Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Mei 03, 2017

Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Perarakan pagi Ahad

Salam 6 Syaaban. Hampir 2 minggu lalu saya telah menulis artikel bertajuk Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? di mana pada bahagian akhirnya saya ada memberitahu akan menghadiri satu majlis Maulidur Rasul dan Hol di persekitaran Gunung Jerai, Kedah 23-24 April. Kini acara sudah selamat dilangsungkan disusuli perjalanan di beberapa tempat di utara Semenanjung lalu saya sampai ke rumah awal pagi Khamis 27 April. Petang Jumaat keesokan harinya saya keluar lagi, kali ini bersama keluarga untuk satu majlis perkahwinan di Kuantan Sabtu 29 April, petang Isnin 1 Mei baru kembali ke rumah. Sekarang baru ada kelapangan untuk membuat cerita.


Mukadimah perjalanan ke Kedah boleh dikatakan bermula apabila saya membawa isteri dan anak-anak menghadiri majlis perkahwinan dua orang adik sepupu di Ampang, Kuala Lumpur Sabtu 22 April 2017.


Kalau tidak kerana majlis ini harus tengah hari itu saya telah bertolak ke utara. Disebabkan ramai saudara mara dapat ditemui di majlis termasuk ibu bapa yang datang dari Muar saya lepak lama di Ampang. Lewat petang baru kembali ke rumah untuk meninggalkan isteri dan anak-anak yang tidak ikut ke Kedah.


Adapun aktiviti keluarga di Ampang memerlukan saya memandu 55 km ke arah tenggara kemudian 55 km lagi kembali ke rumah. Selepas itu harus memandu seorang diri 380 km untuk sampai ke lokasi majlis Maulidur Rasul dan Hol, sebuah pusat peranginan persendirian yang terletak di Titi Hayun, Yan. berdekatan kaki barat Gunung Jerai. Jam 8 malam baru saya meninggalkan rumah menghala ke utara.  selepas jam 1 pagi sampai ke lokasi Gambar ini diambil daripada tepian jalan di hadapan pusat peranginan jam 7.05 pagi. Kelihatan di hadapan muka barat Gunung Jerai...


Nama pusat peranginan adalah Anjung Menjaro. Ia milik seorang ulamak dan tokoh perniagaan bernama Dato' Hashim Ismail, juga dikenali sebagai Ayah Hashim.

\
Majlis yang dipanggil "Maulid Agung Bani Jawi & Haul Syeikh Abdullah Ahmad Al-Qumairi" adalah anjuran beliau dengan pertolongan beberapa pihak. Ia berlangsung Ahad hingga Isnin 23-24 April.


Anjung Menjaro turut dikenali sebagai Teratak Ayahanda. Ayah Hashim memiliki sebuah lagi pusat peranginan sekitar 200 meter ke hadapan.


Terdapat beberapa buah bangunan kayu klasik yang dijadikan chalet untuk penginapan.


Tetapi saya memilih untuk menginap di pondok yang kelihatan.


Saya tertarik dengan nama pondok Saidina Hassan.


Kemudian baru dapat tahu inilah bangunan yang pertama didirikan apabila kawasan dibuka sekitar 20 tahun yang lampau,








Menurut jadual majlis mahu dimulakan jam 8.45 pagi. Ketika itu sudah ramai hadirin muncul.


Namun kami harus menunggu  ketibaan tetamu kehormat, YAM Syed Idrus bin Syed Bahrom Al Haj, Yang Di Pertua Majlis Kerabat Di Raja Kedah Darulaman sebelum memulakan majlis, Disebabkan hal tertentu beliau muncul sekitar jam 9.30 lalu diajak bersarapan dahulu.


Selesai sarapan baru sepupu kepada Sultan Kedah sekarang ini diiring naik ke pentas lalu majlis dimulakan. Syed Idrus yang sudah berumur sekitar 90 tahun memberikan ucapan sebelum merasmikan acara lalu menandatangani surat watikah majlis.


Masuk jam 10.30 baru dapat dimulakan komponen majlis yang paling ditunggu-tunggu pagi itu. Ia adalah perarakan Maulidur Rasul sampai ke apa yang dipanggil sebagai Tangga 1,000 Kenari di kaki Gunung Jerai, tangga yang boleh membawa naik sampai ke puncak gunung.


Saya diberi penghormatan mengetuai barisan perarakan dari Teratak Ayahanda ke kaki gunung. Kami perlu berjalan kaki sekitar 500 meter sambil berselawat dan sebagainya...


Bersama saya adalah sejumlah pesilat dan aktivis berbusana tradisional Melayu diikuti Ayah Hashim dan para ulamak juga para pelajar sekolah pondok...


Keadaan hadirin berarak melaungkan kata-kata pujian terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sebahagian berbusana tradsional Melayu sebahagian berjubah berserban mengingatkan pada perarakan serupa yang pernah dilakukan pada acara ke-3 HIKMAH di Lumut, Perak lebih 4 tahun awal. Lihat artikel Kemuncak HIKMAH III - Perarakan Maulidur Rasul dan pembatalan sihir Perjanjian Pangkor 1874 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
.


Sekitar 13 minit kemudian sampailah kami di hadapan Tangga Kenari, dalam kawasan perkelahan Titi Hayun di mana terdapat sebuah sungai berjeram.


Hadirin berkumpul di hadapan tangga  lalu diadakan bacaan zikir, doa dan Tausiyah...








Kami diberitahu laluan yang diambil pernah digunakan oleh Sheikh Abdullah al-Qumairi untuk turun naik Gunung Jerai. Kalau diteruskan naik tangga sampai ke puncak harus memakan masa paling kurang 4 jam.


Turut diadakan bacaan ikrar pemuda untuk mempertahankan Melayu dan Islam.


Untuk pengetahuan Sheikh Abdullah adalah ulamak besar bertaraf wali yang mengIslamkan raja Kedah pertama memakai gelaran sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah. Ini dikatakan berlaku pada tahun 1136 Masihi iaitu hampir 1,000 tahun yang lampau. Ada yang percaya pada masa itulah konsep Melayu sebagai penyatuan pelbagai bangsa dunia beragama Islam yang menetap di Tanah Melayu dimulakan. Setelah beberapa lama baru ada orang mendapat alamat untuk mengadakan majlis Hol memperingati beliau...


Tiada ulasan: