Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Mac 27, 2021

Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Terlajak lebih 370 km selepas menghantar isteri lama

Salam petang Sabtu 13 Sya'aban. Masuk penceritaan sebenar perjalanan. Bersambung daripada artikel Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Sedikit latar belakang.


Sudah disebut dalam artikel sebelum ini bahawa ketika perjalanan berlaku isteri lama sedang bertugas sebagai guru di Changkat Lada. Seingat saya sekitar 6 bulan selepas bernikah pada penghujung tahun 1999 baru ditukarkan ke Kuala Lumpur seperti yang diminta. Oleh itu perjalanan harus berlaku pada separuh pertama tahun 2000. Tetapi tak ingat langsung suasana ketika menghantar isteri kembali ke Changkat Lada dari KL. Yang ingat adalah beberapa hal seterusnya. 

Oh. Lagi satu perkara baru teringat. Ketika itu saya sedang menyewa rumah teres di Jalan Limau Manis, Bangsar bersama kawan-kawan. Letaknya sekitar 2 km ke tempat bekerja iaitu ibu pejabat akhbar The New Straits Times dan kumpulannya di Jalan Riong. Seharusnya dari situlah kami bergerak  ke Changkat Lada. Tak ingat ikut mana tetapi kesukaan saya kalau tidak perlu mengejar masa adalah mengikut jalan lama.



Oleh itu harus lebih kurang beginilah laluan yang diambil pada suatu hari yang tidak ingat bila itu. Boleh tahan jauh tetapi cukup selesa dengan motosikal besar. Walaupun terdapat jalan ke Kampung Gajah kemudian Changkat Lada dari Tapah saya biasa ikut Bidor ke Teluk Intan kemudian naik ke Kampung Gajah. Laluan ini lebih menghampiri Sungai Perak lalu digemari.


Close up peta. Lihat bagaimana laluan mendekati Sungai Perak, sungai kedua terpanjang di Semenanjung iaitu selepas Sungai Pahang. Ketika itu belum lagi zaman saya hendak mengenali asal usul keturunan (yang membentuk cita rasa kebanyakan penulisan sejak blogspot ini dibuka tahun 2006). Walau tahu ayah berasal dari Perak tidak nampak lagi bagaimana sungai berkenaan sebenarnya sangat relevan dengan diri dan perjalanan hidup. 


Yang tahu memang suka dan tertarik dengan sungai. Laluan dari Kampung Gajah ke Changkat Lada ada menyeberang Sungai Perak dengan jambatan. Ia adalah jambatan kedua menyeberangi sungai terbesar di pantai barat Semenanjung ini dari arah hilir. Pertama adalah dekat Hutan Melintang, beberapa kilometer ke barat Teluk Intan. 

Gambar atas menunjukkan Sungai Perak dari atas jambatan dekat Kampung Gajah. Gambar diambil menggunakan kemudahan Street View di Google Map. Walaupun sudah banyak kali mengambil laluan berkenaan saya tidak dapat menemui gambar yang diambil sendiri. Padahal terdapat lebih 50 buah artikel menunjukkan pemandangan Sungai Perak dari pelbagai tempat dan sudut telah dibuat menggunakan gambar-gambar yang diambil sendiri lalu diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH

Hal serupa turut dibuat pada lebih 30 lagi sungai yang kelihatan signifikan besar dan panjang di seluruh Semenanjung. Ini boleh lihat melalui ratusan pautan, entah lebih yang telah dikumpulkan atas nama "Kesukaan pada sungai" di bahagian kanan bawah blogspot ini. Pada yang melihat dalam telefon bimbit sila masuk "View web version" untuk mendapatkan paparan berkenaan. Terdapat beribu gambar sungai boleh dilihat melalui pautan yang disenaraikan.


Selepas menghantar isteri hingga ke rumah sewa berdekatan sekolah saya berpatah balik ke arah Kampung Gajah lalu menaiki jambatan sama. Tiba-tiba timbul rasa untuk menyusur sungai ke arah hulu dengan motosikal besar. Fikirnya cukup setakat sampai ke Bota Kanan sekitar 24 km ke utara Kampung Gajah. Selepas itu bolehlah kembali ke KL. 


Dah sampai Bota terasa belum puas lalu meneruskan perjalanan lagi 17 km untuk sampai ke Parit. Oh tiba-tiba teringat. Bagaimana dari Kampung Gajah boleh memilih untuk ke Bota kemudian Parit? Ini disebabkan selain tarikan sungai tempat-tempat tersebut dirasakan tidaklah terlalu jauh. Saya tahu ini setelah terlihat papan-papan tanda berkenaan di tepi jalan. Ke Bota cuma 20 lebih kilometer (tak ingat angka tepat yang dilihat pada papan tanda). Fikirnya eleh... tak jauh pun. Begitu juga apabila terlihat papan tanda ke Parit dari Bota. Fikirnya tak jauh sangat hendak kembali ke KL selepas itu.


Punyalah seronok mengambil jalan menyusuri sungai walau tak sentiasa boleh nampak sungai dari atas jalan tau-tau sahaja sudah sampai ke Kuala Kangsar 44 km ke utara Parit.



Pun begitu masih tetap terasa tidak begitu jauh untuk kembali ke KL. Terasa bila-bila sahaja boleh bergerak kembali dan sampai, Walaupun zaman itu tiada Google Map saya biasa berjalan keluar kawasan dengan membawa peta besar kertas Semenanjung. Maka itu tahulah jarah KK ke KL itu sekitar 240 km. Dengan menggunakan Lebuh Raya PLUS boleh sampai dalam tempoh sejam setengah atau kurang. 

Walaupun motosikal besar saya bukan daripada jenis superbike tetapi easy rider saya pernah pulas minyak habis sehingga mencapai kelajuan 180km/h. Bukan senang tu kerana bentuk motosikal yang tidak begitu aerodinamik berbanding superbike, terasa sungguh pukulan angin ke badan selain lebih susah hendak mengawal. Sebetulnya motosikal jenis easy rider (yang biasa dibawa dengan badan menegak, dada terbuka luas, kaki dan tangan mencapah) ini sesuai paling laju pun 140 km/j. Kalau 120 km/j kira kelajuan ideal (walaupun had kelajuan di lebuh raya adalah 110 km/j). Namun kebiasaan saya ketika itu adalah cruising atau bergerak jauh pada 160 km/j. Ini dilakukan kalau tiada kepeluan untuk bergerak perlahan bagi menikmati pemandangan.


Tapi saya tetap tak puas lagi menyusuri sungai lalu meneruskan perjalan menghala ke Gerik malah lebih jauh. Terus lagi hingga ke Tasik Banding, tasik buatan yang terbentuk akibat bahagian hulu Sungai Perak diempang. Ketika itu perjalanan sudah melepasi jarak 400 km. Nampaknya tiada masa hendak kembali ke KL. 

Nasib baik sudah ambil cuti beberapa hari. Alang-alang sudah mengambil jalan berkenaan disambung lagi perjalanan masuk ke negeri Kelantan...


Tahu-tahu sahaja sudah sampai ke Dabong hampir 600 km dari KL. Itu sudah terlajak lebih 370 km dari tujuan asal perjalanan iaitu untuk menghantar isteri kembali ke Changkat Lada. Cuma bila dilihat jarak dan masa yang diperlukan untuk meliputinya menurut Google Map timbul pertanyaan apakah ini dibuat dalam tempoh sehari sahaja ke atau ada menginap di mana-mana di celah-celah itu? Tetapi seingat saya memang satu hari. Seingat saya sampai ke Dabong sudah lewat petang. Itupun ada hati hendak meneruskan perjalanan lebih jauh ke Gua Musang kalau tidak disebabkan terdapat sesuatu yang menarik di Dabong membuat ingin bermalam. 


Jumaat, Mac 26, 2021

Kenangan perjalanan bermotosikal besar mengikut aliran Sungai Perak tahun 2000 - Sedikit latar belakang

Salam malam Jumaat. Berbalik pada cerita-cerita perjalanan lama. Daripada zaman belajar di United Kingdom tahun 1991-1995 beralih kita ke zaman saya berkhidmat sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996-2001. Ada perjalanan dibuat dalam kapasiti peribadi semasa bergelar wartawan, ada yang memang tugasan. Ini salah satu perjalanan peribadi. Tugasan nanti akan dikongsi.


Dalam artikel Mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung - Meredah hujan lebat ke Cameron Highlands yang dipersembahkan hampir 4 bulan lalu ada ditunjukkan gambar atas. Kelihatan surat menunjukkan saya mula masuk berkhidmat sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times pada 16 September 1996, Hari Malaysia. Ketika itu belum ada lagi sambutan Hari Malaysia seperti kita lihat hari ini menyusul selepas sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Hari Malaysia mula disambut sekitar 10 tahun kemudian untuk memuaskan tuntutan pihak tertentu atas alasan Sabah dan Sarawak belum lagi wujud dalam cerita ketika kemerdekaan Malaysia (atau lebih tepat Persekutuan Tanah Melayu) berlaku 31 Ogos 1957. Malaysia cuma dibentuk apabila Sabah dan Sarawak masuk pada 16 September 1963.

Dalam artikel sama terdapat gambar dokumen menunjukkan saya mula memiliki motosikal besar kesayangan berjenama Yamaha Virago pada 12 Jun 1997. Penghujung tahun tersebut saya mengambil cuti selama sebulan setengah untuk membuat perjalanan keliling Semenanjung dan balik bercuti di kampung. Ia adalah perjalanan jauh pertama saya dengan motosikal tersebut juga perjalanan jauh pertama setelah bergelar wartawan. Lihat Kompilasi artikel mengingat kembali perjalanan pertama bermotosikal besar solo keliling Semenanjung. Kira-kira menunjukkan saya telah berjalan hampir 4,000 km!


Motosikal besar itu adalah kenderaan bermotor pertama yang dimiliki dan dibeli dengan duit sendiri. Merata saya pergi dengannya termasuk ke tempat kerja juga membuat tugasan di luar sehingga ia cukup dikenali di bangunan utama pejabat kumpulan NSTP (New Straits Times Publishing) di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Asal ada sahaja masa dan peluang keluarlah saya ke mana-mana. Baru setengah tahun dimiliki pun sudah pusing keliling Semenanjung dan berjalan dekat 4,000 km. Jadi tak hairanlah jika dikatakan dalam tempoh kurang 5 tahun kemudian ia sudah dibawa melalui hampir semua jalan utama di Semenanjung.

Namun cerita yang hendak dikongsikan kali ini memberikan tumpuan pada satu perjalanan sahaja. Asalnya sekadar mahu menghantar isteri lama (rasanya lebih sesuai guna perkataan ini berbanding bekas isteri) ke tempat kerja beliau di Changkat Lada, Perak. Tetapi boleh jadi terlajak hingga ke hulu Sungai Perak lalu menyeberangi Banjaran Titiwangsa masuk ke Kelantan kemudian turun ke Pahang.

Cerita ini ada disebut secara ringkas dalam muka surat 31 buku pertama saya, "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" (terbit Jun 2006). Ia adalah novel berbentuk travelog berdasarkan pengalaman sebenar hidup tetapi dibuat seperti fiksyen atas sebab-sebab tertentu. Perjalanan diceritakan untuk menunjukkan bagaimana watak utama Muhammad Al-Aminul Rasyid (merujuk kepada diri saya sebenarnya) suka bergerak secara spontan menurut 'angin'. Ini salinannya...


Pernah sekali, dia pergi ke Kampung Gajah, Perak untuk menghantar orang, malas pula hendak kembali cepat ke Kuala Lumpur  lalu terasa mahu menghulu Sungai Perak. Mula-mula anak muda ini menunggang sampai ke Bota Kanan, lebih kurang 20km utara dari Kampung Gajah. Tetapi dia masih tidak berpuas hati lalu meneruskan perjalanan menghulu sungai sampai ke Parit, dalam 20km lagi. Entah apalah  yang dicari? 

Selepas berehat sebentar minum teh tarik, Rasyid menyambung lagi perjalanan sampai ke Kuala Kangsar. Sempat berjalan-jalan di bandar diraja  Perak sebelum membuat keputusan untuk terus menelusuri Sungai Perak sampai ke hulu sejauh yang boleh. Sedar-sedar sahaja sudah sampai ke Jeli, Kelantan, lebih 200km dari Kampung Gajah! Kalau dikira dari Kuala Lumpur, sudah hampir 400km perjalanan... 




Dalam cerita buku Kampung Gajah disebut sebagai tempat menghantar orang kerana ia lebih dikenali berbanding Changkat Lada. Jarak antara kedua tempat pun tidaklah begitu jauh jadi Kampung Gajah boleh mewakili. Tetapi ini merujuk pada jarak tempat ke tempat, pekan ke penempatan. Sebetulnya Changkat Lada terletak di dalam kawasan pemukiman Kampung Gajah.

Cerita pula sekadar menyebut hantar orang padahal yang dihantar itu isteri lama. Cuma satu sahaja kemusykilan terbit dalam kepala apabila teringatkan hal ini. Isteri ada kereta, kenapa perlu menghantarnya dengan motosikal ya? Ke sebab saja nak manja? Memang pun saya selalu membawa beliau berjalan dengan motosikal walaupun ada kereta.




Sebetulnya isteri lama saya itu orang Kuala Lumpur. Kami pernah bekerja sebumbung di NST, saya sebagai wartawan beliau sebagai sub-editor (penyunting). Cuma beliau yang berkelulusan dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris dipanggil oleh Kementerian Pendidikan kerana ada kontrak untuk menjadi guru. Itu yang dihantar ke Changkat Lada lebih 200 km dari KL. Ini berlaku selepas setahun gitu bekerja di NST.

Ketika kami bernikah penghujung tahun 1999 beliau sudah dihantar ke sana. Sekitar setengah tahun kemudian baru dihantar ke sekolah di KL atas alasan mahu bersama suami dalam satu daerah. Oleh itu walaupun perjalanan yang hendak diceritakan ini sudah lama saya tahu dan pasti ia berlaku  pada tahun 2000.  

Sebetulnya isteri selalu juga berulang alik ke KL dengan menaiki kereta. Kalau tak salah paling kurang pun 2 minggu sekali. Tetapi ini memenatkan beliau kerana harus memandu pergi balik jauh. Itu yang kadangkala naik kenderaan lain. Sebetulnya saya sudah lupa apakah beliau kembali dengan pengangkutan awam atau menumpang kawan atau sesiapa ke KL. Kalau dengan pengangkutan awam agak susah juga kerana tiada kenderaan terus. 

Pekerjaan sebagai wartawan sehingga selalu balik lewat malam juga bekerja hujung minggu  membuatkan saya sering hilang perspektif tentang kehidupan biasa seharian. Nampaknya ketika perjalanan ini berlaku isteri telah meninggalkan kereta di rumah sewa berdekatan sekolah tempat beliau mengajar. Itu yang perlu dihantar balik selepas bercuti. Tak ingat jika sebelum itu ada mengambilnya dengan motosikal. Sebetulnya saya tak ingat pun jika pernah mengambil dari Changkat Lada ke KL. 

Rasanya cukuplah ini sebagai mukadimah. Bila sudah menulis ini baru tersedar bagaimana dahulu saya terlalu mementingkan kerja berbanding keluarga. Cita-cita saya besar mahu mengubah beberapa perkara tentang negara melalui penulisan sebagai wartawan. Tidak lama kemudian baru tersedar penat lelah saya tidak dihargai malah cuba dijatuhkan pula apabila dilihat boleh mengancam, tidak mengikut telunjuk orang. Tetapi itu cerita lain yang akan dikongsikan kemudian.



Khamis, Mac 25, 2021

Mengapa Malaysia memerlukan ilmu falsafah? Satu wawasan untuk mengangkat daya fikir ummah

Di celah-celah cerita perjalanan-perjalanan lama kita masuk lagi bab majlis ilmu. Ini daripada pagi  hingga tengah hari semalam. Topik boleh jadi agak berat bagi kebanyakan orang tetapi sangat menyegarkan bagi mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.



Majlis kali ini dianjurkan oleh Akademi Profesor Malaysia (APM). Ia adalah yang ketiga dalam siri "Syarahan Felo Kehormat APM" buat tahun ini. Tidak seperti beberapa majlis ilmu berbahasa Inggeris yang saya kongsikan sebelum ini lalu perlukan penterjemahan  ia dibuat dalam bahasa Melayu. Tajuk yang mahu diangkat adalah  "Mengapa Malaysia Memerlukan Ilmu Falsafah".


Majlis bermula pada jam 10.30. Saya menyertai melalui Zoom 10 minit lewat. Ketika itu sudah selesai kata-kata aluan oleh Presiden APM Prof. Dato' Sri Dr Daing Mohd Nasir. Beliau telah memberikan pengenalan tentang siri syarahan lalu memberikan latar belakang pendidikan dan kedudukan akademik pemidato atau pemberi syarahan iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Osman adalah penyandang Kursi Al-Ghazali di tempat saya sedang menyambung pengajian pasca-siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). 

Kelihatan dalam gambar moderator Prof Dato' Dr Hassan Basri yang merupakan felo APM dan naib Canselor UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu) sedang memberikan sedikit kata-kata untuk melorongkan perkara. Disebutlah tentang kepentingan falsafah dan relevan tajuk lalu ruang pun diberikan kepada pemidato untuk memulakan bicara.



Osman membuka dengan sedikit kata-kata pengenalan lalu membuka slaid...




Disebutlah terdapat dua teori besar tentang asal usul ilmu falsafah. Dinyatakan ia bermula dengan pertanyaan tentang hidup - Siapakah aku sebenarnya? Dari mana datang? Di mana berada setelah mati? Apakah hakikat wujud yang sebenar? Falsafah bermula apabila manusia mula mengajukan persoalan-persoalan ini. Malah persoalan sama masih diajukan oleh mereka yang berfikir sehingga kini.

Walaupun memiliki banyak pecahan dua teori besar ini harus dapat merangkumi semua perkara. Teori berdasarkan agama bermula dengan risalah samawi. Diberikan contoh Plato (pemikir besar Yunani abad ke-5 dan ke-4 Sebelum Masihi) menerima teori bahawa falsafah berasal dari agama. Ia adalah heavenly messageDalam Islam pula ia bermula daripada Nabi Adam AS sendiri. Baginda telah diajar nama-nama oleh Tuhan. Hal ini bukan disebut dalam tamadun Islam sahaja. Dalam tamadun Timur pun asal usul falsafah dikesan berasal daripada agama. Misalnya melalui ajaran-ajaran Lao Tze dan Conficius (dua tokoh besar fikiran keagamaan dan kerohanian China yang hidup sekitar 2,500 tahun lalu). 

Yang mencabar teori ini adalah pendapat mengatakan falsafah bermula daripada renungan awal pemikiran manusia (tanpa berpandukan risalah daripada langit). Ini berdasarkan teori evolusi antropologi (yang terkait dengan teori manusia wujud akibat evolusi tanpa kewujudan Tuhan). Osman sendiri memilih teori pertama tanpa mengabaikan dapatan-dapatan yang terkumpul dalam teori kedua.




Disebut pula tentang makna falsafah. Al-Kindi (pemikir besar silam Islam abad ke-9 Masihi) yang mengikut tradisi ilmu Aristotle (pemikir besar Yunani abad ke-4 Sebelum Masihi) telah memberikan enam definisi. Osman memberikan empat (rujuk slaid). 

Makna pertama adalah berdasarkan etimologi atau asal usul perkataan. Perkataan "Falsafah" berasal daripada bahasa Arab sedangkan itu asalnya diambil daripada bahasa Yunani. Perkataan asalnya dalam bahasa Yunani adalah "Philosopia" yang membawa makna cinta kepada hikmah atau kebijaksanaan. Dalam bahasa Inggeris ini disebut sebagai "love of wisdom".

Hmm. Kalau semua benda hendak disampaikan seperti dalam syarahan jadi panjang sangat artikel ini nanti. Jadi biar diringkaskan berdasarkan nota yang telap ditaip terus ke dalam komputer sambil mendengar syarahan semalam seperti berikut :-

Mengenai perkara 1 dalam slaid - Bagi Barat Plato dan Aristotle adalah sumber utama falsafah. Dalam tamadun lain ada panggilan lain yang membawa makna hikmah. 

Mengenai perkara 2 - Bidang yang mengkaji makna falsafah itu sendiri dianggap sebagai falsafah. 

Mengenai perkara 3 - Cara berfikir logik yang kita pakai sekarang lebih pada berasal daripada Yunani. Tamadun lain ada cara berfikir logik yang lain seperi di India dan China. Bukan ada satu sahaja cara berfikir tetapi banyak cara. 

Mengenai perkara 4 - Dahulu ilmu falsafah meliputi ilmu fizik cara lama bukan seperti sekarang. Ia juga meliputi ilmu metafizik (melangkaui fizik) merujuk pada hal-hal seperti ilmu keTuhanan. Ilmu sains sekarang pula adalah ilmu falsafah amali/praktikal.

OK. Adapun latihan saya sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1991-1995 menimbulkan kebiasaan untuk menerangkan semua perkara dan memudahkan bahasa sehingga sampai pada tahap pemikiran awam. Ini adalah prinsip penyebaran maklumat melalui media massa. Sedangkan syarahan-syarahan sebegini yang bersifat akademik sebenarnya adalah khas untuk golongan yang sekurang-kurangnya memiliki suatu tahap celik ilmu. Pun begitu saya tetap berusaha agar setiap penulisan dapat 'dicairkan' ke peringkat awam. Cuma kadangkala ini amat memenatkan dan memakan masa. Jadi terima sahajalah apa yang Allah SWT mudahkan bagi saya dalam perkongsian ini.

Untuk slaid-slaid seterusnya biar diletakkan dalam bentuk point form di mana setiap nombor merujuk pada apa yang ada dalam slaid kecuali dinyatakan berlainan.





1. Falsafah rasional yang menggunakan logik akal selalu dikontrakan dengan falsafah keagamaan  menggunakan wahyu. Tetapi hal-hal agama juga ada yang bersifat rasional. 

2. Aristotle menekankan teori dan amali ini. Ini dibawa oleh golongan Peripatetic (pengikut ajaran beliau termasuk sejumlah ilmuwan silam Islam).

3. Terma bahasa Inggeris Perennial  merujuk pada kebenaran yang selalu benar. Ada kebenaran yang kekal abadi, ada yang benar cuma dalam konteks dan tempoh tertentu sahaja (transient truth). Contoh falsafah abadi adalah intipati tentang Tuhan. Kerana Tuhan tidak berubah (bermakna kebenaran tentang Tuhan adalah abadi, terpakai bagi setiap zaman).

4. Dalam falsafah tradisional agama memainkan peranan penting. Orang zaman moden pula mengeluarkan agama (daripada hidup) lalu menggunakan fungsi akal/analitik (semata-mata).

5. Falsafah analitis (berdasarkan akal semata) di Barat bermula pada abad ke-20 Masihi. Tetapi ia sebenarnya cuma satu cabang. Namun pada banyak ahli fikir ia dianggap sebagai falsafah sebenar

6. Setiap disiplin ilmu memiliki prinsip-prinsip dasarnya sendiri. Itu sendiri membentuk falsafah bagi ilmu berkenaan.

Oh. Tadi saya masih cuba menambahkan penerangan daripada nota. Selepas ini biar dikongsikan setakat apa yang dapat/sempat ditaip secara real time ya. Penerangan cuma akan ditambah kalau terasa ada keperluan sangat.




1. Merujuk pada intipati - Abadi, benar pada setiap zaman. Ia boleh dilupai oleh manusia tetapi suatu masa nanti akan dipulihkan semula. Tapi dalam falsafah tradisional amnya, bukan Islam sahaja ada darjat/hierarki. Ada yang percaya pada keabadian alam tetapi ia tidak sama dengan keabadian Tuhan. 

2. Bukan hanya benar bagi suatu kelompok manusia atau tamadun tapi benar bagi semua. Menjadi fungsi ilmu falsafah untuk mengenal apakah yang universal dalam semua tamadun dan agama. Jadi ia bersifat inklusif. Lawannya ekslusif bermakna ada sesuatu yang telah dikeluarkan daripada ilmu itu.

Kemudian Osman menyebut boleh tambah Perkara 3 (tiada dalam slaid) - Kerasionalan ilmu falsafah. Kebenaran itu boleh difahami dan kelihatan rasional bagi akal.

Seterusnya ditambah Perkara 4 - Usefulness of philosophy - Kebergunaan falsafah. Berdasarkan Utilitarianism sahaja ini bermakna berguna, praktikal yang biasanya bersifat kebendaan. Walhal dalam tradisi lain boleh jadi berguna pada jasad, jiwa, akal. Asalkan memenuhi suatu keperluan manusia ia berguna. Tetapi ada yang membataskan pada material sahaja. Ia satu persoalan dalam ilmu falsafah.






1. Ibu ilmu - Pencetus pada ilmu-ilmu lain. Dahulu pada dasarnya agama, falsafah dan sains tidak terpisah - Satu kesatuan.  Kemudian baru berpisah.

Peranan falsafah dalam pembahagian ilmu cukup penting

2. Isu integrasi timbul daripada semasa ke sama. Oleh itu di Indonesia disebut falsafah ilmu bukan falsafah sains.

3. Dalam sejarah falsafah memainkan peranan penting untuk mengilhamkan yang lain. Misalnya Charles Darwin (yang membawa teori evolusi sehingga manusia dikatakan berasal daripada beruk itu) membina kesimpulan bukan sekadar berdasarkan data yang dikumpulkannya tetapi dipengaruhi oleh teori pada zamannya. Ia mempengaruhi kajian empirikal.

Hendak melahirkan teori besar perlu melibatkan falsafah.

4. Bidang falsafah secara rata percaya pada unity of knowledge - Kesatuan ilmu pengetahuan. Di Barat dilihat ada persaingan antara cabang-cabang ilmu tetapi itu khusus pada Barat moden. Einstein tak percaya ini kerana beliau mendokong kesatuan ilmu pengetahuan. Sepatutnya tidak wujud konflik/pertentangan/ketegangan antara ilmu-ilmu.




Falsafah Islam sebagai yang termuda (berbanding Hindu dan Buddha misalnya) boleh memainkan peranan penyatuan. Boleh membantu mengenal pasti apakah unsur-unsur kepunyaan bersama yang ada dalam falsafah-falsafah lain. Osman percaya dengan kebangkitan kesedaran agama semua mahu mengkaji falsafah yang wujud dalam agama masing-masing.

Kenapa ilmu falsafah penting untuk Malaysia? Kerana ditakdirkan ia tempat banyak agama, banyak budaya. Dengan ilmu falsafah dapat dikesan kesamaan lalu menjadi penyatu.



Ketika mendengar bahagian ini masuk Perkara 2 tiba-tiba terlihat ada anjing hitam masuk ke halaman rumah.  Terpaksalah mengambil masa untuk menghalau kemudian membuat sertu pada bahagian laman yang dipijak anjing. Itulah antara cabaran dalam menghadam ilmu di rumah sendiri. Rindu pula sudah lebih setahun tidak menjejakkan kaki di kampus ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur akibat masalah wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia.




Perkara 1 - Disebut belum institusi berkenaan di Malaysia seperti halnya di Barat. Harus ada tempat bernaung bagi semua ilmu,  dapat membawa ahli pelbagai bidang untuk bersama. Kalau Akademi Sains sahaja wujud (seperti sudah ada di Malaysia) seolah-olah membayangkan ilmu-ilmu lain tidak penting. Alangkah baik jika ada satu payung untuk meliputi semua bentuk sains dan cabang ilmu.

Kesimpulannya ilmu falsafah harus dihargai. Universiti harus ada kursus falsafah. Pada peringkat fakulti dicadangkan ada kursus berhubung dengan falsafah. Kalau tiada di fakulti sendiri ambil di fakulti lain. Kalau tiada di universiti sendiri cari di universiti lain.

Kembali pada pemulaan tentang falsafah sebagai cara berfikir. Memandangkan kelemahan cara berfikir pelajar sekarang harus ada kursus falsafah. Walaupun terdapat kursus kreatif thinking dan sebagainya tetapi itu belum sampai tahapnya. Kena belajar cara bagaimana berfikir dengan betul dan secara sistematis supaya memiliki pandangan yang luas. Ilmu falsafah boleh menyumbang pada cara pemikiran, boleh membantu menyelesaikan masalah - Problem solving - Bagaimana hendak menguraikan kebuntuan. Akhir sekali Osman mahu melihat Malaysia maju dalam bidang ilmu, dapat menyelesaikan pelbagai jenis masalah. 




Kalau diikutkan rasa letih dalam menyediakan artikel sambil ada perkara-perkara lain menuntut perhatian dan masa mahu sahaja ditamatkan artikel setakat ini lalu meminta pembaca melihat sendiri video rakaman majlis. Tetapi oleh kerana sudah ditaip terus (ya, ke dalam blogger, ke dalam draf artikel di blogspot) maka biar dikongsikan apa yang sempat ditaip daripada sesi seterusnya iaitu maklum balas oleh dua orang pengulas.

Daripada pengulas pertama, Profesor Dato' Seri Dr Md Salleh Yaapar daripada USM (Univesiti Sains Malaysia) juga felo utama di ISTAC :-

Mula dengan istilah dalam bahasa Greek - Philosophia - Cinta terhadap hikmah. Takrifan sangat penting dalam kehidupan. Tanpa ini manusia akan hidup dalam kegelapan/kesesatan. Fungsi ilmu falsafah sangat besar - Memberikan kemahiran berfikir kritis, analitik, logis, memberikan tindakan tepat dalam setiap detik. Kedengaran amat abstrak. Tetapi kemahiran yang dibina amat nyata dan amat berharga. Kemahiran amat dikehendaki oleh pihak majikan. Lalu graduan dapat memberikan analisis yang tepat, mengenali hujah yang kuat atau lemah.

Diulas tentang ilmu falsafah menyokong kesatuan ilmu. Banyak sub-bidangnya, epistemologi etika, estatika (ini jarang orang tahu ada falsafahnya), falsafah pendidikan, falsafah seni lalu masuk bab kesusasteraan bandingan. Diberikan contoh teks Hayy Ibn Yaqzan yang dihasilkan oleh Ibnu Tufayl sebelum meninggal dunia tahun 1185 M.  Dalam bahasa Inggeris "Son of the Awake". Amat menarik sehingga diterjemahkan terus ke bahasa Latin menjadi philosopher et reductus. (itu yang saya dengar). Orang yang mengajar dirinya sendiri ilmu untuk hidup. Abad ke-18 ditiru bulat-bulat menjadi Robinson Cruseo (novel Barat yang sangat terkenal itu). Walhal ia tiruan daripada Hayy Ibn Yaqzan.

Melalui karya ini Ibnu Tufayl menonjolkan falsafah hidup kendiri - Sebagai bayi ditinggalkan di sebuah pulau lalu dibesarkan oleh kijang. Tidak mengenal manusia, masyarakat dan ajaran-ajarannya tetapi mengenal ajaran Tuhan. Dengan itu dia amat mengenali alam sekitar lalu memahami Tuhan. Tahu Allah itu wujud.  Secara ringkas inilah yang dimaksudkan oleh Osman tadi sebagai kesatuan ilmu. Tanpa masjid, masyarakat dan sebagainya dia dapat mengenal Allah. Faham agama lalu menjadi insan yang kamil.

Dua, dalam keadaan terbuang di pulau tanpa manusia dapat membuat pemerhatian yang dipanggil scientific investigation. Ketiga, dapatan saintifiknya sesuai dengan agama. Karya ini bukan sahaja diminati pada zamannya (zaman kebesaran klasik Andalusia) tetapi terus diterjemahkan ke dalam bahasa Latin lalu ditekuni dunia Barat sehingga mencetuskan apa yang hari ini dipanggil sebagai European Renaissance seterusnya Scientific Revolution. 

Tentang kewajaran universiti ada kursus falsafah, Salleh bersetuju. Paling kurang kursus wajib peringkat universiti. Dapat pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kemahiran analitik, estetika. Paling kurang falsafah hidup.



Daripada pengulas kedua Prof Dr Mohd Hazim Shah daripada UUM (Universiti Utara Malaysia) :-

Mulakan dengan berseloroh kata ini pertemuan orang lama kerana mengenali Osman semasa di UM (Universiti Malaya). Ulasannya - Thought provoking lecture. Provide food for thought.  Seperti dikejutkan daripada slumber walaupun sudah tahu sesetengah perkara kerana mengenali Osman dan tulisan beliau.

Paling menarik kegunaan falsafah pada budaya dan masyarakat Melayu. Perennial Philosophy. Kebenaran tidak dimakan masa, tidak ketinggalan zaman. Seperti dipersembahkan oleh guru Osman sendiri iaitu Syed Hossein Nasr (ketika membuat PhD di Amerika Syarikat tahun 1980an) tentang esotoric dan exoteric. Exoteric  bersifar luaran lalu berlainan. Esoteric bersifat dalaman lalu ada pertemuan.

Falsafah memberi ruang untuk dialog antara budaya dan agama. Hazim sendiri ada mengajar kursus falsafah, sekarang di UUM. Ada diajar metafizik, epistemologi, etika. Paling menarik comparative philosophy. Bukan sekadar falsafah Barat dan Islam tetapi falsafah Timur. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang. Perbincangan boleh diadakan secara terbuka dan rasional. Tidak seperti di luar yang banyak sekatan. 

Jelas kegunaan falsafah kerana membenarkan perbincangan intelektual dengan keterbukaan yang tidak mungkin dalam bidang lain. Ini sesuatu yang sihat, harus diteruskan. Kepentingan di negara kita kerana tidak dapat lari daripada hal pelbagai budaya dan agama. Boleh digunakan ilmu falsafah yang sudah ada tradisi ribuan tahun. Diajarkan di kelas kewajaran falsafah Timur. Barat berdasarkan pemikiran analitik menolak gelaran falsafah bagi falsafah Timur. Katanya cuma kata-kata hikmah, bukan analytical thinking. Fahaman Eurocentric ini tidak harus diterima. Di Barat sendiri banyak aliran falsafah yang bukan berdasarkan pemikiran analitis. 

Selain daripada itu yang Hazim anggap sebagai masalah intra-budaya adalah cabaran oleh moderniti. Ini merentas semua kaum dan budaya di Malaysia. Kita gunakan falsafah untuk menentukan jati diri suatu tamadun atau bangsa. Kalau tamadun Barat misalnya asasnya falsafah pemikir Barat seperti Plato, Aristotle dan Kant (pemikir Jerman abad ke-18 Masihi). Dalam tamadun Islam ada Al-Ghazali.

Tiba-tiba terdengar bunyi hujan turun lalu kena keluar rumah angkat pakaian basuhan yang disidai. Bila duduk kembali di hadapan komputer kedengaran Hazim menyebut  kita masih bergantung pada pemikir-pemikir luar. Pemikir dalam tak ramai, mungkin seperti (Tan Sri) Prof Syed Naquib dan Prof Osman. 

Rumusan ringkas beliau - Apa yang telah diketengahkan oleh Osman adalah permulaan penting. Harap APM dapat meneruskan usaha sebegini.  Rumusan oleh moderator - Semacam bertautlah ulasan (dua orang pengulas) dengan apa yang diperkatakan Osman. Sila ikuti rakaman video di sini.


Selasa, Mac 23, 2021

Kenangan perjalanan pusing Eropah secara solo hitchhiking tahun 1995

Salam. Masih berkaitan dengan zaman belajar di United Kingdom tahun 1991-1995 tetapi dah mula keluar jauh dari wilayah berkenaan. Selepas ini akan dikongsikan cerita perjalanan ketika berkhidmat sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996-2001 diikuti tempoh-tempoh masa kemudian.



Cerita perjalanan yang mahu dikongsikan bagi melengkapkan isi  senarai 50 perjalanan terjauh dan 11 istimewa kali ini adalah pengembaraan pusing Eropah yang dibuat seorang diri secara hitchhiking iaitu menumpang kenderaan orang pada musim panas tahun 1995. Ia berlaku sejurus sebelum kembali ke Malaysia 1 Oktober kerana sudah tamat pengajian di UK. Tetapi cerita ini telah dijadikan buku ke-13 saya (terbit Jun 2019). Oleh biar dikongsikan sejumlah artikel berkenaan daripada ketika penulisan mahu bermula sehingga menjadi buku kemudian menemui pembaca :-






5. Bersedia untuk menyambut buku ke-13 Radzi Sapiee @ Merah Silu - Mengambil berkat beberapa Jumaat untuk menggerakkan usaha


6. Memulakan kembara buku sempena keluarnya buku ke-13


7. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Melaksanakan gerak untuk mengembara dan berhari raya sempena siap buku baru


8. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Ke Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan sekitar sambil orang jauh mendapat buku pos....


9. Kembara buku Kenangan Eropah 1995 - Memenuhi hajat orang sehingga 'terlajak' 170 km


10. Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca


11. Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu


12. Ulasan buku KEMBARA EROPAH 1995 dalam akhbar Berita Harian



Boleh juga dikongsikan di sini adalah sejumlah artikel dalam bahasa Inggeris yang telah dipaparkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih 13 tahun lalu. Ia asalnya dibuat untuk diterbitkan dalam akhbar The New Straits Times ketika mula bertugas di sana hampir penghujung tahun 1996.



The story begins...

Trouble in Amsterdam...

East-West contrast in GermanyThe ugly side of Prague...

Playing the fool in Bratislava...

Getting classical (and Merdeka too) in Austria!

Alpine frolicking in Switzerland

Gangsters of Genoa...

Locked-up in Lyon!

Walking 50km in Paris before closing the trip in Brussels...




Untuk cerita lanjut sila baca buku. Boleh dapatkan daripada saya pada harga RM55 senaskah campur RM8 untuk pos di Semenanjung Malaysia (jadi RM63) atau campur RM13 untuk ke Sabah dan Sarawak (jadi RM68). Sila bank-in jumlah berkenaan ke akaun berikut :- 



AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1


Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee



Selepas itu hantar bukti pembayaran ke Facebook (klik sini) atau Whatsapp nombor 013-3082131 berserta alamat pos dan nombor telefon untuk Poslaju.



Isnin, Mac 22, 2021

Perjalanan-perjalanan di UK tahun 1991-1995 - Satu penilaian semula tempoh waktu perkara

Suatu bentuk artikel interim tetapi penting untuk dinyatakan sebelum boleh membuat penulisan seterusnya...



Sedikit memento yang masih wujud daripada zaman belajar di London tahun 1991-1995...

OK. Walaupun apa yang hendak dikongsikan di sini terbit setelah mendapat maklumat daripada kawan-kawan lama ketika menulis artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester malam semalam saya memilih untuk menunggu siri berkenaan selesai terlebih dahulu sebelum betul-betul menangani perkara. Ini adalah bagi meletakkan baseline atau suatu garis asas menggunakan apa yang dapat diingat telah berlaku secara pasti tanpa ragu-ragu.

Biar diletakkan garis asas itu sebegini :-

1). Saya pertama kali sampai ke London untuk pengajian tahun pertama di University College of London pada 7 Oktober 1991. Ini adalah pada penghujung musim panas masuk musim luruh. Tarikh boleh dibuktikan melalui cop paspot dalam artikel Kenangan zaman UK : Mengimbau melalui paspot.

2) Saya kembali ke Malaysia pada cuti musim panas tahun 1992. Dalam artikel sama boleh kelihatan cop paspot menunjukkan sampai ke tanah air pada 13 Julai sebelum masuk kembali ke UK 25 September. 

3) Musim panas tahun 1993 pula saya pergi ke Sheffield melepak di rumah kawan. Asalnya mahu duduk seminggu tetapi memanjang sehingga 3 bulan. Dalam tempoh waktu itu kalau ada ke tempat lain mungkin ke persekitaran Bradford-Leed-Huddersfield iaitu dalam mukim West Yorkshire. Ini kerana terdapat ramai kawan lama di sana dan letaknya cuma 50 km ke utara.

4) Musim panas 1994? Yang inilah yang timbul rasa ragu- baru ini sehingga boleh mengacau kronologi beberapa perjalanan lain yang dapat diingati ada dibuat di UK. Selama ini fikirnya ketika itulah dibuat perjalanan pusing separuh England bersama teman wanita lama dengan kereta sewa. Tetapi ketika menulis artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester baru dapat tahu ramai kawan sama batch (sama umur dan belajar sama peringkat di kolej) telah kembali ke Malaysia pada musim panas tahun 1993. Jadi bagaimana boleh berjumpa malah menginap di rumah salah seorang mereka pada tahun 1994?

5) Pada musim panas 1995 pula dibuat perjalanan pusing Eropah dan ceritanya telah menjadi buku ke-13 saya (terbit selepas pertengahan 2019). Ini adalah sejurus sebelum kembali ke Malaysia kerana sudah selesai pengajian. Bukti tempoh masa berkenaan ada melalui cop-cop paspot dalam artikel Kenangan zaman UK : Mengimbau melalui paspot.

6) Dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford disebut bahawa di Bradford saya dan teman wanita lama bermalam di rumah kawan sebilik dan sekelas semasa zaman kolej. Ketika menulis artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester baru dapat tahu mustahil kami singgah pada tahun 1994. Ini kerana :-

a) Kawan lama di Bradford itu memberitahu telah kembali ke Malaysia pada bulan Julai 1993. 

b) Disember 9 beliau masuk bekerja di Perwaja, April 94 di Motorola. Ini menegaskan bahawa beliau sudah kembali ke Malaysia pada tahun 1993 dan mustahil berada di UK pada tahun 1994.

c) Menurut beliau rumah yang diduduki ketika kami datang itu adalah disewanya pada tahun kedua pengajiannya (1991-1992). Ini kerana beliau ingat keadaan 2-3 buah rumah yang pernah diduduki dalam tempoh dua tahun berada di UK 1991-1993 (pengajian tahun pertama beliau di Malaysia bawah program NCUK iaitu Northern Consortium of United Kingdom).

d) Seterusnya beliau ingat ketika itu musim sejuk atau sekitarnya. Maka itu beliau percaya perjalanan pusing separuh England itu harus dibuat antara Disember 91 hingga sebelum musim panas 92.

Sebetulnya apabila diteliti kembali hal ini boleh diterima apa yang dikatakan kawan. Cuma ia telah melanggar kenyataan dan kepercayaan sebelum ini bahawa saya pertama kali membuat perjalanan jauh ke luar London pada musim panas tahun 1993 iaitu ke Sheffield. Ini ada dinyatakan dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain. Nampaknya kenyataan harus diubah menjadi perjalanan ke Sheffield itu adalah yang pertama pergi jauh sendiri, bukan bersama teman wanita. 

Hmm. Bila difikirkan kembali ini lebih mendekati kebenaran. Sebabnya kami memang selalu bersama ke sana ke mari. Tetapi pada musim panas tahun 1993 memang saya bersendirian kerana teman wanita kembali bercuti ke Malaysia. Saya pula tidak mahu kembali akibat gagal dalam peperiksaan tahun dua. Yang ini jelas dalam ingatan tanpa ragu-ragu.

Selain itu ada diceritakan dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford bahawa perjalanan dibuat selepas selesai peperiksaan ulangan tahun dua bagi saya lalu didapati lulus boleh masuk tahun tiga. Teman wanita pula sudah lulus peperiksaan tahun tiga yang merupakan tahun akhir kebanyakan jurusan ijazah sarjana muda di UK lalu menunggu masa sahaja untuk kembali ke Malaysia. Maka itu saya sudah salah faham dan salah bercerita dalam hal ini. 

Pun begitu biarlah cerita-cerita berkenaan dikekalkan dalam artikel. Biar pembetulan dibuat melalui penerangan dalam artikel ini. Yang paling dirisaukan sebenarnya adalah takut kenyataan kawan bahawa saya sampai ke rumah beliau antara Disember 91 hingga sebelum musim panas 92 itu merosakkan tarikh atau tempoh perjalanan ke Scotland yang cerita telah ditulis lebih awal. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun 1993. Nasib baik ini tidak bercanggah dengan perkiraan bahawa ia harus berlaku sekitar penghujung tahun 1993. Kalau didapati perjalanan pusing separuh England berlaku pada penghujung 1993 mana pula nak letak perjalanan Scotland itu? Namun bila difikirkan kembali ada kemungkinan pula perjalanan Scotland itu berlaku penghujung tahun 1994. Entahlah.

Selain itu saya risau jika ia merosakkan tempoh waktu bilakah berlaku beberapa perjalanan lain seperti dinyatakan dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford. Tetapi apabila dilihat kembali dengan saksama tiada apa-apa percanggahan pun kerana saya tidak menetapkan bilakah perjalanan tersebut berlaku. Yang ada cuma anggaran tempoh waktu.

Sesungguhnya saya bukan jenis orang kuat berangan sehingga ilusi dengan mimpi boleh dicampur aduk dengan kenyataan lalu diceritakan sebagai pengalaman hidup konon. Saya bukan jenis orang suka tokok tambah cerita untuk menambah perisa. Saya ada rasa maruah yang tinggi, tidak akan sesekali mengaku ada membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat sendiri. Dalam berkongsi ilmu pengetahuan saya tidak akan membuat karangan kreatif menipu orang seperti mengatakan sami di Chaiya selatan Thailand membaca mantera "Om Sriwitchai" untuk menunjukkan di situlah kerajaan Srivijaya bermula 1,400 tahun lalu. 

Saya tidak akan menambah rasa saspens ala-ala filem Da Vinci Code seperti mengatakan pada jam 9 pagi berada di Peru, jam 11 di Eropah kalau perkara itu tidak benar-benar berlaku pada saya. Saya tidak akan sesekali menipu pembaca lalu membiarkan mereka terus tertipu dengan segala macam dakwa dakwi sehingga bertahun-tahun lama orang boleh percaya telah pernah ke sana ke mari walhal tidak demi meraih dan mengekalkan populariti. Saya tidak akan merendahkan orang lain dengan mengatakan kelulusan yang dimilikinya cuma sijil biasa dari luar negara sedangkan ia adalah ijazah dalam satu bidang pemikiran tinggi yang tak ramai orang mampu gapai, daripada salah satu universiti terkemuka di dunia. Pada masa yang sama saya tidak malu mengaku kelemahan diri seperti dibuang daripada kolej kerana masalah disiplin juga gagal peperiksaan tahun dua universiti sehingga takut hendak kembali ke Malaysia berhadapan dengan keluarga kerana itulah saya, bila bercerita maka dikongsikan sejujur-sejujurnya buruk dan baik pengalaman sebenar hidup.

Walaupun ada masa kelihatan bongkak tidaklah sesekali saya mereka-reka cerita. Yang ada mungkin kesilapan dalam mengingati butiran apa lagi bagi tempoh masa hal-hal yang berlaku hampir 30 tahun lalu. Sebab itu saya merasa cukup risau apabila maklumat baru seperti maklum balas kawan-kawan menyebabkan harus menilai kembali bilakah suatu perjalanan itu berlaku. Tetapi tidaklah sesekali saya mencipta cerita tentang suatu perjalanan kecuali ia memang benar-benar telah dilakukan. Lalu ia cuba dikongsikan setakat dapat diingati. Sebab itu dibuat artikel ini. Cukup perkongsian tentang perkara.



Perbualan dengan kawan melalui WhatsApp lewat malam 21 Mac untuk menetapkan bilakah menginap di rumah beliau di Bradford...


Nota tambahan penting : Artikel ini sebenarnya ditulis lewat malam atau awal pagi Isnin 22 Mac. Jam 4 pagi baru masuk tidur. Jam 5.35 bangun untuk menunaikan solat Tahajud juga bersahur bagi puasa sunat. Biasanya solat dahulu baru makan. Kali ini makan dahulu baru solat.

Ketika hendak menunaikan solat baru terfikir satu perkara. Bagi pihak saya mustahil perjalanan pusing separuh England berlaku sekitar Disember 1991. Kerana masih terlalu awal kedatangan ke UK, masih sibuk hendak mengenali selok belok London berserta hal ehwal universiti. Seperti disebut dalam perkara 1 saya pertama kali sampai ke London dan UK adalah pada 7 Oktober.

Bagaimana pula sebelum musim panas 1992? Bagi saya masih terlalu awal juga. Dan lagi kawan ingat saya sampai itu sekitar musim sejuk. Kalau begitu penghujung tahun 1992 adalah lebih logik untuk ia berlaku. Kawan ada menyebut beliau percaya perjalanan berlaku antara Disember 91 dengan sebelum musim panas 1992 kerana ketika itu beliau sudah berpindah ke rumah yang menepati ingatan beliau sebagai tempat saya dan tempat wanita sampai lalu menginap. Kalau musim panas 1993 memang rumah lain. Dan saya pula pasti ketika itu berada lama di rumah kawan lain di Sheffield sehingga 3 bulan lamanya.

Beliau tidak menyebut pula pada penghujung tahun 1992 duduk di rumah mana. Mungkin ketika itu masih rumah sama seperti pada penghujung 1991? Apabila ditanya tentang hal ini beliau menjawab ada kemungkinan. Cuma dalam ingatan beliau bulan Disember 1992 berpindah rumah. Boleh jadi saya sampai sebelum itu?  Apapun bolehlah dikatakan perjalanan pusing separuh England itu berlaku pada tahun 1992. Cuma belum dapat dipastikan lagi pada bulan berapa.


Kompilasi cerita sewa kereta ke separuh England tahun 1994

OK. Seperti biasa selesai satu siri kena buat artikel kompilasi untuk capaian mudah pembaca.


Siri ini bermula dengan anggapan bahawa perjalanan bersama teman wanita lama ini berlaku pada musim panas tahun 1994. Ketika menulis artikel keempat siri lalu harus menghubungi kawan-kawan lama untuk memastikan beberapa perkara baru tahu mustahil perjalanan berlaku pada tahun itu kerana seorang kawan yang ditemui sehingga menumpang tidur di rumahnya sudah kembali ke Malaysia setahun lebih awal. Setelah diteliti lagi beberapa perkara besar kemungkinan ia berlaku pada penghujung tahun 1992. Ketika itu harus hampir atau sudah masuk musim sejuk.

Apapun kronologi atau aturan tempat-tempat persinggahan tetap sama walau tak ingat semua butiran dan tidak cukup jelas bilakah perjalanan berlaku. Selepas mengambil kereta sewa dari bengkel di Bermondsey, London  kami membuat satu pusingan ring road mengelilingi jangkauan besar London (Greater London) semata-mata untuk merasa laluan tersebut. Untuk itu sahaja sudah lebih 200 km kami di atas jalan. Kemudian baru ke kota Bradford lebih 300 km ke utara lalu bermalam di sana. Ini diikuti persinggahan untuk jumpa kawan-kawan lama di kota Leeds dan Huddersfield kemudian baru ke bandar peranginan Blackpool.

Tajuk utama "Sewa kereta ke separuh England tahun 1994" dikekalkan supaya penceritaan yang terbit daripada anggapan tempoh masa itu terus tersemat jujur sebelum muncul maklumat yang memaksa menilai kembali bilakah ia berlaku. Perjalanan diteruskan ke Manchester dan ketika hendak menceritakannya baru muncul maklumat berkenaan. Ini diikuti persinggahan ke Birmingham sebelum kembali ke London. Banyak butiran sudah tak ingat di manakah lagi ada singgah juga bermalam tetapi secara umum begitulah laluannya lalu boleh dikatakan ia meliputi separuh negeri England. 

Menurut apa yang dapat diingati kami telah berjalan sejauh 1,100 km. Tapi boleh jadi ada beberapa persinggahan di luar laluan umum lalu perjalanan mencapai lebih 1,200 km. Namun biar kenyataan yang ini diabaikan. Ambil sahaja 1,100 km sebagai jarak rasmi perjalanan.


1. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Membina perspektif berdasarkan beberapa perjalanan lain

2. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford

3. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Melawat kawan-kawan lama satu batch di West Yorkshire dan kenangan berkenaan

4. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester

5. Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Mati kereta dalam perjalanan dari Birmingham ke London


Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Mati kereta dalam perjalanan dari Birmingham ke London

Salam semua. Nampaknya kadar perkongsian cerita-cerita lama saya semakin laju. Sekarang tinggal satu sahaja artikel untuk melengkap siri kecil ini. Seperti disebut dalam artikel sebelum ini iaitu Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester yang dipersembahkan kurang 8 jam tadi walaupun ada maklumat baru bercanggah dengan apa yang saya ingat selama ini biar perjalanan terus dianggap berlaku pada musim panas tahun 1994.


Walau sudah 'goyang' akibat muncul maklumat baru daripada kawan-kawan lama malam tadi saya pasti ada singgah di bandar raya Birmingham selepas Manchester. Cuma tak ingat jika ada singgah mahupun menginap di tempat lain antara itu. Tetapi apabila melihat peta ini rasanya ada berhenti di Stoke on Trent juga Wolverhampton.


Yang ingat lagi dan terasa cukup pasti adalah kami tidak menginap di Birmingham atau sekitarnya. Walaupun ada pelajar Malaysia di sana seingat saya tidak ada menemui mereka. Walaupun sedikit kagum dengan fakta bahawa ia adalah bandar raya kedua terbesar di United Kingdom iaitu selepas London secara rata saya merasakan ia agak hodoh. Pada saya ia lebih menyerlahkan industri atau perusahaan dan kilang-kilang. Saya tidak minat perkara begini.

Seingat saya lagi saya dan teman wanita lama seperti mengejar waktu. Kami cuma masuk berjalan-jalan sebentar di tengah bandar raya sebelum meneruskan perjalanan ke arah London. Entah kenapa terkejar-kejar sangat itu? Ke sebab esoknya perlu memulangkan kereta kerana sudah cukup tempoh seminggu sewa? Mungkin...



Menurut Google Map laluan terdekat dari Birmingham ke London berjarak 191 km. Seperti biasa jarak dikira dari suatu titik pusat ke suatu titik pusat, bukan dari pinggir ke pinggir tempat. Kalau tidak tentu harus ditolak beberapa kilometer kerana dari pinggir ke pusat ada jarak yang terserlah jauh terutama di bandar-bandar. Misalnya jarak dari pusat bandar raya London ke pinggir lingkungan besar apa yang dipanggil sebagai Greater London boleh melebihi 25 km. 

Apa yang ingat memang ada mengambil lebuh raya dalam perjalanan ke London seperti dicadangkan oleh Google Map sebagai laluan terbaik dan terpantas. Cuba zaman itu tidak ada Google Map dan kemudahan telefon bimbit pintar seperti hari ini. Saya gunakan dan baca peta atas kertas secara manual. Masih ingat sampai suatu bahagian kereta tiba-tiba mati enjin. 

Ketika itu kami berada di fast lane atau jalur laju. Selepas berapa lama kereta tetap tidak dapat dihidupkan saya keluar untuk menolaknya lalu tempat wanita lama mengemudi. Saya ingat lagi harus menolak sehingga ke susur keluar terdekat. Nasib baik letaknya tidak berapa jauh dari tempat kereta mati. Tak ingatlah berapa kilometer tetapi tidak begitu jauh. Seterusnya saya menolak ke stesyen minyak yang juga tidak berapa jauh dari susur keluar. Alhamdulillah ternyata masalah kami cuma kehabisan minyak. 



Perjalanan pun diteruskan ke arah London. Ini adalah gambar lebuh raya berkenaan diambil menggunakan kemudahan Street View pada Google Map. Ia diambil berdekatan Luton kurang 100 km ke pusat bandar raya London. Seingat saya ketika kereta mati sudah tidak begitu jauh dari London. Namun ingatan seterusnya adalah kami sampai ke kawasan Bermondsey di London dalam keadaan gelap. Ia adalah tempat di mana keseluruhan perjalanan ini bermula .

Saya ingat bersama teman wanita menginap dalam kereta menunggu sehingga hari esok. Tujuannya adalah untuk memulangkan kereta ke bengkel tempat ia disewa pada siang hari. Saya ingat ada meletakkan kereta di lapangan berhadapan flat tempat pernah menyewa bilik seperti diceritakan dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford. Cuma kini setelah mendapat maklum balas daripada kawan-kawan seperti diceritakan dalam artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester nampaknya perjalanan berlaku dekat musim sejuk, bukan musim panas seperti diceritakan sebelum ini.

Ya. Sekarang baru ingat ada merasa begitu kesejukan dalam kereta menunggu siang hari. Musim sejuk juga boleh menjawab kenapa ketika sampai ke Bermondsey itu sudah gelap sedangkan perjalanan dari Birmingham boleh diliputi dalam tempoh kurang 3 jam dengan lebuh raya. Campur tempoh masa kereta mati lalu perlu ditolak keluar ke tempat minyak pun mungkin 4 jam sahaja. Adapun pada musim sejuk jam 3-4 petang sudah gelap. Nampaknya ini juga menjawab kenapa ketika memulakan perjalanan dengan membuat pusingan ring road keliling London hari sudah gelap sebelum pusingan selesai.

Apapun jarak perjalananan dari Birmingham sehingga sampai Bermondsey adalah sekitar 200 km. Kalau campur pusing-pusing di tengah bandar rasanya lebih 210 km. Sebagai mengakhiri artikel biar dua sahaja perkara lagi disentuh. Di manakah ada menginap dalam tempoh seminggu perjalanan selain apa yang sudah diceritakan dan berapakah jarak keseluruhan perjalanan. 

Dengan itu artikel-artikel terdahulu dirujuk seperti berikut :-

1. Perjalanan fasa pertama - jarak lebih 600 km (rujuk artikel Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Sedikit kenangan kehidupan di London sebelum pusing ring road lalu ke Bradford). Malam pertama di Bradford

2. Fasa kedua - 80 km (rujuk Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Melawat kawan-kawan lama satu batch di West Yorkshire dan kenangan berkenaan.) Boleh jadi malam seterusnya di Leeds.

3. Fasa ketiga - 200 km (rujuk Sewa kereta ke separuh England tahun 1994 - Blackpool dan kebenaran yang muncul melibatkan Manchester). Harus ada bermalam di Manchester.

4. Fasa keempat - 210 km (rujuk artikel ini). Jelas ada bermalam di Bermondsey, London sebelum memulangkan kereta.

Jarak keseluruhan diliputi menurut angka-angka ini adalah 1090 km (600 + 80 + 200 +210) . Ini boleh dibulatkan menjadi 1,100 km. Tentang tempat menginap atau bermalam cuma  empat sahaja dapat dinyatakan seperti di atas. Harus ada tiga malam lagi menginap entah di mana tapi tak ingat. Antaranya mungkin di Sheffield selepas Manchester. Tetapi oleh kerana tidak pasti maka tidak diambil kira perjalanan berkenaan. Kalau diambil kira boleh jadi perjalanan sebenar melepasi jarak 1,200 km.

Fakta bahawa kami berkejar dari Birmingham ke London menunjukkan enam malam sudah berlalu sebelum itu. Tinggal satu sahaja malam sebelum harus memulangkan kereta. Yang boleh difikirkan lagi adakah mungkin menginap di persekitaran Bradford-Leeds-Bradford (dalam mukim West Yorkshire) lebih daripada dua malam. Sekian cerita.