Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Februari 26, 2009

Kekalutan politik masa kini dan apa yang dah pun disebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Sebuah peta lama sebagai hiasan...


Assalamualaikum semua. Sempena sudah masuk bulan mulia Rabiul Awal kini, bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan sempena malam Jumaat, biar saya buat satu posting baru di sini setelah agak lama malas bercerita... kerana rasa 'sengal' dengan keadaan negara sekarang. Itu yang boleh terkeluar gambar syaitan dalam artikel Pandangan saya terhadap tingkat empat .

Alhamdulillah, dalam tempoh hampir sebulan kebelakangan, saya telah berjaya mengekang diri dari berjalan jauh. Kalau berjalan pun setakat sekitar Selangor dan Lembah Kelang, ada le termasuk sedikit ke Negeri Sembilan. Lalu apabila timbul gerak untuk bercerita hari ini, saya buat artikel bertajuk The loose name of Batang Berjuntai... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Masjid lama (old mosque of) Nilai, Negeri Sembilan juga Masjid (mosque of) Raja Alang, Beranang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Disebabkan dalam masa terdekat ini tidak berjalan jauh, terfikir juga mahu mula berkecimpung bercerita tentang hal-hal semasa di sini seperti biasa dilakukan dalam kebanyakan blogspots yang popular di alam Cyber. Tetapi apabila melihat trend pemikiran yang berpuak-puak berfikiran sempit lagi semakin ganas tidak beradab, saya jadi 'sengal' kembali.

Teringat satu pepatah Inggeris ke hapa yang menyebut "Great men talk about ideas; Mediocre men talk about things; Small men talk about people". Hmm... apa dia translation untuk great dalam konteks ini ya? Ah, saya bantai aje le. Kira-kira maknanya lebih kurang begini: "Orang terpilih bercakap tentang idea atau buah pemikiran, orang biasa-biasa bercakap tentang perkara seharian seperti hal-ehwal semasa sedangkan orang-orang kerdil atau berpemikiran kecil bercakap tentang orang lain."

Lihat pada konteks Malaysia sekarang... betapa ramai orang yang suka bercakap tentang orang lain, gosip artis ini, artis itu kalau tak pun apa yang jiran sebelah buat. Ini semakin rancak dengan tumbuh seperti cendawan lepas hujan pelbagai program realiti hiburan dan perkara-perkara sewaktu dengannya yang menerbitkan ramai artis-artis baru sedangkan hakikatnya tidak seorang pun daripada mereka layak dipanggil artis... kalau sekadar pelakun, penyanyi atau cuba-cuba menjadi penyanyi boleh le. Di sebalik itu, muncul pula ramai golongan baru yang semakin celik politik dan hal-ehwal semasa terutama selepas pilihanraya kebangsaan ke 12 tahun 2008. Tetapi berapa ramaikah yang dapat menyelami hakikat sebenar yang berlaku di sebalik semua ini?

Sebab itu disebut "mediocre men talk about things" atau orang-orang biasa bercakap tentang perkara seharian seperti hal-ehwal semasa. Mungkin mereka-mereka yang semakin petah mempersoalkan perkara seperti hak sultan memilih menteri besar dan hak orang Cina menduduki kampung-kampung baru sampai kiamat merasakan diri mereka sudah cerdik. Hakikatnya mereka cuma berfikiran biasa sahaja tetapi disogokkan dengan pemikiran liberal yang membuat ramai orang mengukur dirinya sendiri sebagai pandai, lagi terpelajar. Lalu fikiran mereka boleh dimanipulasikan pihak-pihak berkepentingan untuk mengikut telunjuk dan kepentingan politik mereka.

Saudara dan saudari sekalian. Belajarlah untuk melihat lebih jauh. Jangan asyik bertelagah tentang kemunculan semak-samun di halaman rumah yang tak henti tumbuh walaupun telah dipotong dan diracun beberapa kali. Kajilah kenapa ia berlaku hingga ke akar-umbi, kemudian bolehlah dibuang terus akar rumput atau dibajak tanah atau disimen terus jika tidak mahu tumbuh rumput langsung lagi.

Di kala kita semua merasa pandai menyuarakan segala macam pendapat di pelbagai wadah terutama dalam dunia Internet yang serba terbuka, seharusnya kita faham apa yang berlaku pada kita, pada negara kita, pada dunia dalam peringkat lebih besar yang menjangkaui makna zaman berzaman kewujudan alam. Fahamkan apa itu takdir yang bakal menimpa menurut renteran peristiwa akhir zaman seperti pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun dahulu. Fahamkan apa yang tertulis dalam rancangan jahat Protocols of the Elders of Zion sehingga terjadinya segala macam kekeliruan yang melanda kita sekarang.

Ah... saya mula terasa 'sengal' lagi. Tak mengapa. Biar dilepaskan dahulu luahan tentang kekalutan politik masa kini yang ditimbulkan melalui sistem-sistem ciptaan Yahudi Zionis. Kemudian selepas ini, saya akan bercerita perkara-perkara lain, sesekali sahaja menyentuh keadaan semasa. Lebih elok saya bercerita tentang pengalaman hidup dan pengembaraan lalu dari terus terperangkap dalam pertelagahan hujah yang dicetuskan pihak musuh.

Baru-baru ini, seorang rakan yang aktif dengan program Biro Tata Negara telah menalifon bertanyakan khabar setelah lama tidak berhubung. Kawan itu menyatakan betapa susahnya untuk membuat orang-orang kita, orang Melayu Islam faham akan sebab sebenar kecelaruan yang melanda kita sekarang. Katanya, segala jawaban telah pun dinukilkan dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan saya. Tak perlu pergi jauh untuk mengkaji pelbagai perkara lagi. Tapi tu le, bukan senang hendak menjual buku yang melawan arus pemikiran biasa orang-ramai apatah lagi jika cuba mendedahkan rancangan jahat Yahudi Zionis mahu menakluki dunia. Alangkan saya sebut begini pun boleh dituduh cuba mengambil peluang mempromosi buku-buku dan diri sendiri pula.

Beginilah. Saya mahu semua faham keadaan sebenar yang berlaku. Sebab itulah saya mengambil risiko besar menerbitkan buku dengan belanja sendiri tanpa sokongan mana-mana pihak kecuali orang-orang yang tersayang dan mereka yang seperjuangan. Di sini, saya mahu orang faham bahawa sistem demokrasi itu sendiri menerbitkan keadaan yang ada sekarang. Untuk itu, saya meminta saudara-saudari membaca artikel-artikel lama yang ada membawa sedutan dari siri "Berpetualang ke Aceh" ini...


Mungkin tidak ramai yang rajin mahu mengkaji melalui link-link ini. Di sini biar ditambah sedutan-sedutan dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang saya tergerak mahu letakkan di sebuah forum kegemaran saya baru-baru ini. Boleh masuk melalui link ini : Forum Rawatan Alternatif... Soal-jawab Berpetualang ke Aceh... Inilah sedutan-sedutan itu. Saya mulakan dengan sejarah berkaitan Perak kerana itulah yang paling relevan buat masa ini, sebelum pergi ke sejarah konspirasi peringkat dunia lalu kembali semula ke Malaysia. Hmm... elok juga dihighlight bahagian tertentu untuk memudahkan pembaca. Rasanya cukuplah untuk mengalih gambo setan dari posting terdahulu jauh ke bawah... sekian! :]

----------------------


Catatan rasmi menyebut bijih timah pertama kali dieksport dari Larut sekitar 1848 atas inisiatif usahawan terkenal bernama Long Jaafar. Menurut ceritanya ini berlaku selepas logam itu ditemui tersalut lumpur dibadan sekor gajah milik beliau bernama Larut yang ditemui setelah hilang di hutan hampir tiga hari. Sebab itu kawasan ini diberi nama Larut...

Semasa itu, Perak sedang diperintah Sultan ke 21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah Safiullah ibni Al-Marhum Raja Inu Muhammad Saleh (1830-1851). Permintaan bahan itu di Eropah semakin rancak, selari dengan perkembangan Revolusi Industri. Jika dahulu, bijih timah banyak dikerjakan di Hilir Perak dan Bidor, penemuan bahan itu dalam jumlah yang banyak di Larut telah menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai. Kebetulan Larut berada di bawah kekuasaan Panglima Bukit Gantang Alang Alaidin yang merupakan bapa saudara Long Jaafar juga bapa mertuanya melalui perkahwinan dengan sepupunya Ngah Pura. Lalu apabila perniagaan bijih timahnya meningkat maju hasil hubungan rapat dengan saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang, beliau berjaya memujuk Sultan Shahabuddin supaya memberikan Larut kepadanya sebagai pegangan.

Long Jaafar diketahui ramai berasal daripada keluarga berdarah Aceh. Satu cerita menambah beliau berasal daripada keturunan bangsawan yang terhormat malah mungkin berdarah raja! Mungkin sebab itu beliau dapat meraih kepercayaan Sultan... Atau beliau telah menawarkan sebahagian hasil bijih timahnya yang lumayan kepada raja? Yang nyata, pada zamannyalah orang Cina mula mendapat tempat secara meluas di Perak lalu menerbitkan beberapa penempatan awal. Ini berlaku apabila beliau membawa masuk beribu rakyat bangsa itu untuk mengerjakan lombong-lombong di Larut.

Selepas kemangkatan Sultan Shahabuddin, Sultan Abdullah Muhammad Syah I (Marhum Durian Sebatang, memerintah 1851-1857) pula menaiki takhta. Sultan inilah yang dicabar Raja Muda Jaafar hingga menerbitkan suasana sosio-politik yang dibincangkan awal tadi. Di sini terbit satu persoalan... Apakah sebab Raja Jaafar berani menuduh Sultan Abdullah yang merupakan bapa saudaranya tidak tahu memerintah? Apakah kerana Sultan ini tidak senang dengan kehadiran ramai orang asing yang akan menimbulkan kekacauan suatu hari nanti? Mungkin baginda mendapat firasat bahawa orang-orang Cina yang kebanyakannya dibawa masuk melalui sokongan Inggeris di Pulau Pinang akan membawa kesan buruk yang mendalam terhadap nasib orang Melayu akan datang?

Ah… Barangkali itulah yang sebenarnya berlaku.. Sultan Abdullah tidak senang dengan kehadiran begitu ramai pendatang sedangkan Raja Muda Jaafar bertindak sebaliknya atas sokongan Long Jaafar. Nampaknya matahati orang kaya itu telah dikaburkan sehingga lupa kemasukan orang Cina akan memberi alasan untuk Inggeris campur-tangan lalu menjajah Perak seterusnya Tanah Melayu... Apakah beliau tidak terfikir ada kemungkinan saudagar Cina yang bekerjasama dengannya sebenarnya bersubahat dengan Inggeris? Bukankah mereka bertanggungjawab memborong hasil bijih timah untuk dijual kepada Barat? Bukankah saudagar-saudagar ini juga menolong membawa masuk beribu pekerja dan pelombong Cina ke Perak?

Kalau begitu, tidak hairanlah jika Long Jaafar menjadi penyokong kuat Raja Jaafar. Sejarah mencatatkan beliau telah mendapatkan surat kuasa baru bertarikh 8 November 1856 dari Raja Muda itu untuk terus memegang Larut, bukan daripada Sultan Abdullah yang memerintah negeri seperti sepatutnya. Hmm... Mungkin beliaulah yang sebenarnya menghasut Raja Muda itu untuk menentang Sultan? Tidak mustahil ini berlaku atas ‘nasihat’ saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang yang menjadi kawan rapatnya. Dan tidak mustahil mereka pula mendapat nasihat Inggeris dalam menjayakan satu rancangan serampang dua mata untuk menakluki Perak...
———————————

Setelah Sultan Abdullah mangkat 1857, baru Raja Muda Jaafar diterima sebulat suara lalu menaiki takhta. Sekitar setahun kemudian, Long Jaafar pula meninggal dunia lalu sejarah mencatatkan anaknya, Ngah Ibrahim menjadi pengganti dan mendapat surat kuasa baru bertarikh 24 Mei 1858 untuk meneruskan aktiviti perlombongan dan pentadbiran di Larut.

Kebetulan ada cerita menyebut Ngah Ibrahim pernah menjadi anak angkat Raja Jaafar. Pada 23 Oktober 1863, Sultan Jaafar telah menganugerahkan gelaran Orang Kaya-kaya Menteri Perak kepada Ngah Ibrahim, satu perlantikan yang memberikannya kuasa yang lebih meluas ke atas jajahan Larut juga Matang yang bersebelahan. Termasuk dalam bidang kuasanya adalah hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah jagaannya. Tetapi pada masa pentadbirannya, selalu sahaja berlaku pergaduhan di kalangan pekerja dan pelombong Cina, satu masalah besar yang akan menghalalkan campur-tangan Inggeris secara aktif nanti.
Sebelum itu lagi, pada 1861 telah berlaku pergaduhan besar orang-orang Cina di dalam wilayah pentadbirannya, satu keadaan huru-hara yang dikenali sebagai Perang Larut pertama. Tidak pastilah kenapa, dua suku Cina yang terbesar iaitu Chen Sang yang menetap di Kelian Pauh (ketika itu lebih kurang 4,000 orang) dan Fui Chiu di Kelian Baru (sekitar 2,200) telah bertelagah sehingga mengorbankan ramai nyawa. Masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat apabila golongan Fui Chiu memohon bantuan Inggeris. Malah Ngah Ibrahim yang lebih banyak memihak kepada Chen San kerana hubungan yang terjalin sejak zaman pentadbiran Long Jaafar pula dipaksa membayar $174,474 sebagai ganti rugi kepada pihak Fui Chiu.

Mungkin pergaduhan ini berlaku akibat kekacauan yang ditimbulkan kumpulan-kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San? Tetapi ada pihak percaya, mereka sekadar bertindak sebagai ‘askar upahan’ yang ‘mewakili’ dua suku kaum bangsa Cina Hakka yang secara tradisinya mempunyai hubungan yang renggang. Walaupun orang Fui Chiu akhirnya dihalau keluar daripada Larut akibat satu lagi pertelagahan dengan Chen Sang 1865, satu pergaduhan besar yang dikenali sebagai Perang Larut kedua, tahun-tahun berikutnya menyaksikan kemunculan lebih ramai lagi suku-suku kaum Cina datang untuk berkerja dan melombong di Larut, satu situasi yang menimbulkan lebih banyak lagi pergaduhan demi pergaduhan.
Ketika itu sudah terdapat berpuluh ribu pendatang Cina bekerja dan berniaga seluruh Perak. Maka pergaduhan di Larut seringkali merebak sehingga meliputi seluruh negeri sampailah berlaku Perang Larut ketiga 1872. Ada sejarahwan mencatatkan tempoh 1861-1872 yang meliputi ketiga-tiga Perang Larut telah melibatkan tidak kurang daripada 40,000 orang di merata tempat! Yang menarik, kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sering terlibat, tidak kiralah di mana... Mereka bukan setakat beroperasi di Larut, malah di mana sahaja ada kekacaun, di situ ada mereka. Tak ubah seperti kumpulan Mafia yang mendalangi mogok kesatuan pekerja...
Sekarang, cuba fikirkan... Mungkin wujud satu grand design melibatkan mereka untuk mencetuskan kekacauan demi kekacauan di kalangan orang Cina.... Bukankah status pendatang Cina sebagai His Majesty’s Subject atau rakyat naungan British membolehkan pihak Inggeris memasukkan polis dan askar mereka dengan alasan untuk menamatkan huru-hara?
———————————

Sejarah mencatatkan, Ngah Ibrahim pernah menubuhkan sebuah pasukan polis sekitar 40 orang Melayu untuk mengawal keamanan Larut tetapi gagal. Lalu beliau mengupah (atas cadangan siapakah agaknya ya?) seorang pegawai British, Kapten Speedy untuk membentuk pasukan yang lebih mantap. Pada 1873 pegawai itu kembali dari India membawa 110 orang Punjabi dan Pathan bersenjata yang berperanan sebagai polis. Pasukan inilah yang akan berkembang menjadi Polis Tanah Melayu yang mengandungi segerombolan pengkhianat bangsa yang akan bertanggungjawab memburu dan membunuh ramai pejuang Melayu nanti.

Sementara itu, perebutan takhta Perak telah menyebabkan Raja Abdullah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Andrew Clarke 31 Disember 1873 dan 9 Januari 1874 untuk memohon bantuan. Maka strategi serampang dua mata Inggeris yang bermula sekitar 1853 apabila Raja Jaafar mencabar Sultan Abdullah Muhammad I pun mula mengena. Ramai tidak sedar suku-suku Cina yang dibawa masuk ke Perak diketahui Inggeris telah lama bersengketa di tanah-air mereka sendiri lalu senang diapi-apikan untuk menghuru-harakan negeri. Sepertimana mereka juga telah mengkaji sifat dan sejarah berbagai sukubangsa Melayu seperti Bugis, Rawa, Batubara, Jawa dan Aceh supaya boleh diporak-porandakan secukup rasa, boleh dilaga-lagakan apabila perlu.

Pada 20 Januari 1874, Raja Abdullah menandatangani Perjanjian Pangkor di hadapan Andrew Clarke, wakil-wakil Inggeris juga pembesar Perak seperti Bendahara, Temenggung., Syahbandar, Raja Mahkota, Datuk Sagor, Ngah Ibrahim dan bapa mertuanya Laksamana Muhammad Amin. Pada hari yang sama, kapal perang Inggeris HMS Pluto yang menjadi medan perjanjian di perairan Pulau Pangkor turut menyaksikan wakil kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam Perang Larut terutama Ghee Hin dan Hai San ‘berteguh janji’ lalu berdamai antara mereka...
Maka itu dengan ‘kebijaksanaan’ pihak Inggeris yang ‘berjaya’ membawa semua pihak ke meja perundingan, ‘tamatlah’ segala persengketaan dan Perak pun ‘aman’. Lalu sejarah rasmi mencatatkan Larut yang mengambil sempena nama gajah milik Long Jaafar yang secara tidak sengaja telah membawa penemuan simpanan bijih timah yang terkaya di dunia zaman itu, nama yang berasal daripada bahasa Melayu (larut dalam air, bahan larut dan sebagainya…) telah ditukarkan menjadi Taiping pula... Daripada perkataan Cina yang bermaksud “keamanan yang berkekalan”.

Ya. Memang aman, cukup aman bagi pihak-pihak yang berkepentingan… Di kala Sultan ‘dipaksa secara lembut’ untuk menerima seorang Residen yang akan menyelenggarakan segala hasil maksyul bumi Perak dan urusan politiknya sehingga kuasa raja dihadkan kepada hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja, di kala para pembesar termasuk Ngah Ibrahim kehilangan kuasa untuk memungut cukai di wilayah pentadbiran mereka sendiri, para kepala gangster, ketua-ketua kongsi gelap pula diangkat menjadi Kapitan-kapitan atau ketua masyarakat orang Cina.Juga menarik selepas perjanjian itu, Kapten Speedy yang pernah diupah Menteri Larut untuk menjadi setiausaha peribadi beliau dan pernah ditugaskan menubuhkan sebuah pasukan polis peribadi untuk mengawal keamanan wilayah pentadbirannya telah diangkat menjadi penolong Residen British. Malah tugasan pertamanya adalah menubuhkan sebuah pasukan polis yang lebih kuat dan mantap untuk mencengkam Perak!
Untuk makluman, selain di Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang telah lebih dahulu dikuasai Inggeris, Taiping adalah bandar pertama di rantau ini yang menyaksikan mereka melakukan projek social engineering untuk mengubah struktur masyarakat Tanah Melayu buat selama-lamanya.... Satu tapak yang akan menyaksikan lebih ramai orang Cina, kemudian India dimasukkan untuk menghakis ketuanan malah takrif bangsa Melayu itu sendiri. Kesan social engineering ini masih terasa sehingga kini. Orang Melayu masih lagi merangkak untuk mendapatkan 30 peratus bahagian ekonomi di tanah bertuah ini sedangkan ramai anak bangsa sudah keliru apakah sebenarnya makna menjadi Melayu...
Sekarang, fikirkan... Siapakah yang memainkan siapa? Berapa ramaikah dalang yang terlibat sehingga berlakunya Perjanjian Pangkor yang menjajah bangsa Melayu ini? Siapakah yang duduk paling atas bermain catur memperbodohkan pihak-pihak berkepentingan yang bertelagah?
Wahai Melayu! Bangkitlah dari tidurmu! Bukan untuk menyemarakkan perasaan perkauman tetapi menyedarkan tentang permainan pihak tertentu yang berkepentingan. Fikirkanlah wahai anak bangsaku… Bangkitlah daripada khayal pelbagai rancangan hiburan di kaca TV yang membius minda kita semua... Sedarlah... Penjajahan Barat tidak pernah terhenti. Yang bertukar cuma kaedahnya sehingga ramai yang tidak menyedari!

——————————

Rasyid masih ingat sebahagian isi Perjanjian Pangkor yang dipamirkan di Istana Hinggap keSultanan Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang sudah menjadi sebuah muzium... Bunyinya lebih kurang begini:

“Pihak Inggeris bersetuju mengangkat Sultan Abdullah menjadi Sultan Perak sementara Sultan ketika itu, Sultan Ismail Mu’abuddin diturunkan dan diberi pencen dengan syarat Perak mestilah menerima seorang Residen Inggeris sebagai Penasihat Sultan dalam semua hal-ehwal bersangkutan negeri Perak, kecuali hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan MESTI MENERIMA nasihat Residen. Segala hasil bumi Perak pula mesti digunakan pertama-tamanya untuk menanggung kos dan sara hidup Residen dan orang-orangnya kemudian (maknanya baki atau sisa-sisalah itu) barulah untuk menyara Sultan dan negeri...”

Paling menyakitkan hati, tercatat syarat-syarat ini berjalan “selagi ada bulan dan bintang.” Apakah Sultan Abdullah tidak berfikir panjang ketika menandatangani perjanjian atau baginda rasa boleh menipu pihak Inggeris dengan tidak mematuhinya setelah mendapat kuasa nanti?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya apalagi terlajak menandatangi kontrak Syaitan… Sultan Abdullah terpaksa menerima J.W.W. Birch sebagai Residen Inggeris lalu disuruh menurut segala kata-katanya. Orang Putih ini ternyata tidak sensitif terhadap hati perasan orang Melayu malah amat kurang ajar pula, selalu melanggar adat-istiadat tempatan sehingga berani mengkritik Sultan di hadapan umum. Keadaan ini menyebabkan orang-orang Melayu merasa amat tertipu. Lalu buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun, semua waris takhta dan pembesar telah berpakat sama untuk menghapuskan ancaman ini.

Pada 1875, Birch diserang dan ditikam sehingga mati ketika sedang mandi di tebing Sungai Perak di Pasir Salak, dalam mukim Kampung Gajah. Tahun 1877 pula menyaksikan Sultan Abdullah dan beberapa orang pembesar disahkan terlibat dalam pakatan sulit yang menyebabkan Orang Putih itu dibunuh. Datuk Maharalela, Datuk Sagor serta beberapa orang pengikut dihukum gantung sampai mati di Taiping 20 Jun 1877. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Shahbandar pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles yang terletak jauh di perairan benua Afrika (kata almarhum Nenek Pulau Sisek) sedangkan Raja Ismail dibuang ke Singapura. Mereka yang hidup terpaksa menghabiskan hari-hari tua dalam kehinaan sementara ketuanan Melayu semakin teruk ditekan...

Raja Yusuf yang sepatutnya menaiki tahkta selepas Sultan Ali mangkat 1871 (jika gilirannya tidak ‘dikacau’ Sultan Jaafar) diangkat menjadi pemerintah baru Perak dengan bidang-kuasa terhad. Baginda bergelar Raja Muda sahaja, 10 tahun kemudian, 11 Mei 1887 baru dapat menjadi Sultan!

Ramai pihak memandang serong peranan baginda dalam perbicaraan pembunuhan Birch. Sebenarnya Raja Yusuf juga menjadi mangsa apabila ‘dilantik’ Inggeris menjadi hakim yang bakal menimbulkan kemarahan orang Melayu... Jika tidak baginda, tetap akan ada waris takhta lain yang ‘diangkat’ untuk mendengar perbicaraan lalu disuruh membuat keputusan yang memihak kepada penjajah. Dalam keadaan mana pun, akan ada seorang kerabat diraja Perak dikambing-hitamkan kerana inilah taktik mereka untuk menunjukkan ‘keadilan’ sambil memecah-belahkan masyarakat.

Raja Yusuf sempat menjadi Sultan selama dua bulan sahaja. Baginda mangkat 26 Julai 1887. Lalu dalam tempoh 10 tahun sebelum itu, siapakah yang sebenarnya memerintah? Bukankah Inggeris laknat yang memaksa Raja Muda menjadi boneka? Maka jadilah Perak negeri berdaulat warisan keSultanan Melaka yang memiliki titisan darah diraja Samudera Pasai, Aceh, juga keSultanan Perlak tidak beraja buat beberapa waktu. Hal ehwalnya bulat-bulat jatuh di bawah telunjuk Mat Saleh kurang ajar.


Fuh... tersirap darah Rasyid memikirkan ini…. Ah! Sabar, sabar…. Mungkin dalam tempoh itu, Sultan Abdullah dan semua yang terlibat insaf atas apa yang berlaku. Baginda akhirnya mangkat di Singapura 1922 lalu dimakamkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Al Fatihah untuk baginda… Semoga Raja-raja Melayu juga para pemimpin Melayu sekarang dapat mengambil iktibar lalu tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Apapun, peristiwa ini menyaksikan cengkaman Inggeris semakin kukuh. Pembunuhan J.W.W. Birch telah menghalalkan campurtangan yang lebih keras dalam hal-ehwal orang Melayu. Dengan menggunakan taktik yang serupa, negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung turut dipaksa menerima sistem Residen yang membuat para Sultan menjadi patung belaka. Sebab itu kata Mak Uda, plet nombor kereta Perak bermula dengan huruf A... Kerana ia negeri Melayu pertama yang memakai Residen British...

“Kemudian baru Selangor di mana plet kereta-kereta yang didaftarkan di sana bermula dengan huruf B diikuti Pahang dengan huruf C!”

---------(melompat jauh ke bahagian lain)-----------

Cengkaman Republik Indonesia terhadap Aceh adalah satu natijah besar penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses untuk memalapkan syiar Islam dari mukabumi. Proses yang didalangi puak Yahudi Zioni dan rangkaian-rangkaian mereka ini bertujuan mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa ‘pilihan’... Maka itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan.

Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akibatnya, wilayah selatannya yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).

Keadaan ini bakal menerbitkan Israel, negara haram yang diwujudkan 1948 untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ Palestin yang diperolehi Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk menerbitkan negara Yahudi ini boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917. Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi:

“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Maksudnya: “Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain.”

Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris untuk membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak yang berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?

Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil the League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918. Pada 1922, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi pihak British atau Inggeris mandat besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947. Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakan the international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

Tidak menjadi rahsia konsep Zionisma yang meletak Yahudi sebagai bangsa terpilih yang harus memerintah dunia sebenarnya telah wujud lebih 2,000 tahun lalu sempena nama Bukit Zion ataupun Sion di Jerusalem. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman. Dengan ideologi politik berteraskan ‘kemuliaan’ bangsa Yahudi dan ‘hak semulajadi’ untuk memerintah dunia, Kongress Zionis 1907 menyaksikan tekad mereka untuk mendirikan negara Yahudi yang berpusat di Jerusalem. Apabila tamat Perang Dunia Kedua (1939-1945), the League of Nations dimansuhkan untuk memberi jalan kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tidak lama kemudian, mandat Inggeris untuk memegang Palestin pun tamat dan pada 1948, negara Israel pula didirikan dengan sokongan Bangsa-bangsa Bersatu!
Fikirkanlah… Apakah ini semua berlaku secara kebetulan ataupun dirancang? Pada sesiapa yang pernah membaca dokumen The Protocols of the Elders of Zion, bukankah ini menepati grand-design atau rancangan besar jangka-panjang Zionis untuk menakluki dunia? Bukankah dokumen yang muncul sebelum abad ke 20 itu menyatakan mereka perlu menerbitkan beberapa perang dunia untuk mencapai matlamat ini? Malah ada kajian menyebut, Yahudi Zionis sudah membuat rencana untuk mencengkam dunia jauh lebih dahulu daripada kewujudan dokumen bertulis Protocols yang kemungkinan besar digariskan sekitar Kongres Zionis Sedunia 1897. Ini berdasarkan sebuah peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi-lokasi terpilih pada zaman-zaman tertentu, bermula dari Yunani 429 Sebelum Masihi, satu tempoh masa yang ‘kebetulan’ telah menyaksikan kewujudan golongan pendatang sophist yang menghalalkan sistem demokrasi (baca balik Jilid 2, bab Demokrasi vs. Raja-raja).

Peta yang sama menunjukkan lilitan ular merangkumi Rome zaman Maharaja Augustus (69 SM), Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V (1552 Masihi), Paris 1790 (ketika Raja Louis XVI memerintah), London 1814 (selepas Napolean jatuh), Berlin selepas Perang Peranchis-Prussia (1871) dengan kepala ular berada di St. Petersburg, Russia 1881. ‘Kebetulan’ setiap tempat dan tempoh yang ‘disinggahi’ ular menyaksikan peristiwa-peristiwa besar yang mengubah suasana sosio-politik masyarakat setempat. Apakah peristiwa-peristiwa ini semuanya telah dirancang Yahudi Zionis?

Walaupun peta lama itu menunjukkan perjalanan ular ini ‘tamat’ 1881, para pengkaji percaya ia seterusnya ‘meliliti’ Amerika Syarikat awal abad ke 20. Ini bertepatan dengan penubuhan Federal Reserve, bank pusat Amerika yang mempunyai kesan yang amat besar dan menyeluruh terhadap perkembangan ekonomi dunia. Tidak lama kemudian, ular itu ‘kembali’ ke Russia, ke bandar-bandar Moscow, Kiev dan Odessa yang akan menjadi pusat-pusat militan Yahudi lalu menuju ke Istanbul, Turki (zaman Uthmaniyah) sebelum berakhir di Jerusalem wilayah Palestin.

‘Kebetulan’ lagi berlaku Perang Dunia Pertama yang menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sebelum ‘dipancung’ terus oleh pemimpin golongan “Turki Muda” yang pro-Barat dan anti-Islam, iaituMustafa Kamal Attartuk. Ini diikuti kejatuhan Mekah dan Madinah ke tangan keluarga Bani Saud yang sangat memusuhi para Sharif anak cucu keturunan Rasulullah SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia menjadi anak-anak yatim-piatu lalu tidak mampu menahan objektif Zionis yang seterusnya... Mewujudkan sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin.

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Muqaddis dianggap tanah suci penganut Islam, Kristian juga Yahudi. Ia jatuh ke tangan ummah penghujung abad ke 7 Masihi setelah bala-tentera Islam yang diketuai Panglima Amru bin Ash berjaya memukul mundur askar Rum dalam Pertempuran Yarmuk. Askar Islam pun bertemu ketumbukan baru musuh pimpinan Panglima Atrabun (Atravon) yang gagah berani lagi licik... Tetapi berkat petunjuk daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah, tentera ini berjaya diatasi sehingga mereka tersepit di Baitul Muqaddis.

Setelah lama terkepung, pihak musuh pun mengalah, Mereka menyerah diri dengan meminta Khalifah Umar sendiri datang mengambil kunci kota. Baginda memecah tradisi para pemerintah agung apabila datang dari Madinah menaiki unta bertemankan seorang bekas hamba sahaja! Sejak itu, Baitul Muqaddis terus diperintah Islam sehinggalah 400 tahun kemudian apabila ketua tertinggi gereja Khatolik, Pope Urban II ‘mendapat ilham’ lalu mengisytiharkan setiap penganut Kristian yang tampil ke hadapan untuk merampasnya akan diampunkan segala dosa dan dijamin masuk syurga.

Tahun 1096 menyaksikan 300,000 tentera gabungan Kristian daripada pelbagai kerajaan Eropah mendarat di Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium. Ketika ummah sedang berpecah akibat persaingan Daulah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad dengan Daulah Fatimiyah di Mesir untuk muncul sebagai pemerintah Islam terunggul, mereka merebut kembali beberapa wilayah taklukan Islam.Tiga tahun kemudian, seorang panglima utama mereka, Godfrey de Bouillon muncul sebagai wira Kristian apabila berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau pun diangkat menjadi pemerintah pertama kerajaan baru the Kingdom of Jerusalem.

Kajian-kajian tertentu menunjukkan Godfrey juga adalah pemimpin tertinggi pergerakan Zionis lama yang dikenali sebagai Prieure de Sion (bahasa Peranchis) atau Priory of Sion di samping mengetuai kumpulan pahlawan militan Kristian Knights Templar yang sebenarnya adalah penyokong kuat Yahudi Zionis. Dia dikatakan berasal daripada keturunan raja-raja lama Dinasti Meronvingian yang pernah memerintah sebahagian besar Eropah Barat termasuk Peranchis dan German abad ke 5 hingga 8 Masihi.

Menurut satu dakwaan, keturunan ini terbit dari ‘perkahwinan’ Nabi Isa AS dengan Mary Magdelene. Rasul itu diketahui berasal daripada keturunan Nabi Daud AS, Raja Bani Israel yang memerintah di Jerusalem sekitar 1,000 tahun Sebelum Masihi... Lalu ada pihak menyebut Nabi Isa AS sebagai king of the Jews, raja orang-orang Yahudi yang tidak sempat bertakhta. Maka itu kemenangan Godfrey diwar-warkan sebagai sirih pulang ke gagang... Kononnya ‘keturunan’ Nabi Isa AS telah kembali untuk ‘mewarisi’ takhta pemerintahan Bani Israel yang berpusat di Jerusalem.

Di sini kita mesti berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah Yahudi Zionis…Ingat! Majoriti penganut Kristian mahupun Islam telah diajar untuk menolak apa-apa kemungkinan yang Nabi Isa AS pernah berkahwin... Maka itu siapakah sebenarnya Godfrey dan apakah hakikat asal-usul darah diraja Meronvingian? Apakah mungkin inilah keturunan jahat yang akan menerbitkan Dajal Al-Masih? Dajal bermata satu yang akan memimpin Yahudi untuk menakluki dunia akhir zaman nanti? Atau Dajal sudah pun wujud menunggu masa tercetusnya Perang Dunia Ketiga?

Apapun, kota suci Baitul Muqaddis yang mengandungi Masjidil Aqsa, tempat Rasulullah SAW bertemu rohani para Nabi terdahulu dan mengimami solat mereka sebelum Mikhraj ke langit akhirnya berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam. Sekitar 88 tahun kemudian, setelah beberapa kali berhempas-pulas dan berlaku pertempuran demi pertempuran besar-besaran melawan tentera-tentera Kristian dalam apa yang dikenali sejarah sebagai siri Perang Salib, muncullah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu umat Islam yang pernah berpecah-belah. Baginda menamatkan Daulah Fatimiyah di Mesir yang sudah terlalu lemah lalu menggabungkannya dengan kerajaan Islam lain untuk membentuk sebuah pasukan bersepadu. Ia ternyata cukup kuat untuk menghadapi askar-askar Kristian lalu satu demi satu ketumbukan tentera Salib berjaya dikalahkan sambil pasukan Islam mara ke sasaran...

Pada 4 Julai 1187, terjadilah pertempuran hebat di Hittin yang melemahkan kedudukan tentera Salib sehingga cengkaman ke atas Baitul Muqaddis menjadi longgar. Panglima Count Rainald de Chatilon yang bongkak telah membawa 45,000 askar menyeberangi padang pasir yang luas untuk ‘menamatkan’ riwayat Sultan Salahuddin tetapi terperangkap kehausan di Bukit Hittin kerana tidak membawa bekalan. Peluang ini digunakan baginda untuk menghapuskan tentera Salib sehingga tinggal beberapa ribu sahaja sebagai tawanan perang. Pada September 1187, tentera baginda mengepung Baitul Muqaddis... Serangan demi serangan dilakukan sehingga penduduknya tidak mampu lagi bertahan lalu mengaku kalah.

Kota itupun dikembalikan kepada pihak Islam secara aman. Sultan Salahuddin membenarkan orang Kristian kembali ke tanah-air masing-masing setelah menyerahkan senjata kepada tentera Islam. Mereka juga diberi sedikit waktu untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunda. Pada 2 Oktober 1187 bersamaan 27 Rejab 583 Hijrah, barulah baginda dan orang-orangnya memasuki kota suci ketiga umat Islam itu, bertepatan tarikh 27 Rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Muqaddis dalam peristiwa Israq dan Mikhraj 600 tahun lebih awal!

Orang-orang Kristian di Eropah tidak berpuas hati dengan kekalahan itu lalu cuba mengumpulkan kekuatan baru. Sejarah rasmi menyaksikan, sehingga penghujung abad ke 13, mereka terus melancarkan beberapa lagi siri Perang Salib untuk merampas kota tersebut tetapi masih tidak berjaya. Sebaliknya umat Islam terus berkuasa malah sanggup membenarkan penganut agama lain termasuk Yahudi hidup bebas di wilayah itu!



Sesetengah sejarahwan menyebut, dalam tempoh ini Baitul Muqaddis pernah sekali ditawan Kristian melalui Perang Salib ke-6 (1228-1229) yang dipimpin Maharaja Frederick II dari Empayar Rom. Tetapi ada pihak pula menyatakan kota itu sebenarnya diserahkan oleh Sultan al Kamil dari keluarga Ayyubi kerana maharaja Kristian itu telah menolongnya melawan al Mu’adham Isa dalam satu perang saudara. Apapun, Baitul Muqaddis berjaya ditawan kembali tentera Islam 1244. Percubaan demi percubaan tentera Salib seterusnya untuk menakluki kota itu gagal sama sekali lalu abad ke 14 dan 15 menyaksikan semangat mereka untuk melancarkan perang merosot semakin teruk. Usaha demi usaha pelbagai pihak selepas itu untuk menghimpunkan tentera Eropah yang cukup kuat pula ternyata tidak berjaya... Maka sampailah kita pada fasa baru dalam sejarah dunia.
Pada 29 Mei 1453, dunia terutama Barat digemparkan apabila Sultan Muhammad Al-Fateh daripada keturunan Uthman Khan Ghazi (pemerintah sebahagian besar Asia Minor 1281-1320) berjaya menakluki Konstantinople, pusat pemerintahan dan kubu terkuat Empayar Kristian Byzantium ataupun Rum Timur. Kemenangan yang menandakan bermulanya era kegemilangan keSultanan Turki Uthmaniyah itu amat bermakna kerana ia berlaku setelah lebih 800 tahun umat Islam berusaha menawan kota agung tersebut melalui 10 percubaan... Sejak zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan demi memenuhi Hadis Nabi yang menyatakan pusat Empayar Rum itu akan jatuh ke tangan orang Islam suatu hari nanti.

Sempena penaklukan Konstantinople yang melupuskan terus Empayar Rum Timur, Sultan Muhammad Al-Fateh turut dikenali sebagai Kaisar atau Maharaja Rom. Baginda juga menjadikan kotaraya agung itu sebagai pusat kerajaan yang diberi nama baru Istanbul. Agaknya Sultan inilah yang disebut dalam kitab Hikayat Hang Tuah sebagai Sultan Rum, raja besar bertaraf wali Allah yang ingin dilawati Hang Tuah. Hikayat itu menyebut pahlawan tersohor Melayu itu terpaksa menunggu berbulan-bulan semata-mata untuk mendapatkan peluang menatap wajah sang raja!

Selepas 30 tahun memerintah, Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat 1481 lalu digantikan anakandanya Sultan Bayazed (memerintah hingga 1512). Sultan ini membina angkatan laut yang diakui semua pihak sebagai yang terunggul di Laut Mediterranean malah di dunia! Maka tidak hairanlah jika pentadbiran Baitul Muqaddis turut jatuh ke tangan Uthmaniyah... Malah para pemerintah kerajaan ini mula diiktiraf umat Islam sedunia sebagai pewaris keKhalifahan seluruh ummah yang pernah terputus apabila Baghdad, pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah dihancurkan puak Mongol pimpinan Hulagu Khan, cucu kepada Genghiz Khan 1258.

Sejak itu, kerajaan Uthmaniyah mengambil peranan menjaga Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib. Kecanggihan kelengkapan tentera mereka menyebabkan benteng peperangan ciptaan Uthmaniyah sangat susah digugat sehingga pihak Eropah hilang punca bagaimana mahu menanganinya. Lalu sejarah rasmi mencatatkan kuasa-kuasa Barat mula menumpukan perhatian dan tenaga untuk ‘menerokai’ dunia luar terutama setelah Christopher Columber menemui Amerika 1492. Betulkah mereka tidak berminat lagi menakluki Baitul Muaqaddis atau ia cuma taktik Yahudi Zionis untuk melumpuhkan umat Islam dengan cara lain?

Ada cerita-cerita lama menyebut, keSultanan-keSultanan di luar Timur Tengah termasuk Perlak, Samudera-Pasai dan Melaka di Nusantara juga berperanan mempertahankan Baitul Muqaddis daripada serangan tentera Salib sepertimana askar-askar Kristian daripada England, Sepanyol dan Peranchis sanggup berjalan kaki atau belayar beribu batu untuk turut sama berperang. Lagipun penganut Islam seluruh dunia termasuk orang Melayu sudah lama berulang-alik menunaikan haji, umrah atau mengaji di Mekah dan Madinah. Apalah hendak dihairankan jika mereka turut menyahut panggilan jihad? Maka Samudera-Pasai dan Melaka nanti akan diserang Barat kerana terlibat sama dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

Dengan menjajah keSultanan-keSultanan di luar lingkungan Timur Tengah terutama di Afrika, benua Hindi dan Nusantara, kuasa-kuasa Barat juga boleh memotong jalan-jalan pelayaran yang menghubungkan kerajaan-kerajaan Islam sambil mengaut bahan mentah dan galian yang perlu untuk memperkasakan lagi angkatan perang. Ini terbukti apabila mereka melancarkan Perang Dunia Pertama yang akan menyaksikan keSultanan Turki Uthmaniyah melutut sehingga Baitul Muqaddis terlepas, setelah berjaya menjajah semua kerajaan Islam di luar Timur Tengah abad ke 16 hingga 18 kemudian menawan jajahan takluk Uthmaniyah di sekitarnya abad ke 19. Kebetulan (atau termasuk dalam program?), tahun 1492 yang merupakan tahun keramat ‘peningkatan ketamadunan’ Barat telah menyaksikan kejatuhan empayar Islam di Eropah Barat apabila Andalusia, kotaraya keilmuan megah yang menjadi contoh penyemarak tamadun Eropah jatuh ke tangan tentera gabungan Kristian Sepanyol. Apakah ia juga berkait dengan ‘semangat’ baru Barat untuk ‘meneroka’ dunia luar?

Fikirkanlah tajam-tajam dan renungkan dengan mendalam… Walaupun zahirnya penaklukan demi penaklukan ke atas wilayah Islam zaman berzaman dilakukan kuasa-kuasa Barat yang sering bertelagah, bukankah ini menunjukkan corak lilitan ular yang memulakan ‘permainan’ dengan melingkungi kawasan luar sebelum melilit masuk ke lapisan dalam? Lalu apabila lilitan itu kukuh, ular Zionis inipun membelit sambil mematuk pusat keKhalifahan di Turki yang terperanjat sehingga boleh terlepas Baitul Muqaddis daripada genggaman... Dan untuk memastikan mangsa tidak mampu bangkit memerdekakan kota suci itu lagi, ular ini mencengkam taringnya dalam-dalam lalu meresaplah racun golongan pro-Barat anti-Islam yang akan menghancurkan keSultanan Turki buat selama-lamanya!

Bermula dari Sultan Selim I (memerintah 1512-1520), Sultan-sultan Uthmaniyah menyandang gelaran Khadamul Haramain anugerah Sharif Mekah yang bermakna penjaga dua kota suci Mekah dan Madinah. Zaman pemerintahan Sultan Suleiman Al-Qanuni (1520-1566) atau Suleiman the Magnificent pula tercatat sebagai puncak kegemilangan Uthmaniyah dengan jajahan takluknya meliputi hampir seluruh utara Afrika sehingga ke sempadan Maghribi dan seluruh pantai barat Semenanjung Arab termasuk Yaman... Sempadan timurnya sampai ke pinggir barat Laut Kaspian, meliputi lembah subur Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengandungi Baghdad sementara sempadan barat-laut meliputi hampir seluruh Eropah Timur sehingga ke tepian bandaraya Vienna, pusat kekuasaan Kristian dan empayar keluarga diraja Hapsburg zaman itu. Ditambah penguasaan ke atas Laut Mediterranean dan Laut Hitam, Daulah Uthmaniyah menjadi empayar terbesar dan terkuat di dunia zaman itu.

Adat dunia ibarat pergerakan roda, ada naik, mesti ada turun... Kuasa terbesar Islam itu mula menunjukkan bibit-bibit kejatuhan apabila angkatan bersatu Eropah berjaya mengalahkan angkatan lautnya dalam Perang Lepanto di Yunani 1571. Ketika itu, empayar Uthmaniyah sedang diperintah Sultan Selim II (1566-1574), seorang raja yang menurut catatan Barat adalah pemerintah yang lemah. Mungkin Barat terlalu membandingkan baginda dengan ayahandanya yang dikenali seluruh Eropah sebagai Suleiman the Magnificent? Raja inilah yang terlibat dalam peristiwa “meriam lada secupak” yang terkenal di Aceh di mana utusan dari bumi Serambi Mekah telah dihantar ke Istanbul dengan membawa sebuah kapal penuh lada hitam sebagai belanja perjalanan dan untuk ditukarkan dengan meriam-meriam buatan Turki demi mempertahankan keSultanan Melayu itu daripada serangan Portugis yang mula bermaharajalela di Nusantara.

Pemerintah Aceh ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar (1539-1571) berharap untuk mendapatkan pertolongan Sultan Suleiman yang telah lama dikenalinya tetapi apabila utusannya sampai, raja agung Uthmaniyah itu baru sahaja mangkat. Sultan Selim pula sibuk menghadapi ancaman demi ancaman perang Barat menyebabkan rombongan daripada Aceh terpaksa menunggu berbulan-bulan. Mereka kehabisan belanja dan bekalan lalu terpaksa menjual lada yang dibawa sedikit demi sedikit sehingga tinggal secupak... Kemudian baru berpeluang menghadap Sultan dan mendapatkan peralatan seperti meriam juga bantuan ketenteraan.

Pada 1568 Aceh mula menyerang Portugis di Melaka dengan bala-tentera hebat yang mengandungi askar Turki serta peralatan mereka. Portugis nyaris tewas tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang Melayu Johor, satu fakta yang cuba diperkecilkan Barat kerana tidak mahu mengaku akan kalah jika tidak kerana pengkhianatan Melayu. Sebab itu Aceh menyerang Johor 1570... Sejarah rasmi yang diwarnai Barat pula menyebut mereka berbuat begitu kerana ego dan tamak mahu menguasai Selat Melaka dalam apa yang dikenali sebagai Perang Tiga Segi...

Apapun, abad ke 18 menyaksikan Turki Uthmaniyah semakin lemah. Pada 1774, Turki dikalahkan Russia setelah enam tahun berperang. Akibatnya mereka terpaksa membenarkan kuasa Barat itu mengunakan laluan berhampiran Istanbul yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Hitam lalu mendedahkan pusat pemerintahan kerajaan kepada serangan seterusnya. Pada 1783, buat pertama-kali keSultanan penaung ummah itu kehilangan wilayah apabila Rusia berjaya menakluki Semenanjung Crimea di utara Laut Hitam. Lalu abad ke 19 menyaksikan wilayah jajahan takluknya mula terlepas satu demi satu melalui pelbagai faktor termasuk siri peperangan dengan Russia juga serangan-serangan Inggeris dan Peranchis ke atas wilayah-wilayah di Afrika sehingga Turki Uthmaniyah mula mendapat gelaran “Orang sakit Eropah”!

Inggeris, Peranchis dan Russia juga pernah berpakat dengan Yunani yang berada di dalam lingkungan kekuasaan Uthmaniyah untuk menyerangnya sehingga timbullah Perjanjian Adrianople 1829 yang menyaksikan Yunani bebas daripada pengaruhnya dan Russia menguasai persekitaran kuala Sungai Danube di Laut Hitam. Sambil itu kuasa-kuasa Barat terus menyerang bahagian luaran empayar terutama di utara Afrika sehingga wilayah Algeria pula jatuh ke tangan Peranchis diikuti Tunisia 1830. Inggeris pula berjaya menguasai Cyprus (1878) dan Mesir (1882).

Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918)... Lalu buat pertama kali dalam tempoh lebih 700 tahun, umat Islam sedunia kehilangan Palestin yang mengandungi Baitul Muqaddis. Kenaikan golongan pro-Barat dan anti-Islam yang diterajui boneka Eropah bernama Mustafa Kamal Attaturk pula bertindak memastikan keSultanan Uthmaniyah terus terkubur sehingga Turki ditukar menjadi Republik. Lalu hilanglah naungan zahir keKhalifahan Islam... Sampailah masa untuk menjatuhkan naungan kerohanian ummah yang berpusat di Mekah…
Mekah mengandungi Baitullah, rumah ibadat pertama di muka bumi ini. Mengikut ceritanya, ia asalnya diturunkan dari syurga semasa zaman Nabi Adam AS tetapi diangkat kembali ke langit semasa berlaku banjir Nabi Nuh AS. Beribu tahun kemudian, barulah rumah ibadat yang serupa didirikan kembali oleh Nabi Ibrahim AS dan anakanda baginda Nabi Ismail AS di tapak yang sama dengan salah sebiji batu asalnya dari syurga, Hajaratul Aswad diletakkan pada satu sudut. Sejak itu Baitullah menjadi tumpuan berjuta pengunjung zaman-berzaman. Maka itu secara tradisionalnya, ia berada di bawah jagaan anak cucu Nabi Ismail AS yang beranak-pinak di sekitar terutama kaum Quraish yang menjadi bangsawan utama Arab.

Dari satu pecahan kaum ini muncul pula Bani Hashim sebagai suku-kaum yang paling terkemuka dan berwibawa lalu menjadi khadamul haramain, penjaga kota suci ini sejak lebih 1,500 tahun lalu. Penguasaan ini berterusan sehingga Muawiyah merampas takhta keKhalifahan secara helah daripada cucu sulung Rasulullah SAW iaitu Saidina Hassan. Ketika itu Madinah yang pernah dikenali sebagai Yathrib telah menjadi kota suci Islam. Kota suci yang diisytiharkan Rasulullah SAW sebagai Tanah Haram kedua selepas Mekah ini juga mengandungi Masjid Nabi dan makam baginda. Maka itu apabila keluarga Bani Hashim berjaya menguasai kembali Mekah awal abad ke 13 melalui Sharif-sharif Mekah yang merupakan anak cucu Saidina Hassan, Madinah juga menjadi amanah pegangan keluarga turun-temurun berserta wilayah persekitarannya yang dikenali sebagai Hijaz.

Sebab itu apabila keKhalifahan Turki Uthmaniyah berjaya ‘dibungkus’ melalui perancangan jangka panjang yang dilengkapi Perang Dunia Pertama, Yahudi Zionis merasa wajib untuk menghapuskan pemerintahan para Sharif yang memiliki daulat Nabi pula... Tetapi oleh kerana kedua-dua Tanah Haram ini adalah pusat agama yang syumul, ia perlu dijatuhkan atas nama agama juga, atas nama pembaharuan gerakan mujadid yang kononnya ingin memurnikan kembali ajaran Islam yang dikatakan sudah kotor.

Pada 1924, muncullah seorang ketua Arab Badwi bernama Abdul Aziz ibnu Saud. Dengan sokongan puak Wahabi, golongan ‘pembela’ agama yang tiba-tiba boleh menjadi lebih pandai dan suci daripada anak cucu Rasulullah SAW yang sudah berkurun-kurun mengamalkan pengajian mendalam Islam, mereka berjaya menawan Mekah kemudian Madinah menggunakan slogan “mengembalikan Islam kepada asalnya” seterusnya menakluki wilayah Hijaz untuk menubuhkan kerajaan Arab Saudi.

Ramai yang lupa atau tidak sedar, gerakan gabungan keluarga Bani Saud yang membawa fahaman Wahabi itu sebenarnya disokong Barat yang pernah mengapi-apikan rakyat empayar Uthmaniyah dengan sentimen nasionalis Arab . Melalui sentimen inilah jajahan takluk meluas di utara Afrika, semenanjung Arab dan wilayah utaranya (Palestin, Jordan, Syria…) serta sebahagian bekas empayar Parsi yang telah diduduki bangsa Arab sejak zaman keKhalifahan Saidina Umar 1,400 tahun lalu telah disuruh membenci Khalifah-khalifah Uthmaniyah yang berbangsa Turki.

Kejatuhan empayar besar Islam itu menyebabkan Mekah dan Madinah kehilangan pelindung lalu turut jatuh. Hilanglah keKhalifahan Islam zahir dan batin zaman berzaman dan jadilah umat Islam seluruh dunia anak-anak yatim-piatu yang kehilangan naungan juga pegangan. Wilayah jajahan takluk Uthmaniyah yang merangkumi jarak beribu batu dipecah-belahkan menjadi negara-negara tersendiri yang diberi para pemerintah boneka sementara sinar kerohanian Mekah dan Madinah pula dikekang para Khadamul Haramain baru yang zahirnya kelihatan Islam tetapi batinnya bersifat Yahudi. Ini telah menyebabkan ramai pewaris kerohanian dua Tanah Haram melarikan diri jauh daripada kefasikan berleluasa yang mula bermaharaja-lela di tanah-tanah Arab. Dan sasaran utama mereka ialah Nusantara, bumi yang menaungi ramai Ahlul Bait, anak cucu keturunan Nabi yang telah terlebih dahulu belayar membawa diri akibat penindasan terdahulu oleh para pemerintah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Buku-buku sejarah rasmi dunia mencatatkan penemuan Amerika 1492 oleh Christopher Columbus adalah titik permulaan kuasa-kuasa Barat mula berminat ‘menerokai’ dunia selain Eropah dan wilayah sekeliling yang menjadi medan permainan mereka sejak zaman kegemilangan Yunani 2,500 tahun lalu. Pelayar terkenal Vasco de Gamma pula dicatatkan sebagai orang Eropah pertama menemukan laluan pelayaran ke India 1498 lalu membuka jalan untuk mengenali dunia sebelah Timur melalui laut. Ini adalah natijah daripada pengembaraan Bartholomew Diaz 1488 yang berjaya menemui laluan selamat melepasi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di penghujung selatan benua Afrika yang terkenal sebagai kawasan bahaya ribut taufan. Warga Eropah pun mula mengenali tamadun-tamadun Islam Timur yang hebat seperti keSultanan Delhi yang menguasai benua Hindi sejak abad ke 13 serta keSultanan Melaka yang menguasai jalan perdagangan Timur-Barat sehingga pusatnya Kota Melaka dikenali sebagai Venice of the East sempena Venice di Italy, kota paling makmur di Eropah zaman itu.

Barat mula berdagang di Nusantara terutama dalam spice trade, perniagaan rempah, satu komoditi penting yang sangat diperlukan di Eropah tetapi dikawal melalui Melaka. Maka muncullah ungkapan terkenal penulis Portugis bernama Barbarosa: “Whoever is Lord in Melaka has his hand on the throat of Venice”. Sesiapa yang memerintah Melaka tangannya mencekak leher Venice. ‘Pos-pos’ perniagaan Barat mula didirikan di lokasi-lokasi penting seperti kota Melaka juga pusat kerajaan Samudera-Pasai… Tidak lama kemudian, Portugis ‘mendapat ilham’ untuk menakluki Goa di India (1510) dan kota Melaka (1511) sebelum ‘bersahabat’ dengan Haru di Sumatera untuk menakluki Pasai (1514)... Semuanya atas alasan untuk menguasai perdagangan dan itulah yang disebut dalam sejarah rasmi dunia.

Sekarang fikirkan… Adakah sejarah yang dikemukakan ini benar dan tepat? Kalau benar Vasco de Gamma adalah orang Eropah pertama menemui jalan ke India, bagaimanakah pemikir purba Yunani, Ptolemy yang diakui sejarahwan Barat sebagai salah seorang ahli falak dan pelukis peta (cartographer) teragung dahulukala boleh bercerita malah melukis sebuah peta purba yang agak lengkap tentang Golden Chersonese iaitu Semenanjung Tanah Melayu lebih 2,000 tahun lalu? Bagaimanakah orang Eropah zaman itu boleh mengenali Semenanjung sebagai bumi kaya-raya penuh emas malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang sebagai sebuah lokasi utama Solomon’s Treasure, harta peninggalan Nabi Sulaiman?

Bagaimana pula tentang Marco Polo, pengembara Barat abad ke 13 dari Venice, Italy yang terkenal dengan kisah pengalamannya merentasi jalan darat the Silk Road atau Jalan Sutera yang menghubungkan Eropah dan Asia sampai ke benua China ketika ia sedang diperintah Kublai Khan (1216-1294), cucu Ghengiz Khan? Bukankah catatannya menyebut beliau pernah sampai dan singgah di Ferlec, ataupun Perlak 1292 melalui jalan laut yang merentasi Laut Cina Selatan dan Selat Melaka? Ketika kerajaan lama Islam itu sudah diserapkan ke bawah pemerintahan keSultanan Samudera-Pasai yang sedang dirajai pengasasnya Sultan Malikus Salih?

Kitab Hikayat Aceh pula menyinggung kedatangan awal Portugis di bumi Serambi Mekah apabila menyebut kisah kerajaan Mahkota Alam berjaya menakluki Darul Kamal menggunakan meriam daripada kapal Barat yang tenggelam di perairannya. Kajian rasmi sejarah menyatakan, ini berlaku semasa Sultan Munawar Shah memerintah 1490-1497, raja yang bertanggungjawab menyatukan kedua-dua kerajaan tersebut untuk membentuk keSultanan Aceh Darussalam. Fikirkanlah. Bagaimanakah kapal Barat itu boleh muncul dan tenggelam di perairan Aceh sedangkan sejarah rasmi dunia mendakwa orang Eropah baru mengenali laluan laut melepasi Afrika ke India melalui pelayaran Vasco de Gamma 1498?

Barat juga nampaknya cuba mewarnakan ‘ekspedisi’ mereka ke Timur sebagai innocent,
sekadar demi memenuhi naluri mengembara seterusnya berdagang. Tetapi dengan menggunakan alasan ‘pedagang’ mereka ‘diganggu’ pemerintah tempatan seperti yang pernah terjadi di Melaka, mereka mampu menakluki Goa (1510), Melaka (1511) dan Pasai (1514) dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan mereka sebenarnya sudah lama merancang untuk menakluki keSultanan-keSultanan Islam di Timur.

Ia adalah taktik jangka-panjang untuk menghancurkan kekuatan umat Islam sejagat yang diterajui Khalifahan Utmaniah di Turki, kuasa ketenteraan yang terhebat di dunia zaman itu. Bukankah sejarah membuktikan, penaklukan kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia yang berjalan lancar abad 17- 19 akhirnya menyaksikan kerajaan Uthmaniyah di Turki terkepung tanpa bantuan? Lalu melututlah ia apabila kalah kepada kuasa gabungan Barat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Bukankah kekalahan itu menyebabkan Baitul Muqaddis terus terlepas daripada tangan umat Islam setelah sekian lama? Dan sampai sekarang ia tidak aman akibat penindasan demi penindasan yang dilakukan puak Yahudi Zionis.

Portugis yang merupakan kuasa laut terkuat Eropah abad ke 16 telah diberikan tugas untuk menundukkan Nusantara kerana Yahudi Zionis tahu Hadis Nabi tentang kebangkitan Islam daripada Timur.Tetapi terbukti keSultanan Aceh yang mewarisi peranan Melaka dan Samudera-Pasai amat liat untuk ditundukkan. Kemunculan Sultan Ali Mughayat Shah selepas kejatuhan Melaka 1511 menyaksikan baginda berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil yang berpecah-belah di bumi Serambi Mekah lalu menghalau Portugis keluar dari Samudera-Pasai (1524). Seterusnya baginda menakluki Haru supaya penjajah tidak boleh lagi bertapak di Sumatera.

Portugis cuba memperkudakan Johor pula untuk menawan Haru. Sebaliknya mereka dan sekutu Melayu itu telah dihalau keluar lagi malah kedudukan Portugis di Melaka pula tersepit akibat serangan demi serangan tentera Aceh. Selepas lebih seratus tahun mencuba, ternyata kuasa Barat itu tidak dapat memenuhi misi Yahudi Zionis di Timur. ‘Kebetulan’ pula tanah-air mereka di Eropah ditakluki Sepanyol 1580... Maka sampailah masanya untuk Belanda, kuasa laut baru Eropah abad ke 17 menonjolkan diri, kuasa besar yang jauh lebih licik dan kaya dengan tipu-helah sehingga berjaya menggunakan armada tentera Aceh untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka seterusnya menduduki kota itu 1641.

Cerita ini ada dipanjangkan dalam Jilid 2, bab penutup bertajuk Perang Aceh-Portugis di Melaka1629. Di samping itu, untuk memastikan supaya ancaman Aceh dapat dikekang dan Barat boleh terus mengembangkan sayap, Yahudi Zionis telah merosakkan teras kerohanian rakyat bumi Serambi Mekah melalui konflik akidah seperti dihuraikan dalam bab “Angkara Nuruddin: Mulanya kejatuhan Aceh”. Tidak lama kemudian muncul Inggeris, kuasa terkuat Eropah selepas kekalahan panglima besar Peranchis dalam Perang Waterloo 18 Jun 1815. Selepas berjaya menakluki kebanyakan keSultanan di rantau ini, mereka pun ‘membelah-dua’ lalu memfaraidkan Nusantara melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824.

Kedua-dua pihak ini diberi peranan tertentu dengan Belanda meningkatkan cengkaman ke atas wilayah-wilayah yang bakal menjadi Republik Indonesia sementara Inggeris ‘mengendalikan’ Singapura dan wilayah-wilayah yang bakal menjadi Malaysia. Sebab itu apabila bumi Serambi Mekah berjaya diduduki Belanda 1873, mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya ia tidak dapat berdiri gagah lagi... Cara paling utama, lupuskan terus keSultanan Aceh dan ini dilakukan 1903.

Apapun, bukan senang untuk terus mentadbir jajahan luas merangkumi jarak beribu batu sedangkan para pejuang tempatan terutama pahlawan bumi Serambi Mekah tidak berhenti melawan. Maka itu Belanda perlu menyediakan ‘wakil-wakil’ tempatan yang dapat memastikan Islam tidak akan bangkit terutama dari Aceh. Bukankah Hikayat Raja-raja Pasai ada menceritakan keistimewaan Samudera yang terletak di dalam Aceh sebagai tempat lahirnya ramai para wali? Sejarah pula membuktikan dari situlah muncul ramai pendakwah yang mengIslamkan seluruh Nusantara...

Para Yahudi Zionis telah mengkaji kitab ini bersama banyak lagi kitab-kitab Melayu seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang serta Hikayat Hang Tuah. Pengkajian sebeginilah yang mewujudkan golongan orientalis yang pakar tentang hal-ehwal Timur. Lahirlah jabatan pengajian oriental di universiti-universiti Barat, sekarang di merata dunia malah wujud universiti-unversiti khas seperti School of African, Slovanic dan Oriental Studies di London. Dengan cara ini, mereka dapat mengenal konflik-konflik sedia ada yang melanda kerajaan-kerajaan di rantau ini seperti perebutan takhta dan sifat kebanggaan suku-kaum tertentu. Semua ini boleh dimanipulasikan demi memastikan kepentingan mereka terjamin.

Walaupun zahirnya penjajah Barat telah lama meninggalkan bumi Timur, ‘pewaris-pewaris’ mereka telah dipilih agar pusat-pusat kekuasaan Islam terus ditekan dan tidak mampu bangkit lagi. Aceh di bawah pemerintahan Jawa keturunan Majapahit, Pattani di bawah Thailand, Malaysia pula umumnya dikekang melalui kewujudan kaum-kaum bukan Islam yang mencorakkan suasana sekarang... Percayalah, Yahudi dan Barat telah lama mengkaji sifat pelbagai suku kaum di rantau ini, juga sejarah permusuhan kerajaan-kerajaan seperti Majapahit dengan Samudera-Pasai, juga Thai yang berpusat di Sukhotai dengan kerajaan Melayu Pattani lalu memberikan ‘kemerdekaan’ kepada wilayah-wilayah yang ditakluki dengan meninggalkan para ‘waris’ yang boleh mengekang kebangkitan Islam.

Untuk memahami hakikat ini, biar kita lihat sedikit turutan peristiwa-peristiwa yang telah mewarnai sejarah Malaysia sehingga merdeka 31 Ogos 1957. Perhatikanlah secara teliti bagaimana permainan halus Inggeris yang bertopengkan konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti nanti akan mewujudkan ketegangan antara kaum yang walaupun terkawal tetapi masih kekal, cukup untuk memastikan Melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah ini yang sejati...

Penjajah Barat yang disokong para cendekiawan dan pemikir Yahudi tahu bangsa Melayu sebenarnya terdiri daripada adunan pelbagai bangsa besar seperti Arab, Parsi, Hindi dan Cina yang duduk di Nusantara menganut agama Islam mengamalkan adat budaya tempatan lalu menjadi atau ‘masuk’ Melayu. Cerita ini ada dihuraikan dalam Jilid 1 bab bertajuk “KeSultanan Perlak: Bermulanya sebuah cerita.” Maka mereka tahu salah satu cara terbaik untuk menjajah Tanah Melayu ialah merosakkan dan menghakis makna Melayu... Dengan membawa masuk orang-orang Cina dan India secara besar-besaran dan mengasingkan mereka daripada penduduk tempatan agar tidak ada peluang untuk para pendatang ini ‘masuk’ Melayu.
Pada awalnya, Inggeris setakat dapat membawa orang Cina dan bangsa lain ke Pulau Pinang dan Melaka yang dikuasai mereka sejak penghujung abad ke 18. Tetapi perusahaan bijih timah secara besar-besaran di Larut, Perak membuka peluang untuk mereka membawa masuk beribu buruh Cina melalui perantaran orang Melayu. Tempoh masa itu juga menyaksikan orang Punjab dan Pathan dibawa masuk menjadi polis atas alasan untuk ‘mengamankan’ pergaduhan demi pergaduhan di antara orang Cina yang sebenarnya dicetuskan pihak berkepentingan. Selepas Perjanjian Pangkor 1874 menyaksikan Inggeris mencengkam kukuh keSultanan Perak melalui sistem Residen, diikuti kejatuhan Selangor, Pahang dan negeri-negeri lain, lebih ramai pekerja Cina dibawa masuk disertai pekerja India yang dijadikan buruh di estet . Baca lagi Bab 12 untuk memahami ini.

Orang Cina mula menduduki pekan-pekan yang bakal menjadi bandar-bandar besar yang dibina mengikut garis-panduan penjajah. Dalam kesibukan arus ‘kemodenan’, orang Melayu pula dipinggirkan ke kampung-kampung dan kawasan pendalaman, satu polisi yang akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan jauh ke belakang dari segi ekonomi.

Polisi Inggeris membawa masuk orang Cina dan India lalu menempatkan mereka di kawasan-kawasan tertentu sebenarnya adalah strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta ketuanan Melayu demi memalapkan syiar Islam dan memastikan tidak ada ruang untuk ia kembali bangkit nanti. Untuk melaksanakan ini, pergaulan antara kaum-kaum pendatang dengan orang Melayu mesti dihadkan kerana Barat tahu sejarah lampau telah membuktikan orang luar, anak cucu atau keturunan mereka yang menetap di Tanah Melayu dan berinteraksi rapat dengan penduduk tempatan akhirnya akan ‘masuk’ Melayu!

Sebab itu orang Cina dibiarkan beroperasi dan menetap di sekitar kawasan-kawasan lombong, Melayu pula di kampung-kampung dan India di kebun-kebun. Maka itu buat pertama kalinya dalam sejarah bumi Melayu yang sebenarnya meliputi beribu tahun tamadun gemilang percampuran kaum berbagai latar-belakang dengan Islam sebagai faktor pengikat kesemuanya, pendatang boleh menetap dan beranak-pinak tanpa perlu berbaik-baik dengan orang Melayu, apalagi hendak ‘masuk’ Melayu. ...

Bangsa pendatang ini juga diberikan tempat di pekan-pekan kerana penjajah tahu, kebanyakan suku-kaum Cina yang dibawa masuk bersifat materialistik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wang, harta-benda dan kekayaan. Untuk makluman, kaum Cina mempunyai banyak pecahan sepertimana bangsa Melayu mengandungi suku-kaum Bugis, Jawa dan sebagainya. Tidak semuanya gilakan harta benda, misalnya para penganut Taoism atau ajaran pendita terkenal Lao Tze yang hampir menyamai pengajian Tasawuf lalu tidak mementingkan harta dunia.

Mereka menjadi amat berguna dalam menghakis kekuasaan orang Melayu terutama apabila diberi peluang untuk maju dalam dunia perniagaan, Ini kerana golongan Cina materialistik ini bersifat seperti orang Yahudi juga, tidak peduli halam-haram, biasa memakan riba’ dan membuat keuntungan atau ‘penyembelihan’ berlebihan. Semua ini adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang supaya orang Melayu tidak boleh bangkit kembali setelah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu. Kalau bangkit pun, setelah ‘menjadi’ Cina... Apabila orang Melayu sanggup mengenepikan prinsip-prinsip Islam seperti jujur dalam perniagaan dan tidak membuat keuntungan berlebihan, sanggup memakan riba’ dan wang haram...

Sistem yang ditinggalkan penjajah memaksa orang Melayu yang mahu mengejar kekayaan supaya mengenepikan nilai murni Melayu sejati yang tidak boleh dijual-beli. Jadilah mereka orang-orang ‘Melayu Baru’ yang amat membanggakan dunia korporat perniagaan sehingga sanggup menjual maruah bangsa, sanggup bermain-main dengan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan riba’ dan rasuah yang ‘diIslamkan’. Natijahnya, syiar Islam sebenar tidak dapat bangkit kerana banyak perkara yang tidak patut telah ‘dihalalkan’… Tinggallah Islam kulit di mana masjid-masjid besar yang indah lagi megah didirikan dengan duit bercampur halal-haram riba’ dan penipuan perniagaan sedangkan isinya kekurangan jemaah, tidak ubah seperti jiwa Melayu sekarang yang rata-rata kehilangan arah!

Kemasukan kaum pendatang sebagai His Majesty’s subjects, rakyat naungan Raja British yang sengaja diasingkan juga menerbitkan ketegangan kaum yang boleh digunakan Inggeris bila-bila masa untuk menekan orang Melayu. Apabila perlu, penjajah yang licik ini boleh mencetuskan pergaduhan di kawasan penempatan pendatang kemudian menghantar tentera ataupun polis atas alasan untuk mengamankan rakyat naungan British. Walhal hakikatnya, ini membenarkan mereka menceroboh masuk ke mana-mana wilayah Melayu sesuka hati mereka pada bila-bila masa…

Kehadiran pendatang yang semakin ramai sehingga hampir menyamai jumlah orang Melayu asal pula memastikan tidak akan wujud lagi Tanah Melayu dalam erti-kata sebenar di mana Syariat Rasulullah SAW diutamakan, orang Islam wajib membayar zakat dan bukan Islam membayar cukai kepala ataupun fidyah. Negeri-negeri Melayu dipaksa menerima civil law atau undang-undang awam Barat ciptaan para pemikir Yahudi yang sebenarnya penuh penindasan halus di sebalik nama muluk hak asasi manusia, kononnya untuk bertimbang-rasa terhadap orang bukan Islam, seolah-seolah Syariat Nabi tidak mampu berlaku adil terhadap mereka.

Sampai masanya, British yang memang sudah lama mahu menghapuskan ketuanan dan kedaulatan orang Melayu ‘memujuk’ raja-raja supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael 1945. Persetujuan ini akan menerbitkan Malayan Union, gabungan negeri-negeri Melayu yang akan diperintah langsung oleh seorang kepala Inggeris lalu melupuskan kekuasaan institusi raja-raja yang telah berdiri beribu tahun. Nasib baik orang Melayu sedar lalu bangkit beramai-ramai menentang. Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan 1948 sebagai jalan tengah… Dan dari situ orang Melayu Semenanjung mula celik mata untuk menuntut kemerdekaan.

Apabila orang Melayu terus-menerus menuntut kemerdekaan dengan lebih teratur dan petah menyuarakan hak sehingga penjajah tidak ada jalan lain lagi untuk terus mencengkam Tanah Melayu secara langsung, Inggeris pun meletakkan syarat bahawa orang Cina, India serta bangsa pendatang lain mestilah diberi hak kerakyatan yang sama jika Persekutan Tanah Melayu mahu dilepaskan. Dilihat secara imbas, syarat ini memang munasabah atas prinsip demokrasi untuk menghormati hak semua pihak... Tetapi jika dikaji secara mendalam, ia sebenarnya bertujuan untuk terus mengekang ketuanan orang Melayu apabila Inggeris meninggalkan tanah ini nanti, sekali gus memastikan Islam sejati tidak boleh bangkit lagi di sini.

Sayangnya ramai termasuk orang Melayu sendiri tidak sedar permainan licik ini kerana telah dimomokkan dengan kenyataan Inggeris berbuat begini sebagai ‘tanggung-jawab’ untuk memastikan kesejahteraan kaum lain terjamin. Maka sejarah rasmi mencatatkan mereka sebagai ‘adil’ lagi ‘bertimbang-rasa’ kerana ‘membela’ nasib bangsa Cina, India dan lain kaum pendatang sedangkan hakikat sebenarnya jauh panggang dari api…

Nasib baik ada hak keistimewaan Bumiputera melindungi orang Melayu. Kalau tidak negara ini sudah lama diperintah bukan Islam. Itupun konsep Bumiputera yang diwujudkan kemudian sebenarnya mengurangkan makna sebenar Melayu kerana ia meliputi bangsa lain bukan Islam seperti orang Asli dan Dayak. Hakikatnya, ia juga adalah natijah licik penjajahan Inggeris yang cuba mengKristiankan sebanyak mungkin warga tempatan.

Apapun, hak ini ternyata tidak cukup untuk menjaga kesejahteraan anak watan. Ini dibuktikan apabila tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969, apabila bangsa lain yang sudah lama menguasai ekonomi negara akibat polisi penjajah dengan angkuhnya mencerobohi bidang politik yang selama ini dikuasai orang Melayu. Peristiwa ini adalah natijah besar pemikiran licik Barat mengasingkan kaum pendatang daripada Melayu yang dilakukan abad ke 19. Maka untuk memastikan ia tidak akan berulang, ekonomi orang Melayu perlu diperkasakan melalui DEB (Dasar Ekonomi Baru).

Malangnya, lebih 30 tahun kemudian, ternyata orang Melayu masih jauh ketinggalan daripada mencapai sasaran DEB yang diwujudkan untuk memberi pegangan ekonomi negara 30 peratus kepada Bumiputera. Apa-apa usaha untuk membawa bumi ini kembali kepada pengamatan Islam yang sebenar pula sering terbantut kerana konsep demokrasi berparlimen ciptaan Yahudi membenarkan negara dikuasai ramai manusia buruk akhlak yang amat pandai bertopengkan akhlak mulia tetapi akan bertindak untuk memastikan setiap usaha untuk menjadikan negara ini kembali Melayu dan Islam dalam erti-katanya yang sebenar tidak akan berjaya. Kalau bergerak pun, sekadar cukup untuk melaksanakan Islam kosmetik demi mendapatkan undi dan memegang kerusi di Parlimen. Kehadiran tokoh-tokoh bukan Islam yang mencorakkan kurikulum pelajaran pula memastikan generasi sekarang tidak akan mengenal apakah erti kebesaran sejati bangsa Melayu malah dibawa menjadi semakin keBaratan pula…


Selasa, Februari 17, 2009

Pandangan saya terhadap Tingkat Empat dan lain-lain proksi syaitan manusia @ Zionis

Gambar ini ditemui sebaik sahaja membuat google-search menggunakan keyword "satan"...

Salam semua. Buat masa ini saya masih malas untuk membuat apa-apa posting baru di mana-mana blogspots saya. Tetapi sebaik sahaja terbaca posting terbaru di laman blog Tun Mahathir, terus terasa ingin membuat copy and paste isinya seraya menaikkan point-point tertentu. Sesungguhnya saya dan ramai orang sudah lama memerhatikan gelagat pelbagai pihak terutama mereka-mereka yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada kuasa pengkalan Zionis di selatan.

Mereka-mereka ini cukup pandai bermain persepsi politik sambil berlakun muluk kononnya 'ikhlas' ingin memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Mereka juga sebenarnya berperanan memporak-porandakan keadaan negara dengan arahan menurut grand-design pihak luar yang ingin melihat bangsa Melayu dan raja-rajanya terus hilang kuasa kalau pun tak luput terus dari mukabumi ini. Mereka ibarat bidak catur yang dimainkan satu pihak besar... bidak catur lain pihak ini pula beroperasi melalui topeng pakatan politik yang menentang kerajaan sekarang. Nampak seperti dua buah bidak yang tidak berpihak sama tetapi sebenarnya digerakkan oleh tangan-tangan ghaib yang "satu kepala" juga (teringat perkataan The Invisible Hand yang disebut oleh Adam Smith dalam karangan kapitalisnya The Wealth of Nations).

Permainan kini sudah begitu lanjut sehingga pusing mana pun keadaan, orang Melayu tetap dalam keadaan rugi. Sejak selesai pilihanraya kebangsaan ke 12, kerajaan sering sangat terpaksa memberi muka kepada orang bukan Melayu agar dapat dianggap terus relevan sedangkan pihak yang menentang telah terang-terang menunjukkan keinginan mereka mahu mewujudkan "Malaysian Malaysia", satu ideologi lapuk parti tertentu negara ini yang pernah cuba diwar-warkan oleh satu parti politik lebih awal yang menguasai sebuah pulau penuh 'meritokrasi' atas nama keadilan, hak asasi manusia dan segala macam retorik celaka ciptaan Zionis yang mula diwar-warkan melalui gerakan sophistry di Greek, Eropah 400 tahun Sebelum Masihi.

Walaupun saya cuma seorang nobody berbanding mereka-mereka ini, rasanya tidak keterlaluan jika saya menyebut ada antara mereka sudah saya kenali semasa zaman kolej (dan mereka juga mengenali saya), ada pula dikenali kemudian atas sebab-sebab tertentu lalu saya tahu sedikit sebanyak perangai sebenar mereka di belakang tabir. Ini dia, isi posting Tun Mahathir dan point-point yang ingin diketengahkan. Hmm... eloknya juga saya menambah mana yang patut.

-------------------


1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

Hmm... teringat cerita belakang tabir betapa seorang setiausaha politik boleh memerintah dan memaki-hamun menteri sesuka hati!

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

Memang banyak pun kaya. Kalau tak mana boleh dapat RM2 juta untuk seseorang membeli persatuan pelajar. Itu baru persatuan pelajar. Bayangkan berapa juta yang dibelanjakan untuk jawatan-jawatan politik yang sudah tentu lebih tinggi.


3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

Sedap wooo... tu yang terasa diri-diri mereka besar mengalahkan raja. Umur bawah 40 tahun tapi boleh pijak kepala orang-orang lama yang berpangkat bapa dan datuk mereka!

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

Rasanya ramai yang tahu betapa pengumuman untuk meletakkan jawatan itu mungkin sekadar taktik untuk membeli masa akibat merasa tertekan dahulu...


5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

Ya. Saya tak percaya ia khabar angin...

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

Teringat cerita tentang bagaimana ketika Pak Lah sedang berbual dengan Musa Hitam untuk meminta nasihat untuk mengatasi kemerosotan sokongan, datang seseorang yang lagi 'pandai' terus memberi nasihat lain...

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

Saya percaya dahulu lagi semasa Pak Lah baru naik menjadi Perdana Menteri, Najib bercadang untuk membuat usul undi tidak percaya atau sesuatu yang serupa dalam mesyuarat agung UMNO. Tiba-tiba pula muncul kes Altantuya lalu Najib kelihatan terus menyokong Pak Lah tanpa sedikit pun menentang...


8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

Biasa le. Orang lebih pentingkan duit dan kedudukan sendiri dari keselamatan dan kesejahteraan negara...

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

Sebab yang dalam UMNO, mahupun di luar UMNO beroperasi untuk mencapai tujuan yang sama dalam hal ini. Lemahkan Melayu dan inilah yang kita lihat terus berlaku dalam zaman Pak Lah...

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

No comment...

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

Sudah terang lagi bersuluh. Minta maaf Pak Lah tetapi itulah keadaannya...

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

Inilah serangan Israel terhadap Gaza versi Malaysia...

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

Takut terzahir hadis Nabi Muhammad SAW "umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tak dapat berbuat apa-apa" di sini nanti... nauzubillah!

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

Dah memang itupun misi sulit mereka...

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

Hahaha! Tun buat kelakar. Sekian...

Lupa pula, p/s: Kepada sesiapa yang terasa, jangan perasan ek... :]

Rabu, Februari 11, 2009

Kemelut politik Perak. Apa cerita?


Gambar diambil dari artikel Salam dari tepian Sungai Perak . Lihat juga artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! dan Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! yang turut dibuat Jun 2008.

Allah! Terasa berat betul saya mahu menulis kali ini tetapi disebabkan saya sudah berjanji, maka eloklah dimulakan. Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang situasi serta kekalutan politik di Perak apabila 3 orang ADUN dari Pakatan Rakyat keluar menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional diikuti seorang ahli UMNO yang masuk kembali parti itu setelah 'bersantai' sebentar dalam Pakatan. Ini memberikan mereka majoriti yang menghalalkan pertukaran kerajaan di Perak. Walaupun dari segi prinsip dan maruah cara ini salah kerana melibatkan lompat-lompat parti sambil mengenepikan janji-janji asal ketika meraih sokongan pengundi dahulu, apa lagi hendak dikatakan kerana inilah yang boleh berlaku dalam sistem demokrasi ciptaan Yahudi. Alangkan Anwar Ibrahim dahulu sering melaung-laungkan mahu menukar kerajaan peringkat nasional dengan cara menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen Barisan masuk ke Pakatan, kini taktik yang sama telah kena batang hidung sendiri. Jadi apa mahu lagi dikatakan ya tak? Takkan buat orang boleh, bila orang buat kita tiba-tiba semuanya jadi salah belaka?

Saya sebenarnya tak pasti apa yang mahu diperkatakan di sini. Semasa bercadang mahu menulis tentang kemelut di Perak hari Khamis (tetapi tergendala kerana kurang masa dan sibuk dengan hal lain), kerajaan belum betul-betul bertukar tangan kecuali menunggu keputusan Sultan Perak samada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima majoriti Barisan untuk membentuk kerajaan. Saya berpendapat elok juga sultan menunda keputusan untuk beberapa hari... sekurang-kurangnya untuk menunjukkan hak raja menentukan keadaan di kala konsep ketuanan Melayu terus diinjak-injak. Walaupun saya tidak berapa menyokong institusi diraja Tanah Melayu penghujung abad ke 19 ke atas yang saya lihat disokong oleh Inggeris yang memilih anak-anak raja yang sanggup mengikut kata-kata mereka untuk menaiki takhta, secara rata saya masih menjunjung tinggi institusi itu sendiri sebagai lambang ketuanan dan kepimpinan tertinggi orang Melayu.

Hmm... biarlah saya meluahkan sahaja perasan tanpa perlu apa-apa aturan ya. Dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" telah saya nyatakan bagaimana serangan dan siri penjajahan ke atas Tanah Melayu sebenarnya merupakan kesinambungan Perang Salib di Timur Tengah untuk menjatuhkan Islam seraya membenarkan Yahudi menduduki Baitul Muqaddis dalam rangka kerja besar untuk menakluki dunia. Untuk terus mencengkam melalui proksi-proksi mereka iaitu kuasa-kuasa penjajah seperti Inggeris dan Belanda, mereka harus menjatuhkan institusi diraja yang asalnya cuma diterajui insan berjiwa tinggi yang mendapat naungan dari langit. Jika tak dapat, kurangkan pengaruh institusi ini seperti yang berlaku selepas Perjanjian Pangkor 1874 di mana kuasa raja dihadkan kepada adat-istiadat Melayu dan hal-ehwal Islam sahaja. Sambil itu naikkan raja-raja yang sudi menurut telunjuk mereka, salah satunya dengan mendidik mereka cara Barat seperti apa dilakukan melalui kewujudan Maktab Melayu Kuala Kangsar atau MCKK yang banyak membentuk golongan pemerintah dan elit Melayu kini.

Ah... kalau nak cerita sebiji demi sebiji akan jadi panjang pula. Cari le sendiri dalam penulisan saya yang lepas-lepas di sini kalau tak di siri buku "Berpetualang ke Aceh". Kita terus melompat ke tahun 2008, pilihanraya ke 12.

Terus terang saya cakap, saya adalah antara sejumlah orang yang mengharapkan kemenangan bermakna untuk Pakatan Rakyat. Bukan kemenangan mutlak tetapi kemenangan bermakna agar two party government atau kerajaan dua parti dapat diwujudkan seperti di Amerika dengan parti Republican dan Demokrat nya dan Britan dengan parti Labour dan Conservative nya. Ini kerana saya merasakan Barisan Nasional sudah jadi terlalu angkuh, suka-suka sahaja boleh menggubal undang-undang atau membuat apa-apa polisi tanpa perlu mendapatkan sokongan dan pandangan orang di luar lingkungan mereka lalu tidak dapat ditahan lagi. Kalau ada parti lain cukup kuat seperti Pakatan Rakyat maka tak lah dapat mereka terus begitu angkuh mempermainkan hak orang lain ya tak?

Sebaliknya saya melihat keadaan negara jadi lebih kalut. Setiap hari kita dengar orang berpolitik, buat statement, buat demonstrasi dan sebagainya dan dalam keadaan itu, orang Melayu makin kehilangan hak, tanah dan sebagainya... sedangkan kita tak tahu, mungkin di sebalik kekalutan ini, sebahagian Johor telah tergadai ke Singapura menurut lunas undang-undang akibat tangan-tangan cemar pengkhianat bangsa yang cukup pandai berselindung di sebalik slogan perjuangan demi agama, bangsa dan negara!

Aduh... apabila memikirkan ini saya jadi sangat rimas dan terus malas menulis. Cukuplah dinyatakan, sejak naik Pak Lah sebagai perdana menteri, Malaysia semakin kalut. Saya percaya dalam barisan Pak Lah, ada orang-orang tertentu yang mendapat arahan dari luar agar sengaja mewujudkan segala kekalutan... keadaan kalut yang sangat merugikan orang Melayu hingga perkataan ketuanan Melayu dipandang begitu jijik sedangkan ia cuma digunakan untuk menyatakan hak kita sebagai tuan tanah yang sudi berkongsi tempat dengan pendatang yang asalnya dibawa masuk British. Keadaan jadi begitu kalut sehingga untuk Barisan mendapatkan sokongan kini mereka harus memberi banyak muka kepada bangsa lain. Pakatan Rakyat pula kelihatan semakin nyata memang mahu memberi keutamaan kepada bangsa lain atas nama kesaksamaan dan keadilan serta hak asasi manusia.

Maaf jika kata-kata saya tidak teratur. Saya cuma ingin meluahkan rasa dalam keadaan berat, bukan hendak meraih apa-apa sokongan ataupun pengaruh. Seperti disebut awal tadi, pada mulanya saya salah seorang yang meraikan kenaikan Pakatan Rakyat. Tetapi apabila berlaku kes seperti penduduk kampung baru di Perak yang rata-ratanya Cina diberi hak milik kekal terhadap tanah yang sebenarnya diambil oleh British dari tangan Melayu pada zaman darurat komunis tahun 1960an, maka saya rasa sudah patut kerajaan negeri digantikan walaupun dengan cara jijik melompat parti yang mungkin melibatkan habuan wang berjuta berserta peras-ugut melalui dakwaan kes rasuh.

Dah... saya benci melihat kekalutan ini. Saya percaya di luar sana juga ramai orang Melayu yang gelisah termasuk waris-waris Selempang Merah Kiyai Haji Salleh (yang sebenarnya membawa amalan Tariqat Qadiriyah peninggalan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani) yang sudi mati dan bermandikan darah jika perlu untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin diperlekehkan. Perbuatan sesetengah golongan menghina Sultan Perak dan keluarga kerana kemelut terbaru ini sangat tidak patut dan mendukacitakan. Ini bukan soal saya menghormati sultan tetapi menjunjung tinggi institusi kesultanan sebagai lambang ketuanan Melayu. Dah...

Selasa, Februari 10, 2009

Beberapa barangan lama dan kenangan di sebaliknya...

Assalamualaikum. Setelah tergendala beberapa hari akibat kesibukan dan pelbagai perkara, biar disambung kembali proses penceritaan yang sepatutnya sudah siap Jumaat malah Khamis lalu...


Lihat gambar ini. Sebuah topi keledar buruk di atas kotak bersalut kain kuning, sebuah jaket kulit lama diletakkan di atas t-shirt merah berserta seluar jeans dengan hujung kaki dimasukkan ke dalam kasut but kulit tinggi yang sebenarnya kasut menunggang kuda lalu segalanya dibentuk seperti orang-orang di bawah tangga. Untuk makluman semua ini adalah antara pakaian-pakaian lama milik saya yang baru ditemui kembali 2-3 minggu kebelakangan ini.


Ini pula sehelai jubah yang dibeli dari Tanah Arab semasa menunaikan umrah pertengahan 2005. Saya sangkakan jubah ini berserta beberapa helai jubah lain yang dibeli di Mekah dan Madinah (dah tak ingat yang mana dibeli di Mekah, yang mana di Madinah) telah hilang... rupa-rupanya ada bersama selonggok pakaian dan barangan lain yang ditumpangkan di rumah seorang kawan di Janda Baik sejak awal 2006, iaitu sejak saya keluar dari rumah penulis buku politik Pak Habib @ Syed Hussein al-Attas.

Selama ini, saya ingatkan saya keluar dari rumah Pak Habib tahun 2005. Memang pun saya mula jarang menginap di rumahnya sejak tahun itu, akibat sebab-sebab tertentu. Tetapi tahun 2006 baru saya secara rasminya keluar dari rumah itu dengan membawa keluar segala barangan saya... bukan segala sebenarnya kerana ada beberapa buku kegemaran saya tertinggal di pejabat Pak Habib di Gombak lalu hilang entah ke mana dan saya pun sudah malas hendak bertanya.

Sekitar 2 minggu lepas iaitu setelah naik ke Bukit Fraser, saya telah bermalam di Janda Baik lalu mengambil barangan saya yang tertinggal di sana. Sukacita saya kerana menemui beberapa barangan lama yang disangkakan sudah lama hilang... lebih penting lagi kerana kenangan serta cerita yang terkait dengan barangan tertentu.

Misalnya jubah ini... dalam beberapa helai jubah yang saya beli di Madinah kemudian Mekah (ada beberapa belas, mungkin 20 helai, saya hadiahkan kepada orang kecuali 4 untuk pakaian sendiri), inilah jubah yang saya pertama kali pakai, pada hari Khamis kalau tak salah ingatan, 2-3 hari lagi sebelum kembali ke tanah-air.

Kalau nak cerita segalanya agak panjang. Insyaalaah akan saya luahkan di blogspot ini apabila sampai masanya bercerita tentang umrah 2005 itu. Cukuplah diberitahu, dengan jubah ini, saya telah bersolat Asar di hadapan Ka'abah di Masjidil Haram kemudian keluar menaiki van lebih 5 batu untuk ke kaki bukit Jabal Nur sebelum mendaki berjalan kaki ke puncak yang tingginya melebihi 1,600 kaki.

Alhamdulillah, saya dapat mengekalkan air wudhuk hingga ke atas. Selepas duduk di dalam Gua Hira' seorang diri, tempat Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama lebih 1,400 tahun lalu, saya naik dan duduk di atas batu yang menjadi bumbung gua. Apabila hendak bangun, bahagian sisi kanan bawah jubah terkoyak kerana tersangkut di bahagian peha. Koyak itu masih ada hingga kini...



Ini pula koleksi topi yang dibawa kembali dari Janda Baik. Suatu masa dahulu, saya ada lebih 30 topi sebegini, mungkin hampir 50 semuanya hadiah dari syarikat-syarikat besar semasa saya masih bertugas sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times, ada yang berharga RM300-RM400 sebuah! Semasa itu, saya memang suka memakai topi terbalik apabila keluar berjalan-jalan mahupun membuat kerja. Lalu ada masanya saya tercicir atau tertinggal topi entah di mana-mana... kemudian ada pula yang dihadiahkan kepada orang lain. Maka apa yang tinggal kini cuma 15 buah topi. Sebahagiannya saya letak di dinding ini sebagai hiasan.


Setelah mengambil barangan di Janda Baik, sampailah masanya untuk mengambil baki barangan yang ditinggalkan di rumah ibu saudara di Ampang tempat saya menumpang 2-3 tahun kebelakangan pula. Antara yang diambil adalah 2 biji gitar dengan amplifier yang kelihatan. Lalu saya atur begini agar ia dapat turut dijadikan hiasan...





Kebetulan ketika itu motosikal besar saya ada disimpan di dalam rumah kerana beberapa hari kebelakangan itu banyak keluar dengan kereta dan kami suami isteri sering tidur luar. Maka eloklah juga dipaparkan bersama lalu dapatlah saya mengaitkan cerita...

Untuk pengetahuan, jaket kulit buruk yang kelihatan ini dibeli di England pada tahun 1992 dengan harapan satu hari nanti saya akan mampu membeli motosikal besar sendiri lalu dapatlah dipadankan sama. Pada pertengahan tahun 1996, setelah 9 bulan gitu bekerja di The New Straits Times, barulah saya dapat membeli motosikal Yamaha Virago 535cc ini.

Sayangnya jaket kulit itu kini sudah rosak sedangkan saya sudah ada jaket kulit baru yang lebih elok. Maka itu saya tergerak untuk menggantungnya menjadi hiasan sebagai kenang-kenangan. Kebetulan saya ada t-shirt merah yang sebenarnya masih elok tetapi belakangnya sedikit sudah dimakan tikus. Bersama sehelai jeans yang turut diambil dari Janda Baik, jeans yang kini kurang muat di bahagian perut dan punggung (hehe!) saya rasa dapatlah ia dijadikan orang-orang hiasan dengan diletakkan bersama but kulit sekali.

Untuk makluman, but ini pun sebenarnya sedikit sempit. Ia adalah hadiah dari pihak polis berkuda Putrajaya ketika bandar Putrajaya masih diliputi hutan kelapa sawit dan sedikit bahagian terbuka, pasukan polis awal yang baru ditubuhkan untuk meronda bandar itu apabila siap nanti. But ini ada disebut dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?", tentang bagaimana ketika melawat Masjid Kota Lama Kanan di Perak stokin saya terasa basah sedangkan but itu kalis air lalu ini membawa saya untuk membuka but dan masuk ke dalam masjid sehingga terjumpa sebatang batu nesan yang menandakan tempat hilangnya sultan kedua Perak, Sultan Mansur Shah ketika bersolat Jumaat 450 tahun lalu. Cuma apabila diambil balik dari Janda Baik, saya mendapati buckle sebanyak 4 di kiri 4 di kanan sudah hilang. Tak apa le, cukuplah ia menjadi hiasan dan kenangan.

Oh, lupa pula. Gitar eletrik berwarna merah berjenama Washburn yang kelihatan dalam gambar turut dibeli di England 1992. Ia adalah hadiah dari buah hati saya ketika itu. Hmm...




Berbalik ke barangan dari Janda Baik. Turut dibawa balik adalah sebahagian tasbih dibuat dari batang kurma yang dibeli semasa umrah 2005 dan kitab himpunan doa dan hizib Imam Abul Hassan as-Shadzili yang dibeli di sekitar Masjid India tahun 2003, sejurus sebelum saya pertama kali menziarahi makam wali Allah Tok Pulau Manis yang hidup di Terengganu lebih 300 tahun lalu. Saya ada membeli sejumlah tasbih untuk dihadiahkan kepada orang tetapi cuma dua utas disimpan untuk diri sendiri sedangkan satu utas tasbih kayu koka saya terima sebagai hadiah orang di Mekah.

Tasbih kayu koka itu telah saya hadiahkan kepada orang apabila talinya terputus di hadapan makam Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka 2 - 3 tahun lalu. Tasbih yang disimpan pula adalah dari batang kurma, tasbih pertama yang saya beli di Tanah Arab, ketika pertama kali sampai ke Masjid Quba', masjid pertama didirikan Rasulullah SAW sekitar 5 batu di luar Madinah. Kemudian saya ada membeli sejumlah lagi tasbih batang kurma di sebuah bukit kecil di Jabal Uhud, bukit di mana para pemanah Islam pernah membuat kesilapan besar apabila keluar dari barisan dalam Perang Uhud. Seutas sahaja saya simpan dari koleksi yang dibeli dari seorang perempuan tua yang merupakan satu-satunya orang yang berniaga betul-betul di atas puncak bukit. Saya pun tak pasti, baki tasbih yang masih ada (buahnya sudah terlucut) itu apakah dari Masjid Quba atau Jabal Uhud... atau kedua-duanya sekali.


Seperti disebut awal tadi, cerita ini juga satu cerita tentang keadaan terkini Perak sepatutnya siap dipaparkan Jumaat lalu tetapi tidak sempat. Ketika mengambil isteri pulang petang itu, ada pula kayu-kayu roller cable yang menarik terbuang di pejabatnya lalu kami bawa balik untuk turut dijadikan hiasan rumah.

Hmm... di sini elok juga disebut, topi keledar yang kelihatan adalah pakaian saya dahulu mengembara menaiki motosikal seluruh Semenanjung seorang diri. Kain kuning itu pula adalah sebahagian dari kain sepanjang 6 atau 8 meter, saya sudah lupa... mungkin 9 meter yang dibeli tahun 2002 atas nasihat seseorang untuk dijadikan cadar katil kerana menurutnya dengan itu dapatlah saya mencari salasilah keluarga dan memahami apa-apa yang musykil.

Saya masih ingat kali pertama tidur di atas katil kuning (sebenarnya cuma tilam disalut kain kuning yang katanya warna kuning diraja Perak, kuning Selangor lain...) . Pada malam itu terbau bermacam-macam bau wangi lalu seluruh badan saya terasa diurut-urut. Keesokannya timbul semacam seri yang luar biasa dari seluruh tubuh saya. Tetapi seketika itu juga terdetik di hati mengatakan, ini bukan jalan yang sepatutnya saya ambil jika mahu betul-betul mengikut tauladan perjalanan Tasawuf para leluhur.





Alang-alang sudah menyebut tentang kayu roller cable, sukacita diyatakan saya dapat mengambil 3 biji dan satu dapat diletakkan di luar rumah untuk melengkapi koleksi kayu (dan batu) entah apa-apa entah yang turut diambil dari Janda Baik dan Tanjung Sepat. Sila lihat artikel Mencari kayu di sekitar Tanjung Sepat... yang ditulis Khamis lalu. Dengan ini tamatlah luahan cerita tentang perkara barangan lama. Sekian! :]

p/s: Sebenarnya saya semakin terasa malas hendak menulis tentang apa yang berlaku di Perak kerana terasa jijik dengan perkembangan seterusnya yang berlaku. Tetapi oleh kerana saya sudah berjanji akan menulis tentangnya, insyaallah tetap akan saya buat nanti dalam waktu terdekat walaupun ringkas. Selamat...


Jumaat, Februari 06, 2009

Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

Salam Jumaat lagi untuk semua. Biar  dilepaskan sambungan gerak penceritaan yang tidak sempat dibuat semalam...

OK. Seperti yang ramai tahu, sudah bertahun saya hidup dalam keadaan asyik mengembara ke sana ke mari. Setelah kahwin sekali lagi hampir 2 bulan lepas pula, setiap kali hujung minggu saya dan isteri mesti keluar ke mana-mana... sementara ada peluang, lagipun kebetulan dalam tempoh itu banyak cuti umum dari hari Krismas sehingga ke Maal Hijrah, Tahun Baru 2009 dan Tahun Baru Cina.

Hujung minggu lalu kami berjalan lagi. Atas sebab-sebab tertentu saya harap inilah kali terakhir kami keluar berjalan jauh dalam waktu terdekat kerana sudah sampai masanya kami lebih banyak duduk di rumah seperti orang lain. Kalau nak berjalan jauh lagi, mungkin pertengahan Mac kerana perlu menghadiri majlis kahwin saudara di Pahang.

Di sini biar dilepaskan penceritaan perjalanan hujung minggu lalu sekali gus ya, penceritaan yang cuma dapat dibuat di sini setelah melepaskan bahagian-bahagian tertentu di blogspots lain...


Seumur hidup isteri tidak pernah pergi ke Bukit Fraser. Saya pula kali terakhir naik ke sana sekitar pertengahan 2007. Maka untuk hujung minggu lalu saya merancang untuk membawa isteri bermalam di sana. Sebaliknya saya mendapat panggilan dari kawan saya Shamsul Yunos untuk menghabiskan sedikit perjalanan untuk projek buku masjid.

Seperti disebut dalam artikel Satu Jumaat dan projek buku masjid yang dibuat 2 minggu lepas, fasa perjalanan projek ini boleh dikira tamat dengan selesainya perjalanan ke utara yang dibuat Disember 2008, diikuti proses penulisan semua yang telah disiapkan dalam seminggu dua kebelakangan. Ini kerana yang tinggal adalah masjid-masjid di sekitar Lembah Kelang yang sudah pun saya tahu keadaannya sedangkan Shamsul sebagai jurukamera boleh pergi ke sana bila-bila masa sahaja tanpa kehadiran saya. Cuma ada seperti masjid Sungai Cincin di Gombak yang dia tak tahu kedudukannya. Dan ada masjid di Ulu Dong, Raub dan Kuala Lipis yang perlu ditunjukkan kembali kerana dahulu ketika menamatkan perjalanan ke Pantai Timur, kami sampai waktu malam, tak sempat mengambil gambar-gambar yang elok.

Jadi bagaimana ini? Isteri telah berharap mahu bermalam di Bukit Fraser. Saya pun ingin membawanya ke sana tetapi apa guna berehat jika masih ada kerja yang tertunda? Saya pun memilih untuk menyelesaikan kerja walaupun kalau ikutkan tak perlu lagi ke tempat-tempat ini kerana bahagian saya telah selesai. Lagipun saya memang mahu Shamsul menikmati satu masakan kegemaran saya iaitu gulai asam rong di Raub.

Sampai hari Sabtu di mana kami sepatutnya bergegas ke Raub seterusnya Kuala Lipis, Shamsul pula ada hal. Sepatutnya kami berjumpa di Masjid Wilayah tetapi setelah menunggu 2 jam di rumah baru mendapat khabar. Nasib baik dia memberitahu ketika saya baru keluar dari Bandar Tasik Puteri. Saya pun membuat keputusan untuk naik ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Bahru, itu yang lalu di empangan Hulu Selangor. Lihat artikel A look at the Sungai Selangor dam and catchment yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH semalam.


Shamsul meminta maaf atas pertukaran rancangan yang tidak diberitahu lebih awal. Katanya, kalau saya sanggup, biar ia dialih ke hari Ahad. Hmm... pada saya elok juga. Saya boleh bawa isteri pergi ke Bukit Fraser sebelum bermalam di Janda Baik. Kemudian kami semua boleh berjumpa di Genting Sempah sebelum bergegas ke Raub dan Kuala Lipis.

Sampai di kaki Bukit Fraser pula kelihatan banyak kereta menunggu. Rupa-rupanya kerana mengikut jadual turun-naik akibat jalan naik atas yang sempit. Ah... ingatkan masalah ini dah selesai apabila jalan baru di bahagian lain dibuka setahun dua lalu, jalan baru jadi jalan naik, jalan lama jadi jalan turun. Rupa-rupanya tak juga. Jalan baru selalu dilanda tanah runtuh. Sila lihat artikel At the foot of Fraser's Hill... di BERPETUALANG KE ACEH.


Apapun kami sampai di kemuncak Bukit Fraser. Lihat sahaja le gambar-gambar serta slideshow yang dibuat pada artikel Enter Fraser's Hill dan More of Fraser's Hill..., juga di BERPETUALANG KE ACEH ya...

Kami sempat berjalan hampir ke seluruh pelusuk bukit itu yang boleh dilalui dengan kereta. Masuk jam 6 baru turun melalui jalan menghala ke Raub. Ternyata ada bahagian jalan yang rosak teruk. Sila lihat Down from Fraser's Hill towards Raub...


Kami sampai ke Janda Baik malam hari. Setelah bermalam di surau, kami pergi ke satu bahagian sungai yang agak tersorok... sambil mandi dapat mencari sedikit batu-batu yang boleh dijadikan hiasan.

Kemudian timbul gerak untuk melihat satu bahagian sungai lain yang juga sedikit terpencil, satu bahagian yang sudah lebih setahun malah mungkin hampir 4 tahun saya tak masuk. Ternyata ia tidak begitu terpencil lagi kerana di satu sisi sudah dibuat sebuah rumah baru dengan jambatan kecil batu menyeberangi.

Kelihatan dalam gambar adalah pokok kelapa gading di bahagian itu yang ada cerita tersendiri... salah satunya kisah melibatkan seorang gadis dipanggil An-Nur yang dikenali sekitar Februari atau Mac 2005... baru kenal dalam tempoh seminggu tetapi hampir-hampir menjadi isteri saya dengan persetujuan malah galakan ibu-bapanya sendiri!

Ceritanya panjang... dari satu perkenalan biasa bercerita sedikit tentang puisi sampai An-Nur yang agak ranggi orangnya tiba-tiba muncul memakai tudung membawa bertemu keluarga. Ternyata dia rupa-rupanya saudara dekat dengan Nur yang sudah saya kenali lebih lama. Cerita jadi lebih kalut apabila An-Nur mengalami gangguan jiwa yang mungkin melibatkan mahkluk halus lalu saya harus meminta pertolongan Nur agar mengamankan sedikit keadaan. An-Nur ada masalah keluarga... hampir-hampir sahaja ibunya sendiri menghantarnya ke rumah sakit jiwa jika tidak kerana pujukan Nur.

Ah... memang rumit ceritanya. Pokok kelapa gading di atas pernah saya jolok untuk mengambil 2 biji buah untuk dijadikan bahan mandian buat mengubat An-Nur, atas nasihat seorang kawan dan dengan pertolongan Nur juga. Tetapi tak sampai sebulan kemudian, hubungan kami putus, tak tahu entah kenapa. Yang saya tahu, An-Nur dan keluarganya telah menuduh saya membuat ilmu guna-guna terhadapnya. Masyaallah!


Di kawasan sekitar pokok kelapa gading ini juga pernah terdapat sebuah air terjun kecil yang menjadi satu tempat mandi kegemaran saya dan kawan yang pernah tolong mengubat An-Nur. Cukuplah kalau saya kata, kalau disebut nama kawan itu, mungkin ramai pengamal ilmu kebatinan kenal lebih-lebih lagi kalau dikaitkan dengan golongan yang dipanggil highlander.

Kini air terjun kecil sudah tiada. Tak pasti, apakah kerana batu-batu besar yang membentuknya telah dipecahkan atau terurai sendiri menjadi jeram yang kelihatan di atas. Apapun, setelah singgah di sini dan timbul nostalgia cerita lama yang saya sampaikan kepada isteri, kami pun bergegas keluar ke Genting Sempah.


Dipendekkan cerita, Shamsul muncul dengan sebuah kereta Proton Pesona yang sedang dipandu-ujinya. Dengan kereta itu, kami bertiga pun pergi ke Raub, sempat makan gulai asam rong di Simpang Kallang sebelum ke Hulu Dong untuk mengambil gambar sebuah masjid yang unik. Kemudian kami ke Kuala Lipis untuk melihat masjid lama di atas ini, masjid yang dibina tahun 1888 dan pernah menjadi masjid negeri dahulu. Sila lihat artikel di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Dari Kuala Lipis, kami kembali ke Genting Sempah. Saya dan isteri menaiki kereta sendiri diikuti Shamsul sehingga ke masjid lama di Kampung Sungai Cincin, Gombak. Kemudian baru kami berpecah. Tamatlah cerita perjalanan hujung minggu lalu yang diharapkan jadi perjalanan jauh terakhir saya (dan isteri juga) buat masa ini. Sekian! :]


Khamis, Februari 05, 2009

Nanti le sambung cerita!

Gambar Masjid Jamek Fraser's Hill sebagai hiasan...

OK, tadi dalam artikel Mencari kayu di sekitar Tanjung Sepat... saya ada menyebut:-

Insyaallah petang karang akan saya sambung dengan sedikit cerita tentang lawatan hujung minggu lalu ke Fraser Hills sebelum kami bermalam di Janda Baik kemudian esoknya pergi ke Raub dan Kuala Lipis, juga masjid lama di Kampung Sungai Cincin, Gombak.

Selepas itu saya ingin meluahkan sedikit nostalgia tentang beberapa pakaian lama yang saya sangkakan sudah hilang tetapi rupa-rupanya ada tersimpan di rumah kawan di Janda Baik, baru Ahad lalu saya mengambilnya kembali. Antaranya ialah jaket kulit yang dibeli di London tahun 1992 dan jubah yang dibeli di Mekah ke Madinah, saya pun tak ingat, tahun 2005, jubah yang terkoyak ketika saya berada di atas Gua Hira', tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama.

Selesai itu semua, insyaallah ada sesuatu yang ingin saya perkatakan tentang situasi politik kalut yang melanda Perak.

Setelah membuat beberapa lagi posting di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) barulah cerita dapat disambung dengan enak di sini. Tetapi tadi setelah menyelesaikan beberapa hal lain di luar, saya setakat sempat membuat beberapa postings di blogspots itu dan belum sampai pada penamat ataupun maksud untuk sesi penulisan kali ini... sedangkan saya harus bergegas keluar sekarang untuk mengambil isteri dan kami ada hal lain pula. Maka lain kalilah saya sambung ya insyaallah kalau tiada aral melintang, esok... :]

Mencari kayu di sekitar Tanjung Sepat...

Hmm... tajuk apa pula ini? Sebenarnya selain keluar berjalan-jalan, sejak kebelakangan ini saya dan isteri cukup berminat mencari apa-apa bahan buangan juga barangan semulajadi seperti kayu dan batu untuk dijadikan hiasan rumah. Sebelum meneruskan cerita, sila lihat slideshow pada posting View from/of the jetty at Tanjung Sepat yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi...


OK. Jadi, selepas Pulau Besar kami bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat. Selepas berjalan-jalan di jeti tergerak pula untuk naik sedikit ke utara melepasi Batu Laut lalu ternampak warung-warung kayu di tepian jalan ini.


Rupa warung yang agak klasik sudah cukup untuk membuat saya ingin singgah. Tetapi lebih menarik perhatian adalah satu jeti yang saya terlihat seimbas lalu. Sayangnya jeti itu ternyata sudah rosak. Tetapi di sekitarnya terdapat banyak papan serta kayu bakau yang kelihatan elok dijadikan hiasan. Apa lagi, kami pun turun ke tepian air untuk mengambilnya... dah, habis penuh kereta dengan kayu entah apa-apa entah, hehe...

Apapun, dengan ini terlepaslah gerak penceritaan terkini buat sementara waktu. Insyaallah petang karang akan saya sambung dengan sedikit cerita tentang lawatan hujung minggu lalu ke Fraser Hills sebelum kami bermalam di Janda Baik kemudian esoknya pergi ke Raub dan Kuala Lipis, juga masjid lama di Kampung Sungai Cincin, Gombak.

Selepas itu saya ingin meluahkan sedikit nostalgia tentang beberapa pakaian lama yang saya sangkakan sudah hilang tetapi rupa-rupanya ada tersimpan di rumah kawan di Janda Baik, baru Ahad lalu saya mengambilnya kembali. Antaranya ialah jaket kulit yang dibeli di London tahun 1992 dan jubah yang dibeli di Mekah ke Madinah, saya pun tak ingat, tahun 2005, jubah yang terkoyak ketika saya berada di atas Gua Hira', tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama.

Selesai itu semua, insyaallah ada sesuatu yang ingin saya perkatakan tentang situasi politik kalut yang melanda Perak. Sekian... :]

Menyambut Hari Raya Cina di Melaka...

Assalamualaikum semua. Tanpa membuang masa, biar disambung gerak bercerita. Sebenarnya saya mahu menyambung penceritaan di sini sejak semalam lagi tetapi menghadapi masalah menyambung talian dengan website utama blogspot sejak tengahari hingga petang... rasanya ada kaitan dengan kekecohan politik yang sedang berlaku di Perak.

Hari ini kalau sempat saya ingin memperkatakan sesuatu tentang apa yang berlaku di sana. Tetapi biarlah dilepaskan dahulu gerak penceritaan yang tertunda ya. Mari! :]

OK. Rasanya anda semua tentu sudah membaca artikel yang dibuat minggu lepas bukan? Genting setelah beberapa tahun tak ke sana... berdasarkan perjalanan yang dibuat 2 minggu sebelum itu. Sebenarnya selepas ke Genting, saya dan isteri terus ke Janda Baik untuk bermalam di sana. Tetapi saya tak terasa mahu mengambil gambar lagi, cukuplah satu gambar dalam sebuah rumah lama yang kemudian diabadikan pada artikel Seni Melayu lama pada sebuah rumah lama (Malay olden art in an old house) dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) .

Minggu seterusnya kami berjalan lagi. Kebetulan hujung minggu itu cuti panjang kerana sambutan Tahun Baru Cina. Selepas sesi menulis hari itu yang dibuat petang Jumaat (lihat Satu Jumaat dan projek buku masjid ) saya dan isteri bergegas ke Melaka pula. Singgah di Masjid Baginda Ali di Umbai sebelum ke destinasi seterusnya.

Inilah makam Sultan Baginda Ali. Sila lihat artikel Makam (tomb of) Baginda Ali , sekali lagi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)

Walaupun saya sudah banyak kali ke sini terutama untuk projek buku masjid yang proses penulisannya baru selesai seminggu dua ini, baru kali itu saya terlihat informasi dalam masjid yang menyatakan ia dibina tahun 1852/1853. Kemudian kami bergegas untuk menunaikan satu hajat saya yang sudah lama tertunggak... untuk bermalam 3 malam di Pulau Besar. Lihat artikel BERPETUALANG KE ACEH yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi. Sebahagian gambar dipersembahkan dalam bentuk slide. Sila! :]