Pergi pada hari ke-3 perjalanan di Kalimantan. Bersambung daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas.

Pagi Ahad 11 Oktober 2026. Melihat ke luar dari rumah tempat kami menginap di utara Pontianak, rumah milik kakak ipar isteri merangkap biras saya.

Berjalan melihat-lihat kawasan sekeliling. Lihat artikel Checking out the neighbourhood in north Pontianak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Babussalam, Komplek Taman Anggerik, Siantan Hilir, Pontianak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.
Tengah hari itu dibuat majlis Maulidur Rasul di rumah anjuran kumpulan Maulud biras.
Selepas Maghrib keluar seorang diri meminjam motosikal biras...
Saya telah diundang hadir ke majlis Maulidur Rasul di Istana Qadriah.
Tengok-tengok majlis belum bermula.
Rupa-rupanya selepas Isyak baru ada.
Beberapa lama selepas Isyak kembali ke istana lalu mendapati Maulud baru sahaja bermula.
Rupa-rupanya anjuran Rabithah Alawiyah (persatuan keturunan keturunan Nabi Muhammad SAW dari belah Ba'Alawi yang berasal dari Yaman). Keluarga diraja Pontianak, yang berasal daripada marga Al-Qadri adalah satu cabang keluarga.
Yang mengundang adalah seorang pemuka keluarga Habaib di Pontianak bernama Sharif Abdullah Ben Yahya, anak sulung Hubabah Anisah yang ada disebut dalam
Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak. Beliau menarik saya untuk bersama para pemuka di bahagian hadapan istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan