Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, May 12, 2021

Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli

Salam hari Rabu malam Khamis 1 Syawal. Adapun selepas mempersembahkan artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Dari Hulu Selangor ke Hulu Bernam jam 2.48 petang saya fikir mungkin dapat mengeluarkan artikel-artikel seterusnya sehingga siap sebelum masuk waktu Maghrib. Tengok-tengok artikel sambungan iaitu cerita tentang hari kedua perjalanan pun tak sempat siap. Malah hendak mengeluarkan artikel-artikel sokongannya iaitu 6 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 7 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pun jam 10.08 baru selesai. Selepas memilih gambar-gambar yang mahu digunakan baru perenggan ini dapat ditulis jam 10.43. Takpa. Kita jalan je terus.


Tengah hari Sabtu 8 Mei 2021 bersamaan 26 Ramadhan. Saya mengambil gambar di masjid ini. Alhamdulillah dapat menginap di dalamnya. Selepas meninggalkan Masjid Sheikh Ismail iaitu selepas menunaikan solat Tarawikh pada malam sebelumnya risau juga dapatkah bermalam di mana-mana masjid pada zaman PKP (Perintah Pergerakan Terhad) ini. 

Walaupun sudah bersedia dengan kemungkinan cuma dapat menginap dalam kereta saya teringin sangat untuk menginap dan beriktikaf di masjid. Ini kerana itulah tujuan utama membuat pengembaraan ini. Tengok-tengok pintu masjid tak berkunci lalu saya pun masuk. Cuma lewat malam ada kena black-out sehingga jam 6.30 pagi. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) masjid (mosque of) Sungai Selisek.


Pemandangan dari  bahagian atas masjid. Ia terletak sangat dekat dengan Sungai Bernam yang merupakan sempadan semulajadi antara negeri Selangor dan Perak. Dari masjid cuma perlu bergerak dalam 110 meter menyeberangi jambatan lalu masuk ke daerah Tanjung Malim di Perak dekat-dekat Behrang. Lihat Views from the top of Sungai Selisek mosque....



Saya mengambil masa untuk menulis lalu memaparkan artikel Kenangan 4x4 tahun 1997 - Butiran yang harus dilanjutkan cerita



Selesai menulis baru meninggalkan masjid. Ternampak jambatan ke negeri Perak terasa hendak pergi ke hujung sana lalu mengambil gambar. Lihat Bridge across the Bernam river at Sungai Selisek.



Ke hadapan sedikit dari masjid terlihat pula bangunan sekolah ini yang rupa-rupanya telah diwartakan sebagai bangunan warisan. Lihat Bangunan sekolah (School building of) Sungei Selisek.



Selepas mengambil gambar saya meneruskan perjalanan yang secara geografinya adalah menghilir Sungai Bernam. Rupa-rupanya ia akan menjadi kembara jejak sungai...



Ada suatu macam perasan riang dan gembira timbul dalam hati apabila melalui jalan yang ada hutan kiri kanan.






Selepas itu masuk kawasan ladang. Tidak begitu meriangkan tetapi perjalanan perlu diteruskan.



Faktor hujan yang semakin lebat diserta kenyataan tidak pernah masuk ke kawasan ini walau sudah lebih 10 kali rasanya mengambil jalan berdekatan membuatkan saya masuk ke Felda Gedangsa.



Terlihat masjid terus masuk untuk berehat kemudian mengambil gambar. Lihat Masjid (Mosque of) Felda Gedangsa.



Bila dah reda sedikit hujan baru menyambung perjalanan.



Sampai di satu tempat yang dah target setelah melihatnya dalam Google Map saya pun masuk mengambil lorong.




Ia membawa ke jambatan sempit menyeberang Sungai Bernam masuk ke satu pulau. Tetapi masih di dalam negeri Selangor. Lihat To an island on the river Bernam.



Hujan yang melebat kembali membawa untuk singgah di masjid pertama ditemui selepas itu. Lihat Masjid (Mosque of) Nurul Hidayah, Jalan Sungai Panjang.



Tidak jauh selepas masjid ada bahagian jalan besar yang mendekati Sungai Bernam. Ini dapat dilihat melalui Google Map. Saya pun mengambil kesempatan untuk pergi menikmati pemandangan. Lihat Bernam river near a Drainage Department office at Jalan Sungai Panjang.




Ke hadapan lagi dalam beberapa kilometer ada lagi satu bahagian sungai agak dekat dengan jalan besar. Dalam Google Map ia ditanda sebagai port memancing ikan Toman. Saya pun mengambil lorong berkenaan untuk menikmati lagi pemandangan sungai. Lihat A part of the Bernam river for giant catfish.



Perjalanan diteruskan dengan niat utama mahu bermalam di sebuah masjid lama di Lubuk Pusing. Entah kenapa bila semakin hampir iaitu di sekitar tempat gambar ini diambil jam 5.54 mata hati saya melihat wajah pemimpin besar Tariqat Naqsyabandiyah Khalidiah di Alam Melayu abad ke-19, Sheikh Abdul Wahab Rokan tersenyum memandang. Rujuk artikel lama   Jejak "Berpetualang ke Aceh" : Tanjung Pura Langkat, Amir Hamzah, Sheikh Abdul Wahab dan Kampung Besilam untuk cerita tentang almarhum.



Sampai ke Jalan Tok Khalifah baru wajah beliau pudar. Timbul pula pertanyaan siapa itu Tok Khalifah.



Walaupun pernah memasuki kawasan ini 2-3 kali sebelum ini saya tidak pernah begitu serius memikirkan siapakah dia orangnya ini. Ini kerana tumpuan sering diberikan pada pengasas masjid lama Lubuk Pusing iaitu Sheikh Marzuki yang dikatakan orang alim lagi keramat. Lalu apabila terlihat satu surau dengan nama Tok Khalifah terus saya singgah. Ia adalah masjid atau surau yang ke-8 disinggahi sejak meninggalkan kawasan rumah petang Jumaat 25 Ramadhan. Lihat Surau (Praying hall of) Al-Hidayah, Jalan Tok Khalifah.



Ke hadapan lagi dalam 1.3 km sahaja jarak terjumpa lagi surau dengan nama Tok Khalifah. Ah. Sudah. Dah terasa perlu singgah menjadikan ia masjid/surau ke-9. Sedangkan nombor itu asalnya mahu 'disimpan' untuk masjid di Lubuk Pusing. Lihat Surau (Praying hall of) Tok Khalifah.



Disebabkan itu terasa perlu mencari satu masjid/surau lain untuk disinggahi supaya jadi yang ke-10. Gila-gila nombor saya menyatakan walau apapun masjid Lubuk Pusing harus mendapat nombor ganjil, sebelum itu ke-9, sekarang mesti jadi yang ke-11. Setelah menyemak dalam Google Map ternyata ada satu tetapi kena keluar sedikit daripada laluan lalu masuk ke satu kawasan bernama Ganda Suli. Ia merujuk pada Pulau Ganda Suli. Ada sebab kenapa disebut sebagai pulau walau tidak dikelilingi perairan.



Sampai ke satu bahagian yang boleh dilihat dalam paparan satelit seperti bekas sungai tergerak untuk mengambil snapshot paparan telefon bimbit lalu dikongsikan di Facebook berserta teks berikut :-


PULAU GANDASULI
Sedang memasuki kawasan yang dahulunya termasuk dalam negeri Perak. Tempat saya berhenti lalu mengambil snapshot peta ini dahulu adalah di tengah Sungai Bernam.



Tidak disedari ketika itu bahawa ia masih berada di dalam negeri Perak! Rupa-rupanya saya telah membuat perjalanan rentas negeri tetapi tidak menyedari. Sehingga sampai ke surau yang menjadi persinggahan/tempat beriktikaf yang ke-10 pun masih tak tahu lagi. Cuma menariknya di surau ini saya deja vu panjang. Keadaan dan perbualan dengan seorang pakcik seperti pernah dilalui sama ada dalam mimpi atau bayangan beberapa tahun lalu. Lihat Surau (Praying hall of) Radiah, Pulau Ganda Suli.



Daripada pakcik tersebut saya mendengar cerita tentang asal usul Pulau Ganda Suli. Beliau ada menyebut ia terletak di dalam negeri Perak tapi saya pula yang beranggapan itu mungkin kesilapan disebabkan ingatan pada zaman lebih muda. Apapun saya pergi ke penghujung jalan kemudian berjalan kaki 200 meter untuk sampai ke satu tanjung menghadap Sungai Bernam. Fikir saya untuk sampai ke bahagian terdekat ke negeri Perak. Sehingga sanggup melaung macam orang gila "Perak!" ke arah tanah seberang sungai, kononnya suatu macam sambungan ke negeri asal nenek moyang. Lihat The part of the Bernam river which used to be land connected to the rest of Perak.



Di tanjung inilah saya berbuka puasa dengan tiga biji kurma dan beberapa teguk air sambil masuk tarikh 27 Ramadhan atau Malam Tujur Likur. Di situlah menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-52 menurut kiraan Hijriah lalu menunaikan solat Maghrib.



Malam itu di masjid Lubuk Pusing yang menjadi masjid/surau ke-11 disinggahi baru tahu cerita sebenar. Rupa-rupanya sungai yang dilihat di hadapan tanjung itu asalnya adalah daratan menyambung ke tanah besar negeri Perak. Setelah beberapa lama baru dipotong penduduk untuk membentuk terusan, Tujuannya untuk memendekkan perjalanan dengan perahu dan lain-lain kenderaan air. Tidak perlu melalui liku-liku penuh sungai yang beberapa kali ganda lebih jauh.

Lama-lama terusan menjadi besar akibat tekanan air sungai berserta hakisan lalu membentuk sungai lebar sekarang. Lalu kawasan tanah berkenaan dikelilingi air menjadi pulau. Apabila aliran semakin kerap mengambil 'shortcut' bahagian berliku pun mengecil sehingga sampai masanya mudah ditambak orang. Tak perlu tambak sepanjang sungai cukup di 2-3 tempat strategik untuk memotong langsung aliran. Hasilnya air semakin kurang akibat sejat, masuk ke bumi dan tidak diganti air baru. Bahagian berliku mengecil kemudian menjadi paya lalu lebih mudah ditambak untuk membentuk muka bumi sekarang.

Tentang kenapa dipanggil Pulau Ganda Suli, katanya kerana ditemui banyak pokok suli. Asal sebenar kawasan sebelum ada terusan membentuk aliran sungai sekarang membawa pada pembentukan pulau adalah ia satu tanjung dengan penghujungnya di tempat saya membuat snapshot peta atas.


No comments: