Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, September 30, 2023

Mendekati falsafah melalui persoalan-persoalan fundamental tentang keadilan sosial manusia

Merujuk pada artikel Kenapa kena rajin menulis? yang dikongsikan Rabu malam Khamis, ketika sudah masuk tarikh 12 Rabiul Awal iaitu hari Maulidul Rasul. Kalau ikutkan rancangan siang pagi Khamis itu mahu menghadiri syarahan khas Maulidur Rasul bertajuk "Perihal Kewajiban Menjadi Saksi Kerasulan Muhammad SAW" oleh guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di sebuah toko buku di Petaling Jaya kemudian ke majlis Maulud Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Seremban sehingga lewat malam. Sampai masanya tak jadi pergi kerana penat yang amat sangat. Ini kerana beberapa hari kebelakangan asyik bersengkang mata untuk menyiapkan butiran-butiran akhir pembetulan dan penambahbaikan selepas peperiksaan lisan (post viva) tesis saya di ISTAC. Dan ketika itu ia masih belum siap. Usaha baru boleh dikatakan selesai lewat malam Jumaat. Sekarang cuma menunggu abstrak baru dalam bahasa Arab disiapkan satu pihak menurut perubahan yang dilakukan pada abstrak dalam bahasa Inggeris. Dengan itu baru dapat mengikuti majlis berikutnya lalu cerita boleh dikongsikan.



Majlis berupa syarahan bahasa Inggeris di ISTAC ini boleh diterjemahkan tajuknya sebagai "Mendekati Falsafah Melalui Persoalan-persoalan Fundamental tentang Keadilan Sosial Manusia". Bermula jam 3 petang Jumaat semalam 29 September 2023 ia disampaikan oleh Profesor Madya Dr Isham Pawan Ahmad dari ISTAC. Ia merupakan yang pertama dalam satu siri baru syarahan falsafah di bawah Kursi Al-Ghazali ISTAC. Siri dirancang lalu diwar-warkan dalam satu grup WhatsApp khas peminat ilmu falsafah yang mana saya telah dimasukkan sebulan dua lalu.




Itupun hampir-hampir tak hadir kerana terlupa tentang majlis. Sebulan kebelakangan boleh tahan banyak majlis diikuti dan memang saya bercadang untuk mengikuti yang ini pada tarikh 29 September. Namun pada hari Rabu 27 September ketika hendak menyemak kembali apakah majlis-majlis yang perlu dihadiri dalam tempoh seminggu akan datang saya tidak dapat menemui poster majlis. Rasa macam ada satu pada tarikh 29 September kata saya kepada isteri. Kenapa tak jumpa poster? Ke dah tersilap nampak?




Apabila tak jadi ke majlis-majlis hari Khamis 28 September lantaran kepenatan selain belum siap kerja-kerja akhir tesis maka tumpuan pun diberikan sepenuhnya kepada tesis. Selain itu perlu menghantar kereta ke bengkel untuk menukar gandar (axle) yang sudah berapa bulan rosak. Barang ganti baru sampai hari sebelumnya. Maka dihantarlah kereta petang itu lalu diberitahu Jumaat nanti siap.




Adapun Jumaat malam Sabtu memang ada satu majlis mahu dihadiri, di pinggir utara Kuala Lumpur. Yang ini telah diberikan komitmen sejak lebih sebulan lalu. Walaupun kurang sihat dan masih penat,  memandangkan lewat malam Jumaat sudah siap usaha akhir tesis (kecuali abstrak bahasa Arab) bolehlah ke majlis. Jumaat selepas solat berjemaah baru ternampak dalam WhatsApp ada persediaan majlis di ISTAC. Baru ternampak poster majlis seperti diletakkan pada awal artikel dikongsikan kembali dalam grup.




Memandangkan ketika itu sudah jam 2 petang sedangkan saya tak cukup tidur fikirnya tak mengapalah. Saya masih perlu melelapkan mata barang sejam dua supaya dapat mengikuti majlis di pinggir bandar raya pada belah malam. Jadi tak perlu pergilah. Tengok-tengok ada WhatsApp daripada Cina bengkel yang disampaikan jam 1.30 mengatakan kereta dah siap. Alang-alang hendak keluar mengambil kereta di pekan Rawang teruslah ke ISTAC.




Itupun perlu menunggu beberapa perkara selesai terlebih dahulu, jam 2.30 baru boleh keluar rumah. Di bengkel ambil sedikit masa sebelum dapat mengambil kereta. Tengok-tengok satu tayar hampir pancit. Itupun nak kena uruskan. Selepas itu harus menghadapi kesesakan jalan raya untuk ke ISTAC. Sekitar jam  3.50 baru sampai.




Ketika masuk ke ruang syarahan kelihatan sudah masuk sesi soal. Saya yang tak tahu hujung pangkal kecuali tajuk syarahan pun setakat boleh mendengar. Nak bersoal jawab tak tahu apa yang telah dikongsikan. Oh. Gambar-gambar dalam artikel ini semuanya daripada grup WhatsApp. Seperti biasa di ISTAC sejak setahun lebih kebelakangan, kebanyakan majlis ilmu dibuat secara hybrid iaitu fizikal hadir ke tempat majlis bercampur atas talian.




Cuma mungkin kerana ia satu siri baru, yang walaupun dinaungi oleh Kursi Al-Ghazali ISTAC, berpunca daripada rancangan dalam grup WhatsApp yang lebih bersifat komuniti intelektual dan akademik para peminat falsafah termasuk daripada luar ISTAC, ia tidak mendapat liputan formal kakitangan ISTAC. Diadakan pun dalam bilik kelas syarahan, bukan ruangan-ruangan biasa untuk perkongsian ilmu yang boleh dihadiri sesiapa sahaja yang berminat. Kalau tidak tentu sudah ada rakaman video terpapar di Youtube ISTAC TV. Bolehlah mengikutinya untuk tahu apa yang tertinggal.



Disebabkan tiada video saya cuma boleh membuat telahan apakah pengisian berdasarkan soalan atau perkongsian semasa sesi soal jawab. Antara persoalan yang timbul adalah bagaimana kita boleh tahu yang kita ini tahu? Ini sebenarnya satu persoalan yang dikira asas dalam falsafah. Dalam bahasa mudah, apabila kita merasa tahu akan sesuatu perkara, apakah kita betul-betul tahu atau 'perasan' tahu? Bagaimana hendak tahu apa yang kita tahu itu adalah pasti, bukan suatu andaian atau salah faham?

Selain itu ada yang bertanya ke manakah arah tuju syarahan sebenarnya? Kelihatan ia tidak jelas. Ya. Walaupun saya sampai lambat, daripada jawaban-jawaban yang diberikan oleh pemberi syarahan kedengaran banyak yang masih keliru. Antaranya adalah disebabkan beliau memberitahu tidak suka memberikan definisi suatu perkara. Kata beliau boleh menimbulkan kekeliruan kerana nanti setiap seorang akan memberikan definisi menurut kehendak dan pemahaman masing-masing. Sedangkan pada saya, bagaimana hendak membincangkan suatu perkara kalau tidak terlebih dahulu diberikan definisi?

Dan kelihatan beliau seperi percaya bahawa ilmu-ilmu bersifat relatif sahaja lalu boleh ditafsir berlainan faham dan rupa. Sedangkan pada sesetengah daripada kami wujud ilmu bersifat mutlak yang mana pemahaman tentangnya juga harus bersifat mutlak, tidak boleh yang sana sebut begini yang situ sebut begitu. Hal ini nampaknya kerana yang bersyarah masih berpegang pada ruang lingkup kekuatan akal sahaja, belum masuk wilayah pengalaman rasa yang biasa disebut orang Sufi. Pada beliau orang-orang Sufi pun bercanggah pendapat. Pada kami, kalau yang dibicarakan itu adalah bab keTuhanan tidak ada percanggahan kecuali berbeza sudut pandang dan cara menyatakan sahaja. Ilmunya tetap mutlak sama.




Pun begitu ia satu permulaan yang baik buat satu siri baru di ISTAC. Munculnya pelbagai persoalan dan jawaban walaupun kedengaran mengelirukan dan tidak ada solusi atau kata putus sebenarnya dianggap sesuatu yang baik bagi menjana kecergasan pemikiran dalam dunia falsafah. Dalam kata penutup oleh Osman diberitahu bahawa acara mahu diadakan sebulan sekali. Selepas ini biar di kafe ISTAC (yang baru dibuka kembali setelah banyak tahun tidak beroperasi). Dicadangkan, sesiapa dalam komuniti kecil ini yang mahu berkongsi ilmu boleh menjadi pensyarah.




Disebabkan ia acara pertama siri maka saya rasa harus berkongsi cerita pagi ini walau terlepas syarahan. Namun sesi soal jawab selama lebih sejam cukup untuk menunjukkan jangkauan pemikiran juga potensi bagi pelbagai jenis perkongsian akan datang, insyaallah. Selepas ini saya akan berkongsi tentang majlis waktu malam di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Tiada ulasan: