Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, May 01, 2021

Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga

Salam hari Sabtu malam Ahad 20 Ramadhan. Masuk kita pada cerita perjalanan lama terakhir perlu dibuat kompilasi iaitu daripada senarai perjalanan-perjalanan lain yang perlu diambil kira selain apa yang sudah disenaraikan sebagai 50 terjauh dan 10 istimewa. Bersambung daripada artikel Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.


Perjalanan ini berlaku atas asbab mahu menghadiri mesyuarat tentang masjid yang didirikan di atas tanah wakaf keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan. Ini merujuk kepada keluarga bangsawan Laksamana Raja Mahkota Perak yang dahulunya secara tradisional merupakan pembesar istana yang memerintah kawasan hilir Perak membawa ke selatan Kampung Gajah. Keluarga yang sudah memerintah kawasan berkenaan sejak tahun 1740an ini memiliki beberapa cabang keturunan. Yang di Batak Rabit itu satu cabang yang rapat dengan Sultan Abdullah, Sultan Perak yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles tahun 1877 kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch. 

Turut dibuang negeri ke sana adalah moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang juga merupakan kaum kerabat Sultan Abdullah. Mereka berdua terlibat dalam Perjanjian Pangkor tahun 1874. Kawasan masjid dan sekitarnya pernah termasuk di dalam kota yang menjadi pusat pemerintahan sultan. Dahulu ada rumah besar keluarga yang masih ada singgahsana raja. Ayah saya yang lahir tahun 1942 di sana memberitahu sempat melihat rumah dan singgahsana sebelum dirobohkan kerana sudah usang tak berjaga lalu kayu kayannya dibahagikan untuk kegunaan saudara mara. 

Adapun dipercayai nasab keluarga kami sampai kepada Sultan Malikus Saleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai lebih 700 tahun dahulu (kemudian menjadi sebahagian daripada Aceh). Ini adalah melalui jalur seorang cucu baginda, Sultan Malikul Mansur yang pernah dirajakan di Samudera menggantikan nendanya. Namun baginda dibuang negeri oleh kekanda sendirinya, Sultan Malikul Zahir yang memerintah Pasai atas sebab tertentu. Dikatakan ketika itulah Malikul Mansur membuka Beruas yang selepas ratusan tahun menjadi sebahagian daripada negeri Perak.

Sejak kebelakangan itu ada beberapa orang memberitahu bahawa kawasan lapang di hadapan rumah saya di Sungai Buaya, Rawang, Selangor menempatkan satu kerajaan ghaib yang ada kena mengena dengan Beruas. Maka itu pemilihan untuk membeli rumah di situ pada penghujung tahun 2013 dikatakan bukan berlaku secara kebetulan tetapi atas gerak ilham yang mendorong agar menyambung pertalian dengan Beruas. Ketika mendapat tahu saya mahu ke Teluk Intan kerana mesyuarat melibatkan masjid atas tanah wakaf keluarga isteri mencadangkan agar memanjangkan perjalanan di Beruas. Maka keluarlah saya berseorangan dan berlakulah apa yang dikongsikan dalam cerita-cerita  berikut sehingga perjalanan memakan jarak tidak kurang 500 km. 


1. Misi Teluk Intan-Beruas - Mesyuarat masjid keluarga dan 7 makam kemudian










Sekadar memberitahu. Jika perjalanan Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah membentuk perjalanan jauh pertama saya sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 18 Mac hingga 10 Jun menyekatkan perjalanan rentas mukim di seluruh Malaysia, perjalanan ke Perak ini pula adalah yang pertama sejak PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) melarang perjalanan rentas mukim di Selangor bermula 14 Oktober. Walaupun ruang untuk berjalan sangat terhad bagi tahun 2020 dan sekarang juga keadaannya pada tahun 2021 saya akan tetap membuat perjalanan-perjalanan jauh apabila muncul peluang dan kelapangan juga asbab untuk melakukannya.

Penulisan ini dibuat di kampung isteri di Tanjung Sepat, 120 km dari rumah setelah berbuka puasa bersama keluarga . Ia adalah yang pertama bagi saya melepasi jarak 60 km bagi tahun 2021. Kedua bagi isteri kerana beliau ada menghadiri mesyuarat di Cyberjaya 77 km dari rumah beberapa hari lalu.


Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah

OK. Sementara ada masa sebelum bergerak balik kampung ke Tanjung Sepat. Menyambung gerak dan proses daripada artikel Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.


Perjalanan ini dibuat atas asbab mahu menyambut dan bercuti Aidil Adha atau Hari Raya Haji di rumah ibu bapa di Muar awal Ogos 2020. Harus diberitahu bahawa sebelum itu dan buat beberapa lama iaitu sejak 18 Mac rakyat Malaysia dilarang membuat perjalanan rentas negeri malah rentas mukim pun tak boleh akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Dengan itu kami tidak dapat kembali ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan Syawal dua bulan sebelum itu. Hujung musim raya iaitu pada 10 Jun baru PKP dilonggarkan untuk membenarkan rentas negeri  lalu ada balik kampung.

Sejak kelonggaran diberikan kami ada membuat beberapa perjalanan sederhana jauh termasuk ke Muar. Tetapi cuma satu sahaja ada diceritakan. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa. Tapi kalau betul-betul jauh kali terakhir adalah ketika ke Krabi, Thailand penghujung tahun 2019. Itupun diduga masalah kereta rosak teruk lalu harus meninggalkannya di suatu tempat sambil kami meneruskan perjalanan dengan pengangkutan awam. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019

Ketika berada di Muar untuk Raya Haji seorang kawan telah menghantar posting ke Facebook (lihat gambar atas) menunjukkan sebuah masjid lama di Negeri Sembilan. Kebetulan selepas Muar kami mahu singgah ke rumah kakak isteri di negeri tersebut. Lalu penjejakan masjid-masjid lama pun dibuat sambil singgah ke lain-lain tempat membawa pada jarak keseluruhan lebih 700 km. 


1. A brief excursion to Gunung Ledang
















Oh. Satu catatan penting tentang penulisan artikel ini. Ketika dimulakan sekitar jam 3.15 petang saya fikir boleh menyiapkannya selewatnya pada jam 4. Ketika membuat semakan akhir baru tersedar bahawa kami ada pergi ke Tanjung Sepat. Ingatkan selepas ke Masjid Tuan Tulis terus bergerak kembali ke rumah. 

Disebabkan itu saya harus melakarkan kembali laluan dalam Google Map untuk menentukan jarak sebenar keseluruhan perjalanan. Tetapi isteri sudah tidak sabar menunggu untuk balik kampung. Dengan itu bergeraklah kami lalu sampai sekitar jam 6.20 petang. Selepas menyelesaikan satu urusan baru dapat menyambung kembali penulisan.

Ketika memandu menuju ke Tanjung Sepat saya bertanya kepada isteri bilakah kali terakhir ke sana. Jawab beliau ketika kembali dari Muar selepas Aidil Adha tahun lalu (2020). Allah. Terasa ada sebab kenapa cerita ini tidak sempat disiapkan di rumah kami di Rawang. Nampaknya ia harus disiapkan di Tanjung Sepat... untuk 'menyambung' daripada persinggahan terakhir iaitu selepas menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

Untuk pengetahuan artikel ini adalah yang ke-2,121 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Terasa ada satu faktor melibatkan Negeri Sembilan perlu diterokai dan digali memandangkan artikel sebelum ini Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama juga ada kena mengena dengan masjid dan negeri. Begitu juga halnya artikel ke-2,112 iaitu Ke PD bersama keluarga. Hmm...


Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama

Salam petang Sabtu 19 Ramadhan. Petang ini mungkin sebelum jam 4 saya dan keluarga mahu bergerak ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk berbuka puasa. Silap-silap buat sambutan  raya sekali memandangkan ada ura-ura perjalanan rentas daerah akan dilarang menjelang hari raya 10-11 hari lagi. Sebelum itu biar dilepaskan dahulu beberapa artikel kompilasi. Menyambung proses berkenaan daripada artikel Perjalanan jauh pertama tahun 2019.


Perjalanan ini dibuat untuk ke rumah kakak isteri di Felda Jelai, Negeri Sembilan. Ada majlis perkahwinan anak saudara mahu dihadiri. Sekadar memberitahu isteri adalah anak yang ke-11 daripada 13 orang adik beradik. Cuma ada tiga orang yang perempuan dan isteri adalah yang bongsu. 

Kami singgah dahulu ke rumah bapa saudara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kemudian ke tempat belajar saya iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku untuk satu majlis ilmu waktu malam. Selesai itu masuk sebentar ke pusat bandar raya sebelum bergerak ke Masjid Taboh Naning dekat sempadan Melaka-Negeri Sembilan lalu bermalam di sana. Esoknya baru ke majlis perkahwinan di Felda Jelai. 

Kami boleh sahaja menginap dengan selesa di rumah kakak isteri tetapi disebabkan memang berniat untuk beriktikaf di masjid terus menghala pula ke Kuala Klawang petang itu lalu bermalam di Masjid Kampung Dulang. Seperti biasa dibuat persinggahan ke tempat-tempat menarik sebelum kembali melalui jalan rentas Banjaran Titiwangsa ke Hulu Langat. Dengan itu perjalanan mencapai jarak keseluruhan 470 km. Lebih penting adalah jangkauan kerohanian akibat persinggahan ke tempat-tempat yang berkenaan.

















Perjalanan jauh pertama tahun 2019

Bersambung daripada artikel Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.


Walaupun perjalanan ke Muar mencari bukit dalam mimpi memakan jarak keseluruhan lebih 600 km saya tidak menganggapnya jauh kerana kampung saya itu terletak sekitar 240 km dari rumah sendiri di Rawang. Dan saya sudah biasa berulang alik sejak kecil lagi. Maklumlah balik kampung sendiri. Saya cuma mengganggap suatu perjalanan itu jauh apabila tempat yang hendak dituju adalah lebih 300 km dari rumah. Misalnya ke Pulau Pinang. Maka itu apabila ke sana bulan Mac saya menganggapnya sebagai perjalanan jauh pertama bagi tahun 2019. Dan memang pun ia mencapai jarak keseluruhan lebih 1,000 km. Hampir sekali lipat jarak keseluruhan perjalanan ke Muar...


1. Visit to Taiping Zoo
































Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007

Bersambung daripada artikel Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.


Tajuk artikel ini mungkin mengelirukan. Perjalanan berkenaan sebenarnya berlaku pada awal tahun 2019. Yang berlaku pada tahun 2007 seperti disebut dalam tajuk adalah satu mimpi menunjukkan sebuah bukit yang memberikan suatu makna kerohanian. Sudah lama saya cuba menjejak bukit tersebut di sekitar Pagoh, Muar kerana diberikan bayangan letaknya dekat-dekat situ tetapi tidak berjaya menemui. Akhirnya terlihat bukit serupa dalam satu gambar orang di Facebook penghujung tahun 2018.

Timbul sahaja kelapangan saya pun ke Muar untuk mencari lokasi yang ditunjukkan dalam gambar. Tetapi pergi dahulu mendaki Bukit Mor di selatan bandar Muar selepas itu bertemu dengan hamba Allah yang mengambil gambar. Saya kemudian dibawanya melihat sejumlah makam berbatu nesan Aceh termasuk yang ditunjukkan dalam gambar. Dari situ dapat mengecam kedudukan bukit sehingga dapat ke sana lalu naik hingga ke puncak. 

Ternyata benar itulah bukit yang dilihat dalam mimpi. Cuma sampai sekarang belum dapat lagi ilham apakahnya maknanya, apa yang mahu ditunjukkan oleh mimpi juga penjejakan sebenar secara fizikal. 


1. Masjid (Mosque of) Kampung Batu, Rembau 

2. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 - Bergerak ke Muar sambil mengimbas pencarian lama

3. Masjid (Mosque of) Sulaimansyah, Parit Pinang Seribu

4. To the summit of Bukit Mor 

5. Looking for a clear view of the lake up Bukit Mor

6. Views from Puncak Bendera - The flag summit

7. Makam (Tomb of) Tok Sijau

8. Surau (Praying hall of) Kampung Jorak

9. Makam berbatu nesan Aceh (Tomb with Aceh stones at) Bukit Rhu, Jorak













Friday, April 30, 2021

Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan 2018

Bersambung daripada artikel Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


Perjalanan ini dibuat agar dapat melakukan iktikaf di masjid-masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Mula-mula ke Tanjung Malim lalu dipanjangkan ke Proton City. Kemudian ke Hulu Langat sehingga jalan paling hujung di Pangsun. Perjalanan disambung dengan persinggahan ke masjid-masjid di Putrajaya membawa ke Cyberjaya kemudian Shah Alam diikuti Kuang. Selepas kembali ke rumah satu malam dibuat pula iktikaf di Ampang Pecah sebelum malam ganjil terakhir iaitu 29 Ramadhan di Masjid Kampung Hulu, Melaka, dalam perjalanan kembali ke Muar untuk berhari raya. Oleh itu perjalanan ini boleh dikatakan cuma betul-betul selesai setelah kembali ke rumah dari Muar. Dengan itu ia menjangkau jarak keseluruhan lebih 850 km.


1. Kerling hot water spring

2. Masjid (Mosque of) Al-Mursyidin, Proton City, Tanjung Malim

3. Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian 

4. Masjid (Mosque of) al-Muttaqin, Batu 16.5 Hulu Langat

5. Rupa baru Masjid Kuala Pangsun (New look of mosque of Kuala Pangsun)



9. Dari Hulu Langat ke Putrajaya ke Kuang - Perjalanan iktikaf 23-25 Ramadhan

10. Iktikaf malam 27 dan 29 Ramadhan - Lalu muncullah bulan raya Syawal



Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar

Bersambung daripada artikel Dari Pagoh ke Pulau Besar.


Perjalanan yang dibuat penghujung Ogos 2017 bermula dengan tujuan untuk menggembirakan anak-anak. Selepas melihat pelbagai macam tarikan di Cameron Highlands kami turun ke Ipoh melalui jalan ke Simpang Pulau lalu singgah di sebuah masjid yang dialih dari satu bahagian tengah Perak. Minat saya ke tempat-tempat bersejarah pun mula diberikan keutamaan sambil perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar kemudian kembali ke Rawang melalui jalan yang menyusur Sungai Perak.


 A stop at Lata Iskandar

Picking strawberries at a walkway farm

Checking out the tea farm at Cameron Valley

Up the highest obvious peak at Cameron Valley

Ke Cameron Highlands setelah lebih 4 tahun

The mountain road to Simpang Pulai

 Masjid Teluk Memali hampir siap di lokasi baru (Teluk Memali mosque almost completed at new location), Ipoh

Perak river from Kuala Kangsar promenade

Cameron-Ipoh-Kuale : Dari pergunungan Pahang membawa 'rasa' ke Perak

Misty river sight at Kuale's Padang Changkat

Masjid (Mosque of) Chopin Kiri, Perak

Bangunan lama sebelah masjid Chopin Kiri (Old building besides mosque of Chopin Kiri)

Faktor 313,131 dan kenangan Muhammad al-Aminul Rasyid

Dari Pagoh ke Pulau Besar

 Bersambung daripada artikel Jejak Tok Bahaman.


Perjalanan ini berlaku bulan Ogos 2017 atas asbab mahu menghantar ibu bapa dan seorang adik kembali ke Muar setelah beberapa hari menginap di rumah saya di Rawang. Singgah sebentar di Putrajaya sebelum saya sendiri menginap satu malam di Muar. Selepas itu saya ke Pagoh kemudian masuk ke Pulau Besar di Melaka. Ia adalah pertama kali dapat merayap puas-puas seorang diri dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan. Sesungguhnya pulau itu memiliki kedudukan tersendiri terutama apabila perlu menyendiri dan membuat amalan-amalan kerohanian demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.


1. Putrajaya from the PICC

2. Dari Pagoh ke Pulau Besar - Ke pulau seorang diri setelah bertahun tidak berbuat begitu

3. Rumah lama dekat simpang (Old house at the junction of) Sungai Mati-Kesang Tasek

4. Dari Marina Resort Pulau Besar ke Masjid Kampung Keling

Jejak Tok Bahaman

 Menyambung proses berkenaan daripada artikel Talian Teluk Intan.


Dua minggu selepas Teluk Intan kami ke Kuantan penghujung April 2017 untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sepupu lagi. Seperti di Teluk Intan ini juga melibatkan dua orang adik beradik dalam satu majlis. Alang-alang sudah ke sana kami mengambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat. Paling utama adalah satu makam yang katanya milik pahlawan Melayu Pahang terkenal iaitu Tok Bahaman. Selepas itu kami ke Pekan lalu mengambil jalan menyusur ke hulu Sungai Pahang.


1. Masjid Tanjung Api waktu siang (Tanjung Api mosque at daytime)

2. Day visit to Tanjung Api for clear views of Kuantan river mouth

3. Quick look of Kuantan river from the town bridge

4. Makam (Tomb of) Tok Guru Peramu

5. Sungai Pahang from Ganchong water plant.

6. Lawatan baru ke Makam Chondong (New visit to Makam Chondong)

7. Jejak Tok Bahaman di Kuantan dan keturunan Sultan Melaka di Pekan, Pahang

8. Rumah rehat (Rest house of) Pekan














Talian Teluk Intan

Salam hari Jumaat malam Sabtu 19 Ramadhan. Pada ketika ini masih terdapat10 lagi perjalanan lama antara tahun 2006 hingga sekarang yang perlu dibuat kompilasi. Maka menyambung proses berkenaan daripada artikel Ke PD bersama keluarga.


Perjalanan ini berlaku April 2017 atas asbab mahu menghadiri majlis perkahwinan dua orang adik sepupu yang diadakan di Batak Rabit, Teluk Intan. Saya membawa isteri dan anak-anak lalu turut melawat beberapa makam yang ada kena mengena dengan keluarga sebelah bapa. Dalam perjalanan kembali ke rumah singgah di Sarang Art Hub milik pengarah filem terkenal Mamat Khalid untuk menerangkan sesuatu. Tengok-tengok ada tayangan filem. Layan... :]


2. Kawasan pemakaman di sebelah masjid Batak Rabit (The tomb area besides the Batak Rabit mosque)

3. Perak river from a western part of Teluk Intan town

4. Menyambung talian keluarga di Teluk Intan

5. 'Tersesat' masuk lebuhraya ke neraka


Ke PD bersama keluarga

 Bersambung daripada artikel Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan


Di celah banyak perjalanan melibatkan minat pada tempat-tempat bersejarah sesekali kami keluar semata-mata untuk menggembirakan anak-anak. Lokasi yang bersifat lebih santai dan sesuai bagi kebanyakan orang, lokasi bersifat pelancongan seperti pantai-pantai di Port Dickson pun dipilih. Terjadilah satu perjalanan yang memakan jarak tidak jauh sangat iaitu sekitar 310 km sahaja. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,112 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tentunya ada sesuatu yang istimewa sehingga perjalanan yang berlaku Disember 2016 ini membentuk artikel dengan nombor cantik itu.


1. Ke PD bersama keluarga - Percutian mudah berbanding kebiasaan

2. Pantai Purnama and surroundings from top floor of Cocobay condos

3. The waters of Teluk Kemang observatory complex

4. Views from Teluk Kemang observatory tower

5. The beach between Tanjung Tuan and Pantai Purnama

6. Ke PD bersama keluarga - Pantai Purnama, balai cerap Teluk Kemang dan persekitaran

7.Views towards the east from Cocobay condos

8. Ke PD bersama keluarga - Membawa anak-anak ke balai cerap Teluk Kemang


Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan

Bersambung daripada Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor.


Perjalanan ini tercetus akibat mahu menghadiri beberapa majlis melibatkan dunia persilatan dan busana tradisional Melayu. Sambil memakai pakaian berkenaan kami sekeluarga pun keluar lalu membuat persinggahan di beberapa tempat dalam perjalanan. Jarak keseluruhan perjalanan 330 km bukanlah jauh sangat. Namun cukuplah untuk menunjukkan kami tidak pernah sepi dengan aktiviti di luar kawasan.


1. Dari Shah Alam ke Pedas - Melestarikan keindahan kebudayaan Melayu sejagat










Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor

Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015


Perjalanan ini berlaku atas asbab mahu menghadiri satu majlis persilatan di Pasir Salak. Alang-alang sudah berada di negeri Perak dipanjangkan perjalanan ke Lumut kemudian masuk ke Pulau Pangkor. Dibuat pusingan satu pulau sambil melihat tempat-tempat menarik juga naik bot. Keluar dari pulau berjalan lagi ke utara Lumut lalu meliputi jarak 575 km.


1. Bersyair dan bergurindam di Pasir Salak
























Misi HIKMAH XV di Beruas Ogos 2015

Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang.


Acara HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman di Beruas asalnya mahu diadakan awal tahun 2015 sebagai acara kami yang ke-13. Tetapi disebabkan beberapa hal ia ditunda dari bulan Februari ke bulan Ogos lalu menjadi acara ke-15 merangkap penutup bagi kalender acara-acara HIKMAH tahun 2015. Dalam mengatur majlis sejak awal tahun hingga ia akhirnya jadi banyak persinggahan dibuat ke tempat-tempat bersejarah termasuk makam-makam lama berkenaan. Acara itu sendiri disertai satu majlis lain yang tidak dirancang selain lawatan lapangan rasmi ke tempat-tempat bersejarah penting di Beruas yang ada kena mengena dengan tema acara iaitu "Jejak Batu Bersurat". Malah didapati proses untuk menjayakan acara terkait dengan satu lawatan ke Aceh yang juga muncul tanpa dirancang pada bulan Februari. Lihat Kompilasi artikel perjalanan ke-7 di Aceh. Apapun perjalanan yang dilakukan demi menjayakan acara akhirnya meliputi jarak keseluruhan 1,170 km.


1. Makam (Tomb of) Tok Jabor, Kampung Gajah 



























Misi HIKMAH XIV di Chenor Mei 2015 - Menyambung Sungai Muar ke Sungai Pahang

Bersambung gerak penulisan daripada artikel Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015.


Selepas Kedah kami telah mengadakan acara seterusnya di Negeri Sembilan kurang 3 bulan kemudian. Ceritanya sudah dirangkumkan dalam artikel Sekitar HIKMAH Seri Menanti. Oleh kerana acara adalah bertemakan aliran Sungai Muar yang hulunya terletak berdekatan Seri Menanti sedangkan tidak begitu jauh terdapat laluan purba dikenali sebagai Jalan Penarikan menyambungkannya dengan Sungai Pahang maka acara seterusnya sengaja dipilih agar bertemakan aliran Sungai Pahang. Maka dibuatlah satu perjalanan bulan April bagi mengatur acara seterusnya di Chenor, Pahang bulan Mei. Lalu dibuat juga persinggahan ke bermacam-macam tempat. Sampai masa untuk melaksanakan acara perkara sudah jadi mudah. Perjalanan keseluruhan yang termasuk dua kali pergi balik Chenor itu memakan jarak lebih 850 km.


1. Bermalam di Kampung Tauhid - Berkhemah bersama isteri dan anak-anak




















Misi HIKMAH XII di Lembah Bujang Jan 2015

Salam pagi Jumaat 18 Ramadhan. Menyambung lagi usaha mempersembahkan kompilasi artikel perjalanan-perjalanan lama. Masuk kita pada perjalanan jauh pertama bagi tahun 2015.


Perjalanan ini berlaku untuk menjayakan acara ke-12 atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Akhir Zaman di Lembah Bujang, Kedah. Sedangkan kurang 3 minggu sebelum itu kami sekeluarga telah membuat perjalanan jauh ke utara termasuk ke Lembah Bujang. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - The compilation. Dibuat dahulu persinggahan ke puncak Gunung Jerai sebelum acara diadakan 17 Januari 2015. Petangnya dibuat pula lawatan lapangan tak dirancang ke satu tapak bersejarah yang dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai tinggalan masjid abad ke-9 Masihi. Esoknya baru dibuat lawatan lapangan rasmi  iaitu ke tapak peleburan besi di Sungai Batu bersama Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, orang yang bertanggungjawab menemukan lalu membuka tapak untuk kajian. Kemudian kami ke makam Sultan Muzaffar Syah I, Sultan pertama Kedah lalu perjalanan meliputi jarak lebih 820 km.
















Ke Muar kemudian menyusuri Sungai Batu Pahat

Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014.


Dua minggu selepas selesai majlis di Pagoh saya ke Muar lagi kerana perlu menyertai satu acara. Kali ini dengan membawa seorang anak laki-laki sahaja  bersama lalu memanjangkan perjalanan hingga ke Batu Pahat untuk melihat tempat-tempat menarik juga bersejarah yang ada kena mengena dengan laluan dan aliran Sungai Batu Pahat. Kami kembali ke Lembah Klang dengan mengambil laluan 'belakang' Gunung Ledang sehingga sampai ke Kuala Pilah dan Seri Menanti. Dengan itu perjalanan mencapai jarak sekitar 700 km.


1.Karnival Bukit Treh 



































Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014

Bersambung daripada artikel Perjalanan tak disangka ke Borobudur September 2014 - Menyiasat dakwaan ia adalah tinggalan Nabi Sulaiman AS. Masuk lagi majlis ilmu yang dianjurkan pihak saya.



Majlis ilmu ini merupakan yang ke-11 atas nama HIKMAH - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman. Diadakan di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Syah (Melaka) di Kampung Raja, Pagoh, Muar ia dimulakan dengan hol bagi almarhum yang dikatakan bertaraf wali. Untuk memastikan kejayaan majlis saya perlu berulang-alik ke Muar tiga kali. Pertama adalah untuk mendapatkan kerjasama orang masjid bagi mengadakan majlis, kedua adalah bagi mendapat kebenaran rasmi Pejabat Kadhi Muar kerana mahu menggunakan masjid, ketiga adalah bagi mengadakan majlis itu sendiri pada 8 November 2014. Bagi setiap perjalanan tersebut ada sahaja persinggahan dibuat ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Ini menjadikan ia mencapai jarak keseluruhan 1,580 km.