Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 06, 2021

Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989

Salam pagi Khamis 24 Ramadhan. Semoga para pembaca sihat sejahtera hendaknya. Dalam beberapa hari kebelakangan saya telah bertungkus lumus untuk menyediakan lakaran peta bagi lebih 60 perjalanan supaya dapat dikira jarak. Untuk melakukan itu saya harus meneliti setiap cerita yang telah ditulis bagi setiap perjalanan berkenaan supaya dapat ditanda kedudukan tempat-tempat dalam Google Map bagi mendapatkan jarak. Sebelum itu proses sama telah dibuat bagi sekitar 40 perjalanan berserta membuat kompilasi artikel bagi cerita-cerita supaya mudah dirujuk dan dicapai. Sebelum itu lagi perkara sama telah dilakukan bagi 60 perjalanan untuk membina senarai dalam artikel Senarai 50 perjalanan terjauh dan 10 istimewa pada 23 April.

Dalam menangani lebih 160 perjalanan lama ini timbul kesedaran bahawa ada beberapa perjalanan yang telah diabaikan daripada senarai kerana dianggap tidak begitu penting rupa-rupanya patut diberikan perhatian sehingga dapat menjadi artikel tersendiri kalau tidak pun satu siri diikuti kompilasi. Maka berputarlah masa ke belakang pada satu perjalanan yang berlaku tahun 1989. Perjalanan ini ada disebut dalam artikel Kenangan berbasikal ke separuh Semenanjung tahun 1989 - Kemusykilan tentang tempoh waktu perkara dan beberapa hal berkaitan yang dipaparkan pada 26 Februari iaitu lebih 2 bulan lalu. Itu pun dalam konteks untuk menentukan bilakah satu perjalanan lain iaitu berbasikal ke separuh Semenanjung berlaku sekitar tempoh tahun sama. 

Di sini biar disalin kembali bahagian berkenaan daripada artikel tersebut. Ia sebenarnya adalah salinan daripada satu posting di Facebook sebelum menerbitkan artikel...




OUTWARD BOUND TRAINING DI PULAU PANGKOR LEBIH 31 TAHUN LALU...

Haha. Junior bawah setahun saya semasa zaman kolej A Level di PPP/ITM bagi 2 gambar ini lalu ditunjukkan yang mana saya. Ia di waterfront di Lumut, katanya dalam bulan Disember 1989. Kami ada pergi ke Pulau Pangkor dari jeti Lumut untuk membuat outward bound training selama seminggu gitu. Masa tu Pangkor belum ada sangat jalan raya. Teringat dari jeti utama di timur pulau kami berjalan kaki sehingga ke penghujung utara pulau lalu berkhemah di teluk sana.
Esoknya kami memotong ke tengah pulau mendaki bukit bukau dan bermalam dalam hutan. Kami ada meredah paya sehingga ke paras pinggang kemudian mendaki bukit tertinggi di pulau (lebih 1,000 kaki tinggi dari paras laut). Teringat sampai ke puncak dalam keadaan ramai dah kena gigit lintah dan pacat sana sini. Jadi apabila dapat turun bukit lalu sampai ke pantai di barat laut alangkah gumbiranya hati dapat mandi laut seraya menghilangkan kesan gatal gigitan.
Seterusnya kami berjalan kaki ke satu teluk di bahagian selatan pulau lalu berkhemah di sana. Di situlah kali pertama saya melihat binatang yang dipanggil sebagai "kote Keling" berenang merata dengan penuh "lucah"nya. Seingat saya memang merata kami pusing pulau dengan berjalan kaki sahaja. Gambar yang ada 2 ini satu harus sebelum satu selepas keluar dari Pulau Pangkor kerana baju lain2, latar belakang sahaja sama. Cuma tak ingat yang mana dahulu yang mana kemudiannya.


------------ 

Apa yang dikongsikan ini sudah cukup untuk meringkaskan perjalanan. Saya boleh cuba menggali kembali lebih banyak butiran sehingga dapat menjadikan ini cerita bersiri kerana perjalanan berlaku selama beberapa hari kalau tak pun sampai seminggu. Tapi tak perlulah berbuat begitu kerana ia mengambil masa dan tenaga sedangkan ada cerita-cerita lain juga memerlukan perhatian. Lagipun sudah begitu banyak dilakukan semata-mata supaya dapat membuat analisis tren/corak perjalanan saya sejak tahun 1989. Oleh itu biar ditambah sedikit lagi maklumat/cerita sebelum dibuat lakaran peta berkenaan.




Rupa saya setakat dapat diambil daripada gambar-gambar tadi. Saya adjust sedikit menggunakan Microsoft Word supaya lebih jelas...


Dapat dilihat dalam gambar perjalanan ini disertai oleh 40 orang pelajar. Ini adalah cukup-cukup muatan satu bas besar biasa zaman itu. Rasanya kami menaiki bas milik ITM (Institut Teknologi Mara - sekarang dah jadi universiti) dari kampus PPP/ITM (Pusat Persediaan Pelajar bawah ITM) di Damansara Utama, Kuala Lumpur. Kami sedang disediakan untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom.

Dalam ramai-ramai itu saya sahaja pelajar senior daripada Batch 7 (mereka yang mengambil peperiksaan SPM - Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1987). Lain semua daripada Batch 8 iaitu  setahun muda bawah saya. Semasa itu saya yang masuk program pada pertengahan tahun 1988 baik dengan mereka yang masuk pertengahan tahun 1989. Jumlah mereka juga lebih ramai, lebih 400 orang berbanding 200 gitu pelajar batch saya. Lebih penting lagi mereka ada menubuhkan kelab pengembaraan, batch saya tiada. Itu yang menyebabkan boleh mengikuti program mereka.

Selepas sampai dari Damansara Utama ke jeti di Lumut kami pun naik feri ke Pulau Pangkor. Untuk menyokong penceritaan biar digunakan gambar-gambar daripada perjalanan saya bersama keluarga tahun 2015. Ini boleh dirujuk melalui artikel Dari Pasir Salak ke Pulau Pangkor - Pusing pulau setelah 15 tahun.



Ini adalah gambar ketika menaiki feri, masih dalam perairan Sungai Dinding di hadapan pekan/bandar Lumut. Ini adalah sebelum sampai ke selat yang membawa ke Pulau Pangkor. Artikel berkenaan diberi tajuk kecil "Pusing pulau setelah 15 tahun" kerana kali terakhir berbuat begitu adalah bersama bekas isteri tahun 2000. Kali terakhir ke pulau pula adalah pada tahun 2007 tapi tak pusing pulau, setakat berjalan hampir separuh pulau . Perjalanan tahun 1989 merupakan kali pertama saya sampai ke Pangkor dan kami boleh dikatakan pusing satu pulau.



Jalan menuju ke utara selepas sampai ke jeti. Dalam perjalanan tahun 2015 saya dan keluarga menyewa kereta lalu dapat pusing pulau. Dalam perjalanan tahun 1989 pula cuma bahagian tertentu sahaja ada jalan tar. Seingat saya kebanyakan adalah jalan tanah merah. Kami berjalan kaki sehingga ke sampai ke suatu teluk di utara pulau. Semakan dengan Google Map menunjukkan jaraknya adalah 6.5 km.



Satu gambar di tempat berkenaan iaitu Teluk Dalam tahun 2015. Pada tahun 1989 rasanya tidak ada apa-apa lagi bentuk pembinaan. Sekarang siap ada lapangan terbang dengan runway atau landasan kapal terbang mengunjur ke utara mendekati Teluk Dalam.

Oh, kami berjalan kaki itu dipimpin oleh seorang pelatih outward bound training. Ini merujuk pada latihan kemahiran iktiar hidup dalam hutan dan  di tempat-tempat di luar ketamadunan. Kalau tak salah pelatih yang saya perkirakan berumur lewat 20an atau awal 30an itu dibawa dari pusat latihan yang dipanggil sebagai Outward Bound School  di Teluk Batik, Lumut. Begitulah selalu disebut orang, tak tahu apakah namanya dalam bahasa Melayu. 

Pusat ini sangat terkenal waktu itu di seluruh Malaysia sebagai tempat anak-anak muda boleh mendapatkan pendedahan latihan ketahanan diri ala-ala komando tanpa perlu menjadi askar. Ia adalah satu-satunya pusat sebegitu di seluruh negara selama beberapa dekad. Turut menemani adalah 2-3 orang kaki tangan kolej. Kalau tak salah ada seorang pensyarah dengan staf keselamatan.

Kami bermalam dalam khemah di Teluk Dalam. Selepas itu seingat saya terus bergerak ke arah selatan masuk hutan dan mendaki bukit. Dalam satu kawasan hutan kami memasang khemah lagi lalu bermalam. Seingat saya ada masuk meredah paya sehingga paras pinggang sejauh tidak kurang 50 meter. Tak ingat apakah selepas berkhemah atau sebelum. Kemungkinan sebelum berkhemah kerana selepas bermalam kami perlu mendaki bukit sehingga ke puncak lebih 1,000 kaki tinggi dari paras laut.


Artikel tentang perjalanan tahun 2015 tidak ada menunjukkan gambar bukit berkenaan. Oleh itu biar digunakan gambar ini daripada artikel Berehat sebentar di Lumut tahun 2008. Ia menunjukkan muara Sungai Dinding dengan Pulau Pangkor di belakang dari arah jeti Lumut. Nampak bukit tertinggi di kiri gambar? Itulah yang didaki hingga ke puncak dalam perjalanan tahun 1989.

Saya ingat bagaimana mendaki itu seperti berlumba-lumba dengan beberapa orang pelajar laki-laki lain, Masing-masing tak nak mengalah, nak tunjuk macho le konon termasuk saya le tu. Mentang-mentang le muda remaja. badan tengah sihat, tegap berotot kekar sana sini. Tu pun penat nak semput jugak rasa. Tapi sebab tak nak mengalah tetap juga lari terkejar-kejar naik ke puncak sambil membawa beg rucksack boleh tahan berat dengan pakaian dan bekalan masing-masing. Bila semua dah tak tahan penat baru berhenti rehat. Setakat  supaya tak nampak le siapa yang kalah, kira semua menang-menang.

Tapi yang lebih saya ingat adalah ramai daripada kami termasuk saya badan dah banyak pacat, rasanya lintah pun ada. Hmm. Mungkin sebab meredah paya selepas berkhemah? Ke sebab masuk hutan lembap selepas hujan? Yang tu tak berapa ingat tapi pasti memang kami dah teruk kena pacat.

Saya tak ingat sangat apakah rasa keseronokan sampai ke puncak. Yang pasti memang sampai puncak dan disebut oleh pelatih sebagai tempat tertinggi di seluruh Pulau Pangkor. Yang ingat adalah keseronokan ketika turun menghala ke barat pulau. Sebab apa? Sebab bila sampai bawah boleh jumpa laut. Terus masuk dengan segala macam pakaian stok kasut bagai. Baru terasa lega hilang kesan gigitan pacat dan lintah. Yang tu saya ingat sangat.



Berdasarkan ingatan dan apa yang saya tahu tentang geografi Pangkor sekarang kami masuk laut itu harus di Teluk Nipah. Rasanya tak jumpa orang selain kami ketika itu. Seingat saya pulau ini belum menjadi tempat pelancongan terkenal seperti halnya sekarang. 

Di atas adalah gambar teluk daripada perjalanan tahun 2015. Ia adalah daripada satu sudut yang tenang. Sebenarnya terdapat ramai orang di bahagian lain apa lagi ada aktiviti snorkelling di pulau yang kelihatan iaitu Pulau Giam.

Selepas puas mandi dan mendapat sedikit rehat kami berjalan ke selatan. Hmm. Lupa pula apakah ada berkhemah satu malam atau pun tidak? Yang pasti kami kemudian berjalan ke selatan. Maka harus lalu di tempat yang kini menjadi pantai paling ramai pelancong di Pulau Pangkor iaitu Pasir Bogak. Lihat gambar bawah...




Dari Pasir Bogak ada jalan menuju ke timur untuk sampai kembali jeti ke Lumut. Kami pun mengambilnya, cuma di sini ada timbul keraguan apakah dengan berjalan kaki atau ada menaiki pengangkutan awam setempat? Walaupun pada tahun 1989 Pulau Pangkor belum menjadi tempat pelancongan sudah ada penempatan termasuk pekan di beberapa tempat. 

Yang pasti selepas sampai ke pekan di sekitar jeti kami berjalan kaki ke arah selatan. Sampai satu kampung kami memotong masuk ke satu kawasan hutan sebelum sampai ke satu teluk yang sangat bersih, kawasan paling cantik di Pangkor seingat saya dalam perjalanan tahun 1989. Inilah yang diceritakan dalam posting di FB yang disalin pada awal artikel ini dengan kata-kata berikut :-


Seterusnya kami berjalan kaki ke satu teluk di bahagian selatan pulau lalu berkhemah di sana. Di situlah kali pertama saya melihat binatang yang dipanggil sebagai "kote Keling" berenang merata dengan penuh "lucah"nya.


Hmm. Tiba-tiba teringat pernah membelanja ibu bapa masuk ke Pulau Pangkor tapi dah lupa pada tahun berapa. Rasanya semasa masih bertugas sebagai wartawan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times tahun 1996-2001. Kalau tak salah turut dibelanja sekali beberapa orang lain, adik-adik saya kot? Sesungguhnya banyak perjalanan dibuat saya sudah lupa walaupun kelihatan seperti ingat semua kerana begitu banyak perjalanan telah dikongsikan ceritanya di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. 

Tidak. Walaupun kelihatan seperti semua benda yang dilalui hendak diberitahu kepada umum sebenarnya tidak semua dikongsikan cerita di blogspot. Seperti orang lain saya pun ada menyimpan rahsia. Banyak perjalanan dan perkara yang berlaku sebenarnya dah tak ingat. Dan ada yang ingat tetapi tidak dikongsi kerana tidak perlu malah tidak boleh didedahkan kepada umum.



Ini adalah gambar teluk berkenaan yang ditemui di Internet, namanya Teluk Segadas. Saya ada singgah lagi tahun 2007 tetapi tidak dapat menemui gambar. Lihat cerita berkenaan dalam artikel lama Pulau Pangkor dalam kenangan. Mungkin disebabkan ketika itu terserempak dengan komando tentera laut (PASKAL) sedang berkhemah dan membuat latihan? Tapi rasanya ada terlihat gambar diambil oleh seorang kawan lain yang turut serta ketika itu diletakkan dalam forum di Internet tempat kami berkenalan. Entahlah. Yang ingat saya sendiri tidak mengambil gambar kerana mahu menghormati kerahsiaan komando membuat latihan.

Setakat boleh dikongsikan kelihatan bot hitam komando berlegar-legar di perairan dengan beberapa orang di dalam memegang mesingan. Ada satu rak sebelah khemah penuh dengan mesingan, seingat saya diletakkan secara berdiri menyandar muncung ke atas dalam 6-7 laras. Walaupun sedang membuat latihan mereka dapat menerima kehadiran kami setelah saya yang mengetuai kawan-kawan lain menyapa dan memperkenalkan diri dengan baik. Dapatlah duduk berehat di sebelah khemah  dalam 10-15 minit setelah seorang memberi isyarat kepada yang lain seperti mengatakan "ini orang kita ni". Siapa yang faham faham le maksud walau saya bukan seorang komando.

Berbalik pada perjalanan tahun 1989. Di Teluk Segadas inilah kami berkhemah lama. Rasanya tak kurang 3 malam sambil membuat pelbagai aktiviti berkumpulan juga belajar ilmu ikhtiar hidup. Di sini terasa tenang amat. Selepas beberapa lama kembalilah kami dengan berjalan kaki ke jeti lalu naik feri ke Lumut kemudian kembali ke kolej.



Perjalanan kami di Pulau Pangkor boleh digambarkan dengan Google Map seperti dalam gambar atas. Namun ini berdasarkan laluan jalan raya sedia ada. Sedangkan pada tahun 1989 banyak laluan masih tanah merah. Apapun jarak yang ditunjukkan tidak termasuk memotong hutan tepian kampung untuk ke Teluk Segadas kerana sudah terkeluar daripada laluan jalan raya yang dikenali Google Map. Di situ ada jarak 1 km pergi dan 1 km keluar, jarak yang sedikit di atas jalan raya tetapi boleh tahan terasa apabila turun naik lereng bukit dalam hutan.



Ini pula adalah lakaran laluan dari Teluk Nipah mendaki puncak tertinggi di Pangkor sebelum turun di Teluk Nipah menggunakan Google Earth. Jarak laluan 3.2 km bukanlah apa sangat kalau di jalan raya biasa. Tetapi kalau dalam hutan mendaki bukit yang  ditunjukkan mencapai ketinggian hampir 1,200 kaki dari paras laut memang terasa mencabar apa lagi kalau ada meredah paya sehingga ke paras pinggang kemudian teruk digigit pacat dan lintah. Semakan saya menunjukkan bukit ini adalah sekitar 160 kaki lebih tinggi daripada Bukit Ungku Busu, bukit paling terserlah di Lumut. Didapati juga ia bukit paling tinggi dalam lingkungan jarak 18 km dari bandar Lumut.

Semakan dengan Google Map pula menunjukkan jarak dari Teluk Dalam ke Teluk Nipah menggunakan jalan raya adalah 2.5 km. Nampaknya jarak dengan mendaki hingga ke puncak bukit bukan sahaja lebih mencabar malah sebenarnya lebih jauh. Dengan ini jarak 20.1 km pusing pulau yang ditunjukkan dalam gambar sebelum ini sebagai rujukan harus ditambah agar mendekati 21 km. Campur pergi balik ke Teluk Segadas yangi tidak dimasukkan dalam kiraan 20.1 km kerana terletak di luar jalan raya maka tak salah untuk mengatakan kami telah bergerak 23 km di Pulau Pangkor. Tak campur lagi jarak ketika melakukan aktiviti dalam tempoh 3 hari atau lebih di kawasan teluk.



Jarak dari kolej ke jeti Lumut dan kembali pula adalah 443 km. Jarak perjalanan feri Lumut ke Pangkor adalah 20 km pergi balik. Campur dengan 23 km pusing pulau jadilah 486 km. Dengan ini cukuplah perkongsian mengenai perjalanan yang berlaku lebih 31 tahun lalu.


Rabu, Mei 05, 2021

Tentang beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan

Dipersembahkan satu artikel istimewa tentang Ramadhan yang muncul akibat suatu gerak.


Pagi tadi ketika hendak menyiapkan lakaran peta dan kiraan jarak bagi perjalanan-perjalanan yang disenaraikan dalam artikel Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 81 hingga 90 masuklah pada artikel  Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018 yang ditanda sebagai perjalanan ke-86. Timbul rasa mesti dibuat  satu artikel khas tentang iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan di masjid. Biar dibuat daripada 2006 menaik mengikut turutan.

Dengan menggunakan program Gregorian to Hijriah Converter (sila Google) boleh ditetapkan bilakah 20 Ramadhan jatuh pada suatu tahun menurut kalendar Barat. Dengan itu artikel-artikel sekitar tarikh tersebut boleh dicari dalam arkib blogspot. Cuma pengubahan tarikh mengikut kalender itu boleh lari sehari... misalnya  20 Ramadhan 1433 Hijriah dikatakan  jatuh pada 8 Ogos 2012 sedangkan berdasarkan catatan dalam artikel ia jatuh pada 9 Ogos. Apapun program tetap boleh digunakan lalu dapat dibuat semakan seperti berikut :-


2006 - Sepuluh hari terakhir Ramadhan harus bermula pada tarikh 13 Oktober 2006 bersamaan 20 Ramadhan 1427 Hijriah. Ketika itu blogspot ini belum lagi wujud. Namun ada catatan perjalanan yang dengan tempoh masa tersebut iaitu Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak (berlaku September 2006) dan Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006... (berlaku November). Tak pasti di manakah  saya berada pada 10 terakhir Ramadhan. Mungkin sudah di kampung di Muar. Mungkin sedang mengembara di mana-mana entah.

Yang pasti sejak hampir penghujung 2005 saya sudah berpusat di rumah ibu saudara di Ampang. Kalau bulan puasa tahun 1991-1995 saya di London, 1996 hingga 2001 sedang bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times lalu berpusat di Kuala Lumpur. Tahun 2002 masih di KL. Selepas itu membawa ke hampir penghujung tahun 2005 berpusat di sama ada rumah ayah angkat saya, penulis buku politik terkenal S.H.Alattas @ Pak Habib di Janda Baik atau pejabatnya di Jalan Gombak di KL. Tetapi boleh jadi saya mengembara ke mana-mana menurut 'angin'. Cuma tidak ada rujukan jelas bagaimanakah ceritanya...


2007 - Harus bermula pada 2 Oktober. Artikel Kenangan BKA Tour Run tahun 2007  yang diterbitkan hari Rabu 10 Oktober (bersamaan 28 Ramadhan 1428) menyebut pada 1 Oktober bersamaan 19 Ramadhan saya telah menghantar manuskrip buku ke-3 saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ke kilang percetakan. Dua hari sebelum menulis artikel iaitu pada 8 Oktober bersamaan 26 Ramadhan saya pergi ke Janda Baik supaya dapat bermalam tujuh likur (hari jadi saya yang ke-38 menurut kalender Islam) di sebuah rumah lama. Lihat  Rumah lama Perak di Janda Baik (An old Perak house in Janda Baik) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Malam esoknya baru tidur di surau bersebelahan sungai di bahagian lain Janda Baik. Ini bermakna sebelum ke Janda Baik saya harus berada di Kuala Lumpur kerana berpusat di rumah ibu saudara di Ampang. Dari situlah diaatur pelbagai urusan penerbitan buku termasuk untuk buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" yang terbit Jun 2006 dan buku kedua "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" (Mei 2007).


2008 - Harus bermula pada 20 September. Ketika ini saya masih berpusat di rumah ibu saudara di Ampang. Rabu 24 September bersamaan 24 Ramadhan saya ke Raub menaiki motosikal besar kesayangan yang baru sebulan dua dipulihkan setelah 5 tahun rosak tersadai. Lalu bermulalah perjalanan seperti diceritakan dalam artikel Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008. Beriktikaflah di beberapa tempat termasuk masjid-masjid dalam perjalanan yang kemudian menghala ke Negeri Sembilan membawa ke Melaka dan Muar.

Hmm. Menarik tarikh tu. 24 bulan 9 tahun Barat bersamaan 24 bulan 9 tahun Islam.


2009 - Harus bermula pada 10 September. Ketika ini saya sudah kembali berumahtangga (sejak Disember 2008) dan isteri sudah lebih 8 bulan mengandungkan anak laki-laki sulung kami. Maka itu tak berjalan sangat pada 10 hari terakhir Ramadhan apa lagi kerana sudah membuat dua perjalanan jauh dalam masa terdekat. Lihat :- 


1. Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan" - Perjalanan berlaku 27 Ogos-1 Sept iaitu 6-11 Ramadhan. Jarak diliputi sekitar 1,500 km.

2. Koleksi cerita perjalanan Aceh yang lebih teratur... - 15-22 Jun, Jarak sekitar 1,150 km tidak termasuk penerbangan.

Hari-hari penghujung Ramadhan itu nampaknya lebih banyak dihabiskan di rumah sambil menyiapkan cerita-cerita tentang perjalanan di Aceh sehingga keluar kompilasi berkenaan pada malam 1 Syawal. Tarikh Baratnya adalah 19 September. Siang itu bersamaan 29 Ramadhan.


2010 - Harus bermula pada 30 Ogos. Rekod di blogspot menunjukkan saya sedang sibuk melepaskan dua siri cerita secara bergilir-gilir  bermula 16 Ogos bersamaan 6 Ramadhan 1431 Hijriah. Satu adalah tentang perjalanan di Aceh bulan Januari tetapi lambat ditulis kerana muncul pelbagai perjalanan serta lain-lain kesibukan. Satu lagi adalah perjalanan di Muar tetapi cuma mencapai maksudnya di Janda Baik pada awal bulan Ramadhan. Hasilnya terbit artikel-artikel kompilasi berikut pada hari sama 16 September iaitu pertengahan bulan Syawal :-


2. Dinasti Al-Kamil bakal bangkit semula...


Tidak ditemukan catatan tentang apakah ada dibuat iktikaf di mana-mana masjid. Cuma malam 29 Ramadhan ada artikel menyebut bergerak dari rumah ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Lihat Al-Rasyid berhari-raya : Mula di Tanjung Sepat....


2011- Harus bermula pada 20 Ogos. Satu-satunya artikel yang dapat menunjukkan ada aktiviti luar pada penghujung Ramadhan adalah Dari hutan simpan ke menara (berlaku 25-27 Ramadhan). Nampaknya lebih banyak masa dihabiskan di rumah sambil menerbitkan beberapa artikel terutama tentang perjalanan ke Pantai Timur 25 Disember 2010 hingga 4 Januari 2011. Walaupun sudah lama berlalu ia betul-betul mula ditulis bulan April lantaran banyaknya aktiviti sebelum itu yang perlu dilepaskan ceritanya terlebih dahulu. 

Perjalanan itu sendiri memakan jarak 2,367 km dengan 4,743 gambar diambil. Lalu untuk melepaskan cerita-cerita berkenaan lebih 230 artikel telah ditulis (kebanyakannya adalah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ini mengambil masa 4 bulan sehingga keluar rangkuman melalui artikel Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" pada 29 Ogos bersamaan 29 Ramadhan 1432 Hijriah. Selain itu apabila disemak kembali artikel-artikel yang dikeluarkan sekitar waktu itu didapati saya juga sedang disibukkan dengan urusan penerbitan buku ke-7 saya "Jejak Keluarga Yakin : Satu Sketsa Sejarah".

Melalui artikel Kata-kata aluan (dan harapan?) selepas minggu pertama raya baru ingat bahawa  pada pagi Khamis 18 Ogos saya telah menghantar manuskrip buku dalam bentuk PDF ke kilang cetak dengan harapan buku sempat dicetak sebelum raya. Tengok-tengok PDF itu bermasalah lalu proses membetulkannya memakan masa hingga ke hari Rabu berikutnya 24 Ogos.


2012 - Harus bermula pada 8 Ogos. Satu-satunya artikel jelas menunjukkan aktiviti luar dalam tempoh masa terdekat itu adalah Mencari batu nesan Aceh di Negeri Sembilan. Itupun berlaku pada hari Nuzul Quran iaitu 17 Ramadhan, bukan 10 hari terakhir. Kelihatan masa lebih banyak digunakan untuk menyelesaikan artikel-artikel perjalanan. Kali ini lebih pada perjalanan pusing Pulau Jawa 1-14 Mei 2012. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa" yang terbit tengah malam 18 Ogos. 

Pun begitu  apabila disemak balik betul-betul artikel-artikel selepas tarikh tersebut ternyata saya ada keluar berjalan jauh bermula 22 Ramadhan. Perjalanan berpanjangan sehingga 27 Ramadhan dan memakan jarak 1,400 km lalu saya beriktikaf di beberapa buah masjid dari Cameron Highlands membawa ke negeri Perak. Disebut dalam artikel berkenaan saya keluar seorang diri dengan motosikal besar pada tengah hari Sabtu 11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433. Ini bermaksud 20 Ramadhan ketika itu jatuh pada 9 Ogos bukan 8 Ogos seperti disebut di atas. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.


2013 - Harus bermula pada 28 Julai. Tak keluar iktikaf kerana sakit akibat patah kaki. Lihat artikel Pembedahan 15 Ramadhan dan faktor 313. Lebih banyak membuat penulisan terutama tentang perjalanan ke Tanah Bugis 3-12 Mei yang dilakukan dalam keadaan kaki bersimen. Lihat Terhencot-hencot ke Tanah Bugis - The compilation.


2014 - Harus bermula pada 17 Julai. Dalam tempoh waktu terdekat didapati cuma ada satu artikel sahaja menunjukkan aktiviti sekitar bulan Ramadhan iaitu Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang. Itu pun berlaku pada 7-8 Ramadhan. Selepas itu saya tidak ada menulis apa-apa kecuali selepas masuk hari raya lalu bercerita tentang hari raya. Tidak ada apa-apa catatan menunjukkan apa yang berlaku pada 10 hari terakhir Ramadhan.


2015 - Harus bermula pada 7 Julai. Dapat ditemui artikel Iftar KL 2015 menunjukkan aktiviti berbuka puasa pada 21 Jun bersamaan 4 Ramadhan diikuti Iftar KL 2015 - Geng busana beraksi beramai-ramai iaitu berbuka puasa pada 27 Jun bersamaan 10 Ramadhan. Seterusnya berlaku perjalanan di Pulau Pinang dan Perak pada 28 Jun hingga 2 Julai bersamaan 11-15 Ramadhan. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation. Pada 7 Julai pula saya keluar lagi ke arah utara tetapi dengan satu tim atau pasukan untuk membuat penggambaran dokumentari. Lihat :-


2. Daulah Melayu - Jejak industri besi purba di utara

3. Daulah Melayu - Ke Jeli dan Selatan Thailand


Ketika sampai kembali ke rumah Sabtu 11 Julai sudah 24 Ramadhan. Tidak ada apa-apa artikel menunjukkan aktiviti selepas itu sehingga sebelum raya. Nampaknya masa dihabiskan di rumah sambil menulis beberapa artikel tentang perjalanan di Pulau Pinang dan Perak juga penggambaran.


2016 - Harus bermula pada 25 Jun. Pada tarikh itu yang menurut catatan memang bersamaan 20 Ramadhan saya keluar bersama keluarga ke Shah Alam kemudian Pedas untuk ke majlis-majlis melibatkan dunia persilatan dan busana tradisional Melayu. Esoknya 26 Jun bersamaan 21 Ramadhan kami melawat beberapa tempat bersejarah di Negeri Sembilan kemudian berbuka di Kuala Lumpur. Cerita-cerita berkenaan ditulis pada 23 Ramadhan. Lihat :-


2. Dari Rembau ke Linggi ke Dataran Merdeka - Perjuangan berbusana tradisional Melayu tetap diteruskan walau apa jua...


Dah dekat 27 Ramadhan baru keluar untuk beriktikaf di masjid-masjid. Ini cukup jelas butiran walau agak ringkas. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid...,


2017 - Harus bermula pada 15 Jun. Tidak ada apa-apa catatan sejak mempersembahkan artikel Video penuh "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" percuma untuk umum pada 11 Mei sehinggalah keluar artikel Sampai masa untuk kembali bersuara 17 Ogos. Hilang mood untuk menulis juga berinteraksi dengan orang ramai atas sebab tertentu.  Tak ingat langsung apa yang berlaku pada bulan Ramadhan itu.


2018 - Harus bermula pada 4 Jun. Kali ini jelas apa yang dilakukan kerana tercatat kemas dalam artikel  Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018. Perjalanan beriktikaf dari masjid ke masjid meliputi jarak perjalanan lebih 850 km.


2019 - Harus bermula pada 25 Mei. Tiga artikel berikut menunjukkan kehadiran di tiga majlis ilmu pada awal Ramadhan di tempat saya menyambung pengajian pasca-siswazah (sejak September 2018) iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Supaya senang mengikut majlis tanpa perlu berulang alik 80 km (jarak pergi balik) ke rumah saya pun mula beriktikaf di masjid ISTAC.


2. Menelaah makna dan rahsia puasa serta iftar di ISTAC

3. Memakmurkan manusia melalui Maqasid Shariah - Tinggalkan slogan politik yang berkepentingan, kembalilah pada maksud sebenar dan arah tujuan


Sambil itu juga sibuk mahu menyiapkan buku ke-13 saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995". Lihat Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995". Manuskrip buku dalam bentuk PDF dihantar ke kilang cetak pada 17 Ramadhan. Lihat Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC.

Bangunan ISTAC yang memiliki ciri-ciri klasik Istana Alhambra di Andalusia (Sepanyol zaman kegemilangan Islam di sana abad ke-8 hingga ke-15 Masihi) terus menjadi pusat aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Pada 23 Mei bersamaan 18 Ramadhan saya ke sana lagi untuk satu majlis berbuka puasa. Lihat Berbuka puasa bersama anak-anak Rohingya dan Syria di ISTAC

Pada malam 27 Ramadhan menginap lagi di masjid ISTAC. Lihat Menyambut malam 7 Likur merangkap ulang tahun ke-50 di masjid ISTAC. Esoknya keluar untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan lama di sebuah stesyen minyak milik salah seorang mereka. Lihat Berbuka 27 Ramadhan bersama kawan-kawan lama Sains Johor.

Pada minggu ke-3 bulan Syawal sekali lagi ISTAC dan masjidnya menjadi tempat beriktikaf juga mengatur aktiviti. Ketika itu buku "Kembara Eropah Tahun 1995" baru keluar dari kilang cetak. ISTAC menjadi pusat menghantar buku kepada sejumlah penempah awal sambil menghadiri majlis ilmu juga beramal di masjid. Lihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.


2020 -  Harus bermula pada 13 Mei. Memang tak ke mana. Sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membendung wabak virus Covid-19 sejak 18 Mac. Tak boleh keluar lebih 10 km dari rumah. Masjid pun tak bagi masuk kecuali beberapa orang ahli seperti imam, bilal dan tok siak. Lepas Isyak terus berkunci...


2021 - Bermula 2 Mei. Setakat ini tiada kena mana-mana lagi. Walau PKP tidak seketat dahulu kerana boleh rentas daerah cuma tak boleh rentas negeri tetapi bermula Khamis 6 Mei cuma penduduk dalam 3 buah daerah sahaja boleh merentas antara daerah-daerah berkenaan. Penduduk 6 buah lagi daerah tidak boleh keluar dan orang luar pula tak boleh masuk atau merentas kawasan. Nak bermalam di masjid di luar kawasan nampak seperti tiada jalan. Nampaknya tahun ni iktikaf kat rumah pokok aje le...




Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 91 hingga 103

Salam hari Rabu malam Khamis 24 Ramadhan. Adapun ini adalah set terakhir perjalanan yang perlu dilakarkan peta lalu ditentukan jaraknya dan ia mengandungi 13 perjalanan. Bersambung daripada artikel  Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 81 hingga 90.


91. Perjalanan jauh pertama tahun 2019 


Lakaran mudah 936 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat Perjalanan jauh pertama tahun 2019.



92. Awal Syawal Jun 2019


Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 550 km. Lihat Hari-hari awal bulan Syawal tahun 1440 Hijriah dan usaha memartabatkan busana tradisional Melayu.



93. Putrajaya Jun 2019


Lakaran mudah 300 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 310 km. Lihat 'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...



94. Misi buku Kenangan Kembara Eropah 1995 (Jun 2019)

Tiga bahagian :-


Bahagian 1 - Lakaran mudah 136 km. Lihat sini



Bahagian 2 - Lakaran mudah 126 km. Lihat sini



Bahagian 3 - Lakaran mudah 259 km. Lihat sini


Jarak lakaran mudah = 521 km (136 km + 126 km + 259 km). Jarak sebenar 540 km (bacaam meter kereta). . Lihat Apabila buku Kenangan Kembara Eropah 1995 mula ditatap pembaca.



95. Jelai Jul 2019


Lakaran mudah 447 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 470 km . Lihat  Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.



96. Sekitar Aidil Adha  Ogos 2019


Lakaran mudah 616 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 630 km. Lihat Sekitar Aidil Adha 1440 Hijriah dan kelesuan fikiran sebulan kebelakangan



97. Membawa semangat Aceh ke Perak Sept 2019


Lakaran mudah 748 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 800 km. Lihat Kompilasi cerita "Membawa semangat Aceh ke Perak".



98. Kuala Selangor Feb 2020


Lakaran mudah 130 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 135 km. Lihat Mengimbau jejak sejarah di Kuala Selangor.



99. KKB-Fraser-Raub-JB Jul 202


Lakaran mudah 286 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 300 km. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa.



100. Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan Ogos 2020


Lakaran mudah 663 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 700 km. Lihat Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.



101. Road trip ke Melaka Ogos 2020


Lakaran mudah 408 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 420 km. Lihat Road trip kawan lama kolej ke Melaka dan kenangan masa lalu.



102. Misi menghantar anak balik kolej Ogos-Sept 2020


Lakaran mudah 816 km. Lihat sini. Jarak sebenar 861 km (ditunjukkan meter kereta). Lihat Kompilasi "Misi menghantar anak balik kolej".



103. Misi Teluk Intan-Beruas (Dis 2020)


Lakaran mudah 488 km. Lihat sini. Jarak sebenar tidak kurang 500 km. Lihat Dari Teluk Intan membawa ke Beruas : Satu misi keluarga.


Kesemua 13 perjalanan ini membentuk jumlah jarak 7,216 km (1,000 + 550 + 310 + 540 + 470 + 630 + 800 + 135 + 300 + 700 + 420 + 861 + 500) . Julat jarak perjalanan adalah 135 km hingga 1,000 km.


Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 81 hingga 90

Salam pagi Rabu 23 Ramadhan. Pada ketika ini tinggal dua sahaja set senarai perjalanan lama yang perlu dibuat lakaran peta bagi menentukan jarak. Maka bersambung proses berkenaan daripada artikel Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 71 hingga 80.


81. Dari Pagoh ke Pulau Besar Ogos 2017


Lakaran mudah 557 km. 
Lihat sini. Jarak sebenar lebih 570 km. Lihat Dari Pagoh ke Pulau Besar.



82. Cameron Highlands Ogos 2017


Lakaran mudah 565 km. Lihat sini. Jarak sebenar  hampir 600 km. Lihat Ke Cameron Highlands membawa ke Kuala Kangsar.


83. Bermotosikal dan naik gunung Okt 2017

Lakaran mudah 556 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 570 km. Lihat Antara kenangan pengembaraan bermotosikal dan naik gunung dengan pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa.


84. Aktiviti kecil Okt 2017

Lakaran mudah 468 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 480 km. Lihat Aktiviti-aktiviti kecil bulan Oktober - Ganti balik masa bersama keluarga....


85. Jalan-jalan Ipoh Nov 2017

Lakaran mudah 471 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 490 km. Lihat Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... 


 86. Iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan Jun 2018


Lakaran mudah 817 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 850 km. Lihat Iktikaf 10 hari terakhir Ramadhan 2018.


87. Menyambung wasilah Teluk Intan Sept 2018

Lakaran mudah 304 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 320 km. Lihat Menyambung/memperbarui wasilah keluarga di Teluk Intan sempena Ma'al Hijrah tahun 1440.


88. Muar-Bukit Kepong-ulau Besar Sept 2018

Lakaran mudah 635 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 660 km. Lihat Muar, Bukit Kepong dan Pulau Besar sekitar awal Muharram.


89. Tahlil ad hoc Batak Rabit Dis 2018

Lakaran mudah 271 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 280 km. Lihat Majlis tahlil ad hoc keluarga Laksamana Raja Mahkota di masjid lama Batak Rabit.


90. Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007 (Januari 2019)


Lakaran mudah 584 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 600 km. Lihat Menjejak bukit daripada mimpi tahun 2007.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 5,420 km (570 + 600 + 570 + 480 + 490 + 850 + 320 + 660 + 280 + 600) . Julat jarak perjalanan adalah 280 km hingga 660 km.