Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, September 30, 2022

Misi keluarga Laksamana part V - Khatam Quran bagi bulan Safar di Kuala Selangor

Salam hari Jumaat pertama bulan Maulidur Rasul bagi tahun 1444 Hijriah. Setelah beberapa lama sampai masanya untuk menutup cerita. Pergi pada hari ke-6 dan terakhir perjalanan Perak. Sebenarnya masuk bahagian ini saya sudah berada kembali ke negeri Selangor, cuma belum sampai ke rumah sahaja.  Bersambung daripada Misi keluarga Laksamana part V - Eksplorasi persekitaran Sungai Dinding.



Pagi Khamis 22 September 2022 sebelum Subuh. Keadaan di masjid lama berusia hampir 120 tahun tempat saya menginap pada malam sebelumnya. Saya bangun awal untuk bersahur bagi puasa sunat hari Khamis. Dan memang kebiasaan apabila menginap di masjid mesti bangun tselewatnya jam 5.30 kerana orang akan datang untuk bersolat jemaah Subuh.




Tengok-tengok tiada orang datang. Tak mengapa. Saya pun menunaikan solat sunat Qolbiah kemudian Subuh bersendirian. Selepas membuat wirid harian menyambung membaca Al-Quran bagi proses pengkhataman bulan Safar yang mahu dipercepatkan supaya boleh khatam sebelum Mahgrib hari itu. Gambar ini diambil pada jam 7.06. Ketika ini sudah sampai Surah Al-Qiyamah, Surah ke-75 Al-Quran. Tinggal 4 muka surat sebelum dapat menyelesaikan Juzuk ke 29.



Saya masih perlu berehat. Kali ini tidak perlu terkejar sangat seperti hari-hari sebelumnya. Gambar ini pula diambil jam 7.26. Hmm. Saya pun sebenarnya sudah terlupa sejauh mana membaca Al-Quran pada pagi itu. Tetapi apabila melihat fakta bahawa gambar ini diambil 20 minit selepas gambar tadi ada kemungkinan saya menyambung bacaan sehingga selesai Juzuk 29.

Ya. Rasanya begitulah. Memang diselesaikan dahulu. Supaya juzuk seterusnya, Juzuk 30 yang merupakan terakhir dalam Al-Quran dapat diselesaikan sebelum Maghrib. 



Oh. Ini adalah masjid lama di Panchang Bedena dekat Sungai Besar. Lebih setahun lalu, ketika pertama kali sampai saya pernah bercadang untuk bermalam di sini. Saya sampai setelah beberapa lama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 menghadkan perjalanan ke dalam daerah sendiri sahaja. Malah ada suatu masa kita cuba boleh bergerak dalam jejari 10 km sahaja dari kediaman sendiri. 

Kemudian dibuka untuk perjalanan dalam negeri sebelum ditutup kembali jadi dalam daerah sahaja. Tidak lama kemudian timbul arahan baru penduduk tiga daerah di Selangor boleh membuat perjalanan rentas antara daerah-daerah berkenaan. Rumah saya terletak  di dalam daerah Hulu Selangor lalu boleh membuat perjalanan ke daerah Bernam dan Kuala Selangor. Maka dibuat satu perjalanan yang secara efektifnya menyusuri Sungai Bernam dari hulu ke hilir sebelum ke Kuala Selangor. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.




Tetapi saya terpaksa bergegas kembali ke rumah sendiri apabila mendapat tahu  PKP diperketatkan kembali lalu harus berada dalam daerah sebelum jam 12 tengah. Lihat artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Terkejar untuk meliputi banyak tempat akibat arahan terbaru PKP. Oh. Gambar ini diambil pada jam 11.35. Baru tersedar bahawa masjid  memiliki bentuk ukiran pada sudut hujung bumbung yang dikenali sebagai motif kepala cicak, satu motif yang pada saya terkait dengan sejarah lama Perak.



Saya melepak lama di masjid termasuk untuk menyambung tidur bagi kurang sedikit penat. Masuk waktu Zohor baru ada orang datang berjemaah. Di sinilah ditulis artikel Ilmu jiwa daripada sudut pandang Al-Ghazali - Pesanan ilmu jiwa Al-Ghazali kepada dunia kontemporari. Ia adalah hasil mengikuti majlis ilmu berkenaan ketika berada di Beruas pada malam pertama perjalanan. Lihat Misi keluarga Laksamana part V - Persinggahan di Batak Rabit membawa ke Lambor dan Beruas.



Selepas jam 4 petang baru menyambung kembali perjalanan ke arah selatan.




Ikut jalan 'belakang' yang melepasi bahagian berkenaan bandar Sungai Besar.




Lalu satu kampung tengok-tengok ada orang jual mee kari udang lipan. Bukan senang nak jumpa wooo...



Saya pun singgah. Tengok-tengok yang menjual ni daripada keluarga yang pernah berniaga masakan sama di Pengkalan Baru, dekat Pantai Remis, Perak tetapi kedainya sudah lama tutup. Memang rezeki le...



Sampai Sungai Haji Dorani singgah di kawasan ini yang juga pertama kali disinggahi dalam perjalanan lebih setahun lalu.



Sambung lagi bacaan Quran, kali ini sambil menghadap laut Selat Melaka. Ketika ini, jam 4.38 baru hendak memulakan Surah ke-81 iaitu Surah At-Takwir. Surah-surah sebelum itu  telah dibaca selepas bangun daripada sambung tidur di masjid lama. Masih ada 19 muka surat sebelum boleh khatam.




Hampir 40 minit kemudian baru menyambung kembali perjalanan dengan terus mengikut jalan 'belakang'.




Sampai ke Sekinchan baru masuk jalan besar kemudian bandar.




Pergi pula di kawasan sawah padi di sebalik bandar untuk mencari tarikan-tarikan baru pelancongan yang dilihat ada ditunjukkan orang dalam media sosial sejak setahun kebelakangan. 



Alhamdulillah, dapat jumpa satu yang paling menarik lalu ambil kesempatan untuk berehat sebentar di sana. Lihat artikel Looking for the paddy tourists attractions in Sekinchan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas itu baru menyambung kembali pembacaan Al-Quran. Ketika ini jam 6.11 sudah masuk Surah ke-92 iaitu Surah Al-Lail. Tinggal lagi 9 muka surat.



Alhamdulillah akhirnya berjaya dikhatamkan di Kuala Selangor sebelum Maghrib. Niat asalnya di atas Bukit Melawati tetapi terpaksa dibuat di kaki bukit kerana takut tak sempat sebab sampai pun dah dekat nak Maghrib. Namun doa khatam Al-Quran dibaca di atas bukit. Ketika gambar ini diambil sudah jam 7.15.



Ikutkan belum lagi Maghrib. Tapi tu le, kalau naik ke atas baru hendak disambung baca Al-Quran sebelum khatam memang tak tahu sempat ke bagaimana...



Turun dari bukit bersolat Maghrib berjemaah di masjid baru ini di kaki bukit lalu menjamakkan Isya'. Sempat juga mengikut bacaan Surah Yassin secara berjemaah bagi malam Jumaat. Menariknya kemudian dapat tahu ketika itu masjid ini baru kurang 2 minggu dirasmikan lalu dijadikan masjid diraja. Lihat artikel  Masjid (Mosque of) Raja Lumu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Oh. Sebetulnya memang ada hubungan untuk istimewa antara Selangor dengan Perak terutama pada era awal iaitu zaman Sultan Selangor pertama yang nama sebenarnya adalah Raja Lumu, pada pertengahan abad ke-18, raja pertama bersemayam di atas Bukit Melawati. Ada yang diceritakan dalam sejarah rasmi tetapi ada yang lebih mendalam kerana melibatkan perkara-perkara kebatinan yang terkait dengan darah keturunan. Lihat artikel lama Mimpi pelik Kuala Selangor....


Selepas itu baru bergerak untuk kembali ke rumah tanpa singgah ke mana-mana lagi tempat. Sampai tepat jam 9 malam didapati perjalanan telah memakan jarak pemanduan keseluruhan sejauh 947 km.

Oh. Sekadar hendak berkongsi kegembiraan. Ada pun sebaik sahaja sampai  kembali ke rumah saya mula disibukkan dengan kerja-kerja untuk  menyelesaikan formaliti bagi menyerahkan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Tesis itu sendiri sudah siap awal bulan September sebelum disunting lalu disahkan salinan akhirnya oleh penyelia, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Tetapi untuk menyerahkannya kepada pejabat perlu dilakukan beberapa perkara.

 Antaranya semakan Turn It In yang mana tesis perlu melalui proses disemak berapa peratus ayat-ayat di dalamnya ada keserupaan dengan mana-mana tesis atau juga apa-apa sumber maklumat sebelum ini supaya dapat dipastikan hasil kerja kita itu bukan plagiat. Perlu juga ada bukti sudah membuat artikel untuk suatu jurnal akademik yang cukup tinggi taraf selain beberapa perkara lain. Maka hari-hari berikutnya saya pun disibukkan dengan itu. Selain itu saya juga sedang menulis buku baru sambil menyemak dan merujuk kembali maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan etakat ini. Sambil itu juga membuat penulisan siri artikel ini.

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan bahawa setelah menghubungi pejabat akademik ISTAC pagi tadi didapati segala proses berkenaan telah diproses lalu diluluskan oleh pejabat akademik induk bagi pelajar pasca-siswazah di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) lalu mendapat status TE (temporary extension). Status ini penting supaya secara saya tidak perlu mendaftar bagi semester seterusnya lalu perlu membayar yuran penuh semester sedangkan hakikatnya pengajian sudah tamat, cuma secara rasminya perlu disahkan begitu. Oh. Saya juga perlu menyelesaikan baki yuran tertunggak yang boleh tahan banyak akibat tesis terlajak masa kerana pelbagai hal termasuk PKP. Sekarang ia sudah selamat berada dalam tangan penilai lalu tunggulah sahaja perkembangan seterusnya dalam tempoh sebulan akan datang. Doakanlah kejayaan buat saya. :]


No comments: