Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mac 02, 2025

Mendaki dua buah bukit boleh tahan tinggi - 'Last kopek' sebelum berpuasa bulan Ramadan

Salam 1 Ramadan. Selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslim yang dimuliakan. Dalam artikel Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 2 yang dipersembahkan Jumaat malam Sabtu ada dinyatakan bahawa  beberapa lama selepas masuk waktu Maghrib keluar perisytiharan rasmi menyatakan puasa bulan Ramadhan akan bermula pada hari Ahad 2 Mac iaitu hari ini. Timbul rasa, sebelum berpuasa hendak berjalan-jalan keluar hiking mendaki bukit, satu di Kuala Kubu sebelum tengah hari, satu di Tanjung Malim, pada petangnya kemudian bersolat Maghrib, Isyak dan Tarawikh di mana-mana masjid dalam laluan kembali ke rumah. Sukacita dimaklumkan apa yang difikirkan itu sudah selamat dan berjaya dilaksanakan semalam. Ini adalah cerita berkenaan.



Pagi Sabtu 1 Mac 2025 saya pun keluar meninggalkan rumah untuk melaksanakan perkara. Namun entah kenapa sekitar 400 meter dari rumah terlanggar seorang tupai.




Apa yang berlaku adalah mula-mula terserempak tupai lain berlari menyeberang jalan dari kanan ke kiri. Saya yang memang sukakan haiwan seronok melihat.



Sekitar tiga detik kemudian muncul seekor lagi tupai, kali ini menyeberang dari kiri ke kanan. Tak sangka pula ekornya boleh digilis tayar kereta sehingga terlucut sebahagian dari tulang. Fikir saya elok dah lepas daripada laluan.




Hal ini membuatkan terfikir apakah ada petanda tidak baik tentang perjalanan? Setelah meletakkan tupai dari tengah jalan ke pokok di tepian saya memutuskan untuk meneruskan perjalanan.




Singgah beriktikaf di masjid lama ini sebentar.




Masuk ke pekan Kuala Kubu Baru.




Kemudian baru menuju ke bukit pertama yang mahu didaki, Bukit Batu Pahat.




Alhamdulillah saya tiada masalah mencari permulaan denai untuk mendaki. Ketika itu sudah tengah hari jam 12.15 gitu.




Setelah beberapa lama jumpa satu tempat menarik dengan batu-batu besar termasuk batu terbelah.




Pemandangan daripada atas sebuah batu sana.




Selepas jam 1.30 sampai ke puncak.




Pemandangan dari puncak begitu cantik menyebabkan saya melepak agak lama di puncak.




Dalam perjalanan turun berhenti rehat di kawasan batu-batu besar.




Ketika itu angin sedang bertiup nyaman menyebabkan rasa hendak tidur sebentar.




Sepanjang tempoh mendaki dan turun saya cuma dua kali minum air sahaja. Itupun setakat beberapa titik bagi membasahkan tekak. Sudah begitu petua kebiasaan saya apabila keluar mengembara. Dah selamat keluar baru boleh makan dan minum banyak. Ketika gambar ini diambil sudah jam 3.50.




Perjalanan diteruskan ke pekan Tanjung Malim. Singgah iktikaf sebentar di masjid jamek sana.




Jam 5 baru menghampiri bukit seterusnya yang mahu didaki, Bukit Asa atau Bukit Changkat Asa.




Dipendekkan cerita jam 5.55 sampai ke puncak teringginyanya 266 meter dari paras laut.




Berehat sebentar di atas jambatan menyeberangi Sungai Bernam setelah keluar daripada hutan bukit, sungai yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Selangor dan Perak. Untuk pengetahuan Bukit Asa terletak dalam Selangor. Namun denai pendakian lebih mudah dicapai dari arah Tanjung Malim di Perak.




Makan selepas masuk waktu Maghrib di pekan Tanjung Malim.




Sungguh, terasa puas hati dapat mencapai matlamat mendaki dua bukit yang dirancang tersebut sebelum masuk waktu Maghrib, sebelum masuk bulan Ramadan lalu wajib berpuasa pada siangnya. Kiranya ini perbuatan 'last kopek' Dapat juga menunaikan solat Tarawikh di masjid jamek Tanjung Malim, pada malam pertama bulan Ramadan, dalam negeri Perak. Untuk melihat lebih banyak gambar dan penceritaan pendakian lihat artikel-artikel berikut di blogspoBERPETUALANG KE ACEH :-


1. Climbing up Bukit Batu Pahat near Kuala Kubu - Part I

2. Climbing up Bukit Batu Pahat near Kuala Kubu - Part II

3. Climbing up Bukit Asa near Tanjung Malim - Part I

4. Climbing up Bukit Asa near Tanjung Malim - Part II