Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 06, 2025

Tanggapan orang Kemboja terhadap orang Indonesia - Pemerhatian seorang guru muda warga Indonesia di pendalaman Kemboja

Adapun selepas mempersembahkan artikel Perjalanan selatan penghujung 2024 - Merentas pendalaman Negeri Sembilan ke Hulu Langat tinggal satu sahaja lagi hari perjalanan untuk dikongsikan cerita. Sudah disediakan pun gambar-gambar, cuma menunggu masa untuk diolah cerita. Tetapi biar dikongsikan satu cerita majlis ilmu terlebih dahulu.



Malam semalam, kenalan saya Dr Zain Musa yang merupakan seorang Melayu Champa dari Kemboja yang sudah menjadi rakyat Malaysia menghantar poster ini. Beliau yang pernah menjadi pensyarah sejarah di UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Felo di ISTAC, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam sudah beberapa kali menghantar poster mengajak menyertai wacana atas talian anjuran beliau. Namun setakat ini saya cuma ada kelapangan untuk mengikuti 2 sahaja lalu menulis tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-





Untuk majlis terbaru saya telah memberikan komitmen akan mengikuti. Sampai masanya jam 9 tadi saya pun masuk melalui Zoom.




Kelihatan Zain memberikan pengenalan tentang acara. Beliau aktif berkongsi tentang masyarakat Melayu Champa di Kemboja. Masyarakat ini sebenarnya berasal daripada kerajaan lama Melayu Champa. Tetapi kerajaan tidak lagi wujud kerana telah 'ditelan' menjadi negara Vietnam moden.




Sedikit biodata tentang pembentang, saudara Jajang Nurzaman. Baru tamat sarjana muda tahun 2022 rupanya. Kemudian dihantar menjadi guru selama setahun di Kemboja.




Memang kelihatan begitu muda pembentang itu. Berdasarkan pengalaman tersebutlah beliau melihat tanggapan orang Kemboja terhadap orang Indonesia...







Aturan pembentangan beliau.





Jajang menjadi guru di wilayah Svay Khleang. Semakan melalui Google Map menunjukkan ia terletak sekitar 50 km ke timur laut bandar Kampong Cham. Saya sebut ini kerana pernah sampai ke Kampong Cham lalu dapat pergi ke beberapa penempatan orang Melayu Cham. Cuma taklah sampai ke Svay Khleang. Lihat artikel-artikel lama berikut :-









Persinggahan dibuat tahun 2018 dalam pengembaraan atas darat 12 hari 11 malam yang meliputi banyak tempat di Kemboja dan Thailand. Lihat Jejak empayar Funan dan kerajaan-kerajaan berkaitan - The compilation. Sekarang tak perlulah diulas sangat apa yang dikongsikan. Boleh dibaca sendiri melalui slaid dalam bahasa Indonesia.




Cuma nampaknya terlepas slaid perkara 3 iaitu tentang akhlak dan kecerdasan murid di tempat beliau mengajar iaitu sekolah kelolaan badan NGO bernama SEPAMA yang diasaskan oleh Zain. Sebetulnya, sambil mengikuti pembentangan saya juga sedang menghabiskan bacaan satu buku kecil yang diminta mengulas panjang lebar untuk dijadikan artikel jurnal akademik.




Paling menarik adalah persepsi orang Kemboja seperti dinyatakan dalam slaid. Diberitahu, persepsi  terbentuk melalui apa yang dapat dilihat dalam Youtube dan Facebook. Entah kenapa banyak keluar cerita-cerita hantu lama seperti Sundel Bolong dan Penangkal Ilmu Teluh. Kedua, cerita pengalaman orang Kemboja yang bekerja di Malaysia bertemu orang Indonesia yang sama mencari rezeki di rantau. 

Telah berlaku satu kes tertentu yang mana orang Indonesia itu mempamerkan ilmu yang nampaknya adalah sihir, atau kelihatan seperti sihir. Kata Jajang, mungkin berasal dari desa lalu ada membawa 'bekal'. Pada faham saya kalau dibawa perantau biasanya bukanlah ilmu sihir tetapi ilmu kebatinan seperti pukulan jarak jauh, Nasrul Haq, Budi Suci dan sebagainya. Pun begitu ada juga yang membawa ilmu perdukunan malah sihir tapi jarang. Kita orang Malaysia pun ada terutama yang biasa merantau berseorang di jalanan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,606 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: