Meneruskan untuk cerita hari ke-5 perjalanan. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Tersangkut kereta rosak di Parit Buntar sebelum dapat mendaki Gunung Semanggol.

Pagi Sabtu 4 Oktober 2025. Kami suami isteri telah bermalam di masjid ini lalu menziarahi makam ulamak yang mengasaskannya. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN :-
1. Lawatan terbaru (Latest visit to) Masjid (Mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing
2. Lawatan terbaru ke (Latest visit to) makam (tomb of) Sheikh Ahmad Marzuki
Ini bagi memenuhi hajat isteri hendak menginap di masjid tersebut. Kami pernah beberapa kali sampai. Tetapi cuma saya sahaja pernah bermalam.
Kami juga mahu menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu isteri di Sungai Besar.
Masjid di Lubuk Pusing sudah tidak jauh dari tempat majlis perkahwinan.
Hari berlaku majlis pula adalah sehari selepas selesai mesyuarat isteri di Pulau Pinang.
Beberapa orang adik beradik isteri hadir bersama keluarga masing-masing lalu saya mengajak mereka makan mee udang lipan di sebuah kedai berdekatan.
Hidangan istimewa ini susah hendak ditemui. Tak banyak tempat menghidangkannya.
Sudah bertahun juga saya tak rasa. Kali terakhir lalu bulan Jun kedai sedang tutup.
Seterusnya kami berjalan bersama beberapa buah kereta melihat tempat-tempat menarik.
Selepas itu pergi ke inap desa di Sekinchan. Adik beradik isteri mahu bermalam. Saya dan isteri asalnya mahu menginap di rumah makcik di Petaling Jaya. Tetapi bertukar fikiran kerana isteri mahu bersama dengan adik beradik.
Lewat petang kami keluar ke satu tempat tarikan yang dilihat ketika menuju ke inap desa.
Memang menarik tempat ini. Seronok kami bersantai sama.
Walau isteri dan adik beradik asal orang kampung, dan ramai masih menetap di kampung, tempat mereka tiada sawah padi seperti halnya di sini. Lihat
Kopi Sawah in Sekinchan