Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Rabu, November 11, 2026
Teologi Muslim tentang pembebasan dari Zionisma - Satu sudut pandang Faruqi
Seperti pada minggu lepas juga isteri ikut sekali. Cuma ketika saya menjadi moderator atau pemudah cara majlis, kali ini cuma jadi hadirin biasa.
Tajuk majlis boleh diterjemahkan sebagai "Teologi Muslim tentang Pembebasan dari Zionisma - Satu Sudut Pandang Faruqi". Ini merujuk kepada ilmuwan besar Islam berbangsa Arab Palestin, Ismail Faruqi yang mengajar di Amerika Syarikat beberapa lama tetapi akhirnya dibunuh bersama isteri oleh pelampau pada tahun 1986.
Pembentang, Profesor Dr Imtiyaz Yusuf berkongsi latar belakang diri sebagai seorang berbangsa India yang lahir dan membesar di Tanzania, benua Afrika tetapi menjadi rakyat Britain. Selepas memperolehi ijazah sarjana muda diikuti sarjana di India beliau ingin menyambung ke peringkat PhD tetapi tiada duit. Ketika itu awal tahun 1980an beliau tahu ada tiga orang tokoh akademik Islam paling terkemuka di dunia mengajar di Barat. Ismail al Faruqi, Fazlur Rahman dan Seyyed Hossein Nasr (seorang lagi tokoh iaitu Syed Naquib al-Attas, kemudian akan mengasaskan ISTAC berpusat di Malaysia). Imtiyaz tergerak untuk mengubungi Faruqi yang sedang mengajar di Temple Universiti, Washington DC. Tokoh itu membantu daripada segenap segi sehingga Imtiaz dapat menyelesaikan PhD di bawah penyeliaan beliau.
Disebutlah apa yang ingin dibentangkan adalah berdasarkan pemikiran Faruqi terhadap Islam dan permasalahan Israel berdasarkan pengalaman sebenar beliau (lahir tahun 1921) membesar di Palestin.
Disebutlah isu semasa yang mana untuk sesi serangan sekarang wilayah Gaza (antara 2 wilayah Palestin yang masih ada sementara yang lain semua telah ditelan menjadi negara Israel) yang mengorbankan banyak orang sudah berlanjutan hampir 4 tahun.
Dengan itu Imtiyaz merasakan sudah sampai pemikiran Faruqi tentang masalah Zionisma yang menyebabkan penduduk Arab Palestin teruk tertindas sehingga kini diangkat kembali walaupun disuarakan 46 tahun lalu.
Imtiyaz telah menggunakan sekitar 40 slaid untuk menyampaikan pemikiran itu. Biar ditunjukkan sebahagian sahaja dan tak perlulah diulas panjang lebar.
Asalnya, pemahaman teologi iaitu keTuhanan yang benar tentang agama harus dapat membebaskan fikiran. Kita boleh menghormati perbezaan lalu tidak jadi melampau seperti puak Zionis yang mahu mengangkat agenda tertentu sehingga hak dan nyawa orang lain langsung tidak dipandang.
Diberikan sedikit latar belakang Islamil Faruqi...
Diterangkan cadang dalam buku berkenaan yang menyebabkan beliau menerima banyak kutukan malah ancaman terhadap nyawa.
Kesimpulan saya - Faruqi menggunakan bahasa berlapik untuk menyatakan Islam harus kembali berkuasa (dengan cara menghidupkan kembali Kekhalifahan yang ada kekuatan ketentaraan untuk menguatkuasakan hukum) tanpa menafikan hak orang lain terutama Yahudi untuk hidup selamat mengamalkan cara sendiri. Beliau ada memberikan contoh bagaimana semua penganut agama hidup aman pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyah (yang berpusat di Turki) walhal kerajaan-kerajaan Eropah menolak orang Yahudi. Ikuti sendir majlis melalui video bawah...
Pembentang selesai sekita jam 3.35 diikuti sesi soal jawab yang agak panjang dan meriah. Apabila jam menghampir 4.20 dan majlis masih berjalan saya dan isteri terpaksa keluar kerana perlu berjalan jauh. Kami mahu mengelak kesesakan lalu lintas yang biasa berlaku apabila ramai keluar dari tempat kerja untuk kembali ke rumah.
Selepas masuk waktu Isyak. saya ke bandar diraja Muar. Kami mahu kembali ke rumah bapa saya kerana ada urusan keluarga.
Singgah dahulu makan malam di Medan Selera Bentayan. Sambil itu melakukan suatu persiapan.
Pergi ke tempat yang ditanda sebagai Kubu Bentayan. Di sini diadakan edisi ke-49 siaran langsung melalui Tiktok, "Merah Silu Live". Lihat video bawah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan