Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 29, 2026

Ke JB secara impromptu dan "Merah Silu Live" ke-21

Salam. Cerita perjalanan terbaru yang dilakukan secara impromptu iaitu tiba-tiba.



Petang Selasa 27 Januari 2026. Selepas menghadiri mesyuarat di Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam, saya dan isteri bergegas untuk ke selatan.




Terus masuk ke Lebuh Raya PLUS sebelum keluar melalui tol Bukit Gambir. Terlihat pemandangan menarik Gunung Ledang dari Sawah Ring.



Asalnya bercadang untuk makan tengah hari (lewat) di perhentian Pagoh belah selatan. Tetapi apabila mendapati Google Map menunjukkan ada kesesakan di satu bahagian sebelum perhentian itu yang keluar di Bukit Gambir. Bertukar lokasi makan di Panchor, tepian Sungai Muar.



Selepas itu masuk kembali ke Lebuh Raya PLUS melalui tol Pagoh yang terletak sebelum perhentian. Terus ke Johor Bahru...



Sebetulnya perjalanan kali ini bermula petang Isnin 26 Januari apabila meninggalkan rumah di Bandar Sungai Buaya untuk bermalam di rumah makcik di Petaling Jaya. Ini supaya dapat menyantuni makcik juga seorang lagi adik ibu yang datang bertandang, sebelum bermesyuarat di Shah Alam pagi Selasa. Ketika di rumah makcik mendapat tahu bapa mahu saya menziarahi adik yang sedang terlantar dalam hospital di JB akibat kanser. Itu yang bergegas pergi selepas mesyuarat. Kalau tidak tentu kami berlegar di sekitar Lembah Klang.




Di hospital juga dapat bertemu adik bongsu yang merupakan pakar bius, ketika menunggu pesakit masuk ke dewan bedah. Dalam perjalanan meninggalkan hospital ternampak papan tanda menunjuk arah ke makam diraja Johor. Singgahlah untuk menziarahi makam Sultan ke-25 Perak, Sultan Ismail (bertakhta 1871-1874) yang dibuang negeri ke Johor Bahru... selepas kekalahan pejuang Melayu Perak menentang British, susulan daripada pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch 2 November 1875.



Selepas itu layan makan kacang pool di medan selera Larkin. Ketika itulah baru teringat sepatutnya malam itu diadakan  edisi ke-21 "Merah Silu Live" melalui Tiktok.



Walaupun masih dalam perjalanan dapat juga dicari tempat untuk melaksanakan. Cuma dipendekkan menjadi kurang setengah jam berbanding kebiasaan sejam sehingga dua jam setengah. Ini disebabkan talian Internet kurang lancar selain mahu cepat sampai ke rumah orang tua di Muar. Pun begitu sempat berkongsi satu cerita pengembaraan sehingga selesai. Menurut giliran dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 adalah seperti berikut  :-



28. Perjalanan berliku balik raya tahun 2008 (Sept) - lebih 700 km. Lihat Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya tahun 2008.




Selesai itu bergegaslah ke rumah orang tua lalu bermalam. Pagi Rabu 28 Januari membawa keluar berjalan-jalan ke beberapa tempat termasuk menziarahi makam ibu yang baru kembali ke rahmatullah sebulan lebih lalu. Lihat Kembalinya bonda tersayang ke rahmatullah.




Jam 4 petang baru meninggalkan Muar untuk menuju kembali ke Lembah Klang.




Hampir ke sempadan negeri Melaka teringat baru ini terbaca tentang makam seorang tokoh yang menurut sesetengah pihak adalah ayahanda kepada Raja Ahmad yang menurunkan Sultan-sultan Perak sejak hampir dua abad kebelakangan. Kami pun mencari dalam satu kawasan ladang kelapa sawit dan belukar. Alhamdulillah, jumpa. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-







Masuk Lebuh Raya Plus melalui tol Jasin.



Keluar untuk ke hospital Serdang, menziarahi abang isteri.



Makan malam dekat Sungai Besi.



Sampai ke rumah jam 9.37 malam didapati saya sudah memandu sejauh 876 kilometer.


Tiada ulasan: