Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Oktober 25, 2012

Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing di merata Kelantan sebelum buat kerja gila mendaki Bukit Panau

Assalamualaikum. Malam ini, sempena sudah masuk 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Haji @ Aidil Adha biar cerita pengembaraan ke Pantai Timur 27 Sept-1 Okt dilanjutkan. Maka bersambung dari Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing dari Kuala Terengganu hingga ke Kota Bahru.


Ahad 30 September 2012. Kami telah bermalam di rumah seorang rakan berdekatan PCB (Pantai Cahaya Bulan atau nama lamanya, Pantai Cinta Berahi) lalu sedia untuk menyambung perjalanan.


Alang-alang dah dekat PCB kami pergi melihat pantai.


Kemudian pergi ke Kuala Besar, masuk kawasan pusat perikanan melihat pemandangan kuala Sungai Kelantan.


Ketika itulah saya dapati ada perubahan geografi sudah berlaku di kawasan kuala sungai. Sebuah semenanjung pasir yang pernah saya jejaki sehingga ke tengah telah bertukar menjadi pulau. Kami pun pergi lebih dekat untuk memastikan. Lihat artikel The new 'island' in the middle of Kelantan river mouth blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Seterusnya kami bersarapan di sebuah kedai yang agak klasik.


Di sini kami berkenalan dengan beberapa orang tempatan termasuk seorang pakcik yang berumur 80an, tetapi masih tegap dengan kulit tegang seperti berumur paling tua pun 50an. Rupa-rupanya pakcik itu adalah pengamal persilatan dan tomoi juga aktif budaya seperti wayang kulit. Ingatkan itu dah habis tua ataupun senior... kemudian kami dikenalkan dengan seorang pakcik yang didakwa pelanggan lain sebagai berumur 140 tahun! Kedengaran agak mustahil, tubuh badan dan perawakan seperti berumur paling tua pun 70an, mungkin dah lemah sedikit, jalannya bertongkat. Tetapi kalau 140 tahun itu dakwaan melampaun pun, saya percaya dia memang sudah berusia lebih 100 tahun. Oh. Saya tidak mengambil gambar mereka ya...


Kedai makam tadi sudah dekat dengan Banggol di mana terdapat sebuah tanah perkuburan Islam yang agak besar.


Kami menziarahi makam lama yang dikatakan milik Cik Siti Wan Kembang, pemerintah perempuan terkenal dalam sejarah negeri Kelantan.


Di Banggol juga terdapat makam ulamak besar yang dipanggil Tuan Tabal, kalau tak salah orang pertama membawa Tariqat Ahmadiyah ke Semenanjung Tanah Melayu.


Masuk ke bandar raya Kota Bahru kami singgah di Masjid Muhammadi lalu memanjat menara azannya. Lihat Kota Bahru from a highest part of Masjid Muhammadi.


Kami juga singgah di Pasar Khadijah kerana saya teringin nak beli dan makan jering rebus cicah kelapa parut. Makanan ini dibawa ke Nilam Puri di mana terdapat Masjid Kampung Laut.


Selepas menjamakkan solat Zuhur dan Asar kami berkejar ke Masjid Brunei di tepian Danau Tok Uban. Lihat The Brunei Mosque at Danau Tok Uban by bike.


Kemudian kami mengambil jalan ke Sungai Keladi, terus keluar satu kawasan kampung kemudian masuk jalan berbatu-batan kasar.


Ada satu misi yang sudah lama ingin saya selesaikan. Saya pernah melakukannya sekali beberapa tahun lalu dengan berjalan kaki. Kali ini kami mahu memanjat Bukit Panau sehingga ke puncak dengan menaiki motosikal besar.


Sungguh, jalan sangat curam malah teruk dan banyak pecah-pecah. Sungguh, taubat tak nak buat lagi dah. Tapi bila dah masuk tu pantang berundur. Boleh kata sepanjang perjalanan kami pakai gear satu sahaja dan tidak boleh berhenti langsung sampai ke atas. Nasib baik pemandang di situ memang indah. Lihat artikel Going up Bukit Panau. Di puncak juga terdapat makam tunggal yang dipercayai sesetengah pihak milik seorang tokoh pendeta yang namanya sangat besar. Lihat artikel Makam Adiputra di Bukit Panau? (Tomb of Adiputra at Bukit Panau?) blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Bila jalan dah sangat curam kemudian berliku-liku pula, banyak pecah dan berlubang, ada batu-batan bersepah, perjalanan turun juga mencabar. Pakai motosikal besar yang memang berat, ini sangat mencabar! Memang memanjang kena main brek sahaja, kalau tersilap langkah boleh tergelincir jatuh atau terlepas selekoh sempit langgar besi penghalang. Memang taubat tak nak buat lagi dah. 

Bila dah rasa pengalaman ini baru saya tersedar. Dulu ada hati nak bawak isteri dan anak-anak naik sampai ke puncak Bukit Panau dengan kereta Kenari kami. Mentang-mentanglah pernah naik sampai ke puncak Gunung Jerai. Tapi jalan sana jauh lebih elok, tidak seperti di sini. Nasib baik tak buat apabila isteri melihat jalan masuk ke kaki bukit pun dah cukup teruk untuk kereta. Kalau naik juga memang sah cari nahas.


Cukuplah kerja gila tu sekali. Kalau nak naik lagi lain kali lebih elok pakai motosikal cub atau berjalan kaki. Selesailah misi kami di Kelantan. Sekarang kami mahu mengorak langkah menghala selatan ke Terengganu.

Kelihatan di sini kami berhenti dalam perjalanan ke Machang... apabila mendapati tanda-tanda hujan lebat di hadapan. Lihat beg-beg yang diselaputi poncho askar. Sebelum itu kami menyarung baju hujan.


Ternyata hujan amat lebat sehinggalah hampir ke sempadan Terengganu. Kami berhenti di Jerteh untuk mengisi minyak.


Perjalanan diteruskan menghala ke Kuala Terengganu. Berhenti di Kampung Gemuruh untuk makan malam kemudian ke masjid untuk mandi dan solat.


Kelihatan di langit bulan penuh. 


Rancangnya selepas solat mahu menyambung perjalanan sehingga ke Hulu Dungun. Tengok-tengok pakaian dalam beg dimasuki air akibat hujan petang. Nampaknya saya terlupa menutup satu bahagian, menyebabkan air boleh mengalir hingga membasahkan hampir semua isi beg. Dah terpaksa keringkan dahulu dengan kipas dalam masjid. Nasib baik memang ada ruang yang boleh digunakan musafir. Apa lagi, kami pun layan lelap...



Isnin, Oktober 22, 2012

Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Berposing dari Kuala Terengganu hingga ke Kota Bahru

Kita lupakan hal HIKMAH sebentar. Kita kembali kepada penceritaan pengembaraan di Pantai Timur 27 September - 1 Oktober. Bersambung dari Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Jumaat di Ulu Terengganu, tapak kebangkitan Islam akhir zaman?.


Subuh hari Sabtu, 29 September 2012, saya bersiap untuk bersolat jemaah. Kelihatan dalam gambar sahabat saya Zaidi berbaju merah sudah masuk dalam saf. Saya pula baru selesai mengatur barangan.


Kami telah bermalam di sebuah masjid di Kuala Terengganu.


Tadi tu adalah pemandangan dari atas masjid.


Inilah masjidnya, sebuah masjid terkenal yang kini sedang ditambah bangunan batu.


Tentu ramai tahu masjid siapakah ini...


Dari masjid kami mengambil jambatan kayu menyeberangi Sungai Terengganu.


Seriau juga naik motosikal besar menyeberangi jambatan kayu yang sudah dikopakkan di kebanyakan bahagian kiri dan kanan, mungkin sebagai persediaan untuk digantikan kayu baru. Tetapi itulah laluan yang ada jika mahu masuk berjalan di Pulau Sekati.


Selepas itu kami makan pagi kemudian menziarahi makam wali besar Terengganu, Tokku Paloh.


Dari makam kami ke Pulau Wan Man untuk berposing di hadapan Masjid Kristal.


Tak cukup itu semasa keluar pun posing motosikal lagi semata-mata untuk mendapatkan latar belakang replika Masjidil Aqsa di Taman Tamadun Islam.


Keluar dari Pulau Wan kami singgah di Masjid Losong untuk melihat sebuah mimbar lama. Masjid tersebut terletak di tepian sungai. Posing lagi motosikal.


Seterusnya kami ke Chabang Tiga untuk mencari makam lama yang memang dikenali sebagai Makam Lama. Akibat tak ingat jalan kami terjumpa dahulu makam Tokku Melaka yang katanya adalah bapa mertua Tokku Paloh. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tokku Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Kemudian baru dapat menemui Makam Lama. Lihat artikel A visit to the old tombs of Makam Lama, Chabang Tiga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan ke Pulau Duyong untuk mencari tempat pembuatan kapal secara tradisional yang sudah lama ingin dilawati Zaidi. Lihat The wooden yacht yard at Pulau Duyong.


Selesai itu kami pun meninggalkan Kuala Terengganu lalu mengambil jalan pantai. Posing lagi di sekitar pantai Batu Rakit.


Sampai di Penarik, Setiu jalan pantai membelok ke kiri untuk mengelakkan satu kawasan tanjung yang memanjang ke kuala Sungai Setiu. Tetapi kami berjalan terus masuk ke jalan kampung sehingga ke penghujung, sampai jalan mati lalu terlihat pantai yang cantik ini. Lihat The beach near Kampung Mangkuk, Setiu.


Dengan tidak disangka kami juga terjumpa rumah Mister Potato, hehe. Lihat The resort called Terrapuri.


Hampir ke Kampung Raja, Besut baru kami makan tengah hari. 


Destinasi seterusnya adalah Bukit Keluang di mana terdapat gua-gua tepian pantai. Lihat Looking at the caves of Bukit Keluang till its the last one.


Kami posing lagi di pekan Kuala Besut.


Oh. Kami menghabiskan masa agak lama di Kuala Besut kerana saya kehilangan kunci motosikal. Sebenarnya untuk perjalanan Pantai Timur ini saya tergerak untuk membawa 3 pasang kunci. Entah kenapa, sudah hilang sepasang di Tasik Kenyir, boleh hilang lagi dalam perjalanan ke sini. Dengan kunci tinggal sepasang saya tidak boleh mengambil risiko lagi. Sekurang-kurangnya satu pasang kunci harus dibuat lagi (saya menggunakan 2 kunci, satu untuk hidupkan motosikal, satu lagi untuk membuka tangki dan sebagainya). Nasib baik ada sebuah kedai kunci di Kuala Besut. Itupun ada masalah membuat kunci sehingga kami terpaksa menunggu agak lama lalu kami membuat keputusan untuk bersolat di Kuala Besut.


Selepas itu baru kami masuk ke negeri Kelantan lalu singgah di Tok Bali.


Sampai sini rasa tak sah kalau tak berjalan ke hujung benteng batu.


Kata Zaidi ini adalah kali pertama beliau sampai ke Kelantan.


Persinggahan seterusnya adalah di Pantai Irama, Bachok.




Kemudian kami mengambil jalan ke Kedai Lalat lalu ternampak patung Buddha gergasi ini...


Dari Kedai Lalat sudah dekat untuk ke Pulau Melaka di mana terdapat rumah dan madrasah Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Apabila saya memberitahu ini kepada Zaidi dia terus menyatakan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru kalau dapat. Asalnya kami bercadang mahu bersolat Maghrib di Masjid Tok Kenali tetapi dah sampai Pulau Melaka kami pun terus ke rumah Tok Guru. Kebetulan kami sampai ketika azan Maghrib berkemundang daripada masjid di sebelahnya. Tidak lama kemudian Tok Guru keluar dari rumah...


Tok Guru terus menegur dari mana kami datang. Zaidi mengambil peluang untuk bergambar. Suka betul dia, kali pertama sampai ke Kelantan terus terjumpa Menteri Besar. Sebelum itu kami ada berbual dengan anak dan menantu Tok Guru. Selepas Maghrib terjumpa dan berbual lagi. Gambar ini diambil dari blogspot Zaidi. Lihat sini


Dari Pulau Melaka kami ke Kubang Kerian untuk menziarahi makam wali Allah terkenal di Kelantan iaitu Tok Kenali.


Zaidi suka lagi kerana dia juga sudah lama menyimpan hasrat untuk ke sini. Saya sudah sampai entah berapa kali malah pernah bermalam di makam.


Selepas itu kami ke Masjid Tok Kenali, terjumpa pula dengan Ayah Man iaitu Haji Lokman yang mengemudikan madrasah di sebelah selain menjadi salah seorang imam. Ayah Man yang merupakan ayahanda kepada bekas pelakon dan pelawak, Bob Lokman cam saya kerana sudah beberapa kali datang bersolat juga bermalam di masjid termasuk bersama anak-anak dan isteri. Dia bertanya jika kami ingin bermalam di masjid. Jawab saya tidak kerana sudah diajak kawan bermalam di Pantai Cahaya Bulan ataupun PCB. Tetapi kami ingin mandi dan bersolat Isyak...