Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 26, 2026

Tajdid dan Islah pendidikan dalam negara Madani, pada kala umur mencapai 56 tahun

Salam sejahtera para pembaca yang dimuliakan. Hari ini Khamis 26 November 2026, genaplah usia saya 56 tahun menurut kalendar Gregorian Barat. Kalau menurut kalendar Hijriah Islam sudah 57 menuju ke 58. Kalau diikutkan kebiasaan kebanyakan orang pada umur begini sudah mula memperlahankan langkah, memilih zon selesa dan berehat daripada perjalanan yang lasak juga aktiviti yang mencabar fikiran. Namun takdir dan gerak perjalanan hidup saya masih menuntut gabungan dua perkara yang telah lama menjadi tunjang perjuangan : pengembaraan lapangan (bermusafir) dengan perjalanan Kalimantan 9-25 Oktober yang menjangkau jarak 3,400km sebagai terbaru diikuti perkongsian cerita yang sangat memenatkan dan mengambil masa (lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Lakaran laluan perjalanan setiap hari)  juga pencarian ilmu seperti ditunjukkan dalam artikel Siapa bercakap untuk Islam? Media, pihak berkuasa agama dan budaya berhati-hati (merujuk pada acara di ISTAC - Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam 24 November). Semalam 25 Nov, pada malam menjelang hari kelahiran pula menghadiri majlis ilmu di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak. Berikut adalah poster bagi majlis...


Ia merupakan edisi ke-6 dalam siri Syarahan Madani Abad Ke-21 oleh Rektor UIAM, Profesor Emeritus Dato' Sri Dr. Osman Bakar. Beliau yang merupakanpenyelia PhD saya di ISTAC turut menyandang Kursi Al-Ghazali. Tajuk adalah kesinambungan daripada edisi-edisi sebelum ini. Cerita telah dikongsikan seperti berikut :-










Menariknya saya secara rasminya menerima ijazah sarjana dalam majlis konvokesyen di UIAM tepat 3 tahun lalu. Lihat Menerima ijazah Sarjana ISTAC pada hari lahir ke-53. Beberapa lama kemudian  Osman bersetuju untuk memberikan kata-kata aluan dalam buku ke-15 saya, menyerlahkan isi tesis sarjana dengan sedikit perubahan. Lihat artikel lama Buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man" - Mengejar PBAKL 24 Mei (2024) diikuti Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu?. Sekarang pergi pada majlis ilmu. Tajuk adalah "Pembaharuan (Tajdid) dan Reformasi (Islah) Pendidikan Dalam Negara Madani". Biar dikongsi isi pembentangan berpandukan slaid bersama ulasan yang sempat ditangkap, menurut cara saya ya.



Setiap slaid sebenarnya sudah cukup untuk bercerita. Namun saya berusaha juga untuk menaip apa yang dapat sambil mendengar. Pergi pada makna tajdid. Dinyatakan bahawa perkataan  yang bermaksud "pembaharuan" itu tidak disebut dalam Al-Quran tapi ada dalam Hadis.

Terjemahannnya berbunyi "Sesungguhnya Allah akan mengutus bagi umat ini pada setiap awal seratus tahun seseorang yang memperbaharui urusan agamanya.". Perkataan Melayu "memperbaharui" itu diterjemahkan daripada perkataan tajdid dalam Hadis berbahasa Arab. Bahasa Inggerisnya renewal. Orang yang membawa perubahan itu dipanggil mujadid (itu yang biasa kita dengar setiap 100 tahun akan ada seorang mujadid).

Tajdid juga membawa maksud perubahan yang sangat bermakna. Pembaharuan idea, perubahan ajaran. Prinsip atau idea lama boleh diberi tafsiran dan huraian baru berdasarkan perkembangan semasa.

Disebut konsep Alam al-Shagir yang pernah dibawa oleh Saidina Ali RA, membawa makna microcosm - alam kecil - sebagai antara konsep lama yang boleh diangkat kembali dengan pemahaman baru. Acuan berfikir lama boleh disegarkan dengan hujah-hujah baru. Buat inner change, inner transformation. Tranformasi dalam otak kita, dalam minda, fikiran.



Pergi pada Islah yang bermaksud reformasi. Apabila dilihat sebagai perubahan luar ia tidak dapat dipisahkan daripada tajdid yang membawa perubahan dalaman. Bermula dengan niat. Nawaitu cukup penting. Berbalik pada Hadis tentang tajdid setiap awal abad (Hijriah). Sekarang sudah 1448 Hijriah, pertengahan abad. Awal abad harus sekitar 1978 Masihi. Apa yang telah berlaku waktu itu? Ini akan disebut kemudian (apabila masuk slaid terakhir).

Reformasi bermula dengan perubahan akhlak pada diri sendiri. Baru naik ke  peringkat keluarga kemudian masyarakat.  Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Al-Munqidh min al-Dalal ("Penyelamat Daripada Kesesatan)  bahawa beliau berdoa kepada Allah untuk reform diri sendiri (Osman menggunakan perkataan Inggeris yang membawa maksud Islah itu) . Universiti (merujuk pada UIAM nampaknya) sudah 40 tahun takkan masih di peringkat lama? Mesti dibuat perubahan. Begitu juga pertubuhan, parlimen.

Nabi Muhammad SAW membuat reformasi terawal dengan menukar nama kota Yathrib menjadi Madinah (sebaik sahaja sampai, berhijrah dari Mekah). Ciri-ciri kota Madinah itulah yang disebut sebagai Madani. UIAM sendiri pernah melakukan Islah dalam bidang perundangan agar ia selari dengan syariah.

Islah juga ada perubahan dalaman berbentuk niat. Institusi seperti UIAM kena ada niat hendak jadi apa. Hendak membawa perubahan yang bagaimana.



Dalam mengupas hal atas disebut tentang bagaimana idea demokrasi boleh dijadikan sebahagian daripada Maqasid Syariah. Disebut tentang tajdid pada pandangan semesta (worldview). Adakah pandangan semesta Islam kita perlu berubah? 

Sering orang menekankan tentang perubahan berbanding permanence (kekekalan). Wujud falsafah change for the sake of change - Perubahan semata-mata demi perubahan. Ada pula yang jumud tidak mahu membuat perubahan. Semuanya dituduh sebagai bida'ah. Seolah-olah tiada perubahan yang baik. Sedangkan yang perlu adalah kesimbangan antara membuat perubahan dengan mengekalkan suatu keadaan.



Osman mengkritik sejumlah perkara yang dianggap pembaharuan. Misalnya kepercayaan terhadap teori evolusi Darwin yang meletakkan manusia sebagai berasal dari spesis lebih rendah seperti monyet. Pembaharuan yang diperlukan harus sesuai. Dapat menangani masalah seperi penyelewengan akidah. Ini perlu ditajdidkan, diperbaharui dengan yang ortodoks. Akidah yang betul adalah berdasarkan Iman. Ada prinsip yang tidak boleh diubah. Kalau telah berubah, harus diubah kembali kepada yang asal. 

Pada hakikatnya tajdid adalah pembaharuan ilmu tauhid. Ini yang sedang dibuat di UIAM dengan gagasan tawhidic epistemology atau epistemologi tauhidi.



Dinyatakanlah para Nabi sebagai true social reformers - Orang yang membuat reformasi tulen. Pada zaman Arab jahiliah anak perempuan ditanam hidup-hidup (kerana dianggap celaka). Amalan ini dibanteras oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda mengangkat maruah wanita, memberikan emansipasi. Wanita boleh mendapat pendidikan, berhak untuk memiliki dan mewarisi harta. 

Semua Nabi, ada 124,000 kesemunya membawa lailahaillallah - Tiada Tuhan melainkan Allah. Cuma syariah sahaja yang boleh berbeza menurut keadaan semasa. Syariah Nabi Musa AS berbeza dengan Syariah Nabi Muhammad AS. Nabi Isa AS pula sebenarnya mengekalkan Syariah Nabi Musa AS tetapi membawa manhaj (pendekatan) lain yang mengangkat kerohanian, pada kala Bani Israel sudah jadi sangat kebendaan. 

Allah SWT sendiri melakukan reformasi dengan memperbaharui syariah. 



Masuk bab pendidikan. Diminta fakulti-fakulti agar membincangkan epistemologi tauhidi dalam bidang masing-masing. Boleh guna AI untuk membina hujah, bukan sekadar misalnya menggunakan hujah daripada Imam Ghazali 1,000 tahun lalu.



Guru-guru, pensyarah, profesor perlu memiliki etika dan moral. Untuk membentuk generasi yang ada etika dan moral. 



Berbalik pembaharuan setiap 100 tahun. Hampir awal abad ke-15 Hijriah berlaku persidangan terbesar pendidikan Islam di Mekah tahun 1977. Seluruh pemikir Islam berkumpul termasuk Syed Naquib al-Attas (pengasas) dari Malaysia. Tertubuhnya universiti-universiti Islam di seluruh dunia termasuk UIAM (1983) adalah hasil resolusi daripada persidangan yang dibawa kepada OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam). 

Pertubuhan pula muncul 27 September 1969 akibat renteten perisitiwa yang bermula dari pembakaran Masjid al-Aqsa lebih sebulan awal (21 Ogos)  Malaysia berperanan penting. Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama Malaysia) menjadi setiausaha pertama OIC.

Tidak lama kemudian berlaku peristiwa tak disangka di Malaysia yang mana para graduan dari universiti Barat bergabung fikiran dengan graduan daripada universiti tradisional dunia Islam seperti Al-Azhar bergabung fikiran untuk menangani masalah ummah. Tertubuhlah ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia tahun 1971). Osman melihat ini semua sebagai kemunculan gelombang tajdid yang dikatakan bermula setiap 100 tahun. Ia tidak semestinya terletak pada seorang individu (seperti ramai sebut setiap 100 tahun akan muncul seorang mujadid itu). Ia boleh dibawa beberapa kumpulan dan melalui pelbagai jalan. Ikuti sendiri majlis melalui video bawah..




Tiada ulasan: