Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Mei 20, 2016

'Menimbang' air Sungai Pahang - Mengambil berkat wali hidup di Pulau Tawar sebelum ke Gunung Senyum, seberang Temerloh dan Pesta Air Chenor

Salam Jumaat. Sekarang sampailah masanya untuk menutup siri kecil ini. Masuklah pada cerita perjalanan hari ke-3 dan terakhir di Pahang yang dilakukan 10-13 Mei Maaf jika lewat hari baru dapat dipersembahkan. Saya harus menyiapkan dahulu 11 buah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH berserta 5 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) menggunakan 160 buah gambar sebelum cerita ini dapat dikongsikan...


Pada penghujung artikel 'Menimbang' air Sungai Pahang - Kaitan Perak-Aceh membawa ke Pulau Tawar dan Mat Kilau ada disebut bahawa saya sampai ke Pulau Tawar pada malam Jumaat dengan niat mahu bermalam di masjid lama. Tapi tak dapat kerana terdapat ramai pelajar tahfiz beriktikaf lalu saya harus beralih ke masjid jamek sana. Disebut juga bahawa rupa-rupanya ada barakah dan keistimewaan saya menghabiskan malam Jumaat di situ. Barakah dan keistimewaan itu adalah akibat dapat berdamping lama dengan hamba Allah yang kelihatan sedang bersandar pada tiang dalam gambar ini.


Di sinilah saya bermalam seorang diri di masjid, pada suatu sudut di bahagian belakang. Gambar ini dan gambar di atas diambil selepas membuat sedikit amalan selepas bersolat Subuh.


Siapakah hamba Allah yang menyebabkan saya terasa malam dan awal pagi di masjid itu begitu istimewa? Sila baca artikel Bertandang ke Pulau Tawar - Jejak legasi Mat Kilau yang dibuat 2 tahun lalu sampai habis, nescaya anda akan terjumpa gambar beliau berserta penerangan pada hujungnya. Adapun hamba Allah yang sudah berumur sekitar 80 tahun itu menjadi imam untuk bersolat pada malam Jumaat kemudian memimpin bacaan Yassin dan tahlil. Beliau juga memimpin solat Subuh dan zikir. Walaupun sedikit sahaja yang hadir saya terasa begitu berkat dan istimewa dapat bersama dengannya. Selepas zikir tinggal kami berdua sahaja. "Saya biasa duduk masjid sampai pukul 8. Nak solat Isyraq (matahari terbit) kemudian solat Dhuha dahulu," dia memberitahu.


Sementara dia terus bersandar pada tiang saya keluar sebentar berjalan kaki untuk menziarahi makam pahlawan Melayu Pahang terkenal Mat Kilau. Letaknya sekitar 200 meter dari masjid. Sekarang biar dikongsikan satu cerita tentang hamba Allah ini yang mungkin boleh membuka mata banyak pihak. Saya bercerita sambil perjalanan diteruskan ke tempat-tempat lain ya.


Seorang sahabat saya pernah bermimpi. Saya ceritakan balik ikut apa yang saya ingat ya. Katanya dia bermimpi terlihat 3 orang manusia bersolat malam dalam sebuah masjid lama. Saya dah lupa apakah sahabat ini sudah tahu ia adalah masjid lama di Pulau Tawar atau kemudian, apabila menjejakkan kaki ke sana baru dia tersedar. Yang saya ingat sahabat ini diberitahu (tak ingat siapa yang memberitahu, suara atau apa) bahawa ketiga-tiga orang itu bertaraf waliyullah. Tetapi dua orang sudah meninggal dunia...


Ketiga-tiga orang itu ada kena-mengena dengan masjid lama itu. Oh, saya meninggalkan Pulau tawar sekitar jam 7.30 pagi dengan niat mahu menghala ke Temerloh. Sempat menjengah masjid lama sat dan melihat keadaan Sungai Pahang di sebelahnya. Lihat Checking the condition of Sungai Pahang besides Pulau Tawar old mosque. Fikirnya mahu menyeberang sungai menggunakan jambatan ke Kuala Krau lalu masuk ke jalan Jerantut-Temerloh. Untuk pengetahuan Kuala Krau terletak antara dua kawasan tersebut, Dalam perjalanan ke jambatan terlihat Gunung Senyum yang memiliki ceritanya yang tersendiri. Tergerak pula untuk  ke sana, sehingga harus keluar sekitar 16-17 km daripada laluan...


Adapun saya keluar berjalan pagi itu dalam keadaan belum lagi mandi, belum pun bersalin pakaian. Sekadar memakai t-shirt, kain pelikat dan kasut plastik ala2 Croc tapi jenis yang tak tebal macam terompah tu. Bila sampai Gunung Senyum tergerak untuk masuk mendaki melihat gua-gua dan sebagainya. Tergerak untuk melakukannya sambil memakai tanjak. Saya pun membawa sekali beg sandang yang mengandungi keris juga sebuah selempang perang warisan. 



Gambar ini diambil selepas puas menjelajah Gunung Senyum. Tak lah pergi semua tempat. Tapi sampailah jugak kat bahagian yang kelihatan berlubang besar  atas sana. Lihat artikel-artikel berikut :-








Sebuah rumah kayu lama cantik yang terletak berdekatan. Lihat Rumah tradisional Pahang di Gunung Senyum (Pahang traditional house at Gunung Senyum). Sebetulnya saya ada sedikit dilema dalam menentukan laluan perjalanan yang harus diambil selepas meninggalkan Pulau Tawar. Memang saya merancang untuk pergi ke Temerloh. Cuma rancangan asal saya selepas itu adalah mahu terus ke Kuala Lumpur lalu kembali ke rumah di Rawang. Dah 3 hari 3 malam berjalan seorang diri ni, 4 hari sebenarnya meninggalkan isteri dan anak-anak bila diambil kira bahawa saya mula keluar rumah pagi Selasa. Yang disebut 3 hari 3 malam itu sebenarnya merujuk pada perjalanan di dalam negeri Pahang sahaja iaitu setelah selamat masuk dalam kawasan lewat malam itu. Rujuk cerita pertama siri kecil ini iaitu 'Menimbang' air Sungai Pahang - Permulaan asbab perjalanan.

Tetapi selepas menghadiri seminar di Kuala Lipis pagi Khamis (lihat Seminar Patriotisme di Kuala Lipis - Meningkatkan Patriotisme Melalui Pengalaman Sejarah) saya terfikir mungkin harus ke Chenor juga. Sebabnya biar diceritakan kemudian. Pergi ke Chenor akan memanjangkan lagi masa perjalanan kerana letaknya 30 km ke timur Temerloh, sedangkan KL menghala ke barat, Kalau pergi ke Chenor dah tambah 60 km lagi pergi balik selain tentunya mengambil masa berjalan dan singgah. Jadi nak pergi ke tak pergi ni?



Sebetulnya persoalan jarak dan masa itu tidak mengganggu sangat. Yang mengganggu adalah TERTIB laluan perjalanan yang harus diambil kerana salah satu misi utama perjalanan 3 hari 3 malam yang mana malam-malamnya semua dihabiskan di masjid ataupun surau adalah untuk 'menimbang' aliran air Sungai Pahang. Kalau terus mengambil jambatan ke Kuala Krau ini tiada masalah kerana boleh  pergi ke Temerloh kemudian Chenor yang terletak lebih ke hilir Sungai Pahang. Maka itu tertib yang dimaksudkan tetap terjaga kerana sejak singgah di Kuala Medang kemudian ke Kuala Lipis sebelum ke Jerantut saya telah mengikut aliran sungai daripada hulu ke hilir, tidak ada pada mana-mana bahagian melihat ke hilir dahulu kemudian berpatah balik ke hulu. 

Cuma orang yang betul-betul faham tentang gerak ilham berdasarkan konsep tawakal, istikharah dan duduk istiqamah dalam hakikat kalimah Lahawlawala (tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah SWT) sahaja boleh merasai kenapa menjaga tertib perjalanan itu penting apabila sudah menyimpan suatu niat. Bila tertarik untuk menziarahi Gunung Senyum saya dah terkeluar sedikit daripada lalun kerana ia terletak 16-17 km ke selatan jambatan Kuala Krau. Kalau ikutkan daripada situ lebih dekat dah hendak ke Chenor sedangkan saya WAJIB melihat keadaan Sungai Pahang di Temerloh. Jadi bagaimana ini? Haruskah berpatah balik 16-17 km balik ke jalan jambatan Kuala Krau untuk ke Temerloh kemudian baru ke Chenor?



Dengan kuasa Allah SWT timbul gerak selepas meninggalkan Gunung Senyum agar meneruskan perjalanan ke selatan melalui jalan kampung berdekatan. Tak perlu patah balik ke Kuala Krau. Seingat saya belum pernah lagi mengambil laluan tersebut, baru pertama kali dalam hidup. Dapatlah melihat beberapa tempat menarik dalam perjalanan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Dengan takdir Allah SWT laluan itu juga membawa saya ke tempat sebenar yang mahu dituju di Temerloh, 


Ia adalah kawasan yang terletak di tepian Sungai Pahang betul-betul menyeberang sungai dan menghadap pekan atau bandar Temerloh. Di sini saya ingin menyaksikan keadaan sebenar sungai yang dikatakan ramai orang telah kering kontang akibat musim panas dan kemarau teruk yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia 2-3 bulan kebelakangan. Lihat Temerloh signboard and the current extended sandbank....


Dengan itu lengkaplah satu misi utama perjalanan. Daripada kawasan seberang Temerloh itu boleh ambil jalan kampung terus masuk ke jalan besar KL-Kuantan untuk ke Chenor tanpa perlu melalui pekan Temerloh...


Ketika sampai ke simpang masuk ke Chenor jam pada kamera menunjukkan 1.27 petang. Ingat. Hari itu adalah hari Jumaat. Walaupun solat Jumaat berjemaah tidak wajib ditunaikan oleh seorang musafir saya tetap mahu melakukannya di sebuah masjid yang dirasakan sesuai dalam jangka waktu yang diduga dapat dicapai tanpa membuang masa dalam perjalanan.


Alhamdulillah, sempat mendengar khutbah di masjid berdekatan lalu bersolat Jumaat. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Chenor.



Adapun masjid itu sudah dekat dengan simpang masuk ke sebuah kampung yang agak misteri. Manakan tidak? Tertera dengan terang namanya Kampung Bunian! Sebelum ini saya sudah melihatnya daripada luar beberapa kali, baru kali ini masuk untuk melihat apa yang ada di dalam sana. Lihat Kampung Bunian at Chenor, the elfin village?


Selepas itu baru masuk ke bandar lama Chenor, atas sebab yang akan dinyatakan sebentar lagi.


Alhamdulillah dapat juga menikmati hidangan gulai tempoyak ikan patin disebelah sini. Tadi, selepas melihat kawasan sebarang Temerloh yang ada papan tanda besar atau lebih tepat, huruf-huruf besar mengeja nama tempat ada terfikir gak nak makan di pekan Temerloh. Tapi kalau masuk ke sana kenalah solat Jumaat di pekan tersebut kerana dah dekat masuk waktu. Kalau pergi Chenor selepas solat dan makan di Temerloh jadi makin lambat pula kembali ke rumah. Kalau pergi Temerloh selepas Chenor besar kemungkinan hidangan dah habis dimakan orang...


Sekarang baru boleh diceritakan kenapa saya terasa harus ke Chenor. Ceritanya begini. Semasa seminar di Lipis pagi Khamis saya diberitahu bahawa Pesta Air Chenor akan berlangsung Sabtu dan Ahad itu 14-15 Mei. Ramai kawan-kawan persilatan dan busana Pahang akan datang. Mereka bertanya saya tak ikut sekali ke? 

Allah. Saya tahu tentang acara, cuma terlupa tarikhnya bila. Akibatnya saya sudah berjanji untuk memenuhi undangan membuka gerai buku berkereta di Perpustakaan Negara Sabtu 14 Mei. 

Kalau ikutkan mudah aje saya  hendak menghadiri acara di Chenor  kerana sudah berasda di Pahang ketika diingatkan tentang tarikh. Petang Jumaat pula dah sampai ke lokasi. Kalau mahu boleh aje tidur kat Chenor, esok Sabtu ikutlah  join acara bersama kawan-kawan seperjuangan. Apa susah sangat nak batalkan penyertaan di Perpustakaan Negara? Bukan ada kontrak apa-apa pun...


Tapi tu le. Saya adalah orang yang memegang janji. Bila dah berkata, saya harus mengotakannya. Nak tak nak saya mesti muncul di perpustakaan pagi Sabtu. Sebagai ganti tidak dapat menunaikan ajakan kawan-kawan untuk meyertai pesta air, saya datang hari Jumaat untuk tunjuk muka sambil melihat persiapan. Dapatlah juga beriktikaf seraya berehat dalam setengah jam gitu di masjid lama Chenor. 

Oh. Tentang acara di perpustakaan ia telah diceritakan dalam artikel Car Book Sale dan acara Singgah Santai di Perpustakaan Negara yang dipersembahkan Ahad lalu. Adapun artikel itu dibuka dengan salinan satu update saya di Facebook  menyebut bahawa sebelum ke perpustakaan saya telah membuat perjalanan selama 3 hari 3 malam di negeri Pahang. Ini kerana update dibuat sebaik sahaja sampai kembali ke rumah. Dengan menyebut ini lengkaplah satu pusingan peristiwa dan cerita yang saling berkaitan. Apa hikmah berlaku semua ini? Semoga ia dizahirkan tidak lama lagi..


Untuk makluman kali terakhir saya bertandang ke sekitar kawasan ini adalah untuk menjayakan acara di masjid. Lihat artikel Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Selepas puas berehat baru saya berjalan kaki melihat suasana persedian dan persiapan untuk pesta air. Lihat artikel-artikel berikut :-






Sekitar jam 4.10 petang baru saya meninggalkan Chenor untuk kembali ke rumah. Terlihat jalan kecil menuju ke Kampung Awah tergerak saya untuk mengambilnya kerana dapat mengagak ia boleh memotong masuk ke jalan utama KL-Kuantan. Terlihat sebuah masjid lama yang menarik di tepi laluan tersebut. Singgah sebentar untuk meneliti dengan lebih dekat. Lihat Masjid lama tinggal (Old abandoned mosque between) Chenor dan (and) Kampung Awah.
.


Merasakan tidak perlu singgah ke pekan Temerloh kerana misi utama saya menuju ke arah pekan itu adalah untuk melihat keadaan air sungai berdekatan papan tanda besar nama Temerloh saya terus masuk ke Lebuh Raya Pantai Timur menuju ke KL. Sekarang baru boleh diceritakan satu perkara 'tersangkut' dalam penceritaan ini.

Ketika penceritaan masih berlegar di sekitar Pulau Tawar saya ada menyebut tentang mimpi seorang sahabat melihat 3 orang bersolat di dalam masjid lama lalu menambah, ketiga-tiganya bertaraf waliyullah. Turut disebut dua orang sudah meninggal dunia. Maka seorang masih hidup. Dipendekkan cerita siapakah seorang yang masih hidup itu? Itulah hamba Allah yang dapat saya dampingi malam Jumaat di masjid jamek Pulau Tawar juga waktu Subuh hingga selepas matahari terbit.

Sekarang ingin saya kongsikan satu update berkaitan yang dibuat di FB 2 hari lepas...


---------------


UNDANGAN KE MAJLIS TAHLIL PENGAJIAN MAT KILAU

Salam semua. Saya ingin memanjangkan undangan daripada kawan2 lama dalam pengajian ilmu orang2 lama berkaitan Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Bahaman. Satu majlis tahlil akan diadakan di masjid jamek Pulau Tawar, Jerantut berdekatan makam pahlawan Melayu Pahang terkenal iaitu Mat Kilau, pada Sabtu malam Ahad ini iaitu malam Nisfu Syaaban. Sebetulnya undangan dibuat kepada saya dan beberapa orang yang sudah lama terlibat dalam pengajian. Tetapi saya baru sahaja kembali daripada bertandang dan bermalam di masjid malam Jumaat lepas selain menziarahi makam. Lalu untuk Nisfu Syaaban saya telah bercadang untuk bermalam di Pulau Besar, Melaka pula.

Memikirkan bahawa ada kawan2 terutama dalam kumpulan persilatan di Pahang yang mungkin tertarik dengan majlis ini, saya pun meminta kebenaran untuk membuka undangan kepada umum. Harapan saya semoga terbuka sesuatu atas asbab silaturrahim demi perjuangan mendaulatkan Melayu dan Islam akhir zaman. Mereka yang berminat bolehlah menghadiri, kalau ada ahli pengajian daripada KL tanya sebutlah anda datang atas undangan Fly iaitu satu nickname bagi mereka yang mengenali saya sebelum nama Merah Silu muncul lebih popular. Boleh rujuk artikel lama di bawah tentang majlis...


---------------

Ini pula update berkaitan yang dibuat pagi tadi...


---------------

FRIDAY THE 13TH SPECIAL EDITION

Salam Jumaat. Baru tersedar. Jika tepat seminggu lepas hari Jumaat jatuh pada 13 Mei 2016, hari ini Jumaat jatuh pada 13 Sya'aban 1437 tahun Hijriah pula. Nah. 2 x Friday the 13th berturut2. Kebetulan saya sedang mengatur gambar2 menunjukkan aktiviti dan perjalanan sepanjang Jumaat lepas di Pahang. Insyaallah ia akan dikongsikan dengan cerita dalam blogspots hari ini Jumaat juga... 


---------------

Nah. Lengkaplah satu gerak perkongsian penceritaan yang harus saya laksanakan sebagai hamba yang menurut perintah. Sekarang baru boleh berehat sebelum bertolak balik kampung ke Muar. Sekian wassalam...


Tiada ulasan: