Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Oktober 09, 2024

Muda mudi dan pendidikan persekitaran : Mengasuh penetapan minda yang dipandu nilai

Salam. Satu cerita daripada siang tadi. 


Merujuk pada artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 yang dipersembahkan Ahad malam Isnin 6 Oktober 2024 diikuti Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016 pagi seterusnya. Sewaktu mempersembahkannya saya berhasrat untuk menghadiri majlis baru ilmu di ISTAC  (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pagi Selasa hingga tengahari 8 Oktober.  Diadakan sebagai edisi ke-6 daripada siri syarahan tentang kesejahteraan muda mudi tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Muda Mudi dan Pendidikan Persekitaran : Mengasuh Penetapan Minda yang Dipandu Nilai". Membawa tajuk adalah  Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Profesor Dato' Seri Ir. Dr Zaini bin Ujang. 

Ia adalah syarahan umum pertama di ISTAC setelah semester baru bermula Isnin 7 September. Dengan itu juga pengajian PhD saya di institusi tersebut secara rasminya bermula, menurut jadual rasmi UIA (Universiti Islam Antarabangsa), badan induk yang menaunginya  Pun begitu secara praktikalnya aktiviti-aktiviti ISTAC tidak pernah terikat dengan jadual sebegitu. Ini kerana ia adalah institusi kajian (research institution) sepenuh masa. Kelas bagi pelajar diadakan sebagai keperluan untuk memenuhi syarat minima sahaja. Yang menentukan lulus ijazah adalah kualiti tesis yang dihasilkan. Lalu kelas boleh dimulakan sedikit lewat... 


Selain menjadi majlis pertama semester, ia akan menyaksikan guru dan penyelia tesis saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar pertama kali bercakap secara umum di ISTAC setelah dilantik sebagai Rektor ke-7 UIA iaitu bermula 21 September.  Tugas baru sebagai pentadbir dan penentu tertinggi keputusan dan hala tuju universiti telah menyebabkan beliau sentiasa disibukkan di kampus utama di Gombak, walaupun sebagai pemegang Kursi Al-Ghazali masih menduduki satu bilik di ISTAC. Nasib baiklah dapat menemui beliau di satu majlis tertutup kurang 2 minggu lalu. Dapatlah meminta tandatangan untuk beliau secara rasmi menjadi penyelia tesis, yang pertama diberikan sejak menjadi rektor. Lihat  Selesai hal supervisor PhD di ISTAC baru dapat mendaki Bukit Lanjan



Nak dijadikan cerita, isteri yang biasanya bekerja dari cawangan pejabat berdekatan rumah setiap hari Selasa memberitahu harus ke cawangan lain di Kuala Lumpur. Dengan itu saya tak boleh pergi jauh dari kawasan rumah kerana harus menguruskan anak pergi balik sekolah. Tak dapatlah ke ISTAC yang terletak lebih 40 km jarak. Sekitar jam 10.30 terlihat pautan bagi siaran langsung Youtube diletakkan dalam grup WhatsApp pelajar ISTAC. Terus membuka di telefon pintar lalu kelihatan Osman sedang bercakap. Tayangan seterusnya dipancarkan ke televisyen supaya lebih jelas.

Kedengaran intipati utama yang dibawa beliau adalah kerangka keTauhidan (tawhidic framework) dalam menangangi hal alam sekitar. Ini kerana dengan kerangka inilah dapat dilihat kesatuan dalam segala bentuk penciptaan dan kewujudan makhluk lalu dengan itu dapat menghargai lebih baik alam sekitar. Ada dimensi keTuhanan dan kesucian (sacred) hadir bersama kerangka tersebut. Ada kesedaran murni yang pernah diamalkan para ilmuwan silam Islam boleh dicontohi dan dihidupkan kembali bagi menangani cabaran kehidupan zaman sekarang.




Zaini pula berkongsi banyak pengalaman peribadi sebagai seorang jurutera dan ahli akademik yang mengkhususkan diri pada hal alam sekitar lalu pernah menjadi ketua setiausaha beberapa kementerian. Antara yang disarankan adalah selalu berjalan kaki, berlari atau menaiki basikal ke mana-mana, kurangkan menggunakan kenderaan bermotor yang tidak dapat mengelakkan daripada mengeluarkan bahan cemar. Beliau menyatakan selalu mempraktikkan itu lalu dapat juga menjaga kesihatan dan meningkatkan kecergasan. Ini adalah perkara biasa di banyak bandar raya di negara-negara maju. Di Malaysia ia belum dibudayakan lalu menjadi masalah sehingga kata beliau ada pelajar universiti yang memohon perkhidmatan bas dalam kampus sedangkan cuma perlu berjalan kaki dalam lingkungan 500 meter sahaja untuk ke kelas dan sebagainya. Sila ikut rakaman di sini.


Isnin, Oktober 07, 2024

Majlis-majlis ISTAC sejak mula terlibat tahun 2016

OK. Satu lagi artikel kompilasi majlis ilmu. Kali ini khas untuk majlis-majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) atau dipancarkan secara atas talian dari sana. Atau anjurannya di mana-mana walau atas nama lain.


Undangan bagi majlis pertama  yang melibatkan saya dengan ISTAC. Walaupun nama institusi yang tertera adalah Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam) ia sebenarnya adalah ISTAC dalam bentuk lain...


Merujuk pada artikel Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020 yang mengumpulkan pautan bagi artikel-artikel tentang majlis ilmu dan sebagainya dalam CATATAN SI MERAH SILU sejak tarikh tersebut hingga semalam 6 Oktober 2024. Ia melibatkan pelbagai pihak dan banyak lokasi tempat namun ada bahagian khas untuk majlis-majlis ilmu di ISTAC. Artikel tersebut turut mengandungi pautan bagi beberapa artikel kompilasi sebelum itu. Kompilasi terawal, Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222  yang ditulis 22 Februari 2019 mengandungi pautan bagi cerita-cerita berkenaan sejak mula rajin menghadiri menghadiri majlis-majlis sebegitu penghujung 2009. 

Turut dipautkan Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu  yang ditulis 20 Oktober 2019. Ia terdiri daripada pautan majlis-majlis bukan ISTAC sahaja. Ini kerana pada tarikh sama dibuat Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC. Cuma pautan-pautannya diatur menurut tema, bukan kronologi tempoh waktu majlis diadakan di ISTAC. 

Artikel keempat kompilasi, Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan, pula dibahagi dua - Satu untuk majlis-majlis bukan bawah ISTAC, satu bawah ISTAC. Artikel kelima, Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH yang ditulis 22 Mac 2020 ada beberapa tajuk melibatkan ISTAC. Ini kerana acara ke-22 atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) diadakan oleh pihak saya di sana. Cuma artikel-artikel berkenaan dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Akhir sekali adalah artikel keenam kompilasi, Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC yang ditulis 17 Julai 2024. Tetapi ia sekadar memuatkan pautan beberapa artikel yang relevan dengan tempoh masa cerita iaitu tahun 2019 sehingga awal 2020 lalu bertindih dengan artikel-artikel kompilasi sebelumnya. 

Sekadar menambah. ISTAC diasaskan  oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Naquib al-Attas pada tahun 1987. Tetapi cuma mendapat bangunan sendiri di Bukit Damansara lalu dilancarkan secara rasmi pada tahun 1991. Saya pula mula mengenalinya ketika masih berkhidmat sebagai wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Tidak ingat tepatnya bila. Cuma ketika itu masih bertugas di meja utama (main desk) akhbar sekitar tahun 1997. 

Saya telah dihantar untuk satu tugasan di kampus tersebut lalu berkenalan dengan anak pengasas, Sharifah Shifa. Beliau ada mengajak menyambung pengajian di tempat mereka. Namun saya sudah hilang minat untuk belajar secara formal sejak mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University College of London tahun 1995. Tidak pernah pun menyangka, lebih 20 tahun kemudian masuk sebagai pelajar, ketika Syed Naquib sudah lebih sedekad tidak lagi menerajui ISTAC, di kampus baru di Bukit Tunku yang mula dibuka awal tahun 2000an. 

Oh. Semakan menunjukkan ada majlis dihadiri tahun 2016 sebenarnya adalah anjuran ISTAC tetapi atas nama lain iaitu Centre for Malay World and Islamic Civilisation (Pusat Dunia Melayu dan Tamadun Islam), di kampus utama UIA  (Universiti Islam Antarabangsa), Gombak. Untuk pengetahuan ISTAC yang nama sebenarnya dalam bahasa Inggeris adalah International Institute of Islamic Thought and Civilisation pernah ditutup dan dibuka kembali beberapa kali lalu fungsinya diteruskan atas nama lain. UIA pula adalah badan yang menaungi sejak mula. Pada tahun 2016 malah selewatnya sejak tahun 2015 lagi ISTAC sudah tidak wujud, sekurang-kurangnya atas nama itu. Pusat Dunia Melayu menjadi ganti menggunakan kampus lama di Bukit Damansara. Kampus baru di Bukit Tunku pula diletakkan atas nama lain iaitu IIUM Crescent (IIUM adalah singkatan bagi International Islamic University of Malaysia, nama UIA dalam bahasa  Inggeris).

Pada tahun 2016 juga ada majlis diadakan atas nama Pusat Dunia Melayu  di kampus Bukit Damansara. ISTAC cuma dibuka kembali secara rasminya pada tahun 2017 di Bukit Tunku, tetapi  atas nama International Institute of Islamic Thought and Malay Civilisation (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun Melayu). Namun singkatan nama ISTAC dikekalkan.  Dengan itu segala fungsi Pusat Dunia Melayu dialihkan ke situ. 

Pada tahun 2019 ISTAC dikembalikan nama penuh asal Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, fungsi Dunia Melayu diteruskan bawah satu unit. Pada tahun 2024 pula ada acara anjuran ISTAC diadakan di UIA Gombak lalu saya telah menyenaraikan ceritanya di bawah "bukan ISTAC" dalam Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020. Di sini biar semua itu dimasukkan di bawah ISTAC. Dengan itu dapatlah senarai seperti berikut...


2016

1. Orang Melayu : Asal usul mereka, penghijrahan dan pengembaraan

2. Tentang kehidupan zaman lampau di kota-kota Asia Tenggara - Batu Bersurat Singapura terkait dengan Raja Suran dan Badang?


2017

Tidak dapat ditemukan apa-apa artikel berkenaan di CATATAN SI MERAH SILU. Ketika itu ISTAC sudah dihidupkan kembali di Bukit Tunku. Nampaknya saya tidak ada ke sana pada tahun itu.


2018

1. Dunia Melayu Dalam Peradaban Islam : Keperluan Untuk Kebudayaan Tinggi

2. Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

3. Syarahan "Muslim and the West" oleh John Esposito di ISTAC

4. Kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dan perlembagaan negara

5. Tentang sistem kepercayaan sebagai penyatu ummah

6. Sejarah Asal Usul Melayu : Fakta Lama & Fakta Baru di Sebalik Kemerdekaan

7.  Cakap-cakap "kedai kopi" bersama Profesor Kopanski di ISTAC

8. Menyahut Panggilan Andalusia setelah 30 tahun ia menjelma - Qada' dan Qadar seorang pelajar berusia

9. Majlis Baca Puisi di ISTAC

10. Sedikit perkongsian setelah sebulan setengah menyambung pengajian di ISTAC





2019

















































2020













13. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman








2021



4. Islam dan makna kebebasan sebenar - Memasuki dimensi keTuhanan yang kurang difahami orang 

5. Tujuan sebenar wujudnya Islam - Ke arah sintesis pelbagai wadah demi kesejahteraan ummah







2022

Tidak dapat ditemui apa-apa artikel tentang majlis ilmu ISTAC, tak ingat kenapa tiada. Sedangkan  terdapat 17 artikel tentang majlis ilmu bukan ISTAC,  beberapa daripadanya melibatkan penyelia tesis saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Yang pasti, separuh awal tahun sibuk  menyiapkan tesis sehingga boleh diserahkan kepada penyelia untuk semakan. Selepas itu disibukkan dengan kes di mahkamah syariah Ipoh melibatkan hak faraid terhadap hartanah moyang di Mekah. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama. Setelah menerima maklum balas penyelia pula dibuat perubahan dan penambaikan supaya dapat diserahkan kepada pejabat sebelum akhir tahun untuk penilaian.
.


2023






















2024








9. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL 
















Apabila disusun senarai sebegini rupa baru nampak jelas kekerapan menulis artikel melibatkan ISTAC -Tahun 2016 ada 2 artikel, tahun 2017 tiada, tahun 2018 ada 12, tahun 2019 ada 52, tahun 2020 ada 18, tahun 2021 ada 9, tahun 2022 tiada, tahun 2023 ada 20, tahun 2024 (setakat ini) ada 27. Ini membawa pada jumlah 140 artikel kesemuanya. Yang menarik adalah bagaimana pada tahun 2019 terdapat begitu banyak artikel ditulis iaitu 52, jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun lain. Paling banyak selepas itu adalah 27 pada tahun 2024.

Ini mengingatkan bagaimana asalnya saya berhasrat untuk menghabis Master atau pengajian sarjana yang bermula September 2018 dalam tempoh setahun. Lalu diambil terus 3 kursus wajib dan tamatkan pada semester pertama. Sedangkan boleh sahaja dibahagi-bahagikan untuk lain-lain semester. Saya telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa yang mana pengajian biasanya diselesaikan dalam tempoh 4 semester atau 2 tahun. 

Sebaliknya masuk awal 2019 timbul rasa tidak perlu terkejar-kejar, nikmati sahaja pelbagai sajian ilmu yang ada. Baru terasa diri sebagai pelajar, bukan seorang pengkaji yang sekadar hendak mendapatkan pengiktirafan akademik terhadap kajian semata. Dengan itu dilupakanlah hasrat asal 1 tahun itu. Masuk tahun 2020 baru hendak mengejar tapi asyik tak dapat rentak. Akhirnya jadi terlajak masa. 

Tu yang tesis baru siap untuk penilaian hampir penghujung 2022. Hampir penghujung 2023 baru cukup syarat untuk mendapat ijazah. Cukuplah cerita. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,566 di CATATAN SI MERAH SILU.



Ahad, Oktober 06, 2024

Majlis-majlis ilmu selepas 14 Februari 2020

Salam semua. Akhirnya, setelah menunggu beberapa lama sehingga cukup syarat tertentu, ada artikel kompilasi baru sudah boleh dikeluarkan tentang majlis-majlis ilmu. Ini adalah setelah lebih 4 tahun hal ini tidak dikemaskinikan di CATATAN SI MERAH SILU.



Merujuk pada artikel Sekali lagi, dari tanah perkuburan ke ISTAC yang dipersembahkan pada Ahad 8 September 2024. Gerak penulisan berkenaan telah membawa untuk mencari kembali artikel-artikel yang ada menyenaraikan dan memautkan cerita-cerita tentang majlis ilmu lalu dapatlah seperti berikut :-



1. Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222 (ditulis 22 Februari 2019) - Mengandungi 222 buah artikel majlis ilmu sejak aktif hadir dan menyertai majlis-majlis sebegitu bermula penghujung 2009.

2. Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu (20 Oktober 2019) - Mengandungi 30 buah artikel majlis ilmu.

3.  Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC  (20 Oktober 2019) - Mengandungi 47 artikel.


5. Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH (22 Mac 2020) - Satu siri majlis ilmu anjuran pihak saya sendiri. Setakat pada tarikh tersebut sudah mengadakan 22 acara  atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) di merata Semenanjung Malaysia campur 3 kali di Aceh lalu kompilasi mengandungi 44 artikel tetapi dipersembahkan dalam blogspot khas Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Pada penghujung 2023 baru diadakan acara ke-23.

6. Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC (17 Julai 2024) - Mengandungi sejumlah artikel tentang majlis-majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang sudah sedia disenaraikan dalam artikel-artikel kompilasi atas, tetapi dikhaskan bagi siri diskusi buku sahaja yang bermula tahun 2019. Siri diberhentikan awal 2020 apabila bermula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19.  Julai 2024 dihidupkan kembali lalu ada 2 sesi dalam siri baru setakat ini.



------------



Apabila dibuat senarai atas barulah disedari bahawa yang dikumpulkan adalah cerita-cerita majlis ilmu sehingga awal bulan 2020. Artikel Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan yang ditulis  dan dipersembahkan 14 Februari 2020 merupakan kali terakhir betul-betul ada dibuat kompilasi. Timbul keperluan untuk membuat satu senarai kompilasi baru iaitu bagi majlis-majlis ilmu selepas itu hingga yang terkini. 

Di sini biar kompilasi baru dipecah dua. Satu adalah cerita-cerita melibatkan majlis ilmu bukan anjuran ISTAC, satu lagi adalah anjuran ISTAC. Saya telah memilih cut off point iaitu tarikh terakhir pengumpulan artikel sebelum 7 Oktober bagi kompilasi baru. Ini kerana menurut jadual rasmi UIA (Universiti Islam Antarabangsa) badan yang menaungi ISTAC, semester baru bermula pada tarikh tersebut. Ketika itulah juga saya secara rasminya mula menyambung pengajian peringkat PhD di ISTAC, walaupun menurut pejabat ISTAC sendiri sesi sebenar kami bermula lewat sedikit daripada tarikh rasmi.

Alhamdulillah. Petang semalam muncul iklan satu majlis ilmu yang penulisannya lewat malam membentuk artikel ke-131 dalam senarai atau kompilasi baru. Lihat Isma keperluan Ibnu Sina - Tentang kenapa alam ini adalah sebegitu rupa, bukan yang lain. Ini adalah satu nombor yang memiliki makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya. Dengan itu cukuplah 'syarat' bagi mempersembahkan artikel ini, pada pagi ini Ahad 6 September, sehari sebelum semester baru di UIA bermula.



Bukan ISTAC


2020







2021




2022





2023











2024










Jumlah = 66 artikel




ISTAC







2022

Tidak dapat ditemui apa-apa artikel tentang majlis ilmu di ISTAC atau anjurannya di CATATAN SI MERAH SILU, tidak ingat kenapa. Sedangkan pada tahun sama terdapat 17 artikel tentang majlis ilmu yang bukan anjuran ISTAC. Pun begitu ada beberapa majlis itu melibatkan guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Yang pasti, pada separuh awal tahun saya sibuk  menyiapkan tesis di ISTAC sehingga boleh diserahkan ke penyelia saya Osman untuk semakan. Selepas itu disibukkan dengan kes di mahkamah syariah Ipoh melibatkan hak faraid terhadap hartanah moyang di Mekah. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama. Sambil itu, setelah menerima maklum balas penyelia, dibuat perubahan dan penambaikan berkenaan supaya dapat diserahkan kepada pejabat sebelum akhir tahun untuk penilaian.
.


2023





















2024








9. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL 














Jumlah = 65 artikel




Sudah disebut bahawa kompilasi baru ini terdiri daripada 131 artikel berdasarkan majlis ilmu. Apabila dicampur senarai daripada kompilasi-kompilasi terdahulu (Apabila jumlah artikel "Refleksi Sejarah" mencapai 222 ada  222, Artikel-artikel ilmu selepas "Siri Refleksi Sejarah" mencapai jumlah 222 pada 8 bulan lalu ada 30, Kumpulan syarahan dan majlis ilmu di ISTAC ada 47, Sedar tak sedar - Majlis-majlis ilmu dan tulisan berkenaan yang dibuat dalam tempoh kurang 4 bulan ada 25 dan Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH ada 44) jadilah jumlah 499 artikel ilmu boleh dicapai melalui artikel kompilasi baru ini. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,565 di CATATAN SI MERAH SILU.


Nota tambahan (dibuat jam 6.47 petang): Tadi tergerak untuk membuat satu lagi artikel kompilasi menggunakan maklumat daripada artikel ini. Ia adalah khas untuk acara-acara di ISTAC atau melibatkan ISTAC sebagai penganjur walau di tempat lain sejak tahun 2016. Ini mahu dipersembahkan esok hari Isnin 7 Oktober. Ketika itulah disedari ada artikel kompilasi lama yang bertindih senarai pautan lalu daripada jumlah 499 artikel yang disebut di atas tadi ada 16 yang sebenarnya telah dikira 2 kali (double counting). Maka itu jumlah sebenar adalah 499 - 16 = 483 artikel. Harap maklum.