Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 11, 2021

Lagi perjalanan yang harus dilakarkan peta

Adapun ketika membuat cerita-cerita tentang enam perjalanan lama kebelakangan ini saya turut membuat lakaran laluan peta untuk kiraan jarak. Kemudian ada dua perjalanan lama lagi yang sudah pun ada artikel merangkumi  cerita tetapi belum dilakarkan laluan kerana terlepas pandang. Maka dibuat hari ini lalu dikumpulkan di sini bagi kegunaan untuk proses seterusnya demi membuat analisis perjalanan.


a. Mengikuti program outward bound di Pulau Pangkor tahun 1989

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 443 km. Lihat sini




Bahagian 2 : Lakaran mudah 20 km. Lihat sini. Jarak sebenar 23 km

Jarak sebenar = 486 km (443 km + 23 km + 20 km feri pergi balik Lumut-Pangkor). Lihat Kenangan outward bound training di Pulau Pangkor Disember 1989.


b. Trip ke Cardiff 1992-93


Lakaran mudah 724 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 750 km. Lihat Ke Cardiff di Wales sekitar tahun 1992-1993.


c. Naik Gunung Kinabalu Jun 1997


Lakaran mudah 199 km. Lihat sini. Jarak sebenar 237 km (campur jalan-jalan pusing Kota Kinabalu dan jarak pendakian Gunung Kinabalu). Lihat Kenangan mendaki Gunung Kinabalu tahun 1997.



d. 4 x 4 Challenge Sept 1997

Dua bahagian :-


Bahagian 1 : Lakaran mudah 303 km km. Lihat sini. Jarak sebenar 330 km.


Bahagian 2 : Lakaran mudah 373 km. Lihat sini. Jarak sebenar 407 km (campur jarak Pos Poi ke Sungai Dala)

Campur kedua-duanya = 330 km + 407 km = 737 km. Jarak sebenar harus lebih 750 km (mengambil kira antaranya, jalan Gerik ke Kuala Kangsar dahulu lebih panjang berliku juga berjalan-jalan dalam setiap tempat disinggahi). Lihat Kenangan 4x4 tahun 1997.


e. Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000


Lakaran mudah 1,884 km. Lihat sini. Jarak sebenar dalam 2,155 km. Lihat Jelajah Mesra PDRM sekitar tahun 2000


 
f. Meliputi acara X Games di Phuket tahun 2000


Lakaran mudah 198 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 300 km.



g. Persekitaran Ledang Jul 2014


Lakaran mudah 620 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 630 km . Lihat   Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.



h. Malam Tujuh Likur Julai 2016


Lakaran mudah 111 km. Lihat sini. Jarak sebenar harus sekitar 120 km. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid....


No comments: