Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Oktober 01, 2024

Dari Champa ke Batawi : Tanah dan air berpisah tiada

Lagi majlis ilmu secara atas talian.



Isnin malam Selasa satu badan NGO bernama YASMA-SEPAMA-ASMAK juga dikenali sebagai YASMAK telah mengadakan wacana secara atas talian dengan nama di atas. Sebelum ini saya pernah sekali sahaja mengikuti wacana anjuran pihak berkenaan. Lihat artikel  Kesan peninggalan arkeologi masyarakat Melayu Champa abad ke 7-14 Masihi yang dipersembahkan 8 bulan lalu.




Memperkenalkan majlis dan pembentang adalah pengasas YASMAK merangkap penganjur majlis, Dr Zain Musa. Beliau adalah seorang Melayu Champa dari Cambodia (Kemboja) yang telah berpuluh tahun bermastautin di Malaysia. Untuk makluman beliau asalnya seorang graduan Matematik daripada Sorbonne University di Paris, Perancis tetapi beralih ke bidang sejarah. Saya sudah lama mengenali beliau kerana selalu terjumpa di majlis-majlis wacana sejarah. Dan ada beberapa majlis yang beliau menjadi pembentang termasuk di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di mana saya secara rasminya akan memulakan pengajian peringkat PhD seminggu lagi. Lihat artikel-artikel lama berikut :









Pembentang iaitu Profesor Datuk Dr Murad Merican pula adalah ketua unit Tamadun Melayu di ISTAC sejak beberapa tahun lalu. Beliau yang latar belakang utamanya adalah dalam bidang sejarah intelektual, kajian media dan kewartawanan memulakan dengan menceritakan bagaimana mula terlibat memperjuangkan isu-isu sejarah dan ketamadunan Melayu secara akademik bermula di UiTM (Universiti Teknologi MARA) membawa ke USM (Universiti Sains Malaysia). Di situ beliau mencipta nama sebagai cendekiawan yang memperjuangkan naratif Melayu tempatan Pulau Pinang melawan naratif ciptaan Barat yang membawa kepada masyarakat asal Melayu disudutkan oleh kuasa-kuasa politik tertentu. Beliau masuk ke ISTAC membawa reputasi itu. 

Usaha serupa melawan naratif Barat kemudian dilebarkan untuk meliputi seluruh Kepulauan Melayu . Ini membawa kepada konsep "tanah dan air" yang bahkan dijadikan satu siri wacana di ISTAC. Banyak sebenarnya artikel di CATATAN SI MERAH SILU melibatkan pembentangan-pembentangan beliau termasuk dalam bidang kewartawanan dan persuratan Melayu. Biar diletakkan sedikit pautan seperti berikut :-









Liputan Alam Melayu yang diceritakan berdasarkan lapisan-lapisan lingkungan dan takrifan oleh tokoh akademik, almarhum Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein. Namun Murad  mengaku kurang tahu tentang sejarah Champa tetapi membawa tajuk berkenaan atas pemintaan penganjur. Lalu konsep Alam Melayu terutama entiti geografi yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu  (beliau tidak suka terma moden Asia Tenggara ciptaan Barat juga terma tempatan Nusantara yang sebenarnya bersifat Jawa-sentrik) dikaitkan dengan Champa yang termasuk dalam lingkungan geografi. Dengan itu dinyatakan orang Melayu Champa sebagai sebahagian daripada kelompok besar bangsa Melayu yang bergerak dalam lingkungan "tanah dan air" Kepulauan Melayu. 




Disebut sedikit tentang hal perairan berkenaan iaitu ke barat dan selatan negara Vietnam pernah dikenali sebagai Laut Champa sebelum dimasukkan ke dalam takrif moden Laut China Selatan. Untuk pengetahuan Champa adalah sebuah negara dan kesultananan Melayu lama yang hilang 'ditelan' oleh orang Vietnam yang sebenarnya berasal dari selatan China.  Takrif moden ini ada implikasi politik yang tidak menyenangkan. Ini terbukti apabila negara China cuba menuntut hak terhadap hampir seluruh laut. Sejak beberapa bulan kebelakangan selalu menghantar kapal peronda masuk hingga hampir ke persisiran Sarawak atas alasan mahu menjaga 'kedaulatan' negara mereka. 

Menariknya hal  ini akan dibincangkan dalam wacana seterusnya anjuran YASMAK. Sebetulnya banyak lagi perkara dibincangkan tentang tamadun Melayu. Apabila masuk sesi soal jawab keluar beberapa hal tentang Champa lalu menjadi rancak membawa kepada perbincangan tidak rasmi yang berpanjangan sehingga selepas jam 11 malam. Sedangkan majlis sepatutnya tamat selewatnya jam 10.30. 

Apapun biar dilepaskan cerita ini sekarang walaupun sudah melepasi jam 1 malam. Saya mahu kepala clear kerana banyak perkara mahu dilakukan siang hari. Sesungguhnya selain komitmen keluarga saya sudah mula disibukkan dengan kajian dan penulisan tesis PhD. Nanti apabila penganjur telah memuatnaik video akan dikongsikan.



Nota tambahan (dibuat jam 9.24 pagi Selasa 1 Oktober 2024) : Baru dapat tahu pihak penganjur belum pernah memuatnaik rakaman video acara-acaranya ke Youtube atau mana-mana platform. Namun ada rakaman untuk setiap acara yang pernah diadakan. Saya memberitahu itulah cara agar acara-acara yang diadakan sentiasa 'hidup' dan boleh ditonton pada bila-bila masa oleh sesiapa. Lihat misalnya ISTAC TV. Beliau pun menjawab akan membuka akaun dan memuatnaik rakaman.


Tiada ulasan: