Dalam artikel Siapa bercakap untuk Islam? Media, pihak berkuasa agama dan budaya berhati-hati yang dipersembahkan pagi tadi ada dinyatakan, walau penceritaan hari perjalanan Kalimantan telah selesai baru ini beberapa aspek perjalanan mahu dikongsikan supaya lebih lengkap cerita. Berikut adalah lakaran laluan perjalanan bagi setiap hari "Menyahut panggilan Kalimantan" setakat dapat diingati lalu dikesan melalui Google Map. Ada pula jarak yang disemak menggunakan kemudahan berkenaan dalam Google Earth. Laluan boleh dipadankan dengan penceritaan dalam artikel harian berkenaan. Kiranya bersambung gerak penceritaan daripada Menyahut panggilan Kalimantan - Pesona kemeriahan Kuching dan refleksi sejarah tempatan.
Ada pergi balik rumah dua orang kawan baik biras. Jadi boleh campur lagi sekurang-kurangnya 5 km. Saya juga ada berjalan kaki tepian sungai dari masjid Sultan sekitar 1.5 km campur dari parkir ke Istana Qadriah 0.21 km. Jadi jumlah sekitar 47.8km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari perkahwinan ke tepian Sungai Kapuas.
Ada juga berjalan kaki dari istana ke masjid dan kembali 1,03km. Jadilah jumlah 15.63km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - BerMaulud dari rumah ke istana.
Jumlah 74km dalam peta sudah memadai. Ini termasuk berjalan dengan motosikal sebelah siang kemudian naik kereta belah malam. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Bermotosikal dan santai nyanyi di Pontianak.
Campur pusing sana sini jadi 190km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Membawa harapan mulia ke Sukadana, Tanjung Pura dan Ketapang.
Peta harus dipecah dua kerana Google Map tidak mahu menerima permintaan untuk membuat lakaran terus laluan. Rupa-rupanya kerana ada jalan putus lalu dianggap tidak boleh dilalui. Google Map bertegas untuk memberi laluan lain. Apabila sampai ternyata memang ada jalan putus tetapi boleh dilalui sebenarnya kerana ada laluan orang membuat kerja, apalagi dengan motosikal. Untuk membuat anggaran jarak saya juga harus menterbalikkan arah untuk peta kedua. Kalau tidak Google Map akan memberikan laluan lain. Campurkan jarak jadi 155.4km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Menyusuri tinggalan kerajaan Tanjung Pura/Matan sebelum bergerak lebih jauh.
Yang ini asalnya hendak bergerak lebih jauh ke barat. Tetapi sudah lewat. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Pencerahan Sultan Nata.
Pagi ada berjalan kaki ziarah makam dan kawasan Istana Sanggau dalam 1.4km Di makam Daeng Menambon jalan kaki dalam 0.5km. Peta ini pula setakat hingga ke makam Sultan Pontianak atas sebab tertentu. Sebetulnya selepas itu perlu bergerak lagi 6.8km untuk sampai ke rumah lalu jumlah menjadi 321.7km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Dari Sanggau ke makam Daeng Menambon melengkapkan hasrat.
Hari 13 - Rabu 21 Okt
Hari 14 - Khamis 22 Okt
Dari Pontianak ke Kuching...
Hari 15 - Jumaat 23 Okt
Hari 16 - Sabtu 24 Okt
Dihantar dari rumah tempat sewa kereta ke hotel dalam 5.7km. Jalan kaki malam + naik bot = 1.15km + 0.74km (jarak atas air) + 1.18 km = 3.07km. Jumlah boleh dibulatkan menjadi 257km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Sungai demi sungai dari Saribas ke Santubong membawa ke Kuching.
Hari 17 - Ahad 25 Okt
Pagi jalan kaki di Kuching 2.5km. Petang 5.47km. Kemudian kawan bawa berjalan 14.5km sehingga ke lapangan terbang. Jumlah = 22.47km. Lihat Menyahut panggilan Kalimantan - Pesona kemeriahan Kuching dan refleksi sejarah tempatan.
-------------
Secara keseluruhan jumlah jarak perjalanan di Kalimantan Barat sebelum bergerak untuk ke Kuching boleh dikira begini :-
(44km + 47.8km + 15.63km + 9.01km + 74km =) 190.44km (Hari 1-5) + 452.6km (Hari 6) + (22,153.4 – 20,815.6km berdasarkan meter motosikal = 1,337.8km + 100.85 km Kapal Klotok) = 1,438.65 km (Hari 7-12) + 43km (Hari 13) = 2,124.69km.
Ini sahaja sudah melebihi sasaran 2,000km seperti dinyatakan dalam artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja iaitu sebelum memulakan perjalanan.
2,124.69km jarak berjalan di Kalimantan Barat + 344km Pontianak-Kuching (malam hari ke-13 membawa ke awal hari ke-14) + 8.8km dibawa ke tempat kereta sewa (hari ke-14) + 901km memandu kereta di Sarawak (berdasarkan meter hari 14-16) + 9km (petang hari ke-16) + 22.47 km (hari ke-17) boleh dikira seperti berikut...
(2,124.69km + 249km dari rumah biras sehingga ke sempadan Indonesia-Malaysia di Kalimantan Barat + (95 + 901 + 40.27) km di Sarawak. Jadilah 2,373.69km di Kalimantan Barat + 1,036.27km di Sarawak = 3,409.96km secara keseluruhan.
























Tiada ulasan:
Catat Ulasan