Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 25, 2022

Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin

OK. Pergi pada cerita hari kedua perjalanan baru di Perak. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part V - Persinggahan di Batak Rabit membawa ke Lambor dan Beruas.



Awal pagi Ahad 18 September 2022. Suasana dalam Masjid Kampung Kota, Beruas ketika solat berjemaah Subuh baru sahaja bermula.




Alhamdulillah saya dapat bermalam dengan selesa di masjid ini. Sudah beberapa kali merasa bermalam bersendirian, sejak pertama kali sampai ke Kampung Kota dan Beruas hampir 20 tahun lalu.




Saya merasa dekat dengan tempat ini kerana menurut ceritanya kerajaan Beruas diasaskan oleh Sultan Malikul Mansur, cucu kepada pengasas Kesultanan Samudera dan Pasai (kemudian menjadi sebahagian daripada Kesultanan Aceh Darussalam) iaitu Sultan Malikus Saleh @ Raja Merah Silu. Dipercayai keluarga saya di Perak iaitu keluarga Laksamana Raja Mahkota sampai susur galurnya hingga ke Malikul Mansur ini. Di Kampung Kota pula terdapat sejumlah makam yang dikatakan milik raja-raja Beruas.

Walaupun menurut kajian peribadi saya raja-raja Beruas yang dimaksudkan bukanlah daripada keturuna Malikul Mansur tetapi mungkin daripada keturunan rakan yang pernah menjadi panglima baginda iaitu orang yang dikenali sebagai Syamsul Bahrin saya tetap merasakan aura Malikul Mansur masih ada sebagai pengasas kerajaan. Adapun Syamsul Bahrin ini menjadi raja Beruas selepas Malikul Mansur kembali ke Aceh. Di hadapan Kampung Kota terdapat bukit dipanggil sebagai Bukit Syamsul Bahrin.




Kali ini saya ke Kampung Kota dan Beruas untuk menunaikan satu hajat tertunda. Kurang sebulan sebelum itu pernah sampai dengan niat untuk mencari apa yang dipanggil sebagai Batu Dinding berhampiran puncak Bukit Syamsul Bahrin. Tetapi tidak sempat kerana sampai hampir waktu Maghrib sedangkan selepas itu perlu berkejar ke Ipoh selain tidak tahu laluan manakah perlu diambil untuk ke Batu Dinding. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Misi keluarga Laksamana part IV - Bukit Engku Busu, Nakhoda Muhammad Taib dan Bukit Syamsul Bahrin.

Sebetulnya saya sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki Bukit Syamsul Bahrin. Adapun cerita berkenaannya malah disebut dalam siri cerita Bercakap Dengan Jin di mana dikatakan ada pegawai Inggeris semasa zaman pemerintahan British pernah cuba mencari harta karun lama yang katanya ada tersimpan di atas bukit. Saya pula mahu mencari jejak rasa yang diharap boleh membuka lebih banyak cerita kaitan keluarga dengan Malikul Mansur dan kerajaan Samudera Pasai. Harapan menjadi semakin menggunung apabila dalam kajian-kajian tentang datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin ditemui tesis akademik tentang Hikayat Syamsul Bahrin menyatakan bahawa teks hikayat yang wujud sekarang disalin daripada manuskrip milik Arshad pada tahun 1879. Lihat artikel-artikel berikut tentang kajian :-





Adapun dalam tempoh 2-3 minggu lalu pula saya telah berjaya menghubungi seorang warga tempatan yang tahu selok ke Batu Dinding lalu beliau menyatakan bersedia untuk membantu menunjukkan jalan. Pergi dahulu ke pekan Beruas 3 km ke utara masjid untuk bersarapan.




Oh. Pagi itu selepas Subuh kalau tak salah ingatan tiba-tiba turun hujan lebat. Sedangkan ketika mula sampai ke Beruas petang sebelumnya cuaca elok sehingga sepanjang malam. Nasib baik ia berhenti tidak lama kemudian. Maka bersarapanlah di sebuah kedai di satu sudut pekan lalu dapat berjalan kaki menikmati suasana yang begitu nostalgik. Lihat artikel A walk around the small town of Beruas di blogspoBERPETUALANG KE ACEH.




Pekan ini dan persekitarannya terasa begitu nostalgik kerana merupakan antara titik persinggahan utama saya di Perak pada zaman sedang begitu ekstrem mengembara seorang diri mencari makna diri sambil mencari salasilah keluarga tahun 2002 hingga 2006. Ada masanya saya datang dengan menaiki bas dari Parit, sama ada dari arah Ipoh atau Kampung Gajah. Ada masa dengan bas dari Taiping. Ada masa dari Pantai Remis, yang biasanya sebelum itu dari arah Lumut. Merata saya pergi dengan kenderaan awam selain hitchhike juga berjalan kaki berbatu-batu kerana selama beberapa tahun tiada kenderaan disebabkan motosikal besar kesayangan rosak.



Kembali ke arah Kampung Kota hujan turun kembali renyai-renyai.




Kelihatan surau ini masuk untuk berehat. Hujan menjadi lebat lalu saya pun mengambil peluang  menyambung tidur barang setengah hingga sejam. Lihat artikel Surau (Praying house of) Tuan Haji Mat Zain, Beruas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Selepas itu baru pergi ke rumah warga tempatan yang tahu selok belok ke Batu Dinding. Apabila mendapati hujan masih tak berhenti saya mengajah beliau keluar berjalan dengan kereta ke Muzium Beruas di pekan.




Tengok-tengok muzium rupa-rupanya tutup sejak dua bulan lalu bagi kerja-kerja renovasi. Maka berjalan pula ke Pulau Meranti untuk menziarahi makam lama di sana. Lihat Lawatan baru ke makam (New visit to the tombs at) Pulau Meranti, Beruas.



Dari Pulau Meranti ambil jalan dalam menyusur Sungai Beruas untuk ke Kampung Kota. 




Ketika gambar ini diambil jam sudah hampir jam 11.30 hujan masih belum berhenti tetapi sudah kurang.




Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke bukit walaupun masih hujan. Saya naik kereta dahulu sampai mengekori beliau yang menunggang motosikal sampai ke satu bahagian lereng bukit.




Sampai ke bahagian yang mana kereta tidak boleh masuk lagi kecuali kenderaan pacuan empat roda baru membonceng motosikal. Selepas motosikal pula tidak boleh lagi naik baru berjalan kaki mendaki bukit.




Dipendekkan cerita alhamdulillah sampai juga ke Batu Dinding setelah begitu lama berhajat. Malah sampai juga ke atas batu membawa sehingga ke puncak tertinggi bukit. 

Terima kasih diucapkan kepada warga tempatan berkenaan, seorang anak muda berumur 30an yang seperti saya lebih suka masuk hutan berseorangan kerana sukakan ketenangan, bukan hiruk pikuk perbualan orang yang bermacam-macam, seringkali dengan topik-topik yang mengangkat tinggi hajat nafsu amarah. Biarlah tidak disebut nama beliau. Ini lebih elok kerana tahu ada sahaja yang cuba mencari jalan ke tempat-tempat seperti ini tetapi dengan niat yang serong seperti untuk mencari harta karun juga perkara-perkara mistik atas pelbagai kepentingan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Kiranya timing saya macam ini. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil mula bergerak masuk ke kawasan kaki bukit pada jam 11.50 pagi. Sampai ke bahagian bawah Batu Dinding jam 12.04, sampai ke bahagian tengah jam 12.14, sampai ke atas Batu Dinding jam 1 petang. Sampai ke puncak pula 25 minit kemudian. Duduk di atas juga jalan sekeliling sampailah dekat jam 2. Selepas itu baru turun lalu mengorak langkah meninggalkan Beruas untuk menghala ke Parit. Singgah di masjid ini jam 2.45. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Qadim, Jalan Parit Beruas.



Selepas itu masuk pula ke Kampung Pintu Gerbang. Entah kenapa namanya begitu. Apakah kerana pernah menjadi pintu gerbang untuk masuk ke kota purba Gangga Negara yang dipercayai sesetengah pihak pernah wujud di Beruas?




Ambil dahulu jalan berkenaan sehingga ke hujungnya di mana terdapat Ladang RISDA Bukit Kota.







Kembali ke Kampung Pintu Gerbang singgah di masjidnya. Lihat Masjid (Mosque of) Pintu Gerbang, Beruas.





Di sini dapat tahu daripada imam masjid tentang kewujudan bukit yang dikenali sebagai Bukit Kota. Rupa-rupanya tidak sama dengan Bukit Syamsul Bahrin.



Namun ketika makan tengah hari lewat di warung berdekatan ada warga tempatan memberitahu Bukit Kota itu ada kaitan tertentu dengan Kampung Kota yang terletak betul-betul berhadapan dengan Bukit Syamsul Bahrin, kampung yang mana masjidnya menjadi tempat saya menginap malam sebelumnya...



Sekitar jam 5.15 baru menyambung perjalanan ke Parit.




Ketika menyeberang Sungai Perak melalui jambatan satu-satunya jambatan untuk kereta di situ teringat bagaimana ketika kembali daripada perjalanan pertama saya menziarahi makam-makam lama iaitu pada hampir penghujung tahun 2001 ketika menyeberang di sini dengan menunggang motosikal besar kesayanganlah tiba-tiba timbul bisikan dalam hati menyebut nama "Muhammad Al-Aminul Rasyid". Rujuk cerita berkenaan dalam Kompilasi cerita kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001.



Nama ini kemudian digunakan untuk mewakili watak sebenar diri saya tetapi dijadikan seperti fiksyen dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh". Apabila mendapat anak lelaki pertama pada tahun 13 Oktober 2009 ia menjadi nama anak tersebut. Hampir jam 5.30 sampailah ke pekan Parit lalu terus ke masjidnya. Lihat Lawatan baru ke Masjid jamek Parit (New visit to the main mosque of Parit)
.


Minum petang di tepian sungai menghadap sebuah pulau yang memanjang di tengah Sungai Perak. Selepas minum berjalan kaki naik jambatan ke pulau di mana saya menyambung bacaan Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Safar. Lihat New visit to the island of Cempakasari in Parit.




Setelah berjaya mencapai sasaran mengaji bagi hari itu baru menyambung perjalanan dengan berkejar ke Ipoh.




Ada mesyuarat keluarga Laksamana perlu dihadiri di Meru jam 8 malam.




Masuk dahulu jalan ke tempat yang ditanda dalam Google Map sebagai Buntong Falls. Fikirnya hendak mandi air terjun. Selepas masuk untuk satu jarak perlu berjalan kaki...




Sebetulnya sejak turun dari Bukit Syamsul Bahrin saya berjalan ke sana ke mari dengan pakaian sama yang berlumpur sana sini akibat pendakian dan turun serta 2-3 kali terjatuh akibat tanah licin basah kerana hujan selain lembik sedangkan muka bumi curam.



Dalam kegelapan Guntong Falls yang airnya agak kecil itu selepas Maghrib dapatlah membersihkan diri. Kembali ke kereta baru bertukar pakaian bersih lalu bergerak ke tempat mesyuarat keluarga.


Tiada ulasan: