerana dia hendak mencuba bahagian yang bahaya. Lihat artikel Another family visit to Victoria Bridge di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan dengan mengambil jambatan lama kereta menyeberangi sungai sama iaitu Sungai Perak beberapa kilometer lagi ke selatan...






Belok kiri masuk ke pekan Karai untuk melihat jambatan lama kereta api dari belah sana...



Perjalanan diteruskan ke arah Sungai Siput mengikut jalan lama ke Ipoh...






Singgah di sebuah bengkel kereta di Chemor di mana kereta kami yang ini pernah ditinggalkan selama 6 bulan kerana masalah tertentu. Rujuk artikel-artikel lama berikut untuk penjelasannya :-



Dalam artikel Misi menghantar anak balik kolej - Meronda Tanjung pada Hari Kemerdekaan sebelum bergerak ke Kuale ada disebut bahawa penghawa dingin tidak berfungsi dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Kangsar hari sebelumnya. Apa yang terlupa hendak diberitahu adalah brek juga sudah mula bermasalah apabila asyik mengeluarkan bunyi seperti bergesel besi. Ini sebetulnya sudah bermula dalam perjalanan dari Taiping ke Pulau Pinang tetapi ketika itu belum berapa bising lagi. Lihat Misi menghantar anak balik kolej - Pusing sedikit Taiping dan cerita kereta tak boleh hidup sebelum meluncur ke Pulau Pinang. Nasib baik anak-anak tidak meragam, sedia menerima segala macam cabaran dalam pengembaraan. Asalkan ada telefon pintar untuk mengisi masa mereka sedia menunggu kerja membaiki kereta sampai siap.


Kami menyambung perjalanan sekitar jam 1.08. Kami ada berjanji untuk mengambil seorang kenalan di Ipoh sekitar jam 2. Ketika ini brake pad telah ditukar baru dan masalah alatan berkenaan sudah berjaya diselesaikan. Penghawa dingin pun dapat berfungsi tetapi rupa-rupanya untuk sementara sahaja. Selepas beberapa kilometer berjalan ia mati lagi. Tak boleh salahkan bengkel kerana ia bukan khas untuk penghawa dingin dan mereka pun sudah memberitahu.



Tentang kenalan di Ipoh beliau telah menawarkan untuk membawa kami masuk ke suatu tempat istimewa. Beliau telah menghubungi saya melalui Facebook sekitar seminggu sebelum itu, setelah mendapat tahu daripada seorang lain bahawa isteri saya berminat untuk masuk ke tempat tersebut. Rupa-rupanya beliau ada kaitan darah keturunan dengan pemilik tempat.


Gambar ini diambil setelah mengambil kenalan tersebut keluar Ipoh melalui jalan ke Seri Iskandar.


Kami mahu ke pekan kecil Papan. Tanpa dirancang masuk dahulu ke tanah perkuburan atau jirat Cina atas bukit.


Sebetulnya kami mahu pergi ke rumah seorang tokoh pemimpin besar orang Mandailing penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20 yang dikenali sebagai Raja Bilah. Apabila kenalan mendapat tahu kami belum pernah sampai ke makamnya sedangkan ia terletak berdekatan dia pun menunjukkan jalan.





Kalau tiada kenalan yang kami panggil sebagai Kak Fatimah itu memang susah hendak mencarinya. Kami pernah mencuba sendiri 8 tahun lalu tapi tak berjumpa. Lihat artikel lama Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Ipoh, Papan dan legasi orang Mandailing.


Rupa-rupanya tak susah mana. Tapi kena tahu hendak berhenti di belah mana kawasan jirat yang memenuhi hampir separuh bukit besar itu kemudian masuk membelah belukar dan ladang kelapa sawit ikut mana. Lihat artikel Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Papan, Perak diikuti Makam (Tomb of) Raja Bilah, Papan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)



Seterusnya kami dibawa ke tempat utama mahu diziarahi iaitu rumah besar tokoh yang turut dikenali sebagai Istana Raja Bilah. Sebenarnya makam terletak tidak jauh daripada rumah. Tetapi laluan berkenan sudah ditutup hutan belukar. Laluan mudah adalah daripada jirat Cina...


Dengan adanya Kak Fatimah dapatlah kami masuk ke rumah yang sudah berusia lebih 120 tahun itu. Dahulu tak dapat masuk kerana ia tidak terbuka kepada umum. Dan dahulu ia tidak begitu sesuai untuk dikunjungi kerana belum dibaik pulih. Lihat Dalam Istana Raja Bilah (Inside the Palace of Raja Bilah).


Dahulu kami masuk dengan berjalan kaki dari pintu pagar luar. Kini kami boleh membawa kereta hingga ke halaman rumah. Semua ini disebabkan Kak Fatimah adalah anak cucu Raja Bilah. Beliau adalah generasi ke-3 melalui seorang anak perempuan Raja Bilah yang diberi nama Raja Siti Awan. Katanya bandar Sitiawan dekat Lumut sana mengambil sempena nama neneknya itu.



Kak Fatimah memberitahu sedikit tentang sejarah Raja Bilah dan rumahnya. Kata beliau rumah besar batu ini dibina untuk menyambut kedatangan Sultan Idris, Sultan ke-28 Perak (1887-1916). Kalau tidak moyangnya itu lebih selesa setakat memiliki rumah kayu kecil sahaja.


Rumah tersebut masih wujud di sebelah rumah besar batu. Ia  diduduki dan dijaga oleh seorang anak cucu juga seorang pembantu. Di sinilah sebenarnya Raja Bilah menetap di Papan. Saya tak mahu menyebut rumah sebagai kediaman sepanjang hidup  kerana ada menyebut beliau pernah membawa diri ke Raub, Pahang. 

Rumah batu besar hanya digunakan untuk majlis-majlis rasmi juga menjamu orang ramai makan. Ini memandangkan beliau juga memegang jawatan Penghulu Papan selain menjadi pemimpin orang Mandailing yang paling utama di Perak. Dan lagi memang beliau berketurunan raja malah bertaraf raja bagi masyarakat. Walaupun ada menyebut orang Mandailing adalah berasal daripada orang Batak yang beragama Islam saya lihat ini kurang tepat. 

Memang ada yang berasal daripada orang Batak tetapi saya melihat Mandailing adalah suku kaumnya yang tersendiri. Yang Batak masuk Islam itu menjadi orang Mandailing setelah menyertai kemudian, bukan Mandailing berasal daripada Batak. Dan lagi ada yang sebenarnya daripada suku kaum lain bersemenda menjadi orang Mandailing. Misalnya Raja Bilah adalah daripada marga atau keluarga besar Nasution yang berasal daripada kerabat diraja Pagar Ruyung di Alam Minangkabau...


Kami sekeluarga diajak masuk lalu mahu dijamu dengan pulut kuning yang disediakan sendiri lalu dibawa Kak Fatimah dari Ipoh. Saudaranya yang menjaga rumah juga pembantu mahu membawa menghidangkan di rumah besar. Kami kata jangan susah-susah. Cukuplah dihidangkan di dalam rumah kayu. Kami lebih suka makan di situ kerana satu, memang kami suka rumah kampung kayu. Kedua, di sinilah Raja Bilah menetap, sebuah rumah kayu biasa, bukannya megah. 

Ini menandakan beliau adalah orang yang merendah diri. Apa-apa pakaian dan penampilan rasmi yang boleh kelihatan megah adalah sekadar untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pemimpin besar masyarakat yang diharap. Lihat Kediaman (Residence of) Raja Bilah. Sebetulnya ketika menulis perenggan atas sambil melihat gambar timbul rasa sebak. Walaupun tidak arif semua sejarah berkenaan, walaupun berasal daripada kaum keluarga berlainan puak di Perak, saya seolah-olah dapat merasakan beratnya beban perlu ditanggung oleh Raja Bilah demi menjaga kelangsungan masyarakat Mandailing yang dikatakan berhijrah ke Semenanjung akibat  Perang Paderi di Sumatera tahun1803 hingga 1837.

Setakat yang saya tahu orang Mandailing telah masuk ke Selangor tetapi atas sebab apa entah mereka dibunuh beramai-ramai lalu saki bakinya melarikan di Perak. Di sana mereka dapat hidup dengan lebih aman, antara sebabnya menurut sejarah rasmi adalah kerana kesediaan untuk bekerjasama dengan British yang gigih mahu mencengkam selepas Perjanjian Pangkor 1874. Saya datang daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 bersama Sultan ke-26 Perak, Sultan Abdullah (memerintah 1874-1877), Mereka dituduh terlibat dengan pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch tahun 1875. 

Akibat daripada pembunuhan yang disusuli Perang Perak-Inggeris 1875-1876 banyak harta pembesar Perak termasuk lombong-lombong bijih timah dirampas lalu diserahkan kepada pihak yang menyokong British termasuk Raja Bilah. Berdasarkan sejarah tersebut kami harus tidak sebulu dengan orang Mandailing. Tetapi itu cerita dahulukala. Sekarang saya ada ramai saudara mara hasil persemendaan dengan orang Mandailing termasuk daripada keluarga Ngah Jabor yang bersaudara dengan Dato' Maharajalela.  Dan bila dibaca sekali  hal yang berlaku di Selangor tidak boleh disalahkan Raja Bilah kerana bekerjasama dengan British. Ini kerana sebagai ketua malah raja bagi masyakarat Mandailing beliau harus mengutamakan kesejahteraan kaum dan masyarakat.


Daripada satu segi saya boleh berkata ah... Raja Bilah berjaya menjadi kaya raya dan membina pengaruh akibat bersekongkol dengan British lalu mendapat lombong-lombong bijih timah milik para pembesar Perak dan raja yang ada kena-mengena dengan keluarga saya. Itu sahaja boleh menimbulkan marah. Tetapi apabila melihat rumah kediaman Raja Bilah begitu ringkas dan rendah hati (humble) saya dapat merasakan bukan itu yang beliau mahu. Apapun selepas bertandang hampir 2 jam kami pun meninggalkan Papan lalu menurunkan Kak Fatimah di pekan Pusing.



Kata Kak Fatimah beliau boleh naik sendiri bas untuk kembali ke Ipoh hampir 20 km perjalanan sementara kami meneruskan perjalanan ke arah berlawanan menuju ke Seri Iskandar di selatan kemudian ke Bota. Dari situ kami mahu mengambil jalan ke Kampung Gajah lalu ke Teluk Intan. Tu dia, respect. Umur 73 tetapi masih aktif boleh berjalan seorang diri dengan menaiki kenderaan awam. Duduk suami isteri pun di rumah yang sangat sederhana walaupun pernah memiliki kedudukan sebelum pencen. Oh, saudara beliau yang menjaga rumah Raja Bilah itupun sudah berumur 79 atau 80 tahun, pembantunya sebaya. Masih larat jaga rumah besar walaupun sudah sedikit bongkok dan sangat beradab pada tetamu.


Perjalanan diteruskan melepasi Teluk Intan sehingga sampai ke masjid lama di Batak Rabit.



Saya mahu menziarahi makam datuk juga moyang sebelah bapa dan kaum kerabat lain daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota.



Ketika sampai ke rumah lewat malam meter kereta menunjukkan kami telah berjalan sejauh lebih 860 km. Cukuplah cerita tentang perjalanan ke utara yang berlangsung sekitar cuti Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Untuk makluman artikel ini sebenarnya siap ditulis dan disemak pada jam 12.07 pagi Sabtu 19 September. Tetapi sengaja disiarkan walaupun belum lengkap sebelum Maghrib petang Jumaat kerana mahukan tarikh Islam 30 Muharram. Selepas Maghrib sudah 1 Safar. Sekian selamat malam dan wassalam.


Thursday, September 17, 2020

Melayu bertanjak hingga ke Indonesia pada Hari Malaysia 2020

Artikel ini ditulis dan dipersembahkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) terlebih dahulu sebelum dikongsikan di sini...


------------------------


Salam malam Jumaat 30 Muharram. Merujuk pada artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 diikuti Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020. Kita sambung lagi hal kempen bangsa Melayu bertanjak Hari Malaysia sehingga cukup selesai...


Pada penghujung artikel Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020 ada disebut bahawa terdapat lagi lebih 50 buah gambar sekitar kempen bangsa Melayu bertanjak mahu dikongsikan lalu elok diletakkan dalam artikel baru. Untuk makluman gambar-gambar tersebut baru diambil lalu dikumpulkan sekitar jam 10 pagi tadi.



Sebelum itu saya sibuk mencari lalu memilih gambar-gambar daripada Facebook dan WhatsApp untuk digunakan dalam artikel Meninjau sambutan kempen Melayu bertanjak di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia 2020. Tiba-tiba Profesor Supyan Hussin daripada UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) menghubungi melalui WA jam 8.12 pagi lalu mengajak masuk grup bernama Bangsa Bertanjak melalui perisian Telegram.


Beliau yang baru sahaja meninggalkan jawatan pengarah ATMA (Institut Alam & Tamadun Melayu), UKM tetapi masih berada di sana atas kapasiti lain memberitahu terdapat 4,600 ahli dalam grup. Terdapat banyak gambar orang bertanjak menghiasinya.


Supyan sendiri sudah berjinak dengan pemakaian tanjak malah busana penuh tradisional Melayu sejak 2-3 tahun lalu. Beliau termasuk antara sejumlah cendekiawan tanah air yang kini rajin memakai begitu ke majlis-majlis terutama apabila melibatkan isu-isu Melayu.


Saya tidak pernah memakai Telegram sebelum itu. Disebabkan saranan beliau saya pun membuka satu akaun melalui komputer riba.


Selesai itu saya memberitahu Supyan. Beliau pun memasukkan saya ke dalam grup. Bermulalah penjelajahan saya dalam grup itu.



Ternyata ia sangat aktif. Terlihat begitu banyak gambar telah dikongsikan sekitar Hari Malaysia 16 September sejak jam 1 pagi lagi.


Tetapi saya cuma boleh menggunakan sejumlah sahaja untuk artikel. Saya harus menghadkan jumlah supaya artikel tidak terlalu panjang lalu mula memilih gambar-gambar yang diletakkan bermula jam 8.30 pagi.


Gambar-gambar di sini kesemuanya diambil daripada Telegram grup Bangsa Bertanjak. Biarlah dikongsikan tanpa memperincikan situasi dan tempat ya.



Sesetengah tempat boleh dikenali melalui bangunan penanda ataupun landmark...






Sesetengah pula kelihatan umum, entah di mana tetapi tetap jelas untuk menunjukkan semangat kemasyarakatan ataupun komuniti dalam melestarikan kempen Melayu bertanjak...


Kalau nak sebut semua nama tempat jenuh le. Ada yang saya boleh kenal walaupun tak ramai tahu kerana pernah sampai atau cam tempat. Misalnya ini di hadapan muzium di atas Bukit Melawati di Kuala Selangor.



Ada yang saya cuma boleh meneka-neka entah di atas puncak gunung atau bukit mana. Yang penting terserlah di suatu tempat tinggi yang cantik dalam hutan.





Kalau hendakkan kepastian saya harus membaca setiap perkataan selain melihat gambar. Letih tu. Memilih gambar jauh lebih mudah walaupun banyak kerana kita boleh melihat apa yang dirasakan berkenaan tanpa memerlukan apa-apa penerangan.

























Saya sekadar memilih berdasarkan kronologi bilakah dipamerkan dalam Telegram. Saya 'lompat lompat' sebelum mengambil mana-mana yang terasa berkenan kerana terlalu banyak.































Cuma gambar ini sahaja biar diberikan sedikit penerangan. Ia adalah di suatu tempat di Indonesia. Walaupun tidak jelas lokasi saya boleh tahu ia di negara tersebut kerana perkataan Kecamatan pada poster. Ini merujuk kepada suatu mukim menurut bahasa Indonesia. Kalau daerah dipanggil Kabupaten kalau tingkat negeri dipanggil Provinsi...



'






'
Cukuplah untuk membuktikan bahawa kempen bertanjak ini turut diraikan di Indonesia seperti disebut melalui poster-poster dalam artikel Mari kembali bangkit bangsa Melayu bertanjak 16 September 2020 awal pagi semalam. Pada saya ini amat menarik perhatian kerana mereka sanggup melakukannya pada tarikh sama. Padahal kita cuma mengambil kesempatan di atas sambutan dan cuti Hari Malaysia.  Selain itu ada ideologi melibatkan pembentukan negara 57 tahun lalu. Kesanggupan untuk bersama menunjukkan mereka tidak takut dituduh terikut-ikut Malaysia. Hal ini nampaknya kerana soal tanjak melibatkan maruah yang melangkaui sempadan negara.






Ia menjurus kepada penyatuan menyeluruh umat atas nama Melayu. Wadah penyatuannya adalah pemakaian tanjak. Sungguh ia merupakan lambang tanah yang dipijak.






Difahamkan sambutan serupa turut dilakukan di Patani di selatan Thailand. Walaupun belum menemui gambar-gambar dan belum sempat menyemaknya dikatakan kempen Melayu bangsa bertanjak turut mendapat sambutan di Brunei dan Singapura...






Kelihatan seperti  sudah ada bibit-bibit penyatuan bangsa Melayu di seluruh Asia Tenggara.






Hal ini memang ditunggu oleh ramai yang mengkaji.






Bagi mereka ia kelihatan seperti semboyan kebangkitan Islam dari Timur.






Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW  bahawa pada akhir zaman kelak akan ada pihak membina daulah Islamiah sejati di belah Timur sebelum menyerahkan kuasa kepada pemimpin tertinggi yang dikenali sebagai Imam Al-Mahdi.



Kekuasaan itu menjurus pada berdirinya kembali sistem Khilafah berdasarkan manhaj Nabi meliputi seluruh dunia. Selepas beberapa peristiwa yang menggetirkan umat Islam yang masih hidup akan mendapat kemenangan mutlak lalu mula mengecapi zaman keemasan.





Cukuplah gambar-gambar ini untuk menunjukkan kempen Melayu bertanjak memang mendapat sambutan sehingga dapat direalisasikan dengan penuh kebanggaan dalam pelbagai situasi tanpa rasa canggung mahupun segan silu.