Salam. Setelah beberapa lama sampailah pada cerita hari ke-6 dan terakhir perjalanan. Bersambung daripada Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Bersama ipar duai di Sungai Besar dan Sekinchan.
Pagi Ahad 5 Oktober 2025 selepas Subuh. Saya dan isteri sedia untuk meninggalkan inap desa di Sekinchan.
Bergerak terus menghala ke Lembah Klang.
Cuma ada singgah di rumah makcik di Petaling Jaya yang asalnya kami bercadang untuk bermalam. Untuk mengambil beliau pergi ke majlis Maulidur Rasul di selatan Cheras.
Sampai awal lalu bersarapan terlebih dahulu.
Setelah beberapa lama baru majlis bermula lalu bergerak ke dalam rumah berkenaan.
Ini adalah Maulidur Rasul anjuran pemilik dan pengasas pusat tahfiz di mana dua orang anak kami sedang belajar lalu duduk di asrama.
Dibuat sekali majlis qeqah bagi sejumlah anak kecil.
Kedua-dua anak kami menjadi antara lima pelajar tahfiz yang ditugaskan untuk membawa barangan ke hadapan ulamak jemputan.

Antara ulamak yang hadir...
Selesai majlis singgah di beberapa tempat termasuk menghantar makcik kembali ke rumah.
Apabila sampai kembali ke rumah sendiri jam 10.30 malam didapati meter kereta menunjukkan ia sudah dipandu sejauh 1,226.7 km. Oh. Hampir terlupa. Hari ini 13 Oktober adalah hari ulang tahun ke-16 kelahiran anak kami Muhammad al-Aminul Rasyid. Beliau dan adiknya Muhammad Alauddin Johan yang 2 tahun setengah lebih muda belajar di tahfiz berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan