Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, September 06, 2019

Perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera - Satu pengenalan ringkas selepas tamat pengembaraan

Salam petang Jumaat 6 September 2019 bersamaan 6 Muharram 1441 Hijriah, Jumaat pertama bagi tahun baru Islam kini. Merujuk pada artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 yang dipersembahkan setengah tahun lalu diikuti artikel Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 pada 11 hari lalu. Sukacita dimaklumkan. Perjalanan yang dimaksudkan juga acara sudah berjaya dilaksanakan dalam tempoh pengembaraan Rabu 28 Ogos sehingga Rabu 4 September 2019. Pada ketika ini saya masih agak kepenatan. Tetapi demi mengambil berkat hari ini sebagai Jumaat pertama bagi tahun baru 1441 Hijriah biar diberikan sedikit cerita pengenalan ringkas selepas pengembaraan tamat.


Dalam artikel Bersedia untuk acara ke-21 HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh 1 September 2019 ada diberitahu rancangan perjalanan seperti berikut. Untuk makluman ia telah diubah sedikit daripada rancangan asal yang diceritakan dalam artikel Rancangan perjalanan pusing utara Sumatera dan Aceh berserta acara HIKMAH ke-21 di kompleks makam Sultan Malikus Saleh 1 Muharram 1441 akibat syarikat penerbangan Air Asia membatalkan penerbangan jam 10 pagi lalu mengalihkan saya dan rombongan ke penerbangan jam 2 petang...



1. Hari pertama Rabu 28 Ogos

Banda Aceh - Meulaboh (238 km)

- Menginap di masjid raya yang merupakan satu-satunya bangunan tidak diranapkan Tsunami 26 Disember 2006. Menggantikan rancangan asal Banda Aceh - Tapak Tuan (434 km)

2. Hari kedua Khamis 29 Ogos

Meulaboh - Barus (484 km)

- Persinggahan akan dibuat di Labuhan Haji diikuti Tapak Tuan kemudian makam Sheikh Hamzah Fansuri di Singkil. Bermalam Jumaat di sebuah masjid di Barus (belum dapat ilham yang mana)

3. Hari ketiga Jumaat 30 Ogos

Barus - Deli Tua (dekat Medan, 326 km)

- Persinggahan akan dibuat di Kompleks Makam Mahligai Barus di mana dikatakan terdapat makam pendakwah Islam dengan tarikh meninggal dunia 43 Hijriah (sekitar 664 Masihi). Akan masuk ke Pulau Samosir di Danau Toba sebelum naik ke Berastagi kemudian bermalam di Masjid as-Syakirin, Deli Tua

4. Hari keempat Sabtu 31 Ogos

Deli Tua - Makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah, Perlak (265 km)

Singgah ke Medan untuk lawatan ke Istana Maimoon dan masjid lama Manshun, singgah ke Masjid Azizi di Tanjung Pura, Langkat lalu masuk ke Kampung Besilam (pusat Tariqat Naqsyabandiah-Khalidiah di bawah almarhum Sheikh Abdul Wahab), lalu di Pengkalan Brandan diikuti Temiang dan Langsa. Kalau ada kesempatan masa masuk ke Pengkalan Susu untuk melihat Teluk Haru, Pulau Kampai dan Pulau Sembilan (tambah 25 km pergi balik simpang).

Ini adalah laluan yang diceritakan dalam siri trilogi novel "Berpetulang ke Aceh" tulisan dan terbitan saya 2006-2007. Bermalam 1 Muharram 1441 Hijriah di kompleks makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang merajai Kesultanan Perlak bermula 1 Muharram 224 Hijriah lebih 1,000 tahun lalu.

5. Hari kelima Ahad 1 September 2019 bersamaan siang 1 Muharram 1441 Hijriah

Makam Sultan Abdul Aziz - Makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe (130 km)

Dibuat persinggahan ke makam Ratu Nurul Aqla sebelum ke makam Sultan Malikus Saleh di mana acara ke-21 HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam) bermula selewatnya jam 10 pagi insyaallah. Boleh jadi bermalam di sekolah pondok berdekatan, boleh jadi teruskan perjalanan menghala ke Banda Aceh bergantung pada gerak dan keadaan,

6. Hari keenam Isnin 2 September

Menuju ke Banda Aceh.

Harus ada persinggahan ke makam Tun Sri Lanang di Semerlanga dan makam Daeng Mansur selepas Sigli di Pidie (Pedir). Boleh jadi bermalam di Banda Aceh, boleh jadi di satu lokasi sebelum itu.

7. Hari ketujuh Selasa 3 September

Acara ke-21 HIKMAH disambung di Banda Aceh.

Masa akan ditetapkan selewatnya waktu malam. Acara HIKMAH kali ini dikira berlangsung daripada 1 hingga 3 September, dari makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Banda Aceh (284 km). Bermalam di Banda Aceh.

8. Hari kelapan Rabu 4 September

Santai di Banda Aceh sebelum kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 4 petang



Namun apa yang berlaku sebenarnya pada Rabu 28 Ogos adalah penerbangan mengalami kelewatan sehingga jam 6 lebih petang waktu tempatan baru kami sampai ke Banda Aceh, tinggal setengah jam lebih sahaja sebelum masuk waktu Maghrib. Ini menyebabkan berlaku lagi perubahan dalam rancangan. Namun laluan keseluruhan yang telah difikirkan sejak sekian lama tetap dapat ditempohi. Cuma ada bahagian yang terpaksa dilewatkan ada yang dipercepatkan bergantung pada hari dan keadaan.

Misalnya kalau ikut rancangan asal kami cuma akan menginap 2 malam sahaja di pantai barat Aceh. Tetapi keadaan memaksa kami menginap 3 malam. Sebagai gantinya rancangan untuk bermalam di Deli Tua dekat Medan Jumaat 30 Ogos malam Sabtu harus dibatalkan lalu kami bergerak terus ke Perlak. Itupun sampai ke sana selepas Subuh pagi Ahad 1 September bersamaan 1 Muharram. Tak sempat tidur di sana seperti dirancang dan dimahukan kerana harus berkejar ke kompleks makam Sultan Malikus Saleh lagi 2 jam perjalanan bagi melaksanakan acara ke-21 HIKMAH.


Namun 'perkejaran' itu mengembalikan kami pada rancangan asal di mana ada ruang dan masa untuk bermalam di sekitar kompleks makam Ahad malam Isnin. Menginaplah kami di sebuah pondok sebelah kompleks yang baru didirikan beberapa bulan lalu sebagai asas bagi sebuah dayah atau sekolah pondok baru.


Esoknya tengah hari Isnin 2 September kami pun mengorak langkah untuk ke Banda Aceh di mana acara ke-21 HIKMAH akan dilanjutkan. Namun disebabkan satu persinggahan tidak dirancang diikuti beberapa hal kami sampai tengah malam. Sedangkan pagi Selasa 3 September jam 9 harus menjalankan acara di satu muzium swasta...





Selepas itu kami pergi menjejak beberapa tempat bersejarah dan menarik di sekitar Banda Aceh. Peta ini melakarkan laluan dalam dan sekitar bandar yang diambil sejak sampai tengah malam sehingga lewat hari Selasa lalu kami berehat.


Peta ini pula melakarkan jejak kami pada hari terakhir perjalanan iaitu Rabu 4 September sebelum kembali ke Malaysia dengan pesawat jam 4.10 petang. Berdasarkan lakaran jumlah jarak kami berjalan 8 hari 7 malam adalah 1,715 km + 40.6 km + 85.4 km = 1841 km. Tetapi itu bukan sepenuhnya terperinci kerana ada perjalanan pusing bandar atau kawasan yang tidak dimasukkan ke dalam lakaran. Kalau dimasukkan kami harus sudah berjalan 1850 km. Tunggu huraian ceritanya apabila saya terasa lebih bertenaga dan lapang... :]