Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Oktober 05, 2024

Isma keperluan Ibnu Sina - Tentang kenapa alam ini adalah sebegitu rupa, bukan yang lain

Lagi majlis ilmu. Bersambung daripada Membentuk identiti : Perjalanan Azerbaijan melalui empayar, konflik dan kemerdekaan.



Petang Ahad 5 Oktober 2024. Saya dan isteri menerima dua orang tetamu dari Sungai Siput, seorang kenalan lama dan anaknya, diikuti seorang bapa saudara, adik bongsu ibu saya, dan isterinya. Selepas itu baru menyedari ada poster bagi majlis ilmu atas talian seperti di atas ini di grup WhatsApp ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ketika itu sudah melepasi jam 6.  Majlis sudah pun bermula.



Ketika saya masuk sudah jam 6.19. Kelihatan tajuk ada sedikit lain daripada yang diwar-warkan pada poster. Tajuk ini susah hendak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Namun dengan rujukan pantas di Internet dapat difahami makna. 

Perkataa Inggeris Necessitarianism merujuk pada satu falsafah yang mana segala yang wujud, alam ini dan segala isinya berbentuk sebegitu rupa kerana memang sepatutnya ia begitu, tidak ada kemungkinan ia boleh wujud dengan rupa dan keadaan lain (misalnya gajah boleh terbang). Ia boleh dikaitkan dengan kata akar necessary yang bermakna perlu, atau necessity yang bermakna keperluan. Avicenna pula merujuk kepada tokoh ilmuwan Islam Ibnu Sina yang sangat terkenal dalam ilmu perubatan. Tetapi beliau juga seorang tokoh ilmu kalam dan falsafah.

Diakui saya menyertai majlis dalam keadaan terpinga-pinga. Maklumlah lambat masuk malah sudah hampir ke penghujung pembentangan oleh Jari Kaukua, profesor falsafah di Universiti Jyvaskara di Finland. Difahamkan beliau banyak mengkaji pemikiran tokoh-tokoh silam Islam termasuk ahli Sufi seperti Shihabudin Surahwadi. Yang pasti beliau dinyatakan sebagai seorang pakar ilmu falsafah yang disegani.




Yang dapat dan sempat ditangkap adalah bagaimana pemikiran falsafah Ibnu Sina melihat bahawa alam ini dijadikan sebegitu rupa seperti sepatutnya, tidak ada pilihan atau alternatif lain berdasarkan prinsip-prinsip tertentu melibatkan ilmu mantiq ataupun logik juga metafizik. Hal ini menjadi lebih jelas apabila masuk sesi soal jawab sekitar jam 6.25 lalu saya mengambil peluang untuk berinteraksi bersama pembentang. 

Secara rata, seperti ramai ahli falsafah silam Islam, Ibnu Sina ada terpengaruh lalu menggunakan landasan fikir ilmuwan Yunani terkenal, Aristotle yang hidup 3-4 abad Sebelum Masihi. Saya pun membuat perbandingan bagaimana saintis ateis zaman sekarang suka menggunakan hujah kononnya terdapat banyak malah tidak terbilang alam yang menerbitkan pelbagai kemungkinan. Disebabkan adanya pelbagai kemungkinan itu maka boleh wujud alam yang kita duduki sekarang yang mana ada hukum-hukum dan nilai-nilai tertentu seperti Gravitional Constant (satu nombor malar melibatkan interaksi graviti antara objek besar seperti planet dengan planet) yang mana jika lain nilainya tidak boleh wujud alam seperti halnya kini. Kemungkinan ini diterbitkan secara falsafah untuk menolak wujudnya Tuhan lalu alam-alam dinyatakan sebagai cuma tercipta secara rawak melalui proses-proses 'semulajadi'. Sedangkan pemikiran yang saya terjemahkan sebagai "isma keperluan Ibnu Sina" itu berdiri atas prinsip paling awal dan asas bahawa wujud satu kuasa pertama atau first cause untuk menentukan keadaan. Dalam falsafah Yunani kuasa pertama itulah Tuhan. Daripada itu muncul rantaian peristiwa sebab dan akibat yang membawa kepada wujudnya alam seperti diketahui sekarang.

 

Majlis ditamatkan sebelum jam 7 oleh penganjur disebabkan tidak ada lagi mahu bersoal jawab. Bukan tidak mahu sebenarnya. Tetapi banyak yang perlu dihadamkan. Dan lagi, cuma saya dan seorang lagi hadiran atas talian yang banyak berinteraksi dengan pembentang. Seorang pula menyatakan soalan melalui ruang komen. Daripada soalannya tentang sustenance, tentang bagaimana Allah SWT terlibat secara terus menerus tanpa putus 'menyokong' lalu menentukan perjalanan alam, bukan sekadar mencipta lalu membiarkan ia berjalan dengan sendirinya serta jawaban pembentang saya pun memanjangkan perkara. 

Disebutlah tentang satu ayat dalam Surah Ar-Rahman menyatakan bahawa pada setiap saat Allah 'melakukan kerja' lalu dikaitkan dengan konsep Nafas ar-Rahman oleh ahli Tasawuf terkenal Sheikh Muhyiddin Ibnu Arabi. Ini adalah tentang bagaimana  alam yang dapat kita lihat ini sebenarnya ibarat satu roll atau gulungan filem yang terdiri daripada banyak frame atau bingkai gambar. Filem dimainkan atau ditayangkan frame by frame, bingkai demi bingkai. Pada kadar 24 bingkai setiap saat mata kita melihat ia seperti tayangan yang tidak putus. Padahal ia putus antara bingkai ke bingkai. 

Dan lagi cerita sebenarnya sudah wujud secara 'setongkol' atau sedia ada semunya dalam roll filem. Begitulah Allah melihat alam, seperti wujud satu roll filem yang sudah tercipta di luar perkiraan masa. Tetapi kita manusia ibarat melihat ketika ia ditayangkan, bingkai demi bingkai. Lalu kita melihat suatu cerita itu mempunyai permulaan membawa kepada pertengahan kemudian pengakhiran. Sedangkan semua itu telah sedia wujud secara serentak dalam roll filem lalu sudah ditentukan arah dan tujuan. Dengan ini terkaitlah dengan "isma keperluan Ibnu Sina" yang diperkatakan.

Untuk makluman saya sedang menyediakan satu senarai artikel tentang acara-acara ilmu yang dihadiri atau disertai lalu ada dikongsikan cerita di CATATAN SI MERAH SILU sejak satu tarikh awal tahun 2020. Sukacita dimaklumkan artikel ini membentuk yang ke-131 dalam senarai, satu nombor yang ada makna home sweet home atau rumahku syurgaku buat saya.


Tiada ulasan: