Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, January 08, 2021

Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Kopi 434 Muar dan air pear

Salam petang Jumaat kedua bagi tahun baru 2021. Meneruskan dengan cerita ke-4 perjalanan terakhir tahun lalu. Bersambung daripada artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Habib Ali, nasi briyani gam dan Sultan Alauddin Melaka.



Petang Sabtu 26 Disember 2020 selepas jam 2. Setelah sehari semalam bermesra dengan ibu bapa di kampung kami keluar untuk meneruskan perjalanan kembali ke arah negeri Selangor.



Masuk dahulu ke bandar Muar.


Singgah di kedai Kopi 434 untuk mendapatkan bekalan bagi stok rumah.





Tidak lama kemudian hujan mulai turun.


Kami juga membeli air pear bungkus.  Memang boleh kata ini antara kebiasaan kami apabila kembali ke Muar.


Jam 2.43 naik jambatan lama bagi menyeberangi Sungai Muar.





Terus ke Melaka meredah hujan yang kadangkala lebat kadangkala renyai...








Gambar ini pula diambil jam 5.24 selepas meninggalkan rumah adik di Bukit Katil.









Jam 6.26 sampai ke Masjid Tanah. Kami mahu ke kawasan persisiran pantai di bahagian utara negeri Melaka.


Sebelum itu singgah dahulu di rumah seorang ibu saudara di Kampung Pulau. Boleh kata perjalanan kali ini seperti berhari raya. Campur rumah adik di Johor Bahru ini adalah rumah saudara yang ke-8 disinggahi. Tak campur 3 orang kawan yang ditemui, satu di rumah, satu di premis perniagaan satu di tempat makan.



Tuesday, January 05, 2021

Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Habib Ali, nasi briyani gam dan Sultan Alauddin Melaka

Salam. Hari ini 5 Januari 2021 adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya yang ke-46. Sesuailah untuk dipersembahkan cerita ke-3 tentang perjalanan hujung tahun lalu. Bersambung daripada artikel  Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Daripada Kamaruzaman ke Kamarulzaman.


Pagi Jumaat 25 Disember 2020. Kami bersedia untuk meninggalkan rumah kawan bernama Kamarulzaman di Kluang.


Oh. Tadi di Facebook dan WhatsApp saya lihat orang mengucapkan selamat hari lahir kepada saudara Kamarul. Nampaknya tarikh lahir beliau sama dengan isteri saya. Jadi kena juga dengan keluarnya cerita hari ke-3 perjalanan pada hari ini.


Dari rumah Kamarul kami pergi masuk ke bandar Kluang.


Singgah sebentar di stesyen kereta api untuk membeli bungkus air kopinya yang terkenal. Kalau nak minum di kedai kena beratur panjang.


Apapun hari itu adalah Hari Krismas, hari bercuti bagi seluruh Malaysia. Kalau di Johor memang cuti kerana hari Jumaat. Dari Kluang kami bergerak ke Air Hitam.


Kalau ikut rancangan asal saya dari Air Hitam mahu naik utara ke Yong Peng sebelum masuk ke Parit Sulong, kemudian Pagoh. Tapi isteri mahu kami bergerak barat ke bandar Batu Pahat.





Beliau mahu menziarahi makam ulamak terkenal bertaraf wali yang dikenali sebagai Habib Ali. Ulamak ini meninggal dunia 10 tahun lalu. Kata isteri sudah patut kami menziarahi makam kerana ada kesinambungan dalam perjalanan melibatkan faktor anak cucu Nabi Muhammad SAW daripada keluarga besar Ba' Alawi yang berasal dari Hadramaut. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Antara Al-Attas dan Al-Jilani. Habib Ali adalah daripada jalur Al-Idrus. Ini adalah sama jalur dengan wali Allah terkenal di Terengganu iaitu Tokku Paloh lebih seabad lalu. Lihat artikel lama Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi....


Sesungguhnya rumah kecil almarhum Habib Ali di pinggir bandar Batu Pahat sering diziarahi tetamu yang mengharapkan berkat. Teringat kali pertama bertandang sekitar tahun 2003 kalau tak salah ingatan. Ketika orang lain menghadiahkan duit kepada beliau saya pula menerima duit RM50. Nampaknya beliau tahu saya tidak berduit. Ketika itu zaman saya sudah meninggalkan kerjaya dan keluarga lantaran sibuk keluar mengembara merata untuk mencari makna dan tujuan hidup. Al-Fatihah untuk Habib Ali. Lihat artikel Makam (Tomb of) Habib Ali, Batu Pahat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Dari lokasi makan di selatan bandar Batu Pahat kami masuk ke bandar kemudian menyeberang jambatan Sungai Batu Pahat ke arah utara.








Pekena nasi briyani gam di medan selera berdekatan jambatan.


Seronok aaa dapat layan kambing... :]


Selesai makan menyeberang kembali jambatan ke arah selatan sebelum membelok ke arah timur kemudian timur-laut.


Sengaja diambil satu laluan supaya dapat melihat Bukit Payong kemudian Parit Sulong. Ini adalah antara laluan yang biasa digunakan untuk pergi balik ke Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang tempat saya belajar tahun 1983-1986. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Daripada Kamaruzzaman ke Kamarulzaman.


Perjalanan diteruskan masuk ke pekan Pagoh dalam daerah Muar.


Singgah di makam Sultan Alauddin Riayat Syah yang memerintah Melaka lebih 500 tahun lalu sebelum kembali ke rumah ayah dan ibu di pinggir bandar Muar.


Sunday, January 03, 2021

Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Daripada Kamaruzaman ke Kamarulzaman

Salam semua dan selamat tahun baru 2021. Artikel ini sepatutnya sudah dipersembahkan pada hari pertama tahun baru 2 hari lalu. Tetapi disebabkan beberapa hal hari ini 3 Januari baru dapat menulisnya. Bersambung cerita daripada artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Antara Al-Attas dan Al-Jilani.


Artikel sebelum ini, artikel terakhir saya bagi tahun 2020 telah ditutup dengan gambar ini berserta kata-kata berikut :-


Di sini berjumpa pula dengan seorang kawan lama daripada zaman sekolah menengah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang tahun 80an. Rupa-rupanya ada semacam kesinambungan juga antara perjumpaan dengan beliau dengan apa yang akan berlaku pada hari seterusnya.

Adapun dalam penulisan di blogspot saya jarang menyebut nama sebenar orang-orang yang ditemui  dalam suatu perjalanan. Saya lebih selesa setakat menyebut saudara, kawan atau orang. Tapi kali ini biar disebut nama kawan di atas adalah Kamaruzaman. Ini kerana cerita kali ini melibatkan nama beliau.


Bagaimana boleh jadi begitu? Nanti diterangkan. Pagi Khamis 24 Disember 2020 kami meninggalkan rumah adik di Kempas, Johor Bahru tempat kami menginap 2 malam. Kami mahu menuju kembali ke arah utara dengan membuat persinggahan ke beberapa tempat.





Mula sekali ke rumah seorang sepupu ibu saya di Skudai mana seorang datuk saudara sedang berehat. Datuk berumur 96 tahun ini adalah satu-satunya daripada generasi datuk saya sebelah ibu yang masih hidup.





Kemudian ke rumah seorang adik ibu saya, juga di Skudai. Di sini timbul rasa kepenatan amat lalu saya terlelap.



Dekat jam 3.30 baru kembali bergerak.






Saja ikut jalan belakang menghala ke Kluang.


Setelah beberapa lama kelihatanlah Gunung Lambak yang menunjukkan bandar Kluang sudah dekat. 



Singgah sebentar ke kaki gunung untuk menggamit sedikit kenangan. Lihat artikel A quick visit to Gunung Lambak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya kami bergerak ke Sekolah Menengah Sains Johor di timur bandar.


Di sekolah berasrama penuh inilah saya pernah membesar tahun 1982-1986. Lihat Latest visit to Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.


Berbalik pada kawan bernama Kamaruzaman. Kami pernah bersama menginap dalam satu bilik daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.



Sesungguhnya sekolah dan bandar meninggalkan begitu banyak kenangan. Lihat Reliving memories of Kluang town. Hal ini pernah dikongsikan dalam beberapa artikel lama. Lihat :-













Ini pula di rumah seorang kawan bernama Kamarulzaman. Saya mula mengenalinya sekitar tahun 2015 kalau tak salah ingatan. Selepas beberapa lama menetap di Kuala Lumpur beliau kembali ke kampungnya di Kluang lalu menetap di suatu tempat. Ketika mendapat tahu saya sedang berada di Johor Bahru beliau telah berpesan agar datang ke rumah lalu mengajak bermalam.

Tentang kawan sekolah lama bernama Kamaruzaman (ejaan lain sedikit) sebetulnya terdapat beberapa orang kawan sama sekolah yang turut menetap di JB sekarang. Tapi kalau hendak bertemu semuanya tentu tak sempat dan tidak cukup kelapangan. Cukuplah dipilih beliau seorang memandangkan kami bukan sahaja pernah duduk sebilik malah tarikh lahir pun sama iaitu 26 November 1970. 

Adapun ketika berhubung dengan beliau melalui WhatsApp untuk mengatur pertemuan saya beberapa kali hampir tersilap menghantar pesanan kerana turut berhubung dengan Kamarulzaman bagi mengatur pertemuan di Kluang. Itulah sebab timbul ilham untuk memberi artikel ini tajuk "Daripada Kamaruzaman ke Kamarulzaman". Ini kerana setelah bertemu kawan lama bernama Kamaruzaman di JB saya bertemu pula kawan agak baru bernama Kamarulzaman di Kluang. Sedangkan Kluang adalah tempat saya berkenalan dengan Kamaruzaman jauh lebih awal.

Sesungguhnya baik nama Kamaruzaman (boleh juga dieja Kamaruzzaman) mahupun Kamarulzaman adalah merujuk kepada perkataan Arab yang sama iaitu Qamar ul Zaman. Qamar bermakna bulan, zaman adalah zaman, boleh juga merujuk pada masa. Setakat ini apabila diGoogle makna nama Kamaruzaman  atau Kamarulzaman yang saya jumpa adalah "bulan masa". Entah apa maknanya. Harapnya ada sesuatu yang sangat baik akan muncul tidak lama lagi. Amin. :]


Nota tambahan : Baru teringat. Saya ada membuat Facebook Live semasa masuk melawat Sekolah Sains Johor lalu menerangkan tentang tempat-tempat di dalamnya seperti bengkel seni perusahaan dan asrama putera berserta kenangan-kenangan lama berkenaan. Ditunjukkanlah laluan lama zaman nakal seperti panjat pagar lari keluar. Boleh lihat di sini.