Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 26, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Ada apa dengan jerebu?

Satu lagi artikel untuk hari ini 26 November 2026, hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-56. Penulisan telah disiapkan lebih awal. Cuma menunggu gerak dan masa yang sesuai sahaja untuk dipaparkan. Daripada segi tarikh bersambung daripada artikel Tajdid dan Islah pendidikan dalam negara Madani, pada kala umur mencapai 56 tahun. Daripada segi perjalanan bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Lakaran laluan perjalanan setiap hari.



Umum tahu bagaimana Kalimantan menjadi punca utama jerebu yang menyelubungi Malaysia, Singapura dan sejumlah negara Asia Tenggara sejak sekian lama, sebelum langit kembali terang penghujung Oktober. Perjalanan kami di sana 9 hingga 25 haribulan pula memakan masa 17 hari lalu memang harus menempuh jerebu terutama ketika menunggang motosikal sejauh 1,337.8km campur naik kapal 100.85km hari ke-7 hingga ke-12. Biar diletakkan gambar terpilih bagi setiap satu hari dengan sedikit cerita. Ada hari yang kelihatan seperti tiada jerebu, mungkin kerana kombinasi hujan turun dan tiupan angin membersihkan ruangan buat suatu waktu.


Hari 1 - Jumaat  9 Okt


Gambar diambil dari atas menara di hadapan masjid utama Pontianak. Sebaik sahaja sampai dari Malaysia bergegas ke masjid supaya dapat bersolat Jumaat. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak.
 


Hari 2 - Sabtu 10 Okt


Gambar dari tepian sungai dekat Tugu Khatulistiwa. Singgah sebelum ke makam Sultan-sultan Pontianak. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas. 



Hari 3 - Ahad 11 Okt


Gambar dari atas rumah biras di utara Pontianak. Sepanjang siang hanya berlegar di rumah kerana ada majlis diadakan di dalamnya. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana.



Hari 4 - Isnin 12 Okt


Gambar dari bahagian lain tepian sungai. Keluar petang seorang diri untuk beriadah. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Kapuas lagi dekat Tugu Khatulistiwa.

 

Hari 5 - Selasa 13 Okt


Gambar dekat pusat kota. Keluar berempat menaiki motosikal. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Bermotosikal dan santai nyanyi di Pontianak.



Hari 6 - Rabu 14 Okt


Gambar dari restoran 'terapung; di Sambas. Hari pertama membuat perjalanan jauh, dengan menaiki kereta. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Mempawah ke Sambas membawa gema diraja Bugis.



Hari 7 - Khamis 15 Okt


Gambar sungai di Kubu. Hari pertama membuat perjalanan jauh berdua dengan isteri menaiki motosikal milik biras. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Mula bermotosikal jauh, kerajaan Kubu dan naik Kapal Klotok.



Hari 8 - Jumaat 16 Okt


Gambar dari tepian sungai di Tanjung Pura. Menyusuri banyak tempat bersejarah tinggalan kerajaan lama. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang.



Hari 9 - Sabtu 17 Okt


Gambar selepas meninggalkan Ketapang. Berhenti untuk berehat dan minum air kelapa. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Menyusuri tinggalan kerajaan Tanjung Pura/Matan sebelum bergerak lebih jauh. 



Hari 10 - Ahad 18 Okt


Gambar dalam perjalanan dari Sandai ke Tayan. Selepas itu pergi lebih jauh lagi lalu meliputi 418km dari pagi hingga lewat malam. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Perjalanan motosikal paling jauh dalam satu hari. 



Hari 11 - Isnin 19 Okt


Gambar ke hadapan Istana Sintang. Mendapat pencerahan tak disangka tentang sejarah kerajaan Melayu tempatan walaupun persekitaran kabur diliputi jerebu. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Pencerahan Sultan Nata.
 


Hari 12 - Selasa 20 Okt


Gambar dari tepian sungai berdekatan Istana Sanggau. Kalau tidak kerana jerebu tentu lebih cantik pemandangan pendalaman Sungai Kapuas. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Sanggau ke makam Daeng Menambon melengkapkan hasrat.


Hari 13 - Rabu 21 Okt


Gambar di pinggir pusat kota Pontianak. Keluar berdua dengan motosikal setelah sampai selepas tengah malam di rumah biras. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - 'Last kopek' di Pontianak sebelum bergerak ke luar.


Hari 14 - Khamis 22 Okt

Gambar di Lebuh Raya Pan Borneo menuju ke Sibu. Kagum dengan kemajuan infrastuktur yang ada. Cuma sekali lagi, jerebu memudarkan keindahan sebenar persekitaran. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Memulakan eksplorasi Sarawak.


Hari 15 - Jumaat 23 Okt


Gambar dari tepian sungai di Sibu. Di Sarawak pun layan obsesi sungai. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Persekitaran Rejang dan kerajaan yang hilang.


Hari 16 - Sabtu 24 Okt


Gambar dari atas jambatan menyeberangi Batang Lupar, jambatan terpanjang di Malaysia menyeberangi sungai. Seronok amat walau jerebu menghadkan skop pemandangan. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Sungai demi sungai dari Saribas ke Santubong membawa ke Kuching.


Hari 17 - Ahad 25 Okt

Gambar dari tepian Sungai Sarawak di pusat bandar raya Kuching. Dalam keadaan berjerebu begini pun masih boleh buat lumba mendayung bot. Malah melibatkan 80 pasukan dan 2,450 pengayuh dari 22 negara. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Pesona kemeriahan Kuching dan refleksi sejarah tempatan.


-----------


Sebetulnya gambar-gambar ini semua kelihatan lebih jelas daripada apa yang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri di lapangan. Mungkin kerana telefon pintar ada mekanisma untuk memperbaiki kejelasan. Pun begitu tetap lebih baik daripada apa yang dijangkakan sebelum sampai ke Pontianak hari pertama. Ini kerana mengjangkakan jerebu lebih teruk daripada apa yang dapat dilihat Lembah Klang  sebelum bertolak memandangkan Kalimantan adalah punca.



Gambar dari sesawang akhbar The Sun ini menunjukkan keadaan pusat bandar Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober, sehari sebelum kami berlepas ke Pontianak. Lihat sini. Teringat  semasa bertugas sebagai wartawan akhbar The New Straits Times sering menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat kerja dan tempat-tempat tugasan luar dalam keadaan 20-30 meter ke hadapan tak nampak apa kecuali asap kabus sekitar tahun 1997. Maka alangkah leganya apabila mendapati keadaan jauh lebih baik daripada yang dijangka. 

Satu perkara tidak diceritakan sebelum ini. Pada hari ke-3 di Pontianak, semasa berlangsung majlis Maulidur Rasul di rumah biras tiba-tiba saya menghadapi masalah susah hendak bernafas. Sebetulnya sejak berhenti merokok secara mendadak Ramadhan tahun 2006 (saya merupakan perokok tegar sejak mula tahun 1995 ketika berumur 15 tahun) saya kadangkala menghadapi masalah pernafasan dan bisa-bisa badan. Ini bermula sebulan selepas berhenti secara mendadak. Alhamdullilah, sampai sekarang masih bertahan.

Mungkin juga sesekali menghadapi masalah pernafasan kerana penat campur tekanan fikiran. Bila kena teruk memang rasa macam hendak mati. Semasa majlis di rumah biras sampai melihat kain-kain yang membungkus gendang Maulud (sebelum dikeluarkan untuk dipalu) seperti kain kapan. Terasa seperti entah entah dah nak sampai masa dah. Boleh terbayang diri sendiri sudah dikapankan.

Rasa susah hendak bernafas mungkin timbul kerana kesan terhidu asap jerebu mula terasa setelah beberapa hari di Kalimantan. Baru terasa hendak lari dari tempat berjerebu. Tapi hendak lari ke mana? Seluruh wilayah sedang berjerebu. 

Saya pun berusaha untuk menenangkan fikiran sambil berzikir. Alhamdulillah. Setelah beberapa lama dapat mengatasi. Malah dapat mengembara jauh lagi naik motosikal merentas jerebu lebih teruk di luar Pontianak. 




Sebagai penutup biar dikongsikan gambar surat beranak menunjukkan tarikh dan waktu lahir, 26 November 1970, jam 11.04 malam. Seperti pada hari ini ia jatuh pada hari Khamis. Lahir waktu malam, sudah masuk malam Jumaat. Ini yang membuatkan artikel ini harus dipaparkan pada malam ini waktu sama. Baru betul-betul tepat setelah 56 tahun menjadi manusia di muka bumi.
 

Tiada ulasan: