Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Ogos 04, 2026

Mencari tapak sejarah Kota Buruk yang tersorok, kini ditambah oleh pembangunan

Menulis dari kampung saya di Muar. Asalnya malas hendak menulis. Sejak setahun kebelakangan banyak cerita perjalanan yang dianggap kecil tidak dikongsikan dalam mana-mana blogspots. Kemudian timbul rasa kali ini harus dikongsikan, sekurang-kurangnya di blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH. Itu yang telah dilakukan untuk artikel New beach attraction at Batu Laut tengah hari tadi. Itu yang mahu dilakukan untuk cerita seterusnya. .Tetapi apabila difikirkan kepentingannya terasa lebih elok dikongsikan dalam CATATAN SI MERAH SILU.



Semalam lewat petang Isnin 3 Ogos 2026 menuju ke hadapan sebuah kilang di  Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, dekat Jalan Kampung Tanjung Selabu, Sungai Terap.



Ini adalah sekitar 8 km dari rumah bapa saya di Kampung Temiang. Saya dan isteri sampai ke rumah 3 jam sebelum itu, setelah menginap 2 malam di rumah pusaka keluarga isteri di Tanjung Sepat. Sebelum itu menginap satu malam di rumah kakak isteri di Jenjarom, selepas keluar petang Jumaat 31 Julai dari rumah ke sendiri untuk urusan di Bandar Tasik Puteri kemudian di Shah Alam.



Kali terakhir kembali ke Muar adalah untuk Raya Haji 3 bulan lalu. Kali ni mahu melangsaikan satu hal tertunggak daripada lebih 8 bulan lalu. Dalam artikel Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar yang ditulis dan dipersembahkan pada 26 November 2025, hari ulang tahun saya yang ke-55 ada dinyatakan bahawa pada 23 November iaitu 3 hari sebelum itu ada pergi ke kawasan ini untuk mencari tapak sejarah Kota Buruk.



Ini adalah kota yang menurut kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu didirikan oleh Raja Iskandar di Muar sebelum mengasaskan kerajaan Melaka. Ia berlaku sekurang-kurangnya 600 tahun lalu, dalam perjalanan meninggalkan Singapura yang jatuh diserang dan ditakluki musuh lalu baginda mencari penempatan baru.



Sebelum itu baginda pernah membina kota lain di tepian Sungai Muar. Namun ia ditinggalkan kerana asyik 'diserang' biawak yang banyak. Menurut ceritanya dibunuh tetapi datang lagi. Dibunuh dan datang lagi. Sehingga bertimbun mereput lalu lokasi (tak jelas di manakah ia, mungkin tidak jauh dari sini) dikenali sebagai Kota Biawak Busuk.



Saya pertama kali sampai menaiki kereta yang dipandu adik tahun 2007. Lihat The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar....  Kemudian masuk waktu malam bersama kawan awal 2008. Lihat Dari Segamat kembali ke Muar... Berakhirlah satu episod pengembaraan....




Selepas itu iaitu pada awal tahun 2011 membawa isteri ketika banjir melanda banyak tempat di Muar. lalu meranduk air membawa anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang berumur setahun lebih bersama. Lihat Balik Muar Raya Cina : Mencari makam Panglima Lidah Hitam dan bermain banjir di Pagoh dan Kota Buruk.



Awal 2012 saya menulis artikel bertajuk Meh tengok Kota Buruk untuk menunjukkan kepada seorang kenalan bagaimana untuk sampai ke Kota Buruk. Tetapi ada bahagian perjalanan yang saya ingat-ingat lupa.  



Kurang 2 minggu selepas itu anak bongsu saya Muhammad Alauddin Johan lahir. Ketika berumur 31 hari dibawa menuju ke Kota Buruk tetapi setakat sampai ke papan tanda di luar sahaja. Ini dibuat untuk memastikan tunjuk arah yang diberikan dalam artikel Meh tengok Kota Buruk. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang.



Kali ini saya pergi seorang diri, isteri berehat di rumah bapa kerana kepenatan. Dalam tempoh 2 hari setengah kebelakangan beliau yang membuat kerja sambilan mengurut telah mengurut 10 orang.



Merujuk kembali pada Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar. Adapun ketika cerita berlaku hampir penghujung November 2026 isteri baru sahaja bersara secara sukarela daripada sebuah syarikat besar. Niatnya. selain sudah penat berkerja (beliau sudah melepasi umur 50 tahun ketika itu) mahu lebih mudah balik kampung menjengok ibu bapa saya (isteri sudah lama yatim piatu) terutama ibu yang ketika itu sudah amat uzur. Walaupun terus bertapak di sekitar Lembah Klang kami mahu lebih kerap balik untuk menjaga ibu. Ketika balik itu kami banyak melakukan kerja membersih rumah terutama kawasan halaman yang banyak dipenuhi pokok dan tumbuhan. Kedua-dua ibu bapa sudah berumur lebih 83 tahun ketika itu. Kami cuba bantu apa yang dapat.

 

Pada satu hari diambil peluang untuk ke tapak bersejarah Kota Buruk. Isteri yang sudah seronok membuat video-video pendek untuk siaran Tiktok mahu saya menyampaikan cerita tentang tempat itu Tetapi didapati sudah berlaku banyak perubahan yang menyukarkan untuk sampai. Pintu masuk asal ke laluan ladang kelapa sawit yang boleh membawa ke tapak telah disekat oleh bangunan kilang. Kami terpaksa mencuba beberapa laluan lain, semuanya perlu melalui halaman di luar kilang. Tetapi setelah beberapa lama berjalan kaki masuk ke dalam ladang asyik dihalang oleh semak samun dan parit besar. Sedangkan kedudukan tapak itu sendiri pun susah hendak ditentukan. 



Bila dah keluar hampir senja baru kelihatan satu laluan yang paling sesuai. Tetapi sudah terlalu lewat untuk mencuba.  Untuk makluman ibu saya kembali ke rahmatullah sebulan selepas percubaan 23 November. Lihat Kembalinya bonda tersayang ke rahmatullah. Selepas itu ada beberapa kali balik ke Muar tetapi tiada kelapangan untuk mencari Kota Buruk.



Setelah beberapa lama baru semalam mencuba laluan. Itulah ditunjukkan dalam gambar pertama atas. Laluan terletak ke kanan tepian kilang.



Saya menyusur berjalan kaki hingga ke penghujung belakang kilang. Itulah yang ditunjukkan dalam 2 gambar seterusnya. Selepas itu ada parit menghalang. Nasib baik ada titi. Tak perlulah melebarkan langkah atau melompat seperti dilakukan hampir penghujung tahun lepas.



Selepas itu diteruskan berjalan ke arah sama. Tak lama kemudian terjumpalah laluan asal yang pernah digunakan untuk sampai.



Alhamdulillah papan tanda tapak sejarah dalam papan maklumat masih ada. Cuma kawasan sekitar sangat bersemak. Nasib baik laluan ke makam-makam dalam kawasan tidak terhalang.



Masuklah melihat membawa sehingga ke tepian Sungai Muar...









Sampai kembali ke kereta yang diletakkan di hadapan lapangan kilang seorang yang nampaknya adalah pengawal keselamatan memarahi saya kerana lalu dekat kilang. Kata beliau yang dilalui itu tanah orang. Entah apa saya dan curi. Gambar ini diambil setelah beliau mengambil gambar kereta saya. Jawab saya kalau kamu nak ambil gambar kereta saya pun boleh ambil gambar kamu. Reportlah pada sesiapa kamu suka. Saya bukan menceroboh. Saya mencari tapak sejarah yang menurut papan tanda dan papan maklumat telah digazetkan oleh Jabatan Muzium Malaysia.



Beliau bukan faham pun apa yang diperkatakan. Saya pun menunjuk ke luar jalan seberang kilang. Nampak tak kata saya. Tu. Masih ada lagi papan tanda menunjukkan arah ke tempat bersejarah.



Cuma laluan sudah terhalang oleh kilang-kilang.



Yang bekerja pula ramai orang luar, bukan warga Malaysia. Tak bolehlah harap mereka faham. Tapi janganlah sampai hendak menghalang orang seperti saya yang sanggup meredah hutan belantara mara bahaya dan sebagainya demi menjejak kesan sejarah yang memiliki kepentingan tinggi buat jati diri orang Melayu.