Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, September 20, 2023

Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping

Salam semua. Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh.



Pagi Jumaat 15 September 2023. Selepas bermalam di rumah kawan di Kampung Pasir Puteh beliau membelanja sarapan di warung berdekatan.




Selepas itu baru ke Mahkamah Syariah Ipoh lagi bagi mengikuti perbicaraan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Selesai sesi terus bergegas ke arah Chemor untuk menyambung sumbangan buku dari perpustakaan ke perpustakaan. Alhamdulillah di perpustakaan pertama yang disinggahi hari itu sempat menyampaikan kepada kakitangan sebelum ia ditutup bagi rehat tengah hari Jumaat.




Di perpustakaan utama Chemor sendiri tak sempat.




Di perpustakaan seterusnya walaupun sudah ditutup rehat kaki tangan ada di dalam lalu dapat dibuat serahan.



Di perpustakaan seterusnya iaitu di Ulu Kuang pula tak dapat. Ketika sampai itu sudah jam 12.50.




Perjalanan diteruskan melepasi bandar Sungai Siput membawa ke Karai lalu sampai perpustakaan sana jam 1.43. Walaupun  kakitangan sedang keluar berehat sekurang-kurangnya masih boleh menyumbang kerana pagar luar tidak berkunci lalu buku boleh ditinggalkan berserta nota serahan.




Alhamdulillah sempat menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan lalu menziarahi makam dalam kawasan. Lihat artikel Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Kampung Enggor dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti Makam (Tomb of) Datuk Seri Lela Paduka, Enggor.




Ziarah turut dibuat ke makam Tok Temong 8 km dari masjid kemudian menghala ke Kota Lama Kanan. Sampai ke suatu tempat berdekatan didapati meter kereta menunjukkan sudah 313.9 km saya berjalan.




Beriktikaf sebentar di masjid Kota Lama Kanan sebelum ke perpustakaan sana untuk membuat sumbangan.




Perjalanan diteruskan ke bandar diraja Kuala Kangsar.




Sumbangan buku seterusnya dibuat di perpustakaan utama bandar.




Selepas itu baru ke makam Daeng Selili kemudian ke makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan.




Sumbangan seterusnya dibuat di perpustakaan Padang Rengas diikuti Bukit Gantang...







Selepas itu baru ke perpustakaan ini dalam kawasan perbandaran Taiping.



Sumbangan turut dibuat di perpustakaan utama sana. Saya sampai jam 5.05 petang sedangkan ia tutup jam 5.30.




Singgah di Muzium Taiping dibuat pula satu-satunya sumbangan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad. Perpustakaan lain menerima buku ke-13 saya, Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995.



Akhir sekali adalah ke AEON Taiping.




Ini adalah perpustakaan ke-10 hari itu menerima 5 naskah buku Kembara Eropah. Ia adalah satu-satunya yang dibuka sehingga jam 7.


Selepas itu baru terasa cukup lapang untuk mengisi perut (makan tengah hari lewat). Kemudian bersalin pakaian untuk bersenam di Taman Tasik Taiping...


Selasa, September 19, 2023

Perak selepas 9 September - Menyambung sumbangan buku di sekitar Ipoh

Dalam artikel sebelum ini iaitu Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang ada disebut bahawa selepas sampai ke Ipoh saya beriktikaf di masjid lama Kepayang.  Pun begitu, saya kemudian bermalam di masjid baru sekitar 140 meter ke utara. Ini kerana masjid lama sudah tidak ada lagi kemudahan eletrik juga bilik air.



Kelihatan tempat saya bermalam dalam masjid. Gambar diambil sebelum menunaikan solat Subuh pagi Khamis 14 September 2023.



Dekat jam 10 baru meninggalkan masjid dan Kampung Kepayang.




Pergilah ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk sesi terbaru perbicaraan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Selesai sesi selepas jam 12 tengah hari bergegas mencari perpustakaan-perpustakaan awam di sekitar bandar raya.




Ini bagi menyambung usaha membuat sumbangan buku yang telah dimulakan sekitar 2-3 bulan lalu. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel-artikel berikut :-





5. Asbab pertanyaan ibu - Menyumbang buku di Muar hingga ke sempadan Batu Pahat

6. Asbab pertanyaan ibu - Mencapai sasaran di daerah Tangkak dan sebahagian Melaka










Kali ini saya mencari perpustakaan dalam lingkungan sekitar 10 km  dari pusat bandar raya.







Ini termasuk Perpustakaan Komuniti di pusat membeli belah AEON Klebang yang pernah dicari dalam perjalanan terdahulu (rujuk artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Pesta Buku Perak 2023 diikuti Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang). Tetapi pada waktu malam selepas perpustakaan tutup, ketika bersedia hendak meninggalkan Klebang baru tahu perpustakaan terdapat di tingkat atas AEON.










Sambil mencari perpustakaan mengikut panduan yang diberikan dalam Google Map terjumpa rumah-rumah atau binaan menarik.








Dalam kawasan berpagar yang sama terdapat perpustakaan ini.




Perpustakaan berikutnya. Dalam perjalanan kali ini baru sedar betapa banyaknya kampung-kampung Melayu di sekeliling Ipoh.




Akhir sekali ke perpustakaan besar ini di tengah bandar raya.




Alhamdulillah dapat menyumbang ke 9 buah perpustakaan hari itu.




Dekat jam 3.30 beriktikaf di Masjid Panglima Kinta.




Untuk pengetahuan pemegang terakhir jawatan Panglima Kinta iaitu Dato' Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan baru sahaja meninggal dunia pada 6 September. Kelihatan yang merah-merah itu tempat almarhum disemadikan.




Selepas jam 5 saya bertukar ke pakaian senaman lalu berjalan kaki menyusuri Sungai Kinta dari Masjid Panglima Kinta melalui laluan pejalan kaki ke arah utara. Lihat artikel Walking along the Kinta riverside in central Ipoh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Dalam perjalanan kembali ke masjid baru lalu di bangunan-bangunan bandar.







Gambar ini diambil jam 6.55 petang dekat dengan Masjid Panglima Kinta. Melihat gambar baru teringat. Selepas mengambil kereta di masjid saya berbuka puasa sunat hari Khamis dengan mee rebus di kedai makan berdekatan.


Isnin, September 18, 2023

Perak selepas 9 September - Iktikaf di masjid lama Kepayang

Salam semua. Adapun saya ini baru sahaja kembali daripada satu lagi perjalanan di Perak, Sampai rumah selepas jam 1 pagi, setelah 5 hari 5 malam bermusafir seorang diri untuk melakukan bermacam perkara, antaranya mendaki Bukit Larut di Taiping dan berjalan kaki ke tengah kuala Sungai Perak di Bagan Datuk. Seperti biasa aktiviti-aktiviti ini melibatkan hal darah keturunan. Sekarang biar dimulakan perkongsian.



Perjalanan bermula apabila meninggalkan rumah jam 6 petang Rabu 13 September 2023. 




Sejak pertengahan tahun lalu, kebanyakan perjalanan ke Perak berlaku atas asbab mahu menghadiri perbicaraan di mahkamah syariah di Ipoh berkenaan pampasan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk iaitu Laksamana Muhammad Amin di Mekah.




Boleh kata hampir setiap bulan saya ke Ipoh supaya tahu dan dapat menjadi saksi perjalanan perbicaraan. Kali ini perbicaraan dijadualkan berlangsung 2 hari berturut iaitu pada pagi Khamis dan Jumaat 14-15 September.



Oh. Merujuk pada artikel-artikel di CATATAN SI MERAH SILU sebelum ini iaitu Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak yang dipersembahkan pada pagi Sabtu 9 September diikuti Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven pagi Isnin 11 September. Semuanya terkait kerana melibatkan hal Laksamana yang pernah dibuang ke Pulau Seychelles kerana dikatakan terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada 2 November 1875.




Sebelum itu iaitu pada petang Khamis 5 September saya telah menghadiri mesyuarat jawatan kuasa keluarga di Selayang tentang harta Laksamana. Yang ini lebih pada tindakan seterusnya di Arab Saudi, lain tetapi terkait dengan perjalanan perbicaraan di Ipoh yang lebih pada bagi menentukan siapa yang layak mendapat bahagian faraid pampasan. Tiba-tiba lewat petang itu mendapat berita bahawa anak yang belajar di sekolah Ma'ahad di Janda Baik dibenarkan pulang bercuti sehingga hari Isnin. Malam itu bergeraklah ke sana dari Selayang untuk mengambilnya.




Petang Isnin 11 September saya menghantar anak kembali ke Janda Baik kemudian bermalam di rumah bapa angkat, penulis buku politik terkenal S.H.Alattas @ Pak Habib. Esoknya petang Selasa 12 September singgah di kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak untuk urusan-urusan akhir tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum dapat menerima ijazah, insyaallah pada konvokesyen penghujung November. Apa yang hendak diberitahu, ada sahaja urusan atau perkara perlu dilakukan sehingga ketika memulakan perjalanan baru ke Perak petang Rabu 13 September pun saya sebenarnya sedang berhubungan dengan pihak berkenaan melalui WhatsApp tentang poin-poin akhir bagi mencantikkan lagi tesis yang walaupun sudah lulus, masih perlu dilakukan pembetulan dan penambahbaikan macam-macam.



Sampai di pekan Bidor selepas masuk waktu Maghrib singgah untuk bersolat di masjid jamek. Lihat artikel Rupa baru (New look of) masjid jamek (the main mosque of) Bidor dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tengok-tengok terjumpa seorang kenalan Facebook yang ada hubungan persaudaraan, melalui nasab Perdana Menteri Kedah Wan Mat Saman. Sekadar memaklumkan. Menurut salasilah kami, Wan Mat Saman pernah datang ke Perak lalu mengahwini seorang wanita Bidor. Anak sulung melalui perkahwinan tersebut, Wan Long Sa'adiah berkahwin dengan Laksamana Muhammad Amin lalu dapat datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad. Seorang lagi anak bernama Wan Mat Zain. Saudara yang ditemui di masjid Bidor adalah daripada keturunan beliau.




Macam-macam kami berbual di sebuah kedai makan sebelum saya menyambung perjalanan. Sampai ke Tapah sudah jam 9.30 malam.




Ini kalau tak salah ingatan adalah di Kampar 20 minit kemudian.




Sampai ke pinggir selatan pusat bandar raya Ipoh dekat jam 10.30.




Perjalanan diteruskan ke masjid lama Kepayang di timur Ipoh lalu sampai jam 10.40. Sejak pertama kali sampai awal November tahun lalu saya ada menyimpan niat untuk bermalam di situ. Lihat Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah. Sepatutnya hajat ini sudah ditunaikan apabila ke Ipoh sebulan lalu. Tetapi disebabkan kawan mengajak ke pusat latihan Silat Cekak di Manjoi kemudian bermalam di rumahnya di Pasir Puteh, hajat itu pun ditanggung sehinggalah baru ini. Lihat Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang.




Hampir segenap sudut masjid ini dikelilingi kubur-kubur lama dan baru. Selain beriktikaf di masjid saya juga ingin menziarahi sebuah makam lama. Kalau tak salah ia menempatkan jasad Panglima Kinta ke-7 yang dikenali sebagai Tok Jabor. Beliau meninggal dunia 150 tahun lalu atau lebih. Gambar ini diambil jam 11.32 malam. Menurut ceritanya inilah Panglima Kinta terakhir daripada cabang besar keluarga yang dikenali sebagai Pasak Kepayang. Sebelum itu pemegang jawatan digilirkan dengan satu lagi cabang besar yang dikenali sebagai Pasak Paloh. Sejak Tok Jabor meninggal semuanya daripada Pasak Paloh.

Tadi saya menghadapi masalah apakah hendak diberi nama tajuk utama siri perjalanan baru ke Perak ini lantaran sudah agak selalu sangat ke sana sejak lebih setahun kebelakangan, selalunya keluar sehingga berhari-hari. Kemudian baru teringat. Ini adalah perjalanan pertama sejak 9 September 2023 iaitu hari ulang tahun ke-17 jasad Laksamana Muhammad Amin dikembalikan ke Perak iaitu selepas 102 disemadikan dalam buangan di Singapura. Rujuk balik cerita berkenaan dalam artikel Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak. Maka itu biar siri diberi tajuk "Perak selepas 9 September".