Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, November 03, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Bermotosikal dan santai nyanyi di Pontianak

Hmm. Beberapa hari ini agak cepat ya saya melepaskan cerita. Sekarang nak masuk cerita hari ke-5 perjalanan di Kalimantan dah. Padahal baru 8 hari kembali daripada perjalanan. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Kapuas lagi dekat Tugu Khatulistiwa.



Selasa 13 Oktober 2026. Berjalan-jalan ke kota Pontianak menaiki dua motosikal, saya membawa isteri, biras membawa saudara yang ikut sama dari Malaysia.



Dari rumah biras di utara ke pusat kota sekitar 10km perjalanan...



Pusing-pusinglah melihat pelbagai tempat...



Sebetulnya lebih memenuhi kehendak orang perempuan untuk mencari barangan. Bagi saya, peluang untuk lebih membiasakan diri membawa motosikal menurut keadaan setempat sebagai persediaan untuk satu perjalanan darat jauh akan datang. Terus terang cakap pada awalnya risau melihat cara orang tempatan begitu ramai membawa motosikal boleh sesuka hati bertukar arah melanggar lampu merah membawa rapat-rapat. Nasib baik cepat tangkap, setelah harus ke satu kawasan bersendirian 2 hari sebelumya. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana. Dan kemudian tergerak untuk keluar sendiri ke satu kawasan. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Kapuas lagi dekat Tugu Khatulistiwa.



Singgah bersolat di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Darul Falah, Pontianak di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Selain menunaikan kewajiban mahu menunggu kenalan baru kami Pak Yahya, anak sulung Hubabah Anisah datang mengambil. Beliau yang ada ditunjukkan dalam artikel Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana  telah mengajak untuk membawa ke rumahnya di barat kota.



Sebetulnya beliau mahu bertemu saya di rumah biras kerana ingin berbual-bual. Apabila kami keluar bermotosikal ke kota saya meninggalkan pesanan melalui WhatsApp untuk memberitahu kami keluar lalu saya boleh dihubungi melalui nombor telefon biras.



Beliau terlupa hendak membaca pesanan ketika keluar. Apabila sampai ke rumah biras didapati tiada orang. Baru tergerak untuk membaca lalu menghubungi biras. Kami pun berjanji untuk bertemu di masjid. Dibawa makan di rumahnya kemudian bersantai dengan keluarga,



Rupa-rupanya mereka sekeluarga suka menyanyi karaoke. Kami diajak menyanyi juga.



 Agak lama juga di rumahnya sebelum dihantar kembali ke masjid. 



Kami pun kembali ke rumah biras dengan motosikal. Satu kebiasaan orang tempatan, walau motosikal selalu dibawa rapat-rapat dan tiba-tiba boleh berubah arah tidak pula bergeser apalagi berlanggar kerana cepat refleks. Dan selain itu ada satu macam kesefahaman. Walaupun nampak seperti kelam kabut semua kenderaan termasuk kereta dan lori mudah memberikan jalan kepada orang. Tidak seperti di Malaysia yang mana ramai selalu hendak berkejar dalam keadaan pentingkan diri sendiri sehingga seperti berusaha untuk menutup laluan orang lain selagi dapat.



Malam itu seorang kenalan, kawan baik biras datang dengan kereta yang dipandu anak mengambil kami untuk keluar lagi ke kota.



Kenalan ini adalah ketua kumpulan Maulud perempuan yang dianggotai biras (lihat kembali Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana). Beliau mengajak melihat anaknya menyanyi membuat persembahan di kedai kopi terkemuka. 



Anak itu memang pandai menyanyi selain pandai berMaulud berqasidah. Satu perkara menarik. Ibunya itu seorang Sharifah. Sedangkan petang itu kami telah diajak menyanyi dalam rumah keluarga Sayyid dan Sharifah.



Di kedai kopi atau lebih tepat kafe itulah saya dan isteri melaksanakan siaran langsung "Merah Silu Live" ke-46 melalui Tiktok. Hal berkenaan berserta video telah disertakan dalam artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian. Malah Pak Yahya kemudian datang lalu kami sempat bersama-sama menyanyi di pentas. 



Oh. Malam ini mahu dilaksanakan edisi ke-48 "Merah Silu Live" dari rumah. Esok pula mahu menghadiri majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang mana saya telah diminta untuk menjadi moderator atau pemudah cara. Jumpa kita di sana insyaallah.


Tiada ulasan: