Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 05, 2022

Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung

Masyaallah. Dah lewat malam Jumaat lepas jam 11 baru tersedar tarikh hari ini cantik 5.5.22. Sedangkan menunggu masa sahaja untuk mempersembahkan artikel ke-2,255 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tetapi saya kini berada di luar rumah pula nak makan-makan bersama keluarga. Jadi park aje dahulu le apa yang dapat guna telefon bimbit ya.



OK. Menyambung balik penulisan, pada petang Jumaat 6 Mei 2022 jam 6.53. Sementara ada sisa lagi tarikh Islam 5 Syawal 1443 Hijriah. Masuk Maghrib karang dah 6 Syawal.

Adapun saya sebenarnya dalam mood malas menulis buat suatu waktu. Selepas mempersembahkan artikel ke-2,254 iaitu Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya pada malam 1 Syawal, Ahad malam Isnin lalu memang menunggu masa sahaja untuk mempersembahkan artikel ke-2,255 yang harus berkenaan musim raya. Tapi mood belum datang, fikirnya selepas kembali ke rumah dari kampung nanti. Cuma tu le, bila malam tadi baru perasan tarikh cantik 5.5.22 itu yang dibuat penulisan ini lalu jadilah ia artikel ke-2,255 di sini walaupun sangat ringkas isinya.

Adapun gambar atas diambil lewat petang Khamis, dah malam Jumaat sebenarnya sebab dah masuk waktu Maghrib. Ingat nak cerita panjang lebar juga tentang beraya di kampung kali ini memandangkan 2 tahun sebelum itu tidak dapat beraya di kampung akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) demi membendung masalah wabak virus Covid-19. Tetapi bila dilihat gambar-gambar yang ada terasa kena ambil masa untuk bercerita. Buat masa ini biarlah sedikit isi ringkas bagi membentuk artikel ke-2,255 ini.




Gambar bersama sebahagian keluarga isteri di kampung beliau di Tanjung Sepat pada petang 1 Syawal...



Gambar bersama sebahagian keluarga saya di kampung kami di Muar pada petang 3 Syawal...

Ringkasnya kami sekeluarga kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat pada hari Sabtu malam Ahad 29 Ramadhan dalam keadaan memikirkan bahawa Isnin nanti masih berpuasa, Selasa baru beraya. Tengok-tengok 1 Syawal jatuh pada hari Isnin, kelam kabut satu Malaysia jadinya untuk bersedia bagi menyambutnya. Lewat petang Selasa 2 Syawal baru bergerak ke kampung saya di Muar, sampai sekitar jam 11 malam gitu. Kini kami masih di Muar. Insyaallah esok tengah hari Sabtu baru bergerak untuk kembali ke rumah. Selepas itu baru akan dikongsikan cerita yang lebih menyeluruh ya. Sekian. Selamat hari raya maaf zahir batin. Wassalam.

 

Ahad, Mei 01, 2022

Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya

Salam malam 1 Syawal 1437 Hijriah. Selamat hari raya maaf zahir batin. Ada cerita perlu dilepaskan sebelum saya dapat betul-betul berhari raya.



Merujuk pada artikel Umur 53 tahun menurut kalendar Hijriah dan pada malam Jumaat Tujuh Likur - Apakah signifikannya? yang dipersembahkan malam Jumaat lalu. Sebenarnya saya mengharapkan dua perkara dapat diselesaikan dahulu sebelum artikel dipaparkan jam 11.19 malam. Satu adalah dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran bagi bulan Ramadhan. Satu lagi dapat menyiapkan pusingan ketiga penulisan dan semakan bagi tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam).




Untuk yang pertama alhamdulillah dapat dilakukan sehari sebelum itu. Pembacaan Al-Quran bagi bulan Ramadhan dapat dikhatamkan lewat petang Rabu 25 Ramadhan. Tetapi untuk penulisan dan semakan tesis cabarannya lebih berat. Antaranya disebabkan gangguan komputer riba rosak petang Selasa.

Akibatnya sebahagian daripada kerja-kerja pusingan ketiga yang dimulakan tengah hari Isnin sehingga petang Selasa hilang begitu sahaja. Selepas itu saya disibukkan pula berkejar untuk memperbaiki komputer. Bila tengok tak berbaloi baru pergi ke tempat lain mencari komputer ganti.  Lihat Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga. Itupun belum boleh terus pakai untuk buat kerja. Kena selesaikan dahulu berbagai settings yang patut lalu pagi Rabu barulah dapat disambung kerja.




Oh. Kenapa sampai kena ada tiga pusingan ya? Begini. Pusingan pertama adalah penulisan tesis itu sendiri. Saya betul-betul bermula pada bulan April tahun 2020, selepas penyelia saya iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar telah bersetuju dengan aturan isi kandungannya. Tetapi disebabkan masalah kepala berat, ilham tidak mengalir, tulisan terasa tidak sedap dan sebagainya, selain hal-hal harian kehidupan dan lain-lain perkara yang perlu ditangani dari semasa ke semasa ia asyik tersangkut lalu dapat ditulis sedikit-sedikit sahaja. 

Adapun tesis saya mengandungi lima buah bab. Saya tulis tidak ikut aturan lalu cuba membuat Bab 1, 2 dan 3 sekaligus dengan cara memasukkan apa-apa yang patut pada mana-mana bab berkenaan apabila timbul gerak ilham. Ia dibuat sekaligus kerana saling berkaitan. Tiba-tiba pada bulan Mei tahun itu kalau tak salah dapat menyiapkan Bab 2 dalam tempoh 2-3 hari sahaja.




Kemudian tersangkut lama lagi. Nak dapat satu ayat pun terasa amat susah apatah lagi satu perenggan. Penghujung bulan Oktober tahun 2021 Bab 1 baru dapat sampai ke tahap yang cukup bagus untuk saya tidak merasa malu menyampaikan kepada penyelia. Yang tinggal ketika itu cuma Literature Review iaitu Kajian Literatur. 

Penyelia pun memberikan cadangan. Sambil itu disediakan sekali isi untuk menghadapi Thesis Proposal Defense atau mempertahankan cadangan tesis yang sepatutnya sudah dilakukan selewatnya penghujung tahun 2020. Tetapi pada bulan Februari 2022 baru dapat disediakan selengkapnya berserta Bab 1 yang terasa cukup siap. Ini kerana isi Bab 1 yang merupakan bab pengenalan tentang tesis, cadangannya dan permasalahannya adalah sama dengan apa yang membentuk cadangan tesis. Maka dengan itu ia memang patut ditulis secara selari.

Lalu berlakulah proses rasmi berkenaan pada 15 Mac yang mana saya telah melepasi dengan jayanya. Lihat Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC. Fikir saya dapat juga menyelesaikan Bab 3 sebelum berlaku sesi itu. Rupa-rupanya kena tunggu dekat seminggu lagi baru betul-betul menjadi. Tidak diketahui ketika itu sudah berlaku suatu perkara penting melibatkan hubungan saya dan keluarga Laksamana Perak daripada cabang tertentu dengan orang-orang besar sedia ada juga Istana Perak...



Apapun, penulisan tesis menjadi semakin lancar selepas itu. Selepas Bab 3  siap Isnin malam Selasa 21 Mac penulisan Bab 4 pun mahu dimulakan keesokannya harinya. Tengok-tengok terasa ada yang perlu ditambah pada Bab 3 lalu ini disiapkan kemudian dihantar 22 Mac. Selepas itu baru dimulakan Bab 4 lalu ia siap dan dihantar pada 8 April. Terus dimulakan pula Bab 5 lalu dapat disiapkan dan dihantar 16 April.

Tu dia. Bayangkan. Bab 1, 2 dan 3 dimulakan secara sekaligus pada bulan April 2020 (tak ingat tarikh tepat) tapi masuk 22 Mac 2022 iaitu dekat dua tahun kemudian baru dapat siap. Tiba-tiba dua bab seterusnya dapat disiapkan dalam tempoh kurang sebulan. Lebih tepat dalam tempoh 22 atau 23 hari sahaja. Masyaallah. Agak ajaib sebenarnya apabila difikirkan kembali.




Dengan itu selesailah penulisan tesis. Tetapi itu baru pusingan pertama. Perlu dibuat lagi satu pusingan penulisan dan semakan. Kena bermula balik daripada Bab 1 sehingga Bab 5. Kena tengok kot-kot ada silap taip, silap tunjuk rujukan. Kena tengok apa perlu ditambah, dan ada masanya, apa yang perlu dikurangkan. Pusingan kedua ini dimulakan pada siang Sabtu 16 April kalau tak salah. Awal pagi Isnin 25 April iaitu sembilan hari kemudian dapat disiapkan di rumah kawan di Bukit Tinggi. 

Pun begitu kerja-kerja penulisan tesis belum dirasakan cukup selesai. Saya merasa perlu untuk membuat pusingan ketiga tulisan dan semakan baru boleh betul-betul puas hati. Proses ini dimulakan tengah hari itu juga sambil belum habis lagi berjalan ke sana ke mari. Lihat Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik"

Dah memang saya dan isteri kaki berjalan suka membawa anak-anak keluar mengembara. Ada kalanya saya berjalan bersendirian sahaja. Dalam tempoh dua tahun sejak penulisan tesis betul-betul dimulakan April 2020 pun sudah cukup banyak  perjalanan dilakukan walaupun ketika itu sedang berlangsung PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Lihat artikel-artikel berikut :-






















Tapi itu le,. tengok-tengok berlaku pula komputer rosak lalu lalu hilang segala kerja antara pagi Isnin sebelum Subuh dengan petang Selasa (jam 5 gitu) seperti telah diceritakan lebih awal tadi. Pagi Rabu 27 April harus dimulakan kembali daripada awal pusingan ketiga penulisan dan semakan tesis. Alhamdulillah  selepas jam 2 petang Bab 1 siap lalu dapat dihantar kepada penyelia. Bab 2 pula dapat disiapkan lalu dihantar sekitar jam 8.30. Maka kerja pun disambung dengan Bab 3 dengan harapan segalanya dapat diselesaikan sebelum masuk waktu Maghrib Khamis malam Jumaat seterusnya.

Kenapa mahu begitu? Kerana pada malam Jumaat itu jam 11.04 tepatlah umur saya 53 tahun menurut kalendar Islam. Tetapi masuk jam 11 belum lagi dapat diselesaikan. Lalu artikel Umur 53 tahun menurut kalendar Hijriah dan pada malam Jumaat Tujuh Likur - Apakah signifikannya? pun disiapkan lalu dipaparkan pada jam 11.19. Kena tunggu dekat jam 12.30 pagi baru dapat siap Bab 3 lalu terus dihantar kepada penyelia.

Untuk makluman disebab ada menghantar kerja kepada penyelialah saya tahu bila ia siap. Ini kerana waktu ia dihantar melalui e-mail juga fail-fail berkenaan masih tersimpan dalam sistem e-mail. Dengan cara itu penyelia boleh tahu perkembangan kerja saya. Kedua, fail-fail berkenaan daripada satu peringkat ke satu peringkat (pusingan pertama, pusingan kedua dan seterusnya) semuanya ada dalam sistem lalu boleh menjadi back up.

Memandangkan siang Jumaat itu merupakan hari Jumaat terakhir bagi bulan Ramadhan kali ini maka saya pun merancang mahu ke bersolat Jumaat di ISTAC. Itu yang ditunjukkan gambar-gambar yang ada di sini. Sebenarnya ia menunjukkan perjalanan sehingga masuk ke bangunan utama ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur kemudian ke masjid kampus untuk bersolat Jumaat.

Sekadar berkongsi. Adapun PKP telah menyebabkan 18 bulan saya tidak dapat menjejakkan kaki di ISTAC. Pada hari Jumaat 8 Oktober 2021 baru dapat masuk sejak sekian lama untuk bersolat Jumaat. Lihat Aku, ISTAC, pandemik Covid-19 dan Jumaat yang berkat. Selepas itu saya ada beberapa kali bersolat Jumaat di sana. Kali terakhir rupa-rupanya adalah pada 28 Januari 2022. Lihat Dari nasi beringin ke ISTAC ke impromptu reunion A Level.




ISTAC dan bangunannya adalah sangat istimewa buat saya. Aura ilmunya begitu terasa sesuai dengan jiwa. Sebetulnya sebaik sahaja siap Bab 3 saya menyambung dengan peringkat ketiga Bab 4. Selepas Subuh baru tidur. Selepas bersolat Jumaat di ISTAC sambung kerja lagi di masjid. Sampai dah nak masuk waktu Maghrib pun rupa-rupanya tak selesai lagi. 

Selepas  berbuka lalu bersolat Maghrib saya berjumpa dua orang kawan lama di Bukit Damansara. Sambil layan kawan-kawan berbual sambil menyambung kerja pun tak siap-siap. Bila balik rumah lewat malam sambung lagi. Dekat nak Subuh pagi Sabtu 30 April baru selesai Bab 4 itu.

Hmm. Benda ni sebenarnya berlaku baru sahaja semalam. Tapi saya pun dah lupa bila masanya berehat. Rasanya selepas Subuh kot ada le tidur dalam 3-4 jam gitu. Selepas itu sambung kerja untuk Bab 5.

Alhamdulillah dapat selesai sebelum Maghrib, dapat selesai sebelum masuk tarikh 29 Ramadhan. Yang ini ingat dengan tepat kerana e-mail yang mengandungi fail tertera jam 7.09 petang waktu dihantar kepada penyelia.

Dengan itu selesailah pusingan ketiga keseluruhan tesis. Baru le ada mood sedikit nak beraya. Malam jam 9 lebih keluarlah kami sekeluarga untuk membeli sedikit barangan raya di bandar Rawang kemudian baru makan malam. Ya. Kami berbuka puasa sangat ala kadar kerana cadangnya selepas itu hendak makan di luar dalam perjalanan kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat. 

Apapun di kampung isteri petang tadilah baru dibuat kerja seterusnya iaitu menggabungkan semua bab (asalnya dibuat menggunakan Microsoft Word) dalam bentuk PDF. Campur sekali sedikit bahan tambahan sebagai apendiks. Ia kira tesis muktamad buat masa ini. Belum betul-betul muktamad kerana itu memerlukan maklum balas penuh penyelia terlebih dahulu kemudian kena letak muka surat untuk penghargaan, daftar kandungan dan sebagainya. Itu akan dibuat selepas raya insyaallah.

Sekarang berbalik pada satu hal penting yang ada kena mengena dengan tesis.  Telah disebut lebih awal tadi bahawa pada 15 Mac berlaku satu proses rasmi yang mana saya telah melepasinya dengan jayanya. Lihat Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC. Rupa-rupanya pada tarikh itu berlaku suatu perkara yang penting melibatkan hubungan saya dan keluarga Laksamana Perak daripada cabang tertentu dengan orang-orang besar sedia ada juga Istana Perak. Dengan itu artikel Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati yang dipersembahkan 4 April pun dirujuk... 

Ada diberitahu dalam artikel bahawa pada 1 April itu saya mendapat tahu bahawa gelaran Toh Muda Laksamana yang diharap dapat digapai untuk membawa amanah keluarga telah diberikan kepada orang lain. Rujuk artikel Laksamana pulang ke Perak? Membuka langkah diiringi doa orang ramai diikuti Laksamana pulang ke Perak? Temu bual yang dipermudahkan  tentang permohonan bagi gelaran berkenaan. 

Sebetulnya ada banyak perkara mahu dinyatakan tentang itu. Tentang rasa dikhianati, tentang rasa Istana Kesultanan Perak atas saranan orang-orang tertentu nampaknya telah menolak bukan sahaja saya tetapi sebenarnya seluruh cabang tertentu daripada keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin, cabang yang paling rapat dengan Sultan Abdullah yang sama-sama dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877. Saya mahu melepaskan sedikit lagi rasa hampa yang ada dilampiaskan sedikit melalui artikel Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan dan sejumlah artikel yang terkumpul di dalamnya 17 hari lalu. 

Sebaliknya timbul rasa cukuplah untuk menyatakan bahawa saya kemudian dapat tahu secara rasminya orang lain yang bukan sahaja lebih 20 tahun lebih muda daripada saya malah darah keturunan Laksamananya adalah daripada belah perempuan, bukan laki-laki seperti sepatutnya itu dipilih pada tarikh 15 Mac 2022. Sedangkan pada tarikh tersebut saya pula baru menyelesaikan satu proses penting dalam penulisan tesis. Maka fahamlah saya Allah SWT mahu agar tesis disiapkan sepenuhnya sebelum memikirkan apa-apa yang penting selain itu.

Selepas itu iaitu dalam tempoh kurang sebulan saya dapat menyelesaikan baki penulisan Bab 3 kemudian terus ke Bab 4 diikuti Bab 5. Ini dapat dilakukan walau dalam keadaan hampa walhal sebelum itu hampir dua tahun penulisan tersenggut-senggut teruk. Kini ia sudah dapat disiapkan ke satu tahap muktamad untuk semakan penyelia, pada petang tadi yang merupakan hari terakhir Ramadhan kali ini rupanya. Sesungguhnya penulisan artikel ini dimulakan  petang tadi  dalam keadaan masih menyangkakan Selasa nanti baru nak raya. Dalam jam 8.12 malam tadi baru dapat tahu esok Isnin raya malah malam ini dah masuk pun 1 Syawal sebenarnya. Semoga ini membawa sinar yang cemerlang buat diri ini.

Sesungguhnya saya masih berhajat untuk berkhidmat dengan negeri Perak diikuti orang Melayu secara keseluruhannya. Ini telah mula saya lakukan sebenarnya melalui usaha-usaha penggalian sejarah yang terpendam, penulisan buku, perkongsian pengalaman dan pelbagai cerita di blogspot juga penganjuran majlis-majlis ilmu secara percuma sejak menyedari makna asal usul keturunan lebih 20 tahun lalu. Saya tahu ada orang tidak suka saya naik kerana apa yang mahu dilakukan terhadap sistem sedia ada. Saya pula bukan jenis orang yang berpura-pura atau bermuka-muka. Sejak dahulu saya telus dengan apa yang dirancang demi agama, bangsa dan negara.

Pada awal tahun saya pernah membuat artikel bertajuk Semangat pedang bagi tahun 2022. Dengan ini, berserta lafaz Inna Fatahna Laka Fathan Mubina saya menyeru, dengan wasilah tok nenek moyang yang tak perlu disebut nama kecuali menyebut ia membawa ke Perak ke Aceh ke Samudera Pasai ke Baghdad ke Mekah dan ke Madinah semoga yang bathil akan gugur secara sendiri tidak lama lagi. Biar yang hak menjalankan amanah seperti yang sepatutnya. Itulah harapanku bagi hari raya. Dengan itu diucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.



Khamis, April 28, 2022

Umur 53 tahun menurut kalendar Hijriah dan pada malam Jumaat Tujuh Likur - Apakah signifikannya?

Salam malam Jumaat. Ada sedikit perkongsian mahu dibuat.


Gambar hiasan di hadapan makam Rasulullah SAW. Daripada artikel Ziarah dan umrah 2013 - Masjid Nabawi, Raudhah dan tempat-tempat menarik di sekeliling...


Malam ini 27 Ramadhan 1443 Hijriah genaplah usia saya menjadi 53 tahun menurut kalendar Hijriah. Kalau menurut kalendar Barat atau Gregorian kena tunggu 26 November tahun 2022 ini baru menjadi 53 tahun. Sekadar mengingatkan satu tahun Hijriah yang berdasarkan peredaran bulan memakan masa 354 hari. Ia adalah 11 hari lebih pendek daripada satu tahun Barat yang berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari iaitu 365.25 hari. Sebab itu ada satu tahun lompat bagi setiap 4 tahun barat. Ini supaya tiga tahun pertama boleh digenapkan menjadi 365 hari, pada tahun keempat jadilah tahun lompat yang mengandungi 366 hari.

Satu perkara menarik tentang tarikh 27 Ramadhan 1443 adalah ia jatuh pada hari Jumaat. Sekadar memaklumkan. Saya dilahirkan pada 27 Ramadhan 1390 Hijriah bersamaan 26 November 1970 pada malam Jumaat. Walaupun lahir jam 11.04 pada waktu malam hari Khamis, menurut kiraan  Islam yang mana setiap hari baru bermula dengan masuknya waktu Maghrib maka malam itu sudah masuk hari Jumaat. Oh. Hampir setahun setengah lalu saya pernah membuat satu jadual bagi melihat pada tahun-tahun Barat manakah yang tarikh 26 November jatuh pada hari Khamis lalu malamnya adalah malam Jumaat. Lihat Apabila ulang tahun kelahiran yang ke-50 juga jatuh pada malam Jumaat

Sekarang biar dibuat satu untuk 27 Ramadhan dari tahun 1390 Hijriah hingga kini. Kira-kira sendiri boleh dibuat berdasarkan satu tahun Hijriah mengandungi 354 hari. Bahagi dengan 7 (kerana seminggu terdapat 7 hari) didapati menjadi 50 x 7 + 4. Ada anjakan 4 hari bagi setiap tahun Hijriah.  Saya sudah tahu dengan jelas bahawa 27 Ramadhan 1390 Hijriah jatuh pada hari Jumaat. Tepat setahun selepas itu ia harus jatuh pada hari Selasa (4 hari selepas hari Jumaat). Kalau begitu perlu dicari berapa darab 4 boleh dibahagikan tepat dengan 7 tanpa memberikan baki. Berdasarkan ini setiap kali tepat 7 tahun Hijriah selepas tarikh 27 Ramadhan 1390 Hijriah harus jatuh pada hari Jumaat. Mudah bukan? Rupanya tidak.

Berdasarkan itu, 50 tahun Hijriah selepas itu iaitu tarikh 27 Ramadhan 1440 Hijriah harus jatuh pada hari Jumaat. Selepas itu kena 7 tahun Hijriah kemudian iaitu pada 27 Ramadhan 1447 baru jatuh lagi pada hari Jumaat. Bermakna 27 Ramadhan 1443 iaitu hari ini tidak patut jatuh pada hari Jumaat. Kenapa boleh jadi begini?

Saya pun menyemak kembali perkara lalu mendapati memang benar satu tahun Hijriah adalah sepanjang 354 hari. Tetapi bukan bagi setiap tahun. Dalam tempoh setiap 30 tahun, 11 tahun daripada itu menyaksikan bulan Zulhijjah adalah sepanjang 29 hari, pada 19 tahun lagi adalah sepanjang  30 hari. Ini bermakna ada lebih banyak tahun yang panjangnya adalah 355 hari. 

Ah. Bukan mudah nampaknya untuk menentukan bilakah jatuh lagi hari Jumaat bagi tarikh 27 Ramadhan. Tak mengapalah. Buat dahulu anggaran begini berdasarkan anjakan 4 hari seperti disebut tadi. Kemudian anjakan 5 hari bagi tahun berikutnya lalu berselang-seli. Itu bagi 22 tahun terawal (kerana 11 tahun dari 30 tahun adalah sepanjang 354 hari). Lapan tahun seterusnya ada anjakan 5 hari (kerana setahun adalah sepanjang 355 hari). Selepas itu kitaran berulang.

Perkara ini boleh dilihat begini : 4 + 5 (selepas 2 tahun) menjadi 2 (baki selepas dibahagi 7). Pada tahun kempat menjadi 2 + 4 + 5 = 11 menjadi 4 (baki selepas dibahagi 7). Pada tahun kelima menjadi 1 balik, Tahun keenam menjadi 5. Tahun ketujuh jadi 3. Tahun kelapan jadi 7. Ertinya lapan tahun selepas 1390 iaitu pada tahun 1398, 27 Ramadhan harus jatuh pada hari Jumaat. 

Saya pun menyemak menggunakan program Gregorian to Hijriah Converter (lihat sini) lalu mendapati ia adalah benar. Kalau begitu 8 tahun kemudian iaitu pada tahun 1406, 27 Ramadhan harus juga jatuh pada hari Jumaat. Tengok-tengok program menyatakan ia jatuh pada hari Khamis. Tetapi ia juga menyatakan boleh jadi ralat sehari. 

Jadi kalau kita menjangkakan 27 Ramadhan bagi satu tahun itu jatuh pada hari Jumaat tetapi program menyatakan ia jatuh pada hari Khamis atau Sabtu kiranya masih boleh diterima disebabkan ralat. Malah program sebenarnya menyatakan 27 Ramadhan 1443 Hijriah jatuh 28 April 2022 hari Khamis. Sedangkan menurut kalendar fizikal yang menjadi rujukan di rumah ia jatuh pada hari Jumaat dan begitulah yang dilihat, sekurang-kurangnya di Malaysia pada hari ini. Ingat. Tarikh jatuhnya 1 Ramadhan dan kemudiannya 1 Syawal boleh jadi berbeza antara negara berdasarkan bagaimana mereka dapat melihat anak bulan. Pendek kata memang susah hendak menyemak ke belakang dengan tepat pada tahun Hijriah berapakah 27 Ramadhan jatuh pada hari Jumaat.

Yang jelas 27 Ramadhan kali ini iaitu bagi tahun 1443 Hijriah di Malaysia jatuh pada hari Jumaat. Lalu ia menjadi ulang tahun saya yang ke-53 menurut tahun Hijriah. Apa yang menarik tentang nombor 53 ini adalah apabila dikaitkan dengan Rasulullah SAW. Baginda dikatakan lahir pada 12 Rabiulawal (tetapi ada lain-lain pendapat) yang menurut sesetengah pihak adalah bersamaan 20 April tahun 571. Masihi. Ketika berumur 40 tahun (tapi tak pasti tepat 40 tahun atau sekitar itu) menerima wahyu pertama. Selepas 13 tahun di Mekah berhijrah ke Madinah. Ketika itu baginda harus sudah berumur 53 tahun (menurut kiraan Hijriah tetapi tak pasti tepat 53 tahun atau bagaimana).

Ada pihak meletakkan tarikh tepat peristiwa Hijrah itu sendiri berlaku adalah pada 16 Julai tahun 622 Masihi. Untuk pengetahuan kalendar Hijriah pula mula dipakai pada zaman Khalifah kedua Islam iaitu Saidina Umar (634 – 644). Baginda naik memimpin ummah selepas 12 tahun Nabi Muhammad SAW wafat lalu menerbitkan kalendar baru Hijriah tanpa panduan nyata daripada Rasulullah SAW. Dan ia dibuat dalam konteks perkiraan bulan-bulan yang sudah digunapakai masyarakat Arab sejak sekian lama. Lalu perkiraannya dikatakan bermula pada tarikh yang bersamaan 19 April. 

Menurut perkiraan ini peristiwa Hijrah berlaku pada 8 Rabiuawal iaitu 66 hari selepas masuk bulan Muharram. Berdasarkan Rasulullah dikatakan lahir pada 20 April 571 baginda harus berumur 51 tahun 2 bulan 27 hari menurut kiraan Barat ketika berhijrah ke Madinah pada 16 Julai 622. Kira-kira saya menunjukkan baginda berumur 52 tahun 9 bulan 11 hari ketika itu. Belumlah tepat 53 tahun. Ertinya selepas 2 bulan 19 hari gitu berhijrah baru baginda berumur 53 tahun.

Apapun ini semua anggaran berdasarkan tarikh-tarikh yang boleh dicari Internet. Yang signifikan bagi saya adalah selepas mendapat wahyu ketika berumur 40 tahun baginda berdakwah selama 13 tahun di Mekah. Yang itu lebih pada ilmu ketauhidan. Selepas itu iaitu pada umur sekitar 53 tahun baginda berhijrah ke Madinah lalu mula mendapat wahyu yang melibatkan kemasyarakatan juga kenegaraan. 

Sekadar menambah. Kebetulan ini adalah artikel ke-2,253 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Macam ada kena mengena pula dengan umur 53 tahun itu. Cukup. :]


Rabu, April 27, 2022

Akhirnya komputer ribaku yang ke-7 tewas juga

Salam pagi Rabu 25 Ramadhan. Merujuk pada artikel Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki yang ditulis pada 4 Mac 2022. Ada disebut bahawa pada ketika itu saya telah memiliki 7 buah komputer riba sejak pertama kali memiliki (bukan komputer syarikat dan sebagainya) awal tahun 2002. Telah disebut dalam artikel itu berapa lama suatu komputer itu sempat dimiliki dan apakah kerja-kerja utama yang pernah dilakukan dengannya. Disebut juga bahawa pada ketika itu komputer ke-7 adalah HP Probook 6550b yang dibeli terpakai pada bulan April tahun 2018. Ia dapat bertahan untuk saya menulis lalu menerbitkan buku ke-13 iaitu "Kembara Eropah Tahun 1995" pada musim raya tahun 2019. Selepas itu saya berhenti menulis buku untuk memberikan tumpuan pada penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam). Maka komputer banyak digunakan untuk itu.



Beginilah rupa komputer yang agak lasak itu. Ketika artikel ditulis ia sudah hampir 4 tahun digunakan. Melihat pada senarai nampaknya ia adalah komputer saya yang paling lama bertahan setakat ini. Oleh kerana ia digunakan untuk menulis buku ke-13 dan terakhir saya (buat masa ini) biar diletakkan artikel-artikel berkenaan tentang buku :-



Sekarang merujuk pula pada artikel Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik" yang dipersembahkan jam 1.55 pagi tadi. Ada disebut bahawa di celah-celah perjalanan ke Janda Baik kemudian ke Bukit Tinggi kemudian ke Janda Baik lagi sebelum ke Kuala Lumpur 24-26 April baru ini saya sempat menyambung lagi kerja-kerja penulisan tesis sehingga sampai ke pusingan ketiga bagi semakan dan menambah yang patut. Ini dilakukan dengan komputer HP Probook 6550b yang merupakan komputer ke-7 saya itu. Tiba-tiba sekitar jam 5 petang semalam ia mati begitu sahaja, tidak dapat dihidupkan lagi, sedangkan saya sedang hampir menyiapkan pusingan ketiga bagi bagi Bab 1. Saya pun bergegas ke kedai komputer terdekat di Bukit Sentosa. Tengok-tengok ada masalah dengan motherboard komputer.



Kalau mahu diperbaiki bukan sahaja perlu menelan belanja tidak kurang RM380 malah harus menunggu lama kerana komputer harus dihantar lalu diperbaiki di kilang. Harga tersebut tidak berbaloi bagi memperbaiki sebuah komputer lama apa lagi ia mengambil masa sedangkan saya perlu mengejar deadline. Saya pun ke bandar Rawang untuk mencari komputer terpakai yang cukup elok. Alhamdulillah dapat komputer dalam gambar dengan harga RM700, processor pun bagus, I5 walaupun jenis lama iaitu generasi kedua. Ia hampir sama rupa dengan komputer ke-5 saya (rujuk kembali senarai dalam artikel Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki). Jenama komputer pun sama iaitu Sony Vaio. Cuma warna sahaja lain (dahulu berwarna merah kejambuan gitu). Model pula yang dahulu adalah PCG-61213W, yang ini PCG71311N.

Dengan itu dapatlah diteruskan kerja penulisan tesis. Cuma sejak meninggalkan Bukit Tinggi untuk mengambil anak di Janda Baik pagi Isnin saya terlupa hendak backup di mana-mana. Maka hilanglah segala kerja dari sejak itu sehingga komputer ke-7 rosak petang semalam. Terpaksalah bermula kembali iaitu dari sejak siap pusingan kedua semakan dan penulisan. 

Tak mengapalah. Walaupun asalnya kecewa dan merasa amat terganggu kini, dengan menulis tentang hal ini, saya terasa lega. Cuma susahlah untuk mengejar sasaran siap pusingan ketiga sebelum malam Jumaat ini (atas sebab tertentu yang akan diceritakab nanti) lalu dapat menghantar tesis yang cukup siap kepada penyelia dengan harapan dapatlah memberikan penumpuan bagi persiapan berhari raya dengan keluarga dan sanak saudara. Tak mengapalah. Mesti ada sebab Allah SWT takdirkan begitu.

Satu perkara menarik. Sekarang saya memakai komputer riba ke-8 milik sendiri, kamera digital pun yang ke-8. Tapi kamera dah ada 11 sebenarnya, cuma selepas rosak yang ke-11 awal tahun ini saya dapati kamera ke-8 masih boleh digunakan lalu memakainya kembali hingga kini. Lihat Kamera-kamera digital yang pernah dimiliki. Satu lagi perkara menarik adalah seperti komputer ke-8, kamera ke-8 itu juga berjenama Sony. Entah ada apa-apa makna ke? Walaupun apa semoga ia membawa kebaikan buat saya. Rujuk kembali artikel Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik".




Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik"

Salam awal pagi Rabu 25 Ramadhan. Ada sesuatu telah berlaku petang semalam menyebabkan saya merasakan ceritanya harus direkodkan di blogspot ini. Tetapi harus dipersembahkan sesuatu yang telah lebih awal berlaku kerana ada kena mengena...



Petang Sabtu 23 April 2022. Saya isteri dan anak bongsu kami Johan meninggalkan rumah lalu bergerak ke utara Kuala Lumpur.




Kami mahu ke Janda Baik. Entah kenapa nama pada pintu gerbang kelihatan seperti "Tanda Baik"...




Pergi ke Ma'ahad Annoer di mana anak kami yang lebih tua telah dimasukkan kurang 2 bulan lalu.




Oh. Cerita anak dimasukkan itu ada disebut secara sepintas lalu pada awal artikel Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah part II - Antara Lenggong dengan panggilan Laksamana Aceh yang ditulis 28 Februari. Artikel ditulis ketika sedang berada di pejabat ma'ahad atau pusat tahfiz tersebut bagi menghantar anak. Kali ini kami datang untuk mengikut satu majlis agama. Ia adalah kali pertama kami singgah selepas itu.




Majlis sebenarnya merupakan penutup bagi daurah selama 2 minggu bersama pengasas ma'ahad, agamawan terkenal Sheikh Nuruddin al-Banjari. Turut bersama adalah kerabat diraja Pahang, Tengku Amir. Majlis berlangsung baik sebelum turun hujan yang menjadi agak lebat. Namun kami terus bertahan buat suatu waktu.



Kelihatan pelangi timbul cantik sekitar jam 6.46 petang.




Selepas majlis bersurai baru berpeluang bertemu dengan Rasyid...








Kami mengikuti majlis sehingga lewat malam.




Ini pula pemandangan dari rumah kawan di Bukit Tinggi esoknya Ahad 24 April. Kami menginap di sana selepas mengikuti majlis di Janda Baik.



Di rumah itu saya telah menamatkan juz ke-25 Al-Quran bagi proses pengkhataman bulan Ramadhan. Awal pagi keesokannya iaitu pada jam 4.51 Isnin 25 April pula berjaya menamatkan pusingan kedua semakan dan penulisan bagi tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam. Sekitar seminggu sebelum itu saya telah menamatkan pusingan pertama penulisan tesis. Sebetulnya ia lama terlajak masa. Sepatutnya tesis sudah siap selewatnya penghujung tahun 2020. 

Tetapi berlaku banyak perkara yang menganggu konsentrasi termasuk PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat wabak Covid-19 lalu penulisan asyik tersekat-sekat. Nak masuk pertengahan Mac sebulan setengah lalu baru mendapat kelancaran sehingga dapat menyiapkan dua setengah bab dalam tempoh sebulan, Sedangkan dua setengah bab lagi (tesis saya ada lima bab) sebelum itu mengambil masa hampir dua tahun untuk siap.



Pagi itu kami ke Tanda Baik er... Janda Baik lagi. 



Kali ini baru mengambil Rasyid untuk bercuti panjang. Ia adalah kali pertama beliau dibawa keluar selepas masuk tahfiz lalu kami mengambil jalan lama untuk kembali ke Lembah Klang.



Sebelum sampai ke Kuala Lumpur bawa anak-anak mandi sungai. Sambil itu diteruskan lagi pembacaan Al-Quran sehingga melepasi juz ke-26.



Hampir ke bandar raya terlihat kedai dobi lalu kami mengambil peluang untuk membasuh baju kotor Rasyid yang dibawa berlonggok balik dari asrama. Selepas membaca lagi beberapa muka surat Al-Quran dimulakan pula pusingan ketiga penulisan dan semakan tesis.





Selepas itu singgah untuk menjamakkan solat Zohor dan Asar juga beriktikaf di Masjid Sungai Chinchin.






Ziarah makam pengasas masjid dan kampung iaitu Sheikh Muhammad Nur. Sambung lagi beberapa muka surat Al-Quran.




Petang hampir waktu Asar berjumpa dua orang lagi anak iaitu yang sudah besar di Aeon Maluri kemudian berjalan-jalan di taman berdekatan.




Sebelum Maghrib kami berenam pergi ke Sunway Velocity untuk berbuka puasa.



Selepas solat Maghrib berjalan-jalan melihat suasana malam dari KLCC membawa ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Kemudian melepak pula di Dataran Merdeka sambil makan sushi. Saya pula dapat meneruskan bacaan Al-Quran sehingga masuk separuh Juz 28 juga menyambung lagi pusingan ketiga penulisan dan semakan tesis. Sekarang biar diterangkan kenapa artikel ini diberi tajuk 'Mengharapkan sinar muncul kembali dengan "Tanda Baik"'. Jawaban mudah adalah kerana dua minggu kebelakangan saya berada dalam keadaan sangat hampa dan hampir hilang semangat disebabkan beberapa hal tertentu. Rujuk artikel Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan

Namun dalam keadaan begitu digagahkan diri juga untuk meneruskan penulisan tesis sehingga dapatlah disiapkan, lalu perkemaskan lagi tulisan sambil membuat semakan dan menambah apa yang patut. Nasib baik Allah SWT membantu dalam hal ini. Walaupun tubuh badan dan kepala agak penat, pemikiran boleh dikatakan sangat lancar. 

"Tanda Baik" pula merujuk pada bagaimana perkataan "Janda Baik" pada pintu gerbang kelihatan seperti itu. Lihat balik pada salah satu gambar awal tadi. Sekarang perlu disiapkan pusingan ketiga tesis baru sesuai untuk dihantar untuk semakan seterusnya oleh penyelia tesis. Tapi berlaku pula satu dugaan yang mencabar petang tadi. Itu yang akan diceritakan kemudian seperti disebut pada awal artikel ini. 


Khamis, April 14, 2022

Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan

Salam malam Jumaat 13 Ramadan 1443 Hijriah. Sebagai melengkapkan gerak cerita perjalanan yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan kebelakangan iaitu dari 25 Mac hingga 9 April biar dipersembahkan artikel kompilasi ini. Ia menggabungkan cerita-cerita daripada tiga perjalanan yang berlaku sekitar hujung-hujung minggu berkenaan. Walaupun ada jarak hampir seminggu antara perjalanan ke perjalanan ia sebenarnya saling berkait bagi menentukan keadaan.


Perjalanan terawal antara tiga berlaku atas asbab mahu menghadiri satu mesyuarat mengenai penggunaan emas dalam ekonomi Islam di Cyberjaya Jumaat malam Sabtu 25 Mac diikuti mesyuarat sebuah NGO di Eco Majestic pada pagi Sabtu 26 Mac 2022. Lalu masuklah saya dan keluarga ke Negeri Sembilan petang Sabtu dengan tujuan untuk melengkapkan lawatan ke beberapa tempat yang tidak sempat disinggahi ketika kembali dari Muar dan Melaka 6 Mac. Rujuk Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022.  Cuma ada satu sahaja tempat tidak sempat disinggahi kerana harus menghantar orang kembali ke Eco Majestic lewat petang Ahad 27 Mac lalu  bergerak kembali ke rumah. Selepas itu cadangnya tidak mahu berjalan jauh buat suatu masa apa lagi bulan Ramadhan akan menjelang pada 3 April.

Namun tiba-tiba mendapat panggilan harus menghadiri dua mesyuarat melibatkan keluarga sebelah bapa iaitu daripada nasab Laksamana Raja Mahkota, di Teluk Intan pada pagi dan petang Jumaat 1 April. Lalu bergegaslah saya seorang diri petang Khamis 31 Mac sebelum kembali ke rumah petang Sabtu 2 April. Petang Jumaat selepas itu iaitu pada 8 April saya dan keluarga bergerak untuk menginap di Kajang sebelum ke Eco Majestic pagi Sabtu 9 April bagi mesyuarat susulan NGO berkenaan. Diambillah peluang untuk ke Negeri Sembilan lagi bagi menyelesaikan apa yang tertunggak daripada perjalanan terdahulu. Sayangnya petang itu berlaku sesuatu yang membuka mata tentang keadaan. Itu yang membawa pada tajuk "Antara 'keemasan', 'keperakan' dan kehampaan".

Perjalanan  pertama 25-27 Mac memakan jarak keseluruhan 450 km. Perjalanan kedua 31 Mac-2 April memakan jarak 337 km. Perjalanan ketiga 8-9 April memakan jarak 250 km. Ini membawa pada jumlah 1,037 km. Bermacam-macam perasaan dilalui bermula dengan harapan tinggi dalam memperjuangkan kedaulatan Melayu dan Islam namun merasa dikhianati apabila mendapat tahu disisihkan daripada gelaran Toh Muda Laksamana tetapi masih lagi bersemangat. Namun akhirnya timbul rasa hampa amat sangat kerana melihat sikap orang sedangkan saya dan isteri jujur dalam perjuangan.









9. Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Menyahut dahulu panggilan 'keLinggian'

10. Masjid (Mosque of) Ranjau Hantu

11. Muar river around the mosque of Ranjau Hantu 

12. Tanah perkuburan Islam (Muslim cemetery of) Kampung Parit Mainau 

13. Makam lama di (Old tomb at) Kampung Parit Mainau

14. Muar river dam in Kuala Pilah

15. Taking a dip down the Muar river dam

16. Rumah tradisional (Traditional house of) Tukang Kahar

17. Lawatan baru ke istana Seri Menanti (New visit to Seri Menanti palace)

18. A stretch of road dubbed as the New Zealand of Malaysia

19. Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Kampung Mendum

20. Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf

21. Exploring the ways to Gunung Besout

22. Late afternoon at a jetty in Batak Rabit

23. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Gunung Besout dan Teluk Intan

24. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati

25. Early morning views from a jetty a Batak Rabit

26. Exploring the grounds that used to have the big house of Batak Rabit

27. To the small waterfall of Gunung Besout

28. The vantage viewing point at Gunung Besout

29. The bridge near Kuala Slim 

30. The bridge at Seri Keladang

31. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Best Out dengan pelita tembaga warisan

32. Persinggahan baru ke Masjid Ulu Beranang (New visit to the mosque of Ulu Beranang)

33. A resort of sorts with two Boeing 727s in Broga

34. Melengkapkan perjalanan di Negeri Sembilan - Tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi

 

Ahad, April 10, 2022

Melengkapkan perjalanan di Negeri Sembilan - Tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi

Salam lewat hari Ahad malam Isnin 9 Ramadhan 1437 Hijriah. Adapun semalam saya dan keluarga telah membuat satu perjalanan yang boleh dikira melengkapkan apa yang patut dibuat di Negeri Sembilan iaitu menyelesaikan apa yang belum selesai dalam perjalanan-perjalanan terdahulu bagi tempoh sebulan dua kebelakangan begitu. Asalnya ia mahu diberikan tajuk "Melengkapkan perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan'. Ini sebagai kesinambungan bagi artikel Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf yang dipersembahkan pada 30 Mac iaitu 11 hari lalu. Namun berlaku sesuatu yang menyebabkan timbul rasa sangat hampa dengan kecewa disebabkan perangai manusia sehingga kini. Ini yang membuat cerita ini diberikan tajuk kecil "Tiada lagi yang 'keemasan' mahupun 'keperakan'". Apakah yang telah berlaku? Begini ceritanya...



Petang Jumaat 8 April 2022 kami bergerak ke kawasan perhentian bas Kajang kerana hendak mengambil hotel di sana. Ini kerana mahu menghadiri satu mesyuarat NGO di Eco Majestic pagi Sabtu 9 April. Mesyuarat merupakan kesinambungan bagi mesyuarat berkenaan sebelumnya pada pagi Sabtu 26 Mac iaitu 2 minggu lalu. Lihat Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Menyahut dahulu panggilan 'keLinggian'.  Tetapi disebabkan rasa menyampah dan hampa sangat atas apa yang berlaku pada petang Sabtu baru ini biarlah cerita dimulakan dengan perjalanan selepas mesyuarat di mana kami masuk ke sempadan Negeri Sembilan pada jam 2.36 petang dari arah utara. 




Selepas mengambil Lebuh Raya LEKAS kami keluar di Mantin lalu mengambil jalan pendalaman ke Lenggeng. Ini kerana dalam perjalanan terdahulu seperti diceritakan dalam artikel Perjalanan 'keemasan' di Negeri Sembilan - Melengkapkan panggilan Ulu Muar dengan Az-Zukhruf kami setakat dapat sampai ke Lenggeng tetapi tidak sempat ke Broga.



Adapun perjalanan 2 minggu lalu itu sendiri merupakan kesinambungan daripada satu perjalanan sebelumnya iaitu pada 6 Mac atau 20 hari lebih awal. Lihat Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022 - Dari majlis di Melaka ke tempat-tempat bersejarah hingga ke Negeri Sembilan. Sepatutnya, menurut apa yang tercetus dalam hati,  perjalanan hampir sebulan lalu itu dilengkapkan dengan beberapa perkara termasuk persinggahan ke Lenggeng dan Broga sebagai penutupnya. Dua minggu lalu baru dapat dilakukan sejumlah perkara tersebut kecuali singgah ke Broga lalu masuk ke negeri Selangor dari arah sana.




Maka masuklah kami ke pekan Lenggeng, kali ini daripada arah selatan Mantin. Bukan seperti pada dua minggu lalu iaitu dari arah jalan baru Temiang-Pantai.




Dan jika dahulu kami harus memotong ke satu jalan selepas pekan Lenggeng untuk ke Eco Majestic sambil berkejar sebelum matahari terbenam kali ini dapat diteruskan laluan ke Broga...










Sampai ke pekan Ulu Beranang singgah di masjid lama kayu yang cantik tetapi nampaknya tidak lagi digunakan. Lihat artikel Persinggahan baru ke Masjid Ulu Beranang (New visit to the mosque of Ulu Beranang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Melihat pada kesan lumpur di lantai dan kotoran di dewan solat nampaknya ia pernah dinaiki banjir. Mungkin sekali dengan banjir besar yang melanda sebahagian negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Lihat artikel-artikel lama berikut :-







Ini pula pemandangan ke arah bukit Broga...




Bukit yang merupakan sebahagian daripada lereng sebuah gunung ini terkenal sebagai tempat disukai pendaki santai bagi mendapatkan pemandangan sekeliling yang cantik lalu saya, isteri, anak dan seorang anak (masih dalam perut ketika itu) pernah sampai tanpa dirancang. Lihat artikel lama Dari Central Market ke Bukit Broga.




Sebetulnya gambar-gambar tadi diambil dari luar sebuah pusat peranginan yang mengandungi dua buah kapal terbang besar. Hal ini sangat menarik namun menimbulkan tanda tanya bagaimana boleh berada di sebuah pekan kecil di pendalaman sebegitu. Lihat artikel A resort of sorts with two Boeing 727s in Broga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kali terakhir kami ada membuat perjalanan di sekitar ini pula adalah ketika mengambil jalan berkenaan dari arah Jelai iaitu berdekatan Gemas menghampiri sempadan negeri Johor. Ini berlaku setelah anak dalam perut itu sudah keluar lalu berumur 2 bulan. Lihat Qeqah Johan di Jelai dan jalan Negeri Sembilan hingga ke Broga.







Selepas itu fikirnya hendak membawa keluarga berjalan-jalan di sekitar air terjun Tekala sebelum melalui tepian tasik Empangan Semenyih kemudian memotong ke Ampang melalui jalan tinggi bukit sebelum kembali ke rumah. Tetapi disebabkan ada saudara mengundang datang berbuka puasa di rumahnya di Putrajaya kami pun ke sana. Sebenarnya tujuan utama kami datang adalah untuk memperkenalkan seorang yang kami anggap sebagai adik kepada saudara yang merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan. Kami mahu menolong melaksanakan apa yang difikirkannya sebagai perlu bagi perjuangan Melayu dan Islam. 

Sebaliknya yang keluar daripada mulut 'adik' adalah kata-kata yang amat mengguris hati. Entah daripada mana didengarnya, dituduhnya moyang kami seorang Laksamana Kedah sebagai pengkhianat, moyang yang dikenali sebagai pengasas satu perguruan persilatan yang mempunyai puluhan ribu jika tidak ratusan ribu pengikut seluruh tanah air. Sanggup dikeluarkan kata-kata ini semata-mata untuk membela sikap seorang pengkaji sejarah lebih muda yang memperkecilkan peranan Laksamana. Walhal orang tersebut banyak mengkomersialkan kajiannya sehingga satu lambang perjuangan bendera orang Melayu lama pun mahu dijadikan trademark, bagi perniagaan berupa merchandise milik pihaknya. Apabila ditegur disangkakan pula saya iri hati dengan 'pencapaian' orang tersebut. Hek eleh... 

Macam ni le.  Pukimak sial le kepada sesiapa yang meletakkan saya sama taraf dengan budak-budak mentah yang baru sibuk hendak mencipta nama dalam penggalian sejarah sekitar tahun 2012. Pada tahun tersebut saya telah menggerakkan pelbagai majlis perkongsian ilmu secara percuma. Saya berusaha memberikan makanan malah tempat menginap secara percuma kepada semua orang tanpa pembiayaan daripada kerajaan. 

Saya bawa peserta turun padang ke tempat-tempat bersejarah termasuk satu yang amat terkenal di Kedah dengan seorang profesor yang menemukan tempat tersebut memberikan penerangan selain petunjuk arah. Bukan seperti pihak-pihak berkenaan yang membuat tour berbayar ke tempat-tempat sebegitu. Sejarah bukan perniagaan bagi saya dan isteri. Ia adalah alat dakwah bagi membangkitkan jati diri Melayu Islam demi menghadapi cabaran akhir zaman, bukan cabaran ekonomi diri sendiri.  Lihat pautan-pautan berikut dalam artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) : -



















Sejak tahun 2012 itu juga saya sibuk berusaha untuk menormalisasikan pemakaian busana tradisional Melayu, bertanjak berkeris bagai. Saya bukan pelopor kerana sedar dan tahu ada yang lebih awal memulakannya. Tapi saya berani menyatakan diri sebagai pelopor dalam menormalisasikannya bagi golongan atasan dan cerdik pandai, dalam majlis-majlis akademik dan bertaraf sebegitu... bagi menunjukkan pemakai busana tradisional  Melayu bukan sekadar orang kampung yang tahu bersilat sahaja tetapi termasuk juga golongan intelektual daripada latar belakang orang yang berada, boleh berbahasa Inggeris membincangkan perkara-perkara tinggi bersama para profesor. 

Sebelum itu iaitu dengan terbitnya buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh" Jun 2006 saya telah memperjuangkan isu-isu kedaulatan Melayu dan Islam melalui penghayatan sejarah juga jati diri. Sebetulnya sejak tahun 2001 lagi saya sudah memperjuangkannya tetapi ketika itu lebih pada perbualan dengan kawan-kawan dan kenalan. Apabila buku keluar 5 tahun kemudian baru secara umum melalui penulisan. Sebelum itu lagi iaitu sejak menjadi wartawan di akhbar The New Straits Times tahun 1996 saya telah memperjuangkan isu-isu ketamaduan tinggi di Malaysia, cuma bukan atas nama Melayu dan Islam kerana belum mengenali daripada sudut itu. Yang tahu kita perlu menggapai ketamadunan keilmuan yang tinggi dengan kepimpinan yang jujur menangani maslahat umum. 

Hal inilah yang membuat saya akhirnya dipecat 24 jam malah dilarang untuk masuk ke kawasan pejabat selagi ada orang tertentu menjadi bos besar. Lihat artikl Hari-hari terakhir sebagai wartawan - Cabaran seorang idealis mahu mengangkat ketamadunan tinggi di Malaysia yang dipersembahkan tahun lalu. Dan sebenarnya saya sudah memikirkan isu-isu ketamadunan tinggi untuk Malaysia sejak berumur 18 tahun lagi iaitu pada tahun 1988. Lapan tahun kemudian iaitu selepas menjadi wartawan baru mula menzahirkan melalui penulisan dan inilah yang sebenarnya dilakukan sehingga sekarang...

Tapi apa hendak dikata? Kebanyakan orang sebenarnya lebih mementingkan nama dan periuk nasi sendiri, perjuangan cuma kata-kata muluk untuk menarik perhatian dan sokongan umum. Namun kami suami isteri tetap ideal dengan perjuangan. Berapa ramai orang telah kami hubungkan, berapa banyak persatuan tercipta selepas terlibat dengan usaha-usaha kami, berapa banyak jalan telah kami bukakan termasuk pengenalan nasab keturunan juga pembukaan kebatinan di makam-makam lama? Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Kebanyakan yang mendapat untung mengaku naik dengan usaha, kekuatan dan karisma diri sendiri. Sampai satu kumpulan Maulud yang dibantu berkembang dengan jaringan kami termasuk memperkenalkan orang bertaraf jutawan yang sebelum itu di luar capaian sosial mereka pun boleh jadi besar kepala apabila majlis-majlisnya mula mendapat sambutan ramai

Kecuali untuk buku-buku tulisan saya kami tidak pernah berjual-beli apa-apa pun yang melibatkan perjuangan. Kami tidak meletakkan harga untuk membawa orang tour ke tempat sejarah itu ini malah tidak pernah ambil walau sesen pun. Kami gembira dapat membawa orang mengenali sejarah. Itulah 'kepentingan' tersendiri kami. 

Kami tidak membawa buku-buku mahal yang kelihatan seperti diberikan percuma kepada sekolah-sekolah pondok dengan ceramahnya tanpa bayaran sekali. Tetapi sebenarnya buku-buku itu telah dibayar dengan harga lebih mahal melalui kutipan lot yang dilakukan oleh jurujual dan sebagainya. Kami tidak mengubah nama yang sebelum itu kedengaran totok menjadi sedap lebih glamour supaya dapat naik di peringkat nasional. Kami bukan jenis buat resume hendak letak segala nama guru, kursus yang pernah dihadiri dan sebagainya supaya dilihat sangat berlayakan dan sebagainya. 

Kami juga tidak pernah berniat untuk menerbitkan apa-apa akademi dan sebagainya lalu boleh mendapatkan peruntukan juga membuat kursus-kursus berbayar. Tidak, tidak dan 1000 kali tidak. Kami buat segalanya dengan duit poket sendiri kerana betul-betul sayangkan agama, bangsa dan tanah air. Jadi kenapa boleh samakan kami dengan mereka-mereka yang membuat duit juga mencipta nama dengan jentera tersusun sebegitu? Kami tidak pernah mengumpul pengikut walaupun sejak buku pertama saya keluar lebih 15 tahun lalu sudah ramai menyatakan hendak menjadi pengikut juga anak murid saya. 

Ya. Kami terasa seperti dikelilingi ramai orang khianat yang mementingkan diri sendiri. Mereka bukan jujur mahu bersama tetapi nampaknya cuma mahu mengambil kesempatan atas apa yang kami ada. Saya sudah memberitahu isteri jangan lagi bersusah payah untuk memperkenalkan orang itu dengan orang ini. Tak perlu lagi menjadi jambatan supaya orang lain boleh bergerak ke hadapan kemudian mereka mendakwa dapat bergerak semata-mata atas usaha dan karisma diri sendiri semata. 

Hal ini adalah termasuk bagi sial pukimak orang yang tidak tahu susah payah kami suami isteri datang ke mesyuarat-mesyuarat NGO yang mana kami sebenarnya tak perlu pun pergi, cuma atas dasar rasa perjuangan dan tanggungjawab sahaja kami datang dengan duit belanja sendiri. Kami penat-penat bergerak dari jauh dengan membawa anak yang tidak boleh ditinggalkan bersendirian di rumah, tak suruh pun tunggu kami sampai baru hendak bermesyuarat, saya tinggalkan dahulu penulisan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang sedang berjalan lancar lalu terganggu rentak agar dapat memberikan sokongan selain menyumbang buah pemikiran, boleh disindirnya pula kami sebab sampai lambat.

Sesungguhnya perjalanan di Negeri Sembilan ini memang melengkapkan segala hal yang berlaku dalam sebulan dua ini. Ini termasuk tentang gelaran Laksamana dan Toh Muda Laksamana di Perak yang mana kami suami isteri termasuk sejumlah saudara mara merasa sangat dikhianati. Penutup perjalanan ini menyaksikan sifat sebenar manusia yang sebelum ini kami ketepikan kerana masih bersangka baik lagi terbuka. Sebelum itu  kami diberitahu, bahkan ada saudara mara sebenarnya sibuk mengumpul maklumat sulit keluarga bagi memenangkan pihak terdekatnya sahaja. Tetapi saya masih angguk-angguk senyum sahaja lagi. Rujuk artikel-artikel berikut :-


1. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - 1 April 2022. Jumaat yang sejahtera walau rasa dikhianati

2. Dari 'keemasan' ke 'keperakan' - Antara Best Out dengan pelita tembaga warisan


Cukuplah. Kami suami isteri tidak mahu melayan lagi muka-muka pukimak yang tak tahu diuntung dan tak sedar diri. Pergilah  jalan sendiri kalau pun tak mampus mereput dalam ego-ego kamu. Kamu semua hebat boleh buat begitu begini usaha dapatkan peruntukan itu ini. 

Kami tetap di takuk lama tanpa organisasi-organisasi membesar seperti yang kamu-kamu ada. Kerana memang pun kami tidak mahu membina organisasi kerana percaya pada pertolongan Allah SWT jua dalam melaksanakan suatu gerak kerja. Sekurang-kurangnya kami jujur, bukan menunggang orang lain juga menunggang isu termasuk atas nama Melayu dan Islam bagi kepentingan diri. Sesungguhnya tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi. Biarlah hendak runtuh sekalipun dengan kebobrokan rasuah dan pemimpin-pemimpin tidak amanah kamu. Kami tiada sebab untuk ambil peduli lagi.