Assalamualaikum para pembaca yang dimuliakan sekalian. Tadi semasa membuat kompilasi artikel tentang masjid, makam dan tempat kebudayaan/bersejarah di Johor yang pernah diketengahkan di dalam
blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berlaku sesuatu yang agak ajaib. Satu daripada
link artikel hilang dengan sendirinya dan tetap hilang apabila cuba diletakkan lagi berkali-kali! Kalau setakat hilang dalam
compose mood mungkin tidak menghairankan. Mungkin kerana saya tersilap mengatur
html coding atau sebagainya. Ini bila masuk
edit html pun hilang, siap kod-kodnya sekali lesap...
Nasib baik saya tidak cepat hilang akal. Saya cuba cara lain yang muncul dalam fikiran... atur balik kod tetapi untuk nama
link saya letakkan perkataan "sini". Setelah itu baru
link dapat dimunculkan. Kemudian apabila yakin ia tidak hilang lagi, saya tukar perkataan "sini" dengan nama artikel itu balik. Alhamdulillah,
link dapat muncul padahal kod
htmlnya sama sahaja dengan kod awal yang hilang.
Apapun biar diberitahu artikel yang dimaksudkan adalah
Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) (alhamdulillah masuk juga
link di sini dengan sekali letak). Apa yang berlaku mengingatkan bahawa ketika membuat artikel itu 2 bulan lalu berlaku satu perkara serupa. Empat dari 14 gambar yang di
upload hilang dengan sendirinya. Kalau hilang semasa
upload kita boleh kata mungkin disebabkan
uploading error atau perkara sewaktu dengannya. Ini tak, gambarnya dah keluar ketika menulis
posting, boleh dilihat kod
htmlnya apabila masuk ke dalam
edit html mood. Tetapi apabila di
publish dalam
blogspot 4 gambar tersebut tak keluar.
Saya tak ingat bagaimana masalah ini berjaya diatasi. Pada mulanya terbetik di fikiran apakah saya dilarang menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada umum? Tetapi apabila berjaya setelah mencuba cara lain saya mendapat kesimpulan. Ada sesuatu di sebalik gambar-gambar yang hilang boleh dijadikan petunjuk kepada sesuatu. Mungkin melibatkan pencarian salasilah keluarga sebelah ibu.
Apa yang berlaku pernah disebut pada artikel
Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan yang dibuat 10 Oktober 2010. Ah... isteri saya mengingatkan tarikh itu bersamaan 10/10/10. Sebenarnya dia terlihat itu tertera pada awal artikel. Saya pula terfikir apakah jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri itu sendiri merupakan satu petunjuk?
Untuk makluman artikel itu ada menceritakan persinggahan kami anak-beranak ke masjid jamek Muar di negeri Johor, masjid negeri Melaka dan masjid negeri Negeri Sembilan, dibuat dalam perjalanan kembali dari kampung ibu ke rumah kami sendiri. Ah! Nampaknya bab 3 negeri sendiri itu memang ada makna dan petunjuk. Ini kerana malam tadi saya telah membuat artikel kompilasi untuk 3 buah negeri di
blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 3 negeri itu adalah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Cuma ia dibuat dengan turutan sebaliknya.
Seperti disebut awal tadi, masalah
link hilang melanda ketika membuat kompilasi
links artikel Johor, kompilasi terakhir untuk malam tadi . Hmm... rasanya elok di
copy and paste bahagian berkaitan dari artikel
Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan...
Saya meninggalkan Masjid Jamek Muar selepas menunaikan solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar. Singgah pula di kedai kopi 434 yang airnya terasa semakin enak. Oh... 4 gambar lama masjid yang tidak mahu muncul dalam percubaan pertama itu memaparkan Masjid Jamek Muar, masjid di kampung ibu saya iaitu Kampung Temiang, sebuah masjid di Bukit Gambir dan sebuah masjid yang tidak disebut di manakah tempatnya. Mungkin ada pembaca yang dapat meneka kaitan kesemuanya dan perkara tersurat serta tersirat di sebaliknya?Nasib baik saya ada mencatatkan apa yang berlaku. Dengan itu dapatlah dikenalpasti gambar yang terlibat lalu diatur menjadi satu gambar komposit di atas. Empat gambar disusun atas faktor selepas di
crop dari gambar asal apakah aturan paling sesuai untuk masuk ke ruang paling minimum dalam satu kotak segiempat tanpa mengorbankan mana-mana muka orang yang terpapar pada gambar asal. Gambar diletakkan pada saiz sebesar yang mungkin. Buka sahaja dalam
windows lain dan anda boleh melihat butiran...
Saya berbuat begini agar para pembaca budiman dapat menelitinya sendiri. Kalau disuruh saya mengkaji seorang diri rasanya dah tak larat dah... penat. Mungkin ada pembaca yang dapat menerangkan kaitan antara ke empat-empat gambar, kaitan yang menyebabkan ia boleh hilang ketika membuat artikel
Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) 2 bulan lepas kemudian
link artikel pula hilang apabila membuat artikel kompilasi malam tadi. Telahan saya, ada seorang atau beberapa orang individu yang dimuliakan Allah dengan karamah ada di 4 masjid itu ketika gambar diambil.
Biar disebut ada gambar yang diambil tahun 1915. Zaman itu empayar Islam Uthmaniah yang memegang keKhalifahan ummah masih wujud walaupun sedang tenat dilanda pelbagai masalah sehingga digelar sebagai 'orang sakit Eropah'. Kota suci Mekah dan Madinah serta seluruh wilayah Hijaz pula masih berada di bawah kekuasaan para Sharif Mekah yang berketurunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan. Pendek kata orang Islam seluruh dunia masih memiliki paksi kekuatan agama jasmani dan rohani bukan seperti sekarang...
Masjid Jamek Muar pula dibina tahun 1920an sebelum siap sepenuhnya lalu dirasmikan tahun 1930. Ketika itu banyak telah berubah dan dunia boleh dikatakan sudah dikuasai penjajah Barat luar dan dalam. Namun ini tidak menghilangkan kemungkinan ada orang-orang yang sama turut berada di setiap masjid yang tertera. Tak pun mereka mungkin berada pada 3 dari 4 gambar...
Hati saya sendiri meneka seorang moyang sebelah ibu juga ada. Tapi apakan daya? Gambarnya pun tidak ada dalam simpanan keluarga. Ada cerita menyebut beliau sangat kaya sehingga memiliki 6 biji kereta dengan 6 orang pemandu. Saya cuma tahu beliau dikenali sebagai Hussin bin Betak... baru beberapa bulan lalu mendapat tahu Betak yang turut dipanggil Wak Betak juga dikenali sebagai Daeng Betak adalah pembuka Parit Betak di Pontian berhampiran Batu Pahat, Johor. Dan Daeng Betak adalah anakanda La Makuaseng dari kerajaan Wajo di Tanah Bugis, orang yang namanya diabadikan pada sebuah lagi parit lebih ke selatan di dalam daerah Pontian.
Apapun itu adalah telahan peribadi sahaja. Mungkin pembaca lebih arif dapat mengenal-pasti apakah yang sebenarnya tersurat dan tersirat di sebalik 4 gambar yang telah disatukan? Mungkin anda boleh memulakan pencarian dengan meneliti apakah ada muka-muka yang sama muncul dalam setiap gambar. Cuma satu peringatan. Ini mungkin boleh dicari pada 3 gambar di mana kelihatan ramai orang berdiri di hadapan masjid. Tapi ada satu pula kelihatan tiada orang. Mungkin individu yang terlibat ada di dalam masjid ketika gambar diambil? Mungkin di situ ada satu petunjuk kewalian?