Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Februari 22, 2015

Perjalanan ke-7 di Aceh - Memberi rasa dan cinta kepada penggiat muda

Kita mulakan cerita perjalanan. Bersambung daripada Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka.


Subuh Jumaat 13 Februari 2015. Selepas bermalam di rumah seorang penggiat/pengkaji sejarah muda di Putrajaya kami bergegas ke lapangan terbang KLIA2.


Penggiat tersebutlah yang menawarkan saya untuk ke Aceh lalu menanggung segala kos yang perlu. Beliau mewakili satu kumpulan yang dipanggil GPTD (Grup Penjejak Tamadun Dunia) cawangan Putrajaya, Bangi dan Kajang sekali kalau tak salah. Turut dibawa 3 orang gadis ahli kumpulan berserta seorang ustaz. Ini memberikan jumlah 6 orang kesemuanya, 3 laki-laki, 3 perempuan.



Kami berlepas dengan penerbangan jam 8 pagi, tu yang perlu berada di lapangan terbang seawal Subuh. Bila dah masuk pesawat dan berlepas sungguh lega hati saya. Ini kerana mengingatkan pengalaman pernah terlambat check-in untuk ke Aceh lalu dihalang daripada menaiki pesawat. Lihat artikel lama Lawatan tak dijangka ke Putrajaya, Hulu Langat dan sekitar ganti lawatan tak dijangka ke Aceh yang dibuat November 2013.



Bila dah mendarat di lapangan terbang atau Bandara (singkatan untuk bandar udara) Sultan Iskandar Muda di Banda Aceh baru boleh dinyatakan dengan rasminya perjalanan ke-7 saya di Aceh sudah bermula.


Kami disambut oleh sahabar saya Ustaz Mujib, seorang penggiat budaya dan sejarah yang turut memegang jawatan Duta Muzium Aceh selain memiliki syarikat tour and travel sendiri. Beliau menyediakan sebuah van yang cukup besar kerana awalnya menjangka kami datang 10 orang. Ada yang merancang mahu bersama tapi membatalkan kerana muncul hal lain.






Tempat pertama disinggahi adalah kuburan massal atau kubur besar-besaran mangsa Tsunami di Siron yang terletak dalam perjalanan dari bandara ke kota Banda Aceh.


Sudah berapa kali saya singgah di sini tetapi sekadar melihat daripada luar pagar, kali ini baru masuk ke dalam.


Kami juga singgah di Makam Maharajalela yang terletak di seberang tanah perkuburan. Saya mahu menunjukkan kepada ahli-ahli GPTD yang belum pernah sampai ke Aceh sebelum ini bahawa di sini pun ada orang memakai gelaran Maharajela. Apakah ada kaitan dengan yang di Perak? Lihat artikel Misi HIKMAH Aceh - Makam Maharajalela dan panggilan mistik Lamuri yang dibuat hampir setahun lalu.



Selepas sarapan di kota kami pergi menziarahi makam ulamak dan wali Allah terkenal Syeikh Abdul Rauf.


Ustaz Mujib memberikan penerangan tentang ulamak tersebut.



Daripada makam menghala kembali ke kota kami melalui kampung Lampulo tempat bot tersangkut atas rumah akibat pukulan Tsunami.


Saya juga sudah beberapa kali ke tempat bot tersangkut itu tetapi baru pertama kali masuk ke rumah Ustaz Mujib yang terletak di sebelah. Untuk pengetahuan beliau ialah salah seorang yang terselamat daripada Tsunami setelah naik berlindung di atas bot. Ustaz Mujib menunjukkan kesan pukulan ombak besar yang muncul selepas gempa terhadap rumah...


Selesai itu kami check-in di Hotel Medan. Biasanya apabila berada di Banda Aceh saya suka menginap di Hotel Lading yang terletak 5 minit sahaja perjalanan kaki ke Masjid Baiturrahman. Hotel Medan kelihatan lebih cantik tetapi 4-5 kali ganda lebih jauh ke masjid utama itu. Tapi kali ini saya ikut sahaja apa yang dicadangkan untuk kumpulan. Ini kerana kedudukan Hotel Medan lebih dekat dengan kedai-kedai makan juga kedai-kedai souvenir... 



Hampir masuk waktu Zuhur kami yang laki-laki bertolak ke Masjid Baiturrahman untuk bersolat Jumaat. Lihat artikel Jumaat prayers at Baitur Rahman early 2015 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selesai solat kami mengambil ahli-ahli perempuan di hotel lalu keluar makan tengah hari. Selepas itu kami ke Muzium Aceh untuk melihat kesan-kesan sejarah dan pameran yang ada.





Saya sudah beberapa kali ke muzium ini tapi baru kali ini masuk bangunan yang nampaknya merupakan ruang pameran utama. Baru sedar khazanah maklumat yang terdapat di dalamnya.


Kalau ikutkan satu hari suntuk diperlukan untuk mengkaji apa yang ada dalam ruang pameran ini sahaja. Lihat artikel Melihat ke dalam ruang pameran utama Muzium Aceh (Looking inside the main display section of the Aceh Museum) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Namun ada begitu banyak tempat mahu ditunjukkan kepada kumpulan GPTD agar para penggiat muda ini dapat merasa kebesaran sejarah keIslaman Aceh lalu jatuh cinta untuk menyelidik lebih jauh. Sedangkan pagi Ahad 15 Februari mereka harus kembali ke tanah air. Masa yang singkat harus diisi sebaik mungkin dengan seberapa banyak lawatan dan aktiviti yang mampu.



Itupun kami di muzium sampai ia tutup jam 4. Seterusnya kami menziarahi makam Sultan Iskandar Muda yang terletak berdekatan. Lihat artikel lama Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda?.


Ini diikuti ziarah ke satu kompleks pemakaman berdekatan mengandungi makam nenek-moyang Iskandar Muda. Lihat artikel lama Komplek makam (Tomb complex of) Kandang XII.


Lewat petang kami berjalan menikmati udara segar di sekitar Ulee Lheue sebelum berehat minum petang di satu tempat cantik berdekatan. Lihat Tea at Kuala Changkoi.


Malam kami makan di sebuah restoran bernama Canai Mamak KL.



Sambil makan bermesyuarat dan bersilaturrahim pula dengan sejumlah aktivis/penggiat sejarah dan budaya Aceh...




Jumaat, Februari 20, 2015

Perjalanan ke-7 di Aceh - Satu lagi tawaran tak disangka


Pada artikel Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur yang dibuat 9 hari lalu saya ada menulis begini :-


Salam semua. Ketika menulis artikel Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh lewat malam tadi tiba-tiba saya mendapat tawaran untuk berangkat ke satu tempat menarik dalam masa terdekat. Dengan itu eloklah cerita perjalanan ke Perak hujung minggu lalu diselesaikan secepat mungkin.


Tempat menarik yang dimaksudkan adalah Aceh. Tiba-tiba seorang hamba Allah menalifon malam itu mengajak saya untuk bertolak ke sana 13 Februari bersama satu kumpulan dengan segala kos perjalanan, penginapan dan makan minum ditanggung beres. Cuma kumpulan itu akan berada sehingga 15 Februari sahaja sedangkan saya merasakan itu terlalu singkat. Tak mengapa kata hamba Allah tersebut. Saya boleh memilih untuk kembali lebih lewat, pada mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai.

Saya pun memilih untuk kembali pada hari Khamis 19 Februari iaitu semalam. Alhamdulillah, perjalanan ini selesai dengan jayanya, setelah 7 hari 6 malam saya berada di sana. Banyak perkara dilakukan termasuk menziarahi beberapa buah makam yang belum pernah saya ziarahi sebelum ini. Saya juga diminta berkongsi ilmu dalam satu majlis yang diadakan oleh kawan-kawan di Aceh, majlis  yang diadakan secara tiba-tiba untuk mengambil kesempatan atas kehadiran saya di bumi Serambi Mekah.

Biar dimaklumkan ini adalah kali ke-7 saya ke Aceh. Pembaca yang setia mengikuti tulisan saya tentu sedar betapa saya sering menyebut tentang wilayah itu kerana memiliki hubungan darah dengannya. Seperti biasa selepas selesai satu perjalanan yang bermakna dan cukup lama saya akan membuat satu siri artikel tentangnya. Artikel pengenalan ini diberi tajuk kecil "Satu lagi tawaran tak disangka" kerana mengingatkan betapa beruntungnya rasa telah dibawa ke beberapa tempat setelah diberi tawaran tak disangka, antaranya ke Brunei dan Mekah. 

Saya juga pernah mendapat tawaran tak disangka ke Aceh iaitu ketika diajak mengikuti satu majlis perasmian masjid dan maulud di Perlak awal 2010. Tetapi perjalanan kali ini terasa jauh lebih istimewa kerana sejak beberapa bulan kebelakangan timbul rasa kuat untuk ke Aceh tetapi saya kekurangan belanja untuk ke sana. Perjalanan ini juga terasa istimewa kerana saya mendapat tawaran ketika menulis artikel Misi HIKMAH Beruas - Faktor Tok Sego Aceh Februari 11 iaitu 2 hari sebelum berlepas. Lebih menarik, saya mendapat panggilan sebaik sahaja nama "Tok Sego Aceh" disentuh iaitu selepas gambar ke-5 dalam artikel. Terasa seperti ada satu kaitan tertentu hendak ditunjukkan kepada saya. Insyaallah ini akan dihuraikan lebih lanjut nanti ya. :]


Jumaat, Februari 13, 2015

Minggu Warisan Perak di PWTC

Salam awal Jumaat 13 Februari, Friday the 13th... :]


Siang tadi saya ke PWTC untuk menghadiri satu majlis.


Bermula Selasa 10 Feb dan berlanjutan hingga Ahad 16 Feb ia dipanggil Minggu Warisan Perak Darul Ridzuan...





Ketika saya sampai Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sedang bersantap bersama hadirin.



Saya pun melihat pameran yang ada. Terdapat biografi atau ringkasan pengenalan beberapa orang Sultan Perak terdahulu. 



 Ada salasilah keluarga diraja sejak zaman Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Syah 500 tahun lalu.



Selain itu ada biografi tokoh-tokoh ternama Perak terutama daripada keluarga bangsawan.






Salasilah beberapa keluarga bangsawan/pembesar istana turut diketengahkan...














Gerai-gerai bertemakan budaya tradisional Melayu juga memeriahkan acara.









Selesai santapan, Sultan Nazrin berkenan untuk bergambar beramai-ramai. Saya tunjuk secara candid ketika orang sedang berkumpul ya...





Rabu, Februari 11, 2015

"Tokong Melayu' di Bukit Hospital dan makam bangsawan Bugis

Adapun cerita dalam artikel Misi HIKMAH Beruas - Jejak Malikul Mansur sengaja ditamatkan dengan gambar daripada atas jambatan menyeberangi Sungai Dinding di Lumut. Selepas itu saya dan keluarga masuk ke negeri Selangor melalui jalan pantai lalu singgah di bandar Sungai Besar untuk satu urusan, pergilah bersolat di masjid sana. Lihat artikelMasjid jamek (Main mosque of) Makmuriah, Sungai Besar  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Seterusnya kami melalui Kuala Selangor, tergerak untuk menziarahi sebuah makam yang sudah agak lama tidak dijejaki. Terjadilah cerita di bawah...



Makam tersebut terletak di sebalik Bukit Hospital, sebuah bukit kecil di seberang jalan menghadap pekan lama Kuala Selangor. Ia dipanggil dengan nama itu kerana hospital lama pernah terletak di situ (kini tinggal sebatang dua tiang, lihat artikel lama The hill called Bukit Hospital in Kuala Selangor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH). Jalan terbaik untuk sampai ke makam adalah masuk satu kawasan betul-betul selepas bukit daripada arah pekan selepas itu berjalan kaki di atas satu batasan tanah. Tengok-tengok ada pula tanda "Bahaya". Kenapa pula ini?


Saya perhatikan kawasan begitu lapang dan kemas berbanding dahulu. Bandingkan dengan gambar-gambar pada artikel Bukit Jeram dan satu watak misteri bernama Upu Chendera Burung (ditulis hampir 5 tahun dahulu).


Kawasan lebih kemas dan cantik, kenapa sebut "Bahaya"? Ke nak halang orang ramai daripada masuk kerana ada sesuatu yang tak berapa cantik? Yang pasti beberapa pokok besar di sekitar itu diikat dengan kain kuning, suatu perbuatan yang biasa dilakukan orang Hindu. Tetapi ada tokong merah kelihatan milik orang Cina.



Saya pun pergi lebih dekat...





Ait? Ada sejadah?





Saya mengintai pula ke dalam tokong yang berkunci.


Hah? Ada patung yang memiliki ciri-ciri rupa paras seorang Melayu. Ada tongkat, songkok, kopiah, kompang dan di sebaliknya kelihatan seperti belakang golok. Nampaknya tokong ini dibuat untuk menyembah seorang 'Latok Melayu'.


Saya melihat pula tokong berwarna kuning tidak jauh di sebelah.





Dah ambil gambar baru sedar ia kurang jelas. Tapi cukup untuk menunjukkan patung di dalam memiliki rupa paras orang Cina.





Persoalan kembali pada "Latok Melayu" dalam tokong Merah tadi. Apakah ia merujuk kepada pemilik makam di bawah sana, makam yang ingin saya ziarahi? Lihat Rupa baru makam Upu Chendera Burung (New look of the tomb of Upu Chendera Burung). Apa pula sebab tempat ini dibersihkan untuk penyembahan kemudian boleh pula letak tanda "Bahaya"? Apakah ia memberi apa-apa kelebihan kepada orang Cina yang menyembah?


p/s : Nampaknya ada sedikit gangguan berlaku ke atas diri saya ketika menulis artikel ini. Rasa kepala dan badan gatal-gatal semacam. Tak mengapa dah lalu benda-benda macam ni. Yakinlah tak memberi mudharat makhluk ke atas kita kecuali ujian daripada Allah SWT jua... :]