Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 23, 2021

Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa




Salam lewat petang Jumaat 11 Ramadhan. Ada juadah untuk berbuka puasa. Adapun sejak petang semalam saya sibuk menyediakan lalu berkongsi artikel-artikel bagi menunjukkan senarai 50 perjalanan terjauh yang pernah dibuat setakat ini diikuti 10 istimewa dalam kumpulan 10 perjalanan bagi setiap artikel. Ini kerana setiap perjalanan disertakan peta laluan lalu mengambil ruang. Selain itu ia dipersembahkan dalam bentuk 'menaik jarak' iaitu daripada perjalanan ke-50 terjauh membawa ke perjalanan paling jauh. Sekarang biar  dipersembahkan senarai semua perjalanan tanpa peta lalu boleh dilihat dalam satu artikel, menurut aturan nombor 1 paling jauh membawa hingga yang ke-50 terjauh diikuti 10 istimewa.


Lima puluh perjalanan terjauh


1. Kembara solo Eropah tahun 1995 mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.

2. Projek Daulah Melayu 2015-20164,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016

3. Pusing Thailand Disember 2017 - 4,167 km Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation .

4. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007 lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.

5. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) sekitar 4,000 km. Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.

6. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung.

7. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 - sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi

8. Cambodia penghujung tahun 2018 - lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.

9. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 - menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.



12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 - 2,374.9 km. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation...

13. Pusing Pulau Jawa Mei 2012lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa"

14. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.

15. Krabi 16 - 26 Dis 2019 - sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.

16. Ke Terengganu selepas Aceh 2004 - sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.

17. Berpetualang ke Aceh 2004 sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.

18. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 - lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.

19. Pantai Timur 2010 lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur"

20. BKA Tour Run 2007 - lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.

21. Scotland 1993 mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.

22. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 - 1,680 km. Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun.

23. Ke Patani Mac 2018 - harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.

24. Ke Pantai Timur Ramadhan 2009 - sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".

25. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 - mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....

26. Ke Patani Januari 2017 -  lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.

27. Bermotosikal ke Pantai Timur 2012 - lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.

28. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (tahun 2012) - lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.

29. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 - lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.

30. Jejak Merong 2010 -  sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

31. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 - 1,363 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.

32. Pantai Timur bersama isteri 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.

33. Aceh 2014 - 1,280 km. Lihat Berjayanya misi HIKMAH Aceh.

34. Naik basikal separuh Semenanjung 1989 - lebih 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989.  

35. Kali pertama ke makam Tok Kenali sekitar 2003 - sekitar 1,250 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Kenali tahun 2003

36. Aceh 2009 -  1150 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur....


38. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".

39. Umrah ziarah 2005 - lebih 1,100 km. Lihat Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....

40. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - harus lebih 1,100 km. Lihat  Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003.

41. Sewa kereta di England 1994 - lebih 1,100 km. Lihat Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994.

42. Al-Rasyid naik kereta api ke Singapura penghujung 2010 - 1,100 km. Lihat Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura selesai udah....

43. Umrah ziarah 2013 -  harus 1,100 km. Lihat Ziarah dan umrah 2013 - Dari mula sampai ke tamat.....

44. Kuala Muar ke Kuala Pahang 2020 - hampir 1,100 km. Lihat Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang".

45. Hol Tok Pulau Manis 2019 - hampir 1,100 km.  Lihat Kenangan menyahut panggilan hol Tok Pulau Manis 2019.

46. Ke Utara menutup kalender 2014 - menghampiri 1,100 km. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation.

47. Trip anak beranak ke Desaru Dis 2014 - hampir 1,100 km. Lihat Trip anak-beranak ke Desaru – Compiled.

48. Aceh Jan 2010 - 1,050 km. Lihat Segala macam ragam petualangan Al-Rasyid ke Aceh.

49. Perjalanan ke selatan penghujung 2020 - sekitar 1,040 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan di selatan penghujung 2020.

50. Hol Gunung Jerai 2017 -  sekitar 1,030 km. Lihat Kenangan sambutan Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai tahun 2017.


Sepuluh perjalanan istimewa


1. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - sekitar  950 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.

2. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 - sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.

3. Aceh Feb 2010 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat....

5. Sulawesi Selatan 2013 - sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.

6. Kalimantan Barat 2015 - kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled.

7. Menyusur Sungai Johor 2015 - sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015.

8. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang tahun 2016 - mendekati 700 km.  Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016.

9. Tengah Sumatera 2017 lebih 900 km. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.

10. Aceh 2017 - 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.



Untuk melihat peta lalu meneliti sendiri laluan setiap perjalanan boleh masuk sini :-



Sepuluh perjalanan istimewa

Pada awal artikel Senarai perjalanan terjauh : 50 hingga 41 ada disebut begini :

... senarai 50 perjalanan terjauh saya setakat ini yang dapat diingati cukup butiran. Disebut cukup butiran kerana sebenarnya terdapat lagi perjalanan-perjalanan yang boleh membentuk senarai tetapi diabaikan kerana tidak cukup butiran. Bila cukup butiran baru boleh dibuat cerita-cerita yang cukup memuaskan. Jarak perjalanan pun dapat dikira lalu dibandingkan untuk membentuk senarai.

Sekarang biar diberitahu bahawa antara perjalanan yang boleh memasuki senarai 50 terjauh tetapi diabaikan adalah membuat liputan acara pertama lumba basikal Jelajah Mesra anjuran PDRM (Polis Diraja Malaysia) selama lebih kurang seminggu keliling Semenanjung. Ketika itu saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times (1996-2001). Saya ikut sama sepanjang perjalanan bersama rombongan polis lalu mencapai jarak yang harus mendekati 2,000 km kalau tidak pun lebih. Pun begitu yang melekat dalam ingatan cuma aktiviti malam di Alor Setar juga mengikut seorang penyanyi baru (ke pelakon?) wanita yang baru mencipta nama lalu boleh tahan terkenal makan malam di Pulau Pinang. 

Kedua-dua cerita tidak sesuai dikongsikan kepada umum. Bilakah acara berlaku pun tak ingat, cuma harus sekitar tahun 1998 hingga 1999. Cari kat Internet pun tak jumpa rujukan walaupun masih boleh terjumpa cerita dan berita acara atas nama Jelajah Mesra PDRM tetapi bagi edisi-edisi yang jauh lebih lewat beberapa tahun kemudian. Lagipun ketika teringat tentang acara saya sudah menyiapkan senarai 50 perjalanan terjauh. Cuma mahu mengambil masa untuk mengeluarkan butiran, sesetengahnya sambil menggali kembali ingatan, satu proses yang memakan masa dan agak memenatkan.

Memikirkan itu terasa lebih elok perjalanan tersebut diabaikan. Selain itu terdapat beberapa perjalanan lain yang setiap satu melepasi jarak 1,000 km tapi tidak ingat juga butiran. Rasa malas hendak cuba mengorek kembali  ingatan kerana apa yang dapat disenaraikan pun sudah cukup banyak. Sebaliknya ada yang diingati segala macam butiran malah sudah dikongsikan cerita-ceritanya di blogspot tetapi jarak perjalanan tidak cukup untuk dimasukkan ke dalam senarai 50 terjauh  Namun ia cukup bermakna lalu harus disebut dalam satu senarai tersendiri yang dipanggil "Sepuluh perjalanan istimewa"




1. Mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 


Lakaran mudah kurang 900 km. Lihat sini.  Jarak sebenar sekitar  950 km malah boleh jadi lebih 1,150 km (ada satu bahagian perjalanan yang kurang pasti apakah dilakukan pada masa itu atau pada sesi perjalanan lain). Lihat Kompilasi cerita kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000.


2. Kali pertama ziarah makam tahun 2001 


Lakaran mudah kurang 700 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 780 km. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.


3. Aceh Feb 2010 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah 144 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 170 km. 


Luar Banda Aceh - Lakaran mudah 780 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 800 km. 

Jumlah = 170 km + 800 km = 970 km. Lihat Maulidur Rasul di Aceh dari mula hingga tamat...


4. Brunei 2010 


Lakaran mudah 475 km. Lihat sini. Jarak sebenar  lebih 500 km.


Pulau Labuan - Lakaran mudah 67.3 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 70 km. 

Jarak keseluruhan = 500 km + 70 km (feri pergi balik ke Labuan) + 70 km = 640 km. Lihat Tribute untuk lawatan tak dijangka ke Brunei bulan Ogos


5. Sulawesi Selatan 2013 


Sekitar kota Makassar - Lakaran mudah 118 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus mendekati 130 km.


Luar Makassar - Lakaran mudah 486 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 500 km. Kalau tidak kerana masalah sakit akibat patah kaki tentu perjalanan dapat dilanjutkan sehingga mencapai jarak 900 km.

Jumlah = dekat 130 km + sekitar 500 km = sekitar 630 km. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation


6. Kalimantan Barat 2015 


Lakaran mudah 745 km. Lihat sini. Jarak sebenar kurang 800 km. Lihat Jejak Kalimantan Barat – Compiled


7. Menyusur Sungai Johor 2015 


Lakaran mudah 927 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 950 km. Lihat Kenangan menyusur Sungai Johor tahun 2015


8. ‘Menimbang’ Air Sungai Pahang tahun 2016 


Lakaran mudah dekat 650 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus mendekati 700 km. Lihat Kenangan 'Menimbang' air Sungai Pahang 2016


 9. Tengah Sumatera 2017 


Lakaran mudah 855 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 900 km. Ia sepatutnya melepasi 1,200 km kalau tidak disebabkan masalah tertentu. Lihat Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - The compilation.


10. Aceh 2017 


Sekitar Banda Aceh - Lakaran mudah kurang 79.4 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 90 km.


Luar Banda Aceh - Lakaran mudah kurang 800 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 830 km. 


Pulau Sabang - Lakaran mudah 71.2 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 80 km. 

Jumlah = 90 km + 830 km + 80 km = 1,000 km. Lihat Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kompilasi perjalanan 8 hari.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak  8,320 km (950 + 780 + 970 + 640 + 630 + 800 + 950 + 700 + 900 + 1,000). Julat jarak perjalanan adalah 630 km hingga 1,000 km.


Senarai perjalanan terjauh : Akhirnya Top Ten

Sampai masanya untuk memberitahu apakah 10 perjalanan saya yang paling jauh setakat ini. Untuk makluman senarai cuma mengambil kira jarak perjalanan di atas permukaan bumi sahaja iaitu di air dan darat. Kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Kalau ambil kira terus jadi banyak begitu sahaja. 

Misalnya kalau pergi Perancis jarak penerbangan pergi balik pun dah dekat 25,000 km. Kira 'tak aci' le sebab boleh sampai dalam tempoh tak sampai sehari sambil makan tidur makan tidur sahaja. Senarai mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan.  Maka bersambung kita daripada artikel  Senarai perjalanan terjauh : 20 hingga 11.


10. Misi HIKMAH IV 2013 


Lakaran mudah sekitar 2,300 km. Lihat sini. Namun meter kenderaan (motosikal kemudian kereta) menunjukkan jumlah 2,700 km. Lihat Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari perjalanan bermotosikal besar hingga kembali berkereta 2,700 km.


9. Pengembaraan buku Rumah Azan penghujung 2008 


Lakaran mudah 2,658 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus menghampiri 2,800 km. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.


8. Cambodia penghujung tahun 2018 


Lakaran mudah lebih 2,900 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 3,000 km. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation.


7. Pengembaraan buku Kereta Api 2010 


Lakaran mudah 3,276 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus sekitar 3,300 km. Lihat Projek buku keretapi.


6. Bermotosikal besar solo keliling Semenanjung Dis 1997 – Jan 1998 


Lakaran mudah 2,449 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 3,850 km.  Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung


5. Pengembaraan setelah trilogi BKA keluar (tahun 2007-2008) 

Terbahagi kepada 3 bahagian :-


Bahagian Selatan.   Lakaran mudah kurang 1,000 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus hampir 1,100 km. 


Bahagian Utara Lakaran mudah lebih 1,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar sekitar 1,600 km.


Bahagian Timur - Lakaran mudah kurang 1,300 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih daripada itu.

Jarak perjalanan keseluruhan harus sekitar 4,000 km (1,100 km + 1,600 km + 1,300 km). Lihat Kenangan pengembaraan setelah trilogi BKA keluar 2007-2008.


4. Perjalanan 2 bulan ke Pantai Timur dan Selatan lalu ke Utara 2006-2007


Lakaran mudah lebih 3,500 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 4,000 km. Lihat Mengenang kembali pengembaraan 2 bulan Disember 2006-Februari 2007.


3. Pusing Thailand dengan kereta sendiri Disember 2017 


Lakaran mudah hampir 3,800 km. Lihat sini. Jarak sebenar menurut meter kereta 4,167 km. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation.


2. Projek Daulah Melayu 2015-2016

Perjalanan boleh dibahagikan kepada beberapa sesi :- 


Recce - Lakaran mudah 1,520 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,550 km. 


Shooting Utara -  Lakaran mudah 1,266 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,300 km.


Shooting Melaka-Penang-Lenggong -  Lakaran mudah lebih 1,200 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,250 km. 


Sekitar Surabaya  -   Lakaran mudah 325 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 350 km. 

Jarak keseluruhan = 1,550 km + 1,300 km + 1,250 km + 350 km = 4,450 km. Lihat Kenangan projek dokumentari "Daulah Melayu" 2015-2016.


1. Kembara solo Eropah tahun 1995 


Lakaran mudah lebih 5,122 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar mendekati 5,900 km. Lihat Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 38,167 km (2,700 + 2,800 + 3,000 + 3,300 + 3,850 + 4,000 + 4,000 +4,167 + 4,450 + 5,900). Julat jarak perjalanan adalah 2,700 km hingga 5,900 km.


Senarai perjalanan terjauh : 20 hingga 11

Meneruskan perkongsian untuk memaparkan 50 perjalanan terjauh. Bersambung daripada Senarai perjalanan terjauh : 30 hingga 21 dengan masuk pada perjalanan ke-20 hingga ke-11. Sekali lagi biar diingatkan bahawa senarai ini diatur berdasarkan jarak perjalanan di atas permukaan bumi iaitu di air dan darat. Maksudnya kalau ada naik kapal terbang jarak penerbangan tidak diambil kira. Senarai mengandungi gambar lakaran mudah perjalanan dalam peta, pautan bagi peta berkenaan di Google Map juga pautan bagi artikel yang merangkumkan kesemua cerita bagi setiap perjalanan. 


20.  BKA Tour Run 2007


Lakaran mudah 1,624 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.


19. Pantai Timur 2010


Lakaran mudah hampir 1,600 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".


18. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 


Lakaran mudah hampir 1,700 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.


17. Berpetualang ke Aceh 2004 


Perjalanan ada dua bahagian - Dalam Malaysia. Lihat sini


Di Sumatera. Lihat sini

Lakaran mudah 474 km + 857 km = 1,331 km. Campur 256 km feri Pulau Pinang  ke Belawan + 50 km pusing pergi balik feri Pulau Pinang + 190 km feri Tanjung Balai ke Port Klang + 50 km Port Klang ke rumah ibu saudara di mana perjalanan baru betul-betul selesai jadi 1,877 km. Campur pusing-pusing dalam kawasan beberapa bandar dan sebagainya harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004.  


16. Ke Terengganu selepas Aceh 2004


Lakaran mudah sekitar 1,331 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,900 km. Lihat Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004.


15. Krabi Dis 2019 


Lakaran mudah hampir 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 2,200 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019.


14. Liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 


Lakaran mudah dekat 2,100 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 2,250 km. Lihat Kompilasi cerita kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000.


13. Pusing Pulau Jawa Mei 2012 


Lakaran mudah 2,045 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 2,300 km. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa".


12. Johan pusing separuh Semenanjung Apr 2012 


Lakaran mudah baru dapat 1,439 km. Lihat sini. Jarak sebenar adalah 2,374.9 km (ditunjukkan pada meter kereta) kerana banyak pusing masuk ceruk rantau. Lihat Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - The compilation....


11. Beruzlah ke Pantai Timur 2016 


Ada 3 bahagian. Bahagian 1 - Lakaran mudah 1252 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,300 km. 


Bahagian 2 – Naik pesawat pergi balik Kota Bahru. Jarak sebenar atas darat harus 80 km. Lihat sini. Campur perjalanan dari rumah ke lapangan terbang Subang  40 km kemudian KLIA 2 ke rumah 90 km jadi 210 km. 


Bahagian 3 -    Lakaran mudah 1,132 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,150 km. 



Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 20,885 km (1,700 + 1,800 + 1,800 + 1,900 + 1,900 + 2,200 + 2,250 + 2,300 + 2,375 + 2,660). Julat jarak perjalanan adalah 1,700 km hingga 2,660 km.