Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 19, 2021

Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - 'Memotong saluran kebatinan' di Bukit Besar dan faktor Saidina Hassan

OK. Adapun artikel Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Asbab berlaku perjalanan yang dipersembahkan sebelum tengah malam tadi telah memberikan semacam mukadimah tentang sebab musabab perkara. Sekarang biar diteruskan cerita perjalanan berkenaan.


Merujuk pada artikel Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004 yang dipersembahkan pagi Ahad. Sebetulnya ketika melakukan perjalanan berkenaan saya fikir tidak akan kembali lagi ke Malaysia, ada niat untuk memulakan kehidupan baru di Aceh. Tetapi telah berlaku beberapa hal yang menyebabkan saya harus kembali ke tanah air jua. Tidak lama kemudian mendapat tahu teman wanita lama sedang menghadapi masalah lalu meminta pertolongan. Namun ia memerlukan kepakaran dalam permainan kerohanian dan kebatinan, sesuatu yang saya tahu sedikit tetapi tidak tahu mengawalnya.

Tentang masalah apakah itu telah diberikan bayangan dalam artikel pembukaan siri iaitu Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Asbab berlaku perjalanan. Walaupun sudah memiliki banyak pengalaman bersifat kebatinan dan kerohanian sejak kecil lagi itu semua adalah di luar kawalan kerana terjadi secara spontan. Saya cuma dinampakkan atau digerakkan untuk membuat sesuatu. Kalau tidak kerana itu tiada apa yang saya tahu. Namun ada orang yang lebih tahu lalu boleh mengawal perkara. Misalnya seorang kawan warga Singapura yang katanya membawa Tariqat Ahmadiyah lalu cukup pakar dalam hal-hal kebatinan melalui saluran itu.

Tentang kawan tersebut ada disinggung sedikit pada permulaan artikel Berpetualang ke Aceh tahun 2004 - Sebab musabab perjalanan. Selepas beberapa lama kembali dari Aceh kami bertemu kembali di pejabat bapa angkat saya (disebut sebagai Pak Syed dalam buku "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006). Apabila mendapat tahu tentang masalah teman wanita saya pun meminta pendapatnya. Kami berdua dapat melihat masalah ini melibatkan permainan puja semangat dan Qarin tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu menanganinya. Nasib baik beliau tahu lalu bergeraklah kami ke Terengganu tidak lama selepas itu.


Dari pejabat di Jalan Gombak kami ke Hentian Putra untuk mengambil bas ekspress ke Kuala Terengganu. Semasa itu satu tiket sehala masih berharga RM25 kalau tak salah, sekarang sudah RM50. Selepas sampai ke bandar kami pergi ke rumah seorang ahli kanan kumpulan (ada disebut dalam artikel Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Asbab berlaku perjalanan sebagai orang yang pedangnya jatuh ke tangan saya secara tiba-tiba). Saya pun tak ingat bagaimana boleh pergi ke rumahnya. Dan saya pun tidak ingin memanjangkan perkara kecuali berkongsi apa yang perlu untuk melancarkan cerita.

Saya ingat kami diterima bermalam di rumah ahli kanan tersebut sedangkan beliaulah yang bertanggungjawab melakukan sesuatu pada teman wanita lama saya sehingga sanggup mengabaikan kerjaya untuk berulang alik ke Pantai Timur. Saya ingat ketika itu ramai ahli lain kumpulan sedang memajukan satu markas baru berdekatan rumah ahli kanan tersebut di Bukit Besar - Markas utama mereka terletak dalam kawasan hutan di satu bahagian hulu Sungai Terengganu. Saya ingat di rumah tersebut kami menerima kunjungan sejumlah tetamu termasuk seorang yang dikenali sebagai Engku Sayyid Mokhsin. Tentang kerabat diraja Terengganu ini yang dinyatakan sebagai keramat hidup akan dibuat satu artikel khas tentangnya. Ini kerana beliau ada membawa saya berjalan merata atas sebab tertentu yang terasa terkait dengan misi perjuangan dakwah anak cucu Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya siri ini dibuat bukan untuk menceritakan pengalaman kebatinan sangat tetapi demi memenuhi kehendak bagi melengkapkan isi senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa. Sebab itu, seperti siri-siri perjalanan lain yang telah dikongsikan sejak penghujung tahun lalu, saya selalu melakarkan lakaran peta perjalanan kerana ini penting untuk membuat kiraan jarak keseluruhan perjalanan. Cuma ada masanya harus dipanjangkan sedikit suatu perkara. Ini adalah sebagai penerangan kenapa harus pergi ke tempat ini kenapa harus ke tempat itu.


Oh. Bukit Besar adalah bukit tertinggi dekat pusat bandar (sekarang bertaraf bandar raya) KT yang ada tulisan besar "Allah peliharankanlah Terengganu". Teringat cerita seorang kawan bagaimana saudaranya yang kali pertama sampai ke KT terperanjat besar apabila melihat perkataan tersebut ketika sampai waktu malam dari arah jambatan panjang menyeberangi Sungai Terengganu di utara. Ini kerana pada waktu malam ia kelihatan seperti tulisan atas 'langit'. Saya pula apabila mencari gambar Bukit Besar melalui Google Image tadi teringat betapa sudah berpuluh kali pergi ke KT tapi belum pernah mendaki ke puncak bukit. Nampaknya harus melakukannya apabila berpeluang ke KT lagi.

Berbalik pada hal permainan kebatinan melibatkan ahli kanan kumpulan. Tidak lama selepas sampai ke rumah berkenaan kawan dari Singapura pun mula memainkan peranan. Dapat dilihat beliau menilik secara batin lalu memutuskan 'saluran-saluran' yang digunakan untuk mempengaruhi teman wanita lama. Pada masa yang sama, di bahagian lain rumah saya dapat melihat ahli kanan tersebut sedang melawan. Sehingga terdengar jelas rungutan beliau, selepas satu saluran diputuskan lalu cuba dibuka saluran baru, saluran itu pun kena potong juga. Akibatnya cengkaman kebatinan beliau terhadap teman wanita lama pun menjadi longlai lalu terlerai.

Tidaklah ingin dipanjangkan perkara ini kecuali disebut nampak secara zahir kesannya apabila teman wanita yang datang ke KT dalam tempoh masa kami berada  di sana tidak lagi berada di bawah kawalannya. Teman wanita yang merupakan seorang pelakon terkenal ada membuat penggambaran drama di sana lalu ahli kanan ini cuba untuk mempengaruhi kembali beliau. Cuma kali ini saya ada secara fizikal (juga sedikit secara kebatinan) untuk mengawal keadaan sementara kawan dari Singapura mengawal secara ghaib. Nampak jelas kekecewaan di muka pemuda tersebut. Saya tahu beliau ada cuba menduga saya tetapi tidak berjaya. Nak cabar secara fizikal kelihatan beliau patah langkah apabila matanya direnung secara berhadapan. 

Dalam tempoh waktu berada di Bukit Besar kami ada mengikut majlis-majlis zikir anjuran puak-puak Sayyid (berketurunan Nabi Muhammad SAW) di sana. Dalam satu majlis di sebuah surau berdekatan Kampung Cina kami berkenalan dengan Dr Syed Salleh Az-Zawawi (sekarang bergelar Dato'). Bapa beliau pernah menjadi Mufti Terengganu sementara datuknya katanya (ke saya silap dengar?) adalah Sharif Mekah terakhir. Untuk pengetahuan Sharif Mekah merujuk kepada pemerintah wilayah Hijaz (yang mengandungi Mekah dan Madinah) di Tanah Arab daripada keturunan Saidina Hassan iaitu cucu sulung Nabi Muhammad SAW. Mereka memerintah Hijaz selama 800 tahun sebelum digulingkan oleh Bani Saud pada tahun 1920an. Ini merujuk pada keluarga yang kemudian memerintah Tanah Arab. Mereka ini yang memberikan nama negara Saudi Arabia yang berorientasikan fahaman Wahabi...

Seingat saya Syed Salleh sendiri yang memberitahu datuknya adalah Sharif Mekah terakhir. Menurut beliau datuknya itu mati ditembak di kepala lalu bapanya pun berhijrah ke Tanah Melayu, sampai ke Terengganu. Saya ingat Syed Salleh ini kerana beliau merupakan satu-satunya Sayyid yang jelas berketurunan Saidina Hassan (maksudnya keturunan daripada belah lelaki bin lelaki bin lelaki) daripada sekian ramai orang bergelar Sayyid di Terengganu yang rata-rata adalah daripada keluarga besar Ba'Alawi Hadramaut Yaman yang berketurunan Saidina Hussein, adinda kepada Saidina Hassan. Hal ini sangat penting bagi saya kerana kedatangan ke Terengganu pada tahun 2003 sangat ada kena mengena dengan wujudnya ramai keturunan Saidina Hassan yang tidak didendang. Sila baca cerita berkenaan dalam artikel Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - Ayah Weng dan tiga malam di surau hadapan.


Kami berkenalan ketika mengikut majlis bacaan Ratib Al-Attas yang dipimpin oleh Syed Salleh di surau berdekatan Kampung Cina. Menarik apabila difikirkan beliau memimpin majlis sedangkan setahu saya Ratib Al-Attas ini adalah amalan khusus untuk keluarga Sayid Al-Attas yang merupakan satu cabang keluarga Ba'Alawi keturunan Saidina Hussein. Setahu saya kalau bukan keluarga Al-Attas orang akan membawa bacaan Ratib Al-Haddad yang bersifat lebih umum. Yang ini saya selalu jumpa dalam majlis-majlis puak Sayid di merata Malaysia. Majlis bacaan Ratib Al-Attas sangat jarang jumpa. Tiba-tiba yang memimpinnya adalah seorang yang jelas berketurunan Saidina Hassan.

Dengan beliau inilah saya dan kawan dari Singapura kemudian asyik bercerita tentang keturunan Saidina Hassan yang dipercayai sebenarnya terdapat ramai di Alam Melayu tetapi telah dihilangkan jejak juga nama keluarga atas sebab-sebab tertentu. Berceritalah kami tentang wujudnya keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (hidup di Baghdad 1,000 tahun lalu, berketurunan Saidina Hassan belah bapa, Saidina Hussein belah ibu) di sebelah timur. Disebutlah antaranya adalah melalui cabang Sultan Ariffin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka dan Sultan Malikus Salleh (juga dikenali sebagai Merah Silu) yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai lebih 700 tahun lalu (kemudian menjadi sebahagian daripada Aceh). Teringat pula bagaimana hujung tahun lalu baru tahu ada hubungan istimewa antara dua keluarga tersebut. Lihat Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Antara Al-Attas dan Al-Jilani

Cuma setahu saya secara rasminya Syarif Mekah dikatakan berasal daripada cabang lain keturunan Saidina Hassan. Namun ada juga pendapat mengatakan mereka berketurunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Lihat artikel Syarif Ali: Penyebar Islam dan Sultan Brunei (tahun 2007). Untuk pengetahun Syarif Ali berasal daripada keluarga Syarif Mekah. Ketika pergi ke Brunei tahun 2010 pula saya ada menemui bacaan menyatakan ada yang percaya Syarif Mekah adalah daripada keluarga Al-Jilani. Ini ada disinggung pada penghujung artikel Lawatan tak dijangka ke Brunei - Ke negara ini 3 kali dalam tempoh seminggu!.


Perbualan tentang anak cucu Saidina Hassan membawa pada Syed Salleh mengajak kami agar bertamu di rumah beliau di satu kawasan mewah dekat Pantai Batu Burok. Subhanallah. Kami diangkat seperti tetamu kehormat. Isterinya yang merupakan seorang kerabat diraja terdekat Terengganu dan semua ahli keluarga disuruh meraikan. 

Sekadar hendak memberitahu bagaimana kami dimuliakan walaupun beliau sendiri memiliki kedudukan tinggi dalam majlis-majlis para Sayid di Malaysia. Pernah beberapa lama selepas lawatan di Terengganu kami bertemu di PWTC, ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kalau tak salah. Ketika itu seorang anak perempuan beliau yang cantik muda rasanya berumur dalam 18 hingga 20 gitu ada ikut sama dari Terengganu. Beliau ada urusan lalu meminta saya agar menemani anaknya itu berjalan-jalan. Berdua aje tu bukan ada orang lain pun seingat saya. Sampai begitu kepercayaan beliau terhadap saya.

Hmm. Mungkin juga kami diterima baik kerana masing-masing sedang bekerja dengan ayah angkat saya iaitu penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas @ Pak Habib. Apapun menginaplah kami selama beberapa hari di rumah Syed Salleh. Selepas rumah ahli kanan kumpulan di Bukit Besar rumah beliau menjadi markas untuk kami berjalan merata di Kuala Terengganu.


Jangkauan perjalanan kami di sekitar KT boleh dilakarkan secara mudah seperti dalam gambar atas. Namun ini cuma lakaran ringkas. Sedangkan banyak lagi tempat diliputi, tiap-tiap hari kami keluar untuk berjalan ke sana ke mari kerana ada sahaja orang mahu menemui, ada sahaja sudi membawa ke sana ke mari. Saya rasa tidak kurang 60 km kami berjalan di sekitar KT sahaja. Itu adalah dalam tempoh beberapa hari awal di sana. 

Ini belum lagi masuk berjalan ke Gong Badak di utara KT misalnya atau ke Pulau Manis dan Kuala Berang di ke selatan. Tak termasuk nanti ada pergi ke Kota Bahru, Kelantan lalu menginap beberapa lama. Di celah-celah itu ada pergi ke KT lagi kemudian kembali ke KB dalam  tempoh 4-5 jam. Selepas beberapa hari pergi lagi ke KT lalu bermalam. Selepas itu baru kembali ke Kuala Lumpur.

Semua ini akan diambil kira kerana tujuan utama siri ini dibuat adalah untuk melengkapkan isi 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa pernah dilakukan setakat ini. Namun buat masa ini, buat fasa perjalanan atau penceritaan ini biar disebut jumlah jarak perjalanan mencapai 515 km (455 km perjalananan dari KL ke KT campur 60 km di sekitar KT).


Tiada ulasan: