Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Januari 10, 2025

Kenapa webinar "Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun : Satu Penilaian Semula" mahu diadakan 20 Januari 2025

Salam petang Jumaat ke-2 bulan Rejab. Merujuk pada perjalanan selatan yang berlangsung 22 hingga 29 Disember lalu cerita-ceritanya telah dikumpulkan dalam artikel Kompilasi perjalanan selatan penghujung 2024 pada 2 hari lalu. Di celah cerita-cerita yang dipersembahkan antara 30 Disember hinggalah seminggu selepas masuk tahun baru 2025 itu ada diselitkan perkongsian daripada majlis atau peristiwa yang berlaku tahun baru seperti berikut :-


1. Sumber-sumber ilmu pengetahuan - Falsafah dan Islam

2. Tentang mesyuarat keluarga Laksamana di Bangi, usaha untuk mengubah sejarah, dan pengkebumian sepupu di Raub

3. Tanggapan orang Kemboja terhadap orang Indonesia - Pemerhatian seorang guru muda warga Indonesia di pendalaman Kemboja


Namun, selagi perkongsian cerita perjalanan belum selesai selagi itu kepala saya sebenarnya masih dalam tahun 2024. Selain itu masih ada yang perlu dilepaskan daripada tahun tersebut. Itu yang dikeluarkankan artikel 'Quality time' bersama anak semalam, tentang apa yang berlaku 30 Disember hingga 31 Disember, malam sebelum masuk tahun baru. Dengan itu baru betul-betul selesai hal daripada tahun lalu. Barulah boleh masuk pada penceritaan yang pada saya baru betul-betul hendak membawa semangat dan harapan bagi tahun 2025.



Jumaat malam Sabtu 3 Januari 2025. Tiba-tiba seorang kawan menghantar gambar menunjukkan sedang mengadakan pertemuan dengan 'cucu' Laksamana Muhammad Amin. Walaupun rekod rasmi mengiktiraf beliau sebagai cucu saya telah menemui dokumen-dokumen sahih menunjukkan ia tidak benar. Status bapanya sebagai anak Muhammad Amin sangat boleh dipersoalkan. 

Hal ini sudah lebih setahun dikongsikan kepada saudara mara terdekat. Cuma nak dedahkan kepada umum atau tidak sahaja. Dan lagi saya juga dapat membaca kenapa kawan bertemu orang itu. Lalu saya jawab lebih kurang begini : "Jalan sahajalah. Kami tahu siapa sebenarnya orang itu".

Tidak lama kemudian kawan menjawab dengan menyatakan orang tersebut membawa amanat sebagai 'cucu' untuk menyatukan semua saudara mara. Saya yang tahu cerita sebenar sejak awal terus terasa marah, bukan kepada kawan tetapi kepada 'cucu' yang mendakwa mahu menyatukan lalu membuat hantaran berikut di Facebook :-




'WARIS' DARIPADA ANAK YANG LAHIR 3 TAHUN SELEPAS 'BAPA' MENINGGAL DUNIA
Tukar topik. Ada satu hamba Allah ini. Dalam salasilah besar keluarga yang diterima istana diletakkan sebagai anak lelaki bongsu, melalui isteri bongsu kepada seorang tokoh pejuang Melayu semasa zaman awal kemasukan British dahulu. Disebabkan diletakkan sebagai anaklah maka dia dapat memegang jawatan pembesar istana turun temurun yang pernah dipegang tokoh tersebut. Kemudian anak kepada orang tersebut pula dapat memegang jawatan itu.
Namun kajian terperinci saya menunjukkan orang tersebut sebenarnya lahir 3 tahun selepas 'bapanya' meninggal dunia. Saya ada salinan dokumen dari Arkib Negara menunjukkan beliau sendiri pernah membuat surat sumpah lahir pada tahun sekian2 yang memang adalah 3 tahun selepas tokoh meninggal dunia. Malah bukti tambahan boleh ditemui melalui dokumen belanjawan British juga satu surat petisyen yang pernah dikeluarkan atas nama orang tersebut. Maka itu beliau sebenarnya tidak layak memang jawatan keturunan, begitu juga anak cucunya.
Beliau dan keturunan juga sebenarnya tidak layak menerima bahagian faraid harta daripada tokoh tersebut. Yang layak adalah mendapat bahagian daripada ibu yang memang isteri bongsu. Tapi tu le. Tidak ramai tahu hakikat sebenar, kalau tahu pun hendak disembunyikan.
Kalau hal sebegini jadi pada keluarga anda patutkah didedahkan dokumen2 berkenaan yang jelas menunjukkan orang itu lahir 3 tahun selepas 'bapa' meninggal dunia. Ke nanti tak pasal2 dokumen asal di Arkib 'dihilangkan' begitu juga lain2? Kita pula dituduh membuat fitnah lalu cuba dihancurkan?




Sekitar 11 minit kemudian kawan menghantar gambar susulan. Ah. Masak. Saya tahu sekarang siapa lagi terlibat dalam pertemuan lalu dapat membaca hala tujuan. Namun tidak memberikan maklum balas. Malas nak layan sebenarnya. Dua minit kemudian kawan menghantar teks mengulangi 'amanat' bagi menyatukan keluarga. Saya masih tidak mahu membalas. 

Setengah jam kemudian kawan menelefon pula. Saya boleh agak apa yang mahu diperkatakan lalu tidak ingin terlibat. Namun disebabkan kawan saya pun menjawab. Setelah memberikan sedikit mukadimah beliau memberikan telefon kepada orang yang disebut terlibat. Dalam keadaan berat hati saya melayan hanya disebabkan kawan. Orang tersebut pernah ditemui di Ipoh bersama saudara mara kerana mendakwa boleh mengesan hartanah peninggalan Laksamana Muhammad Amin yang di Singapura lalu menawarkan diri sebagai ajen.

Saya sudah menyiasat sedikit latar belakang juga mengkaji betul-betul terma-terma tawaran lalu menasihatkan keluarga untuk tidak lagi berurusan dengan orang tersebut. Betul telahan saya. Beliau masih mahu kami menerimanya sebagai ajen, kali ini melalui 'cucu' berkenaan. Selepas melayan sedikit perbualan demi menjaga hati orang didapati beliau mahu membawa naratif yang pada saya jelas adalah usaha penipuan sejarah. Saya pun menamatkan dengan menyatakan tidak lagi berminat dengan perbualan.

Esoknya Sabtu 4 Januari saya disibukkan sehari suntuk sambil ada membuat perjalanan sejauh 350 km lalu tidak sempat menulis tentang perjalanan selatan sepertimana dilakukan setiap hari sejak 30 Disember. Pagi Ahad 5 Januari timbul rasa untuk membuat artikel bagi menerangkan kenapa tidak sempat menulis itu. Keluar secara spontan perkongsian melibatkan hal 'cucu' Laksamana dan orang yang terlibat dalam pertemuan. Jadilah artikel Tentang mesyuarat keluarga Laksamana di Bangi, usaha untuk mengubah sejarah, dan pengkebumian sepupu di Raub,

Artikel tersebut turut dikongsikan dalam grup Whatsapp satu persatuan sejarah peringkat negeri.  Hantaran di Facebook pada 3 Januari telah dikongsikan lebih awal lalu telah menimbulkan sedikit polemik.  Tidak lama kemudian pagi Ahad seorang kenalan yang aktif dengan persatuan menelefon menyatakan telah membaca semua yang dikongsikan. Beliau pun mengajak membentang dalam satu majlis yang katanya bertaraf antarabangsa pertengahan tahun nanti. Boleh juga menyumbang artikel bagi penerbitan berkenaan.

Antara isu yang dicadangkan mahu diangkat adalah Perjanjian Pangkor tahun 1874. Kebetulan saya ada mengumpul sejumlah bahan menarik awal tahun lalu. Kerana guru saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar perah meminta agar membentang di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) sebagai anak cucu Laksamana Muhammad Amin, seprang yang terlibat menandatangani perjanjian. Cadangan dibuat sempena genap 150 tahun peristiwa berlaku ketika itu. Lihat artikel Mengenang 150 tahun Perjanjian Pangkor - Tawaran istimewa buku Laksamana diikuti Pertama kali ke ISTAC tahun 2024 dan Perjanjian Pangkor. Semakan menunjukkan cadangan dibuat pada tarikh Islam 11 Rejab 1445 Hijriah. Beza sehari sahaja daripada tarikh hari ini 10 Rejab 1446.

Sayangnya pembentangan di ISTAC tidak jadi. Malah saya mendapat tahu ada majlis besar sempena 150 tahun perjanjian mahu diadakan di Pulau Pangkor melibatkan sejumlah sejarawan termasuk guru tidak rasmi saya dalam bidang, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali. Tetapi majlis ditunda kemudian ditunda lagi. Selepas beberapa lama langsung tak jadi...




Semalam petang Khamis 9 Januari tergerak untuk meneliti kembali bahan-bahan yang pernah dikumpulkan bagi pembentangan. Terus 'klik' dalam kepala lalu membuat hantaran WhatsApp kepada kenalan yang aktif dalam persatuan sejarah agar dapat membantu mengatur satu sesi. Sambil membuat hantaran demi hantaran baru tersedar lagi 11 hari sahaja akan sampai tarikh perjanjian iaitu 20 Januari. Elok sangat tu kalau dapat dibuat majlis pembentangan pada tarikh. Tepat 151 tahun. Dengan itu hantaran cadangan turut dipanjangkan ke grup persatuan sejarah.

Namun saya sedar, kalau mahupun mengadakan, adalah susah untuk mereka mengejar tarikh 20 Januari. Terlalu suntuk itu. Sedangkan kebiasaan dalam mana-mana persatuan, kena ada surat cadangannya, kena ada mesyuarat untuk memutuskan mahu buat ke tidak, kalau mahu pula bila. Siapakah terlibat, bagaimana bajetnya? Walaupun menerima sedikit maklum balas positif dalam grup tempoh 11 hari untuk menjayakan acara atas nama persatuan memang terlalu suntuk. Itu yang menyebabkan saya membuat hantaran di Facebook menggunakan gambar atas berserta teks berikut :-


WEBINAR " "PERJANJIAN PANGKOR SETELAH 151 TAHUN : SATU PENILAIAN SEMULA" PADA 20 JANUARI INI - MAHUKAH MENYERTAI?
Salam semua. Kalau dibuat webinar dengan tajuk atas ni berminat tak menyertai? Saya nak kupas kembali perjanjian berdasarkan fakta bahawa sebenarnya terdapat 2 versi. Satu adalah dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Satu adalah dalam bahasa Inggeris. Yang difahami, dipersetujui dan ditandatangani oleh para pembesar Melayu sebenarnya adalah yang dalam bahasa Melayu itu. Sedangkan yang disuakan kepada kita selama ini adalah versi bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sehingga timbul persoalan kenapa pembesar Melayu 'tidak bijak' sehingga sanggup menandatangani perjanjian yang begitu merugikan orang agama, bangsa dan tanah air. Kenapa menerima Sultan harus meminta nak memakai nasihat Residen kecuali dalam hal agama Islam dan adat Melayu?
Sebetulnya terdapat beberapa perbezaan yang nampak kecil pada perkataan2 dalam perjanjian antara 2 versi itu tetapi sangat berbeza makna. Dalam versi Melayu Sultan sebenarnya tidak wajib mengikut nasihat residen, cuma harus meminta pandangan sahaja. Dan ada lagi perbezaan makna lain dapat dikesan selain pemahaman orang Melayu bahawa Islam dan adat Melayu meliputi lebih banyak perkara jika tidak pun semua termasuk hak untuk mengutip cukai. Sebab itu sanggup menandatangani. Setelah beberapa lama baru sedar ditipu lalu cuba mengubah tetapi tidak berjaya.
Susulan daripada itu berlakulah pembunuhan J.W.W. Birch penghujung 1875 dan peristiwa2 berikutnya. Dalam surat menyurat dan dokumen Perak malah semua Negeri-negeri Melayu 'tidak pernah dijajah', cuma 'dilindungi' sahaja. Tetapi hakikat sebenar perbuatan dan perkara? Daripada situlah dan apa yang berlaku kemudiannya terbit Perlembagaan Negara Malaysia. Daripada situlah bangsa pendatang mula mendapat ruang melalui undang2 yang disokong British sehinggalah muncul keadaan seperti dilihat hari ini.
Berbalik pada Webinar. Saya cadangkan mahu buat Isnin 20 Januari kerana tepat 151 tahun selepas perjanjian berlaku. Saya ada mencadangkan kepada satu badan tertentu yang ada otoriti tetapi belum mendapat maklum balas. Kalau mereka tak dapat buat pada 20 Januari saya nak buat sendiri. Sila berikan maklum balas.




Kalau dibuat sendiri webinar tidak perlu terikat dengan formaliti perlu membuat kertas kerja, cadangan bagai, mesyuarat dan sebagainya juga urusan bajet. Itu boleh dibuat bagi sesi kemudian. Sekarang saya sangat mahu mengejar tarikh 20 Januari 2025 kerana tepat 151 tahun. Cantik nombor itu. Sebenarnya lebih cantik daripada sambutan 150 tahun kalau dibuat tahun lalu.

Cuma tu le. Perlu ada kemudahan atas talian seperti Zoom yang cantik. Seeloknya perkongsian melalui Zoom itu turut dapat dipancarkan ke secara langsung di Youtube melalui Youtube Live. Yang saya ada sekarang cuma Zoom percuma dengan had masa 40 minit. Tak tahu boleh atau tidak, bagaimana dapat disambung ke Youtube Live. Kalau buat Youtube Live secara luaran menggunakan telefon pintar sambil membentang dengan Zoom menggunakan komputer riba memang boleh. Tetapi susah hendak mendapat paparan serupa seperti dipancarkan melalui komputer. Saya mahu supaya pembentangan dapat direkodkan sebaiknya masuk ke Youtube. Supaya dapat diikuti pada bila-bila masa. Dan boleh menjadi contoh untuk cadangan pembentangan akan datang.

Sekarang biar dikongsikan beberapa gambar yang ada diletakkan dalam grup WhatsApp persatuan sambil menyambunng cerita...




Satu sumber utama bagi pembentangan. Saya letak ini dalam grup kerana selepas hantaran 3 Disember kelihatan ada seperti mempersoalkan kredibiliti saya. Seolah-olah selama ini saya cuma tahu menggali cerita-cerita sejarah menggunakan cerita lisan dan cakap-cakap orang semata-mata. Seolah-olah kajian-kajian saya tidak layak diberikan perhatian serius.




Saya pun menegaskan lebih kurang begini - "Mungkin tuan tidak tahu latar belakang saya memiliki sarjana muda dalam bidang matematik tulen daripada University College of London tahun 1995 kemudian menjadi wartawan akhbar berbahasa Inggeris The New Strais Times 1996-2001 sebelum menjadi penulis buku sepenuh masa. Mungkin tuan berpegang pada kaedah Rankean (merujuk pada pendekatan sejarawan Jerman, Leopold von Ranke yang hidup 1795 – 1886) lalu menolak cara pemikiran spekulatif seperti telahan bahawa Kesultanan Melaka semasa zaman Sultan Mansur Syah sudah memiliki hubungan dengan kerajaan Uthmaniyah di Asia Barat. Ini kerana pedagang daripada bumi belah sana sudah beribu tahun berulang alik ke Kepulauan Melayu. Maka itu apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluki kota Constantinople, pusat empayar Rom Timur, tentu mendapat berita lalu Sultan Mansur menghantar utusan tahniah. Bukankah penaklukan Constantinople oleh umat Islam ini telah dibayangkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri 1,400 tahun lalu. Dengan itu umat Islam seluruh dunia sudah lama menunggu ia berlaku."





Tetapi ada sejarawan yang terlalu tegas pada saya mencapai ke tahap jumud. Difahamkan, disebabkan memakai pendekatan Rankean mereka menolak telahan kerana tidak ada (belum menemui sebenarnya) dokumen sahih seperti catatan pedagang zaman itu menunjukkan terdapatnya perhubungan Uthmaniyah-Melaka. Tidak misalnya rekod dalam arkib istana Turki mahupun istana Melaka (kedua-dua istana pun sudah lama runtuh diganti pemerintahan bukan beraja). Katanya itulah pemikiran saintifik yang dianut mereka. 

Saya boleh faham keperluan untuk memastikan keaslian sumber. Tetapi pada saya harus diberi ruang untuk dicatatkan telahan, cuma tambahlah walaupun masuk akal belum lagi terbukti. Maklum balas saya dalam grup adalah lebih kurang begini. Saya tahu sains tinggi seperti fizik yang banyak menggunakan matematik pun menerima pemikiran spekulatif. Misalnya, Albert Einstein yang cukup terkenal dengan Special Theory of Relativity, juga General Theory of Relativy lalu pada awal abad ke-20 mengubah langsung  asas fizik berdasarkan dapatan Isaac Newton abad ke-17 pun pernah berangan apakah jadi kalau dapat 'menunggang' cahaya. Daripada angan-angan dapat ilham membawa kepada menerbitkan teori. 

Baru-baru ini saya ada bercakap dengan seorang kenalan sejarawan yang pernah belajar di Sorbonne, Perancis. Beliau yang berumur sekitar 70 tahun asalnya sarjana muda fizik. Ada mengambil setahun matematik. Selepas beberapa lama baru beralih ke bidang sejarah Saya beritahu bahawa kita yang belajar matematik ada asas pemikiran logik tinggi dan teratur yang tidak ada pada mereka yang berlatarbelakangkan sastera kemudian masuk bidang sejarah. Sebab itu boleh nampak apa yang mereka tak nampak.




Ini adalah salinan isi Perjanjian Pangkor yang diperolehi dari Arkib Negara tahun lalu. Lihat artikel Bermusafir mengikuti pelbagai majlis dan aktiviti selama 2 hari yang dipersembahkan 3 Mac 2024. Cuma dalam artikel saya menyebut "baru mendapat satu bahan yang dicari sejak lebih sebulan lalu". Sedangkan bahan yang dimaksudkan adalah salinan perjanjian seperti di atas ini.

Ternyata ia tidak lain, cuma terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada perjanjian versi Bahasa Inggeris. Isilahnya yang diwar-warkan sejak sekian lama dalam pensejarahan negara. Sedangkan yang difahami lalu diterima dan ditandatangani pembesar Melayu sebenarnya adalah perjanjian dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Berbalik pada perkongsian dalam grup persatuan sejarah. Saya menyatakan banyak mengembara dan turun ke lapangan berpenat lelah, kadangkala mengambil risiko boleh hilang nyawa, lalu menulis tentangnya.  Bukan sekadar membuat kajian kepustakaan lalu hanya menunggang penemuan orang lain.  Melalui pengalaman sebenar dapat mengenal apa yang boleh dipakai apa tidak. Bagi menyokong hal  diletakkanlah pautan berikut :-






Dinyatakan paling jauh pernah buat solo hitchhike keliling Eropah tahun 1995. Itu meliputi jarak pengembaraan darat menghampiri 5,900 km. Pernah solo bermotosikal besar hujung 1997 hingga awal 1998 pusing Semenanjung lebih sebulan. Sempat naik Gunung Lambak, Gunung Ledang, Gunung Jerai bagai lalu meliputi jarak hampir 4,000 km. Sedangkan ada banyak lagi perjalanan tidak tercatat. 




Begiilah rupa naskah Perjanjian Pangkor bahasa Melayu bertulisan Jawi yang ditandatangani, atau lebih tepat diturunkan cap mohor oleh para pembesar Melayu. Sayang, tiada siapa pun tahu di manakah ia kini, apakah masih wujud. Saya dah tanya pada Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan beberapa pihak berwibawa. Arkib Negara pun cuma ada gambar yang dijadikan salinan digital ini.

Berbalik pada maklum balas akibat perkongsian di grup WhatsApp persatuan sejarah. Saya disarankan agar membuat tulisan akademik tentang hal yang diangkat 3 Januari lalu dimasukkan ke dalam jurnal. Daripada situ boleh dinilai lalu mendapatkan sokongan ahli akademik. \

Sebenarnya sebagai sebagai graduan matematik saya mampu menulis sangat akademik, Insyaallah lebih kuat dalil saintifik (kalau perlu) berbanding orang berlatarbelakangkan sastera menjadi sejarawan. Namun saya lebih suka menulis secara awam seperti di CATATAN SI MERAH SILU. Itu adalah latihan yang saya dapat ketika menjadi wartawan - Memudahkan apa yang rumit agar sebanyak mungkin orang awam boleh faham. Bukan bercerita menggunakan bahasa tinggi supaya kelihatan lebih intelektual daripada orang lain.

Yang pasti selain banyak mengembara saya juga rajin mengikuti majlis-majlis ilmu lalu menulis tentangnya. Semua itu tidak masuk dalam mana-mana jurnal akademik (yang selalu dibanggakan, masuk Scopus ke ISSI ke hapa gitu, baru boleh diiktiraf kredibiliti katanya). Pengalaman sebenar rajin mengembara dicampur ilmu yang dipelajari baik dalam majlis mahupun melalui bacaan, juga daripada orang-orang tua yang ditemui dalam perjalanan sangat membantu. Dengan itulah mampu menilai keadaan lalu banyak menulis. Celah-celah dapat pula petunjuk melalui gerak hati, mimpi dan berbagai cara agi. Sangatlah rugi kalau semua itu diketepikan atas alasan tiada dokumen bertulis di arkib atau perpustakaan.



Ini dikatakan adalah terjemahan ke bahasa Inggeris daripada dokumen asal Perjanjian Pangkor dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tadi ada disebut, selain banyak mengembara saya juga rajin mengikut majlis ilmu lalu menulis tentangnya. Sebagai bukti telah diletakkan pautan-pautan berikut di grup persatuan sejarah :-









Selain itu saya ada menganjurkan sendiri 23 majlis ilmu secara fizikal atas nama Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) Rata-rata majlis adalah sepenuh hari, namun ada yang memakan setengah hari sahaja, ada pula sampai 3 hari. Acara telah diadakan di merata Semenanjung Malaysia termasuk di ISTAC, dan 3 kali di Aceh. Tetapi hal ini tidak dikongsikan dalam grup. Ia  boleh dilihat melalui artikel Pembentangan ilmu daripada acara-acara HIKMAH yang ditulis 22 Mac 2020 diikuti Acara ke-23 HIKMAH di Sarang Art Hub, Tanjung Malim 11 November 2023.







Terjemahan bahasa Inggeris daripada Perjanjian Pangkor asal berbahasa Melayu ini disahkan dan dibuat oleh penterjemah mahkamah tinggi Singapura tahun 1952. Oh. Walaupun telah menganjurkan banyak majlis ilmu secara fizikal pengalaman saya menganjurkan secara atas talian cuma sedikit sahaja.












Turut disediakan hampir setahun lalu adalah perbandingan teks Perjanjian Pangkor antara versi Inggeris yang terjemahan Melayunya disebarkan sebagai rasmi hingga kini dengan versi Melayu (diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dalam tesis PhD rujukan saya) yang nampaknya dihilangkan cerita. Yang ditunjukkan dalam gambar cuma 2 perkara berbeza. Ada lagi 3. 

Merujuk balik pada senarai pautan menunjukkan acara yang pernah saya adakan secara atas talian. Acara yang ditanda nombor 1 dan 2 kedua-duanya dibuat tahun 2023 menggunakan platform Zoom seorang kawan. Beliau juga menyediakan kemudahan agar perkongsian melalui Zoom dapat dimasukkan ke dalam Youtube secara siaran langsung iaitu melalui Youtube Live. Dengan itu dapatlah rakaman video yang diletakkan dalam artikel. Saya tidak perlu memikirkan hal-hal teknikal, sekadar masuk membentang sahaja

Yang dirisaukan adalah bagaimana jika tidak dibantu platform? Bagaimana jika harus menggunakan Zoom percuma yang ada had tempoh 40 minit sahaja bagi setiap sesi? Bagaimana jika harus melakukan semua seorang diri. Bagaimana hendak memastikan apa yang dikongsikan dapat diabadikan di Youtube? 

Rupa-rupanya saya sudah berjaya melalukannya tahun 2023.  Dalam artikel Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven ada dipaparkan hasilnya. Lihat video bawah. Dengan ini cukuplah perkongsian tentang kenapa webinar/pembentangan mahu diadakan 20 Januari ini.







1 ulasan:

SinaBana Enterprise berkata...

Tuan
Bolehkan tuan buat 1 artikel mengenai perjanjian kemerdekaan tanah melayu? Apa isi kandungan perjanjian tersebot?