Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Disember 25, 2010

Bakti 3 kamera lama dan misi kamera baru

Assalamualaikum semua. Kepada para pembaca yang beragama Kristian (jika ada) biar diucapkan Merry Christmas ho ho ho! Kepada semua pembaca secara umum tak kira agama dan bangsa biar diucapkan semoga terus bergembira dengan suasana cuti hujung tahun dan selamat tahun baru (lagi seminggu je lagi).

Lebih 2 tahun lalu saya telah menulis sebuah artikel pengumuman bertajuk Kamera digital murah ku juga "bersara" akhirnya! . Tajuknya sudah cukup untuk menerangkan apa yang berlaku apalagi kamera yang dimaksudkan telah berjasa merekodkan hampir semua perjalanan yang dibuat dalam tempoh 2 tahun sebelumnya. Tujuh bulan lalu pula saya telah menulis artikel Kamera Olympus hitam pun 'bersara'.... Tidak disangka hari ini saya harus menulis satu lagi artikel dengan nada serupa.

Sepatutnya kamera selepas Olympus hitam itu mampu bertahan 2-3 tahun lagi. Walaupun cara penggunaan saya agak lasak rasanya tempoh itu agak logik kecualilah saya suka menghempas kamera ke batu atau merendamnya ke dalam sungai. Namun siapalah kita untuk menduga? Seperti disebut pada artikel Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah yang dibuat sebulan setengah lepas, kamera tersebut terkena air semasa turun dari bot selepas meninggalkan Beting Beras Basah lalu tidak mahu hidup.

Namun saya tetap berharap agar ia dapat diselamatkan apabila dihantar untuk baik-pulih ke kilang di bawah warranty setahun yang diberikan. Lepas sebulan menunggu baru saya dapat mengambilnya di kedai. Tengok-tengok kamera cuma dapat dihidupkan sesaat sahaja sebelum mati kembali. Saya pun meminta kedai menghantarnya kembali ke kilang. Kemudian baru saya dapat tahu kilang tidak mahu membaik-pulih sepenuhnya kerana ada bahagian dalaman yang telah dimasuki air. Kiranya warranty tidak terpakai lagi sedangkan menurut mereka kos baik-pulih sama mahal dengan harga kamera baru.

Saya tiada pilihan... kamera itupun terpaksa 'bersara' juga. Namun saya tetap memerlukan kamera untuk merekodkan perjalanan dan membuat kerja. Itupun nasib baik gambar-gambar yang diambil di Beting Beras Basah dapat diselamatkan seperti terpapar sebulan setengah lalu.

Setelah beberapa hari meninjau-ninjau jenis kamera yang ada di pasaran dan membuat perbandingan harga saya membuat keputusan untuk membeli model Olympus juga (agar dapat menggunakan bateri lama serta pengecasnya). Apabila ditimbang-tara segala faktor sebuah model lebih canggih pun dipilih dan Ahad baru ini saya mendapatkannya. Kamera ini memiliki optical zoom 7 kali, kebolehan merekod video dalam High Definition atau HD dengan in-built memory atau RAM 2GB. Berserta kad 4 GB yang diberi dan 8 GB dari kamera sebelumnya (kad 1 GB dari kamera lama Olympus hitam yang berbentuk xD tidak sesuai digunakan lagi) saya ada sejumlah 14 GB untuk 'bermain-main'. Bateri-bateri li-ion Olympus terdahulu pula masih boleh dipakai bermakna saya kini ada 3 bateri. Kalau nak beli baru mahu RM169 sebijik wooo...

Kamera baru ini dibeli kerana ada misi dalam masa terdekat. Misi apakah itu? Apabila selesai nanti baru diceritakan. Buat masa ini biar diberitahu... saya akan berehat dari menulis sehingga awal tahun depan. Selamat bergembira semua. Wassalam untuk yang beragama Islam. :]


9 ulasan:

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...
Betapa besarnya fungsi kamera sebagai alat "perakam cerita." Tanpa kamera agak sukar untuk mengingat 'rentetan peristiwa." Bersamanya turut terakam turutan masa. Kalau terlupa membawa pen dan kertas, kamera ini bisa menjalankan fungsi 3 dlm 1 iaitu:

1. Rakam foto objek
2. Rekod masa di lokasi tinjauan
3. Papar butiran di papan info (ttg objek pemerhatian/lokasi tinjauan)

Fungsi 3 dlm 1 seperti tertera di ataslah yang akan memudahkan kita mengarang cerita secara lebih teratur dan tepat.

Perakaman yang digunakan adalah sebagai satu cara merekod data yang diperolehi kerana ia terkait dengan bidang antropologi budaya.Betapa pentingnya alat perakam (kamera atau pita rakaman suara) sehinggakan data tentang budaya dan seni dianggap tidak sah tanpa penggunaannya(Hanapi Dollah, 2004:4).

Semoga perkongsian info hasil usaha terdahulu, kini dan akan datang di laman sanggar ini dapat memberi manfaat kepada khalayak.

syahir berkata...

salam bang, olympus ni mmg cepat rosak ke bang? kamera olympus saya pun dah rosak, rasanya pakai setahun jer, ngam2 abis waranti dia meragam.
ingat xmau pakai olympus dah...tp ye juga, bateri ngan charger masih tip top. hishhh....idea2...

Older and Wiser berkata...

kamera masuk air dah cuba tapa kat belakang peti sejuk tak semingu dua..

kot kot boleh hidup balik..

Tanpa Nama berkata...

Nusantara. Meliputi kawasan Burma, Thailand, Laos, Yunnan, Veitnam, Kemboja, Taiwan, Filiphina, Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Secara geopolitiknya, ia bergelar rantau Asia Tenggara, kini bergabung dalam sebuah ikatan perhubungan antarabang...sa yang bergelar ASEAN.

Apabila kita memperkatakan mengenai tanah hujung benua, ianya terikat dengan Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung Piai di Pontian, Johor sebagai daratan terakhir benua Asia yang bersambung dengan benua Afrika, Eropah dan Amerika Utara/ Selatan ( Selat Bering ).

Memperkatakan berkenaan bandar Muar ( Maharani ), ianya juga termaktub dalam 'Book Of Mormon" yang menyatakan perpindahan cicit Nabi Sulaiman a.s, bernama Mulek yang mendarat di muara Sungai Muar bersama dengan Nabi Allah Lahi a.s.
Muar dikatakan sebagai tempat pendaratan terbesar, kaum Bani Israel yang terdiri dari ketrunan Nabi Yusof a.s, ketrunan Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s dan ketrunan Nabi Harun a.s ( Kohanem ).
[ oleh itu; terdapat teori yang menyatakan ketrunan pembesar Muar dan bangsawan Muar berktrunan Rasul-Rasul a.s dari Bani Israel, kununnya lagi ada yang masih mengekalkan DNA mata biru atau selipis biru di keliling anak mata]

Pulau Sumatera terkenal dengan tanah Minangkabau, Jambi, Bengkulu dan Palembang. Ketrunan Iskandar Zulkarnain ( Alexander The Great), dianggap sebagai induk Raja-Raja Nusantara yang bermukim di sini.
Ketrunan Iskandar Zulkarnain dari Kida Hindi ( India Utara ), diperkatakan berkahwin dengan anak pembesar tempatan di kawasan kerajaan yang digelar Empayar Sri Wijaya.
Pertalian darah ketrunan ini, diperkatakan melebar menjadi Raja-Raja di Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Filiphina, Burma, Thailand, Kemboja dan Veitnam sehingga ke hari ini.

Burma terkenal dengan batu permata jade dan batuan berharga, kununnya di Sri Lanka, air mata Nabi Adam a.s yang mengalir jatuh ke bumi, menjadikan tanah Sri Lanka sangat kaya dengan batu permata. Adakah dahulunya Burma, bercantum dengan pulau Sri Lanka, sebelum plak tektonik bergerak ?

Tanpa Nama berkata...

Pulau Jawa, adakalanya dianggap sebagai sebagai kawasan ketrunan suku Lavi ( Lawi ), Bani Israel, mungkinkah perhiasan atau penutup kepala Raja-Raja Jawa yang seumpama pakaian penutup kepala suku Lavi dan Kohen Gadol Israel, menjadikan ianya suatu kebetulan, jika benar, maka boleh dianggap bangsa Jawa, sebagai berktrunan Nabi Harun a.s.

Tanah Sabak Bernam di Selangor, Malaysia adakah tanah negara Saba' yang dahulunya diperintah oleh Puteri Balqis rhm yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman a.s?

Terdapat misteri di Beting Beras Basah di muara Sungai Perak di Malaysia. Ianya dikatakan sebagai penyimpan mahkota Raja berktrunan Iskandar Zulkarnain. Beting Beras Basah, kadangkala dikenali sebagai salur peranakan wanita yang senantiasa basah dan hulunya di Kuala Kangsar sebagai tempat bermulanya benih yang baru, bagi Kesultanan Kerajaan Iskandar Zulkarnain.

Kuala Merbuk dan Kuala Muda di Kedah, ianya diperkatakan sebagai pusat permulaan sebuah Kesultanan yang purba. Peninggalan bangsa Bani Israel, diperkatakan sebagai orang gergasi yang melarikan diri dari tawanan Raja Nabuchadnezzer, di Parsi ( Babylon) berada di sini.
Kaitan dengan bangsa Bani Israel ternyata dalam buku 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menyatakan burung Garuda bertemu Nabi Sulaiman a.s bin Daud a.s di Haykal Sulaiman di Baitul Muqaddis, bagi menghalang perkahwinan Putera Raja Rum dan Puteri Raja China.

Pulau Sulawesi pula diperkatakan sebagai nadi kawasan ketrunan Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Daud a.s. Ini dapat dilihat dari kutipan tulisan di dalam buku 'Tuhfat An Nahfis' , karya Raja Ali Haji. Apakah orang Bugis, Makassar, Mandar, Taroja dan Ternate, merupakan golongan Kesyatria ( tentera ) di rantau Asia Tenggara ?

Kalimantan merupakan sebuah kawasan yang banyak dipengaruhi, unsur agama Hindu purba, termasuk kepulauan Jawa.
Apakah agama Hindu yang dahulunya agama Hanif atau agama Tauhid yang bermula dengan ajaran Nabi Nuh a.s, disambung oleh Nabi Ibrahim Khalilullah a.s menjadi agama terpenting di Nusantara, sebelum diselewengkan oleh para pendita yang disesatkan oleh Iblis laknatullah?

Apakah penghijrahan beramai-ramai ke Taiwan, kepulauan Hawaii, Fiji, New Zealand dan Amerika Utara dan Selatan, berpunca dari Nusantara?

Pelbagai lagi misteri yang amat rumit, berlaku di rantau Nusantara ini. Penulisan sejarah yang dibuat, amat tidak memuaskan hati dan menyakinkan generasi sekarang. Malahan terdapat ramai yang menolak konsep pensejarahan Asia Tenggara, ini disebabkan tiadanya catatan rasmi yang soheh, seperti di China, India, Arab dan Parsi. Malahan isu ketrunan Iskandar Zulkarnain masih diperdebatkan, sama ada baginda adalah Alexander The Great ataupun tidak?

Tanpa Nama berkata...

Masih diperdebatkan, adakah peti Thabut ( Ark of Convenant ) milik ketrunan Nabi Harun a.s, diperkatakan disimpan di Malaysia, iaitu kawasan Gunung Ledang yang dahulunya dikenali sebagai Mount Ophir. Pergunungan ini bersambungan dengan banj...aran Titiwangsa menganjur ke kerajaan purba di Tasik Chini di Pahang, Malaysia.

Kerajaan purba di Kuala Lipis dan Raub di Pahang menjadi misteri. Kerajaan purba yang lain adalah kerajaan Gangga Nagara di Bruas, Perak dan kerajaan Johor purba di Kota Tinggi yang menganjur sehingga hutan Endau -Mersing. Kerajaan Kota Gelanggi di Pahang juga menjadi misteri, disamping kerajaan purba di Ulu Kelantan. Kesemua kerajaan purba ini, berada di Semenanjung Malaysia.

Siapakah yang membina candi Borobudur di pulau Jawa? Ianya menjadi misteri dan mengapakah generasi selepas itu, tidak lagi membina bangunan yang besar dan agung, termasuklah di Kemboja yang terkenal dengan Angkor Watt.

Mengapakah darah Raja-Raja Nusantara adalah bersambungan silaturrahim DNA masing-masing, apakah inikah rahsia darah putih Nusantara?
Bandar Amanillah yang bertukar menjadi Manila di Filiphina, menjadi misteri yang amat sukar dibongkarkan maklumatnya.
Nusantara menjadikan ianya, secara semulajadinya sebuah rangkuman misteri dan kunci yang amat perit untuk dibuka sejarah silamnya!.
Apakah ianya dirancangkan sebegitu rupa ?

Agama Buddha dan agama Hindu merupakan agama tauhid Allah SWT yang dibawa para Nabi a.s dan Rasul a.s. Ianya tersebar luas di rantau Nusantara, apa yang tersangat pelik, kita gagal mencari patung-patung berhala yang berumur ribuan tahun di rantau Nusantara ini.
Terdapat kisah dalam beberapa hikayat Melayu, menceritakan pengembang agama Islam terkejut dengan adanya penganut agama Nabi Nuh a.s dan Nabi Ibrahim a.s di rantau Nusantara ini.

Inilah yang menjadikan kesemua kisah Nusantara ini, sebagai rahsia terahsia yang amat hebat.

Tanpa Nama berkata...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Tanpa Nama berkata...

Genghis Khan pun boleh jadi jugak Zulkarnain seperti yang disebut dalam Quran.

Adakah keluasan empayarnya dari Timur ke Barat?

Khorana berkata...

Masih diperdebatkan, adakah peti Thabut ( Ark of Convenant ) milik ketrunan Nabi Harun a.s, diperkatakan disimpan di Malaysia, iaitu kawasan Gunung Ledang yang dahulunya dikenali sebagai Mount Ophir. Pergunungan ini bersambungan dengan banj...aran Titiwangsa menganjur ke kerajaan purba di Tasik Chini di Pahang, Malaysia. Kerajaan purba di Kuala Lipis dan Raub di Pahang menjadi misteri. Kerajaan purba yang lain adalah kerajaan Gangga Nagara di Bruas, Perak dan kerajaan Johor purba di Kota Tinggi yang menganjur sehingga hutan Endau -Mersing. Kerajaan Kota Gelanggi di Pahang juga menjadi misteri, disamping kerajaan purba di Ulu Kelantan. Kesemua kerajaan purba ini, berada di Semenanjung Malaysia. Siapakah yang membina candi Borobudur di pulau Jawa? Ianya menjadi misteri dan mengapakah generasi selepas itu, tidak lagi membina bangunan yang besar dan agung, termasuklah di Kemboja yang terkenal dengan Angkor Watt. Mengapakah darah Raja-Raja Nusantara adalah bersambungan silaturrahim DNA masing-masing, apakah inikah rahsia darah putih Nusantara? Bandar Amanillah yang bertukar menjadi Manila di Filiphina, menjadi misteri yang amat sukar dibongkarkan maklumatnya. Nusantara menjadikan ianya, secara semulajadinya sebuah rangkuman misteri dan kunci yang amat perit untuk dibuka sejarah silamnya!. Apakah ianya dirancangkan sebegitu rupa ? Agama Buddha dan agama Hindu merupakan agama tauhid Allah SWT yang dibawa para Nabi a.s dan Rasul a.s. Ianya tersebar luas di rantau Nusantara, apa yang tersangat pelik, kita gagal mencari patung-patung berhala yang berumur ribuan tahun di rantau Nusantara ini. Terdapat kisah dalam beberapa hikayat Melayu, menceritakan pengembang agama Islam terkejut dengan adanya penganut agama Nabi Nuh a.s dan Nabi Ibrahim a.s di rantau Nusantara ini. Inilah yang menjadikan kesemua kisah Nusantara ini, sebagai rahsia terahsia yang amat hebat.