Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, May 13, 2021

Senarai perjalanan terjauh - 21 hingga 40

OK. Masuk senarai pertengahan pula. Yang ke-21 hingga ke-40 terjauh setelah disemak lebih 170 perjalanan lama. Bersambung daripada artikel Senarai perjalanan terjauh - 41 hingga 60...


21. Al-Rasyid berhari-raya Sept 2010


Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 866 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 950 km. 


Bahagian 2 : Lakaran mudah 831 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 880 km. 

Jarak keseluruhan =   1,830 km (950 km + 880 km). Lihat Kemeriahan Al-Rasyid berhari-raya.



22. Aceh-Sumatera Utara Ogos-Sept 2019 


Lakaran mudah hampir 1,700 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.



23. Pantai Timur 2010


Lakaran mudah hampir 1,600 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,800 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".


24.  BKA Tour Run 2007


Lakaran mudah 1,624 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,700 km. Lihat Kenangan BKA Tour Run tahun 2007.



25. Misi HIKMAH IX di Pulau Pinang Feb 2014

Dua bahagian :


Bahagian 1 : Lakaran mudah 861 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 900 km. 


Bahagian 2 : Lakaran mudah 748 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 800 km.

Jarak keseluruhan = 1,700 km (900 km + 800 km). Lihat Kehilangan pesawat MH370 dan selesainya misi HIKMAH IX di Pulau Pinang.



26. Scotland 1993 


Lakaran mudah 1,579 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus mendekati 1,700 km. Lihat Kompilasi cerita perjalanan ke Scotland tahun1993.



27. Kelantan-Langkawi-Perak penghujung 2012 


Lakaran mudah 1,358 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 1,400 km. 


Di Langkawi. Lakaran mudah 144 km. Lihat sini. Jarak sebenar termasuk perjalanan naik bot di 3 lokasi berlainan iaitu Kilim Geoforest (sekitar 10 km), Tanjung Rhu membawa ke Gua Cherita (sekitar 12 km) dan Kuah membawa ke Pulau Dayang Bunting (sekitar 42 km) harus lebih 210 km. 

Perjalanan keseluruhan sebenar harus 1,680 km (1,400 km + 70 km feri pergi balik + 210 km). Lihat Pengembaraan terakhir tahun 2012 - Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun



28. Ke Patani Mac 2018 


Lakaran mudah lebih 1,300 km. Lihat sini. Sedangkan meter kereta menunjukkan 1,537 km. Campur ada naik kereta orang harus 1,600 km. Lihat Jejak Wasilah Patani - The compilation.


29. Misi HIKMAH Pagoh Nov 2014


Lakaran mudah 550 km.  Lihat sini. Jarak sebenar lebih kurang sama.


Lakaran mudah 506 km.  Lihat sini . Jarak sebenar sekitar 510 km.


Lakaran mudah 515 km.  Lihat sini . Jarak sebenar lebih 520 km.

Jarak keseluruhan = 1,580 km (550 km + 510 km + 520 km). Lihat Misi HIKMAH XI di Pagoh Nov 2014.



30. Pantai Timur Ramadhan 2009 


Lakaran mudah 1,426 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus sekitar 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan".



31. Al-Rasyid ke Selatan Nov 2009 


Lakaran mudah lebih 1,300 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar harus mendekati 1,500 km. Lihat Koleksi artikel "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan"....



32. Ke Patani Januari 2017 


Lakaran mudah 1,325 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km. Lihat Misi jejak Aceh-Langkasuka - The compilation.



33.  Bermotosikal ke Pantai Timur 2012 


Lakaran mudah 1,374 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Complete.



34. Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun (tahun 2012)


Lakaran mudah sekitar 1,000 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,400 km. Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.



35. Kembara Johor-Riau 10-18 Disember 2011 


Di Semenanjung. Lihat sini


Di Riau. Lihat sini

Lakaran mudah Semenanjung 1042 km + (108 km x 2 = 216 km) feri pergi balik + pusing Bintan 52 km = 1,310 km. Jarak sebenar harus lebih 1,400 km.  Lihat Koleksi Kembara Johor-Riau.



36. Jejak Merong 2010


Lakaran ringkas lebih 1,200 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,400 km. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.



37. Separuh Semenanjung bersama ibu bapa Ogos 2014 





38. Pantai Timur bersama isteri 2009


Lakaran mudah 1,218 km. Lihat sini. Perjalanan sebenar lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.



39. Perak Sept 2006

Dua bahagian :-

Bahagian 1 : Lakaran mudah 746 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 750 km.

Bahagian 2 : Lakaran mudah 541 km. Lihat sini. Lebih 550 km. 

Jarak keseluruhan = lebih 1,300 km (750 km + 550 km). Lihat Perjalanan yang terbit akibat pengembalian jenazah Laksamana ke Perak September 2006.



40. Kelantan pertengahan 2014


Lakaran mudah 1,255 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus menghampiri 1,300 km. Lihat Perjalanan 'kecil' ke Kelantan pertengahan 2014.


Dua puluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 30,653 km (1,300 + 1,300 + 1,300 + 1,363 + 1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,400 + 1,500 + 1,500 + 1,580 + 1,600 + 1,680 + 1,700 +  1,700 + 1,700 + 1,800 + 1,800 + 1,830). Julat jarak perjalanan adalah 1,300 km hingga 1,830 km.


No comments: